29
Isi Kandungan Kandungan Mukasurat 1.0 Pengenalan 1 2.0 Jenis-Jenis Kraft Tradisional 2.1 Seni Batik Melayu 2.2 Seni Ukiran Melayu 2.3 Seni Tenunan Songket Melayu 2.4 Seni Anyaman Melayu 5 6 6 7 8 3.0 Motif dan corak 3.1 Batik Melayu 3.2 Ukiran kayu 3.3 Tenunan Songket Melayu 3.4 Anyaman Melayu 9 10 10 11 4.0 Fungsi Motif Ragam 4.1 Batik Melayu 4.2 Ukiran Kayu 4.3 Tenunan Songket Melayu 4.4 Anyaman Melayu 11 13 14 14 5.0 Aktiviti Masyarakat Berkait dengan Ragam 5.1 Batik Melayu 5.2 Ukiran Kayu 5.3 Tenunan Songket Melayu 5.4 Anyaman Melayu 16 16 16 17 6.0 Kesimpulan 17 Rujukan 18 1

psv -kraft

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Contoh penulisan kraftangan

Citation preview

Page 1: psv -kraft

Isi Kandungan

Kandungan Mukasurat

1.0 Pengenalan 1

2.0 Jenis-Jenis Kraft Tradisional

2.1 Seni Batik Melayu

2.2 Seni Ukiran Melayu

2.3 Seni Tenunan Songket Melayu

2.4 Seni Anyaman Melayu

5

6

6

7

8

3.0 Motif dan corak

3.1 Batik Melayu

3.2 Ukiran kayu

3.3 Tenunan Songket Melayu

3.4 Anyaman Melayu

9

10

10

11

4.0 Fungsi Motif Ragam

4.1 Batik Melayu

4.2 Ukiran Kayu

4.3 Tenunan Songket Melayu

4.4 Anyaman Melayu

11

13

14

14

5.0 Aktiviti Masyarakat Berkait dengan Ragam

5.1 Batik Melayu

5.2 Ukiran Kayu

5.3 Tenunan Songket Melayu

5.4 Anyaman Melayu

16

16

16

17

6.0 Kesimpulan 17

Rujukan 18

1

Page 2: psv -kraft

1.0 Pengenalan

Menurut Kamus Dewan Bahasa (1998) Edisi 3, perkataan kraf membawa maksud

‘perusahaan ( kerja, seni ) yang memerlukan kemahiran terutamanya menggunakan tangan’,

manakala kraftangan pula membawa makna ‘perusahaan ( kerja, seni ) yang memerlukan daya

cipta dan kemahiran menggunakan tangan’.1

Menurut UNCTAD yang dikeluarkan oleh Bangsa-Bangsa Bersatu melalui United Nation

Conference on Trade and Commerce perkataan kraf tangan didefinisi seperti berikut

( Handicraft is a manual skilled- intensive product with or without use of tool, simple

instruments or implement operated indirectly by the craftmen).Ini memberikan satu

penghayatan tinggi terhadap keistimewaan kemahiran serta ketinggian mutu seni yang

membabitkan pandai tukang.

Seterusnya kraf tangan juga boleh bermaksud sebagai : … the creation of original object

through an artist disciplined manipulation of materials. Collingwood pula memberi definisi

yang lebih komprehensif berbunyi seperti berikut: ( Craft always involves a distinction

between mean and end, planning and execution, raw material and artifacts, between form and

matter, every craft has a hierarchical character).

Penghasilan kraf memerlukan kemahiran dalam menggunakan tangan yang diperturunkan dari

satu generasi ke satu generasi seperti membuat tembikar, batik, ukiran, tenunan,anyaman,

tekat, wau, gasing, perhiasan diri dan lain-lain. Kraf juga merupakan warisan bangsa,

pusaka peninggalan budaya nenek moyang kita masa dulu. Hasil ciptaan kraf tradisional

kaya dengan budaya-budaya dan ini jelas tercermin melalui bentuk, gaya, sifat, garis, gerak

dan warnanya.

Kraf dihasilkan mengikut kaedah reka bentuk dan hiasan tertentu tetapi bahan yang

digunakan tidak terhad. Tujuan asal kraf dihasilkan adalah bagi kegunaan harian/

kerohanian.Tukang pandai Melayu kemudiannya terus berusaha untuk mencipta bukan sahaja

untuk keindahan tetapi pelbagai tujuan yang lain.

Kebudayaan adalah suatu nilai hidup yang dijelmakan oleh faktor-faktor daya akal dan daya

rasa manusia. Kesanggupan daya akal dan daya rasa itulah yang melahirkan kebudayaan.

Kebudayaan merupakan hasil daripada kegiatan berfikir dan merasa manusia dalam bentuk

perbuatan yang dipanggil juga sebagai cara hidup.

