6
Rahsia di sebalik Gold bar 1 Gram Bagaimana cara Menjana Keuntungan dengan MODAL yang KECIL Fakta yang perlu anda tahu :- 1. Harganya lebih mahal dari gold bar yang lebih berat. Contoh harga di bawah : *Ini adalah contoh harga syarikat GCP Harga Jual Harga Beli 1g RM 190 RM 171 10g RM 1,690 RM 1,610 20g RM 3,360 RM 3,160 50g RM 8,250 RM 7,700 100g RM 16,500 RM 15,400 Harga di atas adalah harga pengedar Dari harga di atas,boleh dirumuskan,harga untuk gold bar 1gram paling tinggi sekali,manakala: i. 10g = RM169/gram (RM1690) ii. 20g = RM168/gram (RM3360) iii. 50g =RM165/gram (RM8250) iv. 100g=RM165/gram (RM16500)

Rahsia Gold Bar 1gram Dan Cara Menjana Keuntungan Dengan Modal Kecil

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Rahsia Gold Bar 1gram Dan Cara Menjana Keuntungan Dengan Modal Kecil

Citation preview

  • Rahsia di sebalik Gold bar 1 Gram

    Bagaimana cara Menjana Keuntungan dengan MODAL yang KECIL

    Fakta yang perlu anda tahu :- 1. Harganya lebih mahal dari gold bar yang lebih berat. Contoh harga di bawah : *Ini adalah contoh harga syarikat GCP

    Harga Jual Harga Beli

    1g RM 190 RM 171

    10g RM 1,690 RM 1,610

    20g RM 3,360 RM 3,160

    50g RM 8,250 RM 7,700

    100g RM 16,500 RM 15,400

    Harga di atas adalah harga pengedar Dari harga di atas,boleh dirumuskan,harga untuk gold bar 1gram paling tinggi sekali,manakala:

    i. 10g = RM169/gram (RM1690) ii. 20g = RM168/gram (RM3360) iii. 50g =RM165/gram (RM8250) iv. 100g=RM165/gram (RM16500)

  • 2. Kos mencetaknya lebih tinggi kerana kos pembuatannya lebih besar.

    Bayangkan sekeping jongkong 1kg (1000g) ,hendak dipotong kecil menjadi 1g,perlu dipotong dan ditempa sebanyak

    1000 kali!!

    Disebabkan inilah harga jongkong kecil 1gram lebih mahal.

    3.Konsep lebih besar lebih murah.

    Konsep ini boleh dilihat apabila membeli barang runcit,lebih besar bungkusan barang lebih murah harganya

    berbanding bungkusan yang paling kecil.

    Tapi untuk produk emas,kedai konvensional tidak mengamalkan konsep ini sebaliknya menggunapakai satu harga

    untuk semua jenis produk tanpa mengira beratnya.

    Manakala untuk gold bar 1gram,kos premium yang dikenakan agak tinggi.

    Contoh :

    Gold bar 1 gram = RM250-RM300

    Gold bar 10g-100g = RM195 /gram (harga FGJAM 28/02/2013)

    Syarikat pengeluar emas fizikal untuk simpanan dan pelaburan pula biasanya menggunakan harga yang berlainan

    mengikut berat.

    LEBIH BESAR,LEBIH MURAH

  • Bagaimana anda boleh menjana keuntungan dengan jongkong@ gold bar 1gram ini?

    1.Beli mengikut kemampuan anda seberapa banyak yang mampu

    2.Beli secara konsisten setiap bulan

    3.Katakan harga emas cecah RM300 nanti,dan anda perlu menjual untuk keperluan atau mencapai target ,lihat

    berapa harga dan keuntungan yang anda boleh dapat :

    Beli 100 keping pada tahun 2013 dengan harga RM190 (harga dealer)

    Jual bila harga emas pasaran cecah RM300 /gram

    Keuntungan yang diperoleh=

    RM300- RM190

    =RM110/unit

    100 unit x RM110 = RM11000 !!! *Jangkaan di atas adalah sekiranya anda menjual kepada pelanggan Keuntungan bergantung kepada dengan siapa anda menjual sebagaimana yang telah diajar di dalam Bab 10 Ebook Belajar Ilmu Emas dalam 10 Bab :Panduan Terkini 2013 Simpanan,Pelaburan dan Bisnes Emas. Sila rujuk dan kaji kembali rahsia spread yang telah dikongsikan

    Anda sudah tahu kenapa gold bar 1gram mahal bukan? Anda mungkin sering mendapat soalan ini berapa harga emas 1 gram sekarang Tolong jangan beritahu mereka harga emas 1gram =RM206 (harga pelanggan untuk 1 gram gold bar) Kemungkinan pelanggan akan berhenti untuk bertanya lebih lanjut

    Jawablah begini : Harga untuk 1gram emas,bergantung kepada siapa yang menjualnya,kalau kedai emas,sekarang RM190/gram emas 916 ,RM195/gram emas 999,jika syarikat emas fizikal pula harga bergantung kepada berat,lebih besar,lebih murah dan lebih penjimatan!!!

