6
Badminton Around The World.. RaCkEt & ShUtTLe.. Thursday, 13 December 2012 Cara Nak Pilih Raket Badminton Ni aku ade sikit info cara nk pilih raket untuk yang baru nk mula men bdminton ataupun yg nk tmbah koleksi raket. Info ni ak ambik kat satu blog ni, utk manfaat kpd pemain2 bdminton skalian huhuhu...enjoy Ini hanyalah panduan asas bagaimana untuk memilih raket badminton yang sesuai dengan anda. Walaubagaimanapun ini tidak bermakna panduan ini adalah 100% tepat untuk semua tetapi bersesuaian dengan kebanyakan pemain secara keseluruhannya. Panduan ini juga bukan bertujuan untuk menidakkan pengetahuan dan pengalaman anda sebelum ini dalam pemilihan raket yang paling sesuai. Andainya panduan ini bercanggah dengan pengetahuan dan pengalaman yang telah anda miliki, adalah lebih baik untuk mengikut ilmu yang anda ada kerana anda lebih memahami kesesuaian raket dengan diri anda sendiri. Pemilihan Raket Untuk Kali Pertama Jika anda masih baru dalam sukan badminton dan berhajat untuk mendapatkan raket untuk kali pertama, cara yang paling selamat adalah untuk memilih raket yang balanced. Berikut adalah ciriciri raket yang perlu diberi keutamaan: • Material: Hanya raket carbon/graphite • Bentuk frame: Isometric • Berat: Medium (85g89g) • Balance point: Balanced (275285mm) • Saiz grip: G4 • Stiffness: Medium stiff • Ketegangan tali: 25 lbs dan ke atas Apabila anda sudah menyenarai pendek raketraket yang mempunyai ciriciri seperti di atas, anda seterusnya boleh mula untuk mempertimbangkan jenamajenama yang ada di pasaran, rekabentuk, kombinasi warna dan juga yang paling penting adalah harga. Biasanya setiap jenama mempunyai teknologi tersendiri untuk membolehkan raket keluaran mereka mudah dipasarkan. Anda boleh mengambilkira faktor ini juga tetapi kebiasaannya semakin banyak teknologi pada raket semakin tinggi harganya. Satu lagi nasihat untuk anda adalah cuba pasang tali pada ketegangan sekitar 2324 lbs untuk pertama kali. Ini adalah ketegangan medium yang biasanya digunakan oleh pemainpemain badminton sosial. Setelah mula biasa bermain, anda boleh meningkat/menurunkan ketegangan tali ini mengikut skil, kekuatan dan corak permainan anda. Semakin lama anda bermain, anda akan menyedari adakah raket tersebut sesuai dengan keperluan anda atau tidak. Walaubagaimanapun, tiada cara yang tepat untuk menentukan raket pertama anda ini adalah paling sesuai untuk anda. Isometric Head Oval Head Select Language Powered by Translate Translate Home Pages Md Z View my complete profile About Me powered by Total Pagevie 1 1 0 5 7 2015 (8) 2014 (68) 2013 (156) 2012 (569) Dec (29) Cheh Chang Final Result National C F... Peter Gade goodbye The Last Ma Final Result Garg Sy Final Result Internatio National Cir Finals 201 Bercuti Kecergasan dipertingk YONEX Cop Badminto Turkiye Inte Badminto Shaheed Dr Modi India Final Result Internatio Final Result Finals 201 Cara Nak Pi Badminto Kekalah Ber Negara D S... Undian Wor Akhir 201 Badminton I Tourname Malaysia Ba Calendar BWF Supers India Interna Challenge Final Result Badminto Final Result Gold 201 Carlton Irish Strasbourg B Masters 2 Korea Open 2012 FairuzZakry YONEX C Masters... Final Result Blog Archive

Racket & Shuttle

  • Upload
    syafiq

  • View
    41

  • Download
    8

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Tips memilih raket badminton yang sesuai

Citation preview

Page 1: Racket & Shuttle

Badminton Around The World..

RaCkEt & ShUtTLe..

