Upload
others
View
13
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
@
Pusat Tuisyen Didikan Genius
Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest
Modul PT3
SM 107
Nama : _____________________________
Format Bahasa Melayu PT3
Kertas 1 : 60% (1 Jam 30 minit)
Bahagian A: (20%)
20 Soalan aneka pilihan
a. Sistem bahasa
b. Pemahaman teks (Prosa /novel/ puisi)
Bahagian B: (25%)
Soalan 1: Objektif pelbagai bentuk (5 markah)
Soalan 2: Respons terhad - Pemahaman teks (prosa / puisi) (10%)
Soalan 3: Respons terhad - Novel (10%)
Bahagian C: (15%)
Pemindahan maklumat : Ulasan / Ringkasan / Rumusan (pilih 1 daripada
2)
Kertas 2 : 40% (1 jam)
Bahagian A: (10%)
Penulisan karangan pendek (Berdasarkan idea yang diberikan)
Bahagian B: (30%)
Penulisan karangan (pilih 1 daripada 3 tema)
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Sistem Bahasa
Bahagian A
A. Golongan Kata
Kata Penguat
Kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti kata adjektif dan
menguatkan maksud yang terkandung dalam kata adjektif.
Terdapat tiga jenis kata penguat iaitu:
1. Kata Penguat Hadapan
Perkataan yang terletak di hadapan kata adjektif.
Contoh: terlalu, paling, agak
Contoh ayat:
Sungai itu agak dalam.
Masakan isterinya paling sedap.
2. Kata Penguat Belakang
Perkataan yang letaknya di belakang kata adjektif.
Contoh: sekali, benar, nian
Contoh ayat:
Cantik benar rumah di atas bukit itu.
Kemas sekali jahitannya.
3. Kata Penguat Bebas
Perkataan yang kedudukannya bebas iaitu sama ada di hadapan atau di
belakang kata adjektif.
Contoh: amat, sangat, sungguh
Contoh ayat:
Sungai itu sangat dalam
Pemandangan di tepi pantai itu indah sungguh.
Soalan:
A. Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling
sesuai.
1. Indah suasana pada waktu pagi di kampung itu.
A. nian
Program Bahasa Melayu Edubest SM107_PT3_2020 1
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
B. agak
C. paling
D. sangat
2. Cuaca pada hari ini mendung dan berangin juga.
A. agak
B. paling
C. sangat
D. sungguh
3. Laluan yang untuk ke bandar telah ditutup kelmarin.
A. terbaik
B. terkecil
C. terbesar
D. terdekat
4. Kami amat senang dengan layanan yang kamu berikan sepanjang
percutian kami di sini.
A. nian
B. betul
C. sekali
D. sungguh
5. Janganlah kamu mudah menerima kedatangan tamu yang tidak
dikenali itu.
A. agak
B. benar
C. paling
D. begitu
6. Inilah dewan yang yang dapat kami sediakan untuk anda semua.
A. terluas
B. terlebar
C. terhebat
D. terpanjang
7. Papan iklan itu adalah yang besar pernah dihasilkan di negara ini.
A. amat
B. paling
C. teramat
D. tersangat
8. Kecaman yang pedas sekali itu dilontarkan oleh wakil dari Selangor.
Program Bahasa Melayu Edubest SM107_PT3_2020 2
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
A. amat
B. begitu
C. terlalu
D. tersangat
9. Penjelasannya itu jelas dan semua pihak nampaknya telah berpuas
hati.
A. agak
B. paling
C. sungguh
D. memang
10. Kuat angin yang bertiup tadi sehingga terbang segala kertas yang
ada di atas meja itu.
A. nian
B. benar
C. begitu
D. belaka
Soalan B
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mempunyai
kesalahan dalam penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan
sama ada A, B, C jika ayat itu mempunyai kesalahan dan tandakan D jika
tiada kesalahan.
1. Mereka terkejut melihatkan haiwan yang begitu besar sekali itu berada di
kampung tersebut selamna ini.
