21
95 PSIKOLOGI TERRORISME AGAMA: ANTARA BEBALISME DAN FANATISME Rahimin Affandi Abdul Rahim, Mohd Anuar Ramli, Mohd Imran Abdul Razak, Siti Maimunah Hj. Kahal, Rabiatul Adawiyyah Binti Mohamed Ratha, Muhammad Izzul Syahmi Zulkepli Abstrak Pengkaji barat cenderung untuk memberikan gambaran psikologi golongan terrorisme agama dengan pelbagai watak yang antagonis, sedangkan bagi golongan terrorisme agama, mereka mendakwa bahawa perjuangan bermotivasikan agama sehingga sanggup mengorbankan harta benda dan nyawa. Hakikatnya, tindakan mereka menimbulkan gejala islamophobia kepada masyarakat. Sehubungan itu, kajian ini akan membincangkan tentang psikologi kelompok terrorisme yang terlibat dengan pelbagai aktiviti keganasan. Bagi mengenalpasti psikologi mereka, kajian kualittif yang berasaskan pendekatan perpustakaan ini telah merujuk laporan dan penulisan pakar counter-terrorism dan menganalisis kandungannya bagi merumuskan gambaran watak golongan terrorisme agama. Hasil kajian mendapati, golongan terrorisme agama mempunyai watak yang keras dan menyimpang dari ajaran Islam. Ini kerana serangan mereka melibatkan nyawa sendiri dan orang awam. Justeru, ia perlu ditangani secara tuntas disebabkan bertentangan secara total dengan prinsip wasatiyyah. Kata Kunci: Ekstremisme, Wasatiyyah, Islamophobia, Deradikalisasi, Rehabilisasi, Counter-Terrorisme

PSIKOLOGI TERRORISME AGAMA: ANTARA BEBALISME … · selalu amalan wajib dan sunnah harian ... sebab yang ada dalam Islam hanyalah ... mereka diterapkan dengan world-view Islam yang

Embed Size (px)

Citation preview

95

PSIKOLOGI TERRORISME AGAMA: ANTARA BEBALISME DAN

FANATISME

Rahimin Affandi Abdul Rahim, Mohd Anuar Ramli, Mohd Imran Abdul Razak, Siti

Maimunah Hj. Kahal, Rabiatul Adawiyyah Binti Mohamed Ratha,

Muhammad Izzul Syahmi Zulkepli

Abstrak

Pengkaji barat cenderung untuk memberikan gambaran psikologi golongan terrorisme

agama dengan pelbagai watak yang antagonis, sedangkan bagi golongan terrorisme

agama, mereka mendakwa bahawa perjuangan bermotivasikan agama sehingga sanggup

mengorbankan harta benda dan nyawa. Hakikatnya, tindakan mereka menimbulkan

gejala islamophobia kepada masyarakat. Sehubungan itu, kajian ini akan

membincangkan tentang psikologi kelompok terrorisme yang terlibat dengan pelbagai

aktiviti keganasan. Bagi mengenalpasti psikologi mereka, kajian kualittif yang

berasaskan pendekatan perpustakaan ini telah merujuk laporan dan penulisan pakar

counter-terrorism dan menganalisis kandungannya bagi merumuskan gambaran watak

golongan terrorisme agama. Hasil kajian mendapati, golongan terrorisme agama

mempunyai watak yang keras dan menyimpang dari ajaran Islam. Ini kerana serangan

mereka melibatkan nyawa sendiri dan orang awam. Justeru, ia perlu ditangani secara

tuntas disebabkan bertentangan secara total dengan prinsip wasatiyyah.

Kata Kunci: Ekstremisme, Wasatiyyah, Islamophobia, Deradikalisasi, Rehabilisasi,

Counter-Terrorisme

Psikologi Terrorisme Agama: Antara Bebalisme Dan Fanatisme

96

Pendahuluan

Pengkaji keganasan barat banyak melakukan kajian serta memberikan pelbagai teori yang

agak komprehensif tentang ekstremisme Islam. Mereka mampu meramal dan

mencadangkan jalan penyelasaian untuk menghadapi serangan ekstremis muslim. Tetapi,

apabila menyentuh tentang isu psikologi ekstremis didapati kajian barat kurang

memahami atau mempunyai empati tentang kenapa aksi ekstremismee dilakukan. Dalam

kajian sarjana barat tentang manusia, ia dikatakan sebagai thinking/ rational animal yang

terdiri daripada elemen jasad dan akal semata-mata. Manusia tidak memerlukan sentuhan

agama untuk menjalani kehidupan, sebaliknya ia lebih memerlukan keperluan naluri

kebendaan seperti nafsu, makan, minum dan self actualization ( pengiktirafan atas

pencapaian diri). Dengan menolak agama yang menjadi domain kejiwaan, manusia

dianggap seperti robot yang tidak memerlukan elemen spiritual. Jadi, apabila timbulnya

ekstremismee agama, pengkaji barat mula menyedari bagaimana peranan agama amat

besar dalam memberi motivasi kepada sesuatu tindakan ekstremismee sehingga sanggup

mengorbankan diri sendiri.

Bertentangan dengan teori barat ini, fokus utama kajian ini adalah untuk melihat

watak atau psikologi pengganas agama yang terlibat dalam aktiviti ekstremisme.

Maklumat ini diperolehi daripada beberapa kajian dan laporan kes keganasan dan

pemulihan yang dilakukan.

Perkembangan Terrorisme

Selepas peristiwa 11 september 2001, walaupun pihak berkuasa barat seperti Amerika

Syarikat menjalankan usaha memerangi ekstremisme tetapi ia gagal, sebaliknya ia

semakin bertambah setiap tahun dalam skala yang lebih besar (Leuprecht & Christian,

2009). Semuanya dikaitkan dengan kegagalan dan kenaifan dasar Amerika Syarikat

sendiri (Esposito & Dalia Mogahed 2008). Contohnya, tahun 2015 dianggap Tahun Bom

Bunuh Diri. Hal ini ditegaskan sebagai; By 2015, suicide bombings had become a significant threat, with 248 attacks and 9,109

killings. The year was called The Year of Suicide Bomber and the attacks described as

an “epidemic”. The situation was also grim in 2016; there were 362 attacks with 4,611 killed and 9,085 wounded

(Haniff Hassan, 2017).

Dalam menghadapi ekstremisme Muslim kebanyakan negara dunia yang

diketuai oleh Amerika Syarikat mengamalkan pelbagai kaedah untuk menyekat kegiatan

keganasan. Usaha pemulihan turut dijadikan agenda utama. Usaha ini sangat penting

kerana ia berupa serampang dua mata; memulih dan mempergunakan maklumat daripada

bekas pengganas untuk program counter-terrorism.

Faktor Pendorong Kepada Gejala Terrorisme

Sarjana berpendapat terdapat beberapa sebab yang membentuk psikologi pengganas

Muslim. Antaranya adalah faktor kejahilan. Kejahilan memang menjadi asas world-view

ekstremisme. Islam sebagai agama yang mementingkan ilmu telah meletakkan ilmu

sebagai syarat terpenting untuk sesuatu taklif syarak dikenakan pada seseorang mukalaf.

Setiap penganut Islam dituntut untuk memiliki ilmu yang cukup dan holistik bagi

memungkinkan Islam dapat diamalkan di peringkat kognitif, afektif dan psikomotor.

JWM | Nombor 1 | 2018

97

Sebagai agama yang menekankan budaya ilmu, Islam menentang keras segala bentuk

kejahilan. Ia menjadi sebab terbesar seseorang terjebak dengan bebalism yang dapat

dicirikan dengan beberapa sifat; sifat rohani yang lemah dan degil enggan walaupun

diberikan maklumat yang betul; sifat keras hati dan malas belajar daripada orang yang

lebih tahu; tidak dapat membezakan antara yang benar dan salah dan tidak mengetahui

duduk perkara sesuatu benda tetapi taasub dengan menerima bulat-bulat pandangan orang

lain tanpa usul periksa (Wan Mohd Nor, 2010). Bebalisme ini menjadi titik tolak dalam

tindakan mereka yang bertentangan dengan maqasid Syariah (Muhd Imran et al., 2016).

Pandangan ini terbukti betul, apabila dinilai kepada kes pengeboman Bali 2002.

Dalam kajian Mirra Noor Milla terhadap aktor-aktor Bom Bali (Imam Samudera, Amrozi

dan Ali Ghufron) mendapati semua aktor ini memang terjebak dengan penyakit jahil dan

bebal ini (Mirra Noor Milla, 2013). Hal ini jelas dalam beberapa perkara;

1. Mereka termasuk dalam golongan yang lemah pencapaian akal hingga mampu

dikuasai oleh golongan ektremis. Amrozi dilaporkan mengidap penyakit autisme.

