94

Pusat Transformasi Penyampaian, ICU · PDF filePusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM PERUTUSAN KETUA PENGARAH Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Syukur ke hadrat Allah

  • Upload
    trinhtu

  • View
    259

  • Download
    9

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Pusat Transformasi Penyampaian, ICU  · PDF filePusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM PERUTUSAN KETUA PENGARAH Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Syukur ke hadrat Allah
Page 2: Pusat Transformasi Penyampaian, ICU  · PDF filePusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM PERUTUSAN KETUA PENGARAH Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Syukur ke hadrat Allah
Page 3: Pusat Transformasi Penyampaian, ICU  · PDF filePusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM PERUTUSAN KETUA PENGARAH Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Syukur ke hadrat Allah

Pusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM

2

3

4

5

33

55

77

ISI KANDUNGAN

1

Page 4: Pusat Transformasi Penyampaian, ICU  · PDF filePusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM PERUTUSAN KETUA PENGARAH Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Syukur ke hadrat Allah

Pusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM

PERUTUSAN KETUA PENGARAH

Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,

Syukur ke hadrat Allah SWT di atas taufik dan hidayah-Nya, TechnICUpedia berjaya

diterbitkan dengan matlamat untuk melengkapkan diri pegawai pemantau ICU JPM khususnya,

dan seluruh warga ICU JPM amnya dengan ilmu secukupnya selaras dengan perkhidmatan

teras ICU JPM.

Dalam menjayakan RMKe-10, ICU JPM mempunyai taanggungjawab besar bagi memastikan

projek pembangunan dilaksanakan dengan cepat, berkesan dan mendatangkan impak yang

dikehendaki. TechnICUpedia diharapkan dapat memperkayakan pengetahuan teknikal

berkaitan pengurusan projek, terutamanya aktiviti pembinaan melalui pembacaan, sebagai

menampung kefahaman dan ilmu yang telah diperoleh melalui beberapa siri kursus dan latihan

teknikal yang telah dianjurkan untuk pegawai-pegawai pemantau ICU JPM. Dalam bentuk yang

ringkas dan padat, TechnICUpedia mampu menjadi sumber rujukan pantas bagi pelaksanaan

aktiviti pemantauan, Intervensi, Troubleshooting dan P-Forensic serta Inspektorat.

Akhir kata, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kerana memberi

peluang kepada saya bagi merakamkan sepatah dua kata dalam penerbitan buku ini. Semoga

ICU JPM akan terus cemerlang membawa perubahan kepada kemajuan pelaksanaan projek

pembangunan negara, InsyaAllah.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI HAJI SHUKRY BIN MOHD. SALLEH KETUA PENGARAH UNIT PENYELARASAN PELAKSANAAN JABATAN PERDANA MENTERI

10 MAC 2014

2

Page 5: Pusat Transformasi Penyampaian, ICU  · PDF filePusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM PERUTUSAN KETUA PENGARAH Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Syukur ke hadrat Allah

Pusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM

KATA-KATA ALUAN TIMBALAN KETUA PENGARAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah kurnia dan rahmat daripada-Nya, Sektor Pusat

Transformasi Penyampaian (PTP), ICU JPM telah berjaya menerbitkan TechnICUpedia yang

merupakan satu kompilasi rujukan teknikal untuk dijadikan panduan kepada warga ICU JPM

sebagai langkah persediaan dalam menjalankan aktiviti pelaporan pemantauan di tapak

khususnya ke atas projek-projek fizikal Kerajaan.

Penerbitan TechnICUpedia ini diharap dapat memberi idea dan dorongan kepada warga PTP

khususnya, dan ICU JPM amnya untuk menambah nilai hasil pemantauan sedia ada menjadi

lebih berkualiti dan berinovasi, sesuai dengan peranan dan tugas sebagai pemantau atau

pelapor program yang utama bagi projek pembangunan Negara.

Dalam pada itu, saya berharap agar penerbitan TechnICUpedia ini akan menjadi perintis

kepada lain-lain penerbitan berbentuk perkongsian ilmu, dan seterusnya menjadi teras dalam

memperkasakan kompetensi dan kefahaman warga ICU JPM untuk menjadi agensi pusat yang

unggul lagi berwibawa dalam memantau pelaksanaan pembangunan negara.

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan juga saya ucapkan kepada semua pihak yang telah

bekerjasama dan memberikan komitmen dalam menjayakan penerbitan buku ini.

Sekian, terima kasih.

DATO' HAJI MOHAMMED BIN ISMAIL TIMBALAN KETUA PENGARAH (TRANSFORMASI PENYAMPAIAN)

UNIT PENYELARASAN PELAKSANAAN

JABATAN PERDANA MENTERI

10 MAC 2014

3

Page 6: Pusat Transformasi Penyampaian, ICU  · PDF filePusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM PERUTUSAN KETUA PENGARAH Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Syukur ke hadrat Allah

Pusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM

DARI MEJA PENGARAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah bertungkus-lumus dalam menjayakan penerbitan TechnICUpedia ini. TechnICUpedia merupakan satu kompilasi rujukan teknikal yang mengandungi empat (4) komponen utama yang penting dalam memantapkan lagi kompetensi dan pengetahuan teknikal pegawai pemantau ICU JPM. Empat (4) komponen tersebut adalah ; a. FAQ On Site; menghuraikan istilah dan terma kontrak pembinaan serta soalan dan

jawapan yang boleh dirujuk semasa lawatan ke tapak bina; b. Kod Masalah Pindaan 1/2014; menjelaskan permasalahan yang menjadi faktor

kelewatan atau kegagalan sesuatu projek disiapkan dalam tempoh dan kos yang telah ditetapkan yang perlu direkodkan ke dalam Sistem i-Pantau;

c. Booklet Binaan; menerangkan berkenaan pihak-pihak yang terlibat dalam pelaksanaan projek pembangunan Kerajaan, dan gambar-gambar komponen binaan sebagai gambaran berkaitan dengan aktiviti pembinaan di tapak projek;

d. MS Project TREX; memberi keterangan dan perincian untuk mengaplikasi perisian MS Project dalam melaksanakan aktiviti pemantauan pelaksanaan projek.

Semoga TechnICUpedia dapat memberi manfaat kepada semua pegawai pemantau ICU JPM secara khususnya, dan seluruh warga ICU JPM secara amnya dalam meningkatkan pemahaman berkaitan pelaksanaan projek. Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada YBhg. Tan Sri Ketua Pengarah, ICU JPM dan YBhg. Dato’ Timbalan Ketua Pengarah Sektor Pusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM di atas sokongan yang diberikan. Sekian, terima kasih. WAN AHMAD SHUKIMAN BIN WAN JAAFAR PENGARAH BAHAGIAN KONSULTATIF DAN REFERAL TEKNIKAL SEKTOR PUSAT TRANSFORMASI PENYAMPAIAN UNIT PENYELARASAN PELAKSANAAN JABATAN PERDANA MENTERI

4

Page 7: Pusat Transformasi Penyampaian, ICU  · PDF filePusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM PERUTUSAN KETUA PENGARAH Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Syukur ke hadrat Allah

5

Page 8: Pusat Transformasi Penyampaian, ICU  · PDF filePusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM PERUTUSAN KETUA PENGARAH Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Syukur ke hadrat Allah
Page 9: Pusat Transformasi Penyampaian, ICU  · PDF filePusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM PERUTUSAN KETUA PENGARAH Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Syukur ke hadrat Allah

Pusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM

1.0 PENDAHULUAN 7

2.0 BAHAGIAN I : SOALAN SEMASA LAWATAN KE TAPAK BINA (UMUM)

A. AKTIVITI PRA PEMILIKAN TAPAK 9

B. KELULUSAN PIHAK KETIGA 12

C. TAPAK PROJEK 14

D. KEMAJUAN KERJA DI TAPAK 15

E. PENTADBIRAN KONTRAK 18

F. PENYERAHAN

22

Jadual I : Jadual Bagi Pelaksanaan EIA berdasarkan Environmental Quality (prescribed activity) (Environmental Impact Assessment) Order 1987. Lampiran A : Senarai Semak Mesyuarat Pra-Pembinaan / Serah Tapak Lampiran B : Senarai Semak Mesyuarat Tapak

23

26 28

3.0 BAHAGIAN II : GLOSARI

30

ISI KANDUNGAN

7

Page 10: Pusat Transformasi Penyampaian, ICU  · PDF filePusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM PERUTUSAN KETUA PENGARAH Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Syukur ke hadrat Allah

Pusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM

1.0 PENDAHULUAN

Sebagai satu inisiatif untuk memperkasakan kredibiliti dan keupayaan penyelarasan serta

pemantauan projek Kerajaan, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU

JPM) melalui Sektor Pusat Transformasi Penyampaian (PTP) telah menghasilkan FAQ On

Site untuk dijadikan panduan dan rujukan kepada pegawai-pegawai pemantau, juga sebagai

langkah persediaan sebelum membuat lawatan ke tapak bina.

FAQ On Site ini terdiri daripada dua (2) bahagian iaitu : -

Bahagian I : Soalan Semasa Ke Lawatan Tapak Bina; dan

Bahagian II : Glosari

Bahagian I terdiri daripada senarai soalan yang merangkumi enam (6) topik utama

pengurusan dan pembinaan projek iaitu Aktiviti Pra- Pemilikan Tapak, Kelulusan Pihak Ketiga,

Tapak Projek, Kemajuan Kerja di Tapak, Pentadbiran Kontrak dan Penyerahan. FAQ On Site

ini juga boleh digunakan untuk kesemua jenis lawatan tapak yang terlibat dengan aktiviti

pemantauan ICU JPM seperti Healthcheck, Intervensi, Troubleshooting, P-Forensic dan

Inspektorat.

FAQ On Site ini akan dipinda mengikut keperluan semasa dan dijangka mampu

memperkukuhkan lagi pengetahuan dan keupayaan warga ICU JPM.

8

Page 11: Pusat Transformasi Penyampaian, ICU  · PDF filePusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM PERUTUSAN KETUA PENGARAH Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Syukur ke hadrat Allah

Pusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM

2.0 BAHAGIAN I :

SOALAN SEMASA LAWATAN KE TAPAK BINA (UMUM)

BIL. SOALAN BUTIRAN JAWAPAN

A. AKTIVITI PRA PEMILIKAN TAPAK

1.

Bilakah Surat Setujuterima Tender (SST) dikeluarkan?

SST ialah surat pengesahan penerimaan sesuatu tawaran berasaskan kepada syarat yang telah ditetapkan di dalam Dokumen Tender dan apa-apa syarat lain yang telah dipersetujui yang berkaitan dengan kontrak tersebut.

SST hendaklah dikeluarkan kepada kontraktor yang berjaya secepat mungkin sebaik sahaja keputusan Lembaga Perolehan diperolehi dan dalam tempoh sah laku tender*.

* Tempoh minimum sahlaku tender ialah 90 hari dari tarikh tender ditutup.

2.

Adakah Pemilikan Tapak dilakukan dalam tempoh yang telah ditetapkan? *(Nota : Berdasarkan Fasal 38 PWD 203A Rev. 1/2010)

Sekiranya pemilikan tapak* tidak dibuat dalam tempoh 90 hari dari tarikh milik tapak yang dinyatakan di dalam SST, maka satu notis perlu diberikan secara bertulis oleh P.P. kepada Kontraktor yang menyatakan sebab-sebab kelewatan.

P.P. adalah pegawai yang dilantik oleh Agensi Pelaksana untuk bertanggungjawab mengawalselia dan memberi arahan kerja menurut peruntukan kontrak.

3.

Adakah Kontraktor telah memulakan kerja dalam tempoh dua minggu dari tarikh milik tapak? (Nota : Melalui SPP Bil. 5/2007)

Kementerian Kewangan telah memutuskan bahawa semua projek Kerajaan wajib dimulakan pelaksanaannya dalam tempoh 2 minggu dari tarikh milik tapak.

Kontrak akan ditamatkan sekiranya Kontraktor gagal memulakan kerja sebagaimana yang telah ditetapkan.

9

Page 12: Pusat Transformasi Penyampaian, ICU  · PDF filePusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM PERUTUSAN KETUA PENGARAH Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Syukur ke hadrat Allah

Pusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM

BIL. SOALAN BUTIRAN JAWAPAN

4.

Adakah pra-syarat sebelum memulakan kerja telah dipatuhi oleh Kontraktor?

Sebelum Kontraktor dibenarkan memulakan kerja di tapak, Kontraktor hendaklah terlebih dahulu mengemukakan perkara- perkara pra-syarat seperti yang berikut :-

i. SST telah ditandatangani; ii. Bon Pelaksanaan dalam bentuk Jaminan Bank,

Jaminan Insurans atau Jaminan Syarikat Kewangan. Kerajaan berhak untuk melaksanakan kaedah Wang Jaminan Pelaksanaan (WJP) jika ianya gagal dikemukakan pada tarikh milik tapak;

iii. Polisi Insurans Tanggungan Awam atau Nota

Liputan berserta resit telah dibayar;

iv. Polisi Insurans Kerja atau Nota Liputan berserta resit bagi premium telah dibayar;

v. Nombor - nombor pendaftaran pekerja di bawah

Skim Keselamatan Sosial Pekerja (PERKESO).

5.

Adakah Program Kerja telah disediakan dalam tempoh yang telah ditetapkan?

*(Nota : Berdasarkan Fasal 12 PWD JKR 203A Rev. 1/2010)

Program kerja merupakan jadual pelaksanaan projek keseluruhan* bermula dari tarikh milik tapak sehingga tamat tempoh kontrak untuk pemantauan kemajuan kerja di tapak.

Ianya perlu disediakan dalam tempoh 14 hari dari tarikh SST atau seperti yang dinyatakan dalam kontrak.

Program kerja* yang dikemukakan oleh kontraktor perlu disemak oleh P.P. dan P.P. perlu menyemak kemunasabahan tarikh permulaan dan penyiapan operasi kerja yang dicadangkan oleh Kontraktor.

Jika P.P. merasakan program kerja tersebut tidak realistik, pindaan kepada Program Kerja perlu dilakukan setelah ianya dipersetujui oleh semua pihak. Semua pihak mesti mengikuti Program kerja yang telah dipersetujui.

10

Page 13: Pusat Transformasi Penyampaian, ICU  · PDF filePusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM PERUTUSAN KETUA PENGARAH Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Syukur ke hadrat Allah

Pusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM

BIL. SOALAN BUTIRAN JAWAPAN

6.

Adakah Mesyuarat Pra-Pembinaan diadakan dalam tempoh yang telah ditetapkan? *(Nota : Rujuk Senarai Semak Mesyuarat Pra-Pembinaan di Lampiran A)

Mesyuarat Pra-Pembinaan adalah mesyuarat yang dijalankan sebelum pelaksanaan projek dimulakan, bertujuan untuk memastikan semua pihak yang terlibat memahami skop serta mampu menyelaras tugas dan tanggungjawab masing-masing.

Antara dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan oleh Kontraktor kepada P.P. adalah Jadual Pelaksanaan, perancangan pekerja dan jentera, polisi-polisi insurans, bon pelaksanaan dan lain-lain yang berkaitan.

7.

Adakah maklumat projek telah dikemaskini dalam SPP II atau SKALA?

P.P. perlu memastikan maklumat projek tersebut sentiasa dikemaskini ke dalam sistem SPP II atau SKALA seberapa kerap yang mungkin.

SPP II : Sistem yang telah dibangunkan dan diselenggarakan oleh pihak NADI, ICU JPM bertujuan untuk melaporkan maklumat dan prestasi pelaksanaan program/projek Kerajaan dalam satu workflow dengan kemasukan data dari pelbagai sumber oleh pihak yang telah dipertanggungjawabkan.

SKALA : Sistem pemantauan projek yang digunakan untuk memantau pelaksanaan projek-projek pembangunan Kerajaan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia.

11

Page 14: Pusat Transformasi Penyampaian, ICU  · PDF filePusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM PERUTUSAN KETUA PENGARAH Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Syukur ke hadrat Allah

Pusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM

BIL. SOALAN BUTIRAN JAWAPAN

B. KELULUSAN PIHAK KETIGA

1.

Adakah terdapat kajian-kajian / penilaian lain dilaksanakan ke atas projek ini?

Antara kajian-kajian yang dilaksanakan ke atas

projek, termasuk syarat-syarat, jika ada seperti berikut :-

i. Kajian Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) ii. Kajian Kemungkinan (Feasibility Study) iii. Analisis Kos Faedah (Cost Benefit Analysis) iv. Kajian Kesan Trafik (Traffic Impact Study) v. Penyiasatan Tanah (Soil Investigation) vi. Pengurusan Nilai (Value Management)

2.

Adakah Kajian Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) diperlukan bagi projek ini? Rujukan : Environmental Quality (prescribed activity) (Environmental Impact Assessment) Order 1987.

Kajian Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) perlu

dilaksanakan ke atas projek-projek yang pelaksanaannya akan membawa kesan ke atas alam sekitar iaitu projek-projek yang ditakrifkan sebagai prescribed activity* oleh pihak berkuasa dan undang-undang. Kajian EIA ini hendaklah dilaksanakan oleh individu yang bertauliah serta berdaftar dengan Jabatan Alam Sekitar di bawah EIA Consultant Registration Scheme.

Semua projek di bawah prescribed activity perlu

mendapatkan kelulusan EIA daripada Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar seperti yang dinyatakan di dalam Jadual I.

3.

Adakah permohonan kelulusan Kajian Penilaian Impak Alam Sekeliling (EIA) telah dibuat kepada Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar?

Kelulusan Kajian Penilaian Impak Alam Sekeliling

(EIA) adalah berdasarkan kepada perkara seperti berikut :-

i. Mengikut konsep pembangunan projek; ii. Mempunyai kawalan penyediaan tapak dan

kerja tanah, kawalan banjir dan pencemaran air, udara dan bunyi;

iii. Memastikan Pelanggan melaksanakan perintah

EIA pada setiap peringkat pembinaan, bermula daripada peringkat perancangan dalam kajian pra-kemungkinan, kajian kemungkinan, rekabentuk dan pembinaan.