Thursday, 13 December 2012

Cara Nak Pilih Raket Badminton

Ni aku ade sikit info cara nk pilih raket untuk yangbaru nk mula men bdminton ataupun yg nk tmbahkoleksi raket. Info ni ak ambik kat satu blog ni, utkmanfaat kpd pemain2 bdminton skalianhuhuhu...enjoy

Ini hanyalah panduan asas bagaimana untukmemilih raket badminton yang sesuai dengan anda.Walaubagaimanapun ini tidak bermakna panduanini adalah 100% tepat untuk semua tetapibersesuaian dengan kebanyakan pemain secarakeseluruhannya. Panduan ini juga bukan bertujuanuntuk menidakkan pengetahuan dan pengalamananda sebelum ini dalam pemilihan raket yang palingsesuai. Andainya panduan ini bercanggah denganpengetahuan dan pengalaman yang telah andamiliki, adalah lebih baik untuk mengikut ilmu yanganda ada kerana anda lebih memahami kesesuaian raket dengan diri anda sendiri.

Pemilihan Raket Untuk Kali Pertama

Jika anda masih baru dalam sukan badminton dan berhajat untuk mendapatkan raket untuk kali pertama,cara yang paling selamat adalah untuk memilih raket yang balanced. Berikut adalah ciriciri raket yangperlu diberi keutamaan:

• Material: Hanya raket carbon/graphite• Bentuk frame: Isometric• Berat: Medium (85g89g)• Balance point: Balanced (275285mm)• Saiz grip: G4• Stiffness: Medium stiff• Ketegangan tali: 25 lbs dan ke atas

Apabila anda sudah menyenarai pendek raketraket yang mempunyai ciriciri seperti di atas, andaseterusnya boleh mula untuk mempertimbangkan jenamajenama yang ada di pasaran, rekabentuk,kombinasi warna dan juga yang paling penting adalah harga. Biasanya setiap jenama mempunyaiteknologi tersendiri untuk membolehkan raket keluaran mereka mudah dipasarkan. Anda bolehmengambilkira faktor ini juga tetapi kebiasaannya semakin banyak teknologi pada raket semakin tinggiharganya.

Satu lagi nasihat untuk anda adalah cuba pasang tali pada ketegangan sekitar 2324 lbs untuk pertamakali. Ini adalah ketegangan medium yang biasanya digunakan oleh pemainpemain badminton sosial.Setelah mula biasa bermain, anda boleh meningkat/menurunkan ketegangan tali ini mengikut skil,kekuatan dan corak permainan anda. Semakin lama anda bermain, anda akan menyedari adakah rakettersebut sesuai dengan keperluan anda atau tidak. Walaubagaimanapun, tiada cara yang tepat untukmenentukan raket pertama anda ini adalah paling sesuai untuk anda.

Isometric Head Oval Head

Select Language

Powered by  Translate

Translate

Home

Pages

Md Z

View mycompleteprofile

About Me

powered by

Total Pageviews

1 1 0 5 7

►  2015 (8)

►  2014 (68)

►  2013 (156)

▼  2012 (569)

▼  Dec (29)Cheh Chang Turun Pangkat..

Final Result MAYBANKNational Circuit Grand PrixF...

Peter Gade  The lastgoodbye

The Last Match of Peter Gade

Final Result Shaheed Dr. K.L.Garg  Syed Modi Int...

Final Result TurkiyeInternational 2012

National Circuit Grand PrixFinals 2012

Bercuti

Kecergasan Daren, Wei Fengdipertingkat

YONEX CopenhagenBadminton Masters 2012

Turkiye InternationalBadminton 2012

Shaheed Dr. KL Garg , SyedModi India Grand Prix G...

Final Result TATA Open IndiaInternational Challen...

Final Result BWF SuperseriesFinals 2012

Cara Nak Pilih RaketBadminton

Kekalah Berangkai SkuadNegara Di Kejohanan SiriS...

Undian World Super SeriesAkhir 2012

Badminton InternationalTournament Calendar 2013

Malaysia Badminton EventCalendar 2013

BWF Superseris Finals 2012

India International BadmintonChallenge 2012

Final Result Irish InternationalBadminton 2012

Final Result Korea Grand PrixGold 2012

Carlton Irish Open 2012

Strasbourg BadmintonMasters 2012

Korea Open Grand Prix Gold2012

FairuzZakry Di Undang KeYONEX CopenhagenMasters...

