8
1 RAHSIA KEAGUNGAN RAMADAN(9 Ramadan 1439H / 25 Mei 2018M) ال و ل ض الف ي ذ ه ل ل د م ح ل ا، ام ع ن ض ف ل ر و ه ش ن م ه ر ي ى غ ل ع ان ض م ر ر ه ش ا و م ر الك و ل ض الف ن م د ي ز م ب ه ص ، خ ام الع ل ن أ د ه ش ، أ ام ع ن ل إ ه ل إ ل ه د ح و ا ل ه ل ك ي ر ش ى ا ل ، ص ام ص ى و ل ص ن م ل ض ف أ ه ل و س ر و ه د ب ع حمدا م ن أ د ه ش أ و د ع ا ب م ا أ ر ي ث ك ما ي ل س ت م ل س ، و ام ر الك ة ر ر الب ه اب ح ص أ و ه ى آل ل ع و ه ي ل ع با ا ع ي ، ف د ون ق ت م ال از ف د ق ، ف ه ت اع ط و ى ا و ق ت ب اي إي و م يك وص ، أ وا ا ق ، ات ا. SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH, Marilah sama-sama kita mengambil peluang pada bulan Ramadan yang mulia ini dengan mempertingkatkan ketakwaan kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Juga mohonlah kepada Allah SWT agar menolong kita dalam mengisi bulan barakah ini dengan kebaikan dan ketaatan kerana adalah sesuatu yang agung juga hadiah daripada Allah SWT untuk hamba-hambaNya yang sentiasa mendambakan petunjuk dan kebenaran sebagaimana firman Allah SWT : ﴿ ﮘ ﮙ ﮚ ﮛ ﮜ ﮝ ﮞ ﮟ ﮠ ﮡ ﮢ ﮣ ﮤ ﮥ ﮦ ﮧ ﮨ ﮩ ﮪ ﮫ ﮬ ﮭ ﮮ ﮯ ﮰ ﮱ ﯓ ﯔ ﯕ ﯖ ﯗ ﯘ ﯙ ﯚ ﯛ ﯜ ﯝ ﯞ ﯟ ﯠ ﯡ ﯢ ﯣ ﯤ ﯥ ﯦ ﯧMaksudnya : Bulan Ramadaan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan perbezaan (antara yang benar dan yang salah). Oleh itu, sesiapa diantara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan maka

RAHSIA KEAGUNGAN RAMADAN - islam.gov.my · sebagaimana hadis Nabi SAW, ... Nilainya lebih baik dari seribu bulan. Firman ... memperbanyakkan ibadah wajib dan sunnah di dalam bulan

Embed Size (px)

Citation preview

1

“RAHSIA KEAGUNGAN RAMADAN” (9 Ramadan 1439H / 25 Mei 2018M)

شهر رمضان على غيره من شهور ل فض ن عام، الحمد لله ذي الفضل وال اهلل وحده ل إله إ ل ن عام، أشهد أن ل العام، خصه بمزيد من الفضل والكرم وا

وأشهد أن محمدا عبده ورسوله أفضل من صلى وصام، صلى اهلل شريك له ل را أما ب عد د ، ف يا عباعليه وعلى آله وأصحابه الب ررة الكرام، وسلم تسليما كثي قون .اهلل، ات قوا اهلل، أوصيكم وإياي بت قوى اهلل وطاعته، ف قد فاز المت

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,

Marilah sama-sama kita mengambil peluang pada bulan Ramadan yang mulia

ini dengan mempertingkatkan ketakwaan kepada Allah SWT dengan

melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Juga mohonlah kepada Allah SWT agar menolong kita dalam mengisi bulan

barakah ini dengan kebaikan dan ketaatan kerana adalah sesuatu yang agung

juga hadiah daripada Allah SWT untuk hamba-hambaNya yang sentiasa

mendambakan petunjuk dan kebenaran sebagaimana firman Allah SWT :

ڳ ڳ ڱ ڱ ڱ ڱ ں ں ڻ ڻ ڻ ڻ ۀ ﴿

ۀ ہ ہ ہ ہ ھ ھ ھ ھ ے ے ۓ ۓ ڭ ڭ ڭ ڭ

ۇ ۇ ۆ ۆ ۈ ۈ ٴۇ ۋ ۋ ۅ ۅ ۉ ۉ ې

﴾ ې ې ې

Maksudnya : Bulan Ramadaan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi

petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang

menjelaskan petunjuk, dan perbezaan (antara yang benar dan yang salah).