1 Kamus Dewan Edisi Ketiga. 1998, Dewan Bahasa Dan Pustaka: Kuala Lumpur. hal 711

2

Page 3: psv -kraft

Menurut beliau, kraftangan berbeza dari seni visual kerana ia berkait rapat diantara proses

yang menentukan matlamat tukang dan juga diantara perancangan dan tindakan atau

pembuatan, bahan dan produk, jisim dan bentuk, disamping itu setiap kraftangan mempunyai

keutamaan dari aspek produk kraf yang digunakan bagi menghasilkan kraftangan yang baru.

beliau merumuskan bahawa pandai tukang telah menjangkakan apakah jenis produk yang

ingin dihasilkan sebelum mereka memulakan proses pembuatannya.2

Menurut Ensikopedia Malaysiana, Jilid 7 ‘kraftangan’ merupakan seni pertukangan tangan

yang merangkumi beberapa jenis iaitu seni pertukangan kayu, pertukangan perak,

pertukangan besi, pertukangan tembaga, seni tembikar dan beberapa jenis yang lain lagi

termasuk barang-barang yang diperbuat daripada bahan-bahan tempatan seperti buluh, rotan,

resam, tempurung kelapa dan sebagainya.3

Menurut Siti Zainun Ismail dalam bukunya Rekabentuk Kraftangan Melayu Tradisi, Bab 1

mengatakan ‘Kraftangan’ dimaksudkan sebagai hasil seni berperanan untuk kegunaan.4

Kesenian bangsa Melayu telah diakui dunia sebagai unik dan menarik. Seni rupa dalam

masyarakat Melayu merupakan ciptaan yang mengandungi unsur-unsur seni yang dihasilkan

oleh orang Melayu melalui ukiran, anyaman, tenunan, seni bina dan sebagainya.

Seni kraf Melayu adalah melambangkan hubungan yang erat antara orang Melayu dengan

kepercayaannya iaitu Islam.Kehadiran agama Islam telah mengubah haluan kepercayaan dan

pegangan orang-orang Melayu sebelum ini. Mereka telah mengetahui dan menyedari tentang

keesaan tuhan yang sebenar. Mereka menggangap alam ini sebagai suatu hiasan yang

berfungsi untuk menyerikan kehidupan sementera di dunia dan kehidupan kekal di

akhirat.Kesedaran inilah lahirnya ciptaan yang berfungsi dan memenuhi keprluan hidup di

dunia dan akhirat.

Hasil ciptaan seni kraf Melayu ini jelas menujukkan pengaruh Islam dalam penghasilanya.Ini

jelas digambarkan dalam ragam hias atau motif yang dihasilkan.Ianya juga mengambarkan

sebahagian daripada kehidupan seharian masyarakatnya yang menunjukkan ciri-ciri Islam.

Antara kraftangan tradisional yang terkenal adalah:

2 Sumber dari Pensyarah DS 11, USM En. Baharudin Bin Mohd. Arus dalam penulisannya yang bertajuk ‘ Kraftangan Tradisi Satu Transfomasi’.

3 Ensikopedia Malaysiana. Jilid 7. (1996). K.L : Anzagain Sdn. Bhd. hal. 252-254.4 Siti Zainun Ismail. (1986). Rekabentuk Kraftangan Melayu Tradisi. Kuala Lumpur.: Dewan Bahasa dan Pustaka. hal. 4

3

Page 4: psv -kraft

i. Batik

ii. Ukiran

iii. Tenunan

iv. Anyaman

4

Page 5: psv -kraft

v. Tembikar

vi. Tekat

vii. Wau

5

Page 6: psv -kraft

viii. Gasing

ix. Onamen (perhiasan diri)

2.0 Jenis- Jenis Kraf Tradisional

Kraf tradisional perlu dihidupkan dan diperkenalkan dan dihargai oleh generasi muda supaya

ia tetap kekal dan mati ditelan zaman. Kraf tradisional seperti batik, ukiran, anyaman,tenunan,

tekat, wau, gasing, songket, tembikar dan barang perhiasan mempunyai nilai estetika dan

keistimewaan tersendiri.

6

Page 7: psv -kraft

2.1 Seni Batik Melayu

Batik adalah seni kraftangan yang terkenal di Malaysia. Batik merupakan satu proses yang

memerlukan terapan lilin pada kain putih yang telah diregang pada kayu pemidang. Setelah

lakaran dibuat lilin panas akan dimasukkan ke dalam canting dan proses terapan bermula.

Setelah itu sapuan pelbagai warna yang indah akan dilakukan oleh pembuat batik yang mahir.

Seterusnya beberapa proses seperti merendam kain selama 8 hingga 12 jam dengan sodium

silikit untuk mematikan warna dan air dilalukan kepada kain untuk menghilangkan sodium

silikit tersebut. Kemudian, kain direbus dengan soda ash untuk menanggalkan lilin. Akhir

sekali, kain di cuci dan dibilas di dalam air bersih sebelun ia dikeringkan. Sesungguhnya,

walaupun proses membuat batik agak lama dan rumit, tetapi harga yang ditawarkan kepada

pembeli sememangnya amat berpatutan dengan hasil kerja pembuat-pembuat batik.

2. 2 Seni Ukiran Melayu

Ukiran kayu tradisional juga adalah satu hasil kreativiti masyarakat Melayu yang

mengagumkan. Ukiran ini kerap kita lihat pada tangga rumah Melayu, kisi-kisi rumah,

masjid, istana, rumah makam, rumah kediaman, kepala sampan, perabot rumah dan barangan

hiasan dan keperluan harian seperti bingkai jam, bingkai cermin, bingkai gambar, katil dan

sebagainya..

