24
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest Modul PT3 SM 301 Nama : _____________________________

Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah … · 2020. 11. 2. · 3 Cerakinkan ayat-ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal. (i) Kamal memanggil kawannya yang

  • Upload
    others

  • View
    4

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah … · 2020. 11. 2. · 3 Cerakinkan ayat-ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal. (i) Kamal memanggil kawannya yang

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest

Modul PT3

SM 301

Nama : _____________________________

Page 2: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah … · 2020. 11. 2. · 3 Cerakinkan ayat-ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal. (i) Kamal memanggil kawannya yang

Format Bahasa Melayu PT3

Kertas 1 : 60% (1 Jam 30 minit)

Bahagian A: (20%)

20 Soalan aneka pilihan

a. Sistem bahasa

b. Pemahaman teks (Prosa /novel/ puisi)

Bahagian B: (25%)

Soalan 1: Objektif pelbagai bentuk (5 markah)

Soalan 2: Respons terhad - Pemahaman teks (prosa / puisi) (10%)

Soalan 3: Respons terhad - Novel (10%)

Bahagian C: (15%)

Pemindahan maklumat : Ulasan / Ringkasan / Rumusan (pilih 1 daripada

2)

Kertas 2 : 40% (1 jam)

Bahagian A: (10%)

Penulisan karangan pendek (Berdasarkan idea yang diberikan)

Bahagian B: (30%)

Penulisan karangan (pilih 1 daripada 3 tema)

Page 3: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah … · 2020. 11. 2. · 3 Cerakinkan ayat-ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal. (i) Kamal memanggil kawannya yang

Sistem Bahasa

Bahagian A

A. Golongan Kata

Kata Nama Am dan Kata Nama Khas

A. Kata Nama Am

1. Kata yang merujuk benda, perkara atau konsep yang bersifat umum.

2. Kata nama am terbahagi kepada:

Kata nama am hidup (pelajar, guru)

Kata nama am tak hidup (rumah, sekolah)

Kata narna am konkrit (sungai, jalan)

Kata nama am abstrak berbilang (senyuman)

Kata nama am abstrak tak terbilang (roh, kecantikan)

B. Kata Nama Khas

1. Kata yang merujuk kepada sesuatu benda yang khusus.

2. Ejaannya berpangkalkan huruf besar.

3. Kata nama khas dapat dibahagikan:

Kata nama khas hidup (Azlina, Sang Kancil, Ananas Comosus

(nanas)

Kata nama khas tak hidup (Universiti Malaya, Proton Waja)

Latihan 1:

Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. Peminat sukan bola sepak masih dapat mengikuti __________ selari ,

perlawanan bola sepak yang disiarkan di radio jika tidak berpeluang

masuk ke dalam stadium.

a) siaran

b) ulasan

c) kupasan

d) hebahan

2. Surat ___________ tentang larangan penjawat-penjawat awam daripada

terlibat dengan kegiatan perniagaan telah diedarkan kepada semua

jabatan kerajaan.

Program Bahasa Melayu Edubest SM3_PT3_2020 1

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 4: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah … · 2020. 11. 2. · 3 Cerakinkan ayat-ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal. (i) Kamal memanggil kawannya yang

a) aduan

b) larangan

c) pekeliling

d) pemberitahuan

3. Kerajaan sedang berusaha untuk memajukan __________ penduduk luar

bandar.

a) iktikad

b) iktisad

c) iktikaf

d) iktiraf

Latihan 2:

Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Tandakan sama ada A,

B, atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada

kesalahan.

4. Usaha-usaha perlu dilakukan oleh jurulatih untuk mencari punca

A B C

kemunduran mutu persembahan pasukan hoki sekolah. Tiada kesalahan.

C D

5. Tumbuh-tumbuhan semula jadi memainkan peranan penting untuk

A B

mengekalkan keseimbangan ekologi. Tiada kesalahan.

C D

Latihan 3:

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

6. I Kerajaan tetap dengan pendirian untuk menetapkan harga siling bagi

barang kawalan.

II Pendirian rumah tangga antara Adib dengan Hashimah mendapat

restu daripada ibu bapa mereka.

III Seseorang pendirian tetap tidak mudah dipengaruhi orang lain.