A. begitu besar
B. terbesar sekali
C. paling besar sekali
D. begitu besar sekali
2. Jurang di bawah laut yang paling dalam sekali di dunia terletak di Filipina.
A. paling dalam
B. terdalam sekali
C. paling terdalam
D. paling dalam sekali
3. Begitu kagum sekali Harun melihat ikan toman sepanjang dua meter yang
dipelihara oleh Pak Don itu.
A. Agak kagum
B. Agak kagum betul
C. Agak kagum benar
Program Bahasa Melayu Edubest SM107_PT3_2020 3
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
D. Begitu kagum sekali
4. Baju ini kelihatan sungguh cantik betul apabila dipadankan dengan aksesori ini.
A. amat cantik sekali
B. begitu cantik benar
C. paling cantik sekali
D. sungguh cantik betul
5. Suara penyanyi itu adalah yang paling merdu sekali.
A. yang merdu sekali
B. yang termerdu amat
C. yang termerdu sekali
D. yang paling merdu sekali
B. Penggunaan Kata Dalam Ayat
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
1. I Gangguan bekalan air yang berlangsung di daerah itu telah berjaya diatasi.
II Persandingan anak pembesar negeri itu berlangsung tiga hari tiga malam.
III Larangan memasuki bandar itu berlangsung mulai dari hari Isnin.
IV Pertemuan dua orang menteri besar itu berlangsung di pejabat Perdana Menteri.
A. I dan II
B. II dan IV
C. I, II, dan III
D. II, III, dan IV
2. I Burung helang itu berputar-putar di udara sebelum menyambar mangsanya.
II Untuk kami memahami penjelasannya yang berputar-putar itu sangat sukar.
III Kapal terbang itu berputar-putar beberapa kali sebelum terhempas ke bumi.
IV Menara KL mempunyai sebuah restoran berputar-putar.
A. I dan II
B. III dan IV
C. I, II, dan III
D. I, II, III, dan IV
Program Bahasa Melayu Edubest SM107_PT3_2020 4
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
C. Memilih Frasa Yang Betul
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mempunyai
kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.
Tandai sama ada A, B, atau C jika ayat itu mempunyai kesalahan dan tandai D jika
tiada kesalahan.
1. Tumirah tidak akan sekali-sekali menyerahkan adik- adiknya yang masih kecil
kepada keluarga angkat.
A. tidak akan sekali
B. tidak akan sekali-kali
C. tidak akan sekali-sekala
D. tidak akan sekali-sekali
2. Sambil menjunjung sebuntil beras di kepalanya, Puan Anjali menjinjing sebakul
ikan sepat di tangan kirinya.
A. Sambil menjulang sebuntil beras
B. Sambil menatang buntil beras
C. Sambil memikul buntil beras
D. Sambil menjunjung buntil beras
3. Pesakit itu amat lemah selepas menjalankan pembedahan jantung.
A. dijalankan pembedahan jantung
B. menjalani pembedahan jantung
C. pembedahan jantung berjalan
D. menjalankan pembedahan jantung
D. Memilih Ayat Yang Betul
Pilih ayat-ayat yang betul.
1. I Puan Hasnah tidak sekali akan melupakan suaminya yang telah meninggal
dunia itu.
II Jangan mudah terperdaya oleh puji-pujian yang diberikan orang kepada kita.
III Oleh sebab tidak rela dimadu, Puan Erma meminta cerai daripada suaminya.
IV Apa-apa juga yang diperkatakan oleh rakannya yang gemar berbohong itu
tidak dipercayainya lagi.
A. I dan II
B. II dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
Program Bahasa Melayu Edubest SM107_PT3_2020 5
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
2. I Manakala menunggu keretanya siap dibasuh, Encik Farid membaca akhbar.
II Lelaki-lelaki yang mencolek kedua-dua anak jutawan itu telah diberkas polls.
III Lori yang bermuat dengan berpuluh-puluh tong gas itu mengalami kerosakan.
IV Wanita yang diperisteri oleh Encik Mazlan itu janda beranak satu.
A. I dan III
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
3. I Puteri yang dijadikan permaisuri oleh raja itu direstui rakyat.
II Walaupun kulitnya amat hitam legam, budak itu disukai oleh rakan-rakannya.
III Dia berharap agar kejadian itu menjadi pengajaran kepada anak-anaknya.