12

Page 15: Pusat Transformasi Penyampaian, ICU  · PDF filePusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM PERUTUSAN KETUA PENGARAH Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Syukur ke hadrat Allah

Pusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM

BIL. SOALAN BUTIRAN JAWAPAN

4.

Adakah permohonan Kelulusan Merancang / Development Order (DO) telah dikemukakan kepada pihak PBT?

Kelulusan Merancang dan lain-lain syarat perlu

dipatuhi mengikut prosedur PBT yang berkenaan termasuk syarat jika ada, daripada pihak berikut :-

i. Pengarah Jabatan Perancang Bandar & Desa; ii. Pentadbir Tanah Daerah; iii. Jabatan Kerja Raya (JKR); iv. Jabatan Pengairan & Saliran (JPS); v. Jabatan Bekalan Air (JBA); vi. Tenaga Nasional Berhad (TNB); vii. Jabatan Perkhidmatan Pembentungan (JPP); viii. Lain-lain agensi yang relevan mengikut

keperluan.

Agensi / Perunding bagi pihak agensi pemilik perlu

mengemukakan permohonan Kelulusan Merancang sebelum sebarang aktiviti dimulakan di tapak.

Kesemua pihak kecuali projek-projek JKR yang

direkabentuk secara jabatan perlu memastikan Kelulusan Merancang telah diperolehi daripada PBT terlebih dahulu.

5.

Jika berkaitan, mengapakah kelulusan pihak Jabatan Bomba & Penyelamat diperlukan?

Antara tindakan pihak Jabatan Bomba dan

Penyelamat bermula daripada peringkat perancangan projek. Antara peranan jabatan ini ialah :-

i. Menentukan dan mencadangkan keperluan

perkakasan bomba berdasarkan pelan lokasi, pelan kunci dan pelan susun atur serta laluan yang diperlukan untuk mencegah kebakaran dan tindakan menyelamat;

ii. Memastikan kemudahan bekalan air terdapat di

kawasan yang akan dibina adalah memadai; iii. Menyemak, mengesah dan memastikan pelan

bangunan, pelan mekanikal dan pelan elektrikal mematuhi syarat-syarat dalam Pencegahan Kebakaran 244, Undang - Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (UBBL 1984);

iv. Memeriksa dan menguji sistem mencegah

kebakaran yang telah dilengkapkan pada bangunan yang siap dibina bagi menyokong kelulusan Sijil Layak Menduduki Bangunan (CF);

iv. Mengeluarkan Surat Perakuan Bomba.

13

Page 16: Pusat Transformasi Penyampaian, ICU  · PDF filePusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM PERUTUSAN KETUA PENGARAH Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Syukur ke hadrat Allah

Pusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM

BIL. SOALAN BUTIRAN JAWAPAN

C. TAPAK PROJEK

1.

Adakah lokasi serta keluasan tapak sesuai dan mencukupi?

Keluasan tapak projek perlu mencukupi bagi skop

kerja sivil & struktur yang dikehendaki.

2.

Adakah terdapat isu-isu berkaitan tanah? Jika ada, apakah dan bilakah tindakan susulan perlu dilakukan?

Antara isu-isu berkaitan tanah adalah seperti yang

berikut :- i. Masalah setinggan, rumah ibadat, dsb; ii. Tuan tanah tidak dapat dikesan; iii. Tuan tanah tidak bersetuju kerana pelbagai

sebab; iv. Proses pengambilan balik tanah; v. Jenis hak milik; vi. Bantahan dari pemilik tanah berdekatan.

Tindakan dan sasaran isu / permasalahan perlu

dipantau dari masa ke semasa.

3.

Adakah timbulnya masalah-masalah berkaitan tapak? Jika ada, apakah dan bilakah tindakan susulan perlu dilakukan?

Antara isu-isu berkaitan tanah adalah seperti yang

berikut :- i. Lokasi tidak sesuai; ii. Keluasan tidak mencukupi; iii. Keadaan topografi yang sukar; iv. Tiada laluan masuk ke tapak; v. Masalah berkaitan persempadanan.

Tindakan dan sasaran isu / permasalahan perlu

dipantau dari semasa ke semasa.

4.

Adakah akses dan jalan sementara disediakan?

Pihak Kontraktor perlu menyedia dan menyenggara

akses dari jalan utama ke tapak projek termasuklah kerja-kerja pembetungan (culvert) dan jambatan yang digunakan sepanjang tempoh kontrak dengan kelulusan P.P.

5.

Adakah papan tanda projek menepati spesifikasi yang telah ditetapkan?

Pihak Kontraktor perlu menyediakan papan tanda

projek dalam Bahasa Malaysia seperti yang telah dinyatakan di dalam lukisan, memaparkan papan tanda tersebut kepada umum dan menyenggara papan tanda projek tersebut di sepanjang tempoh pembinaan.

14

Page 17: Pusat Transformasi Penyampaian, ICU  · PDF filePusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM PERUTUSAN KETUA PENGARAH Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Syukur ke hadrat Allah

Pusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM

BIL. SOALAN BUTIRAN JAWAPAN

6.

Adakah pejabat tapak dan kemudahan tapak projek telah dilengkapkan mengikut spesifikasi seperti yang telah ditetapkan?

Antara perkara yang telah ditetapkan dalam kontrak

bagi penyediaan pejabat tapak dan kemudahan tapak adalah seperti berikut :-

i. Kelengkapan pejabat tapak; ii. Bekalan air dan elektrik disediakan; iii. Kelengkapan kebersihan (sanitation) disediakan; iv. Alat bantuan kecemasan disediakan; v. Stor Kontraktor perlu disediakan.

7.

Adakah langkah-langkah keselamatan di tapak bagi pasukan projek diambilkira?

Pihak Kontraktor perlu menyediakan kemudahan

keselamatan di sepanjang tempoh kontrak seperti yang berikut :-

i. Topi & kasut keselamatan; ii. Pagar, hoarding, dan lampu amaran; iii. Tanda trafik sementara; iv. Papan tanda keselamatan.

D. KEMAJUAN KERJA DI TAPAK

1.

Adakah mesyuarat tapak dijalankan secara bulanan? *(Nota : Rujuk Senarai Semak Mesyuarat Tapak di Lampiran B)

Mesyuarat tapak perlu diadakan secara berkala bagi

memantau projek dan menyelaras kemajuan kerja yang telah ditetapkan.

2.

Adakah kemajuan fizikal projek mencapai penjadualan?

Pihak P.P. perlu memastikan kemajuan fizikal /

kewangan projek dicapai seperti yang telah dirancang.

3.

Adakah peratus kemajuan sebenar fizikal di tapak seperti yang dirancang?

Nota : Melalui SPP Bil. 8 Tahun 2009)

Perbezaan di antara peratus yang dirancang dengan

peratus sebenar di tapak perlu diambilkira semasa lawatan tapak dijalankan.

Sekiranya peratus kemajuan projek telah mengalami

kelewatan 20% atau lewat 2 bulan dari tarikh yang ditetapkan di dalam jadual mengikut mana yang terdahulu dan pihak Kontraktor menunjukkan ketidakupayaan memperbaiki prestasinya, projek tersebut akan dikategorikan sebagai Projek Sakit.

Satu langkah pemulihan yang drastik perlu diambil

oleh pihak P.P. bagi membantu Kontraktor menyiapkan kerjanya kembali ke penjadualan asal.

15

Page 18: Pusat Transformasi Penyampaian, ICU  · PDF filePusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM PERUTUSAN KETUA PENGARAH Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Syukur ke hadrat Allah

Pusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM

BIL. SOALAN BUTIRAN JAWAPAN

4.

Berapa lama (hari) projek telah melewati penjadualan yang dirancang?

Perbezaan bilangan hari bermula di antara kemajuan

yang dirancang dengan kemajuan sebenar di tapak perlu juga diambilkira semasa lawatan tapak dijalankan.

5.

Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kontraktor bagi menangani kelewatan projek?

Pihak Kontraktor bertanggungjawab menyedia dan

membentangkan kepada P.P. langkah / tindakan termasuk pelan pemulihan yang terperinci untuk menangani punca masalah, pihak yang bertanggungjawab dan jangka masa tindakan yang diambil.

6.

Apakah tindakan lanjut P.P. seterusnya?

P.P. perlu memantau dan memastikan pelan

pemulihan dipatuhi sepenuhnya oleh pihak Kontraktor bagi mengelakkan kelewatan dari berlaku.

7.

Adakah rekod tapak bina sentiasa dikemaskini?

Rekod tapak bina merupakan dokumen dalam

bentuk buku harian (site diary) yang digunakan oleh kumpulan Pengurusan Projek untuk mencatatkan maklumat berkenaan bilangan pekerja, cuaca, pemerhatian harian, maklumat penghantaran bahan binaan ke tapak dan sebagainya.

Pegawai penyelia yang telah dilantik perlu mencatat

dan mengemaskini buku harian ini pada setiap hari dan wakil Kontraktor mesti menandatangani buku tersebut sebagai perakuan.

8.

Berapakah bilangan pekerja yang terdapat di tapak projek?

Butiran bilangan pekerja di tapak boleh dirujuk pada

Jadual Critical Path Method (CPM) projek dan buku harian tapak (site diary).

9.

Adakah terdapat masalah-masalah yang melibatkan kewangan?

Antara isu-isu / masalah kewangan projek adalah

seperti yang berikut :-

i. Peruntukan yang diluluskan tidak mencukupi. ii. Peruntukan tambahan diperlukan kerana

terdapat Arahan Perubahan Kerja (VO) atau perubahan skop projek;

iii. Peruntukan lewat; iv. Tuntutan lewat dibayar di atas sebab syarat-

syarat tidak dipatuhi oleh pihak Kontraktor; v. Tuntutan lewat dibayar di atas sebab kelewatan

pihak kewangan P.P.

16

Page 19: Pusat Transformasi Penyampaian, ICU  · PDF filePusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM PERUTUSAN KETUA PENGARAH Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Syukur ke hadrat Allah

Pusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM

BIL. SOALAN BUTIRAN JAWAPAN

10.

Adakah pihak Kontraktor menghadapi masalah tenaga pekerja semasa pembinaan dijalankan?

Antara masalah tenaga pekerja yang dihadapi oleh

pihak Kontraktor adalah seperti yang berikut :- i. Bilangan pekerja tidak mencukupi; ii. Tenaga buruh asing tidak mempunyai permit; iii. Kualiti kerja yang tidak memuaskan; iv. Tenaga pekerja tidak berpengalaman/tidak mahir.

11.

Bagi kontrak projek secara Reka & Bina di mana ianya melibatkan perkhidmatan Perunding dalam pemantauan projek : Adakah terdapat masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak Perunding semasa pembinaan projek ?

Antara isu-isu/masalah-masalah yang dihadapi oleh

Perunding semasa pemantauan tapak dijalankan adalah seperti berikut :-

i. Kontraktor utama tidak berpengalaman.

(Penyeliaan yang rapi perlu dijalankan oleh Perunding untuk memantau kerja-kerja Kontraktor);

ii. Perunding kurang/tidak teliti semasa mengawasi

projek bagi menjamin kualiti dan spesifikasi kerja yang ditetapkan;

iii. Tiada pegawai dilantik bagi mengawasi tapak

projek. Pihak Perunding perlu menamakan seorang pegawai yang kompeten sebagai wakil tapak bagi mengawasi aktiviti di tapak sepanjang projek dilaksanakan;

iv. Gagal menyelaras pelaksanaan projek; v. Bermasalah dengan Kontraktor utama; vi. Campurtangan pelbagai pihak

12.

Adakah pihak Kontraktor menghadapi masalah bekalan / pengangkutan bahan binaan semasa pembinaan dijalankan?

Antara masalah bekalan / pengangkutan bahan

binaan yang dihadapi oleh pihak Kontraktor adalah seperti yang berikut :-

i. Bekalan di pasaran tidak mencukupi; ii. Bahan binaan tiada di pasaran; iii. Harga bahan binaan di pasaran meningkat; iv. Pengangkutan bahan binaan adalah sukar (kawasan pedalaman); v. Bekalan bahan binaan tidak mengikut penjadualan yang ditetapkan.

17

Page 20: Pusat Transformasi Penyampaian, ICU  · PDF filePusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM PERUTUSAN KETUA PENGARAH Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Syukur ke hadrat Allah

Pusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM

BIL. SOALAN BUTIRAN JAWAPAN

13.

Adakah pihak Kontraktor menghadapi masalah pemborong semasa pembinaan dijalankan?

Antara masalah pemborong yang dihadapi oleh

pihak Kontraktor adalah seperti berikut :-

i. Kontraktor tidak mempunyai kemudahan kredit binaan;

ii. Pemborong gagal menghantar bahan binaan

mengikut jadual yang ditetapkan; iii. Pemborong gagal menghantar bahan binaan

berdasarkan kualiti / spesifikasi bahan yang ditetapkan.

14.

Adakah projek ini menghadapi masalah-masalah utiliti?

Antara masalah utiliti yang dihadapi oleh pihak

Kontraktor adalah seperti berikut :-

i. Masalah penyambungan utiliti oleh pihak TNB, IWK, TELEKOM atau bekalan air;

ii. Peruntukan pemindahan / pengalihan utiliti oleh

pihak TNB, IWK, TELEKOM atau bekalan air; iii. Pengesanan utiliti dalam tanah (sub-surface); iv. Pelbagai syarat tambahan yang dikenakan oleh

pihak TNB, IWK, TELEKOM atau bekalan air.

E. PENTADBIRAN KONTRAK

1.

Apakah kaedah pelaksanaan projek ini?

Kaedah-kaedah pelaksanaan projek adalah seperti

berikut :- i. Konvensional ii. Reka dan Bina / Turnkey iii. Built, Operation & Transfer (BOT)

2.

Berapakah kos kontrak?

Kos kontrak ialah amaun yang dinyatakan untuk

melaksanakan projek seperti di dalam SST.

3.

Tempoh kontrak?

Tempoh kontrak adalah tempoh yang telah

ditetapkan bagi melaksanakan projek seperti yang dinyatakan di dalam SST.

4.

Bilakah kontrak ditandatangani?

Kontrak hendaklah ditandatangani secepat mungkin

selepas semua terma dan syarat dipersetujui oleh kedua-dua pihak, selewat-lewatnya empat (4) bulan dari tarikh SST.

Tarikh kontrak ialah tarikh Dokumen Kontrak

ditandatangani oleh pegawai yang diberi kuasa oleh Menteri.

18

Page 21: Pusat Transformasi Penyampaian, ICU  · PDF filePusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM PERUTUSAN KETUA PENGARAH Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Syukur ke hadrat Allah

Pusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM

BIL. SOALAN BUTIRAN JAWAPAN

5.

Bayaran Pendahuluan (Advanced Payment) Sekiranya bayaran pendahuluan telah dibuat, adakah syarat-syaratnya dipatuhi?

Perakuan Bayaran Pendahuluan akan dibuat

sekiranya Syarat-syarat Bayaran Wang Pendahuluan telah dipatuhi :-

i. SST telah ditandatangani dan dikembalikan; ii. Jaminan ke atas pendahuluan (Bank /

Syarikat Kewangan / Insuran / Bank Islam / Takaful / Bank Pembangunan Malaysia Bhd) telah dikemukakan dan disahkan;

iii. Bon pelaksanaan telah dikemukakan dan

disahkan (Sekiranya tiada, sertakan persetujuan terhadap WJP);

iv. Polisi-polisi insuran & PERKESO; v. Jaminan bagi Kontraktor Utama & NSC hendaklah dibuat berasingan.

6.

Bayaran Interim

i. Adakah bayaran interim dibuat berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan?

ii. Adakah ianya dibuat setiap bulan?

iii. Ada terdapat masalah bayaran?

Bayaran Interim adalah bayaran yang dibuat kepada

Kontraktor bagi :- i. Kerja-kerja yang telah dilaksanakan dengan

sempurna; ii. Penilaian ke atas bahan-bahan/barang-barang

belum dipasang yang telah dihantar ke tapak sehingga 90%;

iii. Tiada bayaran ke atas item NCR; dan iv. Nilai kerja telah mencapai had minima yang telah

ditetapkan.

Kekerapan bayaran ialah :-

i. Setiap bulan; atau ii. Sekerap yang mungkin, mengikut budi bicara

P.P.

Perakuan Interim JKR 66 hendaklah disediakan

dalam tempoh 14 hari dari tarikh penilaian di tapak. Tempoh maksimum menunaikan bayaran dari tarikh perakuan dikeluarkan adalah 30 hari.

Masalah bayaran interim berlaku adalah disebabkan

oleh perkara-perkara berikut :-

i. Syarat-syarat seperti yang dinyatakan di atas tidak dipatuhi;

ii. Peruntukan yang diluluskan tidak mencukupi; iii. Waran peruntukan lewat disalurkan oleh

Kementerian yang terbabit kepada P.P.

19

Page 22: Pusat Transformasi Penyampaian, ICU  · PDF filePusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM PERUTUSAN KETUA PENGARAH Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Syukur ke hadrat Allah

Pusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM

BIL. SOALAN BUTIRAN JAWAPAN

7.

Arahan Perubahan Kerja (APK)

Adakah terdapat APK bagi projek ini? (Nota : Melalui Arahan Perbendaharaan 202)

Perubahan kerja adalah penyimpangan dari

perjanjian kontrak berkaitan dengan pelan, spesifikasi dan atau senarai kuantiti samada dipinda, ditambah atau dikurangkan dengan memenuhi kriteria seperti yang berikut :-

i. Tempoh kontrak masih berjalan semasa arahan

dikeluarkan; ii. Perubahan tidak menukar sebahagian besar skop

kerja asal; iii. Bagi kerja-kerja tambahan, pelaksanaan hendaklah di tapak pembinaan; iv. Bagi kerja gantian, perubahan adalah di dalam

skop kontrak asal & kerja yang ditentukan dalam kontrak asal hendaklah dapat dikenalpasti dalam kerja-kerja gantian;

v. Amalan mengeluarkan kerja yang terkandung

dalam sesuatu kontrak untuk dilaksanakan oleh pihak lain/pihak jabatan sendiri tidak dibenarkan.

