19
74 RAJA AL1 HAJI DAN TUHFAT AL-NAFIS Mardiana Nordin* Raja Ali Haji dilahirkan pada tahun 1809 di Pulau Penyengat, di sebuah pulau yang terletak di Kepulauan Riau. Beliau adalah keturunan keluarga diraja Bugis dan Melayu yang berkuasa di dalam kerajaan Johor. Raja Ali Haji adalah cucu Yang Di Pertuan Muda (YDPM) Raja Haji, 1 Marhum Teluk Ketapang. Sekiranya ditinjau kepada susur galur keturunan beliau, akan sampailah kepada Opu Daeng Chelak iaitu salah seorang daripada Opu-Opu Bugis lima bersaudara yang terdiri daripada Daeng Parani, Daeng Merewah, Daeng Kemasi, Daeng Menambun dan Daeng Chelak sendiri. Mereka ini mengembara ke Kepulauan Melayu dari kerajaan mereka di Luwuk pada awal abad ke -18. 2 Raja Ah Haji dibesarkan di dalam keluarga istana dan banyak mengisi masanya dengan menulis. Beliau juga diberi didikan agama seperti membaca Al-Quran, Fardhu ‘Ain dan Usuluddin. Apabila dewasa, beliau telah menjawat beberapa jawatan penting di dalam kerajaan Johor. 3 Raja Ali Haji telah menjadi penasihat dan guru agama kepada sepupu-sepupunya, Penulis adalah pensyarah di Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. 1 Raja Haji dilahirkan di Kota Lama, Hulu Riau pada tahun 1725. Beliau merupakan Yang Di Pertuan Muda (YDPM) Kerajaan Johor ke-4. Raja Haji adalah putera Daeng Chelak. YDPM ke-2 dan bondanya bernama Tengku Mandak, puteri Sultan Sulaiman (1722-1760). Beliau terdiri daripada enam beradik dan salah seorang saudaranya Raja Lumu menJadi Sultan Selangor yang pertama bergelar Sultan Sallehuddin. Lihat, Shaharil Talib et.al, 1991. Tuhfat al-Nafis , Naskhah Terengganu, Kuala Terengganu: The House of Teuku lsmail Sdn. Bhd., hlm. 19. Lihat juga; Sejarah Perjuangan Raja Haji Fisabilillah dalam Perang Riau Melawan Belanda (1782-1784). Riau: Pemerintah Propinsi Daerah Tingkat 1. 1988, hlm. 29. 2 Muhd. Yusof lbrahim dan Mahayudin Haji Yahaya, 1988. Sejarawan dan Pensejarahan, Ketokohan dan Karya, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 247. Lihat juga; Muhammad Yusoff Hashim, 1986. “Sheikh Nurudin Ar-Raniri dan Raja Ali Haji dalam Pensejarahan Melayu”, dalam Monograf Sejarah no. 1. Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Universiti Malaya, hlm. 12; Mohd Taib Osman 1988. “Raja Ali Haji dari Riau: Apakah Tokoh Transisi atau Pujangga Klasik yang Akhir Sekali?” dalam Bunga Rampai Kebudayaan Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 73; J.C. Bottoms, 1962. “Malaya Historical Works”, dalam Malaysian Historicnl Sources, K.G Tregonning, editor. Singapura: Department of History, University of Singapore, hlm. 43. 3 Abdul Rahman Kasbon, 1970 “Perbandingan Raja Ali Haji dan Abdullah bin Abdul Kadir Munshi sebagai Sejarawan”. Dalam Dewan Bahasa. bilangan 12, Disember 1970. hlm 59.

Raja Ali Haji dan Tuhfat Al-Nafis - PNM · 2017. 3. 7. · Sumber: Diubahsuai dari VirginaMatheson, Tuhfat al-Nafis, Sejarah Melayu Islam, hlm. xxiii. Lihat juga Abu Hassan Sham,

  • Upload
    others

  • View
    14

  • Download
    7

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Raja Ali Haji dan Tuhfat Al-Nafis - PNM · 2017. 3. 7. · Sumber: Diubahsuai dari VirginaMatheson, Tuhfat al-Nafis, Sejarah Melayu Islam, hlm. xxiii. Lihat juga Abu Hassan Sham,

74

RAJA AL1 HAJI DAN TUHFAT AL-NAFIS

Mardiana Nordin*

Raja Ali Haji dilahirkan pada tahun 1809 di Pulau Penyengat, di sebuah pulau yang terletak di Kepulauan Riau. Beliau adalah keturunan keluarga diraja Bugis dan Melayu yang berkuasa di dalam kerajaan Johor. Raja Ali Haji adalah cucu Yang Di Pertuan Muda (YDPM) Raja Haji,1 Marhum Teluk Ketapang. Sekiranya ditinjau kepada susur galur keturunan beliau, akan sampailah kepada Opu Daeng Chelak iaitu salah seorang daripada Opu-Opu Bugis lima bersaudara yang terdiri daripada Daeng Parani, Daeng Merewah, Daeng Kemasi, Daeng Menambun dan Daeng Chelak sendiri. Mereka ini mengembara ke Kepulauan Melayu dari kerajaan mereka di Luwuk pada awal abad ke-18.2

Raja Ah Haji dibesarkan di dalam keluarga istana dan banyak mengisi masanya dengan menulis. Beliau juga diberi didikan agama seperti membaca Al-Quran, Fardhu ‘Ain dan Usuluddin. Apabila dewasa, beliau telah menjawat beberapa jawatan penting di dalam kerajaan Johor.3 Raja Ali Haji telah menjadi penasihat dan guru agama kepada sepupu-sepupunya,

Penulis adalah pensyarah di Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

1 Raja Haji dilahirkan di Kota Lama, Hulu Riau pada tahun 1725. Beliau merupakan Yang Di Pertuan Muda (YDPM) Kerajaan Johor ke-4. Raja Haji adalah putera Daeng Chelak. YDPM ke-2 dan bondanya bernama Tengku Mandak, puteri Sultan Sulaiman (1722-1760). Beliau terdiri daripada enam beradik dan salah seorang saudaranya Raja Lumu menJadi Sultan Selangor yang pertama bergelar Sultan Sallehuddin. Lihat, Shaharil Talib et.al, 1991. Tuhfat al-Nafis , Naskhah Terengganu, Kuala Terengganu: The House of Teuku lsmail Sdn. Bhd., hlm. 19. Lihat juga; Sejarah Perjuangan Raja Haji Fisabilillah dalam Perang Riau Melawan Belanda (1782-1784). Riau: Pemerintah Propinsi Daerah Tingkat 1. 1988, hlm. 29.

2 Muhd. Yusof lbrahim dan Mahayudin Haji Yahaya, 1988. Sejarawan dan Pensejarahan, Ketokohan dan Karya, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 247. Lihat juga; Muhammad Yusoff Hashim, 1986. “Sheikh Nurudin Ar-Raniri dan Raja Ali Haji dalam Pensejarahan Melayu”, dalam Monograf Sejarah no. 1. Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Universiti Malaya, hlm. 12; Mohd Taib Osman 1988. “Raja Ali Haji dari Riau: Apakah Tokoh Transisi atau Pujangga Klasik yang Akhir Sekali?” dalam Bunga Rampai Kebudayaan Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 73; J.C. Bottoms, 1962. “Malaya Historical Works”, dalam Malaysian Historicnl Sources, K.G Tregonning, editor. Singapura: Department of History, University of Singapore, hlm. 43.

3 Abdul Rahman Kasbon, 1970 “Perbandingan Raja Ali Haji dan Abdullah bin Abdul Kadir Munshi sebagai Sejarawan”. Dalam Dewan Bahasa. bilangan 12, Disember 1970. hlm 59.

Page 2: Raja Ali Haji dan Tuhfat Al-Nafis - PNM · 2017. 3. 7. · Sumber: Diubahsuai dari VirginaMatheson, Tuhfat al-Nafis, Sejarah Melayu Islam, hlm. xxiii. Lihat juga Abu Hassan Sham,

75

RAJA ALI HAJI DAN TUHFAT AL-NAFIS

Salasilah Raja Ali Haji

Daeng Chelak (YDPM Ke II) + Tengku Mandak (Puteri Sulatan Sulaiman)

Raja Haji (YDPM Ke IV)

Raja Hamidah Raja Jaafar Raja Ahmad Puteri-puteri lain (Engku Puteri) (YDPM Ke-V)

Raja Abdul Rahman Raja Ali Raja Haji Abdullah (YDPM Ke-VIII (YDPM Ke-VII) (YDPM Ke-IX)

Raja Zaleha Raja Ali Haji Raja Daud Lain-lain

Raja Muhammad Yusuf (YDPM Ke-X)

+Pendahuluan

Sumber: Diubahsuai dari Virgina Matheson, Tuhfat al-Nafis, Sejarah Melayu Islam, hlm. xxiii. Lihat juga Abu Hassan Sham, Puisi-Puisi Raja Ali Haji, (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993), hlm 84.

Raja Abdul Rahman5 (183l- 1844), Raja Ali (1844 - 1857), Raja Abdullah6 (1857 -1858) dan anak saudara pupunya, Raja Muhammad Yusuf7 (1858 - 1899). Selain itu, beliau juga merupakan pakar undang-undang iaitu hakim di Riau.

Raja Ali Haji sememangnya mempunyai minat untuk menulis. Beliau sendiri dilahirkan dan dibesarkan dalam suasana dan keluarga yang mementingkan ilmu pengetahuan. Ibu beliau bernama Che Hamidah sementara bapanya iaitu Raja Ahmad8 adalah juga seorang

5 Raja Abdul Rahman adalah YDPM ke-7. Namun bagi Kerajaan Riau-Lingga, beliau adalah YDPM ke-2.

Beliau adalah putera kepada Raja Jaafar (YDPM ke-6). lbunya adalah Raja Lebar, puteri Raja Ali (YDPM ke-5) yang juga cucu kepada Daeng Kemboja (Raja Tua Kerajaan Johor yang pertama). Beliau digambarkan sebagai seorang yang banyak ilmu kerana pergaulannya yang Iuas dengan golongan intelek sepertj Sheik Syakat, Sayid Hasan al-Hadad, Haji Abu Bakar dan Raja Ali Haji sendiri. Beliau banyak belajar tentang undang-undang dan turut memberi sokongan duit untuk usaha mencari ilmu. Lihat Tuhfat al-Nafis, Naskhah Terengganu, hlm. 20. Lihat juga; Vivienne Wee, 1985. ‘Melayu: Hierachies of Being in Riau’. Tesis Ph.D., Australian National University, hlm. 644.

6 Raja AbdulIah adalah YDPM ke-9 tetapi YDPM ke-4 bagi Kerajaan Riau-Lingga. Beliau juga merupakan adik seibu sebapa kepada Raja Abdul Rahman (YDPM Ke-7) dan Raja Ali (YDPM ke-8) Beliau meninggal dunia pada tahun 1858 selepas hanya setahun menjadi YDPM. Selain mereka tiga beradik, ketiga-tiga YDPM ini juga mempunyai seorang saudara perempuan sibu sebapa. Lihat; Tuhfat al-Nafis, Naskhah Terengganu, hlm. 20.

