25
PROSEDUR PEMERIKSAAN UNTUK PENGELUARAN SIJIL FITOSANITASI DURIAN SEJUK BEKU YANG DIEKSPORT KE CHINA Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Jabatan Pertanian 2019

PROSEDUR PEMERIKSAAN UNTUK PENGELUARAN SIJIL …myphyto.gov.my/v7/Uploads/UploadFileInfo/10072019121538PM_file_info.pdf · Contoh Sijil Fitosanitasi untuk eksport durian sejuk beku

  • Upload
    others

  • View
    34

  • Download
    1

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PROSEDUR PEMERIKSAAN UNTUK PENGELUARAN SIJIL …myphyto.gov.my/v7/Uploads/UploadFileInfo/10072019121538PM_file_info.pdf · Contoh Sijil Fitosanitasi untuk eksport durian sejuk beku

1

PROSEDUR PEMERIKSAAN UNTUK PENGELUARAN

SIJIL FITOSANITASI DURIAN SEJUK BEKU

YANG DIEKSPORT KE CHINA

Bahagian Biosekuriti Tumbuhan

Jabatan Pertanian

2019

Page 2: PROSEDUR PEMERIKSAAN UNTUK PENGELUARAN SIJIL …myphyto.gov.my/v7/Uploads/UploadFileInfo/10072019121538PM_file_info.pdf · Contoh Sijil Fitosanitasi untuk eksport durian sejuk beku

2

KATA PENGANTAR

Prosedur Pemeriksaan ini adalah bertujuan untuk menjadi panduan dan rujukan kepada Pegawai

Pemeriksa berhubung kerja-kerja pemeriksaan dan pengeluaran Sijil Fitosanitasi serta sebagai

panduan kepada Agen/ Pengeksport/ Individu yang ingin memohon Sijil Fitosanitasi bagi

pengeksportan durian sejuk beku ke China.

Disemak dan diluluskan untuk penggunaan,

.....................................................................

Dato’ Jamal Harizan bin Yang Razali

Ketua Pengarah Pertanian

Jabatan Pertanian

Tarikh: ................................................ ........

Page 3: PROSEDUR PEMERIKSAAN UNTUK PENGELUARAN SIJIL …myphyto.gov.my/v7/Uploads/UploadFileInfo/10072019121538PM_file_info.pdf · Contoh Sijil Fitosanitasi untuk eksport durian sejuk beku

3

Isi Kandungan 1.0 PENGENALAN .................................................................................................................................... 4

2.0 OBJEKTIF ............................................................................................................................................ 4

3.0 SYARAT-SYARAT PENGEKSPORTAN DURIAN SEJUK BEKU KE NEGARA CHINA .................................. 5

3.1 Sumber Durian .............................................................................................................................. 5

3.2 Fasiliti Pemprosesan ..................................................................................................................... 5

3.3 Rawatan Kuarantin ........................................................................................................................ 5

3.4 Pembungkusan dan pelabelan ...................................................................................................... 6

4.0 PEMERIKSAAN KONSAINAN DURIAN SEJUK BEKU KE NEGARA CHINA ............................................. 6

4.1 Syarat pemeriksaan ....................................................................................................................... 6

4.2 Pemeriksaan dan pengesahan dokumen ...................................................................................... 6

4.3 Pengesahan identiti dan integriti konsainan ................................................................................ 7

4.4 Pemeriksaan visual ........................................................................................................................ 7

4.4.1 Pengesanan kehadiran perosak ............................................................................................ 7

4.4.2 Pengesahan pematuhan kepada peraturan fitosanitasi ....................................................... 8

4.5 Sampel untuk ujian makmal .......................................................................................................... 8

5.0 KEPUTUSAN PEMERIKSAAN KONSAINAN UNTUK EKSPORT ............................................................. 8

6.0 PENYEDIAAN SIJIL FITOSANITASI ..................................................................................................... 10

7.0 NOTIFIKASI KETIDAKPATUHAN ....................................................................................................... 10

LAMPIRAN 1: FORMAT LABEL BUNGKUSAN DURIAN SEJUK BEKU KE CHINA............................................. 12

LAMPIRAN 2: JADUAL HYPERGEOMETRIC .................................................................................................. 13

