48
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah Rendah Edubest Tahap SR3B Modul 4 Nama: ______________________________

Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ......Cuti Hari Raya Haji akan tiba tidak lama lagi. Saya bercadang untuk pergi ke Kelantan pada cuti kali ini. Ayah dan ibu telah

  • Upload
    others

  • View
    6

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

  • @

    Pusat Tuisyen Didikan Genius

    Program Bahasa Malaysia Sekolah Rendah Edubest

    Tahap SR3B

    Modul 4

    Nama: ______________________________

  • A. Pemahaman

    Petikan 1: Baca surat di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan berikutnya.

    184, Vista Angkasa, Kampung Kerinchi, 59200 Kuala Lumpur. 21 Februari 2002.

    Menemui sahabatku Amira Yusuf yang kini berada di Kelantan dengan

    harapan semoga saudari dan keluarga berada dalam keadaan yang sihat sejahtera. Sudah lama saudari tidak menulis surat kepada saya. Apakah saudari sudah melupai saya? Oh, ya! Apa khabar saudari di sana? Saya harap saudari berada dalam keadaan sihat dan gembira selalu di samping keluarga yang tersayang. Saya di sini sihat wal afiat. Saudari Amira,

    Cuti Hari Raya Haji akan tiba tidak lama lagi. Saya bercadang untuk pergi ke Kelantan pada cuti kali ini. Ayah dan ibu telah memberikan keizinan kepada saya untuk pergi ke rumah saudari. Saya harap saudari gembira dengan berita ini.

    Sebenarnya sudah lama saya berhajat untuk pergi ke rumah saudari, tetapi masa dan keadaan tidak mengizinkan. Kali ini nampaknya hajat saya akan tercapai.

    Saya akan menaiki bas dan tiba di Kota Bharu pada 21 Februari nanti. Saya berharap saudari dapat menjemput saya di sana. Saya berasa seronok kerana berpeluang merasai suasana Hari Raya Haji di Kelantan. Ramai orang berkata bahawa sambutan Hari Raya Haji di sana amat meriah, sebab itulah saya ingin merasai kemeriahan suasana tersebut.

    Untuk pengetahuan saudari, saya akan datang bersama sepupu saya. Saya benar-benar berharap agar saudari dapat menerima kehadiran saya sebagai tetamu pada cuti hari raya ini.

    Sekian dahulu untuk kali ini dan sampaikan salam saya kepada ayahanda dan bonda saudari.

    ,

    Program Bahasa Malaysia Edubest SR3B04 1Prog

    ram

    Bah

    asa M

    alay

    sia E

    dube

    st

  • . 1. Mengapakah Yuhana mengatakan bahawa Amira sudah melupainya? A. Amira sudah lama tidak datang ke rumahnya B. Amira sudah lama tidak menelefonnya C. Amira sudah lama tidak mengutus berita kepadanya D. Amira tidak dapat datang ke rumahnya pada Hari Raya Haji 2. Di manakah Yuhana meminta Amira menunggunya? A. Stesen bas B. Stesen kereta api C. Di rumah Amira D. Di lapangan terbang 3. Apakah tujuan Yuhana pergi ke rumah Amira? A Bercuti B Melancong C Menyambut Hari Raya Haji D Berjumpa dengan keluarga Amira 4. Mengapakah Yuhana ingin merasai sambutan Hari Raya Haji di Kelantan? A Perayaan itu disambut dengan lebih meriah di Kelantan B Perayaan itu tidak disambut di Kuala Lumpur C Perayaan itu disambut dengan upacara yang tersendiri D Penduduk Kelantan lebih ramah berbanding di Kuala Lumpur 5. Pada pendapat anda, apakah hubungan antara Yuhana dengan Amira? A Kenalan jalanan B Sahabat pena C Sepupu D Kawan baik 6. Apakah kesilapan yang terdapat pada surat ini ? Program Bahasa Malaysia Edubest SR3B04 2Pr

    ogra

    m B

    ahas

    a Mal

    aysia

    Edu

    best

  • 7. Apakah kemungkinan yang menyebabkan sambutan perayaan yang

    dimaksudkan oleh penulis surat lebih meriah di Kelantan ? 8. Apakah sifat yang ada pada penulis surat ? Kenapa anda berkata demikian ?

    Petikan 2 Baca petikan di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan berikutnya.

    Pada zaman dahulu, terdapat sepasang suami isteri yang bekerja sebagai tukang kasut. Suaminya lebih terkenal dengan gelaran Sabaruddin Tukang Kasut. Mereka tidak mempunyai anak. Kerja Sabaruddin ialah memaku tapak kasut manakala isterinya pula menjahit kulit kasut. Kasut-kasut yang mereka hasilkan tidaklah berapa laris. Hal ini kerana kasut ciptaan mereka adalah fesyen lama dan tidak lagi diminati oleh penduduk kampung. Kehidupan mereka suami isteri semakin susah.

    Kesengsaraan suami isteri itu telah diperhatikan oleh dua orang kenit. Mereka bersimpati terhadap nasib yang menimpa pasangan tersebut. Pada suatu hari, orang kenit itu pun muncul di depan mereka. Pasangan suami isteri itu terkejut apabila melihat orang kenit yang hanya sebesar tapak tangan itu.

    Orang kenit itu mengatakan hasrat mereka membantu Sabaruddin dan isterinya menghasilkan kasut-kasut yang cantik. Sebagai balasan, mereka meminta isteri Sabaruddin menjahitkan mereka beberapa pasang baju baru. Isteri Sabaruddin bersetuju dengan permintaan orang kenit tersebut.

