Pusat Perkhidmatan Dalam Komuniti Kiu

Embed Size (px)

DESCRIPTION

penerangan mengenai PDK kiu

Citation preview

JABATAN PENDIDIKAN SENI VISUALINSTITUT PENDIDIKAN GURUKAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPURTUGASAN KERJA KURSUS

SEMESTER: 6TAHUN: 2015

PKU3123PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

Kumpulan Akademik:G6.2 (Sem. 6)

Program: PISMP Ambilan Januari 2013

DISEDIAKAN OLEH:NO K/P:ANGKA GILIRAN

Mohd Uzair Bin Yahya890323-12-54392013171340060

PENSYARAH:EN YUSOFF BIN MD. NOOR

Pusat Perkhidmatan Dalam Komuniti Kiu(PDK Kiu)

PengenalanPusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Kiu ini mula beroperasi di Pusat Pertuturan Kiu (PPK) Kg Pandan, Kuala Lumpur pada awal Januari 2009 di bawah seliaan jawatankuasa PDK. Kemudiannya, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah berminat untuk mengambil alih Tadika Pertuturan Kiu dan dijadikan Pemulihan Dalam Komuniti dengan 12 orang pelatih bersama 3 orang tenaga pengajar. Para petugas tersebut merupakan guru-guru dari Pusat Pertuturan Kiu yang menggunakan kaedah tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) pada peringkat intervensi awal. Pada 23 mei 2009, PDK Kiu telah mempunyai premisnya sendiri iaitu rumah teres dua tingkat yang beralamat no 7, Jalan Wirawati 8, Taman Maluri Cheras, 55100 Kuala Lumpur.Usul ini disambut baik oleh para ibu bapa serta mendapat persetujuan daripada pelbagai pihak. Para ibu bapa yang terlibat yakin bahawa ianya dapat dikendalikan dengan baik sebaik sahaja ia ditubuhkan. Keyakinan ini adalah berdasarkan kepada pengalaman mereka sebagai sukarelawan di Pusat Pertuturan Kiu (PPK) Kg Pandan, Kuala Lumpur sebelumnya serta pengalaman yang diperoleh daripada pusat pemulihan yang lain.Ekoran daripada usul tersebut, ibu bapa yang berkaitan telah berganding bahu memulakan usaha untuk menubuhkan PDK Kiu ini. Langkah pertama yang dilakukan adalah bergotong-royong membersihkan kawasan premis yang berjaya diperoleh. Kemudiannya, mereka sama-sama bermesyuarat untuk memilih dan melantik jawatankuasa penaja untuk memastikan dana yang diperoleh cukup untuk menampung keperluan kanak-kanak pekak yang belajar di pusat tersebut.PDK Kiu telah menambah baik proses pengajaran dan pembelajarannya (P&P) dengan adanya beberapa pembaharuan positif menjelang 2011. Antara kemudahan yang disediakan ialah sebuah bilik terapi Pertuturan yang dikendalikan oleh Patologis Pertuturan-Bahasa bertauliah.

Objektif, Visi, dan Misi

Objektif mewujudkan masyarakat penyayang serta memberi khidmat dari segi kebajikan sosial OKU dan pelajaran, menguasai penggunaan kaedah kiu apabila bertutur, menguasai sepenuhnya pendengaran melalui Alat Bantu Dengar (ABD), menguasai 3M melalui penggunaan kaedah kiu dan membantu ibu bapa membuat persediaan anak-anak memasuki sekolah rendah.

Visi memastikan setiap pelajar cacat pendengaran mendapat peluang yang sama untuk mencapai kejayaan dalam perkembangan minda, sosial, pendidikan dan kerjaya.

Misi mengenal pasti kecacatan pendengaran seawal mungkin membantu ahli keluarga berkomunikasi dengan anak cacat pendengaran menggunakan kaedah pertuturan kiu memahirkan kebolehan bertutur kanak-kanak cacat pendengaran di rumah dan di sekolah adalah mengorak langkah ke arah program intervensi antara jabatan untuk mengadaptasi sistem pendidikan inklusif bagi kanak-kanak cacat pendengaran pada semua peringkat persekolahan.