7

Page 8: psv -kraft

Seni ukir di Tanah Melayu banyak terdapat dalam catatan sejarah iaitu dalam Sejarah Melayu

yang menyatakan seni ukiran Melayu tradisi telah wujud sejak lebih 500 tahun dahulu. Pada

ketika itu, orang-orang Melayu sudah memberi perhatian yang istimewa terhadap seni ukiran

pada bangunan seperti istana dan rumah kediaman.

Raja-raja Melayu pada zaman dahulu memainkan peranan penting dalam memperkembang

dan menghidupkan suasana seni ukiran. yang kini menjadi peninggalan yang amat berharga.

Tambahan pula, kedatangan Islam pada ketika itu yang membawa Al-Quran sebagai

pegangan menjadi sumber motif ukiran bercirikan Islam contohnya kaligrafi. Seni ukiran di

Malaysia juga antara seni kraf yang terkenal di dunia mungkin kerana keadaan alam semula

jadi yang kaya dengan kayu-kayan yang digunakan sebagai bahan binaan, alat perahu, senjata,

dan hiasan.

2.3 Seni Tenunan Songket Melayu

Tenunan juga adalah salah satu kraf tradisional yang popular di Malaysia terutamanya di

kalangan kaum Melayu. Songket merupakan lambang kehalusan seni tenunan Melayu yang

diwarisi sejak dahulu lagi. Kemahiran dan kreativiti penenun terserlah melalui pengolahan

corak dan hasil tenunan yang indah dan menarik hati sesiapa yang memandang. Kemahiran

dan kreativiti penenun terserlah melalui pengolahan corak dan hasil tenunan yang indah lagi

menarik.

Tenunan songket pada gambar tersebut merupakan kain samping songket yang menggunakan

motif arabes yang menggabungkan unsur flora dan geometri. Motif arabes sangat popular

dalam kesenian Islam kerana ia lahir dalam satu budaya dan tamadun yang masyarakat

awalnya mahir dalam pelbagai ilmu matematik, logik, astronomi, kosmologi, seni bina yang

8

Page 9: psv -kraft

kesemuanya menjadi sumber nilai-nilai estetika. Padanan motif geometri dan bunga tersebut

sangat indah disusun.

Sebenarnya pemilihan bentuk-bentuk geometri, tumbuh-tumbuhan dan corak khat adalah

antara alternatif kepada larangan menggambar yang disebut dalam hadith-hadith contohnya

figura manusia atau motif haiwan. Selain itu juga, penenun mengolah dan mereka cipta

bentuk-bentuk geometri dan hiasan bermotifkan tumbuh-tumbuhan untuk menghasilkan

keseniaan yang harmoni dan bernilai tinggi. Penenun juga menghasilkan motif bukan sekadar

indah pada pandangan mata malah ia penuh dengan makna tersirat.

Contohnya motif arabes sering diguna pakai dalam keseniaan Islam kerana selain bentuk,

idea merupakan aspek penting yg perlu dipertimbangkan dalam penjelmaan pelbagai motif

arabes. Idea yang melahirkan pernyataan kreativiti penenun Melayu Islam dalam percubaan

dan usaha mereka menggali daripada al Quran dan Hadith.

2.4 Seni Anyaman Melayu

Anyaman adalah satu jenis kraf yang mempengaruhi kehidupan dan kebudayaan masyarakat

Melayu. Terdapat anyaman ketupat, tikar mengkuang, alat keperluan harian dan sebagainya

telah banyak dihasilkan khususnya penduduk di kampung-kampung. Terdapat beberapa jenis

anyaman kaum Melayu seperti, anyaman kelarai, anyaman biasa dan anyaman sulaman.

Menganyam merupakan proses menjalin jaluran daun, lidi, rotan, akar, buluh dan beberapa

jenis tumbuhan yang lain. Beberapa jenis reka bentuk kraftangan dihasilkan melalui anyaman

demi untuk mencipta sesuatu alat keperluan harian contohnya menghasilkan topi, tudung saji,

bakul dan mengayam tikar untuk mengalas tempat duduk.

3.0 Motif dan corak

3.1 Batik Melayu

9

Page 10: psv -kraft

Dalam penghasilan batik, memilih motif dan membuat reka corak adalah kemahiran yang

tinggi perlu ada pada pembuat batik. Bagaimana seseorang itu menggarap motif yang kreatif

dan indah lalu diterjemahkan kepada sehelai kain polos yang berwarna putih. Proses

penggarapan motif selalunya adalah berasakan sumber alam sekeliling seperti motif flora,

arabes geometri, fauna, benda buatan manusia, atau motif isen.

Jika di negeri pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu yang terkenal dengan

penghasilan batik yang halus dan ekslusif, unsur-unsur motif yang dipilih adalah berasaskan

hidupan alam seperti tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan, subjek yang berkaitan pantai

dan laut seperti motif isen yang terdiri daripada sisik, mata dara, poleng, dan lain-lain

lagi. Mereka menjadikan objek sekeliling sebagai motif yang digubah indah dan mempunyai

nilai estetika yang tinggi. Orang-orang lama selalunya melihat sesuatu objek yang berada

disekeliling mereka itu mempunyai keistimewaan dan menggubahkan serta menjadikan ia

sebagai motif yang tersirat di dalam batik yang dihasilkan. Contohnya sisik ikan yang digubah

menjadi corak yang menarik dalam batik. Begitu juga paku-pakis, pucuk rebung, bunga raya,

dan sebagainya yang banyak di dapati di kawasan itu menjadi sumber inspirasi dan motif

popular kepada para pembuat batik.