    Orang kenit itu bekerja dengan bersungguh-sungguh untuk membuat kasut fesyen terbaru tanpa menghiraukan penat dan lelah. Pada masa yang sama, isteri Sabaruddin berusaha untuk menghasilkan pakaian yang cantik untuk dua orang kenit yang baik hati itu. Masing-masing mengharapkan basil yang memuaskan daripada usaha yang mereka lakukan. Mereka ingin mengubah nasib diri mereka. Akhirnya, masing-masing telah dapat menyiapkan barangan buatan masing-masing.

    Orang kenit itu menunjukkan kasut yang mereka hasilkan kepada Sabaruddin dan isterinya. Kasut-kasut yang dihasilkan oleh orang kenit itu sangat cantik. Kedai kasut Sabaruddin kembali menjadi tumpuan penduduk kampung.

    Program Bahasa Malaysia Edubest SR3B04 3Prog

    ram

    Bah

    asa M

    alay

    sia E

    dube

    st

  • Sabaruddin dan isterinya sangat gembira kerana pendapatan mereka kini semakin bertambah. Orang kenit itu juga gembira kerana mendapat baju baru. 1. Perkataan bersimpati dalam petikan di atas bermaksud A. kasihan B. gembira C. tolong D. geram 2. Mengapakah kasut-kasut yang dihasilkan oleh mereka tidak laris? A. Penduduk kampung tidak ada duit B. Penduduk kampung gemar berkaki ayam C. Semua kasut ciptaan mereka bertumit tinggi D. Kasut ciptaan mereka sudah ketinggalan zaman 3. Antara berikut, yang manakah tidak benar mengenai cerita itu? A Saiz orang kenit itu adalah sebesar tapak tangan B Orang kenit itu inginkan kasut baru C Kasut yang direka oleh orang kenit itu disukai oleh penduduk kampung D Pasangan itu tidak mempunyai anak

    4. Kenapakah orang kenit berasa gembira? A Kerana mereka disayangi oleh pasangan itu B Kerana mereka mendapat pakaian baru C Kerana mereka mendapat kasut baru D Kerana mereka telah menjadi orang kaya

    5. Apakah pengajaran yang kamu dapat daripada petikan tersebut? A Setiap orang yang baik hati pasti akan berjaya dalam hidup B Setiap kerja yang dilakukan harus disertai bantuan orang lain C Setiap orang yang menghadapi masalah akan dibantu oleh orang kenit D Setiap perbuatan yang baik akan dibalas dengan kebaikan

    Program Bahasa Malaysia Edubest SR3B04 4Prog

    ram

    Bah

    asa M

    alay

    sia E

    dube

    st

  • 6. Nyatakan dua nilai moral yang terdapat dalam cerita di atas. 7. Siapakah yang ingin mengubah nasib mereka ? Perubahan yang

    bagaimanakah yang mereka inginkan ? 8. Petikan ini adalah jenis petikan ______________.

    B. Tatabahasa Praktis 1 Isikan tempat kosong dengan kata hubung yang sesuai.

    sambil apabila dan atau lalu jikalau supaya tetapi

    1. Adik Izzudin kelihatan bergaya apabila berbaju Melayu

    ________________ bersongkok.

    2. Laili ________________ Aida yang akan dipilih sebagai penolong ketua

    pengawas di sekolah mereka?

    3. Shamsul sudah menelan dua biji Panadol _________________

    kepalanya masih terasa sakit.

    4. Puan Rohani mengumpul kain-kain yang kotor ________________

    merendannya.

    5. Encik Karim bersarapan ________________ membaca surat khabar.

    Program Bahasa Malaysia Edubest SR3B04 5Prog

    ram

    Bah

    asa M

    alay

    sia E

    dube

    st

  • 6. Izani hendak memancing di sungai itu ________________ dibenarkan

    oleh ibunya.

    7. Biri-biri peliharaan Abang Zali akan dikurung di kandang ____________

    hari menjelang senja.

    8. Kami sentiasa mengemas bilik tidur masing-masing ________________

    tidak dimarahi oleh ibu.

    Praktis 2 Pilih kata hubung yang sesuai. Kemudian, tulis semula ayat-ayat itu.

    1. Kamal menjadi lumpuh (jika, setelah) terbabit dalam satu kemalangan.

    2. Adik menangis ketakutan (untuk, apabila) terdengar ngauman seekor

    harimau di Zoo Negara.

    3. Semua murid hadir ke sekolah untuk bergotong-royong (kecuali, atau)

    Borhan.

    4. Murid-murid duduk di tempat masing-masing (tatkala, walhal) guru besar

    masuk ke dalam kelas mereka.

    5. Sebelum tidur adik menggosok gigi (agar, kecuali) giginya bersih dan

    tidak mudah rosak.

    6. Adik kehujanan semasa pulang dari sekolah, (maka, supaya) dia demam

    selesema.

    7. Ayah pergi juga ke laut (sebab, walaupun) cuaca tidak begitu baik.

    Program Bahasa Malaysia Edubest SR3B04 6Prog

    ram

    Bah

    asa M

    alay

    sia E

    dube

    st

  • Praktis 3 Betulkan penggunaan kata hubung dalam ayat-ayat di bawah. Kemudian, tulis semula ayat-ayat itu.

    1. Bahawa kaya, Tuan Samad tidak pernah bongkak dengan kelebihan yang

    dimilikinya.

    2. Azam suka bermain bola sepak atau adiknya suka bermain badminton.

    3. Juriah hampir lemas kecuali mandi di sungai di kampung datuknya.

    4. Kek itu bukan sahaju cantik setelah rasanya juga sedap.

    5. Keluarga Suzi terpaksa berpindah ke Parit Buntar dan ayahnya dinaikkan pangkat.

    6. Nazirah suka memakai pakaian yang mahal-mahal kerana keluarganya

    tidaklah kaya. Praktis 4: A. Kata Hubung Gabungan 1. Sakinah akan pergi ke bandar dengan menaiki bas ____ teksi.