7 Abu Hassan Sham, 1995. Syair-syair Melayu Riau. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia, hlm. 210. Lihat juga; Teuku Iskandar, 1995 Kesusasteraan Klasik Melayu Sepanjang Abad. Brunei: Jabatan Kesusasteraan Melayu, Universiti Brunei Darussalam, hlm 540.

8 Bapa beliau adalah Raja Haji, YDPM ke-4 dan beliau juga abang kepada Raja Jaafar, YDPM ke-5. Beliau dilahirkan pada tahun 1778 di Kota Piring Pulau Biram Dewa. Selain bergiat di dalam bidang penulisan, Raja Ahmad pernah beberapa kali menjadi utusan atau wakil Kerajaan Riau ke Betawi. Ini menjadikan

Page 3: Raja Ali Haji dan Tuhfat Al-Nafis - PNM · 2017. 3. 7. · Sumber: Diubahsuai dari VirginaMatheson, Tuhfat al-Nafis, Sejarah Melayu Islam, hlm. xxiii. Lihat juga Abu Hassan Sham,

76

MALAYSIA DAR1 SEGI SEJARAH tokoh politik dan ilmu yang terkenal di Riau. Raja Ahmad terkenal sebagai seorang intelek yang banyak ilmu pengetahuan. Beliau terkenal sebagai seorang pengarang dan hasil karyanya yang terkemuka adalah Syair Engku Puteri. Hasil karangannya yang lain seperti Syair Siti Zawiyah, Syair Raksi dan Syair Perang Johor. Selain menggalakkan minat anaknya, pada tahun 1827 Raja Ahmad pernah membawa Raja Ali Haji bersama-samanya ke Mesir untuk menuntut dan mendalami ilmu ketika Raja Ali Haji berusia 19 tahun.8 Berdasarkan latar belakang ini, Raja Ali Haji berjaya menghasilkan karya-karya yang disegani mencakupi segenap aspek seperti sejarah, agama, politik, bahasa dan juga kesusasteraan.9

Apabila melihat teks Tuhfat al-Nafis (selepas ini menggunakan Tuhfat sahaja), seperkara yang kadang kala dipertikaikan adalah tentang siapakah pengarang sebenarnya teks ini. Adakah Raja Ali Haji atau bapanya Raja Ahmad atau kedua-duanya sekali? Sememangnya ramai penyelidik dan pengkatalog bersetuju Raja Ali Haji adalah pengarang asal teks ini. Namun situasi ini mula diragukan. Virginia Matheson memberikan beberapa bukti yang menegaskan mengapa beliau menganggap teks ini ditulis oleh Raja Ahmad di peringkat awal dan Raja Ah Haji menyambungnya.

Menurut Virginia Matheson, pada tahun 1967 telah ditemui satu nota di dalam Tuhfat versi Maxwell yang mencatatkan naskhah ini telah dimulakan oleh Raja Haji Ahmad yang meninggal dunia di Riau ketika berumur 103 tahun. Kemudian usaha ini diteruskan dan diselesaikan oleh anaknya Raja Aii Haji yang meninggal dunia semasa berumur 78 tahun. Di dalam Tuhfat versi Maxwell ini juga terselit kertas bertulisan jawi yang menyebut, “Sejarah Engku Haji Tua di dalam Riau.” Engku Haji Tua adalah gelaran kepada Raja Ahmad. Virginia juga merujuk kepada lahirnya dua versi Tuhfat iaitu pendek dan panjang yang boleh memberi makna daripada dua pengarang yang berbeza.10 Daripada bukti-bukti Virginia membuat satu hipotesis, kedua-dua Raja Ahmad dan Raja Ali Haji adalah pengarang Tuhfat.

Beliau membuat hipotesis ini berdasarkan maklumat yang diperolehi dari Tuhfat versi Maxwell yang menyebut tentang karya ini dimuIakan oleh Raja Ahmad dan diselesaikan oleh Raja Ali Haji. Namun sebenarnya tidak pernah ditemui sebarang bukti dalam mana-mana versi Tuhfat yang menunjukkan wujud dua orang pengarang bagi teks tersebut. Oleh itu, Virginia mentafsirkan nota di dalam Tuhfat versi Maxwell itu sebagai, “Raja Ahmad telah menulis atau menyusun Tuhfat itu sehingga tamat dan puteranya (Raja Ali Haji) telah menyusun semula naskhah itu dan lahirlah suatu naskhah yang Iebih panjang.”11

Kenyataan ini turut disebut oleh Muhammad Yusoff Hashim yang mengatakan naskhah Tuhfat yang tersimpan di Perpustakaan Koninklijk Institut Voor Taal-Land-en volkenkunde

lingkungan pergaulannya yang luas termasuk dt kalangan bukan Melayu. Lihat, Abu Hassan Sham. 1995. Syair-syair Melayu Riau. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia. hlm. 209; Abdul Rahman Kasbon, “Perbandingan Raja Ali Haji dan Abdullah bin Abdul Kadir Munshi sebagat Sejarawan”, hlm. 558; Hasan Junus. 1988. Raja Ali Haji: Budayawan di Gerbang Abad XX .Riau: Universitas Islam Riau Press, hlm. 141.

8 Abu Hassan Sham. Syair-syair Melayu Riau, hlm. 209; Abdul Rahman Kasbon, “Perbandingan Raja Ali Haji dan Abdullah bin Abdul Kadir Munshi Sebagai Sejarawan”. hlm. 558.

9 Muhd. Yusof lbrahim dan Mahayudin Haji Yahaya. Sejarawan dan Pensejarahan, hlm. 248. Lihat juga; lsmail Abdul Rahman, 1959. ‘The Arabic Influence in Tuhfat al-Nafis’. Academic Exercise, University of Malaya, Singapura, hlm. 46.

10 Virginia Matheson, 1991. Tuhfat al-Nafis. Sejarah Melayu-Islam . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 37.

11 Ibid., hlm. 37.

Page 4: Raja Ali Haji dan Tuhfat Al-Nafis - PNM · 2017. 3. 7. · Sumber: Diubahsuai dari VirginaMatheson, Tuhfat al-Nafis, Sejarah Melayu Islam, hlm. xxiii. Lihat juga Abu Hassan Sham,

77

RAJA ALI HAJI DAN TUHFAT AL-NAFIS (KITLV) di Leiden yang tergolong di dalam versi pendek dianggap teks induk dan ia adalah hasil tulisan Raja Ahmad. Dari teks induk inilah, telah berlaku berbagai- bagai penambahan dan sisipan seperti bunga bahasa, ayat-ayat berbahasa Arab dan isi-isi baru. Terdapat juga beberapa pengeditan berlaku pada naskhah asal tetapi tidak ketara. Hasilnya didapati daripada naskhah pendek yang hanya mengandungi 88,000 patah perkataan telah menjadi 126,000 patah perkataan.12

Biarpun begitu Raja Ali Haji boleh dianggap pengarang Tuhfat versi panjang seperti Tuhfat al-Nafis, Naskhah Terengganu. Walaupun ada pengkaji beranggapan Raja Ali Haji telah menokok tambah Tuhfat versi pendek untuk menghasilkan sebuah naskhah yang lebih panjang tetapi Tuhfat versi panjang mengandungi peristiwa-peristiwa yang tidak terdapat di dalam Tuhfat versi pendek. Gaya penceritaannya juga lebih lengkap dan jelas terutamanya bagi peristiwa-peristiwa yang berlaku semasa hayat Raja Ali Haji sendiri. Oleh itu lahirlah sebuah manuskrip baru yang lebih panjang dikarang oleh Raja Ali Haji sendiri.13

Naskhah Tuhfat adalah karangan Raja Ali Haji yang sangat masyhur, lantaran isinya memenuhi sebahagian besar ciri-ciri pensejarahan moden. Bentuk tulisan dan kajiannya menunjukkan beliau adalah seorang pengarang yang mempunyai pemerhatian yang tajam dan mempunyai visi di dalam penulisan kerana karya-karyanya yang banyak berbentuk dakwah mahupun memberi nasihat kepada pembaca. Hasil tulisan beliau juga ditulis dengan baik sama ada dari segi tatabahasa mahupun kosa kata. Muhammad Yusoff Hashim menganggap Tuhfat dipenuhi dengan rakaman peristiwa-peristiwa masa lampau. Walaupun ditulis dari sudut pandangan penulisnya, namun tetap dianggap sebagai fakta bersejarah.

Menurut R.O. Winstedt. Tuhfat dapat dianggap sebagai sebuah magnum opus yang terbesar selepas Sejarah Melayu bagi mengkaji sejarah negeri Johor dan Riau.14 Sementara itu Taib Osman pula berpendapat, Tuhfat sebagai, “…satu-satunya sumber bagi pemaparan sejarah wilayah [Kerajaan Johor - Riau-Lingga-Pahang] itu”.15 Zainal Abidin Abdul Wahid pula antara lain yang turut sependapat mengatakan Tuhfat sebagai sebuah buku sejarah yang sangat penting dalam pengkajian sejarah Alam Melayu pada abad ke-18 hingga pertengahan abad ke-19.16 Malahan menurut beliau lagi, “…tidaklah sempurna bagi seseorang itu menulis sejarah negeri-negeri Melayu, terutamanya Johor, Riau dan Selangor kalau buku ini tidak digunakan.”17 Menurut Virginia Matheson pula, naskhah Tuhfat merupakan pengisahan hasil gabungan peristiwa lampau dan semasa. Pengisahannya berasaskan Kesultanan Melayu iaitu pemerintahan Kerajaan Riau-Lingga sebagai sambungan tradisi Melayu dari Kesultanan Melaka dan Kesultanan Johor.18

12 Muhammad Yusoff Hashim, 1992. Pensejarahan Melayu, Kajian Tentang Tradisi Sejarah Melayu

Nusantara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 445. 13 Ibid., hlm. 449. 14 Mohd. Khalid Saidin, 1971. “Naskhah-naskhah Lama Mengenai Sejarah Johor” dalam Dewan Bahasa.

Bilangan 8, Ogos 1971. hlm. 340. Lihat juga; Muhammad Yusoff Hashim, “Syeikh Nuruddin Ar-Raniri”. hlm. 13.

15 Muhammad Yusoff Hashim, “Syeikh Nuruddin Ar-Raniri’’, hlm. 13. 16 Mohd. Khalid Saidin, “Naskhah-naskhah Lama Mengenai Sejarah Negeri Johor”, hlm. 340. 17 Muhd. Yusof Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahaya, Sejarawan dan Pensejarahan, hlm. 249. 18 Virginia Matheson, 1978. “Concepts of Malay Ehtos in Indigenous Malay Writings”. Second National

Conference of the Asian Studies Association of Australia, University of New South Wales, hlm. 22.