LAMPIRAN 3: FORMAT LABEL SAMPEL UNTUK UJIAN MAKMAL ................................................................ 15

LAMPIRAN 4: FORMAT SURAT PENOLAKAN PENGELUARAN SIJIL FITOSANITASI UNTUK KONSAINAN

EKSPORT ...................................................................................................................................................... 16

LAMPIRAN 5: CONTOH SIJIL FITOSANITASI UNTUK EKSPORT DURIAN SEJUK BEKU KE CHINA .................. 17

LAMPIRAN 6: CONTOH SIJIL KESIHATAN ..................................................................................................... 18

LAMPIRAN 7: CONTOH SIJIL GMP ............................................................................................................... 19

LAMPIRAN 8: CONTOH SIJIL MYGAP ........................................................................................................... 21

LAMPIRAN 9: FORMAT SURAT PENGESAHAN FASILITI PEMPROSESAN BAGI SYARIKAT LAIN YANG

MENGEKSPORT PRODUK DARIPADA FASILITI PEMPROSESAN YANG DILULUSKAN.................................... 22

LAMPIRAN 10: CARTA ALIR PROSES RAWATAN CECAIR NITROGEN UNTUK BUAH DURIAN SEJUK BEKU

(WHOLE FRUIT) KE CHINA ........................................................................................................................... 23

LAMPIRAN 11: SENARAI SEMAK PEMERIKSAAN ......................................................................................... 24

Page 4: PROSEDUR PEMERIKSAAN UNTUK PENGELUARAN SIJIL …myphyto.gov.my/v7/Uploads/UploadFileInfo/10072019121538PM_file_info.pdf · Contoh Sijil Fitosanitasi untuk eksport durian sejuk beku

4

1.0 PENGENALAN

Malaysia telah memperolehi laluan pasaran untuk pengeksportan durian sejuk beku dalam bentuk

pes (frozen durian paste) dan ulas (frozen durian pulp) pada tahun 2007. Melalui proses rundingan

dengan kerajaan negara China, pada tahun 2018 Malaysia telah berjaya mendapat kebenaran untuk

mengeksport buah durian sejuk beku dalam bentuk biji (frozen durian whole fruit).

Malaysia komited dalam memastikan hanya durian premium yang bebas daripada perosak dan

penyakit serta tidak mempunyai simptom dan tanda-tanda (sign) serangan perosak dan penyakit

sahaja yang akan dibenarkan untuk dieksport ke China. Pemeriksaan terhadap produk akhir (end

point inspection) perlulah dilakukan secara teliti bagi memastikan tiada buah yang berperosak dan

berpenyakit dieksport ke China bagi mengelakkan penyebaran perosak dan penyakit serta menjaga

laluan pasaran yang telah diluluskan.

2.0 OBJEKTIF

Objektif Prosedur ini adalah seperti berikut :

i. Sebagai panduan kepada semua Pegawai Pemeriksa yang menjalankan pemeriksaan dan

pengeluaran Sijil Fitosanitasi untuk pengeksportan durian sejuk beku ke China;

ii. Panduan kepada Pengeksport yang ingin memohon Sijil Fitosanitasi bagi pengeksportan

durian sejuk beku ke China.

Page 5: PROSEDUR PEMERIKSAAN UNTUK PENGELUARAN SIJIL …myphyto.gov.my/v7/Uploads/UploadFileInfo/10072019121538PM_file_info.pdf · Contoh Sijil Fitosanitasi untuk eksport durian sejuk beku

5

3.0 SYARAT-SYARAT PENGEKSPORTAN DURIAN SEJUK BEKU KE NEGARA

CHINA

3.1 Sumber Durian

Buah durian perlulah diperolehi daripada ladang yang telah mendapat perakuan Amalan Pertanian

Baik (MyGAP) Jabatan Pertanian (DOA) serta mengamalkan Pengurusan Perosak Bersepadu

(IPM). Bagi pengeksportan buah durian sejuk beku dalam bentuk biji, ladang durian perlu

memasang jaring bagi mengelakkan buah durian yang gugur daripada terkena tanah. Buah durian

juga perlu dipastikan bebas daripada tanah serta sisa tumbuhan seperti daun atau rumput.

3.2 Fasiliti Pemprosesan

Fasiliti pemprosesan perlulah berdaftar dengan DOA dan telah diluluskan oleh General

Administration of Custom China (GACC). Fasiliti pemprosesan wajib mengamalkan Amalan

Pengilangan Baik (GMP) dan telah mendapat perakuan GMP daripada Kementerian Kesihatan

(MOH). Fasiliti pemprosesan perlu memastikan fasiliti sentiasa dalam keadaan bersih.