    A. atau B. dan C. juga D. serta

    2. Pak Tam membawa isteri ____ anak-anaknya bersiar-siar di Pantai Lido.

    A. sambil B. dan C. lalu D. sejak

    3. Yazid sangat letih ______ tertidur dengan nyenyaknya.

    A. untuk B. lalu C. dan D. sambil

    Program Bahasa Malaysia Edubest SR3B04 7Prog

    ram

    Bah

    asa M

    alay

    sia E

    dube

    st

  • 4. Mariani sudah pun menyiapkan kerja sekolahnya ____ dia menolong ibunya di dapur.

    A. sambil B. serta C. lantas D. dan

    5. Memandangkan Sofia memiliki wajah yang jelita, ____ dia digilai oleh banyak jejaka.

    A. lalu B. seraya C. maka D. dan

    6. Mak Utih menganyam tikar____ berbual-bual dengan jirannya.

    A. sambil B. lalu C. maka D. dan

    7. Datuk Bandar merasmikan majlis itu ______ menyampaikan hadiah kepada para peserta yang berjaya.

    A. tetapi B. juga C. dan D. maka

    8. Datuk Syukur kaya ____ sangat kedekut dengan anak-anaknya.

    A. tetapi B. juga C. dan D. maka

    9. Semua pelajar Tahun Lima Melati menghadiri kelas tambahan Bahasa Melayu ______ Hafsyam.

    A. atau B. kecuali C. juga D. malahan

    10. Suziana tinggal di rumah yang mewah, ____ ibunya tinggal di rumah yang buruk.

    A. melainkan B. bahkan C. sedangkan D. malahan

    11. Zaidi menunggu bas _____ membaca majalah kegemarannya.

    A. sambil B. dan C. atau D. maka

    12. Hafifi masuk ke bilik ____ mengemaskan tempat tidurnya.

    A. dan B. atau C. maka

    Program Bahasa Malaysia Edubest SR3B04 8Prog

    ram

    Bah

    asa M

    alay

    sia E

    dube

    st

  • D. lalu 13. Hujan turun dengan lebatnya, ___ perlawanan bola sepak itu terpaksa ditangguhkan.

    A. maka B. malahan C. sambil D. atau

    14. Bukan Pak Ahmad sahaja yang pemurah_____ anaknya juga dermawan.

    A. tetapi B. seraya C. padahal D. malahan

    15. Langit mendung ____ hujan tidak juga turun.

    A. tetapi B. dan C. lalu D. maka

    16. Ahli politik itu berucap ____ menepuk-nepuk dadanya di hadapan orang ramai.

    A. lalu B. seraya C. atau D. tetapi

    17. Pelbagai program diatur oleh kerajaan untuk membolehkan golongan belia ___ remaja menyertainya.

    A. juga B. dan C. lalu D. tetapi

    18. Lori itu terbabas _____ melanggar tiang lampu di tepi jalan itu.

    A. atau B. kecuali C. lalu D. maka

    19. Sazali membantu ayah ____ Saliza menolong ibu.

    A. dan B. maka C. lalu D. atau

    20. Ahmad ___ Ratna yang harus pergi ke sana ?

    A. dan B. atau C. kecuali D. maka

    21. Mereka berlatih setiap hari ____ Ahad sebelum memasuki pertandingan bahas itu.

    Program Bahasa Malaysia Edubest SR3B04 9Prog

    ram

    Bah

    asa M

    alay

    sia E

    dube

    st

  • A. sambil B. kemudian C. bahkan D. kecuali

    22. Para pemandu yang ingin ke Bangsar Baru ____ Damansara diingatkan supaya menggunakan Jalan Riong.

    A. dan B. atau C. serta D. juga

    23. Bungkusan itu diambilnya ____ dimasukkan ke dalam tong sampah.

    A. serta B. kecuali C. atau D. kemudian

    24. Berdasarkan kajian, terdapat sejenis rama-rama yang menyerupai wajah manusia ___ bersaiz gergasi.

    A. serta B. lalu C. maka D. tetapi

    25. Wanita muda itu memeluk anaknya _____ membelai rambutnya.

    A. kecuali

    B. malahan C. serta D. maka

    B. Kata Hubung Pancangan 1. Aminah mengadu _____ dia selalu dimarahi oleh bapanya.

    A. bahawa B. supaya C. kerana D. apabila

    2. ________ cuaca berjerebu, perlawanan hoki itu akan dibatalkan.

    A. Meskipun B. Sekiranya C. Bahawa D. Ketika

    3. Dia terperanjat _____ berita sedih itu saya sampaikan.

    A. jika B. sebelum C. apabila D. lantaran

    4. Emak berehat di bawah pokok ____ penat menyapu sampah di halaman.

    Program Bahasa Malaysia Edubest SR3B04 10Prog

    ram

    Bah

    asa M

    alay

    sia E

    dube

    st

  • A. walaupun B. sewaktu C. supaya D. setelah

    5. Mak Timah sentiasa riang dan gembira _____ hidupnya susah.

    A. sungguhpun B. bahawa C. sewaktu D. selama

    6. Pak Usu akan terus mencari anaknya ____ masih hidup.

    A. selama B. selagi C. setelah D. sewaktu

    7. ______ kecil Faizah bercita-cita untuk menjadi jurutera, maka dia memilih bidang kejuruteraan di universiti.

