10
Sukan : Taekwondo Tajuk : Kemahiran Asas Tendangan Belok (Turning kick ) Peringkat Umur : Bawah 12 tahun Jantina : Lelaki dan perempuan Bilangan : 10 orang Masa : 2 jam Objektif : 1. Mempelajari taktikal iaitu jarak serangan dan pertahanan pemain. 2. Mengetahui cara tendangan belok dalam sparring. 3. Menggunakan kelebihan diri untuk menyerang Peralatan : Sparring target, Sparring Gear, Wisel dan Selipar

Rancangan mengajar taekwndo

Embed Size (px)

DESCRIPTION

contoh pelan aktiviti taekwondo, lesson plan taekwondo, rancangan mengajar taekwondo, kemahiran taekwondo,

Citation preview

Sukan:Taekwondo

Tajuk:Kemahiran Asas Tendangan Belok (Turning kick )

Peringkat Umur:Bawah 12 tahun

Jantina:Lelaki dan perempuan

Bilangan:10 orang

Masa: 2 jam

Objektif:1. Mempelajari taktikal iaitu jarak serangan dan pertahanan pemain.2. Mengetahui cara tendangan belok dalam sparring.3. Menggunakan kelebihan diri untuk menyerang

Peralatan:Sparring target, Sparring Gear, Wisel dan Selipar

Pelan Aktiviti:BahagianMasaAktiviti LatihanOrganisasi Alat Bantu Mengajar (ABM)

Pemanasan badan

30 minMembuat warm up, stretching dan strengthening

Jurulatih mengambil kedatangan murid-murid.

Aktiviti Pemanasan BadanSusun selipar berganti-ganti Murid-murid berbaris dalam formasi kumpulan mengikut senioriti tali pinggang. Setiap kumpulan akan diberi 2 pasang selipar. Pemain yang pertama harus berlari sejauh 10m dengan membawa 1 buah selipar sahaja dan meletakkannya di sebelah hujung. Dia harus kembali semula untuk mengambil 3 lagi selipar dengan cara yang sama. Tetapi hanya 1 selipar sahaja boleh dibawa dalam 1 larian. Setelah semua selipar habis diletak di sebelah hujung, pemain kedua harus mengambilnya dengan kaedah yang sama; 1 selipar dalam 1 larian. Kumpulan yang berjaya menghabiskan giliran terlebih dahulu dianggap pemenang. Jurulatih membimbing dalam melakukan stretching umum dan spesifik,Jurulatih menerangkan objektif latihan pada hari ini.Formasi kumpulanx x x x xx x x x xJ x murid

X X X X X X X X X X10mJ - jurulatih

Aktiviti (Gerak Kerja Kelas)30 minImbas semula dan melakukan tendangan belok yang betulDemonstrasi:Jurulatih mengarahkan beberapa orang murid untuk menunjukkan teknik tendangan belok bagi tujuan mengimbas semula kemahiran yang telah dipelajari.Jurulatih menerangkan tentang dua tendangan belok yang boleh dibuat dalam sparring iaitu tendangan belok menggunakan kaki belakang dan kaki hadapan.a) Tendangan belok kaki belakang:- boleh digunakan sebagai pertahanan- drill: step back turning kick atauSlide back turning kick

b) Tendangan belok kaki hadapan:- boleh digunakan sebagai serangan- drill: glide forward front leg turning kick

Perlakuan murid berkumpulan:- Setiap kumpulan dibekalkan 1 sparring target.- Murid bergilir gilir membuat tendangan yang telah diajar sehingga disuruh berhenti oleh jurulatih.

Gerak Kerja Kumpulan30 minAplikasi tendangan belok dalam pelbagai situasi pertandinganDemonstrasi: Jurulatih mengarahkan dua orang murid senior melakukan sparring selama 30 saat. Jurulatih menerangkan jarak sparring yang sesuai Murid murid diajar supaya mengawal jarak sambil mengaplikasikan kemahiran yang baru dipelajari dalam situasi pertahanan atau serangan Latihan tersebut dibuat bersama-sama pasangan dalam dua barisan. Apabila wisel ditiup, murid dikehendaki untuk bertukar pasangan dan membuat semula latihan tersebut.Formasi Separuh bulatan sambil duduk

Permainan Kecil20 minOne step Free Sparring Murid-murid akan membuat sparring secara bergilir gilir sambil disaksikan oleh rakan-rakan lain. setiap pemain hanya dibenarkan membuat sekali sahaja tendangan iaitu sama ada menyerang atau bertahan. Pemain akan berbalas-balas sekali tendangan sehingga disuruh berhenti. Jurulatih akan memberitahu kekuatan dan kelemahan setiap pemain.

Warm Down10 minCool down dan stretchingAktiviti regangan dengan tujuan mengembalikan fungsi system tubuh badan Mendapatkan maklum balas murid. Jurulatih menjalankan rumusan bersama murid-murid.