8.

Pelantikan NSC (Sub Kontraktor Dinamakan)

i. Adakah pelantikan NSC telah dibuat?

ii. Adakah terdapat masalah berkenaan bayaran NSC?

Penamaan NSC dibuat dengan P.P. memanggil

tender dan mengeluarkan arahan kepada Kontraktor utama secara bertulis membuat sub-kontrak dengan NSC yang dilantik.

Bayaran NSC dibayar secara terus oleh Kerajaan.

20

Page 23: Pusat Transformasi Penyampaian, ICU  · PDF filePusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM PERUTUSAN KETUA PENGARAH Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Syukur ke hadrat Allah

Pusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM

BIL. SOALAN BUTIRAN JAWAPAN

9.

Lanjutan Masa (EOT)

i. Adakah terdapat lanjutan masa bagi projek ini?

ii. Sekiranya terdapat EOT, nyatakan sebab lanjutan masa dikemukakan?

iii. Berapakah tempoh bagi EOT tersebut?

iv. Adakah Recovery Plan telah disediakan?

Lanjutan Masa adalah masa tambahan yang

diberikan kepada Kontraktor untuk menyiapkan projek atas sebab-sebab sebagaimana yang dinyatakan di dalam Fasal 43 syarat-syarat kontrak.

Sebab-sebab / syarat-syarat lanjutan masa

dipertimbangkan adalah seperti berikut :-

i. Force Majeure; ii. Cuaca buruk (sertakan rekod dari kaji cuaca

untuk beberapa tahun terdahulu); iii. Arahan P.P. akibat pertikaian dengan tuan

punya berjiran; iv. Kerugian / kerosakan akibat perkara luar

jangkaan; v. Arahan P.P. di bawah Fasal 5; vi. Lewat menerima arahan dari P.P.; vii. Lewat diberi milik tapak berpunca daripada

mogok pekerja; viii. Kelambatan oleh pihak atasan yang ditugaskan

oleh Kerajaan; ix. Ketidakupayaan Kontraktor meramal

penerimaan bahan binaan; dan x. Kelewatan Pelantikan Subkontraktor Dinamakan

(NSC)

Tempoh lanjutan masa akan dipertimbangkan oleh

pihak yang diberikuasa untuk meluluskan perakuan

kelambatan dan lanjutan masa berdasarkan

penilaian terperinci ke atas punca-punca kelewatan

yang dikemukakan oleh Kontraktor dengan syarat

Kontraktor telah sentiasa berusaha sedaya-

upayanya untuk mengelakkan kelambatan.

Recovery Plan perlu disediakan oleh Kontraktor dan

diikuti bagi merancang semula program kerja untuk membendung kelewatan.

10.

Ganti Rugi Tertentu Dan Ditetapkan (Liquidated & Ascertained Damages (LAD)

i. Berapa bilangan hari LAD dan nilai LAD (RM) yang dikenakan?

(Nota : Berdasarkan SPP Bil. 8/1995)

Denda lewat yang dikenakan ke atas Kontraktor

yang gagal melaksanakan projek dalam tempoh kontrak yang dibenarkan. LAD dikira dalam bentuk kadar RM denda/hari lewat dan bergantung kepada Kadar Pinjaman Asas (BLR) semasa.

21

Page 24: Pusat Transformasi Penyampaian, ICU  · PDF filePusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM PERUTUSAN KETUA PENGARAH Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Syukur ke hadrat Allah

Pusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM

BIL. SOALAN BUTIRAN JAWAPAN

F. PENYERAHAN

1.

Bilakah Perakuan Siap Kerja (Certificate of Practical Completion – CPC) dikeluarkan?

CPC akan dikeluarkan oleh P.P. untuk

mengesahkan kerja-kerja di tapak telah mencapai penyiapan praktikal, iaitu apabila kesemua kerja telah siap dan berfungsi sepenuhnya mengikut kehendak kontrak.

2.

Bilakah projek akan diserahkan?

Setelah CPC dikeluarkan, Agensi Pelaksana akan

mengambil pemilikan projek tersebut dan kemudian menyerahkannya kepada pihak Pemilik/Agensi Pelanggan.

3.

Tempoh Tanggungan Kecacatan (DLP)

i. Bilakah DLP bermula?

ii. Berapakah tempoh

DLP berdasarkan kontrak?

DLP adalah suatu tempoh di mana pihak Kontraktor

perlu memperbaiki apa-apa kecacatan yang dikenalpasti oleh P.P. setelah kerja-kerja diperakukan siap.

Dalam tempoh tersebut, pihak Pelanggan akan

melaporkan kerosakan / kecacatan yang perlu dibaiki oleh Kontraktor kepada P.P.

Kecacatan adalah merupakan kerosakan yang

timbul samada pada bahagian dalam dan atau luar bangunan termasuk kemudahan; yang disebabkan oleh mutu dan kualiti kerja yang tidak menepati spesifikasi.

DLP bermula dari tarikh CPC dikeluarkan sehingga

satu tempoh yang telah ditetapkan di dalam kontrak.

DLP (Projek Konvensional) :-

i. Kontrak bernilai < RM 0.5 juta (6 bulan); ii. Kontrak bernilai ≥ RM 0.5 juta (12 bulan).

DLP (Projek Reka dan Bina) adalah selama 24

bulan.

4.

Bagaimana jika Kontraktor mungkir janji dan gagal membaiki sebarang kerosakan dalam Tempoh Tanggungan Kecacatan?

Sekiranya Kontraktor gagal memperbaiki kecacatan

seperti yang diarahkan oleh P.P. dalam tempoh tersebut, P.P. boleh melantik pihak ketiga untuk melaksanakannya.

Sekiranya pihak ketiga yang melaksanakan kerja-

kerja memperbaiki kecacatan, kos perbelanjaan yang terlibat akan dipotong dari baki wang yang perlu dibayar kepada Kontraktor, atau dari tuntutan Bon Pelaksanaan.

22

Page 25: Pusat Transformasi Penyampaian, ICU  · PDF filePusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM PERUTUSAN KETUA PENGARAH Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Syukur ke hadrat Allah

Pusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM

JADUAL I

Jadual Bagi Pelaksanaan EIA berdasarkan Environmental Quality

(Prescribed Activity*) (Environmental Impact Assessment) Order 1987

BIL. BIDANG PEMBANGUNAN / INDUSTRI

i)

Pertanian

Skim pembangunan tanah meliputi kawasan seluas 500 ha. atau lebih untuk

membangunkan tanah hutan kepada pengeluaran pertanian.

Program pertanian yang memerlukan penempatan semula 100 keluarga atau

lebih.

Pembangunan estet pertanian meliputi keluasan 500 ha. atau lebih dan

melibatkan pertukaran jenis guna pertanian.

ii)

Lapangan Terbang

Pembinaan lapangan terbang dengan landasan sepanjang 2,500 meter atau

lebih.

Pembangunan landasan lapangan terbang dalam kawasan Taman Negeri atau

Negara.

iii)

Perparitan atau Saliran

Pembinaan empangan, tasik buatan dan pembesaran tasik yang melibatkan

permukaan 200 ha. atau lebih.

Perparitan wetland, habitat hidupan liar atau hutan dara meliputi keluasan 100 ha.

atau lebih.

Skim saliran meliputi kawasan 5000 ha. atau lebih.

iv)

Penambakan Tanah

Penambakan tanah pantai melibatkan keluasan 50 ha. atau lebih.

v)

Perikanan

Pembinaan pelabuhan ikan.

Pembesaran pelabuhan melibatkan pertambahan kapasiti 50% atau lebih

pendaratan ikan setahun.

Projek akuakultur atas tanah melibatkan pembersihan kawasan mangrove yang

meliputi keluasan 50 ha. atau lebih.

23

Page 26: Pusat Transformasi Penyampaian, ICU  · PDF filePusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM PERUTUSAN KETUA PENGARAH Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Syukur ke hadrat Allah

Pusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM

BIL. BIDANG PEMBANGUNAN / INDUSTRI

vi)

Pertanian

Penukaran tanah hutan bukit kepada guna tanah lain melibatkan keluasan 50 ha.

atau lebih.

Pembalakan atau penukaran hutan kepada guna tanah lain dalam kawasan

tadahan bagi kolam air untuk bekalan air awam, saliran atau janakuasa hidro atau dalam kawasan bersebelahan Taman Negeri atau Negara dan Taman Laut Negara.

Kawasan pembalakan meliputi keluasan 500 ha. atau lebih.

Penukaran kawasan mangrove untuk kegunaan industri, perumahan atau

pertanian melibatkan kawasan 50 ha. atau lebih.

Pembersihan kawasan mangrove di pulau bersebelahan Taman Laut Negara.

vii)

Perumahan

Pembangunan meliputi kawasan 50 ha. atau lebih.

viii)

Industri

Kimia – di mana kapasiti pengeluaran setiap projek atau gabungannya melebihi

100 tan/hari.

Petrokimia – semua saiz.

Bukan besi – leburan primer.

Bukan Logam – simen (bagi klinker, throughput 30 tan/jam atau lebih), kapur (100

tan/hari dan lebih bagi vertical kiln).

Besi dan keluli – memerlukan bijih besi sebagai bahan mentah untuk pengeluaran

melebihi 100 tan /hari atau besi scrap sebagai bahan mentah untuk pengeluaran melebihi 200 tan/hari).

Pelabuhan kapal – berat dead weight tonnage melebihi 5,000 tan.

Industri pulpa dan kertas – kapasiti pengeluaran melebihi 50 tan/hari.

ix)

Infrastruktur

Pembinaan hospital yang sebahagiannya melepasi hadapan pantai untuk tujuan

rekreasi.

Pembangunan estet perindustrian untuk industri sederhana dan berat melibatkan

kawasan 50 ha. atau lebih.

Pembinaan lebuhraya.

Pembinaan lebuhraya nasional.

Pembinaan bandar baru

24

Page 27: Pusat Transformasi Penyampaian, ICU  · PDF filePusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM PERUTUSAN KETUA PENGARAH Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Syukur ke hadrat Allah

Pusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM

BIL. BIDANG PEMBANGUNAN / INDUSTRI

x)

Pelabuhan

Pembinaan pelabuhan.

Pembesaran pelabuhan melibatkan tambahan kapasiti kendalian 50% atau lebih

setahun.

xi)

Perlombongan

Perlombongan bahan galian di kawasan baru di mana pajakan melibatkan jumlah

keluasan melebihi 250 ha.

Pemprosesan bijih, termasuk concentrating bagi aluminium, tembaga, emas atau

tantalum.

Perlombongan pasir melibatkan kawasan 50 ha. atau lebih.

xii)

Petroleum

Pembangunan kawasan minyak dan gas.

Pembinaan off-shore dan on-shore pipelines melebihi 50 km panjang.

Pembinaan kemudahan pemisahan, pemprosesan, kendalian dan penyimpanan

minyak dan gas.

Pembinaan loji penapisan minyak.

Pembinaan depoh produk bagi penyimpanan petrol, gas atau diesel (tidak termasuk

stesen servis) yang terletak di dalam kawasan 3 km dari mana-mana kawasan komersil, industri atau perumahan dan mempunyai gabungan jumlah kapasiti simpanan 60,000 tong atau lebih.

xiii)

Penjanaan Tenaga dan Transmisi

Pembinaan stesen janakuasa wap dengan pembakaran bahan api fosil dengan

kapasiti melebihi 10 MW.

Empangan skim janakuasa hidro dengan salah satu atau kedua-dua yang berikut :-

i. Empangan melebihi ketinggian 15 m dengan struktur tambahan meliputi

kawasan melebihi 40 ha. ii. Takungan air melibatkan kawasan permukaan melebihi 400 ha.

25

Page 28: Pusat Transformasi Penyampaian, ICU  · PDF filePusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM PERUTUSAN KETUA PENGARAH Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Syukur ke hadrat Allah

Pusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM

LAMPIRAN A

SENARAI SEMAK

MESYUARAT PRA PEMBINAAN / SERAH TAPAK

1.0 Kehadiran

1.1 Pengerusi (P.P./W.P.P.)

1.2 Wakil Agensi Pelaksana (peringkat Pra-Pelaksanaan)

1.3 Kontraktor Utama (Principal – Ibu Pejabat)

1.4 Kontraktor Utama (Pengurus Projek – Pejabat Tapak)

1.5 Perunding (Ibu Pejabat/Pejabat Tapak)

1.6 Wakil Pihak Pelanggan/Kementerian

1.7 Pihak Berkuasa Tempatan (jika berkenaan)

1.8 Agensi Utiliti (jika berkenaan)

2.0 Perkara - perkara yang dibincangkan

2.1 Keperluan - keperluan kontrak

(Cth : Insurans, Bon Pelaksanaan, dsb)

2.2 Taklimat Projek oleh wakil Agensi Pelaksana

(peringkat Pra-Pembinaan)

2.3 Taklimat Teknikal oleh pihak Perunding

2.4 Pembentangan oleh Kontraktor merangkumi perkara-perkara berikut :-

2.4.1 Program Kerja

2.4.2 Pelan Kualiti Pembinaan

2.4.3 Carta Organisasi Kontraktor

2.4.4 Borang-borang berkaitan (jika berkenaan)

26

Page 29: Pusat Transformasi Penyampaian, ICU  · PDF filePusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM PERUTUSAN KETUA PENGARAH Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Syukur ke hadrat Allah

Pusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM

2.5 Penyelarasan kerja antara P.P., Kontraktor Utama, Sub Kontraktor Dinamakan

(NSC) (jika berkenaan), Perunding, Pihak Berkuasa Tempatan, Agensi Utiliti dan

lain-lain pihak yang terlibat secara langsung dengan projek

2.6 Isu atau masalah yang dijangka wujud seperti halangan di tapak bina,

pembayaran wang sumbangan modal dan sebagainya

3.0 Lain - lain perkara berbangkit

3.1 Status Kelulusan Kebenaran Merancang / Pelan Bangunan (jika berkenaan)

3.2 Isu/Masalah penyambungan dan bekalan utiliti

4.0 Dokumen - dokumen berkenaan

4.1 Program Kerja

4.2 Lukisan Pembinaan

4.3 Pelan Kualiti Kontraktor (mengandungi Carta Organisasi Kontraktor, senarai

mesin, dll)

27

Page 30: Pusat Transformasi Penyampaian, ICU  · PDF filePusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM PERUTUSAN KETUA PENGARAH Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Syukur ke hadrat Allah

Pusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM

LAMPIRAN B

1.0 Kehadiran

1.1 Pengerusi (P.P./W.P.P.)

1.2 Kontraktor Utama (Principal – Ibu Pejabat)

1.3 Kontraktor Utama (Pengurus Projek – Pejabat Tapak)

1.4 Perunding (Ibu pejabat/Pejabat Tapak)

1.5 Sub – Kontraktor Dinamakan (NSC) (jika berkenaan)

1.6 Wakil Pihak Pelanggan/Kementerian

1.7 Pihak Berkuasa Tempatan (jika berkenaan)

1.8 Agensi Utiliti (jika berkenaan)

2.0 Perkara - perkara yang dibincangkan

2.1 Status Kemajuan Fizikal

2.2 Status Kemajuan Kewangan

2.3 Punca-Punca Kelewatan dan Cadangan Pelan Pemulihan

2.4 Status Kelulusan Bahan/Method Statement/Shop Drawing

2.5 Laporan Quality Assurance/Quality Control (termasuk NCR)

2.6 Laporan Kesihatan & Keselamatan di Tapak

2.7 Laporan Kawalan Alam Sekitar

2.8 Lain-lain laporan berkaitan

(Cuaca/Tenaga Kerja/Peralatan/Jentera)

SENARAI SEMAK

MESYUARAT TAPAK

28

Page 31: Pusat Transformasi Penyampaian, ICU  · PDF filePusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM PERUTUSAN KETUA PENGARAH Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Syukur ke hadrat Allah

Pusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM

3.0 Lain - lain perkara berbangkit

3.1 Status Kelulusan Kebenaran Merancang / Pelan Bangunan (jika berkenaan)

3.2 Senarai Kerja untuk bulan/minggu berikutnya

3.3 Masalah-masalah yang menghalang kemajuan kerja

3.4 Isu/Masalah penyambungan dan bekalan utiliti

3.5 Isu/Masalah dengan pihak pembekal/subkontraktor

3.6 Isu/Masalah dengan tuntutan/penilaian/bayaran/perubahan kerja/pembayaran

balik wang pendahuluan (jika berkenaan)

4.0 Dokumen - dokumen berkenaan

4.1 Laporan Kemajuan terkini dan disahkan oleh P.P./W.P.P.

4.2 Minit mesyuarat yang disahkan

4.3 Laporan Quality Assurance/Quality Control

4.4 Program Kerja (tracking)

29

Page 32: Pusat Transformasi Penyampaian, ICU  · PDF filePusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM PERUTUSAN KETUA PENGARAH Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Syukur ke hadrat Allah

Pusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM

ACDA - Cabutan Butir-butir Selepas Siap (As Completed Detail Abstract)

AP - Arahan Perbendaharaan

APK (VO) - Arahan Perubahan Kerja (Variation Order)

ATDA - Cabutan Butir-butir Selepas Tender (As Tendered Detail Abstract)

BOT - Build Operate and Transfer

CESMM - Civil Engineering Standard Method of Measurement

C-Plan - Pelan Kualiti Pembinaan (Construction Quality Plan)

CPM - Kaedah Aliran Kritikal (Critical Path Method)

D.O. - Borang Arahan Hantaran Tempatan

ECA - Elemental Cost Analysis

eP - ePerolehan

GFA - Gross Floor Area

HOPT - Ketua Pasukan Projek (Head of Project Team)