IV Setiap orang mempunyai pendirian dalam menentukan hala tuju

hidup.

Program Bahasa Melayu Edubest SM3_PT3_2020 2

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 5: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah … · 2020. 11. 2. · 3 Cerakinkan ayat-ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal. (i) Kamal memanggil kawannya yang

a) I dan II

b) II dan III

c) III dan IV

d) I dan IV

7. I Perkara itu akan dibincangkan oleh pucuk pimpinan parti.

II Pendaki itu membawa dua pucuk pisau ketika mendaki gunung.

III Zirafah hidup dengan memakan pucuk kayu yang banyak terdapat di

Dalam hutan.

IV Ibu kelihatan gembira setelah menerima dua pucuk surat daripada

abang petang tadi.

a) I, II, dan III

b) II, III, dan IV

c) I, II, dan IV

d) I, III, dan IV

8. I Dia mencari rumah saya berdasarkan alamat tersebut.

II Fikirannya tidak tenang alamat ada perkara buruk yang akan berlaku.

III Surat itu alamat kepada rakannya yang tinggi di seberang laut.

IV Guruh berdentum alamat hari hendak hujan.

a) I, II, dan III

b) II, III, dan IV

c) I, II, dan IV

d) I, III, dan IV

B. Penggunaan Kata Dalam Ayat

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

1. I Kepercayaan kepada bomoh dan jin bertentangan dengan ajaran Islam.

II Segala ajaran Kiai Idris dapat difahami oleh murid-muridnya dengan

baik.

III Guru besar berharap agar hukuman itu menjadi ajaran kepada pelajar itu.

IV Sistem ajaran di negara ini menekankan aspek-aspek membaca, menulis,

dan mengira.

a) I dan II

b) II dan IV

Program Bahasa Melayu Edubest SM3_PT3_2020 3

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 6: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah … · 2020. 11. 2. · 3 Cerakinkan ayat-ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal. (i) Kamal memanggil kawannya yang

c) I, II, dan III

d) II, III, dan IV

2. I Tuk Kilau masih tegap walaupun usianya sudah mendekatkan 73

tahun.

II Penjual aiskrim itu semakin mendekatkan dengan budak-budak itu.

III Beng Hua mendekatkan bibirnya ke bibir mangkuk itu lalu

menghirup isi mangkuk itu.

IV Musibah yang menimpa dirinya telah mendekatkan dirinya dengan

masjid.

a) I dan II

b) I dan IV

c) II dan III

d) III dan IV

3. I Sekumpulan remaja telah diberi nasihat oleh penguatkuasa agama

kerana melakukan perkara sumbang.

II Tidak ada suara sumbang yang kedengaran berikutan pelantikan

Encik Mohan sebagai Pengurus Besar yang baharu di syarikat itu.

III Wang yang kami sumbang kepada pertubuhan itu telah

diselewengkan oleh setiausahanya.

IV Tok Guru Mursyid menegur anak-anak muridnya yang kerap

membuat langkah sumbang dalam latihan persilatan pada malam itu.

a) I dan II

b) I, II, dan III

c) I, II, dan IV

d) I, II, III, dan IV

C. Memilih Frasa Yang Betul

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mempunyai

kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.

Tandai sama ada A, B, atau C jika ayat itu mempunyai kesalahan dan tandai D

jika tiada kesalahan.

1. Kerana masih mengantuk, Elya merebahkan semula badannya di atas katil.

a) merebah semula badannya

b) merebah badannya semula

Program Bahasa Melayu Edubest SM3_PT3_2020 4

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 7: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah … · 2020. 11. 2. · 3 Cerakinkan ayat-ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal. (i) Kamal memanggil kawannya yang

c) merebahkan badannya semula

d) merebahkan semula badannya

2. Dia tidak pasti ada berapa bijikah epal yang tinggal di dalam peti sejuk itu.

a) ada berapa biji epalkah

b) ada beberapa bijikah epal

c) ada berapa bijikah epal-epal

d) ada berapa bijikah epal

3. Keadaan negara ini akan kucar-kacir kalau sekiranya rakyat negara ini

tidak bersatu padu.

a) kalau-kalau rakyat negara ini

b) sekiranya rakyat negara ini

c) kalau sekiranya rakyat-rakyat negara ini

d) kalau sekiranya rakyat negara ini

D. Memilih Ayat Yang Betul

Pilih ayat-ayat yang betul.