Begitu juga rata-ratanya pelajar-Mujahidin yang sempat belajar di Pakistan di tahun

1980an dilaporkan terdiri daripada golongan pelajar lemah yang gagal memasuki

universiti awam di Malaysia. Sebagai gantinya mereka menyambung pelajaran di

pusat latihan Taliban di Pakistan yang tidak meletakkan apa-apa syarat untuk masuk

belajar.

2. Mereka langsung tidak menyesali akan tindakan ganas mereka yang mengorbankan

202 orang dan mencederakan 240 yang lain. Hal ini boleh dilihat daripada petikan

Imam Samudera;

Saudara, aku wasiatkan kepada antum dan seluruh umat Islam yang telah

mengazzamkan dirinya kepada jihad dan mati syahid untuk terus berjihad dan

bertempur melawan setan akbar, Amerika dan Yahudi laknat. Saudaraku, jagalah

selalu amalan wajib dan sunnah harian antum semua. Sebab dengan itulah kita

berjihad dan sebab itulah kita mendapat rizki mati syahid. Janganlah anggap

remeh amalan sunnah akhi, sebab itulah yang akan menyelamatkan kita semua dari

bahaya futur dan malas hati.Saudaraku, jagalah salat malammu kepada Allah Azza

Wajalla. Selalulah isi malam-malammu sujud kepada-Nya dan pasrahkan diri

antum semua sepenuhnya kepada kekuasaannya. Ingatlah saudaraku, tiada

kemenangan melainkan dari Allah semata. Kepada antum semua yang telah

mengikrarkan dirinya untuk bertempur habis-habisan melawan anjing-anjing

kekafiran, ingatlah perang belum usai. Janganlah takut cercaan orang-orang yang

suka mencela, sebab Allah di belakang kita. Janganlah kalian bedakan antara sipil

kafir dengan tentara kafir, sebab yang ada dalam Islam hanyalah dua, adalah Islam

atau kafir. Saudaraku, jadilah hidup antum penuh dengan pembunuhan terhadap

dengan orang-orang kafir. Bukankah Allah telah memerintahkan kita untuk

membunuh mereka semuanya, sebagaimana mereka telah membunuh kita dan

saudara kita semuanya. Bercita-citalah menjadi penjagal orang-orang kafir.

Didiklah anak cucu antum semua menjadi penjagal dan teroris bagi seluruh orang-

orang kafir. Sungguh saudaraku, predikat itu lebih baik bagi kita daripada predikat

seorang muslim, tetapi tidak peduli dengan darah saudaranya yang dibantai oleh

Psikologi Terrorisme Agama: Antara Bebalisme Dan Fanatisme

98

kafirin laknat. Sungguh gelar teroris itu lebih mulia daripada gelar ulama. Namun

mereka justru menjadi penjaga benteng kekafiran (Muslimdaily, t.t).

Apabila ditanya sama ada ia menyesali atas tindakannya, ia menjawab :

Apakah aku menyesal? Tidak ada penyesalan terhadap suatu amalan yang

kukerjakan atas dasar keyakinan setelah mempelajari ilmunya secara mendalam

dengan manhaj Salafush Shalih. Yang aku sesali adalah mereka yang tewas dengan

tanpa disengaja, padahal mereka bukan target kami. Untuk itu aku mohon maaf

kepada semua keluarga yang kehilangan anggotanya akibat jihad kami, dan aku

bertaubat kepada Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (Abdul

Azis Alias, 2004).

Apabila diminta supaya ia memohon maaf kepada presiden Megawati, ia menjawab;

Mohon grasi berarti menyesali keyakinan dan berarti mengkhianati keyakinan itu

sendiri yang sekaligus mengkhianati Islam. Mohon grasi berarti membenarkan

hukum kafir, KUHP adalah produk kafir, mengakui ada kebenaran di luar Islam

adalah suatu sikap yang membatalkan syahadat (Abdul Azis Alias, 2004).

Mengikut Yuyun Sunesti, kesemua dua belas orang suspek pemgeboman Bali

2002 yang ditangkap dan dibicarakan langsung tidak menyesali perbuatan mereka.

Hal ini telah menimbulkan kontroversi mendalam kepada semua lapisan masyarakat

di Indonesia (Yuyun Sunesti, 2014).

3. Imam samudera termasuk dalam kategori golongan muda yang dilatih di Herat iaitu

kem latihan Qaedah (Mohd Mizan, 2009). Hidupnya selama di kem ini disibukkan

dengan aktiviti perang hingga gagal mendalami ilmu agama (Eggers, 2011). Ia

didapati mempunyai watak enggan belajar mendapat ilmu baru. Ia terjebak dengan

perangkap world-view silam atau ilmu lama yang dianggap sebagai betul dan wajib

dipertahankan. Dilaporkan, sejak Imam Samudra berusia 16 tahun, ia hanya tertarik

dan secara kuat berpegang hanya kepada buku Abdullah Azzam, Tanda-tanda

Kekuasaan Allah dalam Jihad Afghanistan (Allah’s Signs in the Afghan Jihad).

Beliau hanya menerima pandangan ulama yang terlibat secara langsung dalam

peperangan jihad seperti Abdullah Azzam dan menolak semua pandangan ulama lain (Haniff Hassan, 2005).

4. Imam Samudera telah menjustifikasikan tindakan pengeboman Bali dengan beberapa

hujah yang amat cetek. Ia hanya berpandukan kepada idea Abdullah Azzam, tokoh

rujukan utama yang terlibat melakukan indoktrinasi ideologi salafi jihad di

Afghanistan (John Calvert, 2007). Andainya ia seorang yang teliti dan

bertanggungjawab, Imam Samudera sepatutnya melakukan rujukan silang kepada

karya sarjana Islam lain untuk mendapat pandangan kedua yang lebih baik. Tetapi

sayangnya hal ini tidak dilakukan, seolah-olah tindakan pembunuhan Bali itu perkara

biasa, di mana keputusan untuk melakukannya hanya patut dirujuk kepada satu karya

ulamak sahaja.

JWM | Nombor 1 | 2018

99

Fenomena kejahilan ini boleh dilihat kepada impak world-view Islam yang keliru

mempengaruhi pemikiran seseorang ekstremis. Memang diakui bahawa golongan

ekstremis ini agak sukar untuk dipulihkan. Sebab utamanya, kerana ia membabitkan

dimensi world-view yang dipegang oleh ekstremis. Di sini letaknya sifat pendekatan

Islam yang mengakui keperluan manusia ini bukan setakat keperluan kebendaan dan

fizikal semata-mata (Abdul Rahman Abdullah, 2001), tetapi membabitkan memerlukan

sentuhan kerohanian yang membabitkan elemen world-view dan pemikiran (Hossein

Nasr, 1990). Bahkan faktor world-view ini yang bakal menjadi pemankin atau penapis

sebarang tindakan dilakukan manusia.

Worldview dipakai untuk menggambarkan dan membezakan hakikat sesuatu

agama, tamadun dan kepercayaan. Menurut Ninian Smart (t.t), worldview adalah

kepercayaan, perasaan dan apa-apa yang terdapat dalam pemikiran sesorang yang

berfungsi sebagai pendorong kepada sesuatu pemikiran dan tindakan manusia.

Pada dasarnya, World-view berasaskan kepada; Pertama, realiti dan kebenaran

diperolihi melalui kajianmetafizik terhadap dunia yang nampak (visible world) dan yang

tidak nampak (invisible world). Kedua, berteraskan metode berpikir yang tawhîdî

(integral). Ketiga, pandangan hidup Islam bersumber pada wahyu yang diperkuat oleh

agama (dîn) dan didukung oleh prinsip akal dan intuisi. Keempat, elemen-elemen

pandangan hidup Islam terdiri utamanya dari konsep Tuhan dan diikuti oleh elemen lain

yang berpusat pada konsep Tuhan tersebut (al-Attas, 1996).

Bagi kes aktor teroris Indonesia, mereka diterapkan dengan world-view Islam yang

keliru; memusuhi orang bukan Islam. Pandangan ini bertepatan dengan dapatan kajian

Kumar Ramakrishna (2009), seseorang ekstremis itu biasanya manusia yang bermasalah

dari segi kekosongan spiritual dan pegangan agama; 1. Mereka dahagakan sentuhan spiritual. 2. Terlalu percayakan seorang tokoh ekstremis yang dijadikan rujukannya.

3. Komitted dengan agama tetapi amat sedikit pengetahuan agamanya. Mereka akan

didedahkan dengan realiti umat Islam ditindas dan dizalimi oleh kuasa besar. Dalam hal ini, kes penderitaan umat Islam di Afghanistan, Palestin, Iraq, Kashmir akan diberikan.