Namun begitu, tidak semua motif yang digunakan oleh pengusaha batik di negara kita. Ini

kerana para pengusaha batik di sini adalah kebanyakannya Melayu yang beragama Islam,

maka motif-motif yang dipilih adalah tidak bercanggah dengan agama dan lebih

berkonsepkan Islamik. Dalam budaya Melayu bercirikan Islam, motif flora sering menjadi

pilihan seperti dalam batik ela motif bunga, kudup, putik ranting dan pucuk digunakan secara

tunggal atau bertabur disusun indah seolah-olah pembuat batik ingin menterjemahkan

perasaannya yang mengagumi ciptaan Tuhan dan bersyukur dengan segala nikmat yang

diberikan. Unsur geometri juga menjadi pilihan yang menarik dan mempunyai keistimewaan

sendiri dan sering dijadikan kaki kain atau gigi. Kadang-kadang, garis-garis lurus yang direka

dan disusun menjadi motif seperti cengkerang, siput, kisi-kisi dan lain-lain lagi.

3.2 Ukiran kayu

Terdapat pelbagai motif yang dipilih untuk menghasilkan ukiran ialah terdiri daripada motif

flora, motif fauna, Arabes, motif angkasa atau kosmos, motif geometri dan motif seni khat

atau kaligrafi yang menggunakan huruf Arab. Proses menggarap idea adalah berunsurkan

objek disekeliling mereka seperti bunga teratai, daun keladi, itik pulang petang, motif awan

larat yang terdiri daripada bintang, matahari, bulan dan bukit bukau, bentuk bulatan, segitiga

serta tulisan ayat Al Quran.

10

Page 11: psv -kraft

Kebanyakannya melambangkan budaya Melayu itu sendiri yang bernaungkan agama Islam.

Dikebanyakan rumah Melayu, ciri-ciri Islam agak terserlah dengan ukiran khat pada ambang

pintu rumah, tingkap, bingkai cermin, bingkai jam serta alat keagamaan seperti rehal. Di

masjid atau surau juga sering kita dapati ayat-ayat Al Quran di ukir di kayu dan diletakkan di

dinding serta ukiran motif pelbagai diukir pada mimbar masjid atau surau. Di bawah adalah

contoh-contoh ukiran yang telah diambil untuk kita analisis bagaimana idea motif itu digarap

dan ditafsirkan dan pengaruh apakah yang memberi makna kepada hasil ukiran tersebut.

3.3 Tenunan Songket Melayu

Motif dalam tenunan songket biasanya terdiri daripada unsur flora seperti Bunga Tanjung,

Bunga Gorek, Bunga Cengkeh, Pucuk Rebung, Bunga Lawang dan lain-lain lagi. Selain itu

motif daripada haiwan seperti Lawi Ayam, Kuda Laut, Kupu-kupu, Ayam Jantan, Burung

Merak juga menjadi sumber inspirasi para penenun menghasilkan karya. Satu lagi motif yang

popular ialah geometri, bintang pecah lapan dan mahkota. Sesungguhya tidak pernah terfikir

oleh kita bahawa nenek moyang kita dahulu telah memahami dan menghayati seni yang

dihasilkan oleh mereka terhasil dari deria kreativiti serta bakat semulajadi yang

dianugerahkan oleh Tuhan. Kehalusan dan keunikan keaslian reka bentuk yang diilhamkan

melalui idea dan sumber dari alam semesta ciptaan Tuhan merupakan satu hasil kreatif yang

akan menjadi tenunan hebat yang tidak ternilai.

Setiap karya yang dihasilkan mempunyai nilai estetika yang tinggi dan memikat hati sesipa

sahaja yang memandang. Setiap hasil tenunan itu kebanyakannya tidak lari daripada

bercirikan Islam, yang mana secara tersiratnya, melalui motif- motif tersebut, penenun ingin

menyampaikan perasaan mereka mengenai rasa kesyukuran dan kekaguman dengan setiap

apa yang diciptakan Allah di dunia ini.

Dan setiap apa yang diciptakan olehNya itu tidak pernah sia-sia. Itulah kehebatan kraf

tradisional Melayu yang bercirikan Islam yang menemukan keindahan bukan sahaja pada

karya yang dihasilkan malahan keindahan dan kasih sayang antara seorang hamba kepada

penciptaNya. Di bawah adalah salah satu contoh hasil tenunan songket yang akan di analisis

mengenai keunikan dan kesepaduan kesenian Islam dengan budaya Melayu itu sendiri.

3.4 Anyaman Melayu

Dalam anyaman, idea motif dan corak juga bersumberkan dari alam sekitar. Motif anyaman

yang sering digunakan terdiri daripada tumbuhan, nama manusia, haiwan dan abstrak. Namun

11

Page 12: psv -kraft

begitu, corak yang dihasilkan bukanlah berbentuk figura manusia ataupun haiwan. Hanya

sekadar nama penyedap bicara orang zaman dahulu sahaja. Contohnya kelarai Mak Mek,

Kelarai Cik Kedah ketapang, kelarai Jari Kedidi, Kelarai Tapak Anjing, kelarai Mata Ketitir

adalah sebahagian nama-nama manusia dalam anyaman. Anyaman Kelarai ini cukup indah

dan menarik dipandang mata. Kelarai daripada tumbuhan pula terdiri daripada Kelarai

Tampuk Manggis, Kelarai Bunga Cengkih, Kelarai Bunga Cina dan lain-lain. Begitu.hebat

orang zaman dahulu yang berpandukan alam sekeliling untuk dijadikan sumber inspirasi lalu

dijelmakan dengan pelbagai corak yang mempunyai makna tersendiri.