1. I Seniwati veteran yang pernah diberi julukan "Sang Primadona" itu

meninggal dunia kerana sakit tua.

II Di dalam rumah yang tidak berpenghuni itu masih banyak terdapat barang

berharga.

III Nazri berdoa, "Ya Allah, janganlah engkau biarkan hambamu ini

terus berada dalam kesesatan".

IV Cikgu Khairani mengarahkan siapa-siapa yang tidak berkenan supaya

keluar dari dewan itu.

a) I dan II

b) I dan IV

c) II dan III

d) III dan IV

2. I Para pelancong tidak berani datang ke negara yang diserang penyakit

selesema burung itu.

II Segelintir daripada pemohon-pemohon jawatan juruteknik itu berasal dari

negara jiran.

III Semua pelajar yang melakukan kesalahan tidak akan terlepas daripada

Program Bahasa Melayu Edubest SM3_PT3_2020 5

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 8: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah … · 2020. 11. 2. · 3 Cerakinkan ayat-ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal. (i) Kamal memanggil kawannya yang

tindakan undang-undang.

IV Bot kecil yang keairan itu akhirnya karam sedikit demi sedikit.

a) I dan II

b) III dan IV

c) I, II, dan III

d) I, III dan IV

3. I Banyak orang yang menyangkakan bahawa penduduk negeri Pahang lebih

banyak daripada penduduk Selangor.

II Seluruh kawasan itu bergelap selama empat jam apabila bekalan air di

kawasan itu terputus.

III Banglo yang tiada didiami orang itu telah dibeli oleh seorang hartawan dari

Singapura.

IV "Yang akan merasmikan peletakan batu asas bangunan sepuluh

tingkat itu siapa?" soal Megat Idris.

a) I dan III

b) I dan IV

c) I, II, dan IV

d) I, II, III, dan IV

E. Memilih Ayat Yang Sama Maksud

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang mempunyai maksud

yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal.

1. Pemergian Pak Jab dan Mak Bee ke Makkah dibiayai oleh anak

mereka yang sulung sepenuhnya.

a) Anak sulung Pak Jab menanggung belanja pemergian Mak Bee ke Makkah

sepenuhnya.

b) Belanja pemergian Pak Jab dan Mak Bee ke Makkah ditanggung penuh oleh

anak mereka yang pertama.

c) Sulung menanggung belanja pemergian anak Pak Jab dan Mak Bee ke

Makkah sepenuhnya.

d) Pak Jab dan Mak Bee pergi ke Makkah sepenuhnya melalui pembiayaan anak

sulung mereka.

Program Bahasa Melayu Edubest SM3_PT3_2020 6

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 9: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah … · 2020. 11. 2. · 3 Cerakinkan ayat-ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal. (i) Kamal memanggil kawannya yang

2. Pingat yang dimenangi oleh atlet angkat berat Myanmar telah

ditarik balik kerana atlet itu menggunakan dadah terlarang.

a) Myanmar menarik balik pingat yang dimenangi oleh atlet angkat beratnya

kerana menggunakan dadah terlarang.

b) Atlet angkat berat Myanmar menggunakan dadah terlarang untuk mengangkat

pingat yang dimenanginya.

c) Penggunaan dadah terlarang oleh atlet Myanmar telah menyebabkan pingat

angkat berat ditarik balik.

d) Oleh sebab kemenangan atlet angkat berat Myanmar diperoleh melalui

penggunaan dadah terlarang, pingatnya telah ditarik

3. Kerja-kerja penaikan taraf di sepanjang Jalan Semenyih telah

menyebabkan lalu lintas di sepanjang jalan itu sesak.

a) Punca berlakunya kesesakan lalu lintas di Jalan Semenyih ialah kerja-kerja

penaikan taraf yang sedang dijalankan di sepanjang jalan itu.

b) Sejak taraf Jalan Semenyih dinaikkan, kesesakan lalu lintas telah berlaku di

sepanjang jalan itu.

c) Kesesakan lalu lintas di Jalan Semenyih menjadi punca kerja-kerja kenaikan

taraf di sepanjang jalan itu dilakukan.

d) Kesesakan lalu lintas yang panjang telah berlaku di Jalan Semenyih yang

sedang dinaikkan taraf itu.

