6
PROSEDUR PENILAIAN ANUGERAH NILAM 1. PENGENALAN 1.1. Pekeliling lkhtisas Bil. 13/1998 bertarikh 22 Mei 1998 menyatakan bahawa Program NILAM wajib dijalankan di semua sekolah seluruh negara. Selain itu, usaha ke arah galakan membaca wajar digerakkan untuk menyokong gesaan Kementerian Pendidikan dalam menarik minat murid untuk lebih banyak membaca. 1.2. Program NILAM merupakan satu usaha Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membina tabiat membaca di kalangan murid dengan hasrat mewujudkan budaya membaca dan budaya ilmu di kalangan rakyat Malaysia. Sekolah perlu mengadakan aktiviti-aktiviti galakan membaca secara berperingkat dan berterusan meliputi aktiviti asas, aktiviti pemupukan dan aktiviti pengayaan. Justeru, satu strategi yang berkesan perlu dilaksanakan untuk memperhebatkan lagi pencapaian Program NILAM ke tahap yang lebih baik dan menyeluruh. 1.3. Anugerah NILAM Peringkat Kebangsaan merupakan pengiktirafan tertinggi KPM dalam usaha membina tabiat membaca dalam kalangan murid selaras dengan hasrat negara melahirkan masyarakat bermaklumat dan berpengetahuan menjelang 2020 apabila Malaysia menjadi sebuah negara maju. 2. OBJEKTIF 2.1. Mewujudkan daya usaha untuk persaingan yang sihat dan membina kekuatan minda 2.2. Menampilkan murid yang mengamalkan ciri-ciri pembaca yang berkualiti 2.3. Melahirkan tokoh murid yang minat membaca, mengamalkan ciri-ciri pembelajaran abad ke-21, berketerampilan dan mempunyai sikap kepimpinan

PROSEDUR PENILAIAN

  • Upload
    fairos

  • View
    6

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

PROSEDUR PENILAIAN

Citation preview

Page 1: PROSEDUR PENILAIAN

1. PENGENALAN

1.1. Pekeliling lkhtisas Bil. 13/1998 bertarikh 22 Mei 1998 menyatakan bahawa Program NILAM wajib dijalankan di semua sekolah seluruh negara. Selain itu, usaha ke arah galakan membaca wajar digerakkan untuk menyokong gesaan Kementerian Pendidikan dalam menarik minat murid untuk lebih banyak membaca.

1.2. Program NILAM merupakan satu usaha Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membina tabiat membaca di kalangan murid dengan hasrat mewujudkan budaya membaca dan budaya ilmu di kalangan rakyat Malaysia. Sekolah perlu mengadakan aktiviti-aktiviti galakan membaca secara berperingkat dan berterusan meliputi aktiviti asas, aktiviti pemupukan dan aktiviti pengayaan. Justeru, satu strategi yang berkesan perlu dilaksanakan untuk memperhebatkan lagi pencapaian Program NILAM ke tahap yang lebih baik dan menyeluruh.

1.3. Anugerah NILAM Peringkat Kebangsaan merupakan pengiktirafan tertinggi KPM dalam usaha membina tabiat membaca dalam kalangan murid selaras dengan hasrat negara melahirkan masyarakat bermaklumat dan berpengetahuan menjelang 2020 apabila Malaysia menjadi sebuah negara maju.

2. OBJEKTIF

2.1. Mewujudkan daya usaha untuk persaingan yang sihat dan membina kekuatan minda

2.2. Menampilkan murid yang mengamalkan ciri-ciri pembaca yang berkualiti2.3. Melahirkan tokoh murid yang minat membaca, mengamalkan ciri-ciri

pembelajaran abad ke-21, berketerampilan dan mempunyai sikap kepimpinan

3. CIRI-CIRI MURID ABAD KE-21

3.1. Bersifat ingin tahu, berfikir secara kritis dan kreatif dan sentiasa menimba ilmu

3.2. Membuat kesimpulan, membuat keputusan, mengaplikasi pengetahuan sedia ada kepada situasi baru dan mewujudkan pengetahuan baharu.

PROSEDUR PENILAIANANUGERAH NILAM

Page 2: PROSEDUR PENILAIAN

3.3. Berkongsi pengetahuan serta mengambil bahagian secara beretika dan produktif

(Sumber: American Library Association. 2007. Standards for the 21st century learner. Retrieved from h t tp : / /w w w . a la. o rg/al a / m gr p s / d i vs /a a s l / g u i d e line s a n d s t and ar d s /l e ar n i n g s t and ar d s / AASL _ L e ar n i n gSta nd ar d s . pd f )

4. KAEDAH PENILAIAN

4.1. Penilaian calon dilaksanakan melalui empat bahagian:4.1.1. Penulisan4.1.2. Individu4.1.3. Kumpulan4.1.4 Pengucapan Awam

4.2. Penulisan4.2.1. Calon akan diberi masa selama satu (1) jam untuk menulis satu (1) esei

(Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris) mengikut kategori.4.2.2. Pada setiap sesi, calon akan diberikan beberapa soalan dan calon

bebas memilih satu soalan untuk dijawab.4.2.3. Markah penilaian bagi sesi Kumpulan adalah berdasarkan impression

marking (penilaian berasaskan kesan) yang mengambil kira item berikut:4.2.3.1. Isi kandungan dan pengolahan4.2.3.2. Bahasa4.2.3.3. Penyampaian

4.2.4. Setiap hakim akan membaca skrip calon dan memberikan markah berdasarkan kriteria yang ditetapkan.

4.2.5. Hakim melengkapkan borang markah dan menyerahkannya kepada Pengurus Markah setelah semua esei selesai dinilai.

4.2.6. Pengurus Markah akan memasukkan markah penilaian Anugerah NILAM Peringkat Daerah ke dalam borang markah yang disediakan.