3.3 Rawatan Kuarantin

Buah durian yang telah dipilih perlu dibersihkan menggunakan berus dan air atau udara bertekanan

tinggi. Durian sejuk beku yang dieksport ke China mesti dirawat menggunakan kaedah rawatan

sejuk beku seperti berikut:

Bentuk ulas dan pes (tanpa kulit) - rawatan blast freezing pada suhu -30oC

selama 30 minit

Bentuk biji (dengan kulit) - rawatan cryogenic freezing pada suhu

-80oC hingga -110oC selama 60 minit

Durian sejuk beku yang telah dirawat perlulah disimpan dan diangkut (stored and transported)

pada suhu -18oC.

Page 6: PROSEDUR PEMERIKSAAN UNTUK PENGELUARAN SIJIL …myphyto.gov.my/v7/Uploads/UploadFileInfo/10072019121538PM_file_info.pdf · Contoh Sijil Fitosanitasi untuk eksport durian sejuk beku

6

3.4 Pembungkusan dan pelabelan

Durian sejuk beku yang akan dieksport perlulah dibungkus dalam bungkusan baru dan bersih.

Setiap kotak atau bungkusan wajib dilabelkan. Format label konsainan adalah seperti di

Lampiran 1. Pengeksport wajib menggunakan format yang dilampirkan.

4.0 PEMERIKSAAN KONSAINAN DURIAN SEJUK BEKU KE NEGARA CHINA

4.1 Syarat pemeriksaan

i. Semua konsainan yang akan dieksport (kuantiti dan jenis produk yang diisytiharkan

seperti dalam permohonan) perlu berada di tempat pemeriksaan.

ii. Konsainan perlulah boleh diakses dan kesemua konsainan telah siap dirawat, dibungkus

dan dilabel.

iii. Pemeriksaan visual ke atas konsainan hendaklah dilakukan di premis fasiliti

pemprosesan yang diluluskan dan kawasan pemeriksaan lain yang telah dibenarkan oleh

DOA sahaja.

4.2 Pemeriksaan dan pengesahan dokumen

Dokumen-dokumen berikut perlu disertakan bersama permohonan Sijil Fitosanitasi. Ianya

perlulah lengkap, konsisten, tepat dan sah serta dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang berkenaan.

i. invois - Kuantiti dan jenis produk pada invois perlulah sama dengan kuantiti di dalam

sijil fitosanitasi;

ii. packing list – Kuantiti dan jenis produk pada packing list perlulah sama dengan kuantiti

dan jenis produk di dalam sijil fitosanitasi;

Page 7: PROSEDUR PEMERIKSAAN UNTUK PENGELUARAN SIJIL …myphyto.gov.my/v7/Uploads/UploadFileInfo/10072019121538PM_file_info.pdf · Contoh Sijil Fitosanitasi untuk eksport durian sejuk beku

7

iii. sijil kesihatan – wajib disertakan bagi durian sejuk beku ulas dan pes. Sijil kesihatan

tidak diperlukan bagi durian sejuk beku dalam bentuk biji;

iv. sijil MyGAP ladang sumber buah durian diperolehi;

v. sijil GMP fasiliti pemprosesan; dan

vi. surat pengesahan daripada fasiliti pemprosesan.

Pastikan dokumen-dokumen yang wajib disertakan mengikut jenis komoditi dan syarat yang

dikenakan, disediakan oleh pengeksport dan telah dimuatnaik ke dalam sistem myPhyto sebelum

meneruskan pemeriksaan.

4.3 Pengesahan identiti dan integriti konsainan

Periksa samada identiti dan integriti konsainan adalah sama seperti yang diisytiharkan oleh

pegeksport dalam permohonan dan dokumen sokongan yang disertakan. Pastikan kuantiti dan

status konsainan adalah tepat dan konsainan boleh dikenalpasti. Periksa seals, bungkusan, label

pada bungkusan atau lain-lain tanda yang dapat mengesahkan integriti konsainan berkenaan.

4.4 Pemeriksaan visual

Pemeriksaan visual dilakukan untuk mengesan kehadiran perosak dan kepatuhan terhadap syarat-

syarat import negara pengimport. Pastikan pemeriksaan dilakukan setelah rawatan siap dijalankan

bagi mengesahkan keberkesanan rawatan.