Page 5: Raja Ali Haji dan Tuhfat Al-Nafis - PNM · 2017. 3. 7. · Sumber: Diubahsuai dari VirginaMatheson, Tuhfat al-Nafis, Sejarah Melayu Islam, hlm. xxiii. Lihat juga Abu Hassan Sham,

78

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

Secara keseluruhannya, pengisahan di dalam naskhah ini mencakupi satu tempoh yang sangat panjang dan luas. Karya ini meliputi kira-kira seribu tahun lamanya iaitu dari zaman turunnya Seri Teri Buana di Bukit Seguntang membuka Temasik (Singapura) dan berakhir hingga Tun Abu Bakar dilantik sebagai Temenggung Johor menggantikan bapanya.19 Namun begitu, pengisahan sejarah yang lebih kritikal dan ketara sebenarnya adalah bermulanya dari abad ke-18 iaitu sebaik sahaja Sultan Mahmud Syah II mangkat dibunuh dan takhta baginda diganti oleh bendaharanya Tun Abdul Jalil.

Bahagian pertama karya ini sebenarnya hanya merupakan ringkasan bagi satu tempoh yang panjang sehingga menjangkau lapan abad. Pengarang memberi catatan ringkas yang berupa salasilah raja -raja Melaka yang membina empayar Melayu MeIaka seterusnya raja -raja Johor sehingga tahun 1699. Justeru, banyak pihak yang bersetuju bahawa bahagian pertama teks ini tidak lebih daripada ringkasan teks Sulalatus Salatin oleh Tun Sri Lanang.20

Suatu kelebihan penulisan karya Tuhfat yang dikatakan hampir menepati ciri-ciri historiografi moden adalah penggunaan sumber. Jelas dinyatakan pengarang menggunakan sumber-sumber tertentu bagi faktanya dan tidak didasarkan kepada ingatan dan imaginasinya semata-mata. Beliau banyak menyebut bahawa tulisannya menggunakan sumber-sumber dari sejarah Riau, Lingga, Siak, Pontianak, Terengganu dan Selangor. Sekalipun teknik Raja Ali Haji menggunakan sumber-sumber ini tidak sama dengan sejarawan-sejarawan moden, tidak menyenaraikannya dalam bentuk nota kaki mahupun bibliografi, namun terdapat sebilangan besar tulisan-tulisan di dalam karya tersebut menunjukkan Raja Ali Haji menggunakan sumber-sumber yang diperolehi dengan berhati-hati.

Sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini, ramai pengkaji bersetuju, bahagian awal naskhah iaitu ketika pengarang menyusur galurkan salasilah raja-raja Melayu, pengarang menggunakan teks Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu. Misalnya dinyatakan di dalam Tuhfat,

Raja Seri Ter i Buana ialah raja Melayu yang asal yang turun daripada Bukit Seguntang lalu ke Palembang kemudian lalu ke Bentan kemudian kerajaanlah ia di Singapura. Syahdan berpanjanganlah hikayatnya itu di dalam Sejarah dan Siarah Melayu. 21 Perkara ini sama dengan huraian di dalam Sejarah Melayu tetapi lebih panjang. Misalnya

Sejarah Melayu ada menyebut tentang turunnya tiga orang anak raja di Bukit Seguntang bernama Nila Pahlawan, Kerisyna Pendita dan Nila Utama. Keturunan daripada mereka ini yang bernama Sang Sapurba kemudiannya mengahwini Puteri Palembang, Wan Sendari lalu menjadi Raja Palembang. Baginda kemudian bersemayam pula di Bentan. Putera Sang Sapurba dengan Wan Sendari yang bernama Sang Nila Utama kemudian berkerajaan pula di Singapura.22

Raja Ali Haji menggunakan karya-karya yang dihasilkan lebih awal sebagai sumber. Ia terbukti melalui kenyataannya di daIam Tuhfat iaitu ketika menceritakan peristiwa Raja Sulaiman dan Tengku Tengah berunding dengan Opu-Opu Bugis untuk meminta bantuan mereka menyerang Raja Kecil di Johor. Dinyatakan di dalam Tuhfat, Syahdan tersebut di

19 Istilah ‘Tun’ ini diambil dari naskhah Tuhfat. Namun ada beberapa sumber lain yang menyebut Abu Bakar

digelar Che Wan Abu Bakar atau Daeng Abu Bakar sebelum dilantik sebagai Temenggung. 20 Muhd. Yusof Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahaya, Sejarawan dan Pensejarahan, hlm. 250. 21 Tuhfat al-Nafis, Naskhah Terengganu, hlm. 8 22 W.G. Shellabear, 1990. Sejarah Melayu. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. hlm. 16-29.

Page 6: Raja Ali Haji dan Tuhfat Al-Nafis - PNM · 2017. 3. 7. · Sumber: Diubahsuai dari VirginaMatheson, Tuhfat al-Nafis, Sejarah Melayu Islam, hlm. xxiii. Lihat juga Abu Hassan Sham,

79

RAJA AL1 HAJl DAN TUHFAT AL-NAFIS dalam Sejarah Siak adalah Tengku Tengah itu yang sangat hendak menghapuskan kemaluannya itu.”23 Demikian juga ketika menggambarkan bahawa pernah wujud perjanjian di antara YDPM Raja Haji dengan Belanda iaitu sebarang musuh Raja Haji adalah juga musuh Belanda, Tuhfat menyebut, “Kaul yang pertama yang aku dapat di dalam sejarah dan siarah pihak sebelah Selangor.. .”24

Sikap prihatin beliau juga tergambar melalui tekniknya mengadaptasi sumber-sumber ini ke dalam teks. Bagi sesetengah peristiwa Raja Ali Haji menggunakan beberapa sumber untuk mengukuhkan faktanya. Misalnya ketika memulakan kisah persengketaan antara suku-suku Melayu dengan suku-suku Bugis di Riau, beliau menyebut,

Sebermula adalah permulaan sebab suku-suku raja Melayu itu membuat honar atas raja-raja peranakan Bugis maka iaitu aku dapat tersebut di dalam sejarah dan siarah pihak Riau satu dan pada pihak Terengganu satu dan pihak Siak satu.25

Begitu juga ketika menyusur galurkan salasiIah raja-raja Siak yang menurut beliau, “… demikianlah barang yang telah aku dapat di dalam beberapa sejarah siarah adanya”.26

Bagi asal-usul Raja Kecil, Raja Ali Haji turut menggunakan beberapa sumber. Namun, oleh kerana beliau tidak pasti kebenarannya lantaran setiap sumber yang berlainan pendapat, Raja Ali Haji telah menyebut setiap sumber tersebut ke dalam teks ini. Tuhfat menyebut,

Di dalam sejarah sebelah Siak maka Raja Kecil itu anak Marhum Mangkat Dijulang yang terbunuh di Kota Tinggi oleh Megat Seri Rama. Maknya bernama Encik Pong anak Laksamana. Maka tatkala baginda itu konon waktu baginda itu datang berahikan isterinya peri itu, maka terpancarlah mani baginda itu lalu disuruhnya makan kepada Encik Pong itu. Maka jadilah Encik Pong bunting konon. AdaIah kaul setengah sejarah mengatakan tatkala baginda itu mangkat zakar baginda itu berdiri maka tiada berani orang menanam baginda. Mesyuaratlah segala orang besar-besarnya apa dengan sebabnya pekerjaaan itu sangat ajaib. Maka kata dapat isi istana adalah baginda itu tengah berahikan Encik Pong itu maka baginda pun mangkat. Maka takbir segala orang besar -besar baginda itu takut tiada meninggalkan anak cucunya yang bangsa daripadanya. Maka disuruhlah oleh orang besar-besar akan Encik Pong ditu setubuh dengan baginda itu konon pada ketika itu. Maka apabila selesai baharulah rebah zakarnya. Maka Encik Pong pun buntinglah konon. Dan pada sejarah yang lain pula pada pihak Terengganu, adalah Encik Pong itu pakai oleh baginda itu sudah bunting memang konon.27

Dalam keadaan lain, Raja Ali Haji mempunyai caranya yang tersendiri bagi mengulas

sumber yang diragui kesahihannya. Misalnya bagi memulakan pengsalasilahan raja-raja Bugis yang kononnya dikaitkan dengan Puteri Balkis iaitu isteri kepada Nabi Sulaiman, beliau menyebut,

Pada setengah orang Bugis, keturunan daripada Puteri Balkis konon. Di dalam itu Allah Subhanahuwataala yang terlebih mengetahui hakikat al-umur-kalliha kerana Balkis itu di negeri sebelah pihak tanah Yaman, anak raja jin jadi isteri Nabi Allah Sulaiman alaihi salam. Maka berjauh-jauhanlah dengan Bugis. Entahlah sahkah kaul perkataan setengah orang Bugis

23 Tuhfat al-Nafis. Naskhah Terengganu, hlm. 37. 24 Ibid., hlm. 143. 25 Ibid., hlm. 77. 26 Ibid., hlm. 12. 27 Ibid., hlm. 11.

Page 7: Raja Ali Haji dan Tuhfat Al-Nafis - PNM · 2017. 3. 7. · Sumber: Diubahsuai dari VirginaMatheson, Tuhfat al-Nafis, Sejarah Melayu Islam, hlm. xxiii. Lihat juga Abu Hassan Sham,

80

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

itu entahkan tidak. Allah Subhanahuwataala yang terlebih tahu…fal hasil, tiap-tiap hendaklah kita taslimkan kerana ada dalil berdiri.28

AdaIah jelas pengisahan di dalam Tuhfat, Raja Ali Haji merujuk kepada banyak sumber.

Selain yang disebut di atas dipercayai beliau juga menggunakan beberapa surat daripada Francis Light yang disimpannya.29 Justeru itulah di dalam teks ini, pengarang menggunakan istilah-istilah tertentu bagi menjelaskan bahawa fakta tersebut dikutip dari sumber-sumber yang pastinya penting. Dengan menyatakan, “…demikianIah kisah dalam hikayat yang panjang”30 ketika Seri Teri Buana membuka Singapura, istilah ‘hikayat yang panjang’ pastinya merujuk kepada sumber yang tertentu. Demikian juga apabila Raja Ali Haji menyebut, “...demikianlah kata ahli-al-tawarikh”31 ketika membicarakan kedudukan Raja Iskandar Shah di Melaka. Penggunaan istilah ‘kata sahibul hikayat’32 di dalam sebahagian teks juga jelas menunjukkan penjelasan fakta tersebut disokong dengan sumber yang telah diteliti.

