8
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATEMATIK Tarikh : 19 Mei 2015 Masa : 8.15 9.15pagi (60 minit) Darjah : 3 Cemerlang Bilangan Murid : 22 orang (12 Lelaki, 10 Perempuan) Bidang Pembelajaran : Perpuluhan Tajuk : Banding Perpuluhan Standard Kandungan : Murid dibimbing untuk : 7.3 Membandingkan nilai perpuluhan Standard Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid berupaya untuk i. Membandingkan nilai perpuluhan hingga dua tempat perpuluhan, dengan berpandukan petak seratus, garis nombor dan gambarajah. Pengetahuan Sedia Ada : Pada P&P yang lepas, murid telah dapat; i. Menamakan pecahan perseratus ii. Menukar pecahan perseratus kepada perpuluhan iii. Menyebut sifar perpuluhan satu hingga sifar perpuluhan sembilan sembilan dengan betul iv. Melorek gambarajah mengikut perpuluhan yang diberi v. Menulis sifar perpuluhan sifar satu hingga sifar perpuluhan sembilan sembilan apabila disebut, dan mengikut lorekan pada gambarajah Penerapan Nilai : Keberanian, Kerjasama, Kejujuran, Ketabahan, Berdikari Bahan Bantu Belajar : Tayangan slaid, model garis nombor, kad perpuluhan, petak seratus dan petak sepuluh EMK : Elemen Keusahawanan

Rancangan Pengajaran Harian Matematik

Embed Size (px)

DESCRIPTION

RPH Matematik tahun 4

Citation preview

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATEMATIKTarikh: 19 Mei 2015Masa: 8.15 9.15pagi (60 minit)Darjah: 3 CemerlangBilangan Murid: 22 orang (12 Lelaki, 10 Perempuan)Bidang Pembelajaran : PerpuluhanTajuk: Banding PerpuluhanStandard Kandungan : Murid dibimbing untuk : 7.3 Membandingkan nilai perpuluhanStandard Pembelajaran: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid berupaya untuki. Membandingkan nilai perpuluhan hingga dua tempat perpuluhan, denganberpandukan petak seratus, garis nombor dan gambarajah.Pengetahuan Sedia Ada: Pada P&P yang lepas, murid telah dapat;i. Menamakan pecahan perseratusii. Menukar pecahan perseratus kepada perpuluhaniii. Menyebut sifar perpuluhan satu hingga sifar perpuluhan sembilan sembilan dengan betuliv. Melorek gambarajah mengikut perpuluhan yang diberiv. Menulis sifar perpuluhan sifar satu hingga sifar perpuluhan sembilan sembilan apabila disebut, dan mengikut lorekan pada gambarajahPenerapan Nilai: Keberanian, Kerjasama, Kejujuran, Ketabahan, BerdikariBahan Bantu Belajar: Tayangan slaid, model garis nombor, kad perpuluhan, petak seratus dan petak sepuluhEMK: Elemen KeusahawananFasa dan masaIsi Kandungan dan Cadangan AktivitiCadangan KomunikasiCatatan

Persediaan (5 minit)Pemerhatian dan Analisis

Paparan slaid untuk menyegarkan ingatan murid berkenaan pengajaran lalu1. Guru bertanya soalan-soalan berdasarkan paparan slaid2. Paparan slaid menunjukkan nombor perpuluhan bagi pecahan persepuluh dan pecahan perseratus serta cara menyebutnya3. Guru menunjukkan cara menukar pecahan kepada perpuluhan4. Paparan slaid menunjukkan lorekan petak seratus berdasarkan perpuluhan dan pecahan5. Murid menjawab dua soalan berdasarkan pengetahuan sedia ada dan berdasarkan paparan slaidJawapan:Lorekan petak sepuluh bahagian bawah, 0.446. Murid menjawab dua soalan berdasarkan pengetahuan sedia ada dan berdasarkan paparan slaidJawapan:Lorekan petak sepuluh bahagian bawah, 0.44

Ingat lagi tak apa yang telah kita belajar mengenai perpuluhan sebelum ini? Bagaimana untutk menyebut nombor perpuluhan ini? Bagaimanakah cara untuk menukar perpuluhan kepada peratus dan sebaliknya?