4. Terdesak dari segi kewangan.

Golongan yang ada keempat ciri ini yang selalu dicari oleh tokoh ekstremis. Kumpulan ekstrem akan mendekati golongan ini dengan memberi semua keperluannya. Mereka dibawa

sertai program usrah secara rahsia. Apabila mangsa ini mula memprotes dan enggan memberikan kerjasama, mereka akan diberi ugutan bahawa pihak polis telah mengetahui dan

mengintip gerak geri mereka. Hal ini menyebabkan mangsa terbabit menjadi takut dan semakin merapatkan diri dengan ahli ekstremis.

Daripada kajian lapangan Wakhid Sugiyarto (2015) seorang penyelidik Puslitbang

Kehidupan Keagamaan pada pesalah ekstrem di penjara Indonesia mendapati bbeberapa perkara;

1. Latar belakang sosial dan pendidikan pesalah ini adalah pelbagai. Dari sisi status sosial

dan ekonomi, mereka dari kelas menengah ke bawah. Tingkat pendidikan mereka adalah di peringkat menengah. Hanya dua orang yang berlatar belakang sarjana.

2. Latar belakang keluarga adalah daripada Nahdatul ulamak. Mereka tidak berpuas

hati dengan model tradisional dan pasif Nahdatul ulamak yang menyebabkan

Psikologi Terrorisme Agama: Antara Bebalisme Dan Fanatisme

100

berubah kepada model pengamalan keagamaan lebih aktif bertindak seperti

Wahhabisme.

3. Motivasi utama jihad mereka diperolehi dari latihan ketenteraan singkat dikem-kem

latihan yang wujud di Indonesia.

4. Jihad menurut pemahaman mrk adalah bersifat membela nasib umat Islam yang

tertindas spt membela nasib umat Islam yang tertindas di Ambon Indonesia.

Majoriti mereka tidak bersetuju dengan jihad balas dendam pada kekejaman

Amerika yang dilakukan oleh Imam Samudera. Hanya terdapat golongan kecil yang

bersetuju dengan alasan balas dendam ini. Ini kerana pelaku bom bali 1 dan 2 telah

mendasarkan hujah mereka dengan cara yang terlalu mudah tanpa menilainya secara

mendalam.

Perekrutan Terorisme Agama

Terdapat sejumlah besar penyelidik barat yang mengkaji tentang bagaimana proses

ekstremisme berlaku. Di barat, terdapat teori atau Model analisis aksi ekstremisme yang

dikemukakan oleh John Horgan (2009), Alex P. Schmid (2003), Fathalli M. Moghaddam

(2005) dan pihak FBI (2006). Mengikut Federal Bureau Investigation (FBI), proses

ekstremisme berlaku dalam empat tahap; iaitu: preradicalization, identification,

indoctrination, and action.

Pada tahap pertama, seseorang individu mengalami perubahan watak. Proses ini

biasanya berlaku setelah individu terlibat secara rapat dengan orang lain, pertubuhan,

peristiwa, gagasan, dan pengalaman tertentu yang mempengaruhi dirinya. Pada tahap

kedua, individu terbabit akan lebih mendekati dirinya dengan penyebab ekstremis

tertentu dan menerima ideologi radikal yang membenarkan, mendorong, mendukung

kekerasan terhadap kerajaan, orang awam atau pihak lain yang pendapatnya bertentangan

dengan agenda ekstremis sendiri. Tetapi pada tahap ini, individu tidak ikut serta

melakukan tindakan kekerasan. Pada tahap ini individu memperkuat ikatan dirinya

dengan kumpulan dan menyertai program latihan dalam persiapan untuk serangan.

Kemudian pada tahap ketiga, indoktrinasi, individu mulai menerima ideologi

radikal dan yakin terhadap pilihannya sebagai bahagian dari gerakan radikal. Indoktrinasi

yang diperolehi pada tahap ketiga sangat diperlukan pada saat individu memasuki tahap

akhir iaitu aksi (action). Pada tahap ini, individu mulai melakukan tindakan kekerasan

yang selalu dilakukan dengan maksud menimbulkan kemusnahan kepada pihak musuh.

Sarjana mengakui bahawa apabila pemikiran seseorang itu telah ditanam kuat

dengan ideologi terorisme, ia sangat sukar untuk dipulihkan (Kruglanski, 2004). Atas

dasar itu, kita boleh memahami kenapa Islam amat mementingkan penggunaan akidah

dan pemikiran yang betul. Islam mengajar bahawa pemikiran adalah merupakan

pekerjaan akal rasional manusia yang disifatkan sebagai suatu amal perbuatan yang

secara pastinya terikat dengan persoalan halal ataupun haram yang

dipertanggungjawabkan di hadapan Allah (Abdul Rahman, 2001). Atas dasar ini,

seseorang manusia diperingatkan agar menggunakan akal fikirannya dengan cara yang

betul dan sahih di sisi agama (Yusof Othman, 1998). Ianya perlu dilakukan secara

berhati-hati (warak) kerana ianya dimulakan dengan niat yang diikuti dengan perlakuan.

JWM | Nombor 1 | 2018

101

Lebih penting lagi, pemikiran seseorang itu pasti akan dipengaruhi oleh sosiologi budaya

masyarakat termasuk ideologi ekstremisme pegangan seseorang.

Teori ini bertepatan dengan kajian Mirra Noor Milla terhadap aktor-aktor Bom Bali

(Imam Samudera, Amrozi dan Ali Ghufron). Ia mendapati memang ada beberapa tahap

yang mempengaruhi kesemua pelaku Bom Bali dengan ideologi ekstremisme (Mirra

Noor Milla, 2013). Proses untuk mendapatkan data yang melahirkan teori ini terpaksa

menggunakan metode temubual secara mendalam dan metode analisis sejarah biodata

aktor terlibat. Pengkaji telah menganalisa secara mendalam sebab dan motivasi agama

yang mendorong aktor melakukan aktiviti ekstremis. Hasilnya, didapati terdapat beberapa

tahap yang mempengaruhi ideologi ekstremisme.

Dalam keempat aktor ini, ia terbahagi kepada dua kelompok utama; (a) perancang

sebenar Bom Bali yang terdiri dari Ali Ghufran dan Imam Samudera; (b) pengikut setia

iaitu Amrozi, Ali Imron dan Mubarok. Didapati juga bahawa usaha pengrekrutan ahli

menjadi lebih berkesan apabila ia membabitkan hubungan keluarga dan sesama ahli

dalam institusi pendidikan agama. Manakala proses ini agak kurang berjaya apabila ia

membabitkan persamaan aliran politik semata-mata.

1. Tahap Pre -Pendedahan Ideologi.

Ia merujuk kepada latarbelakang keluarga aktor bali. Mereka didedahkan dengan cerita

Jihad melawan penjajah Belanda daripada ahli keluarga mereka sejak kecil. Mereka

semua dididik dalam pendidikan Islam di pesantren terkenal. Semuanya pernah belajar di

Pesantren Payaman Solokuro Lamongan dan Al-Mukmin Ngruki.

2. Tahap Pendedahan.

Ia terjadi apabila aktor ini telah mula mempelajari idealism Islam Kaffah, perang Salib

dan jihad. Hal ini diakui oleh Imam samudera bahawa ia mula terdedah dengan idealism

salafi jihad ini dengan membaca buku Abdullah Azzam, idealog salafi jihad dan sangat

mempengaruhi pemikirannya. Kesemuanya memang bercita-cita untuk mendapat status

mati syahid. Mereka semua dikatakan sangat tersentuh, marah dan mempersalahkan umat

Islam kerana enggan bertindak membalas atau memberi respon ketenteraan terhadap

kezaliman tentera USA dan Israel di Palestin, Afghanistan dan Iraq. Mereka memang

maklum tindakan mereka pasti akan membawa kepada hukumn mati. Bagi aktor Bom

Bali ini, tindakan mereka adalah untuk menyedarkan umat Islam serta membuka peluang

untuk timbulnya lebih banyak aktiviti serupa Bom Bali ini (Rena Latifa, 2012).