Dipercayai untuk menghasilkan karyanya ini, Raja Ali Haji menggunakan sumber lisan yang banyak. Besar kemungkinan beliau mendapat bahan daripada tokoh-tokoh istana, kerabat diraja Johor-Riau termasuklah tokoh-tokoh dari negeri berkaitan seperti Terengganu dan Selangor.33 Kenyataan ini tergambar jelas melalui penggunaan istilah-istilah tertentu oleh Raja Ali Haji seperti ‘kata setengah kaul’, ‘setengah kaul orang’, demikianlah yang diceterakan orang’, ’kata kaul orang tua-tua’, ‘khabar daripada itu daripada orang tua-tua yang mutawir’ dan ‘kata kaul yang mutawatir’.34

Sikap prihatin Raja Ali Haji di dalam penulisannya ini dapat menunjukkan kesungguhan dan usaha beliau untuk menghasilkan karya yang bermutu dan dapat dirujuk kemudian hari. Dapat dikatakan beliau menggunakan dan merujuk sumber-sumber ini dengan agak kritis berbanding dengan penulis-penulis lain yang sebelum dan yang sezaman dengannya. Tulisan Raja Ali Haji yang menyebut sumber-sumber yang digunakannya di dalam Tuhfat memperlihatkan beliau bukanlah seorang yang gemar mencedok hasil-hasil karya terdahulu sebagaimana yang sering dilakukan oleh pengarang-pengarang lain sebelumnya.35

Muhd. Yusof Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahya membuat kesimpulan bahawa sumber-sumber yang digunakan oleh Raja Ali Haji dapat dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu sumber utama, sumber kedua dan sumber lisan.36 Sumber utama ini terdiri daripada surat-surat asal yang dimilikinya, dokumen-dokumen dan catatan-catatan yang diperolehinya dari istana atau pusat pemerintahan Kerajaan Johor. Penggunaan dokumen-dokumen penting di dalam teks ini jelas dapat dilihat melalui beberapa huraian beliau. Misalnya dalam menyebut tentang perjanjian yang pernah ditandatangani antara Belanda dengan Kerajaan Negeri Johor pada tahun 1875 (bersamaan 1292 Hijrah), Raja Ali Haji memuatkan petikan daripada

28 Ibid., hlm. 21. 29 Muhd. Yusof lbrahim dan Mahayuddin Haji Yahaya, Sejarawan dan pensejarahan, hlm. 257. 30 Tuhfat al-Nafis Naskhah Terengganu, hlm. 3. 31 Ibid., hlm. 4. 32 Lihat; Ibid., hlm. 3, 8, 13, 27, 34 dan 107. Hanya mengambil sebahagian kecil contoh. 33 Muhd. Yusof Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahaya, Sejarawan Dan Pensejarahan, hlm. 258. 34 Tuhfat al-Nafis, Naskhah Terengganu, hlm. 35, 14, 45, 47, dan 101. 35 Muhammad Yusoff Hashim, “Syeikh Nuruddin Ar-Raniri”, hlm. 19. 36 Muhd. Yusof Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahaya, Sejarawan dan Pensejarahan, Ketokohan dan

Karya, hlm. 258

Page 8: Raja Ali Haji dan Tuhfat Al-Nafis - PNM · 2017. 3. 7. · Sumber: Diubahsuai dari VirginaMatheson, Tuhfat al-Nafis, Sejarah Melayu Islam, hlm. xxiii. Lihat juga Abu Hassan Sham,

81

RAJA ALI HAJI DAN TUHFAT AL-NAFIS

Perjanjian tersebut.37 Semasa berlaku perselisihan antara suku Melayu yang diketuai oleh Tun Dalam dan Raja Ismail (cucu Raja Kecik Siak) dengan suku Bugis di Riau, kaum wanita suku Melayu telah menghantar surat kepada Raja Ismail yang waktu itu berada di Singapura. Di dalam Tuhfat, Raja Ali Haji turut memuatkan petikan dari surat ini.38 Sumber kedua dinyatakan dengan jelas yang terdiri daripada kitab-kitab dan hikayat-hikayat. Nama-nama sumber yang disebut dengan jelas di dalam Tuhfat adalah ‘Siarah Selangor’,39 ‘Siarah Pontianak’,40 ‘Siarah Siak’ dan ‘Karangan Engku Busu’. Sementara sumber lisan telahpun dinyatakan seperti di atas.41

Selain dari penggunaan sumber, satu lagi ciri historiografi yang dikagumi di dalam teks ini adalah penggunaan tarikh oleh Raja Ali Haji. Tarikh-tarikh yang ditulis di dalam Tuhfat adalah di dalam tahun Hijrah. Ia ditulis bagi menunjukkan tarikh berlakunya kelahiran kematian, pertabalan, peperangan, perkahwinan dan hubungan diplomatik. Menurut Muhammad Yusoff Hashim, penggunaan tarikh oleh Raja Ali Haji ini telah dilakukan semenjak seratus sembilan puluh enam tahun sebelum dikarang Tuhfat.42 Tarikh pertama yang tercatat di dalam Tuhfat, “Adapun tahun mangkatnya Marhum Muda Pahang itu iaitu pada hijrah seribu delapan puluh tujuh, 1087 sanat.”43

Ciri ini membolehkan Tuhfat benar-benar diterima sebagai sebuah karya sejarah. Susunan peristiwa yang mengikut kronologi disusuli dengan tarikh-tarikh yang lengkap, memudahkan pembaca mahupun pengkaji melihat sesuatu peristiwa itu dengan jelas dan tidak mengelirukan. Keprihatinan Raja Ali Haji ini ketara apabila beliau memberikan tahun dan haribulan malahan ada peristiwa tertentu yang disertakan dengan hari dan waktunya. Misalnya peristiwa kemangkatan Sultan Mahmud Shah II disebut,

Adalah mangkat baginda itu pada hijrah seribu seratus tahun, 1111 sanat pada bulan Safar, hari Jumaat dan menggantikan kerajaannya bendahara ibni bendahara Tun Habib pada delapan

haribulan Rabiul Awal hari Khamis waktu dhuha dan Raja Sulaiman zahir ke dunia pun.44 Penggunaan tarikh ini begitu meluas di dalam naskhah Tuhfat dan mengikut susunan

yang tertib. Ini menyebabkan sesuatu peristiwa itu terputus atau diselang-selikan dengan peristiwa lain yang berlaku di antaranya. Misalnya sepanjang peristiwa peperangan di antara Kerajaan Johor dengan Raja Kecik Siak dan anak-anaknya yang berlanjutan selama setengah abad, diselitkan juga dengan peristiwa penglibatan Bugis di Mempawah, Perak, Selangor dan Kedah. Namun, barangkali Raja Ali Haji sedar akan kemungkinan timbulnya kekeliruan dan mungkin juga merasakan pentingnya peristiwa peperangan antara Raja Kecik dengan

37 Tuhfat al-Nafis, Naskhah Terengganu, hlm. 156. 38 Ibid., hlm. 110. 39 Menurut Ismail Hussein, ‘Siarah Selangor’ yang disebut di dalam Tuhfat adalah merujuk kepada Hikayat

Negeri Johor. Lihat; Virgina Matheson, 1971. “The Tuhfat Al-Nafis: Structure and Sources ”.Bejdragen Tot De Taal-, Land-en Volkenkunde, Deel 127, hlm. 380.

40 Menurut Virgina Matheson, ‘Siarah Pontianak’ ini telah dikenal pasti sebagai Hikayat Opu Daeng Menambun, Cod. Or. 1754. Lihat: Virginia Matheson, “The Tuhfat al-Nafis: Structure and Sources”, hlm. 382.

41 Untuk melihat penggunaan sumber oleh Raja Ali Haji dalam menulis Tuhfat dengan Iebih Ianjut dan terperinci, sila lihat; Virginia Matheson., “The Tuhfat Al-Nafis: Structure and Sources”. hlm. 375-391.

42 Muhammad Yusoff Hashim, “Syeikh Nuruddin Ar-Raniri”. hlm. 16. 43 Tuhfat al-Nafis, Naskhah Terengganu, hlm. 8 44 Ibid., hlm. 28.

Page 9: Raja Ali Haji dan Tuhfat Al-Nafis - PNM · 2017. 3. 7. · Sumber: Diubahsuai dari VirginaMatheson, Tuhfat al-Nafis, Sejarah Melayu Islam, hlm. xxiii. Lihat juga Abu Hassan Sham,

82

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH kerajaan Johor ini, beliau telah menyediakan satu senarai yang berupa peperangan-peperangan yang tercetus antara kedua pihak tadi di tengah-tengah naskhah ini.45

Sikap dan amalan Raja Ali Haji yang mencatatkan tarikh di dalan tulisannya bukanlah sesuatu yang menghairankan. Beliau yang berketurunan Bugis memang terkenal dengan amalan menyimpan buku harian. Sudah menjadi kebiasaan raja -raja Bugis menyimpan catatan harian bagi merekodkan segala perkara penting yang berhubung dengan aktiviti pemerintahan di dalam kerajaan. Catatan ini dilakukan agar generasi seterusnya tidak melupai mereka terutama di saat-saat kegemilangan mereka.46

Kebiasaan beliau terhadap tarikh ini menyebabkan Raja Ali Haji bersikap tidak senang dengan sumber-sumber yang tidak bertarikh, walaupun digunakannya sebagai rujukan. Misalnya sewaktu beliau memerihalkan tentang sikap Sultan Mahmud Siak (putera Raja Kecik) di Pulau Guntong, beliau menyatakan telah menemui sebuah sumber dari Siak yang menututnya,

Aku terjumpa di dalam siarah sebelah Siak dan tetapi adalah siarah sebelah Siak itu daripada awal hingga akhirnya tiada tahun dan tiada tarikhnya apa lagi bulan dan harinya tiada sekali-kali aku bertemu. Dan suratnyapun terlalu kopi dan karangannya pun banyak kurang sudah dibaca. Sebab banyak berpindah agaknya daripada tangan seorang kepada tangan seorang. Serta yang menyuratnya pun kurang sedikit pada mengesahkannya. Demikian sangkaku.47 Pengarang Tuhfat ini juga menggunakan beberapa metodologi lain bagi memenuhi konsep

masanya selain penggunaan tarikh. Sekiranya sebuah peristiwa disusuli dengan peristiwa lain dalam masa yang terdekat, beliau menggunakan ‘tiada berapa lamanya’ atau ‘tiada berapa lama antaranya’.48 Ataupun bagi mengisahkan tentang pertabalan Tun Zainal Abidin di Terengganu beliau menyebut, ‘lepas daripada perang inilah baginda Sultan Sulaiman serta YDPM menyuruh Raja Tua merajakan Tun Zainal Abidin’.49

Bagi menyebut tentang masa bagi peristiwa Raja Alam menyerang anak saudaranya, Raja Ismail di Siak, Raja Ali Haji menyatakan, “…adalah kira-kira tiga tahun ia menjadi raja maka tetaplah pula atas kekeruhan dunia yang hina iaitu datang ayah saudaranya Raja Alam yang diam di Batu Bahara.”50 Penggunaan kata-kata yang sedemikian walaupun tidak dapat memberi pentarikhan yang tepat setidak-tidaknya masih memberi suatu tempoh yang dapat dijangkakan. Pendekatan ini masih berbeza dari ciri-ciri penulisan tradisional yang menghuraikan konsep masa yang terlalu luas dan kabur seperti ‘pada masa dahulu’ atau ‘tersebut dahulu kala’.

