23
BAHASA MALAYSIA TAHUN 3 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN TARIKH : 22 JULAI 2014 (SELASA) MASA : 1200 - 0100 (60 MINIT) RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (KSSR) 1

Rancangan Pengajaran Harian 3 Ungu

Embed Size (px)

Citation preview

BAHASA MALAYSIA TAHUN 3RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

TARIKH : 22 JULAI 2014 (SELASA)MASA : 1200 - 0100 (60 MINIT)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (KSSR)(KEMAHIRAN MEMBACA)

Tarikh /Hari: 21.07.2014Hari: IsninTahun : 3 UnguBil Murid: 28 orangMasa: 1200-0100 (60 minit)Mata Pelajaran: Bahasa MalaysiaTema: Tradisi KitaTajuk: Pakaian Tradisional

STANDARD KANDUNGANSTANDARD PEMBELAJARAN

2.2 Membaca dan memahami perkataan frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul.

2.2.3 Membaca dan memahami ayat dalam perenggan daripada pelbagai bahan bacaan dengan sebutan yang betul.

Objektif : Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini, 24 daripada 28 orang murid dapat:

i. Membaca dan memadankan tiga daripada empat gambar dengan keratan ayat dengan sebutan yang betul.ii. Membaca dan menyenaraikan dua daripada tiga nilai yang terkandung dalam petikan imlak.iii. Membaca dan memahami lima daripada enam ayat dalam perenggan denggan sebutan yang betul.

Sistem Bahasa

Sebutan dan Intonasi: Membaca ayat dengan sebutan jelas dan intonasi yang betul

Pengisian Kurikulum Ilmu : Pendidikan Moral Kemahiran: Kemahiran Membaca dan Mendengar Nilai Murni : Hormat menghormati, Tolong menolong, Baik hati. Kreativiti: Memadankan gambar dengan pernyataan yang sesuai

Kemahiran Bernilai Tambah

Kemhiran Berfikir: Menghubung kait, menjana idea Kecerdasan Pelbagai: Verbal linguistik, Interpersonal. Pembelajaran kontekstual : Menghubung kait , Menjana idea

Bahan bantu mengajar

JenisBilangan

1Kad Bergambar Malaysiaku1 keping

2Gambar Ransangan4 keping

3Dialog Pakaian Tradisional Kebangganku1 helai

4Lembaran Kerja 28 helai

Pengetahuan Sedia Ada : Murid-murid tahu akan kepelbagaian kaum di Malaysia

Murid-murid dapat membaca ayat pada peringkat awal.Langkah /masaIsi pelajaranAktiviti pengajaran dan pembelajaranCatatan

Set Induksi1200 - 1205(5 minit)

Kad Bergambar: Malaysiaku(Rujuk Lampiran 1)Soalan:1. Apakah yang anda dapat perhatikan dalam gambar tersebut?2. Siapakah yang terlibat di dalam gambar tersebut?3. Bilakah gambar tersebut berlaku? Guru menunjukkan kad bergambar yang bertemakan Malaysiaku kepada murid-murid. Guru meminta murid memerhati gambar yang ditunjukkan. Guru bersoal jawab dengan murid mengenai kad bergambar tersebut. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran pada hari tersebut

BBM Kad Bergambar MalaysiakuKB Menghubung kait, menjana ideaStrategi Berpusatkan Murid dan BahanKecerdasan Pelbagai Verbal-LinguistikTeknik : Soal Jawab

Langkah 11205 1220(15 minit)

Gambar Ransangan:(Rujuk Lampiran 2) Memadankan gambar pakaian tradisional dengan ayat yang sesuai. Guru mempamerkan 4 keping gambar ransangan yang berbeza di atas papan tulis. Guru menerangkan secara ringkas gambar yang dipamerkan kepada murid-murid. Guru memilih beberapa orang murid secara rawak untuk memadankan gambar pakaian tradisional dengan pernyataan yang sesuai. Murid secara beramai-ramai untuk membacakan keratan ayat yang dilekatkan di atas papan. Guru meminta beberapa orang murid secara rawak membaca semula ayat yang telah dipadankan di atas papan.

