2
Pernahkah anda mengalami peristiwa yang menakutkan atau menimbulkan emosi yang keterlaluan? Pernahkah anda mengalami peristiwa yang menakutkan atau menimbulkan emosi yang keterlaluan? Seseorang yang anda kenali juga mungkin pernah terjejas. Apabila seseorang mengalami krisis, merasai pelbagai emosi yang berbeza seperti rasa hiba, sedih, resah, takut, marah atau tertekan adalah perkara biasa. Perasaan-perasaan ini boleh dialami sejurus selepas peristiwa tersebut ataupun tidak lama kemudian. Perasaan-perasaan tersebut boleh dirasai dalam masa yang singkat ataupun berlarutan selama beberapa bulan dan bahkan bertahun-tahun. Bagi sesetengah orang terdapat reaksi psikologi yang lebih serius, iaitu Gangguan Tekanan Selepas Trauma (PTSD) mungkin terjadi. Sila rujuk risalah ini dan pelajari cara-cara untuk mendapatkan bantuan. Ia memberi panduan yang bermanfaat untuk membantu sesiapa yang terjejas bagi mengatasi tekanan fizikal atau emosi. Anda boleh pulih dan kembali kepada kehidupan asal anda! Setiap orang memberi respons yang berbeza terhadap sesuatu krisis. Namun ia amat penting untuk memahami reaksi-reaksi yang berbeza terhadap peristiwa tersebut dan juga mengetahui cara-cara untuk mengendalikan diri anda semasa mengalami tekanan yang teruk. Maklumat berikut telah disediakan untuk membantu anda apabila menghadapi tekanan dan krisis. KAMI PRIHATIN Anda boleh pulih BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MENDAPATKAN BANTUAN Bincang dengan doktor keluarga anda atau pakar kesihatan mental, seperti pakar psikiatri, psikologi atau pekerja sosial tentang peristiwa itu dan perasaan anda. Ini dinamakan “terapi”. Terapi boleh membantu anda mengatasi pengalaman yang mengerikan. Doktor boleh memberikan anda ubat yang boleh mengurangkan ketegangan dan keresahan anda. Anda boleh berjumpa doktor keluarga anda atau kunjungi salah satu Institusi Penjagaan Kesihatan yang berikut: INSTITUTE OF MENTAL HEALTH 10 Buangkok View, Singapore 539747 Tel: 6389 2200 (Talian Temu Janji) ALEXANDRA HOSPITAL 378 Alexandra Road, Singapore 159964 Tel: 6472 2000 (Talian Temu Janji) CHANGI GENERAL HOSPITAL 2 Simei Street 3, Singapore 529889 Tel: 6850 3333 (Talian Temu Janji) KHOO TECK PUAT HOSPITAL 90 Yishun Central, Singapore 768828 Tel: 6555 8828 (Talian Temu Janji) KK WOMEN’S & CHILDREN’S HOSPITAL 100 Bukit Timah Road, Singapore 229899 Tel: 6294 4050 (Talian Temu Janji) NATIONAL UNIVERSITY HOSPITAL 5 Lower Kent Ridge Road, Singapore 119074 Neuroscience Clinic, Level 4, Kent Ridge Wing Tel: 6772 2002 (Talian Temu Janji) NG TENG FONG GENERAL HOSPITAL 1 Jurong East Street 21, Singapore 609606 Tel: 6716 2222 (Talian Temu Janji) SINGAPORE GENERAL HOSPITAL Outram Road, Singapore 169608 Tel: 6321 4377 (Talian Temu Janji) TAN TOCK SENG HOSPITAL 11 Jalan Tan Tock Seng, Singapore 308433 Tel: 6357 7000 (Talian Temu Janji) Sengkang General Hospital 110 Sengkang East Way, Singapore 544886 Tel: 6930 6000 (Talian Temu Janji)

psikologi yang lebih serius, iaitu Gangguan Tekanan ... · meluahkan perasaan mereka melalui permainan dan lukisan. PTSD terjadi dalam sesetengah orang selepas mereka mengalami peristiwa

  • Upload
    others

  • View
    9

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: psikologi yang lebih serius, iaitu Gangguan Tekanan ... · meluahkan perasaan mereka melalui permainan dan lukisan. PTSD terjadi dalam sesetengah orang selepas mereka mengalami peristiwa

Pernahkah anda mengalami peristiwa yang menakutkan

atau menimbulkan emosi yang keterlaluan?