Tuhfat mencakupi satu tempoh yang amat panjang seperti yang disebut sebelumnya dalam lingkungan kira-kira seribu tahun. Oleh kerana beliau hanya lahir pada tahun 1809, bermakna peristiwa-peristiwa sebelumnya yang lebih dari lapan abad adalah di luar dari lingkungan hidupnya. Naskhah Tuhfat ini sendiri hanya mula dikarang pada 3 Syaaban 1208 bersamaan dengan 28 September 1619 sebagaimana disebut di awal teks. Justeru. Jelas

45 Lihat: Ibid., hlm. 115-117. 46 Abu Hassan Sham, Syair-syair Melayu Riau, hlm. 211. Lihat juga: Muhammad Yusoff Hashim, “Syeikh

Nuruddin al-Raniri”, hlm. 16. 47 Tuhfat al-Nafis, Naskhah Terengganu, hlm. 78. 48 Ibid., hlm. 52. 49 Ibid., hlm. 55. 50 Ibid., hlm. 105

Page 10: Raja Ali Haji dan Tuhfat Al-Nafis - PNM · 2017. 3. 7. · Sumber: Diubahsuai dari VirginaMatheson, Tuhfat al-Nafis, Sejarah Melayu Islam, hlm. xxiii. Lihat juga Abu Hassan Sham,

83

RAJA ALI HAJI DAN TUHFAT AL-NAFIS mengapa Raja Ali Haji bergantung kepada sumber-sumber yang disebut untuk menghasilkan karyanya. Biarpun begitu didalam mukadimah karya ini Raja Ali Haji terlalu berhati-hati supaya karya yang dihasilkan tidak menyimpang daripada realiti sebagaimana katanya,

Pada hal mengharap aku akan Allah Taala yang mengampuni daripada tersalah pada segala tawarikh dan perjalanannya. YaTuhanku, perkenankan olehmu akan pinta hambamu intiha.51

Demikian juga untuk mengakhiri karya ini, beliau terus mengekalkan sifat kritis dengan

berharap agar penulis-penulis yang kemudian daripadanya masih mengikut ciri penulisan yang betul supaya hasil tulisan mereka tidak diragui. Menurut beliau,

Syahdan di belakang ini kelak siapa-siapa dapat anak cucuku hendak mengubungkan siarah ini patutlah. Akan tetapi dengan jalan yang patut dan dengan ibarat perkataan yang wadih dan sah serta aturan yang berpatutan serta benar supaya terpakai.52

Peristiwa-peristiwa yang berlaku di zaman hayat beliau digambarkan dengan jelas sekali.

Tanpa perlu merujuk kepada mana-mana sumber dan dengan hanya melalui peristiwa-peristiwa tersebut, Raja Ali Haji mengambil sikap teliti dengan menghuraikan secara naratif sesuatu peristiwa itu secara terperinci. Perlu dijelaskan, Raja Ali Haji menggunakan sumber yang banyak untuk menulis Tuhfat tetapi hanyalah di bahagian kedua dan ketiga awal naskhah. Raja Ali Haji tidak lagi menggunakan sumber di satu bahagian akhir naskhah kerana tempoh ini wujud di zaman kehidupannya. Raja Ali Haji menggunakan pengamatan dan ingatannya dengan teliti sekali untuk menggarap sesuatu peristiwa.53 Gambaran yang paling jelas bagi sesebuah peristiwa itu dapat dilihat melalui episod keraian oleh Gabenor Jeneral Belanda di Betawi, Van de Capellan kepada utusan Raja Riau. Sewaktu pementasan diadakan, Raja Ali Haji telah menghuraikan,

…adalah dibawanya kepada satu rumah main-main wayang HoIanda. Kata orang namanya wayang kemidi dan sifat rumahnya kukuh ke dalam tanah dan bertingkat-tingkat tempat segala orang menengoknya. Dan pada hadapannya yang bertentangan dengan wayang itu ada beberapa bangku yang mati dan kerusi yang mati yang tiada boleh dialih. Di situlah tempat Gabenor General melihat dengan segala orang besar-besarnya adalah kereta pada malam itu beratus-ratus yang datang de situ… .Pemainnya ajaiblah segala orang yang melihat ada keluar kapal-kapal dan hujan dan guruh dan berperang dan lainnya.54

Kelebihan-kelebihan yang dipaparkan oleh Tuhfat biarpun tidak setanding dengan

penulis-penulis sejarah kini, menjadikan ia naskhah yang benar-benar dihargai oleh sejarawan. Ini kerana Raja Ali Haji telah memulakan satu era baru dalam penulisan tradisional yang membezakannya dengan penulis-penulis tradisi lain. Namun begitu seperkara yang ketara dan sering dipertikaikan oleh banyak pihak adalah sudut pandangan atau persepsi-persepsi Raja Ali Haji terhadap sesuatu kejadian itu. Beliau adalah berketurunan Bugis dan elemen ini sangat mempengaruhi corak penulisannya yang terlalu pro-Bugis.55 Virginia Matheson sendiri mengakui bahawa Raja Ali Haji menjadikan naskhah Tuhfat sebagai alat untuk

51 Ibid., hlm. 2. 52 Ibid., hlm. 275 53 Virginia Matheson, “The Tuhfat Al-Nafis: Structure and Sources”, hlm. 379 54 Tuhfat al-Nafis, Naskhah Terengganu, hlm. 208. 55 Abdul Rahman Kasbon, “Perbandingan Raja Ali Haji, ” hlm. 558.

Page 11: Raja Ali Haji dan Tuhfat Al-Nafis - PNM · 2017. 3. 7. · Sumber: Diubahsuai dari VirginaMatheson, Tuhfat al-Nafis, Sejarah Melayu Islam, hlm. xxiii. Lihat juga Abu Hassan Sham,

84

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH mempertahankan kedudukan suku Bugis di dalam Kesultanan Melayu. Justeru itu tokoh-tokoh Bugis telah digambarkan sebagai pelindung dan penyokong kepada keselamatan pemerintah-pemerintah Melayu.56

Kehebatan pahlawan Bugis terutamanya Raja Haji digambarkan dengan terlalu dramatik sehinggakan hampir tiada kegagalan dalam setiap peperangan yang disertainya kecuali dua kali peperangan dengan Belanda di mana di dalam peperangan yang terakhir telah menyebabkan kematian beliau. Demikian juga memerihalkan konflik yang tercetus di antara orang Melayu dan Bugis di Riau, segala kesalahan diletakkan ke atas bahu orang Melayu dan hanya orang Melayu yang dianggap cuba mengingkari persetiaan yang termeterai antara kedua-dua pihak ini.

Sedikit sebanyak, corak penulisan sebegini mengganggu perjalanan sejarah dan mengelirukan pengkaji. Menurut Muhd. Yusof Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahaya, dari konsep sejarah, penulisan sebegini merupakan sesuatu yang lemah dan daif. Namun, penulisan Raja Ali Haji ini masih dianggap normal kerana walaupun penulisan sejarah itu bersifat bias, tetapi kebenaran sejarah itu masih jelas dinyatakan lantaran penulis terikat kepada beberapa faktor. Pertama, penulis biasanya sentiasa bimbang terhadap kebenaran sejarah yang dikemukakan. Kedua, penulisan seboleh mungkin ingin mengelakkan diri dari spekulasi-spekulasi dan imaginasi yang tidak berasas dan yang ketiga bimbang karya sejarahnya tidak mengikut prinsip sejarah dan fakta-fakta yang dinyatakan fitnah belaka. Justeru, bagi mengelak kebimbangan-kebimbingan mereka ini berlaku, penulis-penulis sejarah menggunakan sumber yang banyak untuk mengukuhkan kebenaran sejarahnya. Inilah yang cuba dilakukan oleh Raja Ali Haji.

Raja Ali Haji menulis fakta sejarah dan pandangannya dibatasi oleh sumber-sumber yang digunakannya. Dengan kata lain, biarpun penulisannya bersifat bias tetapi masih bersandarkan kepada kebenaran sejarah.57 Namun begitu, sikap Raja Ali Haji dalam penggunaan sumber masih boleh dipertikaikan. Ini kerana bagi ahli sejarah, mengutip sesuatu sumber itu perlu dilakukan secara verbatim dan teliti. Raja Ali Haji selalunya tidak bertindak sebegini. Misalnya ketika menggunakan sumber dari Siak, (dipercayai Hikayat Siak) beliau sengaja mencicirkan fakta-fakta tertentu, walaupun fakta tersebut amat berkaitan. Ini dipercayai kerana sumber ini bersifat anti-Bugis sedangkan beliau bersikap sebaliknya.

Kredibiliti Tuhfat sering juga dipertikaikan lantaran Raja Ali Haji turut memasukkan unsur-unsur magis di dalam karyanya. Raja Ali Haji mengatakan orang Bugis yang mengembara ke Tanah Melayu itu daripada keturunan Puteri Balqis anak raja jin di negeri Yaman. Selain itu beliau menyebut Daeng Menambun bermimpi zakar saudaranya, Daeng Chelak menjulur menjadi naga dan peristiwa letupan kapal yang membawa jenazah Raja Haji.58 Peristiwa-peristiwa magis ini sukar diterima oleh ahli-ahli sejarah. Namun, menurut Muhammd Yusoff

Hashim, mereka tidak dapat dipersalahkan sepenuhnya lantaran mengembangkan karya dengan teknik sebegini. Menurut beliau, ia dilakukan adalah kerana desakan zaman penulis yang masih

56 Virginia Matheson, “Concepts of Malay Ethos in Indigenous Malay Writings”, hlm. 22. Lihat juga;

Maimonah Hamidah Haji Hashim, 1959. “The Tuhfat al-Nafis as an Historical Work” Academic Exercise, Jabatan Sejarah. University of Malaya, Singapura.

57 Muhd. Yusof lbrahim dan Mahayudin Haji Yahaya, Sejarawan dan Pensejarahan, hlm. 274. 58 Virginia Matheson. 1987. “Suasana Budaya Riau Dalam Abad ke-19: Latar Belakang dan Pengaruhnya”

dalam Tradisi Johor Riau. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 23.