Anyaman di atas bermotifkan Kelarai Tampuk Jantung. Motif yang dipilih adalah

berunsurkan tumbuh-tumbuhan dan geometri yang dikenali sebagai motif arabes. Motif ini

banyak digunakan oleh seniman dan tokoh-tokoh seni Islam kerana bentuknya yang digarap

mudah dan indah. Idea anyaman ini dijelmakan oleh orang dahulu berdasarkan tumbuhan di

sekitar rumah mereka dan bentuk-bentuk geometri di rumah yang sering dilihat dan menjadi

sumber inspirasi dalam penghasilan motif yang akhirnya di kenali dengan pelbagai nama

rekaan mereka sendiri. Motif-motif ini saling berkait antara budaya Melayu dengan kesenian

Islam. Ini kerana sumber motif kebanyakannya adalah berlandaskan ciptaan Allah yang Esa.

Penghasil anyaman selalunya menitikberatkan unsur Islamik dengan mengagungkan

kebesaran Tuhan dan mengelakkan unsur yang bercanggah dengan syariat agama.

4.0 Fungsi motif ragam

4.1 Batik Melayu

Kebanyakan ragam hias yang terdapat pada batik Malaysia dipercayai dipengaruhi oleh ragam

hias batik Indonesia. Terdapat dua gaya bentuk motif batik di Malaysia, iaitu gaya organik

dan gaya geometri. Motif batik gaya organik biasanya berdasarkan kepada :

a. sumber alam seperti awan, tumbuhan, bunga, ranting, pucuk, kuntum dan sebagainya.

b. Unsur fauna seperti unggas, serangga, dan haiwan yang biasanya dalam rupa bentuk

abstrak dan secara simbolik.

c. Unsur benda buatan manusia seperti wayang kulit, wau, jaring ikan dan

seumpamanya.

Motif batik gaya geometri merujuk kepada pengolahan garis-garis halus, bentuk “S”,

swastika, parang rosak, segi empat dan susunan geometri lain.

12

Page 13: psv -kraft

Motif unsur flora berfungsi sebagai:

i. Untuk menghiasi kain batik ela- bunga, kuntum, putik, ranting dan pucuk

digunakan secara tunggal.

ii. Untuk menghiasi badan batik sarung- bunga, kuntum, putik, ranting dan pucuk

disusun secara menjalar datar dengan bentuk lembut. Helaian daun, kelopak serta

ranting dan bunga, atau bungaan disusun berdahan tegak.

iii. Untuk menghiasi bahagian kepala kain (gunung) dan kaki kain (gigi), motif pucuk

rebung digunakan. Biasanya corak yang digunakan bukan corak organic tulen

tetapi bentuk campuran gaya organik dan geometri.

Seterusnya adalah motif unsur fauna yang berfungsi untuk:

i. Motif kupu-kupu, rama-rama, kumbang dan burung dilukis atau dicetak beriringan

dengan bentuk tumbuhan yang dijadikan pelengkap.

ii. Motif ayam, burung merak, rusa dan kijang biasanya dilukis dengan gaya organic

dalam bentuk abstrak.

iii. Motif yang dibentuk secara simbolik, contohnya bentuk burung garuda ialah

bahagian sayap, ekor, kaki atau kepalanya yang telah dipergayakan.

Manakala motif unsur buatan manusia pula biasanya digunakan untuk hiasan batik ela. Unsur

motif unsur rupa geometri pula adalah:

i. Motif Susunan garis halus, motif parang rosak, motif banji dan motif awan

digunakan untuk hiasan kaki kain atau gigi. Garis-garis lurus yang direka dan

disusun menjadi motif seperti cangkerang siput, kisi-kisi, jaring bersilang dan

sebagainya.

ii. Motif Kawung dalam susunan empat bentuk bujur juga sering digunakan untuk

menghiasi kain batik panjang.

iii. Motif ceplok dengan susunan segi empat yang berisikan beberapa bentuk lain

seperti bunga, unggas atau binatang dan garis digunakan. Bentuk ini bukan

geometri tulen, ia merupakan campuran gaya organik dan geometri.

4.2 Ukiran kayu

Dalam masyarakat tradisional Melayu pelbagai unsur dijadikan motif dalam seni ukiran.

Motif yang sering digunakan pada ukiran ialah awan larat, motif tumbuh-tumbuhan seperti

13

Page 14: psv -kraft

sulur kacang, daun, bayam, daun kiambang, pucuk paku, bunga ketumbit, sulur ketola, daun-

daun guri dan sebagainya. Unsur tersebut adalah seperti berikut:

a. Unsur benda bernyawa

Unsur bernyawa merujuk kepada rupa binatang seperti ayam, burung, itik dan sebagainya.