4.4.1 Pengesanan kehadiran perosak

Ambil sampel daripada konsainan atau lot bagi mengesan kehadiran perosak. Saiz sampel adalah

mengikut jadual hypergeometric (Lampiran 2) pada tahap keyakinan 95% dengan tahap

pengesanan 5%. Ambil sampel secara rawak dan gunakan kaedah persampelan satu peringkat

dimana keputusan untuk mengesahkan atau menolak konsainan adalah berdasarkan sampel

Page 8: PROSEDUR PEMERIKSAAN UNTUK PENGELUARAN SIJIL …myphyto.gov.my/v7/Uploads/UploadFileInfo/10072019121538PM_file_info.pdf · Contoh Sijil Fitosanitasi untuk eksport durian sejuk beku

8

tunggal. Periksa sampel secara visual sehingga kehadiran perosak ditemui atau sehingga

keseluruhan sampel telah diperiksa.

Sampel yang diambil adalah termasuk produk dan bungkusan sampel. Sampel yang telah diperiksa

boleh dimasukkan semula ke dalam konsainan yang akan dieksport. Pemotongan sampel hanya

perlu dilakukan sekiranya terdapat tanda-tanda atau simptom kehadiran perosak.

4.4.2 Pengesahan pematuhan kepada peraturan fitosanitasi

Periksa dan sahkan samada konsainan mematuhi peraturan fitosanitasi yang ditetapkan. Rujuk

Syarat-syarat Pengeksportan Durian Sejuk Beku ke Negara China.

4.5 Sampel untuk ujian makmal

Sekiranya analisa makmal diperlukan, sampel yang dihantar untuk ujian makmal hendaklah

dibungkus dengan baik bagi mengelakkan perosak dari terlepas, dikedapkan dan dilabelkan. Label

pada sampel mestilah mengandungi maklumat terperinci termasuk nama komoditi (spesies/

varieti), saiz sampel, tempat pemeriksaan, tarikh pemeriksaan, nama dan tandatangan pegawai

pemeriksa serta tandatangan pengeksport. Format label sampel untuk ujian makmal adalah seperti

di Lampiran 3. Keputusan analisa makmal perlu dihantar ke pejabat pengeluar sijil fitosanitasi

yang berkenaan dan sesalinan kepada pengeksport.

5.0 KEPUTUSAN PEMERIKSAAN KONSAINAN UNTUK EKSPORT

Setelah pemeriksaan dilaksanakan, Pegawai Pemeriksa akan membuat keputusan untuk

pengesyoran terhadap permohonan Sijil Fitosanitasi konsainan tersebut. Sekiranya tidak terdapat

kehadiran perosak pada sampel dan konsainan telah mematuhi semua syarat-syarat import negara

pengimport, pengeluaran Sijil Fitosanitasi boleh disyorkan dan konsainan boleh dieksport.

Page 9: PROSEDUR PEMERIKSAAN UNTUK PENGELUARAN SIJIL …myphyto.gov.my/v7/Uploads/UploadFileInfo/10072019121538PM_file_info.pdf · Contoh Sijil Fitosanitasi untuk eksport durian sejuk beku

9

Sekiranya terdapat ketidakpatuhan terhadap syarat-syarat import negara pegimport atau terdapat

kehadiran perosak dikesan pada sampel, pegawai pemeriksa perlu mengesyorkan tindakan yang

boleh diambil terhadap konsainan. Tindakan yang boleh diambil termasuk:

i. mengarahkan rawatan semula konsainan sekiranya sesuai dan melaksanakan pemeriksaan

semula;

ii. mengarahkan pengeksport untuk memilih produk yang bebas perosak atau membersihkan

semula produk sekiranya sesuai dan melaksanakan pemeriksaan semula; atau

iii. menolak permohonan Sijil Fitosanitasi. Penolakan perlulah dibuat untuk keseluruhan

konsainan atau lot. Keputusan untuk meluluskan sebahagian daripada konsainan atau lot

hanya boleh dibuat sekiranya keseluruhan konsainan atau lot telah diperiksa. Keputusan

penolakan perlulah dimaklumkan kepada pengeksport menggunakan Surat Penolakan

Pengeluaran Sijil Fitosanitasi untuk Konsainan Eksport (Lampiran 4).