F. Peribahasa

Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi soalan-soalan di bawah ini.

1. Peribahasa di atas bermaksud orang yang ____________.

a) kuat bekerja pasti kuat makan

b) suka mencuri akan dihukum

c) rajin bekerja banyak beroleh rezeki

d) tekun berusaha akan beroleh kejayaan,

2. Sahlan mengerjakan seni ukir yang dimulakannya dua minggu yang lalu

dengan bersungguh-sungguh sehingga selesai kerana baginya

____________.

Ringan tulang, berat perut

Program Bahasa Melayu Edubest SM3_PT3_2020 7

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 10: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah … · 2020. 11. 2. · 3 Cerakinkan ayat-ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal. (i) Kamal memanggil kawannya yang

a) alang-alang berminyak, biar licin

b) arang habis best binasa

c) api kecil baik dipadam

d) ayam terlepas tangan bau tahi

3. "Janganlah dinasihati Si Alimi itu lagi. Sedangkan nasihat ibunya pun

tidak diendahkannya, apatah lagi nasihat engkau, kata Usin kepada

Izam.

Usaha yang dilakukan oleh Izam dan ibu Alimi itu sesuai dengan

peribahasa __________.

a) bagai dihiris dengan sembilu

b) bagai anjing tersepit di pagar

c) bagai air titik ke batu

d) bagai itik pulang petang

( / )

Program Bahasa Melayu Edubest SM3_PT3_2020 8

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 11: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah … · 2020. 11. 2. · 3 Cerakinkan ayat-ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal. (i) Kamal memanggil kawannya yang

Bahagian B

1 Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan

kesalahan tersebut dan tulis jawapannya pada ruangan yang disediakan.

Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

Jenis kesalahan tatabahasa:

Kata tugas

Ayat

Istilah

Imbuhan

Hukum DM

Ayat Jenis Kesalahan

Tatabahasa

(i) Kegemaran saya di waktu lapang ialah membaca

buku cerita.

(ii) Maryana Restoran yang terletak di Jalan Alor Gajah

itu terkenal dengan masakan rendang daging.

(iii) Beliau telah dijatuhi hukuman penjara oleh

mahkamah kerana terlibat dalam pengedaran dadah.

(iv) Berbagai usaha telah dilakukan oleh Mak Jah

untuk mengubah sikap anaknya yang semakin liar sejak

bergaul dengan budak samseng.

( /8)

Program Bahasa Melayu Edubest SM3_PT3_2020 9

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 12: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah … · 2020. 11. 2. · 3 Cerakinkan ayat-ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal. (i) Kamal memanggil kawannya yang

2 Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti dan

betulkan kesalahan tersebut. Andatidak perlu menyalin ayat itu semula.

Jenis kesalahan ejaan:

Kata majmuk

BA BM

Vokal (a e i o u)

Tanda baca (Aa / “ ” / - )

Imbuhan (gg & kk)

Ayat Jenis Kesalahan

Ejaan

(i) Kavita melakukan kerja rumah yang disuruh oleh

ibunya secara sambil lewa dan tidak

bersungguhsungguh.

(ii) Nasrul menjadi lebih berwaspada setelah ditipu oleh

sendiket skim cepat kaya itu.

(iii) Semua pelajar tingkatan tiga mengulangkaji

pelajaran dengan tekun kerana peperiksaan bakal

menjelang.

( /3)

3 Cerakinkan ayat-ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal.

(i) Kamal memanggil kawannya yang sedang bermain bola sepak di padang

sambil melambai-lambaikan tangannya.

(a)

(b)

Program Bahasa Melayu Edubest SM3_PT3_2020 10

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 13: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah … · 2020. 11. 2. · 3 Cerakinkan ayat-ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal. (i) Kamal memanggil kawannya yang

(ii) Wanita yang melakukan senamrobik itu ialah kakak Linda.