Contoh unsur bernyawa pada ukiran tradisional yang dihasilkan oleh pengukir zaman pra-

Islam. Namun rupa bentuk tidak mengambarkan bentuk objek yang sebenarnya tetapi hanya

berbentuk lambang. Contoh unsur benda bernyawa :

i. Motif itik pulang petang

ii. Motif badak mudik

iii. Motif unduk-unduk atau kuda-kuda laut

iv. Motif lebah bergantung

v. Motif kepala cicak

vi. Motif ayam berlaga

vii. Motif kumbang dan kipas

b. Unsur kosmik

Unsur kosmik atau air space elements dalam bahasa Inggeris merujuk kepada unsur yang

ada kaitannya dengan alam semesta. Biasanya digambarkan melalui motif matahari, bulan,

bintang, awan ukiran seperti ini biasanya ditemui pada tebar layar rumah.

c. Unsur geometri

Unsur geometri merujuk kepada corak yang berasaskan rupa geometri atau kombinasi

rangka geometri dengan unsur lain.

d. Unsur kaligrafi

Unsur ini berdasarkan huruf-huruf Arab atau tulisan Jawi.

e. Unsur flora

Tumbuhan menjalar dipilih sebagai motif. Kebiasaannya sulur pautnya yang lembut dan

menjalar mudah diubah bentuk mengikut cita rasa pengukir.

4.3 Tenunan songket Melayu

Penghasilan songket Melayu juga menekankan kepada aspek kesesuaian corak dan motif

dengan bentuk. Ini termasuklah keseimbangan dengan bentuknya iaitu pada bahagian kepala

14

Page 15: psv -kraft

kain, badan kain, dan tepi atau kaki kain. Sebagai contoh, motif pucuk rebung menempati

bahagian kepala kain songket kerana bentuk pucuk rebung terutamanya motif Pucuk Rebung

Lawi Ayam adalah yang paling digemari kerana ia holeh dibuat menegak dan mengiring

dengan bertemu di puncak sesuai dengan tempatnya di kepala kain, Selain itu, motif pucuk

rebung yang banyak digunakan ialah motif pucuk rebung berjuang, putu, kendung, dan gigi

bota.

Manakala motif-motif seperti unduk-unduk (kuda) laut dan gigi bota pula sesuai diletakkan di

bahagian tepi kain kerana sifatnya yang sesuai menjadi bingkai manakala motif-motif teluk

berantai seperti jari lipan, unduk-unduk laut, bunga cengkih, tampuk manggis, dan bunga

bintang sesuai diletakkan pada badan kain kerana sifatnya yang merangkaikan motif sehingga

memenuhkan keseluruhan kain tersebut.

Motif tersebut berbeza saiz mengikut kesesuaian atau keluasan ruang yang perlu diisi. Bagi

songket yang baik, motif yang lebih kecil atau halus akan diletakkan pada ruang-ruang yang

terhad. Motif-motif ini juga membawa makna yang tersirat. Misalnya, motif itik malu hanya

dipakai oleh orang yang masih bujang iaitu anak dara ataupun yang telah bertunang.

Manakala motif Itik Bersabung Dua menggambarkan si pemakainya telah pun bernikah. Oleh

kerana itu, dilihat bahawa motif mempunyai perkaitan dengan nilai sosial Melayu.

4.4 Anyaman Melayu

Corak anyaman umumnya disebut kelarai. Bagaimanapun, khususnya untuk tikar mengkuang,

kelarainya dirujuk sebagai ragi. Kelarai dibuat dalam pelbagai motif dan peranannya sama

seperti corak bunga dalam tenunan, iaitu sebagai suatu ciri perhiasan. Dalam anyaman, idea

motif dan corak juga bersumberkan dari alam sekitar. Motif anyaman yang sering digunakan

terdiri daripada tumbuhan, nama manusia, haiwan dan abstrak. Namun begitu, corak yang

dihasilkan bukanlah berbentuk figura manusia ataupun haiwan. Hanya sekadar nama

penyedap bicara orang zaman dahulu sahaja.

Pada kebiasaannya anyaman kelarai menggunakan dua warna yang berbeza. Terdapat

beberapa motif yang kerap digunakan iaitu:

a) Kelarai berasas flora

Kelarai yang berasaskan flora ini menggunakan nama-nama bunga dan tumbuhan yang

terdapat di sekitar kampung atau hutan pada masa dahulu. Nama bunga dan tumbuhan

digunakan kerana membawa kepada makna cantik, wangi dan menarik untuk dihias.

15

Page 16: psv -kraft

Selain itu, nama-nama bunga diambil dan dipindahkan dalam bentuk kelarai dengan

melihat keratan pada bunga tersebut atau pandangan dari sudut tepi atas atau

pandangan atas. Contoh kelarai yang dapat dilihat ialah kelarai bunga durian, kelarai

bunga cina. kelarai tampuk manggis dan kelarai bunga cengkih.

b) Kelarai berasaskan fauna

Kelarai kepala gajah kelarai siku keluang, kelarai mata ketitir dan sebagainya

merupakan kelarai berasaskan fauna diambil sempena nama haiwan. Nama-nama

haiwan ini di ambil kerana keperibadian yang terdapat pada haiwan tersebut.

