12
MENINGKATKAN KEFAHAMAN MURID 5 INTAN BAGI TAJUK RANTAI MAKANAN MENGGUNAKAN ‘ECOLOGY PYRAMIDA’ SERTA PERMAINAN ‘MY FOOD’. Oleh : Mohamad Kamil Faizzudin Bin Mashor@Nasir & Pn. Suriany Binti Mat Noor Jabatan Sains IPG Kampus Dato’ Razali Ismail [email protected] & [email protected] ABSTRAK Hasil daripada refleksi pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan, pengkaji mendapati murid menghadapi masalah dalam tajuk rantai makanan. Justeru itu, kajian ini telah dijalankan untuk meningkatkan kefahaman murid dalam membina rantai makanan. Hasil daripada tinjauan masalah yang dilakukan, murid tidak dapat membezakan antara pengeluar, pengguna primer, pengguna sekunder dan pengguna tertier dalam sebuah rantai makanan. Hal ini memnyebabkan murid tidak dapat membina rantai makanan dengan baik. Justeru itu, kajian ini telah dilakukan untuk membantu murid lemah Tahun 5 Intan dalam meningkatkan kefahaman membina rantai makanan dengan menggunakan ‘Ecology Pyramida’ serta permainan ‘MyFood’. Seramai 5 orang murid yang terdiri daripada 3 orang lelaki dan 2 orang perempuan dari kelas 5 Intan dari Sekolah Kebangsaan Ladang telah dipilih sebagai peserta kajian. Perancangan tindakan memfokuskan kepada penggunaan alat bantu mengajar ‘Ecology Pyramida’ serta permainan ‘MyFood’ terhadap peserta kajian tersebut. Instrumen yang telah digunakan sepanjang menjalankan kajian ini ialah pemerhatian, soal selidik, analisis dokumen dan juga ujian pra dan pasca. Dapatan kajian menunjukkan perubahan berlaku kepada murid-murid tersebut selepas intervensi dijalankan. Mereka sudah dapat memahami tajuk tersebut serta dapat membina rantai makanan dengan baik selepas intervensi dijalankan. Cadangan bagi menambah baik kajian ialah menambahkan bilangan haiwan di kawasan tertentu. Kata Kunci : Meningkatkan, kefahaman, rantai makanan, ‘Ecology Pyramida’, permainan ‘MyFood’. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Pada minggu ketiga, pengkaji telah mengajar tajuk Rantai Makanan kepada murid tahun 5 Intan di Sekolah Kebangsaan Ladang. Pengkaji mendapati bahawa masalah utama murid 5 Intan ini ialah mereka tidak dapat menguasai kemahiran mengelas bagi tajuk Rantai Makanan. Murid sering tertukar antara pengeluar, pengguna primer, sekunder dan tertier dalam sebuah rantai makanan. Ini menyebabkan mereka tidak dapat membina sebuah rantai makanan dengan baik.

rantai makanan (1) cth AR.pdf

Embed Size (px)

Citation preview

  • MENINGKATKAN KEFAHAMAN MURID 5 INTAN BAGI TAJUK

    RANTAI MAKANAN MENGGUNAKAN ECOLOGY PYRAMIDA

    SERTA PERMAINAN MY FOOD.

    Oleh :

    Mohamad Kamil Faizzudin Bin Mashor@Nasir & Pn. Suriany Binti Mat Noor

    Jabatan Sains IPG Kampus Dato Razali Ismail [email protected] & [email protected]

    ABSTRAK

    Hasil daripada refleksi pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan, pengkaji

    mendapati murid menghadapi masalah dalam tajuk rantai makanan. Justeru itu,

    kajian ini telah dijalankan untuk meningkatkan kefahaman murid dalam membina

    rantai makanan. Hasil daripada tinjauan masalah yang dilakukan, murid tidak dapat membezakan antara pengeluar, pengguna primer, pengguna sekunder dan

    pengguna tertier dalam sebuah rantai makanan. Hal ini memnyebabkan murid

    tidak dapat membina rantai makanan dengan baik. Justeru itu, kajian ini telah dilakukan untuk membantu murid lemah Tahun 5 Intan dalam meningkatkan

    kefahaman membina rantai makanan dengan menggunakan Ecology Pyramida serta permainan MyFood. Seramai 5 orang murid yang terdiri daripada 3 orang lelaki dan 2 orang perempuan dari kelas 5 Intan dari Sekolah Kebangsaan Ladang

    telah dipilih sebagai peserta kajian. Perancangan tindakan memfokuskan kepada

    penggunaan alat bantu mengajar Ecology Pyramida serta permainan MyFood terhadap peserta kajian tersebut. Instrumen yang telah digunakan sepanjang menjalankan kajian ini ialah pemerhatian, soal selidik, analisis dokumen dan juga

    ujian pra dan pasca. Dapatan kajian menunjukkan perubahan berlaku kepada

    murid-murid tersebut selepas intervensi dijalankan. Mereka sudah dapat memahami tajuk tersebut serta dapat membina rantai makanan dengan baik

    selepas intervensi dijalankan. Cadangan bagi menambah baik kajian ialah

    menambahkan bilangan haiwan di kawasan tertentu.