4.3. Penilaian Lisan Individu4.3.1. Setiap calon dipanggil mengikut jadual yang ditetapkan mengikut

cabutan undi masing-masing.4.3.2. Calon dikehendakki menunjukkan kad pengenalan / surat beranak

kepada urus setia dan menyerahkan borang biodata yang telah diisi untuk disemak oleh urus setia

4.3.3. Calon dikehendakki memilih satu sampul surat yang mengandungi soalan.

Page 3: PROSEDUR PENILAIAN

4.4 Kumpulan4.4.1. Tiga/empat calon akan dipanggil serentak bagi penilaian

berkumpulan4.4.2. Giliran calon adalah berdasarkan giliran cabutan undi bagi sesi individu4.4.3. Hakim mempersilakan calon duduk4.4.4. Hakim menerangkan tatacara penilaian Bahagian Kumpulan:

4.4.4.1. Kamu akan diberikan dua soalan mengikut kategori.4.4.4.2. Setiap soalan akan dibaca sebanyak dua kali4.4.4.3. Kamu diberi masa selama tiga (atau empat) minit untuk

bersedia.

4.4.4.4. Mana-mana calon boleh membuat pembentangan apabila telah bersedia

4.4.4.5. Markah dikira bermula daripada perbincangan calon dalam kumpulan

4.4.4.6. Sekiranya semua calon tidak boleh menjawab soalan yang dikemukakan, calon boleh memohon untuk diberikan soalan yang baharu. Walau bagaimanapun, penalti akan dikenakan

4.4.5. Hakim membantu calon melalui soalan-soalan yang menjurus kepada tajuk sekiranya calon dilihat tidak dapat mengembangkan idea.

4.4.6. Hakim mengucapkan terima kasih kepada semua calon setelah tamat sesi

4.4.7. Markah penilaian bagi sesi Kumpulan adalah berdasarkan impression marking (penilaian berasaskan kesan) yang mengambil kira item berikut:4.4.7.1. Isi kandungan dan pengolahan4.4.7.2. Bahasa4.4.7.3. Penyampaian / Keupayaan berkomunikasi dalam kumpulan4.4.7.4. Penglibatan4.4.7.5. Ketokohan / Perwatakan

4.4.8. Hakim melengkapkan borang markah dan menyerahkannya kepada Pengurus Markah sebelum memanggil calon yang seterusnya.

4.5 Pengucapan Awam4.5.1 Setiap calon dipanggil mengikut jadual yang ditetapkan mengikut

cabutan undi masing-masing.4.5.2. Calon dikehendakki menunjukkan kad pengenalan / surat beranak

kepada urus setia dan menyerahkan borang biodata yang telah diisi untuk disemak oleh urus setia

4.5.3. Calon dikehendakki memilih satu sampul surat yang mengandungi satu tajuk yang berdasarkan isu semasa.

4.5.4 Apabila loceng pertama dibunyikan, calon mempunyai tempoh 1 minit untuk menjana idea beradasar tajuk yang telah dipilih.

4.5.5 Apabila loceng kedua dibunyikan, tempoh 2 minit diberikan untuk calon mempersembhakan pengucapan mereka.

4.5.6 Tiada sebarang markah akan diberikan setelah tempoh 2 minit telah tamat (loceng tamat).

Page 4: PROSEDUR PENILAIAN

5. MARKAH PENILAIAN

5.1. Pengurus markah akan memasukkan semua markah oleh panel hakim dalam borang markah

5.2. Markah penuh bagi kesemua bahagian ialah 100%

6. PENULISAN LAPORAN PENILAIAN

6.1. Setelah semua calon selesai dinilai, panel hakim hendaklah bersidang bagi menentukan pemenang dan Tokoh NILAM Daerah berdasarkan markah dan laporan penilaian hakim bagi setiap calon

6.2. Hakim hendaklah menulis laporan bagi setiap kategori dan laporan keseluruhan

6.3. Sekiranya terdapat markah seri pada markah keseluruhan, susunan berikut akan diambil kira bagi menentukan pemenang:

6.3.1 Isi kandungan dan pengolahan6.3.2 Bahasa6.3.3 Penyampaian / Keupayaan berkomunikasi6.3.4 Kreativiti6.3.5 Ketokohan / Perwatakan

6.4. Hakim hendaklah menyerahkan laporan kepada Ketua JK Penilaian untuk

tindakan selanjutnya

Page 5: PROSEDUR PENILAIAN

Prosedur Penilaian Anugerah NILAM Daerah 5