Contohnya kelarai kepala gajah diilhamkan daripada corak kain yang terletak di atas

kepala gajah yang menjadi tunggangan raja-raja pada zaman dahulu. Gajah merupakan

kenderaan yang digunakan untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

Gajah juga melambangkan kekuatan dan kebesaran yang member semangat kepada

masyarakat Melayu.

c) Kelarai berasaskan nama manusia

Kelarai nama manusia dilhamkan kepada pencipta asal kelarai tersebut. Contohnya

kelarai Mak Mek yang diambil sempena nama pencipta asal iaitu Hajah Semek yang

digelar Mak Mek. Nama pencipta digunakan sebagai tanda penghargaan di atas

kreativiti yang telah diguah sendiri tanpa meniru atau melihat simbolik dari sumber

lain. Dengan ini menunjukkan bahawa masyarakat Melayu sangat menekankan

penghargaan dan nilai murni di dalam penghasilan seni anyaman ini.

d) Kelarai berasaskan abstrak

Antara contoh kelarai berbentuk abstrak ialah kelarai empat sebilik, kelarai bunga

pecah lapan dan kelarai bunga api. Kelarai bunga api memaparkan kehidupan

masyarakat di kalangan kanak-kanak yang sering bermain bunga api di waktu

perayaan sebagai tanda kegembiraan. Pecahan bunga api ini menjadi simbolik keada

kelarai bunga api ini. Ini menunjukkan kehidupan seharian mempengaruhi adat resam

dan budaya kepada satu satu hasil seni.

5.0 Aktiviti masyarat yang berkait dengan ragam hias

5.1 Batik Melayu

16

Page 17: psv -kraft

Penduduk di negara kita menggunakan batik secara meluas. Batik digunakan untuk membuat

baju, kain sarung atau batik lepas. Sebagai contoh, pakaian seragam pramugari kapal terbang

MAS dibuat daripada batik. Batik juga digunakan dalam majlis-majlis formal dan majlis

keramaian. Selain dibuat pakaian, batik juga digunakan sebagai hiasan seperti alas meja,

cadar, sarung kusyen, tudung kepala, alas televisyen dan lain-lain lagi. Batik boleh dibeli

dengan harga yang murah dan berpatutan. Batik begitu digemari pelancong-pelancong asing

kerana coraknya yang menarik dan unik. Ia sering dijadikan buah tangan untuk dibawa pulang

ke negara masing-masing.

5.2 Ukiran kayu

Dalam seni bina, ukiran tradisional Melayu digunakan untuk tujuan memperindah dan

menyiapkan bangunan tersebut dengan corak terkawal yang tidak mengatasi binaan.Contoh

bangunan yang masih boleh dilihat hingga hari ini :

i. Istana kenangan, Bukit Chandan, Kuala Kangsar

ii. Istana Jahar, Kelantan yang kini dikenali sebagi

iii. Muzium Negeri Kelantan

iv. Istana Tengku Nik, kini dikenali sebagi Induk Muzium Negeri Terengganu

Selain daripada itu, rumah-rumah orang melayu daripada golongan yang berada dan istana-

istana Raja Melayu lazimnya dipenuhi dengan ukiran-ukiran kayu dalam pelbagai bentuk.

Seni ukiran kayu dapat dilihat pada bahagian-bahagian rumah, perabot dan hiasan rumah,

barang-barang harian, hujung perahu, gayung, hulu senjara, bangunan masjid, mimbar, rehal,

kawasan makan, kepungan di sekeliling pusara dan sebagainya.

5.3 Tenunan songket Melayu

Songket Melayu dikatakan baik kerana dalam penghasilan corak atau reka bentuk songket ia

bersesuaian dengan fungsinya. Berfungsi bermaksud dalam penghasilan karya seni seperti

songket ini, ia bukanlah sekadar hiasan untuk tatapan mata sahaja. Songket digunakan untuk

menutupi tubuh si pemakai. Sebagai objek yang berfungsi juga ia bukan sekadar dipakai oleh

seseorang tetapi oleh keseluruhan ahli keluarga dan masyarakat.

Melalui pemakaiannya jua ia dapat mencerita tentang seseorang individu, sebagai contohnya

kain songket dan kain limar mempunyai corak-corak dan motif-motif yang bersesuaian

dengan fungsinya untuk menegaskan status sosial seseorang pemakai. Selain itu penghasilan

corak dan reka bentuk songket Melayu juga bersesuaian dengan kepercayaan, nilai, dan

17

Page 18: psv -kraft

norma masyarakat. Bagi masyarakat Melayu setiap motif hiasan mengandungi makna

tertentu.

Selain itu, penghasilan kain songket yang tidak nipis dan pemakaiannya yang tidak ketat

sesuai dengan ajaran Islam. Melalui pemakaian secara ini ia dapat menutup aurat si pemakai

dengan sempurna sebagaimana yang dikehendaki. Bagi golongan lelaki yang memakai kain

songket sebagai kain samping menjelaskan bahawa masyarakat Melayu memperkukuhkan

lagi aurat yang perlu ditutupi oleh mereka.

Selain itu, kesesuaian warna pula berdasarkan kepada si pemakainya, iaitu songket berwarna

kuning keemasan untuk di Raja, songket berwarna hijau dan biru untuk orang besar, golongan

bangsawan dan berkedudukan tinggi, songket berwarna putih untuk ulama dan songket

berwarna hitam atau gelap untuk pahlawan dan pendekar.