Final Result Yonex Welsh

Blog Archive

Page 2: Racket & Shuttle

Menukar Raket Sedia Ada Dengan Raket Yang Baru

Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan raket yang ada dan mahu mencari raket yang baru, andaboleh mengikut panduan berikut:

• Material: Seperti biasa, hanya pilih raket carbon/graphite.• Bentuk frame: Isometric, jika anda telah mempunyai skil untuk memukul bulu tangkis tepat ke sweetspot secara konsisten, maka anda boleh juga mempertimbangkan raket berbentuk ovalhead.

• Berat:Soalan:Adakah anda merasakan raket anda sekarang terlalu berat atau terlalu ringan?Raket yang berat bermakna adalah sukar untuk anda menggerakkan raket tersebut dari satu posisi keposisi yang lain.Raket yang ringan pula bermakna anda dapat memnggerakkan raket terlalu mudah dan andamemerlukan raket yang lebih berat untuk menambahkan tenaga dalam pukulanpukulan anda.Keputusan:Jika raket anda terlalu berat, dapatkan raket yang lebih ringan. Mulakan dengan raket yang lebih ringansebanyak 2 atau 3 gram berbanding raket anda sekarang.Jika raket anda terlalu ringan, dapatkan raket yang lebih berat. Mulakan dengan raket yang lebih ringansebanyak 2 atau 3 gram berbanding raket anda sekarang.Berat 8485g merupakan berat yang sesuai untuk kebanyakan pemain.

• Balance point:Soalan:S1: Anda gemar membuat pukulan smash tetapi pukulan anda kurang bertenaga?S2: Anda suka bermain secara bertahan dan tidak selalu membuat pukulan smash atau anda gemarbermain secara pantas (bahagian hadapan gelanggang) dan raket sedia ada tidak membolehkan andabermain seperti itu?Keputusan:S1: Jika anda menjawap YA untuk S1, anda patut mendapatkan raket yang headheavy. Raket sepertiini akan membantu anda menyalurkan lebih tenaga kepada setiap pukulan. Kebiasaannya raket headheavy mempunyai balance point sekitar 291cm atau lebih. Anda boleh tentukan raket apa yang perludipilih dengan menjadikan raket sedia ada sebagai penanda aras balance point yang sesuai.

S2: Jika anda menjawap YA untuk S2, anda patut mendapatkan raket yang headlight atau balanced.Raket sebegini akan menambahkan kelajuan hayunan pukulan anda. Walaubagaimanapun, anda akankehilangan sedikit tenaga dalam pukulan yang dibuat. Kebiasaannya raket balanced mempunyai balancepoint sekitar 285290cm dan 284cm ke bawah untuk raket headlight. Anda boleh tentukan raket apayang perlu dipilih dengan menjadikan raket sedia ada sebagai penanda aras balance point yang sesuai.

• Saiz grip:G4 atau G5 (Yonex terminology) – anda boleh menambahkan ketebalan grip dengan menggunakanreplacement grip yang lebih tebal.

• Stiffness:Jika anda merasakan raket anda sekarang bergetar setiap kali anda membuat pukulan dan andarasakan pukulanpukulan anda kurang bertenaga walaupun tepat mengenai sweet spot, mungkin rakettersebut terlalu stiff untuk anda. Ini bermakna anda tidak mempunyai cukup tenaga atau kepantasanhayunan untuk melenturkan shaft raket anda. Jadi anda perlu mencari raket yang kurang stiff.Kebiasaannya raket medium stiff atau flexible adalah percaturan terbaik. Satu nasihat sebelum andamenukar raket, cuba kurangkan ketegangan tali raket anda dan lihat sama ada ia membantu.Ketegangan tali yang kurang akan meningkatkan daya lantunan bulu tangkis dan dapat menyerapstiffness raket.Sekiranya anda mempunyai tangan yang kuat tetapi pukulan anda tidak bertenaga walaupun telahmemukul tepat mengenai sweet spot, kemungkinan raket anda sekarang tidak cukup stiff untuk anda.Dapatkan raket yang lebih stiff daripada raket yang anda gunakan sekarang.