Page 12: Raja Ali Haji dan Tuhfat Al-Nafis - PNM · 2017. 3. 7. · Sumber: Diubahsuai dari VirginaMatheson, Tuhfat al-Nafis, Sejarah Melayu Islam, hlm. xxiii. Lihat juga Abu Hassan Sham,

85

RAJA ALI HAJI DAN TUHFAT AL-NAFIS belum wujud penulisan sejarah bersifat ilmiah. Unsur-unsur magis ini mungkin dianggap ‘wajib’ bagi mereka kerana ingin mempamerkan kewibawaan pihak-pihak tertentu.59

Selain daripada ciri-ciri penulisan Raja Ali Haji melalui Tuhfat yang dikatakan hampir menepati ciri-ciri historiografi moden, Virginia Matheson mengatakan Raja Ali Haji juga amat terpengaruh dengan ciri-ciri historiografi Islam. Judul naskhah ini sendiri yang berbunyi Tuhfat al-Nafis adalah dalam bahasa Arab yang bermaksud ‘hadiah yang berharga’. Walaupun pengertian judul ini tidak begitu jelas namun terdapat beberapa karya Arab yang turut menggunakan judul ‘Tuhfat’ ini. Misalnya, Tuhfat al-tullab, Tuhfat al-raghibin, al-Tuhfat a l-mursala ilaruh al-nabi dan Tuhfat al-fakir ila sahib al-sarir.60 Beberapa fasa Arab yang digunakan di daIam teks Tuhfat turut menggambarkan situasi ini. Raja Ali Haji didapati beberapa kali menggunakan frasa bahasa Arab dalam teks ini seperti ‘inna lillahi wa inna lillahi rojiun’, ‘rahmat-u-lillahi-taala’, ‘insha Allahu taala’ dan ‘wallahu ahlam’.61

Di dalam penulisan sejarah Islam, salah satu prinsipnya yang utama adalah memulakan sesuatu karya itu dengan puji-pujian (doxology) kepada Allah. Jelas sekali prinsip ini amat mempengaruhi Raja Ali Haji semasa menulis Tuhfat. Misalnya di dalam mukadimah teks ini telah dinyatakan,

Segala puji bagi Allah yang telah menjadikan dunia dan akhirat dengan kuasanya dan kehendaknya dan telah menjadikan manusia indah-indah perbuatannya dan hikmatnya.62 Biografi turut menjadi salah satu ciri di dalam historiografi Islam. Secara

keseluruhannya, biografi adalah salah satu ciri historiografi di seluruh dunia. Biografi di sini tidakIah bermaksud memerihalkan semua sejarah hidup seseorang tokoh itu dari ia dilahirkan hinggalah kepada segala aktivitinya semasa ia dibesarkan. Dalam historiografi Islam, penonjolan biografi seseorang tokoh itu lebih kepada sifat-sifat baiknya sepanjang hidup supaya boleh dijadikan contoh dan teladan oleh pembaca.63 Di dalam Tuhfat ciri ini tergambar jelas ketika Raja Ali Haji menggambarkan personaliti YDPM Raja Ali sebagai seorang pemimpin Islam yang sempurna dan disegani.

Akhir sekali Virginia Matheson berpendapat, ciri historiografi Islam yang menjadi ikutan Raja Ali Haji adalah penggunaan isi-isi surat di dalam penulisan mereka.

TUHFAT AL-NAFIS, VERSI TERENGGANU DAN MANUSKRIP-MANUSKRIP TUHFAT AL-NAFIS

Dalam tahun 1986, naskhah Tuhfat-a l-Nafis versi Terengganu telah dikenal pasti. Naskhah ini asalnya dimiliki oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Zainal Abidin Muazzam Shah III (188l-1918). DaIam tahun 1886 naskhah asal versi Terengganu ini telah disalin oleh seorang yang bernama Alwi di Kepulauan Kaimun dan kerja menyalin ini telah siap pada 6 September 1886 bersamaan 8 Zulhijjah 1303 Hijrah.64

59 Muhammad Yusoff Hashim, “Syeikh Nuruddin Ar-Raniri”, hlm. 23 60 Virginia Matheson, “Suasana Budaya Riau”, hlm. 121. 61 lsmail Abdul Rahman, 1959. ‘The Arabic influence in Tuhfat al-Nafis’. Academic Exercise, Universiti of

Malaya, Singapura. hlm. 27. 62 Tuhfat al-Nafis, Naskhah Terengganu, hlm. 1. 63 Virginia Matheson, “Suasana Budaya Riau”, hlm. 123. 64 Tuhfat al-Nafis, Naskhah Terengganu, hlm. xiii.

Page 13: Raja Ali Haji dan Tuhfat Al-Nafis - PNM · 2017. 3. 7. · Sumber: Diubahsuai dari VirginaMatheson, Tuhfat al-Nafis, Sejarah Melayu Islam, hlm. xxiii. Lihat juga Abu Hassan Sham,

86

MALAYSIA DARI SEG1 SEJARAH

Tuhfat, versi Terengganu telah disalin untuk simpanan istana Diraja Terengganu ketika pemerintahan Sultan Zainal Abidin III tadi. Dari segi fizikalnya dapat dilihat, naskhah ini disalin dengan khat yang cantik berbanding manuskrip-manuskrip Tuhfat yang lain. Dua lembaran pertama dihiasi dengan motif yang mewah. Pena yang digunakan diperbuat dari pencelup asli. Dakwat ini diperbuat dari abu kertas, arang belanga dan cuka nipah. Pantulan kilat daripada dakwat ini dipekatkan dengan mencampurkan getah dari janggus. Teks ini juga diselang-selangi dengan dakwat berwarna seperti ungu yang diperbuat dari biji kundang dan asam jawa sementara merah menyala dari buah kesumba keling.65

Manuskrip ini telah dijilid dengan rapi menggunakan kulit berwarna hitam yang dihiasi dengan perada emas. Bahagian tengah pula dihiasi dengan kelarai berbentuk medallion timbul berasaskan pending tradisional Melayu yang dikelilingi oleh lapan kuntum bunga bertabur emas. Penyalinan terakhir Tuhfat versi Terengganu ini telah dilakukan oleh Haji Abdul Rahman ibni Inche Long (1834-1914), seorang imam masjid Seberang, Bukit Tumbuh, Kuala Terengganu pada 4 April I901 bersamaan 15 Zulhijjah 1318. Naskhah ini terdiri daripada 270 folio bagi isi teks sahaja dengan 27 baris setiap folio yang penuh.66 Ini bermakna Tuhfat versi Terengganu ini merupakan Tuhfat terpanjang yang pernah dikaji berbanding versi-versi lain.

Penulisan naskhah ini dibuat dengan teliti. Setiap halaman mempunyai nombor yang ditulis mengikut urutan nombor Arab. Episod-episod tertentu dipisahkan dengan tajuk-tajuk kecil bagi memudahkan pembacaan. Seperkara lagi, Abdul Rahman telah bertindak membuat sedikit penambahan bagi teks ini. Seperti fungsi lampiran, di akhir teks dilampirkan 18 folio yang terdiri daripada huraian sejarah keturunan raja Bugis di negeri Luwuk berserta gambar rajah pokok salasilah raja Melayu dari keturunan raja Melaka. Dua halaman terakhir yang dilampirkani adalah berupa ‘Adat Istiadat Bagi Pengantin Raja -Raja Yang Besar’ di abad ke-18.

Apabila Sultan Zainal Abidin III penyimpan naskhah ini mangkat, manuskrip ini telah diturunkan sebagai pusaka kepada putera sulong baginda, Sultan Muhammad (1918-1920) yang juga merupakan pengganti baginda. Baginda masih menyimpan naskhah ini walaupun selepas beliau turun dari takhta kerajaan pada tahun 1920. Naskhah ini disimpan sehingga baginda mangkat pada 11 April 1956. Manuskrip Tuhfat berpindah milik pula kepada kekandanya, Tengku Ngah Aishah. Manuskrip ini kemudian berpindah tangan lagi kepada anakanda Tengku Ngah Aishah iaitu Tengku Su ibni Tengku Hussein (1897- 1966). Ketika pemerintahan Sultan Zainal Abidin III, Tengku Su telah dilantik sebagai pemegang amanah harta pusaka puteri-puteri sultan dan bertanggung jawab mengemaskini salasilah diraja Terengganu. Beliau memegang tanggung jawab ini sepanjang pemerintahan empat orang sultan sehingga akhir hayatnya pada tahun 1966.67

Tuhfat versi Terengganu ini, biarpun disalin untuk simpanan istana Terengganu, penyalinnya tidak mengubah jalan cerita, semata-mata untuk bersikap ‘tumpuan istana’ atau mengagung-agungkan raja Terengganu. Sebagaimana manuskrip-manuskrip lain, manuskrip Tuhfat versi Terengganu ini tetap bersifat condong kepada keluarga diraja Bugis. Kisahnya bermula daripada asal-usul raja-raja Bugis di Negeri Luwuk sehinggalah pada kehebatan dan pengguasaan mereka di alam Melayu. Bukan sahaja terhadap politik dan ekonomi Kerajaan

65 Ibid., hlm. xiv. 66 Ibid. 67 Ibid.

Page 14: Raja Ali Haji dan Tuhfat Al-Nafis - PNM · 2017. 3. 7. · Sumber: Diubahsuai dari VirginaMatheson, Tuhfat al-Nafis, Sejarah Melayu Islam, hlm. xxiii. Lihat juga Abu Hassan Sham,

87

RAJA ALI HAJI DAN TUHFAT AL-NAFIS

Johor-Riau-Lingga-Pahang, malahan juga ke atas negeri-negeri Melayu sekitarnya. Ini kerana tidak ada perbezaan yang ketara antara Tuhfat versi Terengganu dengan manuskrip Tuhfat yang lain.

Sebelum penemuan Tuhfat versi Terengganu ini, Virgina Matheson telah membuat kajian tentang manuskrip-manuskrip Tuhfat. Menurut beliau terdapat lima buah manuskrip Tuhfat yang meliputi dua versi iaitu panjang dan pendek.68 Namun lima kategori ini tidak termasuk Tuhfat versi Terengganu yang digunakan oleh penulis. Ini bermakna terdapat enam manuskrip Tuhfat keseluruhannya.

Manuskrip Tuhfat yang pertama adalah versi pendek yang diperolehi A.L. van Hasselt ketika beliau menjadi residen Belanda di Riau pada tahun 1896. Manuskrip ini disalin oleh Ali ibni al-Marhum Raja Haji Muhammad pada 8 Syaaban 1313 bersamaan 28 Januari 1896 dan dihadiahkan kepada van Hasselt sempena hari persaraan beliau sebagai residen. Teks ini disalin daripada Tuhfat yang berada dalam simpanan YDPM Riau Raja Muhammad Yusuf al-Ahmadi.69 Pada 13 September 1903 van Hasselt telah menghadiahkan manuskrip ini kepada KITLV di Leiden.70

Manuskrip ini bertulisan jawi, terdiri daripada 182 halaman dan 88,000 kosa kata. Mukadimahnya ditulis oleh Raja Ahmad Engku Haji Tua. Penceritaannya hanya menggunakan ayat-ayat yang pendek, istilah-istilah sastera yang sedikit dan tidak diselangi dengan petikan-petikan dari bahasa Arab.71

Menurut Muhammad Yusoff Hashim manuskrip versi pendek ini adalah versi Tuhfat yang paling hampir dengan naskhah Tuhfat yang asal. Ini berikutan dakwaan van Hasselt yang menyebut salinan ini dibuat dengan tepat dan paling hampir dengan naskhah asal. Selain itu, naskhah ini disalin pada tahun 1896, lebih kurang tiga puluh tahun sahaja dari tarikh siap pengarangan naskhah asaI.72

Menurut Virginia, tiga buah manuskrip Tuhfat yang termasuk di dalam kajiannya adalah versi panjang. Manuskrip yang kedua adalah yang dimiliki oleh William Edward Maxwell, penolong residen Perak pada tahun 1875 dan dilantik pula sebagai residen di Selangor pada tahun 1889. Manuskrip ini disalin ofeh Shams al-Din bin Imam Musa di Perak mulai Septem-ber 1889 bersamaan Muharam 1307 dan dipercayai telah diserahkan kepada Maxwell pada bulan Mac 1890 bersamaan 1209.73 Manuskrip ini terdiri daripada 126,000 kosa kata74 bertulisan jawi yang meliputi 426 halaman kesemuanya.