Pernahkah anda mengalami peristiwa yang menakutkan atau menimbulkan emosi yang keterlaluan?

Seseorang yang anda kenali juga mungkin pernah terjejas.

Apabila seseorang mengalami krisis, merasai pelbagai emosi yang berbeza seperti rasa hiba, sedih, resah, takut, marah atau tertekan adalah perkara biasa. Perasaan-perasaan ini boleh dialami sejurus selepas peristiwa tersebut ataupun tidak lama kemudian. Perasaan-perasaan tersebut boleh dirasai dalam masa yang singkat ataupun berlarutan selama beberapa bulan dan bahkan bertahun-tahun. Bagi sesetengah orang terdapat reaksi psikologi yang lebih serius, iaitu Gangguan Tekanan Selepas Trauma (PTSD) mungkin terjadi. Sila rujuk risalah ini dan pelajari cara-cara untuk mendapatkan bantuan. Ia memberi panduan yang bermanfaat untuk membantu sesiapa yang terjejas bagi mengatasi tekanan fizikal atau emosi.

Anda boleh pulih dan kembali kepada kehidupan asal anda!Setiap orang memberi respons yang berbeza terhadap sesuatu krisis. Namun ia amat penting untuk memahami reaksi-reaksi yang berbeza terhadap peristiwa tersebut dan juga mengetahui cara-cara untuk mengendalikan diri anda semasa mengalami tekanan yang teruk.

Maklumat berikut telah disediakan untuk membantu anda apabila menghadapi tekanan dan krisis.

KAMI PRIHATIN

Anda boleh pulih

BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MENDAPATKAN BANTUAN

Bincang dengan doktor keluarga anda atau pakar kesihatan mental, seperti pakar psikiatri, psikologi atau pekerja sosial tentang peristiwa itu dan perasaan anda.

Ini dinamakan “terapi”. Terapi boleh membantu anda mengatasi pengalaman yang mengerikan. Doktor boleh memberikan anda ubat yang boleh mengurangkan ketegangan dan keresahan anda.

Anda boleh berjumpa doktor keluarga anda atau kunjungi salah satu Institusi Penjagaan Kesihatan yang berikut:

INSTITUTE OF MENTAL HEALTH10 Buangkok View, Singapore 539747Tel: 6389 2200 (Talian Temu Janji)

ALEXANDRA HOSPITAL378 Alexandra Road, Singapore 159964

Tel: 6472 2000 (Talian Temu Janji)

CHANGI GENERAL HOSPITAL2 Simei Street 3, Singapore 529889

Tel: 6850 3333 (Talian Temu Janji)

KHOO TECK PUAT HOSPITAL90 Yishun Central, Singapore 768828

Tel: 6555 8828 (Talian Temu Janji)

KK WOMEN’S & CHILDREN’S HOSPITAL100 Bukit Timah Road, Singapore 229899

Tel: 6294 4050 (Talian Temu Janji)

NATIONAL UNIVERSITY HOSPITAL5 Lower Kent Ridge Road, Singapore 119074

Neuroscience Clinic, Level 4, Kent Ridge Wing

Tel: 6772 2002 (Talian Temu Janji)

NG TENG FONG GENERAL HOSPITAL1 Jurong East Street 21, Singapore 609606

Tel: 6716 2222 (Talian Temu Janji)

SINGAPORE GENERAL HOSPITALOutram Road, Singapore 169608

Tel: 6321 4377 (Talian Temu Janji)