ICT - ‘Information and Communications Technology’

JKLM - Jawatankuasa Kelambatan dan Lanjutan Masa

JKPK - Jawatankuasa Perubahan Kerja

JKR - Jabatan Kerja Raya

JKT - Jawatankuasa Tuntutan

JPS - Jabatan Pengairan dan Saliran

KPK - Kelulusan Perubahan Kerja

KPKR - Ketua Pengarah Kerja Raya

KS - Kuantiti Sementara

BAHAGIAN II : GLOSARI

30

Page 33: Pusat Transformasi Penyampaian, ICU  · PDF filePusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM PERUTUSAN KETUA PENGARAH Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Syukur ke hadrat Allah

Pusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM

LAD - Ganti Rugi Tertentu dan Ditetapkan

LM - Lanjutan Masa

LPIPM ( CIDB) - Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia

MAMPU - Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

MAPF - Pengukuran, Perincian Dan Faktor Menghargakan Senarai Kuantiti (Measurement, Amplification and Pricing Factor)

PBK - Pegawai Yang diBeri Kuasa

PBT - Pihak Berkuasa Tempatan

PD - Pengarah Projek (Project Director) adalah individu yang dilantik oleh KSU/KPKR sebagai pegawai yang diberi kuasa untuk menyelia projek mengikut definisi kontrak

PDA - Borang Cabutan Butir-butir Permulaan bagi projek bangunan (Preliminary Detail Abstract)

PERKESO - Pertubuhan Keselamatan Sosial (Social Security Organisation Malaysia)

PHK - Perakuan Pelarasan Harga Kontrak

PKewN - Pegawai Kewangan Negeri

PKK - Pusat Khidmat Kontraktor

PMK - Pegawai Mentadbir Kontrak

PMKew - Pegawai Mentadbir Kewangan

PKP - Pekeliling Kontrak Perbendaharaan

PP - Pegawai Penguasa mengikut definisi kontrak

PUKONSA - Pusat Pentadbiran Kontraktor Kerja, Bekalan dan Perkhidmatan Negeri Sabah

RATOL - ‘Rate Online’

R&B - Reka dan Bina

SAKPKR - Surat Arahan Ketua Pengarah Kerja Raya

31

Page 34: Pusat Transformasi Penyampaian, ICU  · PDF filePusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM PERUTUSAN KETUA PENGARAH Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Syukur ke hadrat Allah

Pusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM

SAP - Surat Arahan Perbendaharaan

SKALA - Sistem Kawal dan Lapor. Sistem berkomputer untuk pengurusan Projek JKR

SMM 2 - Standard Method of Measurement of Building Works Second Edition

SPK - Sistem Pengurusan Kualiti

SPP - Surat Pekeliling Perbendaharaan

SST - Surat Setujuterima Tender

TTK - Tempoh Tanggungan Kecacatan

UPE - Unit Perancang Ekonomi

UPKJ - Unit Pendaftaran Kontraktor dan Juru Perunding Sarawak

VOP - Variation of Price (Pelarasan turun naik harga)

WJP - Wang Jaminan Pelaksanaan

WKP - Wang Kos Prima

WPD - Wakil Pengarah Projek mengikut definisi kontrak

WPP - Wakil Pegawai Penguasa mengikut definisi kontrak

WPS - Wang Peruntukan Sementara

32

Page 35: Pusat Transformasi Penyampaian, ICU  · PDF filePusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM PERUTUSAN KETUA PENGARAH Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Syukur ke hadrat Allah

32

Page 36: Pusat Transformasi Penyampaian, ICU  · PDF filePusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM PERUTUSAN KETUA PENGARAH Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Syukur ke hadrat Allah
Page 37: Pusat Transformasi Penyampaian, ICU  · PDF filePusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM PERUTUSAN KETUA PENGARAH Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Syukur ke hadrat Allah

Pusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM

PENGENALAN

Booklet Binaan mengandungi penerangan berkaitan pihak-pihak yang terlibat dalam

pelaksanaan projek pembangunan Kerajaan. Pelbagai pihak yang terlibat dalam kitaran

sesebuah projek diperincikan dan fungsi/peranan diterangkan untuk meningkatkan

pemahaman pegawai pemantau dalam melaksanakan aktiviti pemantauan projek.

Gambar-gambar komponen binaan di tapak projek, di samping aktiviti pembinaan,

terutamanya yang melibatkan struktur bangunan juga dilampirkan untuk menjadi rujukan

berguna dalam memberi gambaran kepada pegawai pemantau, seterusnya dapat

menambah nilai kepada penyediaan laporan lawatan.

35

Page 38: Pusat Transformasi Penyampaian, ICU  · PDF filePusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM PERUTUSAN KETUA PENGARAH Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Syukur ke hadrat Allah

Pusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM

PROJEK

Projek adalah satu usaha sementara yang dilaksanakan untuk mewujudkan satu produk atau perkhidmatan yang unik. Sementara bermaksud : Setiap projek mempunyai permulaan dan berakhir mengikut tempoh tertentu atau yang dihadkan. Unik bermaksud : Sesuatu produk atau perkhidmatan yang berbeza daripada kebanyakan perkara yang terdapat pada produk-produk atau perkhidmatan-perkhidmatan yang sama.

PIHAK YANG TERLIBAT DI DALAM PROJEK PEMBINAAN

P.P

(ejen)

Perunding

(sub-ejen)

Bank

Kontraktor Utama

Insuran

Pembekal Subkontraktor

domestik

Foreman

Subkontraktor

Dinamakan

(NSC)

Petunjuk :

Hubungan secara langsung

Hubungan secara tidak langsung

Kerajaan

36

Page 39: Pusat Transformasi Penyampaian, ICU  · PDF filePusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM PERUTUSAN KETUA PENGARAH Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Syukur ke hadrat Allah

Pusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM

PIHAK YANG TERLIBAT DI DALAM PROJEK PEMBINAAN

Bil.

Pihak / Definisi Tanggungjawab

1.

MAJIKAN

(CLIENT)

Merupakan satu pihak yang

memulakan sesuatu projek

pembinaan dan juga

merupakan orang yang

bertanggungjawab untuk

membayar segala kerja yang

telah disiapkan dengan

sempurna. Kadangkala majikan

dikenali juga sebagai pemilik

bangunan, kerajaan atau

pemaju.

Memberi kuasa

Pihak Majikan perlu memberikan kuasa atau menyerah

pemilikan sementara tapak bina kepada kontraktor

untuk membina sebuah bangunan atau projek yang

dikehendakinya. Tanggungjawab memberi kuasa ini

merupakan satu syarat dalam kontrak binaan. Tanpa

pemberian kuasa pemilikan sementara tapak tersebut,

kontraktor tidak akan dapat memasuki tapak bina

secara sah walaupun tujuannya untuk membuat kerja-

kerja pembinaan. Sekiranya kontraktor masuk ke tapak

tanpa kebenaran yang sahih, boleh dianggap sebagai

penceroboh. Kegagalan memberikan pemilikan

sementara tapak bina boleh dianggap sebagai satu

tindakan menamatkan kontrak oleh Majikan. Oleh

kerana ianya merupakan satu pecah syarat, kontraktor

boleh memilih untuk menamatkan kontrak dengan

memberi notis kepada Majikan tentang niatnya untuk

menamatkan kontrak tersebut.

Mendapatkan kelulusan undang-undang

Sebelum sesuatu projek itu dijalankan, Majikan perlu

mendapatkan kelulusan undang-undang yang

berkaitan dengan projek pembinaan tersebut.

Contohnya, mendapatkan kelulusan dari pihak yang

berkuasa seperti Majlis Perbandaran tentang

perancangan projek yang bakal dilaksanakan.

Memberikan kerjasama

Majikan perlu memberikan kerjasama kepada

kontraktor setelah kedua-duanya bersetuju untuk

menjalinkan kontrak. Ini untuk membolehkan

kontraktor melaksana dan menyiapkan kerja dalam

masa yang ditentukan di bawah kontrak yang

ditandatangani.

Menyediakan segala butir-butir berkaitan projek

Pihak Majikan perlu menyediakan atau membekalkan

kontraktor dengan segala butir-butir, lukisan-lukisan

atau maklumat-maklumat penting dan arahan-arahan

yang dirasakan perlu bagi memudahkan pihak

kontraktor memahami kehendak Majikan. Selalunya

pihak Majikan memindahkan kehendak-kehendaknya

dalam bentuk lukisan yang disediakan oleh pihak

arkitek atau jurutera. Pihak-pihak tersebut dilantik oleh

Majikan sebagai wakil daripadanya.

37

Page 40: Pusat Transformasi Penyampaian, ICU  · PDF filePusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM PERUTUSAN KETUA PENGARAH Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Syukur ke hadrat Allah

Pusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM

PIHAK YANG TERLIBAT DI DALAM PROJEK PEMBINAAN

Bil. Pihak / Definisi Tanggungjawab

2.

PERUNDING (CONSULTANT)

Menjadi wakil kepada pihak Majikan dalam membuat

keputusan, di mana pihak kontraktor perlu mematuhi arahan yang diberikan oleh pihak perunding.

Menasihati pihak Majikan secara teknikal supaya pihak

majikan mendapat gambaran tentang projek yang akan dijalankan.

3.

ARKITEK (ARCHITECT) Merupakan ejen kepada pihak majikan atau pentadbir kontrak di dalam sesebuah projek. Dengan itu, Arkitek adalah bertanggungjawab di dalam mengawasi perjalanan projek supaya berjalan lancar tanpa sebarang kelewatan di dalam proses penyiapannya. Arkitek juga adalah bertanggungjawab untuk membuat apa-apa arahan yang perlu untuk memastikan perjalanan projek adalah teratur.

Menyediakan rekabentuk secara keseluruhan dengan

dibantu oleh pihak Jurutera. Di peringkat ini, pihak Arkitek akan menyediakan rekabentuk awalan, rekabentuk sekim dan rekabentuk terperinci. Pihak Arkitek adalah bertanggungjawab untuk merekabentuk bangunan mengikut kehendak atau memuaskan hati Majikan.

Berperanan sebagai Pentadbir Kontrak bagi projek

dan berhak untuk mengeluarkan arahan yang berkaitan dengan bidang kuasanya di dalam kontrak. Ini adalah seperti yang dinyatakan di dalam fasal 2 (2) PAM 69. Arahan yang dikeluarkan mestilah secara bertulis dan jelas kepada pihak kontraktor. Pihak Kontraktor juga mempunyai hak untuk mempertikaikan arahan yang dikeluarkan oleh pihak Arkitek jika didapati bahawa arahan yang dikeluarkan itu adalah bukan di dalam bidang kuasa Arkitek seperti yang dinyatakan di dalam fasal 2(2) PAM 69.

Menyediakan dan menyerahkan lukisan pembinaan

yang lengkap kepada pihak kontraktor bagi tujuan pembinaan dalam tempoh yang ditetapkan untuk mengelakkan kelewatan aktiviti di tapak bina memandangkan pihak kontraktor tidak dapat memulakan kerja sekiranya lukisan pembinaan tidak lengkap.

Memastikan kerja-kerja pemancangan tanda oleh

pihak kontraktor adalah tepat supaya tidak berlaku percanggahan dengan lukisan pembinaan yang dikemukakan.

Menasihati pihak Majikan, dengan kerjasama pihak

Jurukur Bahan, tentang kesan perubahan kerja, sekiranya berlaku, ke atas jadual pelaksanaan projek semasa dan pertambahan / pengurangan kos kontrak. Pihak Arkitek perlu mengeluarkan arahan berhubung perubahan kerja, berserta lukisan yang berkaitan kepada pihak kontraktor seperti yang dinyatakan dalam fasal 1 (1) PAM 69.

Mengendali dan mempengerusikan mesyuarat tapak

bulanan untuk memantau perkembangan terkini tentang prestasi kerja kontraktor yang melibatkan perunding-perunding, kontraktor utama dan sub-kontraktor serta pihak lain yang berkenaan.

38

Page 41: Pusat Transformasi Penyampaian, ICU  · PDF filePusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM PERUTUSAN KETUA PENGARAH Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Syukur ke hadrat Allah

Pusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM

PIHAK YANG TERLIBAT DI DALAM PROJEK PEMBINAAN

Bil. Pihak / Definisi Tanggungjawab

3.

Samb.

ARKITEK

(ARCHITECT)

Bertanggungjawab dalam mengeluarkan Sijil Perakuan

Siap Kerja Praktikal (Certificate of Practical Completion / CPC) seperti yang dinyatakan di dalam fasal 15 (1) PAM 69. Setelah sijil ini dikeluarkan kepada kontraktor, maka tempoh liabiliti kecacatan (DLP) kerja pun bermula di mana pihak kontraktor perlu memperbaiki segala kerosakan yang berlaku mengikut senarai kecacatan kerja yang dikeluarkan oleh pihak Arkitek.

Memastikan bahawa pihak kontraktor telah mengambil

semua insurans-insurans sebelum memulakan kerja di tapak bina seperti insurans kerja dan insurans liabiliti awam yang bertujuan untuk melindungi pihak kerajaan dan kontraktor apabila berlakunya sesuatu perkara yang tidak diingini, dan memastikan bahawa jangka masa segala polisi insurans yang diambil oleh pihak kontraktor itu meliputi tempoh masa pembinaan atau yang dikehendaki oleh kontrak.

4.

JURUTERA AWAM DAN STRUKTUR (CIVIL & STRUCTURAL ENGINEER)

Membuat penyiasatan tapak (Soil Investigation / SI)

untuk mengkaji sifat-sifat tanah seperti kelembapan dan kekuatan tanah serta jenis tanah supaya kaedah pembinaan bagi projek ini dapat ditentukan, di samping memudahkan proses kerja rekabentuk.

Merekabentuk struktur bangunan dan memastikan

rekabentuk yang dibuat adalah ekonomi dan mempunyai tahap keselamatan yang baik.

Merekabentuk sistem infrastruktur dan kerja-kerja

luaran yang merangkumi kerja tanah, sistem perparitan, sistem bekalan air utama, sistem kumbahan dan rangkaian jalan dalaman serta jalan masuk. Rekabentuk tersebut mestilah bersesuaian dengan fungsi bangunan yang akan dibina.

Menyediakan dan menyerahkan lukisan pembinaan

dan lukisan pindaan (sekiraya berlaku perubahan di tapak bina) yang lengkap kepada pihak kontraktor bagi tujuan pembinaan dalam tempoh yang ditetapkan untuk mengelakkan kelewatan aktiviti di tapak bina memandangkan pihak kontraktor tidak dapat memulakan kerja sekiranya lukisan pembinaan tidak lengkap.

Mengawasi ujian – ujian yang berkaitan dari semasa

ke semasa agar pelaksanaannya adalah mematuhi spesifikasi yang ditetapkan.

39

Page 42: Pusat Transformasi Penyampaian, ICU  · PDF filePusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM PERUTUSAN KETUA PENGARAH Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Syukur ke hadrat Allah

Pusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM

PIHAK YANG TERLIBAT DI DALAM PROJEK PEMBINAAN

Bil.

Pihak / Definisi Tanggungjawab

5.

JURUTERA MEKANIKAL / ELEKTRIKAL (MECHANICAL/ELECTRICAL ENGINEER) Bertanggungjawab di dalam kerja-kerja pakar yang dilakukan oleh pihak Sub-Kontraktor Dinamakan (Nominated Sub-Contractor/NSC) seperti :- Sistem Mekanikal Kerja-kerja Pemasangan sistem penghawa dingin, Pemasangan alat pencegah kebakaran, Pemasangan lift/ eskalator dan Sistem pengudaraan bangunan;

dan

Sistem Elektrikal Kerja-kerja pendawaian elektrik.

Menyediakan rekabentuk bagi kerja-kerja berkaitan

dengan mekanikal/elektrikal seperti yang dinyatakan dan memastikan bahawa sistem yang dipilih adalah bersesuaian dengan fungsi bangunan tersebut.

Menyediakan Senarai Kuantiti (Bill of Quantity/BQ)

setelah selesai kerja-kerja penyediaan rekabentuk bagi kerja-kerja pakar yang akan dilakukan oleh pihak sub-kontraktor supaya jumlah sebenar kerja-kerja tersebut dapat dianggarkan.

Menyediakan dokumen kontrak bagi kerja-kerja yang

bersangkutan dengan mekanikal/elektrikal.

Mengawalselia dan memastikan segala ujian-ujian

untuk Pengujian dan Pentauliahan (Testing and Commissioning/T&C) yang dilakukan mengikut segala prosedur yang telah ditetapkan.

Melaksanakan penilaian kerja ke atas kerja-kerja

Mekanikal/Elektrikal yang bertujuan untuk mengetahui kemajuan kerja dan jumlah wang yang perlu dibayar kepada pihak NSC. Setelah itu, jumlah penilaian kerja tersebut diserahkan kepada pihak Jurukur Bahan untuk dijumlahkan dengan kerja yang dilakukan oleh kontraktor utama bagi mengetahui kemajuan kerja sebenar di tapak secara keseluruhan.

Melaksanakan rekabentuk ke atas sebarang

perubahan yang berlaku dan menyediakan pelan pindaan dan dikemukakan kepada pihak NSC dalam tempoh yang ditetapkan (sekiranya berkaitan) bagi mengelakkan kelewatan dalam pelaksanaan projek.

40

Page 43: Pusat Transformasi Penyampaian, ICU  · PDF filePusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM PERUTUSAN KETUA PENGARAH Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Syukur ke hadrat Allah

Pusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM

PIHAK YANG TERLIBAT DI DALAM PROJEK PEMBINAAN

Bil. Pihak / Definisi Tanggungjawab

6.

JURUKUR BAHAN (QUANTITY SURVEYOR) Bertanggungjawab dalam memastikan kos projek adalah tidak melebihi budget yang ditetapkan oleh pihak Pelanggan dan akan terlibat dari peringkat awal pelaksanaan projek hingga ke peringkat akaun muktamad.