    A. Sekiranya B. Andai kata C. Sejak D. Selagi

    8. Saya sentiasa berdoa ____ penyakit ibu cepat sembuh.

    A. bahawa B. lantaran C. sewaktu

    D. agar 9. Pak Din dan anaknya datang ____ kami sekeluarga sedang makan tengah hari.

    A. tatkala B. supaya C. meskipun D. sungguhpun

    10. Ibu memperlahankan radio ____ melihat adik sudah tidur di dalam buaian.

    A. selagi B. apabila C. sebelum D. sejak

    11. Mazri mengambil sebatang kayu lalu memukul ular itu ___ mati.

    A. selama B. supaya C. sehingga D. biarpun

    12. Puan Ainon mengemas rumah, ______ anaknya membasuh pinggan di dapur.

    A. biarpun B. tatkala C. supaya D. manakala

    Program Bahasa Malaysia Edubest SR3B04 11Prog

    ram

    Bah

    asa M

    alay

    sia E

    dube

    st

  • 13. Ayah menasihati abang ____ menerima tawaran melanjutkan pelajaran ke luar negeri..

    A. supaya B. sebelum C. sejak D. jika

    14. Encik Ali telah diarahkan bertugas ke luar negeri ____ lima tahun.

    A. selama B. supaya C. sebelum D. sehingga

    15. Beratus-ratus buah rumah musnah, _____ beribu-ribu ekor ternakan mati kerana taufan di India.

    A. sungguhpun B. manakala C. selama D. setelah

    16. Sebentuk cincin disarungkan ke jari manisnya ____ upacara akad nikah dijalankan.

    A. sementara B. sehingga C. setelah D. sekiranya

    17. Sembilan ekor anjing liar telah ditembak ____ kakitangan Majlis Daerah Ampang Jaya menjalankan operasi.

    A. Andai kata B. sewaktu C. selagi D. sekiranya

    18. Afiza menunggu kepulangan suaminya _____ larut malam.

    A. sewaktu B. sekiranya C. hingga D. manakala

    19. Pak Utih turun ke laut untuk menangkap ikan ____ hujan lebat.

    A. walaupun B. apabila C. sewaktu D. andai kata

    20. Aisyah gagal dalam peperiksaan ______ dia telah belajar bersungguh-sungguh.

    A. manakala B. namun C. sementara D. meskipun

    21. ______ ayah pergi ke Somalia, dia berpesan supaya kami belajar bersungguh-singguh.

    Program Bahasa Malaysia Edubest SR3B04 12Prog

    ram

    Bah

    asa M

    alay

    sia E

    dube

    st

  • A. Sementara B. Setelah C. Sejak D. Sebelum

    22. Saya doakan _____ saudara mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan.

    A. ketika B. agar C. sejak D. sungguhpun

    23. Ayah tidak dapat pergi ke Tanah Tinggi Cameron ______ keretanya rosak.

    A. kerana B. ketika C. biarpun D. sementara

    24. “Tolong jemurkan kain ____ hujan telah berhenti,” kata Puan Kamala kepada anaknya.

    A. sebelum B. sewaktu C. bahawa D. apabila

    25. Encik Amin tidak pernah menduga _____ dia akan dilantik sebagai ketua di tempat kerjanya.

    A. kerana

    B. bahawa C. jikalau D. walaupun

    26. Perlawanan bola sepak itu terpaksa diteruskan ____ hujan lebat.

    A. kerana B. semenjak C. jikalau D. walaupun

    27. Nurul belum mengetahui ____ dia hanyalah anak tiri Puan Aminah.

    A. kerana B. walaupun C. bahawa D. apabila

    28. Pertandingan melukis akan diadakan pada petang ini ___ tidak banyak penonton.

    A. meskipun B. kerana C. supaya D. semenjak

    C. Kata Hubung Berpasangan 1. ______ golongan tua _____ golongan muda mestilah patuh kepada perintah agama.

    A. Baik…baik B. Baik…mungkin

    Program Bahasa Malaysia Edubest SR3B04 13Prog

    ram

    Bah

    asa M

    alay

    sia E

    dube

    st

  • C. Sama ada…dan D. Baik… mahupun

    2. Baju itu _____ cantik ____ mahal.

    A. bukan sahaja…tetapi juga B. entah…mungkin C. mungkin…mungkin D. baik…ataupun

    3. Berita yang disampaikannya _____ betul _____ tidak.

    A. entah…entah B. entah…mungkin C. mungkin…mungkin D. baik…ataupun

    4. ____abang, ayah____ tidak dapat menyelesaikan masalah Matematik itu.

    A. Sedangkan…apatah lagi B. Baik…ataupun C. Jangankan…pun D. Bukan sahaja…bahkan

    5. ____ditegur ____ menjadi-jadi pula perangainya yang buruk itu.

    A. Semakin…semakin B. Baik…baik C. Jangankan…pun D. Bukan sahaja…bahkan

    6. Barang-barang kosmetik syarikat itu ____ dipasarkan di Malaysia ____ di luar negeri.

    A. jangankan…tetapi B. entah…entah C. bukan sahaja…tetapi juga D. baik…tetapi

    7. Wang simpanannya itu ____ cukup _____ tidak untuk dijadikan modal perniagaan.

    A. baik…entah B. entah…entah C. bukan sahaja…tetapi juga D. jangankan…pun

    8. Tambang perjalanan ____ dengan bas ______ dengan kereta api telah naik.

    A. bukan sahaja…tetapi B. sedangkan…tambahan pula C. entah…entah D. baik…mahupun

    9. Penggunaan komputer ____ memerlukan kecekapan ____ pengetahuan yang baik mengenainya.

    A. baik…mahupun B. bukan sahaja…tetapi juga C. jangankan…tetapi juga D. sedangkan…apatah lagi

    Program Bahasa Malaysia Edubest SR3B04 14Prog

    ram

    Bah

    asa M

    alay

    sia E

    dube

    st

  • 10. Anak Puan Azura ____ dinasihati _____ bertambah kenakalannya.