TAN TOCK SENG HOSPITAL11 Jalan Tan Tock Seng, Singapore 308433

Tel: 6357 7000 (Talian Temu Janji)

Sengkang General Hospital110 Sengkang East Way, Singapore 544886

Tel: 6930 6000 (Talian Temu Janji)

Page 2: psikologi yang lebih serius, iaitu Gangguan Tekanan ... · meluahkan perasaan mereka melalui permainan dan lukisan. PTSD terjadi dalam sesetengah orang selepas mereka mengalami peristiwa

Bilakah Masa untuk Mendapatkan BantuanReaksi-reaksi Terhadap Krisis

EMOSI• Terkejut atau menafikan peristiwa atau perasaan

• Kesedihan/rasa hiba - atas kematian dan kehilangan yang dialami - yang membuat anda menangis secara tiba-tiba dan membuat

anda atau orang lain terkejut

• Kemarahan atau perasaan cepat marah - atas apa yang telah berlaku, kepada sesiapa yang telah

menyebabkannya atau membiarkannya terjadi - atas ketidakadilan dan segalanya yang tidak masuk akal - kerana perasaan malu dan kehilangan harga diri - kerana kurangnya pemahaman yang tepat oleh orang lain,

dan ketidakcekapan mereka

• Berasa putus asa

• Kemurungan

• Ketakutan dan keresahan- menangis atau hilang kawalan- sekiranya peristiwa yang serupa akan berlaku lagi- apabila ditinggalkan bersendirian- dengan bunyi-bunyi yang secara tiba-tiba

• Mengelak- fikiran, perasaan, atau perbualan yang berkaitan dengan krisis itu- aktiviti-aktiviti, tempat-tempat, atau orang yang membangkitkan ingatan tentang krisis itu

• Malu - kerana telah didedahkan sebagai seorang yang tidak berdaya

dan sering bergantung kepada orang lain dari segi emosi - kerana tidak melakukan seperti yang diharapkan

• Perasaan yang berubah-ubah

• Kebas- semuanya kelihatan seperti bukan suatu kenyataan, seperti mimpi dan peristiwa tersebut seperti tidak pernah berlaku

• Perasaan bersalah- kerana terselamat, masih hidup, masih memiliki barang- barang berbentuk kebendaan- disebabkan perkara-perkara yang tidak dikatakan atau dilakukan

• Kekecewaan - atas semua rancangan yang kini gagal

• Kenangan yang terganggu - tentang krisis yang kerap berulang, mengganggu dan

menekankan

Tip untuk Menghadapi dan Menjaga Kesejahteraan Diri

Ingat, anda tidak bersendirian.Bantu diri anda dan orang-orang di sekeliling anda dengan beberapa cara mudah:

JANGAN• Pendamkan perasaan anda.

• Elakkan bercakap tentang apa yang telah berlaku atau apa yang sedang anda alami.

• Buat keputusan atau perubahan besar dalam hidup anda.

• Bergantung pada alkohol atau dadah.

• Berharap agar ingatan tersebut hilang – ia mungkin kekal bersama anda untuk masa yang lama.

• Lupa bahawa kanak-kanak juga mengalami perasaan yang sama.

KOGNITIF• Kelupaan• Kesukaran membuat keputusan• Daya tumpuan yang lemah• Mimpi buruk• Kekeliruan• “Kenangan buruk yang muncul secara tiba-tiba” atau krisis• Meragui diri sendiri

FIZIKAL• Keletihan atau kehilangan tenaga• Sakit dan sengal-sengal tubuh• Kesukaran bernafas• Degupan jantung yang pantas• Rasa tercekik di tekak/dada• Berpeluh atau menggigil• Pening• Ketegangan otot• Menggeletar• Tekanan, mual, muntah• Sakit kepala dan/atau sakit belakang• Perubahan pada keinginan seks• Gangguan haid