3. Tahap Mendalami Ideologi.

Aktor-aktor ini telah mula mendalami dan terlibat dengan ideologi salafi jihad. Kesemua

aktor ini telah pergi menjalankan aktiviti ketenteraan di beberapa tempat jihad khusus

seperti Ambon, selatan Filipina, Maluku, Malaysia dan Afghanistan. Terpenting sekali,

mereka telah menemui sendiri tokoh ulama pengerak di lapangan. Antaranya seperti

Abdullah Sungkar, Abdullah Azzam, Usamah Ben Laden dan Hambali). Tokoh-tokoh di

lapangan ini berfungsi sebagai;

a) pembimbing daripada aspek ideologi. Amrozi menjelaskan, apabila ia menghadapi

masalah peribadi akibat penceraian dengan isterinya, beliau berhajat untuk menemui

abangnya Ali Ghufron. Ia memang menghormati abangnya ini yang waktu itu

Psikologi Terrorisme Agama: Antara Bebalisme Dan Fanatisme

102

menjadi guru di sekolah agama di Johor Bahru. Abangnya dianggap idola

kerohaniannya kerana pernah pergi berperang melawan tentera Rusia di Afghanistan.

b) mengarahkan aktor utama untuk pergi berjihad ke beberapa tempat khusus. Tempat

yang terpenting adalah Pakistan dan Afghanistan. Antara tempat utama di Pakistan

adalah kem Herat, Sa'ada dan Torkham. Kem-kem latihan ini mendapat pembiayaan

daripada Arab Saudi dan CIA. Terdapat beberapa tokoh utama yang terlibat dalam

proses indoktrinisasi ini terdiri dari Usamah Bin Laden, Ayman Zawhiri, Abu

Mus'ab Zarqawi dan Abdullah Azam ideologe utama yang mengasaskan ideologi

salafi jihad ini.

c) Bertindak sebagai orang tengah memperkenalkan aktor dengan ideologi Qaedah di

Afghanistan. Di Pakistan, Abdullah Sungkar telah memperkenalkan Ali Ghufron dan

Imam Samudera kepada Abdullah Azzam dan Usamah Ben Laden. Begitu juga,

semasa di Afghanistan, Ali Ghufron telah memperkenalkan adiknya, Ali Imron

kepada Abdul Rosul Sayyad dan faturaahman al-Ghozi (Pejuang Islam daripada

Selatan Filipina).

d) Mengarah dan menyediakan dana untuk aktiviti Bom Bali dijalankan. Hambali

dikesan terlibat dalam perancangan dan memberikan dana untuk Bom Bali.

4. Tahap Perancangan dan Pelaksanaan

Aktor Bom Bali dengan dokongan bekas pejuang Afghanistan terlibat dalam program

Bom Bali di peringkat perancangan, mendapatkan bahan letupan dan melaksanakannya.

Memang perpaduan di antara bekas pejuang daripada Afghanistan dan Pakistan ini.

Watak Terrorisme Agama

1. Watak Bermasalah

Pada tahun 2017, suatu kajian dilakukan oleh United Nations Office of Counter-

Terrorism, sebuah pertubuhan di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Ia dibuat

bagi mengetahui kenapa pengganas asing daripada eropah terlibat dalam konflik

ketenteraan di Syria. Kajian ini bertajuk Enhancing the Understanding of the Foreign

Terrorist Fighters Phenomenon in Syria. Ia merekodkan faktor-faktor ahli kumpulan

pengganas ini keluar dari negara mereka dan terlibat dengan kegiatan terorisme di Syria

serta alasan dan justifikasi mereka untuk keluar dari kumpulan tersebut dan kembali ke

negara mereka walaupun gagal mencapai tujuan dan matlamat seperti yang diingini.

Bagi mendapatkan input yang absah, pihak PBB telah berhubung secara langsung

dengan 43 individu yang terlibat dari 23 negara berbeza. Hasil kajian menunjukkan

subjek terlibat adalah di kalangan belia, lelaki dan tidak menerima pengajian peringkat

tinggi. Sebahagian besarnya kurang pendidikan, mempunyai pendapatan yang rendah di

negara asal, ada sebahagiannya tidak bekerja dan tidak mempunyai prospek kerjaya

walaupun datang dari negara Barat. Bahkan mereka juga dikenal pasti hanya memiliki

kefahaman peringkat asas berkenaan pengajian Islam.

Kajian juga menemui sebahagian besar subjek lahir dari keluarga besar yang tidak

berfungsi, tinggal terasing dari komuniti sosial, ekonomi dan politik. Laporan

menunjukkan sebahagian subjek mempunyai masalah identiti dan psikologi yang

walaupun tidak kronik tetapi tetap bermasalah, apatah lagi dengan lingkungan kehidupan

JWM | Nombor 1 | 2018

103

mereka di usia remaja yang tidak kondusif pada aspek sosial dan ekonomi serta tidak

mempunyai ‘role model’ akibat kegagalan rumah tangga ibu bapa. Individu seperti ini

dikenalpasti mangsa paling mudah untuk ditarik kerana mereka memerlukan bimbingan

dari orang lain yang mampu mengawal psikologi mereka.

Faktor utama penglibatan mereka bermula dengan rasa simpati terhadap penganut

seagama yang ditindas. Gambaran kelompok Sunni di Syria yang digambarkan ditekan

oleh kerajaan Assad yang berfahaman Syiah adalah merupakan tema utama yang

mendorong penglibatan mereka. Perasaan ini kemudian berkembang sehingga mereka

merasakan suatu kewajipan agama untuk membela kelompok sealiran yang tertindas.

Namun ia boleh disifatkan sebagai suatu semangat kosong semata kerana dikenalpasti

dari kajian ini, mereka bukanlah di kalangan muslim yang taat beragama. Kesedaran

beragama itu muncul khususnya selepas Arab Spring pada tahun 2011 manakala

pengetahun mereka mengenai konsep jihad melalui temubual yang dijalankan adalah

sangat cetek.

Oleh itu, faktor-faktor seperti kualiti pendidikan dan kefahaman berkenaan ajaran

Islam yang rendah, status ekonomi yang juga rendah, rasa terpinggir dari aspek sosial di

negara asal, kegagalan keluarga dan ditambah dengan semangat beragama yang mahu

membantu saudara seagama yang dilihat ditindas. Faktor agama seperti kepentingan

mendirikan negara Islam atau khilafah pula dijadikan justifikasi oleh kumpulan radikal

untuk memotivasi dan menyatukan ahli-ahli mereka khususnya dari negara-negara asing.

2. Watak Superioriti Diri

Watak ini boleh difahami diamalkan oleh golongan Khawarij dan ekstremis Muslim

semasa, yang merasakan diri merekalah yang terbaik. Indikator utama yang menunjukkan

watak ini adalah pemakaian konsep Takfir secara sewenang-wenangnya kepada pihak

musuh. Tidak keterlaluan jika dikatakan golongan ekstremis Muslim ini mengamalkan

pendekatan melampau menyerupai pendekatan khawarij. Golongan Khawarij sebagai

ekstremis agama terawal mempunyai beberapa fahaman utama (Anthony Green, 2009);

1. Pemahaman agama Islam yang terdapat dalam Quran dan sunnah perlu dibuat secara

literal semata-mata, serta ianya harus diamalkan sepenuhnya.

2. Pandangan mereka sahaja yang paling betul dan sesiapa yang bertentangan pendapat

dengan mereka akan diisyhtiharkan sebagai kafir dan halal darahnya. Bahkan lebih

teruk lagi, semua anggota keluarga golongan yang berbeza pendapat dengan mereka

halal darah mereka, termasuklah kaum perempuan dan kanak-kanak.

3. Kawasan yang menjadi tempat tinggal mereka akan dianggap sebagai Dar Islam,

sedangkan daerah Islam yang lain adalah Dar al-Kufr yang wajib diperangi. Seluruh

penduduk daerah Dar al-Kufr ini adalah bertaraf musyrik, tidak kira samada dewasa

ataupun kanak-kanak.

4. Sesiapa yang melakukan dosa besar ataupun kecil secara berterusan akan menjadi

kafir secara mutlak dan seandainya mati ianya akan kekal di dalam neraka.

Persamaan antara idealism ekstremis dengan khawarij dapat dilihat daripada

fahaman ekstremis moden membahagikan masyarakat Islam. Bagi mereka, masyarakat di

zaman moden ini terbahagi kepada 4 jenis (M. Hafez, 2010);

Psikologi Terrorisme Agama: Antara Bebalisme Dan Fanatisme

104

1. Pemerintah toghut dari kalangan umat Islam yang tidak menjalankan dan enggan

menerima pakai sistem syariah Islam. Mereka bukan lagi tergolong dalam kategori

umat Islam dan jenayah utama mereka adalah menentang serta menzalimi penganut

Islam yang ingin melaksanakan syariah Islam dalam kehidupan bernegara.

2. Golongan murtad yang menentang prinsip Al Wala’ Wal Bara’ (taat kepada Islam

dan membebaskan diri daripada golongan Kafir). Mereka berkerjasama dengan

kuasa kafir luar. Ia terdiri daripada anggota keselamatan, kakitangan kerajaan, polis

dan semua pihak yang ingin mengekalkan kerajaan Toghut samada secara langsung

ataupun tidak langsung.