    A. entah…semakin B. bukan sahaja…tetapi juga C. semakin---semakin D. baik…malah

    11. Pertunjukan itu ____ disertai oleh penyanyi baru ____ penyanyi veteran.

    A. entah…entah B. bukan sahaja…tetapi juga C. sedangkan…juga D. jangankan…pun

    12. _____ lama dia berkhidmat ____ tinggi pangkat yang diperolehnya.

    A. Semakin…semakin B. Semakin…juga C. Sedangkan…tetapi D. Entah…lagi

    13. Perjalanan itu ____jauh ____ amat membosankan.

    A. jangankan…tetapi B. semakin…semakin C. bukan sahaja…bahkan juga D. baik…mahupun

    14. “______ sihat_____ sakit orang tua itu kerana telah lama saya tidak menziarahinya,” kata Roslan.

    A. Sedangkan…tambahan pula B. Bukan sahaja…tetapi juga C. Semakin…semakin D. Entah…entah

    15. _____ abang pun tidak termakan sambal yang pedas itu _____ adik.

    A. Jangankan…pun B. Sedangkan…apatah lagi C. Sedangkan…pun D. Bukan sahaja…tetapi juga

    16. _____ Herman, Malek Noor ____ tidak terangkat batu yang berat itu.

    A. Jangankan…apatah lagi B. Jangankan…pun C. Sedangkan…pun D. Bukan sahaja…tetapi juga

    17. “______ pelajar universiti pun sukar memperoleh pekerjaan ______ pelajar lepasan SPM,” kata ibu.

    A. Jangankan…pun B. Sedangkan…malah C. Sedangkan…apatah lagi D. Baik…mahupun

    18. Penyakit orang tua itu ____ hari____ tenat.

    A. semakin…semakin Program Bahasa Malaysia Edubest SR3B04 15Pr

    ogra

    m B

    ahas

    a Mal

    aysia

    Edu

    best

  • B. semakin…mahupun C. baik…mahupun D. sedangkan… pun

    19. Anak perempuan jutawan itu ______ cantik ____ pandai.

    A. kian…kian B. semakin…semakin C. baik…tetapi juga D. bukan sahaja…tetapi juga

    20. ___ ayah ___ ibu tidak membenarkan saya menghadiri pesta itu.

    A. Sedangkan…pun B. Baik…mahupun C. Jangankan…tetapi D. Baik…tetapi juga

    21. Tragedi yang dahsyat itu ___ mengorbankan banyak nyawa _____ banyak harta benda yang musnah.

    A. bukan sahaja…bahkan juga B. baik…mahupun C. sedangkan…apatah lagi D. sedangkan tambahan pula

    22. projek pembangunan terus dijalankan _____ di kota ____ di desa.

    A. jangankan…tetapi B. sedangkan…tambahan pula C. semakin…semakin D. baik…mahupun

    23. _____ banyak kita membaca, ____ bertambah ilmu pengetahuan.

    A. Semakin…semakin B. Jangankan…semakin C. Baik…semakin D. Sedangkan…pun

    24. Majlis itu diadakan ___ untuk meraikan para tetamu ___ untuk mengutip derma bagi membantu murid yang malang itu.

    A. bukan sahaja…tetapi juga B. jangankan…tetapi C. sedangkan…tambahan D. baik…baik

    25. Projek ini ___ memberikan faedah kepada kerajaan negeri ____ kepada penduduk tempatan.

    A. entah….entah B. sedangkan…apatah lagi C. jangankan… pun D. bukan sahaja… tetapi juga

    Program Bahasa Malaysia Edubest SR3B04 16Prog

    ram

    Bah

    asa M

    alay

    sia E

    dube

    st

  • C. Penulisan Bahagian A : Membina Ayat (Sila rujuk gambar yang diberi) Bahagian B : Karangan

    Karangan Jenis Surat Tidak Rasmi

    Panduan Mengarang

    1. Surat kiriman ialah karangan jenis berformat. Anda mestilah mengetahui formatnya, seperti kedudukan alamat penulis, tarikh menulis surat, kata-kata aluan, panggilan dan tanda tangan penulis.

    2. Panggilan dalam surat sudah ditetapkan. Contoh:

    Penerima surat Panggilan Penerima Gelaran Diri Penulis sahabat saudara/

    (nama penerima) saya

    bapa ayahanda anakanda ibu bonda anakanda

    anak anakanda ayahanda/bonda abang/kakak kakanda adinda

    adik adinda kakanda datuk/nenek nenda cucunda

    cucu cucunda nenda

    3. Kata alu-aluan diperlukan. Tujuan menulis surat biasanya dinyatakan (secara langsung atau tidak langsung)

    4. Karangan berakhir dengan kiriman salam dan ucapan terma kasih sebelum tanda tangan.

    Karangan Contoh : Ayah kamu sudah lama tidak pulang kerana kesibukannya dalam menjalankan tugas. Tulis sepucuk surat kepada ayah kamu dengan menceritakan keadaan keluarga.