TINGKAH LAKU• Perubahan dalam tahap aktiviti• Menyendiri atau mengasingkan diri• Kegelisahan, kerunsingan atau berjalan mundar-mandir• Perubahan dalam tabiat atau selera makan• Gangguan tidur/insomnia• Pengambilan alkohol atau dadah yang berlebihan• Tidak berupaya untuk berehat

KESAN YANG MUNGKIN TERJADI PADA KANAK-KANAK

• Kembali pada tingkah laku sebelumnya, seperti menghisap ibu jari atau terkencing malam

• Berkepit dengan ibu bapa

• Enggan tidur

• Mimpi buruk

• Menangis atau menjerit

• Enggan ke sekolah

• Bermasalah di sekolah dan tidak berupaya menumpukan perhatian

• Menyendiri dan tidak berupaya untuk bergerak

• Hilang selera makan

LAKUKAN• Terima perasaan anda sebagai respons biasa terhadap

keadaan yang teruk.

• Hubungi dan berbual dengan orang lain.

• Luahkan emosi anda - bercakap dengan rakan-rakan dan orang tersayang atau menyimpan diari untuk membantu proses pemulihan.

• Benarkan diri anda untuk bersedih. Anda berhak untuk berasa hiba atas kehilangan ini. Ingat, menangis boleh memberikan kelegaan.

• Luahkan emosi anda dengan sewajarnya.

• Pastikan kehidupan kembali seperti biasa selepas rasa hiba yang mendalam

- kembali kepada rutin harian anda

• Dapatkan rehat secukupnya dan luangkan masa untuk bersantai.

• Tarik nafas mendalam secara perlahan-lahan dengan baik. Menenangkan diri bermula dengan menarik nafas secara perlahan dan mendalam dari diafragma anda.

• Makan secara biasa dan seimbang walaupun anda tidak berasa lapar.

• Hidup secara aktif. Bersenam atau sertai beberapa aktiviti fizikal secara kerap.

• Lebih berhati-hati di rumah dan di jalan raya.

• Biarkan anak-anak bercakap tentang emosi mereka dan meluahkan perasaan mereka melalui permainan dan lukisan.

PTSD terjadi dalam sesetengah orang selepas mereka mengalami peristiwa trauma. Gejala-gejala termasuk kenangan yang jelas, keresahan dan mengasingkan diri daripada orang ramai dan situasi.

Gejala-gejala/reaksi ini hilang bagi kebanyakan orang dengan masa yang berlalu. Walau bagaimanapun, dalam kes-kes yang jarang berlaku, gejala-gejala boleh muncul selepas beberapa bulan dan bahkan bertahun selepas trauma tersebut.

Sesetengah orang yang mengalami PTSD pulih dengan sendiri tetapi terdapat juga yang memerlukan bantuan profesional. Ia perkara biasa bagi sesetengah daripada kita yang memerlukan bantuan profesional. Anda harus mendapatkan bantuan profesional jika anda:

• Berterusan berasa resah, tegang, keliru, kekosongan dan keletihan selepas 4-6 minggu.

• Terus mengalami perasaan kebas walaupun selepas sebulan.

• Sukar meluahkan perasaan anda atau berhubungan dengan orang lain.

• Sering mimpi buruk dan tidak boleh tidur lena.

• Tiada sesiapa untuk dikongsikan perasaan anda dan merasa perlu untuk melakukannya.

• Mengalami kemurungan atau terfikir untuk mencederakan diri sendiri.

• Menderita teruk dalam hubungan-hubungan anda atau mula mengalami masalah seksual.

• Mula cenderung ditimpa kemalangan.

• Mula merokok atau mengambil alkohol secara berlebihan atau beralih kepada dadah atau cara lain untuk menenangkan diri.

• Terus menunjukkan prestasi buruk dalam pekerjaan anda.

• Bimbang bahawa orang-orang di sekeliling anda terdedah atau tidak pulih dengan betul.

• Mengalami keletihan kronik sebagai seorang pembantu.