Penyediaan anggaran awal dan perancangan kos

Anggaran awal dibuat oleh QS berdasarkan maklumat awal dari klien dan lukisan kasar Arkitek. Terdapat beberapa teknik yang digunakan oleh QS di dalam membuat anggaran awal ini iaitu; teknik keluasan lantai, isi padu, dan jumlah unit. Anggaran awal ini akan dijadikan asas oleh klien dalam menetapkan perbelanjaan projeknya. Berdasarkan anggaran awal ini, Arkitek akan membuat rekabentuk permulaan. Sebaliknya apabila Arkitek telah membuat rekabentuk awal dan dipersetujui klien, maka QS akan membuat anggaran awal berdasarkan rekabentuk tersebut. Perancangan kos merupakan suatu cadangan perbelanjaan ke atas bangunan atau projek yang telah diagihkan untuk tiap-tiap elemen bangunan atau projek tersebut. QS memerlukan sekurang-kurangnya lukisan layout dan elevation, petunjuk bahan dan material yang akan digunakan, maklumat kontrak serta analisis biaya perbandingan dari projek-projek lepas.

Penyediaan Bill of Quantities (BQ)

Senarai Kuantiti (BQ) merupakan senarai dari kerja-kerja yang harus dilakukan oleh kontraktor. Ia merupakan satu bahagian terpenting dari kandungan dokumen kontrak yang berasaskan kuantiti. Senarai kuantiti ini harus dihargakan oleh kontraktor sebagai asas tawarannya. Senarai Kuantiti disediakan oleh QS apabila lukisan-lukisan terperinci telah diterima dari Arkitek dan Jurutera. Di dalam senarai kuantiti, QS perlu menerangkan jenis kerja, jenis dan saiz bahan, cara pemasangan, kuantiti serta unitnya. Di dalam membuat Senarai Kuantiti ini, QS akan berpandukan kepada piawai pengukuran tertentu.

Penyediaan dokumen tender dan laporan tender Dokumen tender atau dokumen penawaran merupakan suatu dokumen yang digunakan untuk memanggil dan memilih kontraktor bagi sesuatu projek. Kandungan dokumen tender ini antara lain adalah :- a. Borang tawaran b. Syarat-syarat tender c. Senarai Kuantiti d. Jadual kadar harga e. Spesifikasi f. Lampiran Selain bertugas mempersiapkan kelengkapan dokumen tender, QS memberi nasihat kepada klien tentang jenis tender yang akan digunakan seperti tender terbuka, tender secara pemilihan, perundingan dan sebagainya.

41

Page 44: Pusat Transformasi Penyampaian, ICU  · PDF filePusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM PERUTUSAN KETUA PENGARAH Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Syukur ke hadrat Allah

Pusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM

PIHAK YANG TERLIBAT DI DALAM PROJEK PEMBINAAN

Bil. Pihak / Definisi Tanggungjawab

Samb.

JURUKUR BAHAN

(QUANTITY SURVEYOR)

Penyediaan dokumen kontrak

Dokumen kontrak adalah sebagai dokumen perjanjian antara klien dengan kontraktor. Kandungan dokumen kontrak terdiri dari dokumen tender dilengkapi dengan syarat-syarat kontrak serta lukisan-lukisan kontrak. Perkara penting di dalam dokumen kontrak ini adalah jumlah harga kontrak serta tempoh penyiapan projek.

Penyediaan progress payment & financial statement

Kemajuan kerja yang dibuat kontraktor perlu dinilai bagi menetapkan bayaran kemajuan (progress payment) yang sepatutnya diterima oleh kontraktor. Pengiraan penilaian kemajuan kerja ini harus dinyatakan di dalam kontrak, dan QS membuat penilaian berasaskan hal tersebut.

Penyediaan final account

Selepas tamat tempoh pembinaan dan kontraktor telah menyelesaikan kerja-kerjanya, QS akan menyediakan suatu laporan final account (akaun muktamad). Laporan ini mengandungi semua bayaran yang telah dibuat dan perubahan-perubahan yang timbul. Penyediaan akaun muktamad ini untuk melihat berapa jumlah kos sebenar yang ditanggung klien untuk menyiapkan sesuatu projek.

7.

JURUKUR TANAH (LAND SURVEYOR)

Membuat penandaan sempadan, mengukur aras

tanah di tapak dan membuat kerja setting out untuk menentukan kedudukan bangunan di tapak. Ini adalah penting bagi menentukan bahawa sempadan yang dibuat dan bangunan yang akan dibina adalah di dalam kawasan pihak Pelanggan. Jika pihak Jurukur gagal untuk membuat demikian, maka ianya akan menimbulkan masalah kepada pihak Pelanggan dan juga kontraktor apabila projek sedang berlangsung kelak.

Menyediakan lukisan ukur yang berkaitan.

42

Page 45: Pusat Transformasi Penyampaian, ICU  · PDF filePusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM PERUTUSAN KETUA PENGARAH Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Syukur ke hadrat Allah

Pusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM

PIHAK YANG TERLIBAT DI DALAM PROJEK PEMBINAAN

Bil. Pihak / Definisi Tanggungjawab

8.

PEGAWAI PENGUASA, PP

(SUPERINTENDING

OFFICER, SO)

1. Orang yang dinamakan

dalam syarat-syarat Kon-

trak

2. Bertindak bagi pihak Ke-

rajaan (sebagai ejen Ke-

rajaan) bagi mengawasi

kerja dan memberikan

arahan berkaitan dengan

Kerja, kerana P.P.

bukanlah pihak kepada

Kontrak tersebut. Maka

perwakilan secara nyata

daripada majikan perlu

agar kuasa yang nyata

diperuntukkan kepad

P.P., sejajar dengan

Seksyen 139 Akta Kon-

trak 1950, iaitu kuasa

seorang ejen perlulah

secara nyata atau ter-

sirat.

3. Dipertanggungjawabkan

untuk menyelia, mengu-

rus, mentadbir serta

menentukan halatuju

sesuatu projek agar pro-

jek berkenaan dapat dil-

aksanakan menepati ke-

hendak kontrak.

Memastikan projek dilaksanakan mengikut kehendak

Kontrak dari segi mutu bahan dan mutu hasil kerja;

Memastikan pelaksanaan projek berjalan dengan

lancar mengikut jadual kerja dan Syarat-syarat Kon-

trak;

Memastikan segala peruntukan undang-undang, un-

dang-undang kecil, keperluan pihak berkuasa tem-

patan dipatuhi;

Memastikan peruntukan di dalam Dokumen Kontrak

dipatuhi

43

Page 46: Pusat Transformasi Penyampaian, ICU  · PDF filePusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM PERUTUSAN KETUA PENGARAH Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Syukur ke hadrat Allah

Pusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM

PIHAK YANG TERLIBAT DI DALAM PROJEK PEMBINAAN

Bil.

Pihak / Definisi Tanggungjawab

9.

KONTRAKTOR (CONTRACTOR) Satu badan atau pihak yang bertanggungjawab untuk merealitikan gambar atau lukisan yang disediakan oleh perekabentuk kepada bentuk dan saiz sebenar yang telah ditetapkan mengikut kontrak. Kontraktor juga merupakan agen atau pihak utama yang bertanggungjawab untuk melaksanakan idea yang diterjemahkan dalam bentuk lukisan kepada bentuk dan spesifikasi sebenar sesuatu binaan.

Menyelaras Subkontraktor

Kontraktor utama mempunyai tanggungjawab untuk menyelaras semua subkontraktor di bawahnya. Langkah ini perlu dilakukan untuk memastikan perjalanan kerja subkontrak memenuhi kehendak kontrak utama dan subkontrak.

Menyediakan Kelengkapan Kerja

Kelengkapan kerja perlu disediakan oleh kontraktor utama kepada subkontraktor terutamanya subkontraktor kerja. Kelengkapan yang disediakan mestilah mencukupi dan sesuai dengan kerja dan produktif. Selain dari itu, kontraktor utama juga perlu menghubungkan subkontraktor di bawahnya dengan pihak perunding. Hal ini perlu dilakukan untuk memudahkan pemeriksaan dan pengiktirafan kerja subkontrak yang telah dilaksanakan.

Menyelesaikan Masalah Subkontraktor

Kontraktor utama perlu menyelesaikan sebarang kerumitan yang timbul di kalangan subkontraktor. Kontraktor utama perlu menasihati dan menyelesaikan masalah yang dihadapi jika ianya berpunca daripada tindakannya. Ianya akan menjamin kelancaran kerja dan tingkat kualiti akhir.

Mengawasi Kerja Subkontrak

Kontraktor utama juga perlu dari masa ke semasa mengawasi kerja subkontrak yang dilaksanakan oleh subkontraktor. Sehubungan dengan itu, kontraktor utama perlu menyediakan wakil di tapak untuk memudahkan subkontraktor mendapatkan maklumat yang sepatutnya.

Hak dan Tanggungjawab Kontraktor Terhadap Pekerja

Kontraktor berhak untuk mengambil pekerja yang

komprehensif dan dapat melakukan kerja dengan baik.

Kontraktor juga mesti bertanggungjawab sepenuhnya ke

atas kebajikan pekerjanya yang mana kontraktor perlu menginsuranskan pekerjanya serta membayar caruman wang PERKESO.

Kontraktor perlu memastikan bahawa pekerja yang

diambil bekerja dapat melaksanakan kerja dengan baik dan berkesan supaya kerja yang dilaksanakan dapat memuaskan hati pihak Pelanggan.

44

Page 47: Pusat Transformasi Penyampaian, ICU  · PDF filePusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM PERUTUSAN KETUA PENGARAH Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Syukur ke hadrat Allah

Pusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM

PIHAK YANG TERLIBAT DI DALAM PROJEK PEMBINAAN

Bil. Pihak / Definisi Tanggungjawab

Samb.

KONTRAKTOR

(CONTRACTOR)

Hak dan Tanggungjawab Kontraktor Terhadap Majikan

Kontraktor berhak mendapatkan bayaran atau balasan

daripada kerja majikan yang telah dilaksanakan.

Melaksanakan kerja yang diberikan dengan baik

sehingga memuaskan hati majikan.

Kontraktor juga perlu menginsuranskan segala kerja

majikan yang akan dilaksanakan. Ini tertakluk kepada Fasal (20)(a) yang mana pihak majikan tidak mengambil sebarang insurans kerja. Oleh sebab itu adalah menjadi tanggungjawab kontraktor untuk mengambil insurans tersebut.

Hak dan Tanggungjawab Kontraktor Terhadap Perunding

Kontraktor akan membina dan menyiapkan kerja

tersebut menjadi sebuah bangunan atau binaan lain, mengikut sepertimana lukisan yang disediakan oleh Perunding.

Kontraktor bertanggungjawab untuk memaklumkan

sebarang percanggahan lukisan dengan dokumen kontrak, tetapi bukan menjadi tanggungjawab kontraktor untuk menyemak kesilapan tersebut.

Hak dan Tanggungjawab Kontraktor Terhadap Institusi Kewangan

Hak kontraktor ke atas institusi kewangan adalah

sangat penting yang mana ianya merupakan satu hak yang diperolehi oleh kontraktor tetapi dibuat dalam konsep serah hak. Konsep serah hak adalah satu konsep di mana hak pihak tertentu diserahkan kepada satu pihak lain untuk menguruskannya. Jadi bagi pihak kontraktor hak atau balasan yang diperolehi daripada majikan telah diserah hakkan kepada pihak institusi kewangan berupa modal duluan untuk melaksanakan kerja majikan.

Kontraktor juga perlu berurusan dengan pihak institusi

kewangan secara baik dan perlu mendapatkan satu jaminan bank atau insurans.

45

Page 48: Pusat Transformasi Penyampaian, ICU  · PDF filePusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM PERUTUSAN KETUA PENGARAH Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Syukur ke hadrat Allah

Pusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM

PIHAK YANG TERLIBAT DI DALAM PROJEK PEMBINAAN

Bil. Pihak / Definisi Tanggungjawab

10.

SUB-KONTRAKTOR (SUB-CONTRACTOR) Kontraktor kecil bagi kerja, atau kontraktor kecil bagi bekalan bahan-bahan dalam melaksanakan projek berkenaan

Secara ringkasnya, sebab-sebab pelaksanaan kerja disubkontrakkan ialah kerana : Kemahiran atau kepakaran khas yang ada pada

subkontraktor

Menjimatkan masa (dan tentunya kos)

Mengurangkan atau mengagihkan tanggungjawab atau

risiko pelaksanaan.

Pengagihan modal kerja bagi kerja Subkontraktor perlu dibayar berdasarkan perjanjian subkontrak (iaitu berdasarkan kerja-kerja kasar). Jenis-Jenis Subkontrak Dari segi jenis pelaksanaan, terdapat 2 jenis subkontraktor, iaitu : (a) Subkontraktor Kerja

Subkontraktor yang melaksanakan bahagian-

bahagian atau segmen atau bentuk kerja kontrak itu sendiri.

(b) Subkontraktor Bekalan

Subkontraktor yang menyediakan bahan-bahan

untuk projek seperti membekal batu, pasir, simen, besi, alatan elektrik (kipas, penghawa dingin), permaidani dan lain-lain.

Dari segi pihak kontraktor pula, terdapat dua (2) jenis subkontraktor iaitu : (a) Subkontraktor Dinamakan (NSC)

Subkontraktor yang dinamakan oleh klien dan ia

kemudiannya dilantik oleh kontraktor bagi melaksanakan apa-apa jenis kerja subkontraktor. Contoh Subkontraktor Dinamakan ialah subkontraktor yang dilantik di bawah fasal 28 Borang JKR 203 atau fasal-fasal 27 dan 28 Borang PAM 1998 atau di bawah Opsyen Modul C Borang CIBD 2000.

(b) Subkontraktor Domestik

Subkontraktor yang dipilih dan dilantik sendiri oleh

kontraktor bagi melaksanakan apa-apa jenis kerja subkontrak. Jika perjanjian pihak-pihak adalah menggunakan Format Seragam JKR 203, fasal berkaitan ialah fasal 27. Jika pihak-pihak menggunakan format seragam PAM 1998, fasal yang berkaitan ialah fasal 17(2). Jika menggunakan format seragam CIDB 2000, ianya di bawah fasal 40.4.

46

Page 49: Pusat Transformasi Penyampaian, ICU  · PDF filePusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM PERUTUSAN KETUA PENGARAH Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Syukur ke hadrat Allah

Pusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM

KOMPONEN – KOMPONEN BINAAN BANGUNAN

ILUSTRASI

Brickwall

Ground Floor Beam

Roof Beam

Gro

un

d F

loo

r C

olu

mn

Truss System

Brickwall

Foundation System Pile

Pile cap

Stump

SUB

-STR

UC

TU

RE

Ground Floor Slab

1st

Flo

or

Co

lum

n

1st Floor Beam

SUP

ER-S

TRU

CTU

RE

47

Page 50: Pusat Transformasi Penyampaian, ICU  · PDF filePusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM PERUTUSAN KETUA PENGARAH Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Syukur ke hadrat Allah

Pusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM

KOMPONEN – KOMPONEN BINAAN BANGUNAN

Cerucuk Konkrit / Concrete Pile Cerucuk Spun / Spun Pile

Cerucuk Gerek / Bore Pile Sheet Pile/Steel Pile / Cerucuk Keluli

Cerucuk Bakau / Bakau Pile Penukul Jatuh Bebas / Drop Hammer

Penukul Hidraulik / Hydraulic Hammer Pile Jacked-In Machine

48

Page 51: Pusat Transformasi Penyampaian, ICU  · PDF filePusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM PERUTUSAN KETUA PENGARAH Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Syukur ke hadrat Allah

Pusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM

KOMPONEN – KOMPONEN BINAAN BANGUNAN

Penapak Konkrit / Pad Footing Penapak Jalur / Strip Footing

Penapak Rakit / Raft Footing Rasuk / Beam

Rasuk Pra-Tuang / Precast Beam Rasuk Keluli / Steel Beam

Rasuk Pra-Tegasan / Pre-Stressed Beam Tiang / Column

49

Page 52: Pusat Transformasi Penyampaian, ICU  · PDF filePusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM PERUTUSAN KETUA PENGARAH Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Syukur ke hadrat Allah

Pusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM

KOMPONEN – KOMPONEN BINAAN BANGUNAN

Tiang Pra-tuang / Precast Column Tiang Keluli / Steel Column

Tiang Hiasan / Decorative Column Sangga konkrit / Concrete Corbel

Papak / Slab Hollow Core Slab

Half-Slab Dinding batu-bata / Brickwall

50

Page 53: Pusat Transformasi Penyampaian, ICU  · PDF filePusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM PERUTUSAN KETUA PENGARAH Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Syukur ke hadrat Allah

Pusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM

KOMPONEN – KOMPONEN BINAAN BANGUNAN

Blok Konkrit / Concrete Block Panel Dinding Konkrit / Concrete Wall Panel

Kekuda Keluli / Steel Trusses Kekuda Kayu / Timber Trusses

Jubin Bumbung Konkrit / Concrete Roof Tiles Metal Decking Roof

Jubin Lantai / Floor Tiling Lantai Kayu / Wooden Floor

51

Page 54: Pusat Transformasi Penyampaian, ICU  · PDF filePusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM PERUTUSAN KETUA PENGARAH Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Syukur ke hadrat Allah

Pusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM

KERJA-KERJA KONKRIT DAN BAHAN BINAAN / PERALATAN DI TAPAK BINA

Bancuhan Konkrit / Concrete Mix Concrete Vibrator

Ujian Runtuhan / Slump Test Kiub Konkrit / Concrete Cube

Tetulang Besi / Steel Reinforcement Bar

Batu baur (Aggregate)) /

Simen (Cement) / Pasir (Sand)

Peranca / Scaffolding Kotak Acuan / Formworks

52

Page 55: Pusat Transformasi Penyampaian, ICU  · PDF filePusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM PERUTUSAN KETUA PENGARAH Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Syukur ke hadrat Allah

Pusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM

SISTEM MEKANIKAL - LIF (LIFT)

JENIS LIF

Lif Hidraulik Lif Elektrik

KATEGORI LIF a) Lif Penumpang

Kapasiti 6 – 23 penumpang (1600kg) Kelajuan 1 – 3 m/s

b) Bed / Passenger Lifts

23 penumpang (1600kg)

Kelajuan 1 – 1.6 m/s

c) Lif Perkhidmatan

Kapasiti >900kg

Kelajuan 0.5 – 3.5 m/s

d) Lif Bomba

Kapasiti 6 – 23 penumpang

Boleh beroperasi ketika kebakaran

53

Page 56: Pusat Transformasi Penyampaian, ICU  · PDF filePusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM PERUTUSAN KETUA PENGARAH Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Syukur ke hadrat Allah

Pusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM

SISTEM MEKANIKAL – PENGHAWA DINGIN (AIR-CONDITIONING)

1. Window Unit - Sesuai untuk bilik kecil

2. Wall Mounted - Sesuai untuk bilik kecil

3. Ceiling Mounted – Sesuai untuk bilik besar

4. Cassette Type – Sesuai digunakan di Bilik Mesyuarat Utama / Bilik Persidangan

5. Floor Mounted - Sesuai untuk bilik latihan, mengikut kesesuaian

6. Multi – Split - Sesuai untuk bilik besar

54

Page 57: Pusat Transformasi Penyampaian, ICU  · PDF filePusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM PERUTUSAN KETUA PENGARAH Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Syukur ke hadrat Allah
Page 58: Pusat Transformasi Penyampaian, ICU  · PDF filePusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM PERUTUSAN KETUA PENGARAH Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Syukur ke hadrat Allah
Page 59: Pusat Transformasi Penyampaian, ICU  · PDF filePusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM PERUTUSAN KETUA PENGARAH Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Syukur ke hadrat Allah

Pusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM

PENGENALAN

Buku ini mengandungi huraian permasalahan yang menjadi faktor kelewatan atau

kegagalan sesuatu projek disiapkan dalam tempoh dan kos yang telah ditetapkan.