    Program Bahasa Malaysia Edubest SR3B04 17Prog

    ram

    Bah

    asa M

    alay

    sia E

    dube

    st

  • 56, Jalan 5/4, Taman Bahagia, Jalan Kuchai Lama, 57100 Kuala Lumpur. 2 Mei 2003. Menemui ayahanda yang berada di Kota Kinabalu, semoga dalam keadaan sihat. Ayahanda, Ketika anakanda menulis surat ini, anakanda dan seisi keluarga dalam keadaan sihat wal afiat. Diharapkan ayahanda lebih-lebih lagi. Bagaimanakah pekerjaan ayahanda ? Sebagai pegawai pemasaran yang cekap dan bertanggungjawab, anakanda yakin ayahanda dapat menjalankan tugas dengan baik. Diharapkan ayahanda cepat menyelesaikan tugas agar dapat segera kembali bertugas di negeri sendiri. Walaupun begitu, kesihatan ayahanda perlu dijaga. Anakanda mengerti ayahanda bukanlah mata duitan sehinggakan mengabaikan kesihatan diri. Sebab itulah ayahanda masih kelihatan segak walaupun sudah berusia 48 tahun. Ayahanda yang diingati, Diharapkan dapat ayahanda tugas tanpa risau memikirkan keadaan kami. Cuma Usu sahaja yang selalu menyebut-nyebut nama ayahanda kerana dia belum mengerti erti perpisahan. Manakala Angah sering masuk angin pada waktu malam. Oh ya, sebelum terlupa, anakanda ingin memaklumkan keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun. Dalam lima mata pelajaran utama, anakanda memperoleh 90 peratus kecuali Bahasa Inggeris cuma 84 peratus. Anakanda belum berpuas hati.

    Program Bahasa Malaysia Edubest SR3B04 18Prog

    ram

    Bah

    asa M

    alay

    sia E

    dube

    st

  • Menanti UPSR bulan September kelak, anakanda akan melipatgandakan usaha, Anakanda berazam memperoleh 5A dalam peperiksaan tersebut. Sebagai anak sulung, anakanda ingin menjadi contoh kepada adik-adik yang lain. Sehingga sini dahulu surat anakanda kepada ayahanda yang dirindui. Salam kasih sayang yang berpanjangan daripada kami di Kuantan. Sekian. Anakanda yang jauh, Amirul Hafiz Latihan: A. Latihan Kelas Guru kamu telah berpindah sekolah. Tulis sepucuk surat kepada guru kamu itu dengan menceritakan perkembangan baru. Pendahuluan : alamat / tarikh / kata alu-aluan Isi 1 : -bertanya khabar tentang keadaan kesihatan -teman sekelas bertanyakan cikgu -dua bulan berpindah mulai terasa kehilangan Isi 2 : -ketiadaan cikgu diganti oleh guru baru -guru lepasan maktab perguruan -sifat dedikasi guru dipuji -menerima guru tersebut dengan senang hati -walaupun rindu/sedih, cuba menyesuaikan diri Isi 3 : -menunaikan janji yang dilafazkan -berjaya dalam akademik dan kokurikulum -johan pertandingan bercerita peringkat negeri -kejayaan mengharumkan nama sekolah Isi 4 : Janji dan harapan -rajin berusaha : menghadapi UPSR dengan

    Program Bahasa Malaysia Edubest SR3B04 19Prog

    ram

    Bah

    asa M

    alay

    sia E

    dube

    st

  • keyakinan demi memperoleh kejayaan -tidak mengecewakan ibu bapa / guru -harap cikgu menjenguk jika senang Penutup : lafaz terima kasih tanda tangan B. Sehari Selembar Benang Kamu mempunyai sahabat pena yang ingin mengetahui usaha-usaha yang telah kamu lakukan sehingga memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR Permulaan : kata-kata menghadap surat Isi 1 : sejak akhir-akhir ini, hati tergerak untuk menulis surat Isi 2 : Persiapan perlu dilakukan sejak Tahun Empat Isi 3 : memberi tumpuan ketika di dalam kelas Isi 4 : latihan perlu disiapkan / kelas tambahan Isi 5 : kesihatan dijaga – makanan, suka & rehat Penutup : kirim salam / tanda tangan Nota Tambahan:

    • Diharap saudari sekeluarga dalam keadaan sihat • Tujuan saya menulis surat ini adalah… • Sampaikan salam saya kepada ayahanda dan bonda saudari • Sambutlah salam mesra daripada saya sekeluarga • Setakat inilah yang dapat saya tulis. Jumpa lagi di lembaran lain • Sehingga sini dahulu surat saya untuk kali ini • Demikianlah dahulu surat saya buat kali ini.

    Program Bahasa Malaysia Edubest SR3B04 20Pr

    ogra

    m B

    ahas

    a Mal

    aysia

    Edu

    best

  • Bahagian C : Ulasan / Komen Tulis beberapa nilai murni/pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan. Petikan 1: Pergi ke dapur mengambil cawan, Cawan dibasuh oleh Kak Eton; Orang baik disenangi kawan, Sentiasa baik bersopan santun. Pergi ke kedai membeli kaya, Kaya disapu di atas roti; Orang pandai terus berjaya, Tidak mudah patah hati. Pergi ke pasar membeli laksa, Laksa dimakan oleh Kak Bedah, Orang rajin tidak membuang masa, Masa diisi dengan kegiatan berfaedah. Pergi ke sungai memancing ikan, Ikan disiang oleh Aru; Orang jujur disukai rakan, Rajin menolong, menghormati guru Petikan 2:

    Loceng berbunyi menandakan waktu rehat. Jamil tergesa-gesa ke kantin. Walaupun dia bersarapan sebelum pergi ke sekolah pada setiap hari, dia tetap berasa lapar. Sewaktu Jamil tiba di kantin, ramai murid yang telah beratur untuk membeli makanan dan minuman. Akibatnya, Jamil memotong barisan. Malangnya, perbuatannya dilihat oleh pengawas yang bertugas, iaitu Saiful. Saiful mengarahkannya kembali ke tempat asalnya. Jamil akur akan arahan Saiful kerana dia sedar akan kesalahannya. Akhirnya, giliran Jamil pun tiba.

    Program Bahasa Malaysia Edubest SR3B04 21Prog

    ram

    Bah

    asa M

    alay

    sia E

    dube

    st

  • Setelah membeli nasi lemak, Jamil terus makan tanpa membasuh tangannya. Selepas makan, dia membuang pembungkus nasi lemak ke dalam tong sampah. Walaupun agak nakal, Jamil tetap sedar akan tanggungjawabnya untuk menjaga kebersihan kawasan sekolah.