(a)

(b)

(iii) Budak samseng itu mengakui bahawa dia yang menconteng dinding

tandas itu.

(a)

(b)

(iv) Emak memasukkan secubit garam ke dalam masakannya sambil

mengacaunya dengan perlahan-lahan.

(a)

(b)

(v) Fuad mengulang kaji pelajaran dengan bersungguh-sungguh supaya lulus

dengan cemerlang dalam peperiksaan.

(a)

(b)

( /10)

Program Bahasa Melayu Edubest SM3_PT3_2020 11

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 14: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah … · 2020. 11. 2. · 3 Cerakinkan ayat-ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal. (i) Kamal memanggil kawannya yang

4. Lihat gambar di bawah dengan teliti, kemudian tulis satu peribahasa yang

sesuai dengan gambar tersebut.

( /4)

Program Bahasa Melayu Edubest SM3_PT3_2020 12

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 15: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah … · 2020. 11. 2. · 3 Cerakinkan ayat-ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal. (i) Kamal memanggil kawannya yang

Penulisan

A. Ringkasan (15%)

Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis suatu ringkasan sebab-

sebab sukan tahan lasak semakin popular dalam kalangan masyarakat dan

cara-cara untuk mempopularkannya lagi.

Sukan merupakan suatu bidang yang patut dimajukan dan diberi perhatian

yang sewajarnya oleh pihak yang berkenaan. Sejak belakangan ini, mutu sukan

negara bolehlah dikatakan semakin meluncur turun. Para atlet tidak menunjukkan

semangat perjuangan yang tinggi dalam perlawanan tidak kira sama ada di dalam

atau di luar negara. Keadaan itu sekiranya dibiarkan berterusan pasti akan

mendatangkan kesan masa panjang yang menghampakan.

Sebenarnya, badan yang sihat berasas daripada kekerapan seseorang itu

bersukan. Senaman ringan akan mempercepat pengaliran darah di samping

memperkuat otot. Otak akan menjadi lebih cerdas dalam penerimaan maklumat

baru dan kadar metabolisme seseorang akan bertambah sekiranya ia melakukan

aktiviti sukan secara berterusan. Bukan itu sahaja, sukan akan menyebabkan

seseorang itu kelihatan lebih muda, bertenaga dan ceria serta meluaskan

pergaulannya dengan orang lain.

Kini, sukan tahan lasak semakin mendapat tempat dalam kalangan rakyat

yang mementingkan hidup yang berkualiti. Sukan tersebut memerlukan stamina

yang tinggi di samping minda yang kuat untuk menghadapi segala rintangan yang

bakal ditempuhi oleh pesertanya. Secara tidak langsung, sukan tersebut akan

dapat menyemai sifat kesabaran, ketabahan dan keberanian pada diri pesertanya.

Oleh itu, generasi muda sekarang harus digalakkan untuk menycrtai sukan tahan

lasak agar personaliti yang lebih baik dapat diacu pada diri mereka. Sekiranya

pemuda-pemudi zaman sekarang menunjukkan minat yang mendalam terhadap

sukan tersebut, maka kesan positifnya pasti akan dinikmati bukan sahaja oleh

mereka tetapi juga seluruh masyarakat serta negara.

Program Bahasa Melayu Edubest SM3_PT3_2020 13

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 16: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah … · 2020. 11. 2. · 3 Cerakinkan ayat-ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal. (i) Kamal memanggil kawannya yang

Untuk memperkenalkan sukan tahan lasak dalam kalangan remaja, langkah

pertama adalah dengan menarik minat mereka. Untuk tujuan ini, mereka perlu

didedahkan kepada aktiviti sukan tersebut. Adalah tidak memadai sekiranya

mereka hanya diperkenalkan kepada sukan jenis itu tanpa berpeluang untuk

menikmati keseronokan di sebalik aktiviti sukan tersebut. Selain itu, pendedahan

melalui media massa juga difikirkan efektif untuk menarik perhatian remaja

terhadap sukan jenis ini. Cara-cara aktiviti sukan tersebut dikendalikan atau

dimainkan boleh dipertunjukkan melalui kaca televisyen. Adalah diharapkan

dengan cara ini, remaja di negara ini mula menunjukkan minat yang mendalam

terhadap aktiviti sukan supaya satu masyarakat yang sihat dapat dibentuk.