IV Berdasar pada prestasi semasa Lim, dia tidak mungkin dapat mengalahkan
Ravin.
A. I dan IV
B. II dan III
C. I, III, dan IV
D. II, III, dan IV
E. Memilih Ayat Yang Sama Maksud
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang mempunyai maksud yang
paling hampir dengan ayat tang dicetak tebal.
1. Kebanyakan pelajar kurang gemar mengulang kaji pelajaran di
perpustakaan kerana peraturan yang diguna pakai mengehadkan aktiviti
mereka.
A. Undang-undang yang diaplikasi di perpustakaan menyebabkan pelajar tidak
suka menelaah pelajaran yang terhad di sana.
B. Undang-undang perpustakaan yang ketat mengehadkan aktiviti pelajar, oleh
itu tidak sesuai dijadikan tempat menelaah pelajaran.
C. Oleh sebab peraturan perpustakaan mengehadkan aktiviti mereka, banyak
pelajar yang kurang suka menelaah pelajaran di situ.
D. Dengan adanya peraturan yang ketat di perpustakaan, aktiviti pelajar
menjadi terhad dan hal ini mengurangkan minat mereka untuk belajar di situ.
2. Peluang Hafiz Hashim untuk melangkah ke perlawanan akhir semakin
cerah berikutan kekalahan Lin Dan kepada Lee Hyung Ii.
A. Hafiz Hashim berpeluang memasuki perlawanan akhir selepas Lee Hyung Ii
tumpas di tangan Lin Dan.
Program Bahasa Melayu Edubest SM107_PT3_2020 6
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
B. Kekalahan Lin Dan kepada Lee Hyung Ii mencerahkan peluang Hafiz Hashim
untuk memasuki perlawanan akhir.
C. Hafiz Hashim berpeluang untuk memasuki perlawanan akhir jika dia dapat
menewaskan Lee Hyung Ii yang menumpaskan Lin Dan.
D. Hafiz Hashim berjaya melangkah ke perlawanan akhir selepas Lee Hyung Ii
menumpaskan Lin Dan.
3. Pemecatan Encik Govinda daripada jawatan yang disandangnya
mengejutkan kakitangan syarikat itu.
A. Kakitangan Syarikat itu terkejut apabila Encik Govinda dipecat daripada
jawatannya.
B. Pemecatan jawatan Encik Govinda mengejutkan kakitangan yang
menyandang syarikat itu.
C. Encik Govinda mengejutkan kakitangan syarikat itu dengan memecat
jawatan yang disandangnya.
D. Encik Govinda dipecat daripada jawatannya kerana mengejutkan kakitangannya.
F. Peribahasa
Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi soalan-soalan di bawah ini.
1. Rahimah yang degil itu akhirnya dapat dipujuk oleh ayahnya untuk melanjutkan
pelajaran ke universiti tempatan.
Keadaan ini dikatakan _____________
A. hari tidak selamanya panas
B. batu pun empuk, jangankan hati manusia
C. kepala sama hitam, hati lain-lain
D. rusa masuk ke kampung
2. Sementara menunggu pokok kelapa yang ditanam oleh mereka berbuah, Pak
Seman dan isterinya menanam sayur untuk menampung perbelanjaan keluarga.
Perbuatan mereka ibarat
A. kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagu
B. berjagung-jagung dahulu sementara menanti padi masak
C. diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat
D. ringan tulang berat perut
3. Setelah hampir tiga puluh tahun Sulaiman merantau dari sebuah negara ke
sebuah negara, akhirnya dia kembali ke tanah airnya semula.
Keadaan ini dikatakan _____________
A. hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri
Program Bahasa Melayu Edubest SM107_PT3_2020 7
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
B. turutkan hati mati, turutkan rasa binasa
C. sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
D. setinggi-tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau juga
( / )
Program Bahasa Melayu Edubest SM107_PT3_2020 8
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Bahagian B:
1 Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan
kesalahan tersebut dan tulis jawapannya pada ruangan yang disediakan. Anda tidak
perlu menyalin ayat itu semula.
Jenis kesalahan tatabahasa:
Kata tugas
Ayat
Istilah
Imbuhan
Hukum DM
Ayat Jenis Kesalahan
Tatabahasa
(i) Raziq merasa sungguh gembira kerana dapat menimba
ilmu daripada seorang pakar masakan yang terkenal.