• Ketegangan taliJika anda rasakan raket anda tidak memberikan cukup tenaga kepada pukulanpukulan anda, cubarendahkan ketegangan tali untuk menambahkan daya lantunan pada raket anda. Cara ini kebiasaannyaberkesan. Walubagaimanapun, tali yang kurang tegang akan menyukarkan kawalan dan ketepatanpukulan kerana lantunan yang lebih. Ketegangan tali sekitar 2122lbs adalah ketegangan yang palingrendah untuk kebanyakan raket masa kini.Jika ada rasakan pukulan anda cukup bertenaga dan mahukan lebih kawalan dan ketepatan dalamsetiap pukulan, anda perlu meningkatkan ketegangan tali raket anda. Walaubagaimanapun, andadinasihatkan untuk tidak melepasi ketegangan maksimum yang dinyatakan dalam spesifikasi raket andakerana raket anda mungkin akan patah atau retak. Dapatkan nasihat daripada stringer anda.

Final Result Yonex WelshInternational 2012

Final Result Kumpoo MacauOpen Badminton GrandPri...

►  Nov (48)

►  Oct (34)

►  Sep (32)

►  Aug (70)

►  Jul (96)

►  Jun (52)

►  May (82)

►  Apr (58)

►  Mar (54)

►  Feb (2)

►  Jan (12)

►  2011 (9)

Cara Nak Pilih RaketBadminton

BadmintonTechniques, Shotsand Skills / Teknik,Pukulan danKemahiran bermainBadminton

Senarai Dewan DBKL & contactnumber sekali..

Badminton GrippingTechnique/ TeknikMengenggam RaketBadminton

KADAR SEWA BAGI SEMUAKEMUDAHAN SUKAN, DEWANSERBAGUNA & PUSAT KOMUNITIdi KL

Popular Posts

Join this sitewith Google Friend Connect

Members (4)

Already a member? Sign in

Followers

Google+ Followers

Page 3: Racket & Shuttle

Dicatat oleh Md Z di 11:45 

Reaksi:  funny (0) interesting (0) cool (0)

Label: cara nk pilih raket badminton, pilih raket badminton

Raket Atau Teknik? Kenapa Bukan Raket Yang PalingMahal?

1. Teknik adalah faktor yang paling penting dalam permainan badminton dan bukannya raket. Kadangkala anda akan merasakan tidak sesuai dengan raket anda walaupun anda telah mencuba pelbagaicara. Masalah ini kadangkala bukan pada raket tetapi pada teknik anda. Apabila anda bermain denganteknik yang salah, walau ape jenis raket sekali pun, anda tidak akan dapat keputusan seperti yangdikehendaki. Tiada cara pantas untuk mengubah keadaan ini kecuali dengan mempelajari dan berlatihlebih giat lagi. Mendapatkan nasihat daripada pemain yang lebih bagus merupakan satu cara terbaikuntuk memperbaiki teknik anda.

2. Anda mungkin bertanya, kenapa tidak memilih raket termahal sekali di pasaran memandangkan andamempunyai bajet yang cukup untuk mendapatkannya. Ini adalah satu kesilapan yang seringdisalahtafsirkan oleh ramai pemain. RAKET PALING MAHAL BELUM TENTU SESUAI DENGANANDA. Sesetengah pemain hanya mengikut trend jenis raket yang digunakan oleh pemain profesionaldengan beranggapan raket tersebut pastinya adalah raket yang terbaik di pasaran. Walaupun bagisesetengah orang ia mungkin betul, bagi sesetengah yang lain ia tidaklah begitu tepat. Sebagai contoh,kebanyakan raket hi end yang mahal di pasaran mempunyai shaft yang stiff dan jika anda tidakmempunyai cukup kekuatan tangan atau kelajuan hayunan pukulan, anda akan menghadapi masalah dimana pukulan anda kurang bertenaga. Jadi panduan ini sedikit sebanyak bolehlah digunakan untuk andamemilih raket yang sesuai dengan anda atau anda boleh mengikut pengetahuan dan pengalaman andadalam memilih raket sekiranya anda sudah mempunyai sedikit kepakaran untuk berbuat demikian.

Replies

Reply

Replies

18 comments:

raja listrik 2 July 2013 at 10:58

thanks gan informasinya....http://wwww.rajalistrik.com

Reply

Md Z 3 July 2013 at 08:35

sama2

Cinta Kross 22 July 2013 at 20:46

terima kasih diatas perkongsian anda.. Pemilihan raket kalai pertama tu takde gambar contoh ke..?org yg takde pengalaman tak tau bentuknye mcm mana.. tq..

Reply

Md Z 30 July 2013 at 10:28

TQ  tas  kesudian  Cinta  Kross  membaca,sori  lambat  reply  ckit...k,  sy  xplain  kt  sini  srba

Page 4: Racket & Shuttle

Reply

Replies

sdkit ye..