    Kata Kunci : Meningkatkan, kefahaman, rantai makanan, Ecology Pyramida,

    permainan MyFood.

    REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    Pada minggu ketiga, pengkaji telah mengajar tajuk Rantai Makanan kepada murid tahun 5 Intan

    di Sekolah Kebangsaan Ladang. Pengkaji mendapati bahawa masalah utama murid 5 Intan ini

    ialah mereka tidak dapat menguasai kemahiran mengelas bagi tajuk Rantai Makanan. Murid

    sering tertukar antara pengeluar, pengguna primer, sekunder dan tertier dalam sebuah rantai

    makanan. Ini menyebabkan mereka tidak dapat membina sebuah rantai makanan dengan baik.

  • Di samping itu, murid tidak dapat menguasai tajuk tersebut dengan baik menyebabkan

    kurangnya minat terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini menjadikan pengajaran dan

    pembelajaran tidak dapat berjalan dengan lancar. Justeru itu, pengkaji telah merancang kaedah

    untuk membuat satu alat bantu mengajar yang dapat menarik minat murid-murid dalam tajuk

    Rantai Makanan. Pengkaji telah memilih 5 orang peserta kajian hasil daripada ujian diagnostik

    yang dijalankan. Pengkaji memilih murid-murid yang mendapat markah paling rendah dalam

    ujian tersebut. Peserta kajian ini tidak dapat menguasai tajuk Rantai Makanan dengan baik

    menyebabkan mereka mendapat markah rendah dalam ujian dianostik.

    Oleh hal demikian, setelah pengkaji mempertimbangkan kesemua faktor di atas, pengkaji membuat keputusan untuk mengaplikasikan alat bantu mengajar dengan menggunakan alat bantu

    mengajar yang sesuai bagi tajuk rantai makanan bagi meningkatkan kefahaman murid dalam

    mengelas haiwan mengikut kelas pengguna dalam rantai makanan. Melalui alat bantu mengajar tersebut dapat membantu murid untuk mengelaskan haiwan dalam kelas pengguna seperti

    pengguna primer, pengguna sekunder dan pengguna tertier. Penggunaan alat bantu mengajar ini

    juga dapat merangsang minat murid serta proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih seronok.

    SOROTAN LITERATUR

    Mok Soon Sang (2008), alat bantu mengajar biasanya digunakan untuk menarik perhatian murid

    serta menimbulkan minat mereka untuk belajar. Selain itu alat bantu mengajar juga dapat

    membantu murid dalam membuat pengelasan bagi sesuatu tajuk. Dalam tajuk Rantai makanan, murid dapat membuat pengelasan haiwan dengan menggunakan alat bantu mengajar ini. Alat

    bantu mengajar amat penting dalam sesi pengajaran kerana dapat membantu guru untuk

    menyampaikan isi pengajaran dengan baik. Alat bantu mengajar boleh terdiri daripada pelbagai bahan yang dicipta. Sesetengah alat bantu mengajar hanya diperbuat daripada bahan kitar semula

    tetapi dapat membantu guru dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dengan baik.

    Shahabudin (2007), tujuan menggunakan bahan bantu mengajar adalah bagi membolehkan

    pelajar memahami isi pengajaran dengan lebih mudah. Hal ini kerana bahan bantu mengajar

    mengandungi pelbagai gambar menarik yang dapat merangsang murid untuk memahami

    sesebuah isi pengajaran. Selain itu, imej atau gambar lebih mudah diingat daripada perkataan.

    Hal ini kerana murid lebih tertarik kepada gambar berbanding dengan perkataan. Gambar-

    gambar yang menarik dapat menarik perhatian murid untuk belajar topik tersebut. Contohnya,

    topik rantai makanan akan lebih menarik untuk diajar jika disertakan dengan gambar-gambar

    haiwan. Murid juga dapat membuat pengelasan haiwan dalam topik Rantai makanan dengan

    lebih baik lagi.