Keputusan pemeriksaan adalah berdasarkan penemuan terhadap sampel yang diambil. Sekiranya

terdapat penemuan perosak atau lain-lain kontaminasi pada konsainan, tahap toleransi yang

dibenarkan adalah seperti berikut:

i. tiada toleransi untuk kontaminasi seperti tanah daun dan sebagainya pada sampel yang

diambil;

ii. tiada toleransi untuk sebarang perosak hidup atau mati yang ditemui pada sampel yang

diambil.

iii. tiada toleransi untuk sebarang simptom dan tanda-tanda kehadiran perosak dan penyakit.

Page 10: PROSEDUR PEMERIKSAAN UNTUK PENGELUARAN SIJIL …myphyto.gov.my/v7/Uploads/UploadFileInfo/10072019121538PM_file_info.pdf · Contoh Sijil Fitosanitasi untuk eksport durian sejuk beku

10

6.0 PENYEDIAAN SIJIL FITOSANITASI

Penyediaan Sijil Fitosanitasi adalah mengikut Prosedur Operasi Standard Sijil Fitosanitasi yang

sedang berkuatkuasa. Bagi pengeksportan durian sejuk beku ke negara China tambahan penyataan

maklumat-maklumat berikut perlu dimasukkan ke dalam Sijil Fitosanitasi:

i. Penyataan konsainan telah mematuhi syarat-syarat import Negara China. Penyataan ini

dimasukkan di ruangan “Additional Declaration”

“The consignment is in compliance with requirements described in the Protocol of

Inspection and Quarantine Requirements for the Export of Frozen Durian from Malaysia

to China”.

ii. Penyataan fasiliti pemprosesan yang diluluskan serta kaedah penyimpanan dan

penghantaran konsainan. Penyataan ini dimasukkan di ruangan “Additional Information”

“Processed at an approved processing facility – (Insert Processing Facility name)

(NPPO Registration no.: MY/DW/PF/C(XX)/XX). Stored and transported at temperature

of -18oC”.

Contoh Sijil Fitosanitasi untuk eksport durian sejuk beku dalam bentuk biji seperti di Lampiran 5.

7.0 NOTIFIKASI KETIDAKPATUHAN

Setiap konsainan yang dieksport akan diperiksa oleh pihak Kastam China di pintu masuk.

Pemeriksaan adalah merangkumi pemeriksaan dokumen, label dan pemeriksaan kuarantin.

Sekiranya berlaku ketidakpatuhan, pihak GACC akan memaklumkan kepada DOA dan

penggantungan akan dikenakan terhadap ladang durian di mana sumber durian diperolehi serta

fasiliti pemprosesan yang mengeluarkan produk durian sejuk beku berkenaan.

Page 11: PROSEDUR PEMERIKSAAN UNTUK PENGELUARAN SIJIL …myphyto.gov.my/v7/Uploads/UploadFileInfo/10072019121538PM_file_info.pdf · Contoh Sijil Fitosanitasi untuk eksport durian sejuk beku

11

Pegawai Pemeriksa daripada DOA akan menjalankan siasatan dan mengesyorkan langkah-langkah

pembetulan kepada pemilik ladang dan fasiliti pemprosesan. Penarikan penggantungan hanya akan

dibuat selepas tindakan pembetulan diambil dan setelah kelulusan daripada GACC diperolehi.

Page 12: PROSEDUR PEMERIKSAAN UNTUK PENGELUARAN SIJIL …myphyto.gov.my/v7/Uploads/UploadFileInfo/10072019121538PM_file_info.pdf · Contoh Sijil Fitosanitasi untuk eksport durian sejuk beku

12

LAMPIRAN 1: FORMAT LABEL BUNGKUSAN DURIAN SEJUK BEKU KE CHINA

Page 13: PROSEDUR PEMERIKSAAN UNTUK PENGELUARAN SIJIL …myphyto.gov.my/v7/Uploads/UploadFileInfo/10072019121538PM_file_info.pdf · Contoh Sijil Fitosanitasi untuk eksport durian sejuk beku