Program Bahasa Melayu Edubest SM3_PT3_2020 14

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 17: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah … · 2020. 11. 2. · 3 Cerakinkan ayat-ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal. (i) Kamal memanggil kawannya yang

B. Karangan Pendek (10%) – 15 minit

Berdasarkan maklumat yang diberikan, tulis sebuah karangan pendek yang

panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan.

Isi :

Program Bahasa Melayu Edubest SM3_PT3_2020 15

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 18: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah … · 2020. 11. 2. · 3 Cerakinkan ayat-ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal. (i) Kamal memanggil kawannya yang

C. Karangan Umum

Karangan Jenis Perbincangan

PETUA MENULIS KARANGAN JENIS PERBINCANGAN/ PENDAPAT

1. Untuk menulis karangan jenis ini, anda perlulah memastikan sama ada

anda dikehendaki memberikan hujah-hujah satu pihak sahaja atau daripada

kedua-dua pihak.

2. Misalnya, jika anda diberi tajuk tentang faedah-faedah berjimat cermat,

maka anda perlu memberikan hujah daripada satu pihak saja; yakni yang

menyokong tajuk tersebut.

3. Untuk tajuk tersebut, anda tidak boleh memberikan hujah daripada kedua-

dua pihak. Anda tidak boleh mengatakan bahawa berjimat cermat ada

keburukannya.

4. Sebaliknya, jika anda diberi tajuk seperti “Pengiklanan lebih banyak

mendatangkan keburukan daripada kebaikan kepada pengguna”, maka

anda boleh mengemukakan hujah-hujah, sama ada:

a) membincangkan kebaikan iklan, atau;

b) membincangkan keburukan iklan atau

c) membincangkan kebaikan dan keburukannya sekali.

5. Ada juga tajuk yang menghendaki anda memberikan hujah daripada

kedua-dua pihak, misalnya “Nyatakan pendapat anda tentang baik

buruknya sistem persekolahan satu sesi”.

6. Untuk tajuk sedemikian, anda perlu memberikan hujah yang seimbang

antara kebaikan dan keburukannya.

Program Bahasa Melayu Edubest SM3_PT3_2020 16

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 19: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah … · 2020. 11. 2. · 3 Cerakinkan ayat-ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal. (i) Kamal memanggil kawannya yang

Contoh karangan

Cogan kata “Jiran Sepakat Membawa Berkat” wajar diamalkan oleh setiap

anggota masyarakat di negara ini supaya semangat kejiranan dapat dipupuk.

Bincangkan

RANGKA KARANGAN

Pendahuluan

jiran adalah orang yang paling dekat dengan kita - jiran adalah orang yang

pertama kita meminta bantuan sekiranya ditimpa musibah

Isi penting

a) perlu ada sikap bantu-membantu untuk mendapat keberkatan hidup –

mempunyai semangat kekitaan dan keprihatinan terhadap masalah jiran –

membantu mereka

b) dalam majlis kenduri – jiran amat diperlukan – kehadiran jiran ke majlis

yang diadakan dapat memeriahkan suasana majlis

c) perlu mempunyai jiran yang baik – tempat kita meminta bantuan ketika

susah dan bergembira – kita perlu menjadikan diri kita sebagai jiran yang

baik kepada jiran kita

d) semua anggota masyarakat harus menghayati cogan kata “Jiran Sepakat

Membawa Berkat” yang dilancarkan oleh kerajaan – mengamalkan budaya

berbaik-baik dengan jiran agar hidup kita berkat

Penutup

Jiran amat bermakna dalam kehidupan kita – jadikan diri kita sebagai jiran yang

baik

Dalam kehidupan kita sekarang, orang yang paling dekat dengan kita ialah

jiran. Oleh sebab itu, jiran hendaklah diberi tempat utama dalam kehidupan kita.

Dalam zaman moden ini, jiran masih penting, terutamanya ketika kita

menghadapi masalah genting seperti kematian, kebakaran, dan malapetaka lain.