68 Virginia Matheson, Tuhfat Al-Nafis, Sejarah Melayu Islam, hlm. 91. Namun di dalam karyanya berjudul

Tuhfat Al-Nafis yang diterbitkan pada tahun 1982, mencatat hanya terdapat empat manuskrip Tuhfat. lni kerana beliau tidak memasukkan sebuah manuskrip yang diperolehnya dari Universiti Leiden. Lihat perbincangan seterusnya.

69 Virginia Matheson, The Tuhfat Al-Nafis, Structure and Sources”, hlm. 376. Lihat juga; Hasan Junus, 1988. Raja Ali Haji Budayawan di Gerbang Abad XX. Pekan Baru: Universitas Islam Riau Press. hlm 104.

70 Raja Haji Ahmad dan Raja Ali Haji 1982. Tuhfat Al-Nafis . Virginia Matheson, editor. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., hlm. xxiii.

71 Maklumat lanjut sila lihat, Virginia Matheson, Tuhfat Al-Nafis, Sejarah Melayu Islam, hlm. 96. 72 Muhammad Yusoff Hashim, Pensejarahan Melayu, hlm. 451. 73 Virginia Matheson, Tuhfat Al-Nafis, Sejarah Melayu Islam, hlm. 98 74 Timothy J. Moy., 1975. “The Sejarah Melayu” Traditon of Power and Political Structure: An Assess-

ment of Relevant Sectuins of the ‘Tuhfat AI-Nafis’. JMBRAS. volume 48, part 2, 1975, hlm. 65. Lihat juga; Hassan Junus, Raja Ali Haji Budayawan di Garbang Abad XX, hlm. 105

Page 15: Raja Ali Haji dan Tuhfat Al-Nafis - PNM · 2017. 3. 7. · Sumber: Diubahsuai dari VirginaMatheson, Tuhfat al-Nafis, Sejarah Melayu Islam, hlm. xxiii. Lihat juga Abu Hassan Sham,

88

MALAYSIA DAR1 SEGl SEJARAH

Manuskrip Maxwell ini kini telah diserahkan di bawah simpanan The Royal Asiatic Society di London. Menurut Virginia, di dalam manuskrip ini terdapat bahagian-bahagian tertentu yang ditokok tambah berbanding manuskrip lain. Bahagian tersebut terdiri daripada teguran-teguran moral. Terdapat catatan yang diselitkan di dalam manuskrip ini bertulis ‘Sejarah Engku Haji Tua’ (Raja Ahmad, bapa kepada Raja Ali Haji). Virginia mengandaikan catatan tersebut menunjukkan manuskrip ini yang juga disebut ‘Sejarah Engku Haji Tua’ telah dihantar dari Riau kepada Maxwell di Selangor sebelum disalin semula.75

Manuskrip yang ketiga yang juga merupakan versi panjang adalah naskhah Tuhfat yang dikemukakan oleh R.O. Winstedt di dalam Journal of the Malayan Brunch of the Royal Asiatic Society pada tahun 1936, jilid 10 yang menggunakan judul “A Malay History of Riau and Johore.” Manuskrip ini telah disalin oleh Winstedt daripada salinan asal yang dipinjamnya daripada milik Tengku Fatimah, puteri Sultan Abu Bakar Johor. Salinan asalnya terdiri daripada 299 halaman. Dipercayai Winstedt meminjam manuskrip ini daripada Tengku Fatimah pada tahun 1931 semasa beliau dilantik menjadi penasihat am sultan dan Kerajaan Johor. Manuskrip ini juga telah dirumikan oleh Encik Munir bin Ali dan diterbitkan pada tahun 1965.76 Namun, menurut Hassan Junus, perumian oleh Encik Munir ini berlaku banyak kesalahan terutama dalam penulisan semula nama-nama tempat, nama-nama orang dan istilah-istilah Arab. Menurut beliau lagi terdapat perubahan yang disengajakan kepada teks asal yang berkemungkinan disesuaikan dengan bahasa Melayu atau bahasa Indonesia sekarang.77

Manuskrip yang keempat yang dikatakan lebih panjang adalah sebuah manuskrip yang tersimpan di Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Manuskrip ini pertama kali diperlihatkan oleh Encik Mohd. Khalid Saidin pada tahun 1971 apabila beliau mengeluarkan sebuah rencana di dalam Dewan Bahasa, jilid 15 menyebut bahawa terdapat sebuah manuskrip berjudul ‘Sejarah Raja-raja Melayu dan Bugis’ yang juga dikenali sebagai Tuhfat.78 Pemilik asal manuskrip ini adalah Raja Aziz bin Raja Kassim. Manuskrip ini dibeli oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada 18 Julai 1957. Manuskrip ini juga bertulisan jawi tetapi sukar ditentukan halamannya lantaran banyak halaman terkoyak, tidak tersusun dan hilang. Namun begitu Mohd Khalid menegaskan, manuskrip ini adalah suatu manuskrip yang menarik dan kandungannya hampir sama dengan manuskrip William Maxwell.79

Manuskrip Tuhfat yang kelima adalah sebuah manuskrip Tuhfat yang tersimpan di Universiti Leiden, Belanda berjudul Tuhfat al-Nafis. Menurut Virginia Matheson, manuskrip ini diwasiatkan ke Universiti Leiden oleh Dr. A. Rinks pada tahun 1954. Manuskrip ini terdiri daripada 226 halaman yang juga merupakan sebuah lagi versi panjang. Manuskrip ini hanya mewakili pertengahan kedua daripada isi Tuhfat sebagaimana awal teks ini yang menyebut,

Al-bab al-thani min Tuhfat Al-Nafis jilid yang kedua daripada kitab Tuhfat Al-Nafis pada

menyatakan siarah-siarah raja Melayu dan Bugis.80

75 Virgina Matheson, Tuhfat Al-Nafis, hlm. 99. 76 Lihat Raja Ali Al-Haji Riau, 1965. Tuhfat Al-Nafis. Sejarah Melayu dan Bugis. Singapura: Malaysia Publication Ltd. 77 Hasan Junus, Raja Ali Haji, hlm. 106. 78 Raja Haji Ahmad dan Raja Ali Haji, Tuhfat Al-Nafis, hlm. xxiv. 79 Maklumat lanjut sila lihat; Virginia Matheson, Tuhfat Al-Nafis, Sejarah Melayu-lslam, hlm. 101-105. 80 Petikan ini dipetik daripada, Virginia Matheson, Tuhfat Al-Nafis, Sejarah Melayu-Islam, hlm, 106.

Page 16: Raja Ali Haji dan Tuhfat Al-Nafis - PNM · 2017. 3. 7. · Sumber: Diubahsuai dari VirginaMatheson, Tuhfat al-Nafis, Sejarah Melayu Islam, hlm. xxiii. Lihat juga Abu Hassan Sham,

89

RAJA ALI HAJI DAN TUHFAT AL-NAFIS Namun begitu, jilid pertama manuskrip ini tidak ditemui. Manuskrip Tuhfat yang terakhir adalah yang digunakan oleh penulis bagi kajian ini iaitu versi Terengganu.

Secara keseluruhan, memang terdapat hubungan yang rapat di antara versi-versi pendek dengan versi-versi panjang. Hubungan ini jelas dilihat melalui pengisahan dan pengsala-silahan. Muhammad Yusoff Hashim beranggapan versi pendek adalah teks asas manakala versi panjang adalah tokok tambah dan penyuntingan semula dari teks asas sehingga menjadi panjang. Pemanjangan teks ini boleh berlaku atas dua faktor. Pertamanya kerana proses bunga-bungaan, misalnya menambahkan kalimat-kalimat Arab dalam bentuk pepatah, perbilangan dan bahasa-bahasa kiasan. Sementara terdapat kosa kata tertentu yang diberi imbuhan, kata kias, kata ulangan dan gelaran bagi tokoh-tokoh. Kedua pula atas factor memasukkan atau menokok tambah isu-isu dan perkara-perkara yang baru ditemui.81 Selain itu, Virginia Matheson berpendapat teks-teks Tuhfat versi panjang menunjukkan sumber dengan lebih banyak. Ini kerana di dalam versi panjang, nama sumber-sumber ini disebut dengan lebih kerap. Berikut adalah perbandingan kekerapan penggunaan sumber di antara Tuhfat versi pendek dan versi panjang. Untuk perbandingan ini, Virginia Matheson meng-gunakan satu-satunya Tuhfat versi pendek dan Tuhfat versi panjang simpanan Maxwell.

Kekerapan Nama Sumber Disebut di dalam Tuhfat Al-Nafis

Teks

Nama-nama sumber

Siarah Siak

Karangan Engku Busu

Siarah Selangor

Siarah Terengganu

Siarah Pontianak

Versi Pendek

7

3

2

1

-

Versi Panjang

11

4

4

1

1

Sumber: Virgina Matheson, “The Tuhfat Al-Nafis: Stucture and Sources”. hlm. 379.

Jadual menunjukkan Tuhfat versi panjang menggunakan ‘Siarah Siak’ sebanyak 11 kali berbanding Tuhfat versi pendek yang hanya 7 kali. ‘Karangan Engku Busu’ dan ‘Siarah Selangor’ juga digunakan lebih banyak di dalam Tuhfat versi panjang. Selain itu Tuhfat versi pendek tidak menyebut penggunaan ‘Siarah Pontianak’ sebagaimana versi panjang. Kekerapan menyebut dan menggunakan sumber-sumber berbanding Tuhfat versi pendek seperti yang digambarkan di dalam jadual membofehkan Tuhfat versi panjang mempunyai kosa kata dan halaman yang lebih banyak. SINOPSIS TEKS TUHFAT AL-NAFIS VERSI TERENGGANU Teks Tuhfat versi Terengganu mula ditulis oleh pengarangnya pada 3 Syaaban 1282 Hijrah bersamaan 28 Disember 1865. Ini diketahui melalui teks ini sendiri yang menyebut;

81 Muhammad Yusoff Hashim, Pensejarahan Melayu, hlm. 452. lihat juga; Virginia Matheson, “The

Tuhfat al-Nafis: Structure and Sources”. hlm. 378.

Page 17: Raja Ali Haji dan Tuhfat Al-Nafis - PNM · 2017. 3. 7. · Sumber: Diubahsuai dari VirginaMatheson, Tuhfat al-Nafis, Sejarah Melayu Islam, hlm. xxiii. Lihat juga Abu Hassan Sham,

90

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

Adalah di dalam hijrah nabi s.a.w. seribu duaratus depalan puluh dua tahun dan pada tiga hari daripada bulan Syaaban yang maha besar dan berbangkitlah hatiku bahawa memperbuat kitab ini.82

Sejarah keseluruhan teks ini memerihalkan secara meluas senario politik dan ekonomi

Kerajaan Johor termasuk jajahan takluknya mulai dari tahun 1699 iaitu sebaik sahaja Tun Abdul Jalil diangkat menjadi sultan sehinggalah Temenggung Abu Bakar mengambil alih jawatan Temenggung Johor pada tahun 1862. Tuhfat menyebut beliau kemudiannya menyandang jawatan ini dengan gelaran Temenggung Seri Maharaja. Namun teks ini sebenarnya dimulakan beberapa dekad lebih awal daripada itu, iaitu bermula daripada Raja Seri Teri Buana, Raja Melayu yang turun di Bukit Siguntang kemudian ke Palembang, Bentan dan akhirnya membuka Singapura.