BBM Gambar ransanganKB Verbal linguistik Interpersonal Kinetik Nilai Murni Saling Bekerjasama

Strategi Berpusatkan murid dan bahan

Kreativiti Memadankan gambar dengan ayat yang sesuai.

Objektif penilaianMembaca dan memadankan tiga daripada empat gambar dengan keratan ayat dengan sebutan yang betul.

Langkah 21220 1240( 20minit)

Petikan Dialog : Pakaian Tradisional Kebangganku(Rujuk Lampiran 3)

Soal Jawab:1. Siapakah yang terlibat di dalam dialog berkenaan?2. Berikan contoh baju tradisional yang terdapat di dalam dialog.3. Apakah nilai murni yang anda perolehi daripada dialog berkenaan?

Guru mengedarkan petikan dialog berdasarkan tajuk pada hari tersebut iaitu Baju Tradisional kepada murid. Murid diminta membaca petikan dialog secara senyap terlebih dahulu. Guru memilih beberapa orang murid ke hadapan untuk membacakan dialog berkenaan dengan intonasi serta sebutan yang betul. Guru bersoal-jawab dengan murid mengenai dialog yang dibaca kemudian mengisi tempat kosong. Murid diminta untuk menyenaraikan nilai murni yang terkandung di dalam teks berkenaan di atas papan tulis. Guru merumuskan semula isi pelajaran sebelum ke langkah seterusnya.

BBM Diaolg Pakaian Tradisional KebanggankuKB Menghubung kait, menjana ideaPembelajaran Kontekstual Menghubungkaitkan dengan pengalaman dalam kehidupanStrategi Berpusatkan Murid dan BahanTeknik : Simulasi Kecerdasan Pelbagai Verbal-Linguistik Interpersonal Nilai: Tolong menolong. Baik hati Hormat-menghormatiObjektif Penilaian :i. Membaca dan memahami lima daripada enam ayat dalam dialog dengan sebutan yang betul.

Langkah 3 1240 1255(15 minit)

Pengayaan:Murid diminta menulis ayat menggunakan nilai murni yang terkandung di dalam dialog di dalam buku latihan masing-masing.

Pemulihan :Murid dibimbing untuk melengkapkan tempat kosong di dalam petikan dialog.Pengayaan: Murid diminta menulis ayat menggunakan nilai murni yang terkandung di dalam dialog di dalam buku latihan masing-masing.

Pemulihan : Guru membimbing murid untuk melengkapkan semula petikan dialog yang telah diedarkan.BBM Lembaran kerjaKB Menjana idea

Objektif penilaianMembaca dan menyenaraikan dua daripada tiga nilai yang terkandung dalam petikan imlak.

Penutup1255 - 0100(5 minit)Penutup Kognitif :Soalan:1. Apakah yang kita pelajari hari ini?2. Apakah contoh pakaian tradisional di negara kita?

Penutup Sosial. Penerapan nilai murni1. Tolong menolong2. Hormat-menghormati3. Baik hati Guru merumuskan isi pelajaran dengan bertanyakan soalan kepada murid. Murid-murid akan membuat rumusan tentang isi pelajaran bersama dengan guru.

Guru menerangkan nilai murni yang terlibat dengan menggalakkan murid memupuk nilai tersebut ke dalam diri mereka.

KB MerumusKP Interpersonal Ilmu Pendidikan MoralNilai Tolong menolong Hormat-menghormati Baik hati

Aktiviti Susulan: Menyenaraikan tarian tradisional yang menggunakan baju tradisional di negara kita.