    Ini kerana kedai emas hanya menggunapakai satu harga tidak kira berapa berat emas yang anda beli. Contoh:- Jika anda ingin membeli gold bar 100g dari kedai emas biasa,harganya ialah:

  • Harga FGJAM RM195 x 100= RM19500 (28/02/2013) Manakala untuk gold bar 1gram mereka pula biasanya kos premium adalah RM50-RM70 dari harga emas .Seperti sekarang,harganya ialah RM250-RM300,dan anda tidak boleh keluarkan dari plastik,tak boleh calar atau terguris,jika tidak susut nilai yang tinggi akan dikenakan bila hendak menjual kembali kepada mereka nanti. Kenapa 1 gram gold bar menjadi pilihan berbanding gold bar yang lebih besar ? #Mampu dimiliki sebab murah #Mudah dijual semula dengan segera #Boleh kurangkan spread ke tahap maksimum Bayangkan jika anda membeli 100g gold bar,masalah yang mungkin dihadapi ialah : #Sukar dimiliki kerana mahal (kecuali anda mempunyai banyak wang) #Sukar dijual semula dengan segera kepada *end user melainkan kepada syarikat emas dan pengedar #Spread boleh jadi besar kerana gagal mencari end user *end user =pelanggan,iaitu mereka yang memang hendak membeli,jadi jual dengan harga web kepada mereka,diskaun atas budi bicara anda Fakta tambahan : #Tahukah anda ,otai-otai emas sangat gemar kumpul 1gram ini,beli banyak-banyak dan bila sampait target mereka jual (tidak dicadangkan jika anda saja-saja nak jual ok ) #Paling banyak saya pernah dengar pembelian gold bar 1gram oleh individu ialah 400 keping sekaligus dan 100+ keping Andaian,jika mereka menjualnya kini pada : Pelanggan = RM206/unit Jual 100 keping =RM20600 Harga beli = RM180/unit 100 keping = RM18000 Untung : RM20600- RM18000 = RM2600 !! Bila harga rendah,otai-otai ini akan ulang proses beli banyak-banyak dan jual semasa harga lebih tinggi (tidak digalakkan jika anda ingin membuat simpanan @ tidak mempunyai kemahiran baca pergerakan

  • harga emas ) Kongsi cerita... Saya sendiri sangat minat beli gold bar 1gram ini,untuk simpanan sendiri,tabung pendidikan anak-anak dan untung hasil meniaga. Disebabkan saya ada 4 orang anak,maka saya simpan secara bergilir untuk mereka,sekeping dinar sekeping gold bar 1gram,dan sekeping silver bar 10g setiap bulan. Contoh : Bulan 1 : Anak sulung Bulan 2 : Anak ke-2 Bulan 3 : Anak ke -3 Bulan 4 : Anak ke 4 Ulang semula sehingga cukup setahun,mereka akan mempunyai: Setiap seorang 3 keping dinar,3 keping 1 gram,dan 3 keping 10g silver bar. Ini belum termasuk bila ada rezeki lebih dan juga duit tabungan mereka dan duit raya. Setahun = 4.25g x 3 dinar = 12.75 g + 3 g = 15.75g Jika cukupkan 20g setahun,10 tahun dah 200g!! Say no to PTPTN Tak perlu buat pinjaman untuk beli kereta atau kahwin Panjangkanlah ilmu emas yang anda dapat ke anak cucu anda nanti,untuk mereka amal dan praktiskan. Banyaknya peluang yang terbuka untuk menyimpan kan? Tapi kita selalu fikir macam mana nak simpan,sedangkan tindakan tidak ada. Ayuh,mulakan sekarang! Untuk simpanan peribadi pula,saya tetapkan sekurang-kurangnya 10g sebulan,dan ada rezeki lebih,saya simpan lebih. Jika rezeki kurang,saya tetap beli walaupun sekeping gold bar 1gram

  • Biar sikit,tapi lama-lama jadi bukit. Yang penting adalah konsisten dan tengoh hasilnya 10 tahun akan datang