Lokasi dan Masa operasiLokasiPemulihan Dalam Komuniti Kiu (Pdk Kiu ), No 7, Jalan Wirawati 8, Taman Maluri, Cheras, 55100 Kuala Lumpur

Masa operasiPejabatIsnin Jumaat : 8.30am-4.30pmMasa PersekolahanIsnin- Jumaat : 8.30am 12.30pmAktiviti dan PencapaianAktivitiDi PDK Kiu, pelbagai aktiviti telah dijalankan yang melibatkan pelatih PDK, ibu bapa, petugas mahupun masyarakat setempat. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah pembelajaran 3M. Pembelajaran 3M memberi peluang kepada pelatih PDK untuk menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira. Pembelajaran 3M adalah sangat penting kerana ia merupakan asas kepada perkembangan pembelajaran murid. Aktiviti seterusnya ialah penggunaan ICT. Pengetahuan ICT diterapkan kepada pelatih PDK sebagai persediaan menghadapi dunia teknologi kini. Ia juga sebagai langkah untuk memberi peluang kepada pelatih menggunakan teknologi sama seperti kanak-kanak normal yang lain. Selain itu, kelas pertuturan kiu telah disediakan secara percuma untuk ibu bapa pelatih PDK. Kelas pertuturan kiu untuk ibu bapa ini membantu ibu bapa mempelajari pertuturan kiu dan memudahkan ibu bapa berkomunikasi dengan anak-anak di rumah. Terapi Cara Kerja juga dijalankan di PDK ini yang bertujuan untuk menguatkan psikomotor halus dan psikomotor kasar pelatih PDK. Selain Terapi Cara Kerja, Terapi Berkuda juga diadakan di PDK ini. Terapi berkuda bertujuan untuk meningkatkan motivasi murid, meningkatkan semangat, membenarkan perasaan berdikari, dan merasakan keupayaan untuk mengawal keadaan. Aktiviti seterusnya ialah bersukan. Aktiviti sukan memberi pendedahan kepada murid untuk bergaul dengan orang lain, mengeluarkan peluh dan membina otot badan. Aktiviti lawatan juga dijalankan di PDK Kiu. Antara tempat yang pernah dilawati ialah Forest Research Institute Malaysia atau FRIM. awatan ini memberi pendedahan kepada pelatih PDK mengenai flora, fauna FRIM dan aktiviti penyelidikan hutan tropika.

PencapaianKanak-kanak pada peringkat tadika di sini dilatih mengeluarkan suara. Begitu juga di peringkat sekolah rendah. Apa yang dipelajari di pusat ini sama seperti silibus sekolah rendah kerajaan. Menerusi kaedah Pertuturan Kiu Bahasa Malaysia (PKBM), setiap suku kata yang diucapkan dapat dilihat dan didengar pada masa yang sama. Penguasaan bahasa murid dapat dilihat ini apabila sekumpulan kanak-kanak dari Pusat Pertuturan Kiu berjaya mendendangkan beberapa buah lagu, mendeklamasikan sajak dengan sempurna sebutannya sama ada dalam bahasa Malaysia mahupun bahasa Inggeris. Tambah menyentuh hati adalah apabila melihat kanak-kanak ini boleh membaca Muqaddam dan ada di antara mereka telah khatam al-Quran.

Program inovasi yang dijalankan adalah bernama MudahKiu. Punca program ini dijalankan adalah kerana alat bantu mengajar tidak menarik, murid hilang tumpuan di kelas, murid lambat atau sukar keluarkan suara, perisian pendidikan yang tidak sesuai dan kos Patologis Pertuturan Bahasa yang mahal dan terhad. Selepas program inovasi telah dilancarkan, teknik pembelajaran lebih berkesan dan lebih fokus ke arah penggunaan teknologi masa kini. Selain itu, ia jiga menjimatkan kos, tenaga dan masa. Murid juga menunjukkan minat dan semangat untuk belajar bertutur.

Bilangan Petugas dan Pelatih PDK KIU

Pemulihan Dalam Komuniti Pertuturan Kiu mempunyai 12 orang pelatih bersama 3 orang tenaga pengajar. Para petugas tersebut merupakan guru-guru dari Pusat Pertuturan Kiu yang menggunakan kaedah tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) pada peringkat intervensi awal.PDK Kiu telah menambaik P&P dengan adanya beberapa pembaharuan positif. Antara kemudahan yang disediakan ialah sebuah bilik terapi Pertuturan yang akan dikendalikan oleh pakar audiologi dan terapi Pertuturan bertauliah. Di samping itu, PDK Kiu mempunyai seorang petugas yang berkelayakan memberi occupational therapy kepada pelatih yang memerlukan.