Senarai kod masalah ini telah dipinda daripada senarai sedia ada yang digunapakai

dalam pelaporan lawatan pemantauan melalui Sistem iPantau.

Pemerhatian dan penelitian ke atas senarai sedia ada dilaksanakan dan diolah serta

dikemaskini mengikut kesesuaian dan senario semasa dalam aktiviti pemantauan projek

yang menjadi teras perkhidmatan utama Sektor Pusat Transformasi Penyampaian, ICU

JPM, bagi mengelakkan berlaku pertindihan masalah, di samping mengurangkan

kekeliruan di kalangan pegawai pemantau dalam penyediaan laporan lawatan.

Perbandingan di antara senarai sedia ada dan senarai yang dipinda Bil. 1/2014 adalah

seperti di Jadual 1.0.

Jadual 1.0

Penerangan bagi setiap kategori masalah juga telah dikemaskini untuk

pemahaman yang lebih mudah dan ringkas.

Bil. Perkara Bil.

Sedia Ada Pindaan

Bil. 1/2014

1. Kategori Masalah 17 12

2. Sub Kategori Masalah 70 58

57

Page 60: Pusat Transformasi Penyampaian, ICU  · PDF filePusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM PERUTUSAN KETUA PENGARAH Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Syukur ke hadrat Allah

Pusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM

KATEGORI MASALAH

SUB KATEGORI MASALAH

KETERANGAN

A

Masalah

Perancangan

A1

Tiada Kajian

Kemungkinan (Feasibility Study)

Feasibility Study (FS) adalah kajian kemungkinan yang dijalankan di peringkat perancangan / pra-pelaksanaan bagi menentukan justifikasi keperluan, kesesuaian serta skop yang diperlukan dan ada kalanya sebagai justifikasi projek. Di antara ujian yang dilakukan di peringkat ini ialah siasatan tapak atau Site Investigation (SI), ujian tanah, kajian isipadu lalulintas dan sebagainya. FS dilakukan berdasarkan keperluan projek atau kehendak semasa.

A2

Tiada Ringkasan

Projek / Project Brief

Ringkasan Projek / Project Brief adalah merupakan maklumat latar belakang ringkas mengenai cadangan projek. Ianya perlu mematuhi format seperti dalam Garis Panduan Penyediaan Ringkasan Projek Agensi Kerajaan 2006 yang mengandungi pelbagai butiran berkaitan projek seperti skop, objektif, keperluan ruang dan siling peruntukan bagi memudahkan Agensi Pelaksana merancang dan melaksanakan projek seperti kehendak / keperluan asal Klien.

A3

Tiada Pelan Induk

/ Master Plan

Pelan Induk adalah pelan yang menyeluruh serta memberi gambaran secara umum mengenai cadangan kandungan perancangan pembangunan projek tersebut.

A4

Perubahan Skop

Projek

Perubahan terhadap skop atau komponen projek dari Ringkasan Projek yang telah dipersetujui bersama antara Klien dan Agensi Pelaksana yang perlu untuk dijalankan. Sebarang perubahan dari skop asal projek akan memberi kesan ke atas kos, tempoh pelaksanaan dan penjadualan projek. Pihak Agensi Pelaksana tidak boleh melakukan pindaan skop tanpa persetujuan pihak Klien.

58

Page 61: Pusat Transformasi Penyampaian, ICU  · PDF filePusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM PERUTUSAN KETUA PENGARAH Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Syukur ke hadrat Allah

Pusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM

KATEGORI MASALAH

SUB KATEGORI MASALAH

KETERANGAN

B

Masalah Tanah

B1

Pemilik tanah tidak

dapat dikesan

Pemilik tanah yang sebenar tidak dapat dikesan kerana : Rekod Pemilik tanah tiada atau tidak dapat

dikesan di Pejabat Tanah; atau

Pemilik tanah sebenar tidak dapat dihubungi walaupun rekod ada.

B2

Pemilik tanah tidak bersetuju kerana pelbagai sebab

Pemilik tanah telah membuat bantahan kerana pelbagai sebab atau pertikaian mengenai keluasan tanah yang diambil, kadar pengiraan pampasan, jumlah pampasan, tiada persetujuan di antara pemilikan bersama dan sebagainya.

B3

Proses pengambilan

balik tanah yang terlalu lama

Proses pengambilan balik tanah dan kelulusannya terlalu lama dari yang dijangkakan seperti di peringkat penyediaan pelan pengambilan, permohonan ke Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) dan proses siasatan (proses yang menggunakan Borang A hingga Borang K). Kelewatan sedemikian menjejaskan penjadualan, perancangan asal dan tempoh pelaksanaan projek, di mana akan meningkatkan kos projek.

B4

Status pemilikan/guna tanah belum selesai/muktamad

Isu berkaitan pemilikan tapak/guna tanah masih belum selesai ataupun dimuktamadkan dan menjejaskan pelaksanaan projek. Hakmilik ialah hasil terakhir kepada pemberimilikan atau pindah milik. Ia menjadi bahan bukti keempunyaan tanah. Terdapat dua (2) jenis hak milik tanah iaitu : Hakmilik Tetap

Tanah yang telah diukur halus dan keluasannya telah dimuktamadkan

Hakmilik Sementara

Tanah yang telah diluluskan pemberimilikan tetapi belum diukur halus mengikut peruntukan Kanun Tanah Negara 1995 ( KTN )

59

Page 62: Pusat Transformasi Penyampaian, ICU  · PDF filePusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM PERUTUSAN KETUA PENGARAH Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Syukur ke hadrat Allah

Pusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM

KATEGORI MASALAH

SUB KATEGORI MASALAH

KETERANGAN

Samb.

Masalah Tanah

Sistem pemegangan tanah (Pemilikan Tanah) telah diwujudkan sebagai cara pendaftaran dan pengukuran tanah yang tepat sama ada sebagai sistem pemilikan tanah secara persendirian (menggunakan dokumen hak milik) dan juga sistem urusniaga tanah bermilik (Alienated Plan) yang memerlukan pendaftaran. Seksyen 40 Kanun Tanah Negara 1995 (KTN) telah menyatakan bahawa semua harta yang berada di atas tanah Kerajaan adalah kepunyaan Pihak Berkuasa Negeri (PBN) dan PBN juga mempunyai kuasa untuk melupuskan tanah kepada seseorang / badan yang difikirkan layak dengan cara memberi hak milik tanah.

B

B5

Masalah Tapak

Berkaitan Setinggan, Rumah Ibadat Dan Penjaja

Tanpa Lesen

Projek tergendala kerana pelbagai isu berkaitan tapak projek seperti setinggan, rumah ibadat atau penjaja.

Setinggan ialah penghuni yang menghuni di tanah Kerajaan dengan mendirikan kediaman / premis secara haram.

Rumah ibadat mencakupi seperti gereja, kuil, tokong dan surau yang dibina secara haram dan perlu dirobohkan.

Penjaja Tanpa Lesen adalah penjaja yang berniaga tanpa sebarang lesen atau lesen yang telah luput, yang menjual barangan di ruang yang tidak dibenarkan.

Halangan sedemikian menjejaskan pelaksanaan projek seperti setinggan, rumah ibadat dan penjaja tanpa lesen.

B6

Bantahan Dari Pemilik Tanah

Berdekatan

Pemilik tanah berdekatan atau yang berkongsi sempadan dengan tapak projek membantah terhadap cadangan pembangunan projek berkenaan. Pelawaan bantahan di bawah Kaedah 5, Kaedah-kaedah Rancangan Pembangunan (Pindaan 1994) memberi peruntukan kepada jiran-jiran bersebelahan dan pihak-pihak yang berkepentingan terhadap cadangan serta permohonan kelulusan perancangan, yang melibatkan penukaran kegunaan zon guna tanah/bangunan atau menambah kepadatan penduduk; untuk mengemukakan bantahan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

60

Page 63: Pusat Transformasi Penyampaian, ICU  · PDF filePusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM PERUTUSAN KETUA PENGARAH Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Syukur ke hadrat Allah

Pusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM

KATEGORI MASALAH

SUB KATEGORI MASALAH

KETERANGAN

B

Samb.

Masalah Tanah

B7

Bantahan Berkaitan

Persempadanan Tanah

Pemilik bersebelahan termasuk antara individu, pemaju, Pihak Berkuasa Tempatan dan sebagainya membuat bantahan tentang persempadanan atau isu-isu berkaitan sempadan tanah. Hakmilik-hakmilik tanah yang sah memerlukan perihal sempadan-sempadan yang tepat. Ini bermakna bahawa pengukuran tanah yang cekap mestilah dibuat. Suatu hakmilik boleh dikeluarkan bagi tanah

dengan apa-apa perihal sempadan yang munasabah. Tetapi jika sempadan-sempadan itu tidak tepat sedangkan hakmilik itu masih lagi tidak boleh disangkal, ia memungkinkan menjadi terdedah kepada pertikaian mengenai sempadan.

Dengan pengukuran yang tepat, kemungkinan berlakunya apa-apa pertikaian mengenai sempadan dapat dihapuskan dan hakmilik sebenarnya tidak boleh disangkal dari segala segi.

C

C1

Peruntukan yang diluluskan tidak

mencukupi

Peruntukan yang diluluskan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU), JPM untuk melaksanakan projek berkenaan tidak mencukupi atau kurang dari anggaran kos projek. Ini akan menyebabkan peruntukan tambahan perlu dirancang, skop projek dikurangkan, projek dilewatkan atau peruntukan tambahan dipohon.

Masalah

Peruntukan

C2

Peruntukan tambahan

diperlukan kerana VO atau perubahan

skop yang sebenarnya diperlukan

Peruntukan yang lebih dari peruntukan asal diperlukan bagi tambahan / perubahan skop projek kerana ada Arahan Perubahan Kerja (APK) / Variation Order (VO) atau perubahan skop untuk memenuhi keperluan sebenar. Rujukan: 1. [SPP Bil. 3/2008 - Pelaksanaan Syarat

Perubahan Harga Di Dalam Kontrak Kerja bertarikh 6 Ogos 2008]

2. [Arahan Perbendaharaan Fasal 202]

C3

Peruntukan lewat disalurkan untuk

membuat tuntutan kerja yang telah

diperakukan

Waran peruntukan lewat diterima oleh Agensi Pelaksana yang menjejaskan bayaran serta lain-lain tindakan berkaitan kewangan dan perbelanjaan projek tersebut.

61

Page 64: Pusat Transformasi Penyampaian, ICU  · PDF filePusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM PERUTUSAN KETUA PENGARAH Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Syukur ke hadrat Allah

Pusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM

KATEGORI MASALAH

SUB KATEGORI MASALAH

KETERANGAN

D

Masalah Tawaran

D1

Proses tender

mengambil masa yang lama

Tempoh proses tender didapati terlalu lama. Ia merangkumi penyediaan dokumen tender, mengiklan tender, penilaian dan pengeluaran Surat Setujuterima Tender (SST). Petender diberi tempoh tidak kurang dari 21 hari untuk mengemukakan tawaran bagi tender tempatan. Tempoh sah laku tender yang minima ialah 90 hari mulai daripada tarikh tawaran ditutup. Jadual tender dipamerkan di papan kenyataan agensi di tempat yang mudah dilihat oleh orang awam bagi tempoh sekurang-kurangnya 2 minggu.

D2

Pemilihan tidak

mengikut prosedur

Pemilihan kontraktor yang berjaya tidak mengikut proses dan prosedur yang telah ditetapkan di dalam Kontrak / Dokumen Perjanjian. Laporan daripada Jawatankuasa Penilaian Teknikal dan Jawatankuasa Penilaian Harga hendaklah dirangkumkan untuk mendapatkan syor dan perakuan berasaskan tawaran terendah yang dinilai dan boleh diterima (the lowest evaluated and acceptable tender). Faktor-faktor seperti harga, latarbelakang syarikat, tempoh siap / penghantaran, kualiti, rekod-rekod yang lalu hendaklah dijadikan asas pemilihan.

E

E1

Lokasi cadangan

untuk Pembangunan /

Kegunaan didapati kurang sesuai

Lokasi yang dicadangkan untuk pembangunan / kegunaan didapati kurang sesuai. Ia merangkumi dari sudut persekitaran, jenis aktiviti, kedudukan, kesan dari sebarang pembangunan yang dijangka atau cadangan kegunaan pembangunan.

Masalah Tapak

E2

Keluasan tapak tidak mencukupi

Keluasan tapak tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan, keluasan lantai dan saiz bangunan, infrastruktur dan lain-lain keperluan seperti yang terdapat dalam skop kerja.

E3

Keadaan topografi

yang sukar

Topografi tapak yang menyukarkan pelaksanaan projek seperti yang berbukit, berpaya, bergaung di mana kos projek akan berlipat ganda sekiranya projek ini diteruskan.

62

Page 65: Pusat Transformasi Penyampaian, ICU  · PDF filePusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM PERUTUSAN KETUA PENGARAH Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Syukur ke hadrat Allah

Pusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM

KATEGORI MASALAH

SUB KATEGORI MASALAH

KETERANGAN

E

Samb.

Masalah Tapak

E4

Ruang / laluan masuk ke tapak

tiada atau terdapat halangan

Kelulusan dari pemilik tanah untuk ruang / laluan masuk ke tapak perlu diperolehi terlebih dahulu. Terdapat juga kes tertentu di mana Pemilik tanah berdekatan tidak bersetuju untuk kegunaan tanahnya sebagai ruang / laluan masuk ke tapak projek. Oleh yang sedemikian, laluan lain atau tapak gantian perlu dipertimbangkan.

E5

Keadaan tanah

Masalah teknikal di tapak projek di mana keadaan bawah permukaan (sub-surface) akan menyukarkan pembinaan di tapak serta memerlukan pelbagai rawatan. Antara masalah yang dikenalpasti ialah tanah tidak stabil, mudah mendap, lapisan batu bawah tanah yang tebal dan sebagainya. Kebiasaannya, rekabentuk perlu dipinda untuk mengatasi masalah sedemikian di mana kos projek akan juga meningkat.

F

F1

Kurang komitmen

dari Agensi Pelaksana

Projek tergendala atau pelaksanaannya tidak memuaskan kerana P.P. atau W.P.P. kurang memberi komitmen, di samping perlu memantau pelaksanaan projek yang terlalu banyak. Pihak Agensi Pelaksana perlulah memastikan P.P. atau W.P.P. yang dilantik terdiri dari individu-individu yang komited dan dapat mengawalselia projek sepenuhnya supaya projek dapat disiapkan seperti yang dirancang dan berkualiti. Turut bertanggungjawab ke atas projek-projek yang dilaksanakan melalui perunding.

Masalah

Keupayaan Agensi

Pelaksana

F2

Pasukan Projek tidak mempunyai

kompetensi / kepakaran yang

mencukupi

Pasukan Projek mestilah mempunyai kompetensi dan juga kepakaran yang relevan dengan projek-projek yang dilaksanakannya. Ini adalah kerana Pasukan Projek ini bertanggungjawab sepenuhnya ke atas penyeliaan, pengujian dan pemantauan kesemua kerja-kerja yang termaktub dalam Kontrak sehinggalah ke peringkat penyerahan.

F3

Kelemahan

Pentadbiran Kontrak

P.P. bertanggungjawab untuk mematuhi fasal-fasal yang berkaitan dengan tugas dan peranan P.P. seperti yang terdapat dalam borang JKR 203. Kelewatan P.P./ W.P.P. mengambil tindakan mengikut syarat-syarat kontrak ke atas perkara-perkara di bawah akan menjejaskan kelancaran pelaksanaan projek.

63

Page 66: Pusat Transformasi Penyampaian, ICU  · PDF filePusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM PERUTUSAN KETUA PENGARAH Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Syukur ke hadrat Allah

Pusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM

KATEGORI MASALAH

SUB KATEGORI MASALAH

KETERANGAN

F

Samb.

