20
UNIT 11 : BUDIMU KUHARGAI Menengah 3NA

Puisi Berbentuk

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Penghargaan kepada guru melalui puisi berbentuk

Citation preview

Page 1: Puisi Berbentuk

UNIT 11 :BUDIMU KUHARGAI

Menengah 3NA

Page 2: Puisi Berbentuk

OBJEKTIF PENGAJARAN

Di akhir pengajaran pelajar dapat :

1. Mengenalpasti jasa–jasa guru.2. Menunjukkan penghargaan

terhadap mereka dengan menghasilkan puisi berbentuk yang bertemakan GURU.

Page 3: Puisi Berbentuk

AKTIVITI 1

ARAHAN:

1. Pilih satu gambar yang menarik perhatian kamu.

2. FikirkanApakah yang boleh kamu kaitkan tentang gambar itu dengan ciri, perwatakan atau apa sahaja tentang GURU kamu?

3. Kongsi pandangan kamu dengan

pasangan kamu.

Page 4: Puisi Berbentuk

AKTIVITI 2

ARAHAN:

Tonton video lagu Terimakasih Guru dan fokuskan perhatian kamu pada lirik lagu tersebut.

Page 5: Puisi Berbentuk

AKTIVITI 3

1. Secara kumpulan bincangkan lirik lagu tersebut. [5 minit]

ARAHAN:

Page 6: Puisi Berbentuk

RANGKAP 1

Masih jelas dimindabisikan suaramu..memanggil

Di situ langkahku bermulamengejari cita..kau disisi

Page 7: Puisi Berbentuk

RANGKAP 2

Lantas ku utuskanlagu untuk menyatakan

terima kasih gurukerana hulur tanganmu

ku menghargai setulus jiwakubicaramu guru

akan ku ingat selalumenjadi azimat

hingga ke akhirnya

Page 8: Puisi Berbentuk

RANGKAP 3

Guru..ibarat pelitasentiasa menyinarkamar hidupku..

Guru..kau pewaris ilmumendidik diriku

hinggaku berjaya

Page 9: Puisi Berbentuk

RANGKAP 4

Andai diberi peluanginginku terbang tinggi

di awangan akanku petik bintang-bintang

ku jadikan hadiah untukmumoga tuhan merahmatimu

Terima Kasih..

Page 10: Puisi Berbentuk

APA ITU PUISI ?Puisi adalah….

• Susunan kata-kata yang ringkas dan padat yang mempunyai nilai estetik.

• representasi pemikiran atau perasaan yang ditulis dalam bentuk berangkap atau stanza

• Mempunyai nada yang berbeza-beza mengikut mesej (marah, sedih, patriotik, harapan)

• Pemilihan kata dapat meninggalkan kesan kepada pembaca.

Page 11: Puisi Berbentuk

APA ITU PUISI ?Meluahkan pemikiran, perasaan, pendapat dan harapan.

Boleh membuat kita berfikir, ketawa, menangis dan tertanya-tanya.

Boleh datang dari pengalaman atau orang yang kita kenal.

Boleh datang dari harapan atau rasa takut, sedih, gembira dan sebagainya.

Adalah sesuatu yang semua orang boleh hasilkan!

Page 12: Puisi Berbentuk

PUISI BERBENTUK…

Merupakan puisi modern yang tidak mengikut kovensional puisi tradisional (pantun, syair).

Menggabungkan imej & kata-kata.

Memberi inspirasi di mana puisi bukan setakat kata-kata tetapi merupakan objek yang dapat dilihat & dibaca.

Page 13: Puisi Berbentuk

DI DALAM PUISI BERBENTUK

Perkataan atau frasa harus disusun untuk membentuk topik. Jika tentang bintang, teks disusun mengikut bentuk bintang.

Puisi boleh ditulis dengan cara berima atau tidak.

Pelbagai jenis kata seperti kata nama, adjektif atau kata kerja boleh digunakan. Termasuk peribahasa, perbandingan, imejan dan sebagainya.

Kamu bebas menerangkan atau meluahkan perasaan dalam pelbagai cara yang disukai. Tiada kemsetian untuk menggunakan ayat-ayat yang penuh atau tanda baca.

Page 14: Puisi Berbentuk

Contoh 11) Aku berada di dalam hutan menunggu, seseorang mencariku.

2) Aku terdengar bunyi yang kuat dari suatu arah, semakin kuat bunyi itu, semakin kuat.

3) Aku melihat saudaraku tumbang, kemudian tiba masaku pula dipotong dan dijadikan kertas.

4) Manusia menulis di atasku sekarang.

5) Kini, aku dihantar kepada guru.  

Page 15: Puisi Berbentuk

Contoh 1Aku

berada di dalam hutan menunggu, seseorang mencariku.

Aku terdengar bunyi yang kuat dari suatu arah, semakin kuat bunyi itu, semakin kuat.

Aku melihat saudaraku tumbang, kemudian tiba masaku

pula dipotong dan dijadikan

kertas.Manusia menulis

di atasku sekarang.

Kini, aku dihantar kepada guru.

Page 16: Puisi Berbentuk

Contoh-Contoh Lain

Page 17: Puisi Berbentuk
Page 18: Puisi Berbentuk

AKTIVITI 4

Secara bergilir, sebutkan perkataan atau frasa yang dapat kamu kaitkan dengan guru. [5 minit]

ARAHAN:

Fikirkan objek yang dapat kamu kaitkan dengan guru. Cth : lilin, permata, bunga dsb. Semak & Bentukkan puisi kamu. [10 minit]

Pilih dan susun perkataan/frasa tersebut supaya menjadi puisi. [10 minit]

Page 19: Puisi Berbentuk

PEMBENTANGAN ‘GALLERY WALK’ARAHAN:

Setiap pembentang akan : 1. Mendeklamasikan puisi2. Menerangkan puisi

Pelajar dari kumpulan lain akan :1.mendengar2.bertanya soalan 3.Berbincang dan menilai menggunakan rubrik

Page 20: Puisi Berbentuk

RUMUSAN