3. Golongan sesat dan mushrik yang melanggar prinsip tauhid yang dibawa oleh ulama

ortodok Sunni. Terpenting sekali, ia bertentangan dengan apa yang dibawa oleh

golongan salafi dan wahabi. Label ini diberikan khusus kepada golongan Syiah dan

Baha’i di Iran, Ahmadi di Pakistan dan Sufi di kebanyakan dunia Islam.

4. Penganut Islam sejati yang menyokong usaha golongan ekstrem. Mereka juga tidak

menyokong pemerintah toghut dan menjauhkan diri daripada terpengaruh dengan

aktiviti kebudayaan barat. Golongan ini merujuk kepada masyarakat sunni di

kebanyakan dunia Islam.

Bagi ekstremis ini, kaedah terbaik untuk menanggani golongan pertama adalah

memerangi mereka habis-habisan sesuai dengan ayat Quran 5:44 sebagai hujah utama

mereka. Mereka perlu diarahkan untuk bertaubat daripada kesalahan itu dan mengubah

dasar negara, seandainya gagal berbuat demikian, status kafir akan dikenakan. Akibatnya,

golongan pertama ini akan dihukum bunuh tanpa belas kasihan. Bahkan, menjadi

tanggungjawab agama untuk mengistiharkan kekafiran mereka. Kegagalan berbuat

demikian menjadi dosa besar.

Untuk golongan kedua dan ketiga, terdapat tiga pandangan utama. Pertama,

perlu mengelakkan mengkafirkan kedua golongan ini walaupun mereka dilihat cenderung

menyokong golongan toghut. Usaha penyiasatan rapi perlu dilakukan sebelum proses

takfir mahu dilakukan. Kedua, dibolehkan untuk mengkafirkan mereka secara umum

kerana menyokong pemerintah toghut dan kuasa kafir. Bahkan status mereka dianggap

sama sahaja seperti mana kuasa toghut terbabit. Lebih ekstrem lagi, ia menegaskan

bahawa sesiapa sahaja yang menyokong kuasa toghut dan kuasa asing dianggap sebagai

kafir dan dibenarkan membunuh mereka. Mangsa terpenting adalah golongan syiah yang

tidak berhak mendapat perlindungan seperti mana diberikan kepada golongan Sunni.

Ideologi al-Qaedah dan ISIL memang berpusat pada konsep Takfir, Hakimiyah,

Hijrah, Jihad dan Dar Harb Dar Islam. Ia telah menjadi intipati utama gerakan al-

Qaedah. Mereka semakin kuat menyebarkan ideologi takfir ini yang mengambarkan

bagaimana citra Islam yang negatif kepada lawan yang bukan Islam dan sesama Islam

sendiri (Marsela, 2002). Memang wujud perkaitan antara konsep takfir gerakan ekstrem

moden dengan idealism sarjana yang awal. Pemikiran Ibn Taimiyyah, Muhammad Abdul

Wahab dan Syed Qutb telah diambil dan ditokoktambah oleh gerakan ekstrem moden (S.

Moussalli, 1992). Usaha pembandingan antara ideologi takfir sarjana silam dengan

pegangan al-Qaedah telah dilakukan oleh Aaron Y. Zelin (2010), Michael Doran dan

Quintan Wiktorowicz. Mereka mendapati memang wujud persamaan antara keduanya.

Hal ini boleh dilihat dalam beberapa bentuk. Antaranya;

JWM | Nombor 1 | 2018

105

Pertama, tindakan Ibn Taimiyyah melabelkan pemerintah Mongol sebagai

musuh Islam kerana kerosakan yang dilakukan ke atas tamadun Islam ditiru oleh Al-

Qaedah kepada semua pemerintah Islam yang menerimapakai sistem barat (Michael

Doran, 2002). Begitu juga Al-Qaedah turut mendakwa golongan kristian boleh dibunuh

kerana mereka membantu musuh Islam (Quintan Wiktorowicz, 2005).

Apabila Muhammad ‘Abd al-Salam Farrag mengisytiharkan pemerintah mesir

sebagai kafir, ia menegaskan mereka telah murtad kerana bersongkol dengan bekas

kuasa kolonial (kafir). Mereka tetap berstatus kafir walaupun bersembahyang, berpuasa

dan menganggap diri sebagai Islam (‘Abd Al-Salam, 2000). Hujah ini bersamaan dengan

apa yang diutarakan oleh Ibn Taimiyyah. Ia menyatakan pemerintah Mongol walaupun

mengakui diri sebagai Islam tetapi tetap berpegang kepada sistem undang-undang Yasa.

Atas dasar itu, mereka tetap tidak boleh dianggap sebagai Muslim. Dalam soal ini, Ibn

Taimiyyah telah memperkuatkan hujahnya dengan menggunakan hujjah berasaskan ayat

Quran 8:39.

Muhammad ‘Abd al-Salam Farrag mendasarkan pandangannya dengan memetik

kata-kata Ibn Taimiyyah dalam karyanya Majmu’ al-Fatwa. Hasilnya, ia berpendapat

sesiapa sahaja yang tidak melaksanakan syariah Allah telah syirik dan jihad wajib

dilakukan untuk menjatuhkan mereka. Muhammad ‘Abd al-Salam Farrag (2000)

menegaskan;

Indeed scholars of the Muslims were agreed that when the rebellious group abstains

from some mutawatir (clear-cut) obligations of Islam, fighting them becomes

compulsory. If they say the shahadah (declaration of faith) but refuse to pray, pay

zakat, fast in the month of Ramadan, perform Hajj, judge between themselves by the

Qur’an and sunnah or refuse to prohibit evil deeds (such as) (consuming) alcohol,

marrying those who are prohibited to marry, legalizing killing and stealing wealth

with no cause, dealing in usury, gambling, or (failing) to fight against the

disbelievers or imposing jizyah on people of the scripture or other things from the

Islamic shar!’ah, they must be fought until all of the religion is for Allah.

Tindakan Muhammad ‘Abd al-Salam Farrag yang terlalu mudah mengkafirkan

lawannya memang menyerupai pendekatan Khawarij. Atas dasar itu, kumpulannya iaitu

Takfir wa’l Hijrah dilihat memang menimbulkan banyak masalah di dalam masyarakat

Mesir. Dalam soal ini, Steven Brook menjelaskan taktik Muhammad ‘Abd al-Salam

Farrag bertepatan dengan taktik yang sebelumnya dipakai oleh Ibn Taimiyyah (Steven

Brook, 2008).

Farrag also borrows one of Ibn Taimiyyah’s rhetorical devices to ensure that the

obligation for revolution is clear. When Ibn Taimiyyah had to persuade Muslims to

attack the Mongols, he portrayed them as Kharijis, an early deviant sect of Islam.

There was wide justification among early Muslims to fight the Kharijis. Farrag

improves on the device when he explains that the leaders of Egypt are “more

rebellious against the laws of Islam than . . . the Kharijis.

Kedua, pendekatan takfir Muhammad Abdul Wahhab yang terlalu mudah

mengkafirkan musuh ditiru sepenuhnya oleh Al-Qaedah (Steven Brook, 2008). Konsep

Psikologi Terrorisme Agama: Antara Bebalisme Dan Fanatisme

106

jahiliah moden yang dibawa oleh Syed Qutb ditiru oleh Al-Qaedah yang menyakini

pemerintah Islam yang tidak menjalankan syariah Islam wajib dihapuskan melalui kaedah

kekerasan. Dalam soal ini, Nicholas Bellerose menegaskan (Nicholas, 2015);

They expands on the theory of takfir to the point where almost everyone is

considered kufr. He based his version on the Prophet words: “When a man calls his

brother an infidel, we can be sure that one of them is indeed an infidel”.Following

these words, those who support Dr. Fadl views believe they have ‘a divine right to

kill those who disagree with their warped view of what constitutes a Muslim. The

“Compendium” gave Al Qaeda and its allies a warrant to murder all who stood in

their way.’As such, many supporters classify as apostates those who are engaging

or supporting the War on Terror on Muslim lands such as in Afghanistan and Iraq.

In order to justify the killing of people, groups like AQ are adding the Quranic verse

2:194 to these references: ‘So whoever has assaulted you, then assault him in the

same way that he has assaulted you. And fear Allah and know that Allah is with

those who fear Him’. The verses are binding to ‘punishments for infidels, for the

licentious Muslims, and for oppressors’. This narrative is borrowed to the extreme

by Al-Takfir wa’l Hijra, which considers a kafir anyone who refuses to be part of

this group as an enemy of God.