Fasiliti Yang Terdapat di PDK KIU

Pusat ini mempunyai kaedah intervensi awal yang diberikan kepada kanak-kanak ini, pada mulanya mereka akan membantu murid-murid ini untuk menguasai bahasa dengan bantuan daripada patologis yang ada dalam pusat ini. Patologis akan mengajar kanak-kanak ini untuk menutur dengan menggunakan alat bantu dengar yang diajar oleh guru-guru di pusat ini. Selain itu, patologis ini juga akan menggunakan kemudahan yang ada di pusat ini untuk mengajar kanak-kanak tersebut seperti kemudahan kelas terapi dan ICT.Teknik pengajaran dan pembelajaran di pusat ini terbahagi kepada beberapa tahap iaitu pada tahap yang pertama kanak-kanak ini diajar dan dibimbing untuk belajar vokal iaitu belajar menyebut dengan mengeluarkan suara dan bunyi.Pada tahap yang kedua guru akan menggunakan teknik sentuh getaran pada bahagian bawah dagu, hidung, pipi dan tekak untuk belajar ayat 2 dan 3 suku kata. Pada tahap ini guru-guru akan menggunakan pen yang berlainan warna untuk membezakan suku kata tersebut. Pusat ini juga mempunyai kemudahan seperti empat kelas, bilik pejabat sekolah, bilik PKPM, tempat riadah, bengkel kemahiran hidup, bilik terapi pertuturan, perpustakaan. Bilik terapi pertuturan atau lebih dikenali sebagai bilik kedap bunyi untuk menguatkan lagi teknik pengajaran dan pembelajaran mereka, dengan adanya kemudahan ini murid-murid akan lebih fokus kepada pengajaran dan pembelajaran yang diberikan.

Bilik kedap bunyi Mengajar suku kata

Tempat riadahTerdapat beberapa alat bantu mengajar yang kami perhatikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di pusat ini. Antara bahan bantu mengajar yang dapat kami kesan ialah buku cerita, buku cerita ini berperanan untuk memberi kanak-kanak khas tersebut mengenal perkataan dan ayat termasuk suku kata di dalamnya berpandukan gambar yang ada di dalamnya. Jadi pelajar ini mudah untuk memahami perkataan dan ayat tersebut dengan adanya buku cerita ini.White board atau papan putih digunakan oleh guru di pusat pertuturan ini untuk menerangkan sesuatu kepada pelajar yang baru memasuki pusat ini, iaitu kanak-kanak yang belum mengenali huruf vokal dan konsonan, jadi guru-guru menerangkannya dengan menggunakan papan putih tersebut agar murid-murid ini lebih memahami dan mudah untuk guru-guru di pusat ini melontar dan menggunakan idea kreatif mereka untuk memahamkan kanak-kanak tersebut dengan gaya dan ilmu yang mereka miliki.Kad perkataan suku kata digunakan oleh guru-guru sebagai latihan kepada kanak-kanak ini selepas proses pengajaran dan pembelajaran. Kad ini juga berperanan untuk memudahkan kanak-kanak ini memahami dan lebih jelas hurufnya berbanding huruf yang ditulis oleh guru di papan putih. Guru-guru juga menggunakan kad suku kata ini sebagai ujian kepada kanak-kanak ini supaya mereka mengekalkan ingatan mereka setelah diajar oleh guru tentang suku kata tersebut.Buku-buku dan alat-alat latihan yang digunakan ketika menjalani terapi pertuturan dikendalikan oleh pakar terapi. Buku-buku dan alat-alat ini adalah alat bantu mengajar untuk pakar terapi mengetahui serta mengesan tahap kefahaman yang ada pada setiap kanak-kanak di sini setelah diajar oleh guru-guru di Pusat Pertuturan Kiu Ini.Selain itu, FM Hearing Aid System. Alat ini digunakan untuk membantu murid pekak untuk mendengar dengan lebih jelas dan mampu membezakan bunyi yang berguna dan tidak berguna.

Buku cerita

Guru melukis gambar di papan white board.

Kad perkataan suku kata.

Buku-buku dan alat-alat latihan yang digunakan ketika menjalani terapi pertuturan yang dikendalikan oleh pakar terapi.

FM Hearing Aid System (alat ini digunakan untuk membantu murid pekak untuk mendengar dengan lebih jelas dan mampu membezakan bunyi yang berguna dan tidak berguna)

Kelebihan PDK KIU

Antara kelebihan yang terdapat pertuturan kiu ialah, kanak-kanak berupaya untuk mula belajar kaedah itu seawal usia lima tahun. Dalam tempoh pengajian, tiga bulan pertama, mereka sudah mampu untuk menyebut beberapa perkataan yang mudah seperti makan, minum, saya, awak dan sebagainya.Menerusi kaedah ini juga, kanak-kanak pekak dapat menyebut suku kata sambil melihat dan didengar dengan bantuan alat bantu dengar walaupun ianya hanya digunakan antara lima hingga 10 peratus sahaja.Di pusat ini, mereka menyediakan pengajaran secara percuma bagi Pertuturan Kiu Bahasa Malaysia (PKBM) kepada ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran. Menurut guru yang mengajar iaitu Puan Roslina, PKBM dapat dikuasai dalam masa yang singkat iaitu dalam tiga atau empat hari sahaja. Dengan adanya pendekatan tersebut, ibu bapa dapat berkomunikasi dengan baik dan berkesan bersama-sama dengan anak merekaMelalui kaedah pertuturan kiu ini, ianya sudah terbukti bahawa mereka mampu bertutur, menulis, membaca, malah mengira setanding dengan kanak-kanak normal. Tambahan pula, bagi kanak-kanak pekak yang beragama islam, mereka boleh belajar berdoa, azan serta membaca al-quran termasuk ayat-ayat yang perlu dibaca semasa sembahyang.