PENYEMAKAN DAN PENGESAHAN RPH(Diserahkan kepada/pensyarah pembimbing sebelum melaksanakan sesi P&P)

Disemak oleh pensyarah pembimbing/guru pembimbing

Catatan:

Tandatangan :Nama :Tarikh :

Disemak oleh Guru Besar:

Catatan:

Tandatangan :Nama :Tarikh :

PENULISAN CATATAN REFLEKSI MATA PELAJARAN BAHASA MALAYSIAISUBUKTITINDAKAN SUSULAN

Kekuatan:

Kelemahan:

Disemak oleh Guru Pembimbing Disemak oleh Pensyarah PembimbingCatatan: Catatan:

Tandatangan : Tandatangan :Nama : Nama :Tarikh : Tarikh :

SET INDUKSI(KEMAHIRAN BERTUTUR)

LAMPIRAN 1 (Induksi) : Malaysiaku.

LANGKAH 1(KEMAHIRAN MEMBACA)

LAMPIRAN 2 (Langkah 1)ARAHAN : PADANKAN GAMBAR DENGAN PERNYATAAN YANG BETUL.

Wanita Melayu memakai pakaian yang longgar dan berlengan panjang yang dinamakan baju kurung dan dipakai bersama kain sarung. Lelaki Melayu memakai baju Melayu yang dipakai bersama seluar yang longgar beserta kain yang dikenali sebagai samping yang diikat di pinggang.Pernyataan :

Wanita India memakai pakaian tradisional yang dinamakan sari. Sari merupakan pakaian tradisional yang cantik dan berwarna-warni. Sari boleh digunakan sama ada pada hari perayaan mahupun hari biasa.

Pakaian tradisional bagi kaum berbangsa Iban dikenali sebagai ngepan bagi kaum wanita. Pakaian bagi kaum lelaki pula dikenali sebagai baju burung . Pakaian ini dikenakan semasa mempersembahkan tarian tradisional.Cheongsam merupakan pakaian tradisional bagi wanita berbangsa Cina. Cheongsam biasanya digunakan semasa perayaan Tahun Baru Cina. Cheongsam biasanya berwarna cerah dan kelihatan menyerlah.

LANGKAH 2(KEMAHIRAN MENULIS DAN MEMBACA)

PAKAIAN TRADISIONAL KEBANGGANKULaila : Wah, cantiknya baju tradisional awak Flora! Apakah nama baju tradisional awak?Flora : Baju tradisional saya digelar sebagai ngepan. Ia digunakan semasa mempersembahkan tarian tradisional kaum Iban. Laila : Oh begitu.. Baju tradisional awak juga sangat cantik Anna Sui. Apakah nama baju tradisional awak?Anna Sui : Baju tradisional kaum wanita Cina ini digelar sebagai cheongsam. Warna merah ini merupakan warna kegemaran saya. Saya tertarik melihat baju yang digunakan oleh Hadi. Adakah itu baju tradisional awak?Hadi : Ya Anna Sui. Ini merupakan baju tradisional bagi kaum lelaki Melayu. Kain yang melilit pinggang saya digelar sebagai sampin. Baju ini biasanya digunakan pada musim perayaan. Jemputlah datang ke rumah saya pada Hari Raya ini rakan-rakan.Jeeva : Bolehkah saya mengenakan baju Melayu sekiranya saya ke rumah awak pada Hari Raya ini Hadi? Hadi : Sudah tentulah boleh kerana ia boleh digunakan oleh semua orang tanpa mengira bangsa. Ini menunjukkan sifat saling menghormati antara kaum di negara kita.Jeeva : Wah, terima kasih Hadi. Jika begitu Flora dan Anna Sui juga boleh menggunakan baju kurung semasa ke rumah awak nanti Hadi. Flora : Ya, saya, Laila dan Anna Sui akan menolong awak menghidangkan minuman kepada para tetamu nanti.Hadi : Terima kasih kawan-kawan. Kalian amat rajin dan baik hati.

LANGKAH 3PENGAYAAN DAN PEMULIHANAktiviti Pengayaan:Murid diminta menulis ayat menggunakan nilai murni yang terkandung dalam dialog di dalam buku latihan masing-masing.

Aktiviti Pemulihan:Guru membimbing murid melengkapkan semula ruang kosong di dalam petikan dialog.

11