    Piaget dalam Haliza (2009), menyatakan tahap operasi konkrit adalah tahap ketiga dalam

    perkembangan kanak-kanak. Pada tahap ini murid banyak mempelajari dan memperolehi

    pengetahuan melalui penggunaan pelbagai deria seperti deria penglihatan dan deria sentuh.

    Seperti yang sedia maklum bahawa murid belajar melalui pelbagai cara. Mereka dapat

    menggunakan pelbagai deria untuk mendapatkan sesuatu maklumat. Murid dapat menggunakan

    pelbagai deria mereka untuk membuat pengelasan dalam topik Rantai Makanan seperti deria

    penglihatan.

  • Sivaraja ( 2011), dalam kajiannya menyatakan bahawa pendekatan visual melalui penggunaan

    gambar akan dapat membantu memudahkan proses pengelasan dan meningkatkan keberkesanan sesuatu kaedah yang digunakan. Dengan menggunakan gambar-gambar yang mempunyai

    pelbagai warna dapat menarik perhatian murid untuk membuat pengelasan kepada sesuatu objek.

    Murid juga dapat mengenalpasti persamaan dan perbezaan sesuatu objek melalui penggunaan gambar berwarna. Ini akan memudahkan murid untuk mengenalpasti perbezaan tersebut.

    Rahil Mahiyuddin (2009), pendekatan main sambil belajar sebagai sebuah situasi yang dilakukan

    secara spontan dengan arahan. Melalui kaedah permainan, murid juga dapat membuat pengelasan dengan baik bagi sesuatu tajuk. Pendekatan bermain dalam pengajaran ini juga dapat

    meningkatkan respon murid terhadap sesuatu situasi. Murid akan lebih tertarik untuk belajar

    melalui pendekatan yang dilakukan ini. Hal ini kerana murid berpeluang untuk melibatkan diri dalam permainan tersebut sekaligus dapat menarik perhatian mereka untuk memahami subjek

    tersebut.

    Jean Piaget dalam Mok Sook Sang (2008), aktiviti dan permainan yang menarik mampu

    memberi pemahaman yang lebih berkesan kepada murid. Hal ini kerana murid dapat membina

    pemahaman yang baru daripada sesebuah permainan yang dilakukan oleh guru. Murid akan

    membina pemahaman mereka sendiri setelah bermain permainan tersebut. pembelajaran juga bukan hanya tertumpu kepada bilik darjah sahaja. Malah, konsep belajar sambil berhibur juga

    mampu meningkatkan kualiti pembentukan dan pendidikan kepada kanak-kanak.

    TUJUAN KAJIAN

    Tujuan Kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kefahaman murid 5 Intan Sekolah

    Kebangsaan Ladang Kuala Terengganu dalam tajuk Rantai Makanan dengan menggunakan

    Ecology Pyramida serta permainan MyFood.

    Objektif

    1.Meningkatkan minat murid 5 Intan dalam topik rantai makanan menggunakan Ecology Pyramida serta permainan MyFood..

    2.Membantu meningkatkan kemahiran murid 5 Intan dalam membina Rantai Makanan

    menggunakan Ecology Pyramida serta permainan MyFood.

    3.Membantu meningkatkan kefahaman murid 5 Intan dalam topik Rantai Makanan menggunakan Ecology Pyramida serta permainan MyFood

    Persoalan Kajian

    1.Adakah penggunaan Ecology Pyramida serta permainan MyFood dapat meningkatkan minat murid dalam topik Rantai Makanan?

    2.Bagaimanakah penggunaan Ecology Pyramida serta permainan MyFood dapat meningkatkan kemahiran murid 5 Intan dalam membina Rantai Makanan?

    3.Bagaimanakah Ecology Pyramida serta permainan MyFood dapat meningkatkan kefahaman murid 5 Intan bagi topik Rantai Makanan?

  • METODOLOGI KAJIAN

    Kajian ini melibatkan 5 orang murid tahun 5 Intan yang terdiri daripada 3 orang lelaki dan 2

    orang perempuan. Kesemua peserta kajian dipilih berdasarkan kepada pencapaian dalam ujian

    diagnostik dan markah ujian TOV dan OTI. Pengumpulan data telah dibuat dengan

    menggunakan beberapa instrumen yang berbeza seperti pemerhatian, soal selidik, analisis

    dokumen serta ujian pra dan pasca.