Oleh itu, sesiapa diantara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan maka

2

hendaklah ia berpuasa dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir (lalu ia

berbuka) maka (wajib baginya berpuasa)sebanyak hari yang ditinggalkannya

itu pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak

menghendaki kesukaran bagimu. Dan supaya kamu cukupkan bilangan puasa

(sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat

petunjuk-Nya, dan supaya kamu bersyukur. (Surah Al-Baqarah, Ayat 185)

Khutbah hari ini akan membicarakan tajuk :“ Rahsia Keagungan Ramadan ”.

SIDANG JUMAAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,

Saat ini kita didatangi tetamu yang sangat agung. Tetamu yang menawarkan

pelbagai keuntungan yang luar biasa. Tetamu itu adalah bulan Ramadan

penghulu segala bulan.

Apabila Ramadan tiba, Rasulullah SAW memberi motivasi kepada para sahabat

agar hatinya gembira. Betapa hebatnya bulan yang agung itu. Bulan yang penuh

rahmat, bulan pengampunan, bulan pembebasan dari api neraka, bulan al-

Quran, bulan dilipatgandakan pahala, bulan Lailatul Qadar, bulan doa

dikabulkan dan terlalu banyak kelebihannya.

Rasulullah SAW menggambarkan, andai umat manusia mengetahui kehebatan

bulan Ramadan, maka mereka akan mengharapkan agar setahun itu selamanya

di penuhi Ramadan. Walau perlu berlapar, berdahaga, menahan nafsu, menahan

amarah, meningkatkan sedekah, bersolat tarawikh, membaca al-Quran dan

ibadah lain, semuanya itu tidak keberatan dan yang utama boleh meraih

kehebatan bulan suci yang agung itu. Selain itu jaminan Baginda SAW

bahawasanya dalam bulan Ramadan pintu-pintu syurga dibuka seluasnya, pintu-

pintu neraka di tutup serapatnya. Serta iblis dan syaitan dibelenggu. Ini

bermakna, sebagai perangsang supaya kita semua mempertingkatkan amal

ibadah dan masa yang sama menjauhi perbuatan yang tercela dan pujukan rayu

nafsu. Rasulullah SAW bersabda :

3

ماء وغلقت أب واب جهنم وسلسلت إذا دخل شهر رمضان ف تحت أب واب السياطي .الش

Maksudnya : “Apabila datang bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu langit dan

ditutup pintu-pintu neraka serta diikat para syaitan.”(Hadis Riwayat Al-

Bukhari).

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH SWT

Antara rahsia keagungan bulan Ramadan ialah :

Pertama : Meneladani Sifat Allah SWT. Di dalam bulan Ramadan ini kita

secara langsung dilatih meneladani sifat-sifat mulia yang dimiliki Allah SWT

untuk menjadikan diri kita sebagai insan yang sesempurna mungkin (Insan

Kamil) dengan memiliki sifat lahir dan batin yang terbaik dan terpuji. Di dalam

Hadits Qudsi Allah SWT berfirman :

لي وأنا أجزي به فإنه الصيام ل كل عمل ابن آدم له إ Maksudnya : “Setiap amal anak Adam itu untuk dirinya, kecuali puasa. Itu

milik-Ku dan Aku yang membalasnya”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari ibadah puasa, kita dapat meneladani sifat-sifat Allah SWT yang

terkandung di dalam Al-Asma’ul Husna. Misalnya al-Sabur ( روبلصا )– sabar.

Al-Rahim ( يملرحا )– pengasih. Al-Wasi’( عساالو )– luas dan lapang dada. Al-

Ghafur ( رالغفو )– pengampun, dan banyak lagi. Sifat-sifat mulia Allah SWT itu

akan mampu diteladani melalui ibadah puasa Ramadan dan umat Islam akan

dimuliakan dengan sifat-sifat sedemikian.

Kedua : Bulan Pengampunan. Manusia tidak lari daripada kesalahan, lupa dan

dosa. Akan tetapi walau dosa dan salah manusia setinggi langit, namun Allah

4

SWT telah menyediakan masa dan waktu untuk mengampuni hamba-

hambaNya. Itulah bulan Ramadan. Rasulullah SAW bersabda:

رجل دخل عليه رمضان ثم انسلخ ق بل أن ي غفر له ورغم أنف Maksudnya : “Dan rugi benar seseorang apabila telah datang kepadanya

bulan Ramadan, kemudian (Ramadan itu) meninggalkan, tetapi belum diampuni

(dosa-dosa)nya”. (Riwayat Al-Tirmidzi).

Hadis ini sebagai bukti bulan Ramadan adalah bulan pengampunan. Bagi yang

beribadah dengan bersungguh-sungguh di dalam bulan ini maka dia akan

mendapat pengampunan dan begitulah sebaliknya siapa yang leka maka sia-

sialah mereka menempuhi bulan Ramadan tanpa sebarang pengampunan

daripada Allah Azza wa Jalla.