Ketika ini, pertolongan orang lain, khususnya jiran amat diharapkan. Oleh itu,

kerajaan Malaysia telah memperkenalkan cogan kata “Jiran Sepakat Membawa

Berkat” supaya semua masyarakat dalam sesuatu komuniti bersepakat, yakni

Program Bahasa Melayu Edubest SM3_PT3_2020 17

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 20: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah … · 2020. 11. 2. · 3 Cerakinkan ayat-ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal. (i) Kamal memanggil kawannya yang

bekerjasama dan saling membantu agar mendapat keberkatan dalam kehidupan

mereka.

Semua anggota masyarakat perlulah bantu-membantu antara satu sama lain,

serta mengamalkan cara hidup seperti “aur dengan tebing” untuk keberkatan

dalam kehidupan. Dengan cara hidup seperti ini, maka semua anggota

masyarakat mempunyai semangat kekitaan dan keprihatinan terhadap masalah

jiran. Apabila dikatakan mengambil berat akan hal jiran, bukanlah bermaksud

kita hendak menjaga tepi kain mereka atau mengambil tahu hal rumah tangga

mereka, tetapi kita mengambil tahu akan masalah-masalah yang dihadapi oleh

jiran dan berusaha untuk membantu mereka agar dapat meringankan beban yang

ditanggungnya.

Selain itu, sekiranya kita hendak mengadakan majlis kenduri perkahwinan

atau majlis rumah terbuka, jiran amat diperlukan. Walaupun pada zaman ini,

kerja urusan perkahwinan atau sesuatu majlis dapat dijalankan secara upah atau

kontrak, kehadiran jiran dapat memeriahkan suasana majlis yang diadakan itu.

Tetapi, jika seseorang yang tidak pernah mencampuri masyarakat setempat dan

apabila dia hendak mengadakan kenduri, sukarlah untuk dia menjemput

masyarakat setempat menghadiri majlis yang diadakannya itu. Hal ini demikian

kerana jiran-jiran tentunya akan memulaukannya dan tidak akan menghulurkan

bantuan tenaga untuk meringankan bebannya.

Walaupun di mana-mana pun kita tinggal, kita perlu mempunyai jiran yang

baik, iaitu jiran yang menjadi tempat untuk memohon bantuan ketika susah dan

bergembira ketika kita senang.. jadi, untuk mempunyai jiran yang baik, maka kita

perlu menjadikan diri kita jiran yang baik kepada jiran kita. Sekiranya kita

berbaik-baik dengan jiran, maka jiran akan berbaik-baik dengan kita. Apabila

menyedari hal ini, maka cogan kata “ Jiran Sepakat Membawa Berkat” perlulah

dihayati oleh setiap anggota masyarakat supaya kehidupan kita mendapat berkat.

Kesimpulannya, kehadiran jiran itu amat bermakna dalam kehidupan kita.

Oleh itu, jadikanlah diri kita sebagai jiran yang baik agar orang lain pun menjadi

jiran yang baik juga kepada kita. Janganlah mengamalkan sikap peribahasa

Melayu, iaitu “seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing”.

Keharmonian kehidupan bermula di rumah dan diikuti oleh kehidupan berjiran

yang baik.

Latihan :

Program Bahasa Melayu Edubest SM3_PT3_2020 18

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 21: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah … · 2020. 11. 2. · 3 Cerakinkan ayat-ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal. (i) Kamal memanggil kawannya yang

1. Peranan ibu bapa lebih penting daripada peranan para pendidik dalam usaha

menangani masalah remaja masa kini. Bincangkan.

3. Kemudahan Internent sering disalahgunakan oleh remaja. Bincangkan

Program Bahasa Melayu Edubest SM3_PT3_2020 19

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 22: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah … · 2020. 11. 2. · 3 Cerakinkan ayat-ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal. (i) Kamal memanggil kawannya yang
Page 23: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah … · 2020. 11. 2. · 3 Cerakinkan ayat-ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal. (i) Kamal memanggil kawannya yang
Page 24: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah … · 2020. 11. 2. · 3 Cerakinkan ayat-ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal. (i) Kamal memanggil kawannya yang

Pelan Lokasi

@ Pusat Tuisyen Didikan Genius

No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650

http://www.edubest.com.my