Pertuturan KiuPertuturan Kiu merupakan suatu kaedah pembelajaran pertuturan yang digunakan untuk mengajar pertuturan kepada individu pekak dan mempempunyai masalah pendengaran unntuk bertutur dengan fasih. Kaedah Pertuturan Kiu Bahasa Malaysia (PKBM) diadaptasikan oleh Encik Tan Chin Guan Tan Chin Guan dengan bantuan bantuan Dr R Orin Cornett. Encik Tan Chin Guan yang ketika itu merupakan Naib Presiden Persatuan Kebangsaan Pekak Malaysia bertemu dengan Dr Cornett semasa menghadiri seminar antarabangsa berkaitan bermasalah pendengaran di Universiti Gallaudet, Amerika Syarikat.Kaedah pertuturan ini merupakan suatu kaedah perngajaran pertuturan yang unik, di mana setiap perkataan dituturkan mengikut sukukata yang dibantu sebutannya melalui bantuan penanda visual iaitu bentuk tangan, kedudukan tangan, dan bacaan bibir. Secara amnya pertuturan Kiu megaplikasikan penggunaan teknik-teknik yang terhasil melalui peggabungan tiga (3) aspek atau elemen yang penting, iaitu bentuk tangan, gerakan bibir, dan suara penutur.Pengaplikasian kaedah ini mengajar murid atau individu pekak untuk belajar bertutur melalui pemerhatian terhadap, tanda-tanda pertuturan yang digunakan oleh penutur. Ini memudahkan individu pekak atau bermasalah pendengaran untuk bertutur menggunakan bahasa melayu dan bahasa inggeris. Disamping otu individu pekak juga dapat dilatih untuk membaca Al-Quran dan berdoa dalam bahsa arab.Dalam pertuturan klu, terdapat beberapa teknik yang menentukan bagaimana murid mengenalpastibunyi yang di tuturkan. Pertuturan kiu menggunakan: Empat kedudukan tngan yang menentukan bunyi vokal Lapan bentuk tangan yang melambangkan bunyi-bunyi konsonan Kombinasi kawasan dan bentuk tangan menentukan bunyi suku kata yang dihasilkan. Kombinasi bunyi yang tepat ditentukan dengan bunyi pertuturan si penutur dan bacaan dari bentuk bibir penutur.

Kaedah pertuturan kiu ini menjadi satu kaedah rangsangan bagi murid untuk bertutur ketika komunikasi. Isyarat yang dihasilkan dari lapan bentuk tangan dan empat kedudukan atau kawasan tangan ini bukanlah medium utama komunikasi, tetapi cara untuk menggalakkan dan membantu memperkemaskan tutur kata murid yang melihat dan bertutur menggunakan kaedah ini.Beberapa prinsip yang dipegang ketika melakukan amalan pertuturan kiu ini ialah: Suasana ketika bertutur dan mengisyarat perlulah terang dan jelas Bentuk dan kedudukan tangan ditunjukkan di sekitar kawasan kepala atau muka si penutur Rangsangan visual amat penting bagi berkomunikasi dengan pertuturan kiu, penutur perlu membentuk imej yang jelas menggunakan tangan dan gerak bibir bagi memudahkan maklumat disampaikan Penyuaraan atau vokalisation adalah perlu untuk memastikan bunyi-bunyi yang dihasilkan adalah tepat apabila didengar dan ditutur oleh penerima dan penutur.Sebagai rumusan ringkas, kaedah pertuturan kiu ini bukanlah suatu sistem bahasa dan komunikasi yang baharu seperti bahasa isyarat orang pekak. Kaedah pertuturan kiu adalah suatu kaedah yang digunakan semata-mata untuk melatih individu pekak untuk bertutur menggunakan bahasa utama seperti bahasa melayu dan inggeris dengan akurasi sebutan yang tepat. Penggunaan kiu bukanlah untuk mengisyaratkan perkataan, ia Cuma untuk memudahkan suku kata dalam perkataan yang dituturkan untuk dikenalpasti dan juga lebih mudah untuk dituturkan oleh orang-orang pekak tersebut.