Masalah Keupayaan

Agensi Pelaksana

i. Kelulusan APK terlalu lama P.P. mengambil masa yang lama untuk mendapatkan kelulusan APK selepas arahan dikeluarkan sehingga menjejaskan pelaksanaan projek seterusnya.

Arahan Perubahan Kerja (APK/VO) ialah sebarang penyimpangan daripada perjanjian kontrak berkaitan dengan pelan, spesifikasi dan/ atau Senarai Kuantiti sama ada dipinda, ditambah atau dikurangkan. Oleh yang demikian, setiap APK mestilah diluluskan terlebih dahulu sebelum proses pembayaran dilakukan.

Tempoh kelulusan APK mestilah dilakukan dalam tempoh yang tidak lewat dari “Tempoh Masa Pertimbangan” seperti yang ditetapkan dalam Surat Arahan Perbendaharaan Bil. S/K.KEW/PK/PP/1100/000000/10/31 JLD.31 SK.12(5) bertarikh 30 Nov 2011, untuk memperkemaskan pelaksanaan APK sebagaimana dalam AP 202. Intipati “Tempoh Masa Pertimbangan” yang telah ditentukan dalam SAP berkenaan ialah :

Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh P.P. ialah 7 hari.

Jawatankuasa VO peringkat Agensi / Lembaga

Perolehan Agensi ialah 14 hari.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau Pegawai Kewangan Negeri ialah 14 hari.

ii. Pelantikan kontraktor M&E (NSC) lewat Pihak Agensi Pelaksana mengambil masa untuk melantik NSC.

iii. Kerja WPS tertangguh dan lewat

dilaksanakan P.P. atau W.P.P. lewat dalam memberi keputusan ke atas kerja-kerja WPS.

Wang Peruntukan Sementara (WPS) bererti sejumlah wang yang diperuntukkan bagi kerja, bekalan barang-barang atau bahan yang sama sekali tidak boleh diramal, ditetapkan atau di-huraikan semasa dokumen tender disediakan.

Mengikut Syarat-Syarat Kontrak JKR 203/203A, perbelanjaan WPS termasuk kuasa mengarah kontraktor atau melantik mana-mana subkon-traktor untuk melaksanakan kerja tersebut adalah di bawah bidangkuasa P.P. .

Bagi kerja yang dijangka melebihi 30% daripada nilai asal yang diperuntukkan dalam kontrak, kelulusan hendaklah diperolehi terlebih dahulu daripada Pegawai Yang Menandatangani Kontrak.

64

Page 67: Pusat Transformasi Penyampaian, ICU  · PDF filePusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM PERUTUSAN KETUA PENGARAH Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Syukur ke hadrat Allah

Pusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM

KATEGORI MASALAH

SUB KATEGORI MASALAH

KETERANGAN

F

Samb.

Masalah Keupayaan

Agensi

Pelaksana

iv. Bayaran kepada Perunding / Kontraktor

dan pembekal lewat P.P. atau W.P.P. lewat dalam tindakannya untuk membuat bayaran kepada Perunding / Kontraktor dan Pembekal. Tindakan sedemikian akan menjejaskan keupayaan kewangan terutamanya kapasiti pelaksanaan projek. Rujukan: 1. SPP Bil. 6 tahun 2001 bertarikh 13 April 2001

Semua tuntutan yang telah disahkan mestilah dibuat bayaran sebanyak 50% dalam masa 14 hari sekiranya ia tidak dapat dibayar keseluruhannya atas sebab-sebab tertentu.

2. Surat Arahan KPKR Bil 9/2011 bertarikh 7

September 2011

Bayaran kepada kontraktor perlu dibuat dalam tempoh 14 hari dari tarikh sesuatu penilaian itu sehingga cek bayaran dikeluarkan kepada Kontraktor berkenaan.

Penilaian bayaran kemajuan kerja di tapak oleh Pegawai JKR hendaklah dibuat setiap bulan tidak kira sama ada kontraktor ada mengemukakan tuntutan atau tidak pada bulan tersebut.

v. Tindakan penamatan / pelantikan kontraktor lewat

P.P. mengambil tindakan yang lewat untuk mengesyorkan penamatan kontraktor seperti yang terdapat dalam Syarat-Syarat Kontrak Fasal Arahan P.P. Dalam Borang JKR 203.

Agensi Pelaksana / Klien mengambil tindakan yang lewat untuk melantik semula kontraktor termasuk kontraktor penyiap selaras dengan SPP Bil. 8/2009 - Peraturan Pelantikan Kontraktor Penyiap Bagi Projek Sakit bertarikh 1 September 2009. vi. Lain-lain yang berkaitan

65

Page 68: Pusat Transformasi Penyampaian, ICU  · PDF filePusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM PERUTUSAN KETUA PENGARAH Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Syukur ke hadrat Allah

Pusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM

KATEGORI MASALAH

SUB KATEGORI MASALAH

KETERANGAN

Masalah

Perunding

G1

Perunding tiada

pengalaman yang serupa atau kurang

pengalaman

Perunding tiada / kurang pengalaman yang bersesuaian atau serupa dengan bidang / jenis projek yang dilaksanakan.

G

G2

Perunding gagal

memberi komitmen

Perunding dianggap tidak memberi komitmen kerana :-

Tidak mematuhi skop tanggungjawab untuk menghadiri pelbagai mesyuarat berkaitan projek kecuali Mesyuarat Utama;

Tidak mengadakan mesyuarat bulanan di tapak;

Tidak memproses atau mengambil tindakan ke atas dokumen-dokumen berkaitan projek; dan

Tiada pegawai penyelia di tapak dan/atau Clerk of Work / (C.O.W) projek untuk mengawasi kerja-kerja kontraktor, walaupun telah diperuntukkan dalam Perjanjian Perunding.

G3

Perunding gagal

untuk menyelaras pelaksanaan projek

atau mentadbir kontrak

(Sekiranya dilantik sebagai Wakil

Pegawai Penguasa/W.P.P.)

Prestasi Perunding yang tidak memuaskan untuk menjalankan perkara berikut :-

Menyelaras pelaksanaan projek mengikut perancangan kerja yang dipersetujui dan Program Kerja berdasarkan Gantt Chart, Critical Path Analysis (CPA) atau Critical Path Method (CPM) seperti yang telah ditentukan; termasuk butiran terperinci rekabentuk, kelulusan bahan dan sebagainya;

Mematuhi syarat-syarat kontrak semasa pelaksanaan projek;

Tidak memantau dan menyelaras projek di tapak; dan

Membenarkan individu yang tidak bertauliah atau yang tidak layak memantau projek.

66

Page 69: Pusat Transformasi Penyampaian, ICU  · PDF filePusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM PERUTUSAN KETUA PENGARAH Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Syukur ke hadrat Allah

Pusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM

KATEGORI MASALAH

SUB KATEGORI MASALAH

KETERANGAN

G

Samb.

Masalah Perunding

G4

Pengarah Urusan

(Pemilikan Tunggal) meninggal dunia/

muflis

Firma Perunding Pemilikan Tunggal (Sole Proprietor) merupakan jenis perniagaan yang dimiliki dan dikawal oleh seorang individu secara bersendirian yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956, dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) secara atas talian (online) melalui ePerolehan, sekiranya ingin melaksanakan urus niaga dengan Kerajaan. Penetapan tempoh perkhidmatan perunding yang dilantik adalah berdasarkan jadual pelaksanaan projek pembangunan fizikal/kajian yang disediakan tertakluk kepada skop dan bidang perkhidmatan yang berkaitan. Sebagai contoh : (a) Projek Pembangunan Fizikal

Tempoh perkhidmatan adalah bermula daripada pelantikan hingga tamat tempoh kecacatan/penutupan akaun projek, bergantung pada keperluan Agensi.

(b) Projek Kajian

Tempoh perkhidmatan adalah bermula daripada pelantikan sehingga laporan akhir diterima dan dipersetujui oleh Agensi.

*Sekiranya firma yang dilantik adalah sole proprietorship dan pemilik tersebut meninggal dunia, perjanjian dengan Agensi adalah terbatal dengan sendirinya. Agensi dibenarkan untuk melantik perunding baru bagi pelaksanaan projek tersebut dan memastikan isu-isu perundangan berkaitan perjanjian asal telah diselesaikan. *Manual Perolehan Pelantikan Perunding (Edisi 2011) Nota : Bagi Firma Perunding yang ditubuhkan secara perkongsian (partnership), sekiranya salah seorang rakan kongsi meninggal dunia, firma tersebut masih boleh meneruskan perkhidmatan sekiranya salah seorang/lebih rakan kongsi lainnya bertaraf Profesional.

*Sekiranya Firma Perunding diisytiharkan bankrap / muflis oleh mahkamah, pendaftaran akan terbatal dan permohonan pendaftaran baru hanya boleh dibuat selepas mahkamah membebaskan (discharge) Firma Perunding/pemilik/pengurusan daripada kebankrapan dan/atau pemilik/pengurusan bagi firma tersebut bebas daripada pengisytiharan bankrap oleh mahkamah.

*SPP Bil. 6/2010 (Lampiran 2)

67

Page 70: Pusat Transformasi Penyampaian, ICU  · PDF filePusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM PERUTUSAN KETUA PENGARAH Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Syukur ke hadrat Allah

Pusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM

KATEGORI MASALAH

SUB KATEGORI MASALAH

KETERANGAN

Masalah

Kontraktor

H1

Tiada/Kurang pengalaman

Kontraktor kurang / tiada pengalaman yang bersesuaian, seperti situasi berikut :-

Pertama kali berjaya mendapat kontrak Kerajaan, di mana tidak arif berkaitan tatacara/prosedur yang perlu dilaksanakan;

Pertama kali mendapat kontrak yang lebih tinggi daripada kontrak yang biasa dilaksanakan (Kontraktor naiktaraf);dan

Tiada pengalaman di dalam pelaksanaan projek yang memerlukan bidang kepakaran tertentu seperti pembinaan hospital, jambatan, dsbnya.

H

H2

Kelemahan

pengurusan projek

Pasukan Projek kontraktor utama tidak mempunyai kemahiran yang baik dalam merancang dan menguruskan projek dalam pelbagai aspek, seperti :-

Merancang aktiviti kerja di tapak bersesuaian mengikut tempoh kontrak;

Merancang keperluan sumber manusia, bahan binaan dan jentera mengikut kemajuan kerja;

Penyelarasan lukisan – lukisan pembinaan oleh perunding; dan

Penyelarasan dan pemantauan kerja oleh pihak NSC/Sub-Kontraktor/Pembekal.

H3

Kontraktor tiada

kapasiti kewangan mencukupi atau kredit kewangan

(Money)

Kontraktor mempunyai masalah berkaitan kewangan kerana :

Tiada modal pusingan; dan

Tiada sumber kewangan mencukupi.

Pihak kontraktor tidak mempunyai kemudahan kredit bahan binaan dengan pihak pembekal bahan binaan. Semua transaksi dalam bentuk tunai boleh dilakukan secara ‘berhutang’ melalui penggunaan kredit bahan binaan. Kredit bahan binaan memudahkan kontraktor mendapatkan bahan binaan walaupun kapasiti kewangan sudah berkurangan.

H4

Tenaga Kerja (Manpower)

Kontraktor mempunyai masalah berkaitan tenaga kerja :- Bilangan pekerja tidak mencukupi; Tenaga kerja asing tidak mempunyai permit

kerja; dan Pekerja tiada/kurang pengalaman/ kepakaran

yang berkaitan. 68

Page 71: Pusat Transformasi Penyampaian, ICU  · PDF filePusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM PERUTUSAN KETUA PENGARAH Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Syukur ke hadrat Allah

Pusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM

KATEGORI MASALAH

SUB KATEGORI MASALAH

KETERANGAN

H

H5

Mesin/Jentera (Machineries)

Kontraktor mempunyai masalah berkaitan mesin/jentera :-

Bilangan mesin/jentera tidak mencukupi;

Kadar sewa mesin/jentera yang tinggi.

Samb.

Masalah

Kontraktor

H6

Bahan Binaan

(Materials)

Kontraktor mempunyai masalah berkaitan bahan binaan :- Tidak mengikut spesifikasi; Tiada kelulusan PP/WPP; Tidak mencukupi; dan Kelewatan penghantaran ke tapak.

H7

Penghantaran tidak

selaras dengan jadual pembinaan

Bekalan (seperti bahan binaan, peralatan dan jentera) untuk kerja-kerja di tapak pembinaan menghadapi masalah penghantaran kerana pengangkutannya tidak dapat diatur / diselaras mengikut jadual pembinaan.

I

Masalah

Utiliti

I1

Kelewatan/ Karenah

birokrasi Syarikat Utiliti

Proses penyambungan utiliti dari tapak projek ke kemudahan sedia ada mengambil masa yang lama, contohnya penyambungan ke talian bekalan elektrik, paip air dan sebagainya kerana kelemahan pengurusan pihak syarikat utiliti.

Pelbagai syarat tambahan atau perubahan syarat yang telah dikenakan oleh pihak ketiga termasuk dari PBT dan agensi utiliti yang berkaitan setelah peringkat pembinaan bermula, tidak sepertimana kelulusan asal yang diperolehi di peringkat awal pelaksanaan projek. Skop tambahan sedemikian akan meningkatkan kos projek keseluruhan serta penjadualan pelaksanaan projek yang asal.

I2

Kelewatan

dokumentasi untuk penyambungan utiliti

Pihak Klien / Agensi Pelaksana / Perunding / Kontraktor lewat mengemukakan dokumen-dokumen lengkap yang diperlukan untuk permohonan penyambungan bekalan utiliti yang menjejaskan perancangan dan kemajuan projek.

I3

Peruntukan

pemindahan/ pengalihan utiliti

Peruntukan untuk kos penyambungan, pengalihan dan pemasangan semula utiliti tidak dirancang dan tiada dalam kontrak atau tidak mencukupi. Klien perlu memohon peruntukan tambahan bagi menampung kos kerja-kerja yang diperlukan.

69

Page 72: Pusat Transformasi Penyampaian, ICU  · PDF filePusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM PERUTUSAN KETUA PENGARAH Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Syukur ke hadrat Allah

Pusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM

KATEGORI MASALAH

SUB KATEGORI MASALAH

KETERANGAN

I

Samb .

Masalah Utiliti

I4

Kelewatan bayaran Caj Sambungan /

Wang Sumbangan Modal

Pihak Klien / Agensi Pelaksana / Perunding / Kontraktor lewat membuat bayaran Caj Sambungan / Wang Sumbangan Modal yang menjejaskan penyambungan bekalan utiliti.

I5

Pemetaan Utiliti (Utility Mapping)

dalam tanah (sub-terranean) dan

di bawah permukaan (sub-

surface) sukar dikesan

Tiada sebarang data, rujukan atau butiran mengenai kedudukan, lokasi serta jenis utiliti di dalam tanah yang berada dalam tapak projek yang berkaitan. Usaha perlulah dilakukan untuk menjalankan pemetaan melalui pengesanan utiliti dalam tanah dan di bawah permukaan.

J

J1

Penyelarasan

dengan Kerajaan Negeri

Tiada atau kurang koordinasi dan penyelarasan bersama dengan pihak Kerajaan Negeri dalam melaksanakan sesuatu projek. Contohnya, berlaku percanggahan maklumat berkaitan pelaksanaan projek di mana pihak Kerajaan Negeri menolak sesuatu projek yang dirancangkan oleh pihak Kerajaan Persekutuan atas sebab-sebab tertentu.

Masalah

Pelaksanaan

Projek

J2

Masalah koordinasi antara Klien/Agensi

Pelaksana/ Perunding/

Kontraktor/Pihak ketiga

Pelaksanaan Projek terjejas kerana berlakunya masalah antara mana-mana pihak yang berkait dengan projek iaitu Klien/Agensi Pelaksana/Perunding/Kontraktor/Pihak ketiga.

J3

Perubahan skop dari

Klien di peringkat pembinaan

Pelbagai perubahan kerja di atas permintaan Klien atau pelbagai pihak mengenai rekabentuk, spesifikasi, finishes ataupun lain-lain perkara yang tidak diperlukan berdasarkan Ringkasan Projek atau skop asal. Senario sedemikian menjejaskan penjadualan pelaksanaan, rekabentuk serta kos projek. Ini juga satu pembaziran terutamanya bagi kerja yang tidak diperlukan. Pertambahan dan perubahan dari skop asal melewatkan pelaksanaan projek disebabkan perkara berikut :

Kelewatan untuk meluluskan sebagai VO kepada pertambahan dan perubahan kerja;

Pihak Agensi Pelaksana perlu mendapat persetujuan dari pihak Klien;

Permohonan dan kelulusan peruntukan tambahan perlu dilakukan; dan

Pertambahan dan perubahan memerlukan pindaan rekabentuk seperti keperluan M & E.

70

Page 73: Pusat Transformasi Penyampaian, ICU  · PDF filePusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM PERUTUSAN KETUA PENGARAH Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Syukur ke hadrat Allah

Pusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM

KATEGORI MASALAH

SUB KATEGORI MASALAH

KETERANGAN

J

Samb.

Masalah Pelaksanaan

Projek

J4

Kerja-kerja luar

sempadan dan tidak masuk dalam skop

asal

Berlaku keperluan menambah skop projek yang menjejaskan penjadualan asal pelaksanaan projek seperti berikut :

Kerja-kerja tambahan yang sebenarnya diperlukan kerana di luar kawasan tapak projek dan tidak dimasukkan dalam skop kerja asal kontrak; dan

Kerja-kerja tambahan yang sebenarnya diperlukan tetapi terletak di luar sempadan, tapak projek atau ROW.

J5

Kelulusan dari PBT /

pihak ketiga lewat

Pelbagai kelulusan dari pihak ketiga termasuk dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti Kelulusan Merancang / Development Order, Kelulusan Pelan Bangunan, kelulusan dari JAS, OSHA dan sebagainya lewat sehingga menjejaskan prestasi projek.