(ii) Azamawati mencuci ikkan-ikan air tawar itu
menggunakan air asam jawa untuk menghilangkan bau
tengik.
(iii) “Himpunan majalah-majalah lama itu akan disimpan di
dalam kotak sebelum dijual,” kata Cikgu Ramli kepada Shila
dan Murni.
(iv) Anak perempuan Puan Rosnani yang berusia lima bulan
itu sangat jelita.
( /8)
Program Bahasa Melayu Edubest SM107_PT3_2020 9
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
2 Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti dan
betulkan kesalahan tersebut. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
Jenis kesalahan ejaan:
Kata majmuk
BA BM
Vokal (a e i o u)
Tanda baca (Aa / “ ” / - )
Imbuhan (gg & kk)
Ayat Jenis Kesalahan
Ejaan
(i) Beberapa orang peserta sedang mendengar penerangan
tentang cara-cara menconteng batik daripada usahawan muda
itu
(ii) Abang Kamal dan rakan-rakannya akan menyertai
ekspedisi motorsikal berkuasa tinggi pada hujung bulan ini.
(iii) Seni muzik gabus menjadi bukti kepada teori kedatangan
Islam dari Semenanjung Tanah Arab,” kata pensyarah itu.
( /3)
3. Tukar ayat aktif di bawah kepada ayat pasif.
Teknik : Kenal pasti :
Program Bahasa Melayu Edubest SM107_PT3_2020 10
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Subjek : Ali / Saya / Mereka
Kata kerja : membaca
Objek : buku itu
Frasa sendi / hubung : di bilik
2. Tukar kedudukan subjek dan objek. Frasa sendi / hubung kekal di belakang
Nota : Subjek (orang) pihak pertama (saya & kami) dan kedua (kamu dan kalian)
tidak boleh guna “di…oleh”
Contoh : Saya membaca buku itu di bilik
Buku itu saya baca.
Hanya subjek pihak ketiga (dia & nama orang) guna “di…oleh”
Mereka membaca buku itu di bilik
Buku itu dibaca oleh mereka di bilik.
Latihan :
(i) Puan Wafa merendam pakaian yang kotor itu di dalam baldi.
_____________________________________________________________________
(ii) Saya baru sahaja meminjam basikal itu daripada Pak Abu.
_____________________________________________________________________
(iii) Doktor gigi akan mencabut gigi Nazrin yang bergoyang itu.
_____________________________________________________________________
(iv) Pihak penaja telah mengadakan sesi uji bakat di Dewan Mestika semalam.
_____________________________________________________________________
Program Bahasa Melayu Edubest SM107_PT3_2020 11
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
(v) Badri dan ayahnya sedang menebang pohon-pohon buluh dibelakang rumah.
_____________________________________________________________________
( /10)
4. Lihat gambar di bawah dengan teliti. Kemudian tulis satu peribahasa yang sesuai
dengan gambar tersebut.
( /4)
Program Bahasa Melayu Edubest SM107_PT3_2020 12
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Penulisan :
A. Ringkasan (15%)
Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis suatu ringkasan tentang kebaikan
menggunnakan internet dalam pendidikan .
Dalam mengadaptasi kemudahan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran
di sekolah, masih ada tanggapan negatif yang mengatakan internet hanya sebagai
menambahkan koleksi sahabat pena di kalangan pelajar. Malahan internet diberikan
gambaran yang buruk-buruk seperti kegiatan melayari laman web pornografi. Jika masyarakat
memikirkan internet dari sudut negatif sahaja, maka pengaplikasian internet dalam proses pengajaran
dan pembelajaran tidak akan berkesan.
Jika diteliti kelebihan internet secara mendalam, tanggapan di atas meleset sama sekali. Internet
sebenarnya mampu menyediakan pelbagai sumber maklumat dan khidmat pendidikan yang bersifat
luas dan berharga. Kini bukan lagi satu khayalan apabila pelajar dan guru dengan mudah dapat
melawat dan masuk ke perpustakaan seluruh dunia untuk pelbagai tujuan seperti
mendapatkan sumber-sumber penyelidikan, mempertingkatkan penguasaan bahasa asing dan
mengetahui keunikan pelbagai budaya di dunia.