3. Watak Yang Ganas

Bagi golongan ekstrem yang berpegang kepada falsafah Salafi Jihadi, satu-satu kaedah

perjuangan adalah melalui peperangan. Falsafah ini berteraskan kepada tiga pengaruh

ajaran iaitu salafiyah, Wahabi dan Sayyid Qutb (Siti Zubaidah, 2017). Khalid Abu Fadl

(2007) telah menegaskan golongan Salafi Jihad hanya menganggap kaedah peperangan

sahaja yang boleh digunakan untuk membawa perubahan. Ia memang sebati dengan

mentaliti kasar milik masyarakat Saudi di Timur Tengah yang menyaksikan pengeluasan

fahaman wahabi di Timur Tengah dibuat melalui kaedah ini. Begitu juga usaha

pemurnian akidah wahabi lebih menjurus kepada kemurnian diri sendiri dan

menafikannya kepada pihak lain. Maknanya, tauhid sejati sebagai lawan syirik hanya

diamalkan oleh wahabi. Manakala pihak lawan mengamalkan syirik dan bid'ah.

Kedua-dua konsep ini digabungkan mengikut kesesuaian perjuangan gerakan radikal

oleh Abdul Salam Faraj. Ia turut berpegang kepada konsep al wala’ wal bara’ atas asas

kalimah la ilaha illa Allah dengan memberi janji setia kepada Allah SWT dan menjauhi

sebarang yang berlawanan dengan syariatNya. Mereka juga percaya melalui konsep ini

dapat membantu mereka mengenal pasti siapakah yang benar-benar memusuhi Islam

sama ada umat Islam sendiri atau orang kafir serta membolehkan mereka melaksanakan

jihad qital dan memansuhkan semua ajaran jihad lain di dalam Islam.

Dalam membahaskan jihad qital ini, mereka telah memperkenalkan terminologi jihad

global iaitu jihad menentang musuh yang jauh iaitu Amerika Syarikat ataupun jihad

ofensif (Zulkarnain Husin, 2013). Ia bermaksud jihad menyerang orang kafir yang

memusuhi umat Islam. Jihad ini bersandarkan kepada dalil dari Surah Al-Taubah, 9 yang

mengajak ke arah memerangi orang kafir musyrik. Selain itu terdapat pula jihad defensif

iaitu jihad mempertahankan hak dan maruah negara Islam yang disandarkan kepada

Surah Al-Mumtahanah, 8 yang membenarkan manusia bertindak adil dan baik terhadap

JWM | Nombor 1 | 2018

107

orang kafir yang tidak memerangi agama Islam. Kesemua istilah jihad ini dibuat demi

memusnahkan golongan taghut dan menegakkan negara atau Daulah Islamiyah dan

ideologi ini telah meletakkan hukum jihad qital ini adalah fardhu ain sebagaimana

bersandarkan Surah Al-Taubah ayat 5 dan 36 yang dikenali sebagai Ayatus So’if serta

dirujuk bagi menghapuskan lebih 120 ayat jihad yang selain dari jihad peperangan

(Wardani, 2010).

4. Watak Yang Tiada Belas Ehsan

Bahana fahaman takfir yang ditentang habis-habisan oleh ulama silam terbukti betul. Ia

dinilai daripada watak ektremis moden (Al-Qaedah dan ISIS) yang keras, penuh bangga

dan tanpa penyesalan dengan akibat perbuatan mereka. Hal ini kerana mereka langsung

tidak menghargai sifat kasihan belas kepada sesama manusia, khususnya orang bukan

Islam yang dianggap sebagai musuh abadi umat Islam.

Mengikut analisa Muhammad Haniff bin Hassan (2017), bagi ISIS, status

kekafiran akan dikenakan kepada pihak lawan berlaku apabila;

1. Seorang muslim yang melakukan dosa besar.

2. Pemimpin dan rakyat yang tidak menjalankan syariah.

3. Mana-mana golongan yang bukan menjadi ahli ISIS.

4. Golongan yang enggan melabelkan kafir pada musuh ISIS.

5. Orang Islam yang tinggal di Dar Harb dan enggan berhijrah ke Dar Islam di bawah

kekuasaan ISIS. Golongan Kristian dan Yahudi dianggap sebagai kafir, dan

bukannya sebagai Ahli Kitab kerana hubungan mereka dengan kuasa kolonialisme

barat dan Zionisme. Mereka dipandang sebagai rakan rapat dalam sebuah konspirasi

Yahudi-Kristian melawan Islam dan dunia Islam.

6. Mereka mewujudkan fahaman berbentuk binari (wujud musuh yang saling

bertentangan ; Dar Harb dan Dar Islam). Dar Harb adalah musuh mutlak Islam.

Mereka memusuhi semua perkara baru yang datang daripada barat. Barat dianggap

sebagai Darul Harbi yang wajib diperangi dan dilakukan keganasan yang

mengorbankan nyawa penduduk dan aset masyarakat. Mereka sangat mengalakkan

pengikut mereka memusuhi dan memerangi semua elemen yang berkaitan dengan

barat (Gregory R. Kippe, 2010).

7. Generasi muda Islam digalakkan untuk terlibat di dalam memerangi golongan kafir

sebagai anti tesi kepada golongan Islam, yang dikatakan bakal memperoleh status

mati syahid seandainya sanggup mengorbankan dirinya dalam pengeboman berani

mati.

Berdasar tiga rujukan asas gerakan ISIS yang dibuat secara online : `Aqidah Wa Manhaj

Al-Dawlah Al-Islamiyah Fi Al-Takfir, Muqarrar Fi Al-Tawhid Li Al-Mu`askarat dan Hazih `Aqidatuna Wa Haza Manhajuna, golongan yang kafir terdiri (Haniff Hassan, 2017):

1. Penganut mazhab syiah dan orang yang enggan mengkafirkan mereka.

2. Parti politik berasaskan fahaman nasionalisme, komunis dan demokrasi serta semua yang terlibat.

3. Kerajaan yang tidak mengamalkan syariah termasuk semua anggota pentadbirannya.

4. Rakyat awam dan golongan yang terlibat dalam pentadbiran undang-undang civil

buatan barat.

Psikologi Terrorisme Agama: Antara Bebalisme Dan Fanatisme

108

Lebih buruk lagi, modus operandi golongan ekstremis ini langsung tidak

disertakan dengan akhlak yang baik. Ia biasa terjadi kerana tiadanya kefahaman

mendalam dalam bidang tasawuf. Ia didorong dengan tiadanya kefahaman dan keinginan

mendalami hujah pihak lawan secara adil. Kalaupun ada hujah pihak lawan yang dinilai,

ia bakal menggunakan world-view sendiri.

Contoh terbaik untuk memperlihatkan sifat fanatik ini boleh dilihat kepada

pelbagai bentuk kekejaman yang dilakukan oleh ISIS terhadap tawanan perang (Fajri

Mudaris, 2017). Sepertimana dilaporkan oleh Amnesty International (2013) dan the

Human Rights Council (HRC) (t.t), ISIS telah melakukan:

1. Pembunuhan tahanan perang secara rawak. Ia adalah bentuk balas dendam dengan

kematian ahli ISIS dalam sesuatu peperangan (Mcclatchy Dc., 2014).

2. Pembunuhan tahanan tanpa dibicarakan secara adil. Ada kes bagaimana tahanan

dipaksa mengaku kesalahan mereka sebelum dibunuh ; Amnesty International

reported that there were captured members of insurgents who fought against ISIS

were put to trial before executed. However these trials lasted less than a minute, and

did not give fair opportunity for the captive to respond to the allegations (Amnesty,

t.t). Ia termasuk tahanan sesama ahli sendiri yang dibuat berdasarkan pengakuan satu

pihak sahaja. Hal ini berlaku dalam kes Sayyed Al-Hadrami ketua Jabhat Nusra

sekutu ISIS sendiri hanya kerana pengakuan lawannya yang menuduh Sayyed Al-

Hadrami telah murtad dengan menyokong pihak musuh (Syrian Observer, 2014).

ISIS dalam tindakannya mendakwa berpegang pada pandangan ulamak silam, Ibn

Nuhas yang membenarkan tahanan perang dibunuh atas budi bicara ketua gerakan

Islam (Chettan Bhatt, 2014). Namun begitu, kesemua kes-kes ini lansgung tidak

melalui proses pembicaraan yang adil sepertimana ditetapkan oleh syariah Islam.

Bahkan ISIS terkenal sebagai gerakan ekstremis yang amat suka mengambil jalan

mudah dengan membunuh semua tahanan perang bagi menjimatkan kos dan masa.

3. Penyeksaan melampau terhadap tahanan perang. Ia membabitkan tindakan memukul,

mencabut kulit dan kuku, penggunaan seksaan elektrik, disalibkan dan pengurungan

dalam bilik tanpa diberikan makanan dan minuman (Ai, Note 51, t.t).