    Program Bahasa Malaysia Edubest SR3B04 22Prog

    ram

    Bah

    asa M

    alay

    sia E

    dube

    st

  • D. Rampaian Bahasa a. Simpulan Bahasa 1. Gaji Buta : Gaji yang diterima tanpa bekerja

    2. Garam hidup : Mempunyai banyak pengalaman hidup

    3. Gatal mulut : Suka menceritakan hal keburukan orang lain

    4. Gatal tangan : Gemar membuat pekerjaan yang bukan-bukan

    5. Gelap mata : Hilang pertimbangan; mengamuk kerana

    terlalu marah

    6. Gelora hati : Perasaan hati yang bergolak

    7. Gerak hati : Rasa hati

    8. Gila-gila bahasa : Orang yang tidak sihat fikirannya

    9. Gila bayang : Jatuh cinta pada orang yang tidak

    membalasnya

    10. Gila judi : Suka bermain judi

    11. Gila pangkat : Keinginan yang kuat untuk mendapat pangkat

    12. Habis akal : Tidak tahu apa yang hendak dibuat atau

    difikirkan

    13. Habis modal : Tidak ada idea atau bahan yang hendak

    dibincangkan

    14. Halwa telinga : Sesuatu yang sedap didengar

    15. Hancur hati : Terlalu sedih

    16. Hanyut diri : Sesat langkah

    17. Harga diri : Maruah

    18. Hati batu : a. Degil, azam yang kuat

    Program Bahasa Malaysia Edubest SR3B04 23Prog

    ram

    Bah

    asa M

    alay

    sia E

    dube

    st

  • b. Tidak berperikemanusiaan, tidak bertimbangrasa

    19. Hati emas : Baik hati

    20. Hati perut : Seseorang yang mempunyai perasaan

    21. Hati tungau : Penakut

    22. Hentam keromo : Memukul/mengkritik sehabis-habisnya tanpa usul

    periksa

    23. Hidung belang : Lelaki yang suka mengganggu perempuan

    24. Hidung tinggi : Sombong

    25. Hidup-hidup : Secara terang-terang

    26. Hilang akal : Habis akal

    27. Hisap darah : memeras keuntungan yang terlalu banyak

    28. Hutang budi : Jasa baik yang diterima daripada orang lain

    29. Hutang darah : Tuntutan bela ke atas seseorang kerana kekejaman

    yang dilakukan

    30. Hutang lapuk : Hutang yang tidak berbayar

    Program Bahasa Malaysia Edubest SR3B04 24Prog

    ram

    Bah

    asa M

    alay

    sia E

    dube

    st

  • b. Kata Ganda 1. tergagap-gagap : percakapan yang tersekat-sekat

    2. gali-galian : pelbagai jenis bahan galian

    3. gelap-gelita : keadaan yang amat gelap

    4. gerak-geri : pergerakan seseorang

    5. tergesa-gesa : terburu-buru

    6. gilang-gemilang : a. meriah b. sangat terang c. amat elok (rupa)

    7. bergilir-gilir : mengikut giliran

    8. tergopoh-gapah : tergesa-gesa sehingga hasil kerja tidak baik

    9. gotong-royong : bekerjasama

    10. bergugus-gugus : banyak (dalam keadaan gugus : buah)

    11. gunung-ganang : pelbagai jenis gunung; banjaran

    12. bergurau-senda : bergurau

    13. hampir-hampir : nyaris-nyaris

    14. berhati-hati : cermat

    15. hidup-hidup : secara hidup

    16. berhimpit-himpit : bergerak dalam keadaan yang penuh sesak

    17. terhincut-hincut : berjalan tempang

    18. hingar-bingar : riuh-rendah; sangat bising

    19. hiruk-pikuk : riuh-rendah; sangat bising

    20. hitam-legam : amat hitam

    21. huru-hara : keadaan yang tidak tenteram/tenang

    22. terhuyung-hayang : berjalan dalam keadaan yang tidak stabil (mabuk)

    Program Bahasa Malaysia Edubest SR3B04 25Prog

    ram

    Bah

    asa M

    alay

    sia E

    dube

    st

  • c. Perkataan Banyak Makna

    1. Padam

    a. tidak bernyala : Api lilin itu padam apabila ditiup angina. b. luput, hilang : Rindunya terhadap keluarga tidak pernah padam

    sejak melanjutkan pelajaran di luar negeri. c. bersihkan/ : “Tolong padam papan tulis ini,” kata cikgu.

    hilangkan

    2. Padat

    a. penuh/tumpat : Inti kuih koci itu sangat padat. b. sesak : Penumpang bas itu padat sekali. c. banyak sekali : Penduduk bandar raya Kuala Lumpur sangat

    padat dan terdiri daripada berbilang kaum. d. bernas : Hujah yang dikemukan oleh pembahas itu padat

    sekali.

    3. Pahit

    a. rasa hempedu : Ubat itu pahit sekali. b. susah : Pahit sekali untuk mencari sesuap nasi semasa

    negara dilanda kemelesetan ekonomi. c. sukar diterima : Peristiwa pahit yang menimpanya itu amat

    menyedihkan.

    4. Paras

    a. wajah : Paras gadis itu molek dan menawan. b. had : Air sungai itu sudah naik ke paras yang

    berbahaya.

    5. Pasang

    a. penjodoh bilangan : Adik membeli sepasang kasut baru.

    Program Bahasa Malaysia Edubest SR3B04 26Prog

    ram

    Bah

    asa M

    alay

    sia E

    dube

    st

  • b. naik : Setiap kali air pasang, kawasan itu akan ditenggelami air.