Kini sudah terdapat perpustakaan elektronik dalam internet yang dapat membantu
para pelajar dan guru membuat tugasan penyelidikan mereka. Perpustakaan itu akan menyediakan
sebuah pintu masuk yang bersifat maya untuk membolehkan penggunanya mengakses pelbagai
sumber maklumat yang turut diperkaya dengan unsur-unsur multimedia seperti teks, gambar,
bunyi dan video. Teknologi internet juga mampu menyediakan kemudahan kepada para guru
dan pelajar untuk mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti seperti pembangunan laman web di
setiap sekolah. Laman web boleh dijadikan sebagai saluran yang berkesan untuk mewartakan segala
kegiatan yang dilaksanakan di sekolah kepada para pelajar dan guru sekolah tersebut. Di
camping itu, laman web juga boleh diakses oleh para pelajar dan guru atau pihak lain yang berminat.
Sebagai sebuah rangkaian yang bersifat global, internet membolehkan sekolah -
sekolah mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti pendidikan seperti projek penyelidikan.
Salah satu bidang penyelidikan atau eksperimen yang sesuai dilaksanakan menggunakan
internet ialah penggunaan fungsi suara dan video. Hasil daripada penyelidikan ini bolehlah
digunakan di persekitaran sekolah atau disebarkan melalui rangkaian sidang video antara sekolah-
sekolah di seluruh negara.
Program Bahasa Melayu Edubest SM107_PT3_2020 13
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
B. Karangan Pendek (10%) – 15 minit
Berdasarkan maklumat yang diberikan, tulis sebuah karangan pendek. Panjang
karangan anda antara 50 hingga 80 patah perkataan.
Isi :
Program Bahasa Melayu Edubest SM107_PT3_2020 14
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
C. Karangan Umum (30%)
Karangan Jenis Syarahan
Panduan Menulis Karangan Syarahan
1. Karangan jenis syarahan atau dikenal juga sebagai pidato merupakan karangan
berformat.
2. Berikut adalah format yang perlu diikuti apabila menulis karangan jenis ini.
(a) Kata alu-aluan kepada para hadirin. Kata-kata ini mestilah mengikut
pangkat seperti Yang Mulia, Yang Berhormat, Yang Berbahagia, Yang
dihormati, dan lain-lain.
(b) Kata-kata penghadapan diselang-selikan antara satu atau dua perenggan.
Antara kata-kata penghadapan yang biasa digunakan ialah, Hadirin yang
dihormati, Hadirin dan hadirat sekalian, Tuan-tuan dan puan-puan,
Saudara-saudari, dan lain-lain. Penulisannya hendaklah dimulakan
betul-betul di sebelah kiri dan selepas dilangkau satu baris daripada isi
sebelumnya.
3. Kandungan syarahan terbahagi kepada tiga, iaitu :
(a) Pendahuluan – Berisi kata alu-aluan.
(b) Isi – Memuatkan perkara-perkara penting yang hendak disampaikan
(berdasarkan tajuk yang diberi). Berikan definisi tajuk dan setiap fakta
mestilah dihuraikan dan ada contoh yang sesuai. Isi perlu diselang-seli
dengan kata-kata penghadapan seperti Tuan-tuan dan puan-puan, Hadirin
yang dihormati sekalian, dan sebagainya.
(c) Penutup – Memuatkan kesimpulan, ucapan maaf dan terima kasih.
4. Dalam peperiksaan, karangan jenis ini lazimnya dikemukakan dalam bentuk
pertandingan. Oleh hal yang demikian, anda perlu memberi kata-kata pujian
kepada hakim yang mengadilinya, seperti Tuan Hakim yang arif lagi bijaksana
atau yang sama maksud dengannya.
5. Untuk menulis syarahan yang bermutu, anda mestilah mengemukakan isi yang
bernas, tepat, dan jelas.
Gunakan bahasa yang ringkas dan mudah difahami. Anda boleh juga menyelitkan
jenaka yang sopan atau kata-kata kiasan untuk menghindarkan perasaan jemu para
pendengar.