Ketiga : Doa dimakbulkan. Allah SWT amat menyukai hamba-hamba-Nya

yang memohon kepada-Nya sebagaimana firman-Nya di dalam surah al-

Baqarah ayat 186:

ى ائ ائ ەئ ەئ وئ وئ ۇئ ۇئ ۆئ ۆئ ۈئ ۈئ ېئ ېئ﴿

ېئ ىئ ىئ ىئ ﴾

Maksudnya : “Dan apabila hamba-Ku bertanya padamu tentang Aku, maka

(jawablah): Sesungguhnya Aku amat hampir, Aku perkenankan permohonan

orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka

menyahut seruan-Ku, dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya

mereka menjadi baik dan betul”.

Keistimewaan orang yang berpuasa adalah doa-doanya tidak ditolak

sebagaimana hadis Nabi SAW,

مام العادل ت رد دعوت هم ال ل ليه وسلم ثلثة قال رسول الله صلى الله ع :عن أب هري رة قال ائم حت ي فطر ودعوة المظلوم والص

Maksudnya: “Dari Abu Hurairah ia berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi

wasallam bersabda: “Ada tiga orang yang tidak akan ditolak doanya;iaitu

5

imam yang adil, orang yang berpuasa hingga berbuka dan doa orang yang

teraniaya”. (Sunan Ibnu Majah).

Keempat : Keistimewaan Malam al-Qadar. Satu malam yang diimpikan dan

didambakan umat Islam sedunia ialah “Lailatul Qadar”, malam penuh

keistimewaan, malam penentuan. Di bulan Ramadan Allah SWT menurunkan

satu malam yang sangat mulia. Nilainya lebih baik dari seribu bulan. Firman

Allah SWT:

﴾ ڀ ٺ ٺ ٺ ٺ ٿ ﴿

Maksudnya:“Malam Qadar (itu) lebih baik dari pada seribu bulan” . (Surah

al-Qadr ayat : 3)

Rasulullah SAW membangunkan keluarga dan menjauhi isterinya semata-mata

untuk mengintip Lailatul Qadar pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadan.

Rasulullah SAW meningkatkan ibadah pada malam-malam itu untuk

mendapatkan malam penuh kemuliaan ini.

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH SWT

Kelima : Peningkatan Taqwa

Sebuah cita-cita luhur bagi setiap insan, yaitu “taqwa”. Sasaran terakhir

diwajibkannya puasa Ramadan adalah peningkatan taqwa. Dengan

memperbanyakkan ibadah wajib dan sunnah di dalam bulan suci ini, seseorang

akan mencapai impian untuk menjadi insan bertaqwa. Sesiapa yang bertaqwa,

hubungannya dengan Allah semakin dekat. Dimudahkan segala urusan. Dalam

keadaan apapun, dia sentiasa damai dan sejahtera. Sebagaimana firman Allah

SWT:

ں ں ڻڻ ڻ ڻ ۀ ۀ ہ ہ ہ ہ ھ ھ ڱ ڱ ڱ ڱ ﴿

﴾ۆ ۆ ھ ھ ے ے ۓ ۓ ڭ ڭ ڭ ڭ ۇ ۇ

6

Maksudnya: “Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan

mengadakan baginya jalan keluar (dari Segala perkara Yang

menyusahkannya).Dan memberi rezeki dari jalan yang tidak terlintas di

hatinya. Dan sesiapa berserah diri kepada Allah, maka Allah cukuplah

baginya. Sesungguhnya Allah melakukan Segala perkara Yang dikehendakiNya.

Sesungguhnya Allah menentukan tiap-tiap sesuatu”.(surah at-Talaaq: 2-3)

Sebagai mengakhiri khutbah pada hari ini, marilah kita mengambil kesimpulan

yang berharga untuk kita amalkan.

Pertama : Ramadan merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan dan

keagungan.

Kedua: Hayati kefardhuan puasa dan amalan-amalan sunat padanya agar

mencapai ketaqwaan dan kebaikan.

Ketiga: Menjadikan bulan Ramadan sebagai bulan mentarbiah diri agar

meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT.

7

KHUTBAH KEDUA

8

Ya Allah, kami memohon agar dengan rahmat dan perlindungan Mu, negara

kami ini dan seluruh rakyatnya dikekalkan dalam keamanan dan kesejahteraan.

Tanamkanlah rasa kasih sayang dan kekalkanlah perpaduan di kalangan kami.

Semoga dengannya kami sentiasa hidup aman damai, sejahtera dan selamat

sepanjang zaman.