J6

Arahan Berhenti Kerja (Stop Work Order) oleh PBT/

Pegawai Penguasa (P.P.) /CIDB/DOSH

1. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan

mengeluarkan Stop Work Order semasa aktiviti pembinaan, disebabkan perkara-perkara berikut :-

a) Pihak kontraktor telah memulakan kerja

tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan;

b) Aktiviti pembinaan mengganggu ketenteraman/keselesaan orang awam (melalui aduan awam), seperti jalan-jalan utama kotor disebabkan oleh kenderaan pembinaan yang keluar masuk, penggunaan mesin/jentera yang menghasilkan bunyi bising, berlaku banjir kilat disebabkan sistem perparitan sementara yang tidak disediakan/tidak sempurna, dsb.

2. P.P./W.P.P. akan mengeluarkan Stop Work Order apabila :-

a) Pihak kontraktor melaksanakan kerja di

tapak tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan;

b) Pihak kontraktor melaksanakan kerja tanpa kelulusan P.P./W.P.P.;

c) Pihak kontaktor gagal melaksanakan obligasi kontraknya. Sebagai contoh tidak mengikut arahan P.P./W.P.P.;

d) Berlaku kemalangan di tapak bina, dsb

71

Page 74: Pusat Transformasi Penyampaian, ICU  · PDF filePusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM PERUTUSAN KETUA PENGARAH Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Syukur ke hadrat Allah

Pusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM

KATEGORI MASALAH

SUB KATEGORI MASALAH

KETERANGAN

Samb.

Masalah Pelaksanaan

Projek

3. Lembaga Pembangunan Industri

Pembinaan (CIDB) akan mengeluarkan Stop Work Order apabila mendapati :-

a) Syarikat pemborong/kontraktor tidak berdaftar dengan CIDB (Bahagian VI Akta 520:1994);

b) Lesen pendaftaran syarikat pemborong/kontraktor luput dan tidak diperbaharui;

c) Syarikat pemborong/kontraktor bagi kerja pembinaan melebihi RM 500,000.00 tidak membayar levi dengan kadar 0.25% (Bahagian VIII Akta 520:1994);

d) Pekerja di tapak pembinaan tidak mempunyai kad hijau CIDB.

4. Pegawai Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ( JKKP @ DOSH ) berperanan untuk menguatkuasakan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA) dan mengeluarkan arahan pembaikian atau Stop Work Order, sekiranya mendapati aspek keselamatan di tempat kerja adalah tidak memuaskan dan boleh mendakwa majikan yang gagal mematuhi mana-mana keperluan undang-undang keselamatan dan kesihatan.

J

J7

Campur tangan

pihak ketiga

Campur tangan dari pihak ketiga khususnya yang tidak terlibat secara langsung dengan projek akan menjejaskan prestasi projek. Agensi Pelaksana dan Perunding tidak sepatutnya membuat sebarang perubahan, pindaan atau penambahan ke atas skop projek tanpa melalui saluran yang rasmi.

J8

Syarat tambahan oleh pihak ketiga (selain berkaitan

utiliti)

Pelbagai syarat tambahan atau perubahan syarat yang telah dikenakan oleh pihak ketiga termasuk dari PBT setelah pembinaan bermula. Skop tambahan sedemikian akan meningkatkan kos projek keseluruhan serta penjadualan pelaksanaan projek yang asal.

J9

Lukisan Pembinaan

dari Klien / Perunding lewat

atau tiada

Lukisan Pembinaan dan perincian termasuk pindaan-pindaan yang diperlukan sangat lewat diterima, di mana akan menjejaskan perancangan aktiviti pembinaan.

J10

Dokumen Kontrak tidak dimeterikan / dimuktamadkan

Dokumen kontrak sepatutnya ditandatangani atau dimeteri dalam masa 4 bulan dari tarikh SST. Sekiranya tidak dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan, bayaran kepada pihak kontraktor tidak boleh dilaksanakan. 72

Page 75: Pusat Transformasi Penyampaian, ICU  · PDF filePusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM PERUTUSAN KETUA PENGARAH Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Syukur ke hadrat Allah

Pusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM

KATEGORI MASALAH

SUB KATEGORI MASALAH

KETERANGAN

J

Samb.

Masalah Pelaksanaan

Projek

J11

Kesukaran

mendapat bekalan bahan binaan

Bekalan bahan binaan sukar diperolehi kerana sebab-sebab seperti berikut :-

Bilangan pembekal yang terhad;

Kuantiti bahan binaan di pasaran terhad;

Permintaan yang tinggi terhadap sesuatu bahan kerana keperluan pelaksanaan projek yang serentak;

Syarat pembekal seperti bayaran tunai dan sebagainya; dan

Spesifikasi memerlukan bahan import yang mengambil masa penghantaran.

J12

Harga bahan di pasaran naik

Harga bahan binaan di pasaran naik contohnya harga besi, simen dan sebagainya*

*Rujukan :

Kontraktor boleh memohon penyelarasan dan perubahan di dalam kontrak kerja berdasarkan kepada pekeliling berikut :- SPP Bil. 3/2008 : Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga Di Dalam Kontrak Kerja bertarikh 6 Ogos 2008.

Syarat adalah tertakluk kepada :

11 jenis bahan Kerja-kerja Kejuruteraan Awam

14 jenis bahan bagi Kerja-kerja Binaan Bangunan

7 kategori komponen untuk Kerja-kerja Mekanikal dan Elektrikal

J13

Kesukaran

mengangkut bahan binaan/jentera ke

tapak

Bahan binaan/jentera sukar dibawa ke tapak bina disebabkan lokasi projek yang jauh di pedalaman.

J14

Kerja tidak mengikut

spesifikasi

Bahan, prosedur kerja dan produk tidak mematuhi spesifikasi seperti yang telah ditetapkan dalam Dokumen Kontrak.

Kontraktor gagal / tidak mengambil tindakan untuk membuat ujian ke atas bahan-bahan dan barang-barang seperti yang diperlukan dalam syarat kontrak. Di mana perlu, sijil kelulusan ujian yang penting disediakan untuk semakan.

Kontraktor hendaklah memberi kepada P.P. baucar-baucar dan/atau perakuan ujian pengilang untuk membuktikan bahawa bahan-bahan dan barang-barang itu mematuhi Senarai Kuantiti dan/atau Spesifikasi itu.

J15

Kualiti binaan

kurang memuaskan

Kualiti kerja didapati tidak memenuhi kualiti seperti yang telah ditetapkan dalam Dokumen Kontrak.

73

Page 76: Pusat Transformasi Penyampaian, ICU  · PDF filePusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM PERUTUSAN KETUA PENGARAH Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Syukur ke hadrat Allah

Pusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM

KATEGORI MASALAH

SUB KATEGORI MASALAH

KETERANGAN

K

Masalah

Luar Jangka

K1

Bencana Alam

i. Tanah runtuh Tapak projek tidak selamat kerana terletak berhampiran kawasan tanah runtuh yang kurang selamat atau dibina di atas kawasan tanah runtuh. Tanah runtuh merupakan kejadian geologi yang kerap berlaku disebabkan pergerakan tanah sehingga menyebabkan batu jatuh, kegagalan dalam cerun dan aliran sampah yang cetek.

Walaupun punca utama berlakunya kejadian tanah runtuh adalah graviti yang bertindak pada cerun yang curam, ia juga boleh berlaku disebabkan kegelongsoran tanah, pergerakan tanah / batu yang jatuh dari ketinggian tertentu serta faktor-faktor tambahan yang lain. ii. Mendapan Tapak projek terletak di atas kawasan tanah yang mendap dan tidak stabil. Mendapan tanah boleh berlaku disebabkan kadar penurunan tanah yang tidak sekata. Kejadian mendapan tanah boleh berlaku sekiranya ada pergerakan tanah atau permukaan tanah yang turun seperti kawasan tambakan yang dipadatkan tanpa mengikut spesifikasi sebenar. iii. Banjir Tapak projek terletak di kawasan yang mudah ditenggelami banjir termasuk banjir kilat. Banjir ialah keadaan air yang menenggelami atau menggenangi sesuatu kawasan atau tempat yang luas. Ia mudah berlaku kepada kawasan-kawasan yang rendah, apabila air sungai berdekatan melimpah atau kolam semulajadi dan tempat takungan air buatan manusia gagal menampung air tambahan.

74

Page 77: Pusat Transformasi Penyampaian, ICU  · PDF filePusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM PERUTUSAN KETUA PENGARAH Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Syukur ke hadrat Allah

Pusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM

KATEGORI MASALAH

SUB KATEGORI MASALAH

KETERANGAN

Samb.

Masalah Luar Jangka

iv. Tanah jerlus atau tidak stabil Tapak projek terletak di kawasan yang tidak stabil kerana mudah jerlus. Kejadian tanah jerlus tidak semestinya fenomena alam semulajadi tetapi mungkin disebabkan oleh aktiviti manusia yang mengolah topografi dengan mengabaikan keutuhan struktur tanah. Ia boleh berlaku disebabkan :-

Kejadian gelinciran dalam tanah apabila strukturnya menjadi longgar selepas lapisan tanah dikorek.

Lapisan terbawah seperti tanah liat dan lumpur tidak telap air yang menyebabkan aliran air di atasnya.

K

K2

Kemalangan

Situasi yang melibatkan kecederaan /kehilangan nyawa yang disebabkan oleh kebakaran, kemalangan di tapak bina dan lain-lain perkara berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

K3

Keselamatan

Negara

Perkara-perkara yang di luar kawalan sedia ada dan melibatkan keselamatan negara. (Cth : peperangan, rusuhan, dsb)

L

Masalah

Lain - Lain

(Bahagian ini diisi sekiranya lawatan / mesyuarat di tapak menemui lain-lain masalah yang tiada dalam medan di atas)

75

Page 78: Pusat Transformasi Penyampaian, ICU  · PDF filePusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM PERUTUSAN KETUA PENGARAH Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Syukur ke hadrat Allah
Page 79: Pusat Transformasi Penyampaian, ICU  · PDF filePusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM PERUTUSAN KETUA PENGARAH Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Syukur ke hadrat Allah
Page 80: Pusat Transformasi Penyampaian, ICU  · PDF filePusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM PERUTUSAN KETUA PENGARAH Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Syukur ke hadrat Allah
Page 81: Pusat Transformasi Penyampaian, ICU  · PDF filePusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM PERUTUSAN KETUA PENGARAH Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Syukur ke hadrat Allah

Pusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM

PENGENALAN

Microsoft Project (MSP) adalah program perisian pengurusan projek dan alat

yang amat berguna dibangunkan dan dijual oleh Microsoft;

MSP Direka untuk membantu pengurus projek dalam membentuk perancangan,

sumber-sumber yang digunakan untuk kerja, pengesanan kemajuan, belanjawan mengurus dan menganalisis beban kerja;

Program ini mewujudkan Jadual Laluan Kritikal (Critikal Path Method – CPM)

yang boleh ditunjukkan dalam Carta Gantt.

KITA PERLU MENGUBAH CARA MEMANTAU PROJEK

79

Page 82: Pusat Transformasi Penyampaian, ICU  · PDF filePusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM PERUTUSAN KETUA PENGARAH Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Syukur ke hadrat Allah

Pusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM

TUJUAN DAN KELEBIHAN MSP

Penjadualan projek bertujuan untuk menyediakan ‘road map’ yang boleh digunakan oleh

pengurus projek dan pasukan projek bagi :-

i. Merancang, memantau dan mengawal pelaksanaan kerja-kerja, dari hari projek

dimulakan, melalui beberapa fasa sehingga projek disiapkan;

ii. Mengesan dan memantau kemajuan projek (Fizikal & Kewangan);

iii. Mengurus sumber-sumber dengan lebih lancar;

iv. Mengenalpasti dan memantau kebergantungan dan halangan bagi setiap kerja bagi

mengelakkan kelewatan;

v. Berkomunikasi lebih kerap dan berkesan dengan stakeholders;

vi. Mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman dalam pelaksanaan projek dengan

mengikut pelan dan spesifikasi yang telah ditetapkan; dan

vii. Meramal dengan munasabah tarikh siap kerja yang boleh dicapai.

Terdapat beberapa kelebihan menggunakan MSP :-

Menunjukkan aktiviti kritikal;

Perancangan Sumber-sumber yang berkesan;

Menentukan masa dan kos bagi aktiviti-aktiviti kerja;

Kos yang optimum;

Mengenalpasti kelewatan;

Boleh menjana penjadualan semula dengan lebih cepat

80

Page 83: Pusat Transformasi Penyampaian, ICU  · PDF filePusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM PERUTUSAN KETUA PENGARAH Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Syukur ke hadrat Allah

Pusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM

KAEDAH LALUAN KRITIKAL (CPM)

Kaedah Laluan Kritikal juga lebih dikenali sebagai Critical Path Method atau

CPM dan ia menentukan jangkamasa projek.

Laluan Kritikal (Critical Path) adalah satu laluan di dalam jadual yang mempunyai

tempoh yang paling panjang melalui network dan sebarang kelewatan di dalam menyiapkan aktiviti-aktiviti di laluannya akan menyebabkan kelewatan kepada sesuatu projek.

Tumpuan yang khusus harus diberikan kepada laluan kritikal agar sebarang

kelewatan dapat dielakkan dan projek akan dapat disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Semua aktiviti/kerja di laluan kritikal tidak mempunyai float.

81

Page 84: Pusat Transformasi Penyampaian, ICU  · PDF filePusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM PERUTUSAN KETUA PENGARAH Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Syukur ke hadrat Allah

Pusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM

PENGESANAN KEMAJUAN

Jadual vs Sebenar Projek

Proses - Proses Pengesanan Kemajuan

Analisa Kemajuan Projek

82

Page 85: Pusat Transformasi Penyampaian, ICU  · PDF filePusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM PERUTUSAN KETUA PENGARAH Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Syukur ke hadrat Allah

Pusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM

Progress Tracking – 6 Steps

1. Set baseline - open baseline file

2. Set status - make sure BEFORE current date. Set status gridline to view the line 3. Update schedule progress :

i. Open tracking table ii. ‘Update project’ icon iii. Prepare ‘tracking summary’ table iv. Fill in the schedule data

4. Track actual data

i. Use actual data ii. Update it to obtain what has been achieved iii. Data entry to MSP

5. Identify variances Identify variance in tracking summary

6. Take action

1. Set baseline - open baseline file

83

Page 86: Pusat Transformasi Penyampaian, ICU  · PDF filePusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM PERUTUSAN KETUA PENGARAH Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Syukur ke hadrat Allah

Pusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM

Set status gridline to view the line

2. Set status - make sure BEFORE current date

84

Page 87: Pusat Transformasi Penyampaian, ICU  · PDF filePusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM PERUTUSAN KETUA PENGARAH Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Syukur ke hadrat Allah

Pusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM

3. Update schedule progress :

i. Open tracking table ii. ‘Update project’ icon iii. Prepare ‘tracking summary’ table iv. Fill in the schedule data

85

Page 88: Pusat Transformasi Penyampaian, ICU  · PDF filePusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM PERUTUSAN KETUA PENGARAH Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Syukur ke hadrat Allah

Pusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM

Prepare ‘tracking summary’ table and fill in the schedule data

4. Track actual data

5. Identify variances

86

Page 89: Pusat Transformasi Penyampaian, ICU  · PDF filePusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM PERUTUSAN KETUA PENGARAH Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Syukur ke hadrat Allah

Pusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM

Menilai Kemajuan Sebenar Di Tapak

Yang Perlu Disemak

87

Page 90: Pusat Transformasi Penyampaian, ICU  · PDF filePusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM PERUTUSAN KETUA PENGARAH Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Syukur ke hadrat Allah

Pusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM

Variance Between Schedule and Actual (Physical & Financial)

Physical Schedule

41%

Actual 33%

Variance =

8%

Financial Schedule

RM 666,550.01

Actual RM 490,050.00

Variance =

RM 176,500.01

Project Completion

Date

Schedule

30/4/2013

Actual 8/5/2013

Variance =

8 days

Project delayed 8% = RM 176,500.01 = 8 days

Why ? Where ? Which ? When ? How ?

Recovery Plan And Forecasting

88

Page 91: Pusat Transformasi Penyampaian, ICU  · PDF filePusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM PERUTUSAN KETUA PENGARAH Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Syukur ke hadrat Allah

Pusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM

Project Forecasting

Why Forecast?

1. Set baseline - open baseline file 2. Set status - make sure AFTER current date 3. Update schedule progress :

i. Set status gridline to view the line ii. Open tracking table iii. ‘Update project’ icon iv. Prepare ‘tracking summary’ table v. Fill in the schedule data

4. Track actual data i. Use previous actual data ii. Update it to estimate what to achieve iii. Data entry to MSP

5. Identify variances - Identify variance in tracking summary 6. Take action

i. If there is improvement, use this same baseline work program; ii. If no improvement, contractor needs to submit recovery plan

Forecasting – 6 Steps

Change Control

1. Scope Change 2. Schedule Change 3. Cost Change 4. Resource Change 5. External Dependency Influences 6. Justification of EOT (Extension of Time) 7. Rebaselining / Recovery / Replanning – To resolve the possible Project Delay

√ When project delay

√ To project future progress that effect cost & time

√ Forecasting is within the next reporting period (e.g. 1 month)

√ To gauge commitment of contractor

√ Can be basis of recovery plan

89

Page 92: Pusat Transformasi Penyampaian, ICU  · PDF filePusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM PERUTUSAN KETUA PENGARAH Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Syukur ke hadrat Allah
Page 93: Pusat Transformasi Penyampaian, ICU  · PDF filePusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM PERUTUSAN KETUA PENGARAH Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Syukur ke hadrat Allah
Page 94: Pusat Transformasi Penyampaian, ICU  · PDF filePusat Transformasi Penyampaian, ICU JPM PERUTUSAN KETUA PENGARAH Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Syukur ke hadrat Allah

SELAMAT

MAJU JAYA