Program Bahasa Melayu Edubest SM107_PT3_2020 15
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Contoh:
Anda telah mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan pada peringkat negeri.
Tajuk syarahan anda ialah “Ke Arah Memupuk Tabiat Menabung dalam Kalangan
Remaja”. Tulis syarahan tersebut selengkapnya.
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang adil lagi bijaksana,
tuan-tuan dan puan-puan, serta hadirin yang dihormati. Tajuk syarahan saya pada hari
ini ialah "Ke Arah Memupuk Tabiat Menabung dalam Kalangan Remaja".
Tuan-tuan dan puan-puan,
Menabung merupakan tabiat yang harus dipupuk dalam kalangan anak-anak
sejak mereka kecil lagi ibarat "melentur buluh biarlah dari rebungnya". Hal ini
disebabkan oleh menabung remaja akan banyak memperoleh faedah. Antaranya
mereka dapat menggunakan wang tabungan tersebut untuk melanjutkan pelajaran di
peringkat yang lebih tinggi atau pada waktu keeemasan.
Ibu bapa merupakan orang yang paling hampir dengan anak-anak. Mereka perlu
menjadi idola kepada anak-anak untuk menabung. Oleh itu, ibu bapa perlu
menyediakan sebuah tabung yang menarik bentuknya supaya anak-anak dapat
memasukkan baki wang saku sekolah pada setiap hari. Kemudian, ibu bapa hendaklah
membawa anak-anak ke bank supaya anak-anak menyimpan wang tersebut dengan
eara yang lebih selamat.
Hadirin yang dihormati,
Kerajaan telah mewujudkan Skim Pelaburan Nasional untuk menggalakkan
masyarakat membuat pelaburan dengan cara yang paling selamat. Contohnya melalui
program Amanah Saham Wawasan, kerajaan berusaha menarik para remaja di negara
kita agar melabur secara berdikit-dikit bertepatan dengan pepatah "sedikit-sedikit
lamalama menjadi bukit". Pegawai-pegawai pelaburan ditugaskan memberi ceramah
di sekolah-sekolah seluruh negara dan memilih penyanyi terkenal sebagai jurucakap
program tersebut.
Dalam hal ini, pihak bank dan institusi kewangan di negara kita turut
memainkan peranan. Pelbagai promosi dan program melabur dijalankan oleh pihak
bank untuk menarik perhatian penyimpan muda. Contohnya Bank Simpanan Nasional
dan Tabung Haji telah melaksanakan skim galakan simpanan untuk penyimpan muda.
Penyimpan yang paling banyak menabung akan diberi hadiah dan ganjaran berupa
wang tunai.
Selain itu, pihak sekolah melalui Kelab Kewangan boleh menganjurkan
ceramah tentang cara pengurusan wang secara selamat. Pegawai bank yang tinggal
Program Bahasa Melayu Edubest SM107_PT3_2020 16
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
berdekatan dengan sekolah diminta untuk memberi penerangan tentang perancangan
berbelanja, keperluan berbelanja, dan faedah menabung. Dengan cara demikian murid
akan mendapat pendedahan tentang pengurusan kewangan yang lebih selamat dan
akan timbul minat suka menabung untuk kebaikan masa depan mereka.
Sebelum mengundur diri, dapat saya simpulkan bahawa kejayaan dalam usaha
memupuk minat menabung dalam kalangan remaja umpama menyediakan payung
sebelum hujan dan melibatkan semua pihak seperti ibu bapa, pihak kerajaan, pihak
sekolah, dan institusi kewangan. Sekian, terima kasih.
LATIHAN
1. Dalam MingguBahasa sekolah anda, anda telah mewakili kelas anda untuk
meyampaikan syarahan yang bertajuk “Faedah Mengumpul Setem”
2. Anda telah menyertai pertandingan syarahan peringka daerah anjuran Persatuan
Pengguna. Tajuk syarahan anda ialah "Pengguna Berhemah Asas Kesejahteraan
Negara".
Program Bahasa Melayu Edubest SM107_PT3_2020 17
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Pelan Lokasi
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius
No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650
http://www.edubest.com.my