Kajian Tentang Watak Pengganas Yang Menjalani Program Pemulihan

Dalam kajian Ahmad El-Muhamadi, orang yang terlibat dalam program pemulihan

keganasan agama di Malaysia mendapati golongan ekstremis Malaysia terdiri daripada

golongan tegar (hardcore) dan golongan simpatisan. Golongan hardcore lebih suka

mendiamkan diri, suka berhujah dan enggan memberi kerjasama semasa program

dijalankan. Golongan simpatisan pula memag suka memberi kerjasama dan mengaku

kelemahan dan kejahilan diri (Ahmad El-Muhammady, 2016).

Tegasnya;

It is necessary to engage with ideologically driven individuals and offer them an

alternative worldview while they are under detention. Admittedly, changing a

terrorist mindset is difficult, but it is not impossible. Based on the author’s

experience rehabilitating JI and DI detainees, they can be classified into three

categories. In the first category are individuals who are very receptive to an

alternative worldview and ready to change their behaviour. They demonstrate a

JWM | Nombor 1 | 2018

109

willingness to cooperate and a passion to learn the correct understanding of Islam.

They are curious, inquisitive and highly engaging in discussions. At the end, they

give up extremist thoughts and work together with the authorities to enlighten their

terrorist friends. The percentage of this category is extremely low.

In the second category are individuals who are receptive to a moderate

worldview, yet at the same time still believe in the legitimacy of their struggle, such

as the urgency of jihad in the face of foreign occupation and helping their Muslim

brothers in jihad activities. This means they may give up subscribing to terrorism or

committing violent acts against others, but still believe in some part of their

ideology. The bottom line is that they renounce terrorism and violent acts despite

retaining some radical ideologies. This category constitutes the majority of detainees

the author has come across. They prefer a quiet life and go about their lives as

ordinary citizens. In addition, the monitoring system put in place by the Malaysian

police further convinced them that rejoining terrorist activities was not an option. In

the author’s opinion, they have a fifty-fifty chance of rejoining militancy without

proper monitoring or being pulled strongly by external factors.

In the third category are individuals who are totally repulsive to suggestions or

discussions. They are the “hardcore” militants who not only reject a moderate

worldview,

they even try to counter-argue with the rehabilitation panel to defend the correctness

and legitimacy of their ideology. This type of militants is “hard to bend”, commented

one rehabilitation panel. In their outward behaviour, they prefer to be quiet rather

than ask questions during rehabilitation sessions. They talk only when they have a

point to counter-argue with the rehabilitation panel. One of them said, “We pretend

to accept even though we disagree with them.” This category of militant also

constitutes the minority. They have a high likelihood of rejoining militancy. What

stops them from rejoining is the legal restraint and constant monitoring by

Malaysian police.

Hal yang sama dikesan dalam program pemulihan di penjara Indonesia

(Wiwik Utami, 2017). Deradicalization inside prison is based on the level of

terrorist prisoners, and between levels is separated so those one-level prisoners do

not affect other level prisoners. The leveling is based on the categorization of the

radical level, which is consisting of four levels.

1. Level I (one) with 88 participants. Prisoners of this level have the following

characteristics: unwilling to meet, unwilling to communicate with the mentor or

officer, firmly in the ideology believed, and regard the Unitary State of the

Republic of Indonesia as thaghut.

2. Level II (two) with 38 participants. Prisoners of this level have the following

characteristics: willing tomeet by anyone but still firmly with ideological

principles that are believed.

3. Level III (three) with 58 participants. Prisoners of this level have

characteristics: willing to communicate, have fear, and terrorist groups

consider this level person as a traitor.

Psikologi Terrorisme Agama: Antara Bebalisme Dan Fanatisme

110

4. Level IV (four) with a total of 40 participants. Prisoners of this level have the

following characteristics: have successfully undergone total treatment, have

adopted a peaceful, tolerant, and moderate outlook.

The materials that have been presented are: religion, nationality, life skills, and

work skills. The methods used include lectures, discussions, dialogue, counseling,

training, and mentoring. The available facilities are several buildings that are

unitary with all the facilities needed to be as prison. In the prisons there are 48

rooms that will be used for terrorist prisoners who have been willing to cooperate

with prison parties or the government to live. The placements of terrorist prisoners

who do not want to cooperate with prisoners who willing to cooperate are separated.

Daripada kedua kajian ini kita dapat mengetahui beberapa perkara. Pertama,

golongan ekstremis Muslim memang terdedah dengan ajaran ekstremisme atas nama

jihad. Intipati penting ideologi ini adalah mengajar pengikutnya menjadi fanatik dan

tertutup untuk mendengar pandangan pihak luar, walaupun sesama Islam sendiri. Kedua,

nisbah ketaksuban kedua golongan tegar dan simpatisan memang berbeza. Golongan

simpatisan masih boleh dipulihkan berbanding dengan golongan tegar yang tetap bebal

dan fanatik dengan ideologi ekstrem. Ketiga, pendekatan pemulihan berhemah dan

menekankan proses pemberian ilmu sejati didapati mampu mengubah world-view

ekstrem ini.

Kesimpulan

Tuntasnya, ekstremis Muslim mempunyai watak psikologi yang khusus. Mereka dilanda

dengan sindrom penyakit jahil dan bebal di samping superiority diri. Ia merupakan

penyakit hati dan akal yang menyebabkan pengidapnya terjebak dengan fanatik yang

melampau hingga mampu mengorbankan jiwa sendiri dan orang lain. Pendekatan

golongan ini boleh mendatangkan risiko terhadap keselamatan domestik dan global.

Sehubungan itu, usaha pemulihan atau rehabilitasi yang berteraskan budaya ilmu dan

pendekatan wasatiyyah perlu diterapkan dengan holistic bagi menangani gejala terorisme.

Penghargaan

Dapatan ini adalah sebahagian daripada hasil penyelidikan geran FRGS FP031-2016,

“Pembinaan Model Wasatiyyah dalam Menangani Gejala Ekstremisme Agama di

Malaysia” yang dianugerahkan Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan

Malaysia (KPM). Ucapan penghargaan ditujukan kepada pihak KPM di atas

penganugerahan geran ini sehingga membolehkan kajian diteruskan bagi mencapai

objektif yang digariskan

Bibliografi

Aaron Y. Zelin (2010), The Intellectual Origins Of Al-Qaeda’s Ideology:The

Abolishment Of The Caliphate Through The Afghan Jihad, 1924-1989, Tesis Sarjana

Untuk Department Of Islamic And Middle Eastern Studies, Brandeis University.

JWM | Nombor 1 | 2018

111

Abdul Azis Alias Imam Samudra Alias Qudama (2004), Aku Melawan teroris, Editor

Bambang Sukirno, Solo: Jazeera, h. 196.

Abdul Rahman Abdullah (2001) Falsafah Dan Kaedah Pemikiran, Kuala Lumpur :

Utusan publication, h. 134-140.

Abdul Rahman Abdullah (2001), Falsafah Dan Kaedah Pemikiran, Kuala Lumpur, h. 8-

15

Ahmad El-Muhammady (2016), Countering The Threats Of Daesh In Malaysia, Dalam

Panorama: Insights Into Asian And European Affairs : Countering Daesh Extremism

European And Asian Responses, Singapore : Konrad-Adenauer-Stiftung, h. 105- 120.

Ahmad S. Moussalli (1992), Radical Islamic Fundamentalism: The Ideological And

Political Discourse Of Sayyid Qutb Beirut: Aub Publishers, h. 105

Alex P. Schmid (2003), “Radicalisation, De-Radicalisation, Counter-Radicalisation: A

Conceptual Discussion And Literatur Review”, International Centre For Counter-

Terrorist (Icct)-The Hague.

Amnesty International (Ai). 2013. Rule Of Fear: Isis Abuses In Detention In Northern

Syria (Found At

Anthony J. Marsela (2002), “Reflections On International Terrorism: Issue, Concepts,

And Direction,” Dalam Fathalli M. Moghaddam And Anthony J. Marsella (Eds.),

Understanding Terrorism: Pschological Roots, Consequences, And Interventions

Washington: American Psychological Association, h. 19-22

Bruce Andrews Eggers (2011), Addressing The Cause : An Analysis Of Suicide

Terrorism, Tesis Sarjana Untuk Colorado State University.

Chettan Bhatt (2014), The Virtues Of Violence: The Salafi-Jihadi Political Universe‘.

Theory Culture Society,

Craig Anthony Green (2009), The Khawaarij And The Creed Of Takfeer : Declaring A

Muslim To Be An Apostate And Its Effects Upon The Modern Day Islamic Movement,

Tesis Sarjana Untuk University Of South Africa.

Fajri Mudaris (2017), A Comparisson Between International Humanitarian Law And

Islamic Laws Of War: The Islamic State Of Iraq And Sham (Isis) And Treatment Towards

Prisoners Of War In Syria, Llm Untuk International Law Program Of The University Of

Edinburgh.