• Material: Hanya raket carbon/graphite Kebayakn raket kt psaran sekrg ni mmg gunkan carbon/ graphite

• Bentuk frame: IsometricBentuk  frame  lak  ade  2,isometric  &  oval..bentuk  isomtric  paling  sesuai  guna  utk  ygbginer & prtghan player coz space  raket  lebih  lebar brbnding bentuk oval..kt atas sayaada tampal gambar kedua2 jenis kepala raket, anda akan dapati Oval Head lebih bujurbrbanding isomtric head.

• Berat: Medium (85g89g)Berat raket ade 3 jenis iaitu Light/ringan(4U,8084g), Medium/ pertengahan(3U, 8589g),Head  Heavy  &  Extra  Head  Heavy(2U,9094g).  Bagi  yang  gemar  main  bertahandisarankan  gunakan  raket  4U,  bagi  yang  suka menyerang  & menyemash  di  sarankangunakan  raket  2U,  manakala  yang  suka  main  pertengahan  iaitu  suka  bertahan  danmenyrang  dlm  masa  yg  sama  disarankan  gunakan  raket  jenis  3U...bagi  mereka  yangmahu  kuatkan  otot  tangan  pula,  dipasaran  ada  dijual  raket  yang  beratnya  sehingga160g.

• Balance point: Balanced (285290mm)Balance point pula ade 4  jenis  iaitu 270280mm(defensive), 275285mm(medium), 285295mm(offensive) & 295300mm(extra offensive) 

• Saiz grip: G4(medium)Saiz grip kena ikut kesesuain gengaman tangan anda..so anda kena pergi beli sendiri lacoz nak tahu tangan anda sesuai dengan saiz berape. Saiz grip ade 4 jenis G2,G3,G4 &G5.

• Stiffness: Medium stiffPilih  raket  yang  tidak  terlalu  lembut  atau  terlalu  keras,  bak  kata  orang  yang  sedang2saje...anda leh try lenturkan raket sblm beli TAPI jgn la telalu melenturkan raket tuh, kangpatah xpasal2 kena bayar & dapat barang yang patah, nk wat bende raket patah kih3

• Ketegangan tali: 25 lbs dan ke atasbagi yang mula2 nk main ni, saya sarankan tarik tali 24/25 lbs, itu pn dah ckup meletuppeginya..kalu  tarik  tegang2  xpergi  shuttle  nanti...tp  kena  tgok  juga  keupayaan  raketanda leh string sampai berape.kalau lebih tarik kang patah renyuk lak raket anda.Tali  disarankan  guna  Yonex  BG66,  nk  guna  Yonex  BG66  Ultimax  pn  leh  gak,tapiUltimax lebih mahal ckit n daya ketahanan dia kurang dari BG66 biasa. Pendek kata talidia best guna tapi cepat putus la.

Md Z 30 July 2013 at 12:38

Saya pn dalam proses belajar lagi, sama2 lah kita menambah & share ilmu ye kawan2 =)

bloggrerrr 7 September 2013 at 01:13

bro, boleh tolong suggest racket yang harga below rm100? baru nak start main.. sebelum ni mainguna rakat beli dekat pasaraya je.. banyak main smash dengan counter smash

Reply

Md Z 10 September 2013 at 14:29

This comment has been removed by the author.

Md Z 17 September 2013 at 10:56

Antara  brand  raket  yg  hrganya  lbh  kurg RM100  ni  adlh  spt Apacs,Fleet,ProAce, Victor,Protech  etc...tp  tgok  model  gak  la,bkn  semua  model  ye  sedara...Tp  kabnyakan  kedaiakan wat offer dengan bagi raket+tali+grip+bag dgn harga serndah RM100...

kalau  sedara  nak  raket  yang  mirip2  Yonex,  sedara  boleh  usha  bran  Fleet  cam  FleetVolitan  Z  Force,  skali  tegok  cam  Yonex  Voltric  Z  Force,  ..harganya  sekitar  RM100++,raket  ni  jenis  Head  Heavy  sesuai  dengan  corak  permainan  sedara  yang  sukamenyemash..brand2 lain admin xsempat nak usha la sedara hihihi..