5.4 Anyaman Melayu

Menganyam merupakan salah satu aktiviti kraftangan yang telah diamalkan oleh masyarakat

sejak dahulu lagi. Keunikan dan kesenian serta kreativiti masyarakat Malaysia menghasilkan

kraftangan anyaman terserlah melalui penghasilan bakul, tikar, perabut, pengadang, bekas

serbaguna, dinding rumah, barangan hadiah dan cenderamata, kelarai dan tudung saji.

Wujudnya teknologi baru telah merubah dan menyebabkan lebih banyak barangan dicpta

seperti perabot dan perhiasan diri. Kini dengan adanya teknologi baru itu timbul seni anyaman

daripada plastik dan tali. Bagi memastikan senii anyaman terus mendapat psaran dalam dan

luar negara, pelbagai barangan perlu direka, dicipta menurut keperluan dan kehidupan

seharian masyarakat. Hasil kraf tangan dijadikan alat untuk kegunaan sendiri atau sebagai

hadiah untuk anak saudara atau sahabat handai sebagai tanda kasih atau kenang-kenangan.

6.0 Kesimpulan

Kraft tangan melambangkan jati diri rakyat Malaysia. Kraf tangan masyarakat peribumi ini

adalah dihasilkan berdasarkan alam persekitaran mereka yang berkaitan dengan alam

Melayu .Sumber proses pembutan juga mudah didapati di persekitaranya.Namun keunikan

yang terserlah ialah pemikiran kreatif mereka dalam dalam mengolah dan mengubah barangan

dan objek yang memperlihatkan aspek budaya, estetika dan fungsi kraf tradisional Melayu

mempunyai nilai estetika yang tinggi.

18

Page 19: psv -kraft

Kraf tradisional adalah merupakan warisan bangsa, pusaka peninggalan nenek moyang kita

satu masa dahulu. Hasil ciptaan kraf tradisional, kaya dengan unsur-unsur budaya dan unsur-

unsur keislaman jelas tercermin melalui bentuk, gaya, sifat, garis, bentuk dan warnanya.

Keunikan dan kehalusan hasilan karya seni ukiran Melayu membuktikan ketinggian nilai

estetiknya. Namun begitu faktor modenisasi, faktor cuaca dan faktor masa menjadi ancaman

terhadap penerusan hayat dan pelestariannya. Faktor-faktor tersebut menjadi antara penyebab

kepada semakin terhakisnya kepedulian, penghayatan dan apresiasi terhadap keunikan karya

kesenian tradisi ini. Namun begitu bagi peminat-peminat seni kraf ia melambangkan satu

kepuasan dan kemewahan jika dapat memilikinya. Sesuatu yang eksklusif yang sukar untuk

dirungkaikan.

Oleh sebab itulah kita perlu menjaga, memelihara dan menyayangi seni Kraf Tradisional kita

seperti seni ukiran, seni tenunan, anyaman, pembuatan wau, gasing dan batik yang tidak ada

di negara-negara lain. Kraf Tradisional kita di sanjung dan di pandang tinggi di mata dunia

setaraf dengan kraf-kraf Negara Barat. Seharusnya kita patut menanamkan rasa cintakan seni

tradisional di kalangan generasi baru agar seni ini tidak terpupus.

5.0 Rujukan

Abdullah bin Mohamed (Nakula) (1985), Seni Bina Islam, Aplikasi di Malaysia, Warisan

Kelantan IV, Perbadanan Muzium Negeri Kelantan : Kota Bharu.

Abdul Aziz Sharif (1991). Pemerolehan Bahasa Ibunda - Umum. Jurnal Bahasa Moden, 6.

152-160.

Khairuddin Talib, (2007) .HBAE3103 Kraf Tradisional Selangor: Meteor Doc.Sdn.Bhd.

Kamus Dewan Bahasa (2005) Edisi 4, Dewan Bahasa dan Pustaka.Kuala Lumpur.

Katheleen Chee. (2009) . Focus Sukces SPM Pendidikan Seni Visual. Penerbitan Pelangi Sdn

Bhd. Kuala Lumpur.

Kumpulan Esei Budaya Kuala Lumpur. ( 1983 ). Sirih Pinang, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kuala Lumpur.

Mohd Johari Ab Hamid. ( 2004 ). Pendidikan Seni Visual dan Muzik. Malindo Printers Sdn

Bhd. Selangor.

19

Page 20: psv -kraft

Prof. Madya Dr. Mohd Sabrizaa (n.d), Penafsiran Falsafah “ibu Dalam Awan Larat Warisan

Estetikka Seni Ukiran Melayu, Jabatan Senibina Dalaman Fakulti senibina,

Perancangan dan Ukur UITM Perak.

Siti Zainon Ismail. (1997). Tekstil Tenunan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala

Lumpur.

Siti Zainon Ismail.(1986).Rekabentuk Kraftangan Melayu Tradisi.Dewan Bahasa Dan

Pustaka.Kuala Lumpur.

Wan Burhanuddin.(1981). The Malay House: Rationale and Change

Zailani Yaacob & Azimah A. Samah. (2004). Teks Lengkap Pendidikan Seni Visual

Tingkatan 4. Penerbitan Publisition Sdn Bhd. Selangor.

Zailani Yaacob & Azimah A.Samah, (2011). Teks Lengkap Pendidikan Seni Visual KBSM

Tingkatan 4&5. Shah Alam : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

20