Fathali M. Moghaddam (2005), “The Staircase To Terrorism: A Psychological

Exploration”, American Psychologist, February–March 2005, Vol. 60, No. 2, h. 161-169.

Federal Bureau Of Investigation Counterterrorism Division (2006). “The Radicalization

Process: From Conversion To Jihad.”Federal Bureau Of Investigation, Washington Dc,

h. 4.

Psikologi Terrorisme Agama: Antara Bebalisme Dan Fanatisme

112

Gregory R. Kippe (2010), Jemaah Islamiyyah : Reevaluating The Most Dangerous

Terrorist Threat In Southeast Asia, Master Of Arts In Security Studies, Naval

Postgraduate School.

Human Rights Council. Oral Update Of The Independent International Commission Of

Inquiry On The Syrian

John Calvert (2007), The Striving Shaykh Abdullah Azzam And The Revival Of Jihad,

Journal Of Religion And Society, Supplement Series 2, h. 1-22.

John Horgan (2009), Walking Away From Terrorism: Accounts Of Disengagement From

Radical And Extremist, London: Roudledge.

John L. Esposito And Dalia Mogahed (2008), “Who Speaks For Islam? What A Billion

Muslims Really Think,” Gallup Press, h. 110

Khalid Abu Fadl (2007), The Great Theft: Wrestling Islam From The Etidaktremists,

New York: Harper San Franciso, h. 99-104.

Kruglanski, A. W. (2004). The Psychology Of Closed Mindedness. New York:

Psychology Press.

Kumar Ramakrishna (2009), Governmental Responses To Extremism In Southeast Asia :

Hard Versus Soft Approaches, Dalam (edit Arnauld De Borchagrave) Conflict,

Community And Criminality In Southeast Asia And Australia : Assesments From The

Field, A Report Of CSIS Transnational Threats Project, Singapore, h..31-36

Leuprecht, Christian (2009), “Winning The Battle But Losing The War?: Narrative And

Counter-Narratives Strategy.” Perspectives On Terrorism 3, No. 2, h. 27.

Maklumat lanjut boleh dilihat dalam Wardani (2010), Kontroversi Penganuliran Ayat-

Ayat Damai Dengan Ayat Pedang Dalam Al-Qur`Ān: Kajian Analitis-Kritis, tesis

kedoktoran untuk IAIN Sunan Ampel, Surabaya Indonesia.

Mcclatchy Dc. 2014. Al-Qaida‟S Isis Takes 2 Syrian Cities, Executes Scores Of Rivals

(Found At 53Amnesty, Note 51, h.13.

Michael Doran (2002). “The Pragmatic Fanaticism Of Al Qaeda: An Anatomy Of

Extremism In Middle Eastern Politics.” Political Science Quarterly 117, No. 2 , h.

180.Quintan Wiktorowicz (2005). “A Genealogy Of Radical Islam.” Conflict &

Terrorism 28, h. 92.

Mirra Noor Milla (2013),The Impact Of Leader–Follower Interactions On The

Radicalization Of Terrorists: A Case Study Of The Bali Bombers, Asian Journal Of

Social Psychology (2013), 16, h. 92–100.

Mirra Noor Milla (2013),The Impact Of Leader–Follower Interactions On The

Radicalization Of Terrorists: A Case Study Of The Bali Bombers, Asian Journal Of

Social Psychology (2013), 16, h. 92–100

JWM | Nombor 1 | 2018

113

Mohammed M. Hafez (2010), Tactics, Takfir, And Anti‐Muslim Violence, Dalam Edited

By Assaf Moghadam And Brian Fishman, Self‐Inflicted Wounds: Debates And Divisions

Within Al‐Qa’ida And Its Periphery, Harmony Project Combating Terrorism Center At

West Point, December 16, 2010, h. 22.

Mohd Khairul Naim (2017), Kajian Kritis Hubungan Agama Dan Pemikiran Terorisme,

Afkar Vol. 19, Issue 2, h. 73-106

Mohd Mizan Mohammad Aslam (2009), A Critical Study Of Kumpulan Militant

Malaysia, Its Wider Connections In The Region And The Implications Of Radical Islam

For The Stability Of Southeast Asia, Tesis Ph.D Untuk Victoria University Of

Wellington.

Mohd Yusof Othman (1998), Isu-Isu Dalam Ilmu Dan Pemikiran, Kajang : Aras Mega

Sdn Bhd.

Muhammad ‘Abd Al-Salam Farrag (2000), The Neglected Duty (Birmingham, Uk:

Maktabah Al Ansaar Publications, h. 47.

Muhammad Haniff Bin Hassan (2017), The Danger Of Takfir (Excommunication):

Exposing Is’ Takfiri Ideology, Counter Terrorist Trends And Analyses, Volume 9, Issue

4 | April 2017, h. 3-9.

Muhammad Haniff Hassan (2005), Unlicensed To Kill: Countering Imam Samudra’s

Justification For The Bali Bombing, Singapore: Peace Matters, h. 14.

Muhammad Haniff Hassan (2017), A Rebuttal Of Al-Qaeda And Is Theological

Justification Of Suicide Bombing, Counter Terrorist Trends And Analyses, Volume 9,

Issue 7, July 2017

Muhd Imran Abd Razak, Mohd Anuar Ramli & Rahimin Affandi Abdul Rahim (2016),

Aplikasi Maqasid al-Shari'ah dalam Menilai Fiqh Jihad Aliran Ekstremisme Agama,

Rahimin Affandi Abdul Rahim, Mohd Anuar Ramli, Shahidra Abdul Khalil (eds.),

Maqasid al-Shariah: Aplikasi Dalam Aspek Sosial Dan Perundangan. Kuala Lumpur:

Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. 57-80.

Nicholas J. Bellerose (2015), Isis Versus Other Jihadist Groups: The Difference In The

Interpretation And The Narrative Based On Five Islamic Concepts, New York: Master

Of Arts Terrorism, Security And Society, h.47.

Ninian Smart, Worldview, Crosscultural Explorations of Human Belief, New York:

Charles Sribner’s sons,

Rena Latifa (2012), Penanganan Terorisme: Perspektif Psikologi, Psikologika, Volume

17 Nomor 2, h. 5-10.

S. Hossein Nasr (1990), Traditional Islam In The Modern World, London : Kegan Paul

International, h. 13

Psikologi Terrorisme Agama: Antara Bebalisme Dan Fanatisme

114

Siti Zubaidah Hj Abu Bakar (2017), Evolusi Ideologi Radikal Dalam Sejarah

Kebangkitan Gerakan Islam, Prosiding Social Sciences Postgraduate International

Seminar (SSPIS) 2017, 29 November 2017, USM, h. 92-96.

Steven Brook (2008), “Jihadist Strategic Debates Before 9/11,” Studies In Conflict &

Terrorism, Vol. 31, h. 206.

Syed Naquib al-Attas (1996)., “Opening Address, The Worldview Of Islam, An Outline”

dalam Sharifah Shifa al-Attas, Islam And The Challenge Of Modernity, Historical And

Contemporary Contexts, Kuala Lumpur: ISTAC, h. 28-29.

The Syrian Observer. 2014. Isis Kills Nusra Front Emir In Raqqa,

Http://Www.Syrianobserver.Com/News/News/Isis+Kills+Nusra+Front+Emir+In+Raqqa.

Wakhid Sugiyarto (2015), Profil Keagamaan Terpidana Terorisme Di Nusa Kambangan

Jawa Tengah (Kasus Imam Samudra), dalam Profil Keagamaan Terpidana Terorisme Di

Indonesia, Jakarta : Kementerian Agama Ri Badan Litbang Dan Diklat Puslitbang

Kehidupan Keagamaan, h. 49-66.

Wan Mohd Nor Wan Daud (2010), Containing Muslim Extremism And Radicalism, Sari

- International Journal Of The Malay World And Civilisation 28(1), h. 241-252.

Wiwik Utami (2017),The Integration Of Basic Concepts Of Andragogy And Penology

For The Improvement Of Deradicalization Program In Order To Prevent The Indonesian

Terrorist Recidivism, Journal Of Education And Practice, Vol.8, No.23, h. 136-145.

Yuyun Sunesti (2014), The 2002 Bali Bombing And The New Public Sphere: The

Portrayal Of Terrorism In Indonesian Online Discussion Forums, Al-Jāmi‘Ah: Journal Of

Islamic Studies, Vol. 52, No. 1, h. 231-255.

Zulkarnain husin (2013), Islam Di Malaysia: Penilaian Semula Fahaman Salafi Jihadi

Dan Interpretasi Jihad Oleh Al Jama'ah Al Islamiyah. Geografia Online, Malaysia

Journal of Society and Space, (9), h. 126-127.

JWM | Nombor 1 | 2018

115