13

LAMPIRAN 2: JADUAL HYPERGEOMETRIC

Bil. unit

dalam

lot

Tahap keyakinan 95% Tahap keyakinan 99%

Tahap pengesanan Tahap pengesanan

5 2 1 0.5 0.1 5 2 1 0.5 0.1

25 24 - - - - 25 - - - -

50 39 48 - - - 45 50 - - -

100 45 78 95 - - 59 90 99 - -

200 51 105 155 190 - 73 136 180 198 -

300 54 117 189 285 - 78 160 235 297 -

400 55 124 211 311 - 81 174 273 360 -

500 56 129 225 388 - 83 183 300 450 -

600 56 132 235 379 - 84 190 321 470 -

700 57 134 243 442 - 85 195 336 549 -

800 57 136 249 421 - 85 199 349 546 -

900 57 137 254 474 - 86 202 359 615 -

1000 57 138 258 450 950 86 204 368 601 990

2000 58 143 277 517 1553 88 216 410 737 1800

3000 58 145 284 542 1895 89 220 425 792 2353

4000 58 146 288 556 2108 89 222 433 821 2735

5000 59 147 290 564 2253 89 223 438 840 3009

6000 59 147 291 569 2358 90 224 442 852 3214

7000 59 147 292 573 2437 90 225 444 861 3373

8000 59 147 293 576 2498 90 225 446 868 3500

9000 59 148 294 579 2548 90 226 447 874 3604

10000 59 148 294 581 2588 90 226 448 878 3689

20000 59 148 296 589 2781 90 227 453 898 4112

30000 59 148 297 592 2850 90 228 455 905 4268

40000 59 149 297 594 2885 90 228 456 909 4348

50000 59 149 298 595 2907 90 228 457 911 4398

60000 59 149 298 595 2921 90 228 457 912 4431

70000 59 149 298 596 2932 90 228 457 913 4455

80000 59 149 298 596 2939 90 228 457 914 4473

90000 59 149 298 596 2945 90 228 458 915 4488

100000 59 149 298 596 2950 90 228 458 915 4499

200000 + 59 149 298 597 2972 90 228 458 917 4551

Page 14: PROSEDUR PEMERIKSAAN UNTUK PENGELUARAN SIJIL …myphyto.gov.my/v7/Uploads/UploadFileInfo/10072019121538PM_file_info.pdf · Contoh Sijil Fitosanitasi untuk eksport durian sejuk beku

14

Contoh penggunaan jadual hypergeometric:

Pegawai Pemeriksa menerima permohonan untuk memeriksa 2000kg buah durian sejuk beku

dengan purata 2kg sebiji. Anggaran jumlah buah konsainan ialah 1000 biji buah durian sejuk beku.

Pegawai Pemeriksa memilih tahap pengesanan pada tahap 5% dengan tahap keyakinan 95%.

Melalui jadual hypergeometric, saiz sampel yang perlu diambil ialah sebanyak 57 biji buah durian.

Page 15: PROSEDUR PEMERIKSAAN UNTUK PENGELUARAN SIJIL …myphyto.gov.my/v7/Uploads/UploadFileInfo/10072019121538PM_file_info.pdf · Contoh Sijil Fitosanitasi untuk eksport durian sejuk beku

15

LAMPIRAN 3: FORMAT LABEL SAMPEL UNTUK UJIAN MAKMAL

JABATAN PERTANIAN

BAHAGIAN BIOSEKURITI TUMBUHAN

SPESIMEN UNTUK ANALISA

TEL: 03-2030 1400 FAX: 03-2697 7164

NO. RUJUKAN

SPESIES/ VARIETI :

BAHAGIAN SAMPEL :

KUANTITI SAMPEL :

TARIKH AMBIL SAMPEL

NAMA PEGAWAI YANG MENGAMBIL SAMPEL:

ALAMAT PEJABAT :

NO TEL : TANDATANGAN :

NAMA & ALAMAT PENGEKSPORT :

NO TEL : TANDATANGAN :

TARIKH HANTAR :

NAMA TEMPAT/MAKMAL ANALISA :

TUJUAN : *ANALISA NEMATOD/VIRUS/BAKTERIA/PEROSAK/LAIN-LAIN

(Nyatakan nama saintifik/biasa)

* Pilih yang berkaitan

SATU SALINAN PERLU DIBERIKAN KEPADA PENGEKSPORT

Page 16: PROSEDUR PEMERIKSAAN UNTUK PENGELUARAN SIJIL …myphyto.gov.my/v7/Uploads/UploadFileInfo/10072019121538PM_file_info.pdf · Contoh Sijil Fitosanitasi untuk eksport durian sejuk beku