    Dalam instrumen pemerhatian, pengkaji telah membuat pemerhatian terhadap tingkah laku

    peserta kajian di dalam kelas. Pengkaji juga telah membuat pemerhatian terhadap hasil kerja

    murid, kerjasama dalam kumpulan, kepatuhan kepada arahan guru serta penglibatan murid

    dalam aktiviti yang dirancang sebelum dan selepas penggunaan intervensi. Semua tingkah laku

    murid telah dicatat dan direkodkan. Pengkaji telah membuat banding beza antara sebelum dan

    selepas intervensi dilaksanakan. Bagi instrumen soal selidik pula, pengkaji telah mengedarkan

    borang soal selidik kepada semua peserta kajian. Borang soal selidik tersebut digunakan untuk

    mengukur minat serta kemahiran murid sebelum dan selepas intervensi dijalankan. Pengkaji

    telah merekodkan hasil soal selidik tersebut di dalam jadual dan graf supaya perbezaan dapat

    dikenalpasti dengan mudah.

    Pengkaji juga telah membuat analisis dokumen terhadap hasil kerja murid di dalam kelas.

    Pengkaji telah memberi lembaran kerja kepada peserta kajian untuk menilai sejauhmanakah

    kemahiran murid dalam membina rantai makanan. Semua hasil kerja murid telah dianalisis oleh

    pengkaji untuk membuktikan bahawa berlaku peningkatan terhadap kemahiran membina rantai

    makanan. Berlaku peningkatan yang positif terhadap hasil kerja murid yang ditunjukkan selepas

    intervensi dijalankan. Bagi ujian pra dan pasca pula, pengkaji telah menjalankan ujian tersebut

    kepada kesemua peserta kajian. Dalam ujian yang dilaksanakan berlaku peningkatan yang positif

    yang ditunjukkan oleh peserta kajian sebelum intervensi dilaksanakan dan selepas intervensi

    dilaksanakan. Markah ujian pra dan pasca ini telah direkodkan di dalam jadual dan juga graf

    untuk memudahkan perbandingan dibuat oleh pengkaji.

  • SPESIFIKASI INTERVENSI

    Dalam meningkatkan kefahaman murid 5 Intan bagi tajuk Rantai Makanan, pengkaji telah

    membina alat bantu mengajar yang sesuai digunakan untuk menerangkan tajuk tersebut kepada

    murid-murid. Alat intervensi yang dimaksudkan ialah Ecology Pyramida serta Permainan

    MyFood. Alat bantu mengajar ini amat sesuai digunakan oleh guru dalam mengajar tajuk

    Rantai Makanan kerana alat ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Ecology Pyramida

    telah dibina oleh pengkaji bagi menerangkan perbezaan antara pengeluar, pengguna primer,

    sekunder dan tertier pada murid-murid. Memandangkan piramid tersebut mempunyai empat

    permukaan yang berbeza, pengkaji telah membuat empat habitat yang berbeza bagi rantai

    makanan. Terdapat rantai makanan di kawasan sawah padi, kolam, padang serta ladang bagi

    memudahkan murid untuk membezakan haiwan yang terdapat dalam rantai makanan tersebut.

    Alat ini boleh digunakan dalam fasa penstrukturan idea dalam pengajaran sains di sekolah. Guru

    boleh menyuruh murid untuk mengenalpasti haiwan yang terdapat di kawasan habitat yang telah

    dibina pada piramid tersebut. Selain itu, Ecology Pyramida ini juga amat menarik kerana

    mempunyai gambar-gambar yang berwarna. Ini akan dapat menarik minat murid untuk belajar

    tajuk tersebut. Selain itu, alat intervensi ini juga bersaiz besar untuk memudahkan murid-murid

    mengenalpasti haiwan. Murid akan lebih jelas dengan gambar-gambar yang dilekatkan pada alat

    intervensi tersebut.

    Rajah 1 : Ecology Pyramida

  • Dalam pada itu juga,bagi menguji kefahaman murid dalam membina rantai makanan, pengkaji

    juga telah membuat satu permainan yang dinamakan sebagai permainan MyFood seperti gambar diatas. Permainan ini mengkehendaki murid untuk membina rantai makanan berdasarkan

    habitat yang diberikan. Murid akan membina rantai makanan menggunakan alat tersebut dan

    guru akan memeriksa rantai makanan yang dibina oleh murid samada betul atau tidak.

    DAPATAN KAJIAN

    Dengan menggunakan Ecology Pyramida serta permainan MyFood telah dapat meningkatkan kefahaman peserta kajian dalam membina rantai makanan. Murid telah dapat mengenalpasti

    pengeluar, pengguna primer, pengguna sekunder dan pengguna tertier dengan baik.