Tp kan sedara, nak beli raket ni kita kena pergi try tes sendiri, baru puas hati..try hayun ngengam dulu samada sesuia x dengan tangan kita sbb bukn semua raket kita akan rasaselesa  dengannya.  Admin  pun  beli  raket  kat  K4  je  sedara  dengan  harga RM40  brand

Page 5: Racket & Shuttle

Reply

Replies

Reply

Replies

Reply

Dunlop, raket stock clearence..kih3 sampai sekang OK je n admin rasa syiok je guna...=)

Md Z 11 December 2013 at 12:28

https://www.facebook.com/pages/RaketBadmintonOnline/125190297651578

my best whells 12 November 2013 at 22:35

assalamualikum, saye ade masalah untuk difensive kerana bola yang melantun tidak pergi jauh kebelakang dan meyebabkan pihak lawan mudah menyemes. saya sudah menurunkan ketegangantali  tetapi sama  juga. adakah  jenis  tali? nak kata  tangan x kot sebab saya x da masalah dengansmesh n back hand, tolong beri tunjuk ajar

Reply

Amrul 18 December 2013 at 14:15

ini ada gambar spesifikasi dan tips memilih raket (gambar resolusi tingg) untuk di cetak digital printbuat di tempel di tempat latihan club, atau di gedung umum

download rarhttp://www.4shared.com/rar/h08AnEFK/tips_memilih_raket.html

atau cek gambarnyagambar 1 http://imageshack.us/a/img96/6604/2d1i.jpggambar 2 http://imageshack.us/a/img707/1582/03jr.jpg

Reply

Md Z 23 December 2013 at 08:37

thumb up,TQ

Nurul Akma 28 March 2014 at 17:43

Saye nk tnye nie adkah raket prince elok digunkn

Reply

Md Z 7 April 2014 at 10:46

Maaf Nurul Akma atas klewatan membalas prtanyaan anda....Admin pernah katakn bahawa raketyg  mahal  xsemestinye  sesuai  dengan  kita  &  raket  yg  murah  xsmstinya  xsesuai  dgn  kita...bagadmin  brand  prince  elok  je  nk  guna...selain  prince  raket2  yang  dlm  kategori  "murah"  yg  lain  sptapacs, fleet,dunlop, proace, pronex, carlton & yg seumpamanya dgnnya boleh sgt nk guna denganlevel  baginer  n  prtengahan..malah  ad  sesetgh  kelab  bdmnton  pro mnggunakan  bran  berkenaanapa...Bg admin, brand bukn  lah penentu untuk bermain dengn baik...anda msti  try dulu conditionsesebuah  raket  sblm  mmbelinya...kemampuan  setiap  pemain  adalah  berbezabeza...apa  yangpenting,  anda  harus  cari  raket  yang  sesuai  dengan  corak  permainan  anda..bagi  yangberkemampuan  xsalah mencari  raket  yang mahal  sdikit,  bagi  yang  xberapa mampu  spt  admin  niguna  je raket murah2...yg penting dengan blaja cara pukul, step n  teknik yang betul  tak mustahilkita boleh kalahkan pemain yang mnggunakan raket yang mahal dan berjenama...skian trima kasih=)

Reply

kenangan lama... 22 April 2015 at 04:59

sifu....nk  tnya skit na...ni psl no siri  raket ori..bleh ka pmbuat raket  tiruan mniru 100% cra mmbuatno siri ori ni..sbb yg sya tau..no siri ori gna laser kn??bleh bg pncerahn dk??tmksih...

Reply

Md Z 1 June 2015 at 22:10

xdenye  sifu...newb  je  admin  ni  hihi..mmg  raket  tiruan  pn  leh  print  no.  siri  srupa  yg  oripunya, cuma xtau la nmbr yg diprint tu wujud dlm rekod ke idak hihi..=)

kenangan lama... 1 June 2015 at 23:56

Page 6: Racket & Shuttle

Newer Post Older PostHome

Subscribe to: Post Comments (Atom)

  Notify me

Sign out

Enter your comment...

Comment as:  Syafieq (Google)

Publish   Preview

hahaha.....btui jgk no.....tmksih sifu...

Reply

Jeff Osiris 14 December 2015 at 21:58

Payah le ni nk carik raket yonex ori...tp bleh try hock eng yonex bangi....die direct sunrise

Reply

Badminton Games

BadMinToN GaMe

zalisman. Picture Window template. Powered by Blogger.