Teori Kecerdasan Pelbagai: Linguistik Visual Interpersonal

Kaedah: Perbincangan Kolaboratif

Nilai : Keberanian

Imaginasi (15 minit)Penjanaan Idea

Sintesis IdeaMembandingkan nombor perpuluhan satu tempat perpuluhan menggunakan gambarajah petak sepuluhContoh: 0.4, 0.81. Guru mengedarkan kertas A4 yang mengandungi 20 segiempat sama sisi kepada setiap murid2. Guru meminta murid melipat dua kertas A4 bagi membahagikan kertas kepada dua bahagian3. Guru meminta murid melorekkan kedua-dua bahagian petak sepuluh berdasarkan dua nombor perpuluhan persepuluhContoh: 0.4, 0.84. Seterusnya, guru meminta murid menyatakan nilai yang diwakili bagi kedua-dua lorekan bagi kedua-dua bahagian5. Murid diminta untuk menyatakan lorekan mana yang lebih besar6. Seterusnya guru membuat kesimpulan berdasarkan jawapan murid

Membuat perbandingan nombor perpuluhan hingga dua tempat perpuluhan menggunakan model Garis Nombor dan Petak SeratusContoh: 0.26 & 0.62, 0.2 & 0.03

1. Guru menggunakan garis nombor dan petak seratus untuk membuat perbandingan dua nombor perpuluhan hingga dua tempat perpuluhan Contoh: 0.26 & 0.62, 0.2 & 0.032. Seterusnya, guru memberikan dua nombor perpuluhan lain dan meminta murid membuat perbandingan menggunakan model garis nombor dan petak seratus tahu tak simbol dan =? Adakah nombor perpuluhan 0.6 lebih besar, lebih kecil atau sama dengan 0.06? Lorekan nombor perpuluhan yang mana lebih banyak/besar?

Selang antara gerabak keretapi adalah 0.1 manakala selang antara garis pendek-pendek yang melintang adalah 0.01 Satu petak dalam petak sepuluh bernilai 0.1, satu petak dalam petak seratus bernilai 0.01

Teori Kecerdasan Pelbagai: Logikal matematik Visual

Kaedah: Tunjuk cara Sumbang saranNilai: Keberanian

Perkembangan (30 minit)

Aktiviti Kumpulan 1:Melengkapkan garis nombor menggunakan kad nombor perpuluhanContoh:Sampul 1:0.05, 0.26, 0.49, 0.62, 0.81Sampul 2:0.12, 0.33, 0.48, 0.81, 0.93Sampul 3:0.03, 0.2, 0.39, 0.56, 0.81Sampul 4:0.11, 0.24, 0.43, 0.66, 0.81Sampul 5:0.08, 0.19,0.44,0.63, 0.81

1. Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan2. Setiap kumpulan mendapat 5 keping kad nombor yang diletakkan di dalam sampul dan diedarkan kepada ketua kumpulan3. Setiap kumpulan diminta untuk menyusun kad nombor yang mereka dapat pada garis nombor mengikut urutan dalam jangkamasa 15 saat4. Aktiviti dijalankan secara giliran5. Murid yang lain yang bukan gilirannya bersama-sama guru mengira detik sehingga 15 saat6. Setelah habis 15 saat, guru bertanya kepada kumpulan-kumpulan lain sama ada susunan nombor yang mereka buat betul atau tidak

Aktiviti Kumpulan 2:Permainan Siapa Cepat1. Murid masih berada dalam kumpulan yang sama2. Menggunakan kad yang murid-murid dapat daripada sampul pada aktiviti 1 tadi, murid akan mengangkat kad tersebut bagi menjawab soalan yang ditayangkan3. Soalan ditayangkan pada paparan slaid di hadapan4. Setiap kumpulan memilih soalan berdasarkan nombor perpuluhan yang dipilih5. Murid yang mengangkat tangan atau kad paling cepat akan diberi peluang untuk menjawab6. Sekiranya jawapan murid tersebut betul, kumpulan murid tersebut akan mendapat 1 markah. Sekiranya jawapan yang dikemukakan salah, kumpulan murid tersebut akan hilang giliran untuk menjawab dan kumpulan lain berpeluang untuk menjawab7. Jumlah soalan yang disediakan adalah 58. Kumpulan yang mendapat markah paling tinggi akan dikira sebagai pemenang dan mendapat hadiah daripada guru Bentuk lima kumpulan Cikgu nak ketua kumpulan datang ke hadapan ambil bahan adakah susunan nombor perpuluhan kumpulan ini betul? mengapakah nombor perpuluhan tersebut berada di sebelah kiri nombor perpuluhan tersebut?

Teori Kecerdasan Pelbagai: Interpersonal Logikal Matematik Linguistik

Kaedah: Perbincangan Kolaboratif

Nilai: Kejujuran, Ketabahan, Kerjasama

Tindakan (10 minit)Pelaksanaan Amalan Berterusan

Penutup

Edarkan lembaran kerja kepada setiap murid1. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid2. Murid diarahkan menjawab semua soalan yang diberikan dalam tempoh masa yang ditetapkan3. Buat perbincangan jawapan

Guru membuat rumusan bagi fokus pembelajaran pada hari ini Sila jawab semua soalan

Teori Kecerdasan Pelbagai: Interpersonal Intrapersonal Logikal Matematik

Kaedah: Perbincangan Kolaboratif

Nilai: Berdikari

PentaksiranBerdasarkan kepada keupayaan murid menjawab soalan di lembaran kerja yang diberi. Murid perlu betul semua soalan sebelum bergerak kepada kemahiran berikutnya.

Refleksi :