Di bahagian-bahagian awal teks ini sebenamya adalah ringkasan keseluruhan teks. Ia dimulai dengan memberikan salasilah raja-raja Melayu, bermula daripada Raja Seri Teri Buana sehinggalah kepada Raja Iskandar Syah yang membuka Melaka. Pengsalasilahan diteruskan hingga raja-raja yang berkerajaan di Melaka sampai kepada Sultan Mahmud yang berundur dari Melaka apabila Melaka diserang Portugis lalu membuka Negeri Johor. Keturunan Sultan Mahmud yang bertakhta di Johor meneruskan pemerintahan sehingga warisnya yang terakhir, Sultan Mahmud Syah II. Selepas baginda, kerajaan diambil alih oleh Bendahara Tun Abdul Jalil dan warisnya sehingga kepada Sultan Husin yang dirajakan di Singapura.

Seterusnya teks ini memberikan pula salasilah raja-raja Siak yang bermula daripada asal-usul Raja Kecik kemudian diikuti dengan anak-anaknya, Raja Alam dan Tengku Mahmud dengan keturunan masing-masing. Seterusnya pengarang juga memberikan salasilah raja-raja Bugis yang bermastautin di Johor bermula daripada asal-usul mereka di Negeri Luwuk, penjelajahan Opu-Opu Bugis Lima bersaudara ke Alam Melayu, khususnya Johor dan seterusnya keturunan mereka yang menjawat jawatan di dalam Kerajaan Johor dan negeri-negeri lain di Alam Melayu.

Selesai daripada memperihalkan salasilah tiga keluarga ini maka pengisahan di dalam Tuhfat pun dimulakan. Ia bermula dengan kemangkatan Sultan Mahmud Mangkat Dijulang lalu takhta Kerajaan Johor diambil alih oleh Dinasti Bendahara dengan bermulanya pemerintahan Sultan Abdul Jalil Syah. Kemudian Tuhfat juga turut memerihalkan peristiwa Opu-Opu Bugis lima bersaudara keluar dari negeri mereka di Luwuk untuk berhijrah ke barat iaitu ke wilayah-wilayah seperti Makasar, Boneh, Jawa, Bentan, Johor, Melaka, Kemboja dan akhirnya kembali ke Johor.

Penguasaan Sultan Abdul Jalil tidak lama, Raja Kecik dari Siak yang mendakwa dirinya putera Sultan Mahmud Syah II merampas takhta Kerajaan Johor. Bugis di waktu itu telahpun tiba dan menetap di Langat, Selangor. Raja Sulaiman dan Tengku Tengah, anak Sultan Abdul Jalil telah bertindak meminta bantuan Bugis di Langat untuk menghalau Raja Kecik keluar dari Riau dan Bugis telah bersetuju.

Dalam pada itu, penglibatan Bugis di dalam negeri-negeri Melayu yang lain telahpun bermula. Mereka telah membantu Sultan Mahmud Zainul Din di Matan mengekalkan takhta daripada rebutan adindanya, Pangeran Agung. Sementara Sultan Abdul Jalil yang di Johor waktu itu telah melarikan diri ke Terengganu dan kemudian ke Pahang. Baginda telah dibunuh

82 Tuhfat al-Nafis Naskhah Terengganu, hlm. 1

Page 18: Raja Ali Haji dan Tuhfat Al-Nafis - PNM · 2017. 3. 7. · Sumber: Diubahsuai dari VirginaMatheson, Tuhfat al-Nafis, Sejarah Melayu Islam, hlm. xxiii. Lihat juga Abu Hassan Sham,

91

RAJA ALI HAJI DAN TUHFAT AL-NAFIS di Kuala Pahang atas arahan Raja Kecik. Setelah peristwa inilah Bugis telah menyerang Riau lalu berjaya mengusir Raja Kecik keluar. Daripada sini berlanjutanlah siri-siri peperangan antara Bugis yang juga membantu Raja Sulaiman dengan Raja Kecik di dalam dan luar Kerajaan Johor.

Selepas Raja Kecik dihalau, Bugis telah menabalkan Raja Sulaiman sebagai Sultan Johor. Dalam masa yang sama salah seorang daripada Bugis lima bersaudara iaitu Daeng Marewah (Kelana Jaya Putera) telah dilantik sebagai YDPM. Perkahwinan juga telah dilangsungkan antara Opu-Opu Bugis dengan keluarga diraja Melayu seperti Daeng Chelak dengan Tengku Kamariah dan Daeng Parani dengan Tengku Tengah.

Penglibatan Bugis di negeri-negeri lain terus berlaku. Daeng Parani misalnya telah membantu putera Raja Kedah yang tua naik ke atas takhta kerana bersaing dengan adiknya. Sultan Sulaiman dan YDPM juga bertanggungjawab bagi penabalan Tun Zainal Abidin ke atas takhta Negeri Terengganu.

Apabila YDPM Kelana Jaya Putera meninggal dunia, Daeng Chelak diangkat sebagai YDPM kedua. Daeng Chelak juga terlibat di dalam politik negeri-negeri Melayu lain. Misalnya beliau telah ke Mempawah bagi membantu menyelesaikan persengketaan di antara Pangeran Dipati dan Pangeran Emas Seri Negara. Pada tahun 1156 Hijrah, Kerajaan Johor digambarkan berada dalam kemakmuran dengan aktiviti perdagangan yang pesat. Tahun 1158 Hijrah. YDPM Daeng Chelak telah meninggal dunia dan digantikan oleh Daeng Kemboja. Dalam tempoh pemerintahan Daeng Kemboja ini bermulalah perselisihan antara suku Bugis dengan suku Melayu sehingga menyebabkan YDPM telah membawa diri ke Linggi. Suku Melayu waktu itu dipimpin oleh Tun Dalam, putera Sultan Zainal Abidin Terengganu.

Tun Dalam kemudian berpakat dengan Belanda yang berada di Melaka menyerang YDPM yang berada di Linggi waktu itu. Peperangan tercetus selama beberapa bulan antara Bugis dengan belanda. Namun kemudian diakhiri dengan perdamaian. Tun Dalam yang pulang awal ke Riau kemudian kembali ke Terengganu.

Tidak berapa lama kemudian Sultan Sulaiman mangkat di Riau. Kemudiannya disusuli pula dengan kemangkatan puteranya Raja di Baruh di Selangor. YDPM menabalkan Raja Ahmad putera Raja di Baruh sebagai Sultan. Dalam pada itu. cucu Raja Kecik, Raja lsmail cuba melancarkan serangan ke atas Johor tetapi gagal. Peperangan inilah merupakan ancaman terakhir Siak ke atas Johor.

Semasa Daeng Kemboja menjawat jawatan YDPM, beliau telah dibantu oleh Raja Haji, Putera YDPM Daeng Chelak. Kehebatan Raja Haji juga telah digambarkan oleh beberapa peristwa seperti serangan beliau ke atas Kedah dan kunjungan beliau ke Pontianak, membantu dan menabalkan Pangeran Syarif Abdul Rahman ke atas takhta.

Kemudian Daeng Kemboja meninggal dunia dan diganti oleh Raja Haji. Semasa pentadbiran beliau inilah berlaku persengketaan antara Bugis di Johor dengan Belanda di Melaka kerana harta rampasan. Raja Haji kemudian melancarkan serangan ke Melaka. Dalam perang ini Raja Haji menemui ajalnya di Teluk Ketapang. Raja Ali dilantik sebagai YDPM. Belanda telah menyerang balas Riau, semua Bugis melarikan diri meninggalkan Riau. Pusat Kerajaan Johor waktu itu. Maka bermulalah hubungan yang lebih formal antara Kerajaan Johor dengan Belanda.

Tidak beberapa lama kemudian Sultan Mahmud telah meminta bantuan Raja Tempasuk menghalau Belanda di Riau dan baginda berjaya. Namun memikirkan kedudukannya yang tidak selamat, beliau mengubah ibu kota ke Lingga. Raja Ali muncul kernbali di Lingga 1alu

Page 19: Raja Ali Haji dan Tuhfat Al-Nafis - PNM · 2017. 3. 7. · Sumber: Diubahsuai dari VirginaMatheson, Tuhfat al-Nafis, Sejarah Melayu Islam, hlm. xxiii. Lihat juga Abu Hassan Sham,

92

MALAYSIA DAR1 SEGI SEJARAH menjawat semula jawatan YDPM. Tidak berapa lama kemudian Raja Ali meninggal dunia dan diganti oleh Raja Jaafar. Sultan Mahmud pula meninggal tidak lama kemudiannya. Raja Jaafar telah menabalkan putera kedua Sultan Mahmud, Tengku Abdul Rahman ke atas takhta menyingkirkan puteranya yang sulung, Tengku Husin.

Peristiwa seterusnya menyebut tentang tindakan British menabalkan Tengku Husin sebagai sultan Singapura dan Johor. Ini menegaskan Singapura dan Johor telah ditadbirkan oleh Sultan Husin, sementara Riau dan Lingga kekal di tangan pentadbiran Sultan Abdul Rahman. Seterusnya pengisahan lebih banyak menyebut tentang hubungan antara Kerajaan Riau-Lingga dengan Belanda di Betawi. Selain itu disentuh juga upacara pertabalan Sultan Abdul Rahman sebagai Sultan Riau-Lingga oleh Belanda. Beberapa peristiwa politik dalam Kerajaan Riau-Lingga juga dicatatkan. Teks ini diakhiri dengan menyebut Temenggung Abu Bakar menggantikan bapanya, Temenggung Ibrahim dan menjalankan pemerintahan ke atas Singapura.

Penulisan teks ini berakhir pada 1283 Hijrah bersamaan tahun 1866 Masihi sebagaimana disebut di dalam Tuhfat,

Maka khatamlah siarah ini atas tangan mualifnya pada tujuh belas haribulan Rejab al-Mubarak pada hari Ahad waktu jam pukul sepuluh pada hijrah 1283 sanat.83

Namun begitu di halaman-halaman akhir teks ini telah dilampirkan beberapa keterangan

dan rajah-rajah salasilah bagi raja-raja tertentu. Antaranya gambar rajah pokok bagi salasilah raja-raja Bugis di Luwuk, salasilah Daeng Parani, Daeng Marewah, Daeng Chelak, Daeng Kemasi, Daeng Kemboja, Raja Haji, Raja Ali, Raja Lumu, Raja Ibrahim (putera Raja Lumu) dan juga sebuah rajah pokok besar daripada keturunan raja-raja Melaka dan kaitannya dengan keturunan Sultan Abdul Jalil, Temenggung Ibrahim juga dengan Sultan Zainal Abidin Terengganu.

83 Ibid., hlm. 275.