    6. Pedas

    a. rasa cili : Pedas sekali masakan mak cik hari ini. b. tajam. keras : Kata-katanya sungguh pedas dan tajam.

    Program Bahasa Malaysia Edubest SR3B04 27Prog

    ram

    Bah

    asa M

    alay

    sia E

    dube

    st

  • d. Perkataan Hampir Sama Makna

    Cara Melihat

    1. melihat : melihat secara umum / biasa

    2. menengok : pergi / datang melihat (dengan tujuan)

    3. menyaksikan : melihat perkara yang berlaku di depan mata

    4. memandang : melihat ke sesuatu tempat

    5. meneliti : melihat / membaca dengan teliti

    6. memerhati : melihat sesuatu dengan teliti dengan penuh khusyuk

    7. mengintai : melihat secara tersembunyi

    8. membaca : melihat bahan bacaan

    9. menonton : meihat program atau tayangan televisyen /wayang

    10. menatap : memandang (wajah) dengan bersungguh-sungguh

    11. merenung : memerhatikan (muka seseorang) dengan penuh

    perhatian

    12. mengamati : memerhatikan benar-benar (kejadian/muka)

    13. mengawasi : memerhatikan gerak-geri seseorang

    14. menjenguk : a. melihat dengan menghulurkan kepala ke hadapan

    b. melawat / menziarahi seseorang 15. mengintip : melihat secara tersembunyi untuk tujuan siasatan

    16. memata-matai : mengawasi secara diam-diam / mengintip

    17. menjeling : melihat dengan ekor mata

    Program Bahasa Malaysia Edubest SR3B04 28Pr

    ogra

    m B

    ahas

    a Mal

    aysia

    Edu

    best

  • e. Pepatah Melayu

    1. Berjalan pelihara kaki, bercakap pelihara lidah Maksud : Fikir semasak-masaknya apabila melakukan sesuatu agar tidak mendatangkan masalah Contoh : Harirul selalu mengamalkan sikap berjalan pelihara kaki,

    bercakap pelihara lidah kerana dia tidak mahu segala tindakannya mendatangkan masalah

    2. Berjalan sampai ke batas, belayar sampai ke pulau Maksud : Melakukan sesuatu perkara biarlah sehingga selesai atau berjaya Contoh : Khairul bukanlah seorang yang suka membuat kerja sambil lewa kerana padanya berjalan sampai ke batas, belayar sampai ke

    pulau jika ingin berjaya.

    3. Berselindung di sebalik telunjuk

    Maksud : Menyembunyikan sesuatu rahsia dengan alasan yang tipis tetapi diketahui oleh orang juga. Contoh : Encik Lim sering berselindung di sebalik telunjuk tentang

    kepincangan syarikatnya.

    4. Bertangguh tak menjadi, beransur tak tertahan

    Maksud : Sesuatu pekerjaan yang dilakukan secara beransur-ansur untuk mendapatkan hasil adalah lebih baik daripada kerja yang sering ditangguhkan.

    Contoh : Untuk membeli rumah, kita hendaklah bertindak segera kerana

    Program Bahasa Malaysia Edubest SR3B04 29Prog

    ram

    Bah

    asa M

    alay

    sia E

    dube

    st

  • nanti bertangguh tak menjadi, beransur tak tertahan. 5. Besar sandar dari gelegar

    Maksud : Jangan lakukan sesuatu tindakan yang melebihi kemampuan kita.

    Contoh : Zaharah selalu berangan-angan hendak menjadi jutawan. Angan- angannya itu seperti besar sandar dari gelegar.

    Program Bahasa Malaysia Edubest SR3B04 30Prog

    ram

    Bah

    asa M

    alay

    sia E

    dube

    st

  • Kertas Model 4

    Program Bahasa Malaysia Edubest SR3B04 31

  • Program Bahasa Malaysia Edubest SR3B04 32

  • Program Bahasa Malaysia Edubest SR3B04 33

  • Program Bahasa Malaysia Edubest SR3B04 34

  • Program Bahasa Malaysia Edubest SR3B04 35

  • Program Bahasa Malaysia Edubest SR3B04 36

  • Program Bahasa Malaysia Edubest SR3B04 37

  • Program Bahasa Malaysia Edubest SR3B04 38

  • Program Bahasa Malaysia Edubest SR3B04 39

  • Program Bahasa Malaysia Edubest SR3B04 40

  • Program Bahasa Malaysia Edubest SR3B04 41

  • Program Bahasa Malaysia Edubest SR3B04 42

  • Pelan Lokasi

    @ Pusat Tuisyen Didikan Genius

    No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650

    http://www.edubest.com.my

    A. Pemahaman A. Amira sudah lama tidak datang ke rumahnya B. Amira sudah lama tidak menelefonnya C. Amira sudah lama tidak mengutus berita kepadanya D. Amira tidak dapat datang ke rumahnya pada Hari Raya Haji

    A. Stesen bas B. Stesen kereta api C. Di rumah Amira D. Di lapangan terbang

    A Bercuti Petikan 2 A. kasihan B. gembira C. tolong D. geram A. Penduduk kampung tidak ada duit A Kerana mereka disayangi oleh pasangan itu B. Tatabahasa

    Praktis 1 Praktis 2 Praktis 3 A. atau B. dan C. juga D. serta A. Sedangkan…apatah lagi B. Baik…ataupun C. Jangankan…pun D. Bukan sahaja…bahkan

    C. Penulisan

    c. Perkataan Banyak Makna d. Perkataan Hampir Sama Makna b. melawat / menziarahi seseorang e. Pepatah Melayu

    Program Bahasa Melayu Bestari F Cover.pdfModul 9

    Kulit Program BM SR3B+1Blank.pdfProgram Bahasa Malaysia Sekolah Rendah Edubest