16

LAMPIRAN 4: FORMAT SURAT PENOLAKAN PENGELUARAN SIJIL

FITOSANITASI UNTUK KONSAINAN EKSPORT

(Sila gunakan kepala surat Pejabat Pengeluar)

Page 17: PROSEDUR PEMERIKSAAN UNTUK PENGELUARAN SIJIL …myphyto.gov.my/v7/Uploads/UploadFileInfo/10072019121538PM_file_info.pdf · Contoh Sijil Fitosanitasi untuk eksport durian sejuk beku

17

LAMPIRAN 5: CONTOH SIJIL FITOSANITASI UNTUK EKSPORT DURIAN SEJUK

BEKU KE CHINA

Processed at an approved processing facility – (Insert Processing Facility name) (NPPO Registration no.: MY/DW/PF/C(XX)/XX).

Stored and transported at temperature of -18oC

1. FROZEN DURIAN WHOLE FRUIT

Page 18: PROSEDUR PEMERIKSAAN UNTUK PENGELUARAN SIJIL …myphyto.gov.my/v7/Uploads/UploadFileInfo/10072019121538PM_file_info.pdf · Contoh Sijil Fitosanitasi untuk eksport durian sejuk beku

18

LAMPIRAN 6: CONTOH SIJIL KESIHATAN

NAMA DAN ALAMAT SYARIKAT

NAMA DAN ALAMAT SYARIKAT

NAMA DAN ALAMAT SYARIKAT

NAMA DAN ALAMAT SYARIKAT

Page 19: PROSEDUR PEMERIKSAAN UNTUK PENGELUARAN SIJIL …myphyto.gov.my/v7/Uploads/UploadFileInfo/10072019121538PM_file_info.pdf · Contoh Sijil Fitosanitasi untuk eksport durian sejuk beku

19

LAMPIRAN 7: CONTOH SIJIL GMP

NAMA DAN ALAMAT SYARIKAT

Page 20: PROSEDUR PEMERIKSAAN UNTUK PENGELUARAN SIJIL …myphyto.gov.my/v7/Uploads/UploadFileInfo/10072019121538PM_file_info.pdf · Contoh Sijil Fitosanitasi untuk eksport durian sejuk beku

20

NAMA DAN ALAMAT SYARIKAT

Page 21: PROSEDUR PEMERIKSAAN UNTUK PENGELUARAN SIJIL …myphyto.gov.my/v7/Uploads/UploadFileInfo/10072019121538PM_file_info.pdf · Contoh Sijil Fitosanitasi untuk eksport durian sejuk beku

21

LAMPIRAN 8: CONTOH SIJIL MYGAP

NAMA SYARIKAT

Page 22: PROSEDUR PEMERIKSAAN UNTUK PENGELUARAN SIJIL …myphyto.gov.my/v7/Uploads/UploadFileInfo/10072019121538PM_file_info.pdf · Contoh Sijil Fitosanitasi untuk eksport durian sejuk beku

22

LAMPIRAN 9: FORMAT SURAT PENGESAHAN FASILITI PEMPROSESAN BAGI

SYARIKAT LAIN YANG MENGEKSPORT PRODUK DARIPADA FASILITI

PEMPROSESAN YANG DILULUSKAN

Page 23: PROSEDUR PEMERIKSAAN UNTUK PENGELUARAN SIJIL …myphyto.gov.my/v7/Uploads/UploadFileInfo/10072019121538PM_file_info.pdf · Contoh Sijil Fitosanitasi untuk eksport durian sejuk beku

23

LAMPIRAN 10: CARTA ALIR PROSES RAWATAN CECAIR NITROGEN UNTUK

BUAH DURIAN SEJUK BEKU (WHOLE FRUIT) KE CHINA

Page 24: PROSEDUR PEMERIKSAAN UNTUK PENGELUARAN SIJIL …myphyto.gov.my/v7/Uploads/UploadFileInfo/10072019121538PM_file_info.pdf · Contoh Sijil Fitosanitasi untuk eksport durian sejuk beku

24

LAMPIRAN 11: SENARAI SEMAK PEMERIKSAAN

Page 25: PROSEDUR PEMERIKSAAN UNTUK PENGELUARAN SIJIL …myphyto.gov.my/v7/Uploads/UploadFileInfo/10072019121538PM_file_info.pdf · Contoh Sijil Fitosanitasi untuk eksport durian sejuk beku

25