    Rajah 2: Papan permainan MyFood

    Rajah 3: Rantai Makanan yang telah dibina oleh

    murid

  • DAPATAN KAJIAN

    Dalam dapatan kajian ini pengkaji telah menggunakan beberapa instrumen seperti pemerhatian,

    soal selidik, analisis dokumen serta ujian pra dan pasca. Bagi instrumen pemerhati pengkaji telah

    merekodkan hasil pemerhatian yang telah dilakukan di dalam jadual 1. Dalam menilai minat peserta kajian ini, pengkaji telah menggunakan 5 kriteria untuk menilai sejauhmanakah

    peningkatan minat yang ditunjukkan oleh peserta kajian sebelum dan selepas intervensi

    dijalankan.

    Jadual 1 : Kriteria Minat Murid

    Bil Kriteria Minat Murid Kekerapan sebelum intervensi (%)

    Kekerapan selepas Intervensi

    (%)

    1. Memberi fokus di dalam kelas 30 90

    2. Seronok belajar dengan kaedah pengajaran guru.

    40 80

    3. Membuat aktiviti yang diberikan

    oleh guru. 40 70

    4. Bertindak mengikut arahan yang diberikan oleh guru.

    50 70

    5. Memberikan kerjasama yang baik

    kepada guru dan rakan-rakan 50 90

    Daripada hasil analisis pemerhatian yang telah dibuat, pengkaji mendapati peserta kajian telah

    dapat memberi fokus yang baik di dalam kelas. Pengkaji telah memerhatikan tingkah laku yang

    ditunjukkan oleh murid di dalam kelas dan merekodkan tingkah laku yang ditunjukkan tersebut.

    Pengkaji mendapati murid telah dapat memberi fokus di dalam kelas dengan baik kerana berlaku komunikasi dua hala iaitu di antara pengkaji dan juga peserta kajian. Sebelum penggunaan

    intervensi kepada peserta kajian, mereka tidak memberi respond kepada soalan yang ditanya

    oleh pengkaji, namun selepas penggunaan intervensi tersebut peserta kajian sudah dapat memberi respon terhadap kesemua soalan yang ditanya oleh pengkaji.

  • Bagi istrumen kedua pula pengkaji telah menggunakan borang soal selidik. Berikut merupakan

    kekerapan dan peratus peserta kajian menjawab soal selidik ini.

    Jadual 2 : Analisis borang soal selidik

    Bil Item Pengajaran sebelum

    intervensi

    Pengajaran selepas

    intervensi

    1. Saya amat menyukai mata pelajaran

    Sains.

    YA TIDAK

    3(60%) 2(40%)

    YA TIDAK

    5(100%) 0(0%)

    2. Saya berasa seronok belajar Sains

    2(40%) 3(60%) 5(100%) 0(0%)

    3. Saya suka mempelajari Topik Rantai

    Makanan selepas menggunakan

    Ecology Pyramida serta permainan

    MyFood.

    4(80%) 1(20%) 5(100%) 0(0%)

    4. Saya amat suka aktiviti yang diberikan

    oleh guru semasa mengajar tajuk Rantai

    Makanan menggunakan Ecology

    Pyramida serta permainan MyFood

    3(60%) 2(40%)

    5(100%) 0(0%)

    5. Saya amat tertarik dengan cara

    pengajaran guru.

    2(40%) 3(60%)

    4(80%) 1(20%)

    Daripada analisis soal selidik yang dijalankan, pengkaji mendapati perubahan yang positif

    berlaku terhadap peserta kajian. Minat peserta kajian telah meningkat jika dibandingkan sebelum

    penggunaan intervensi dan selepas penggunaan intervensi. Buktinya peningkatan yang telah

    dicatatkan dalam item 1 sehingga item 5. Bagi item 1 sehingga 5 pengkaji telah membuat

    kategori tahap pencapaian minat peserta kajian. Bagi item 1 sehingga 4 pengkaji telah

    mengkategorikan dalam tahap amat berjaya kerana telah mencapai tahap 100 peratus dalam soal

    selidik yang dijalankan. Sebelum intervensi dijalankan tahap minat murid amatlah

    mendukacitakan kerana pengkaji mengkategorikan dalam tahap kurang memuaskan.

    Kebanyakkan peserta kajian tidak menyukai mata pelajaran sains dan tajuk Rantai Makanan,

    namun setelah intervensi dijalankan minat peserta kajian telah meningkat. Jawapan positif

    daripada peserta kajian ini menunjukkan mereka lebih berminat belajar tajuk Rantai Makanan

    dengan menggunakan Ecology Pyramida serta permainan MyFood.

  • Bagi analisis dokumen pula, pengkaji telah menganalisis lembaran kerja yang diberikan kepada

    peserta kajian. Hasil kerja murid disemak dan dibuat perbandingan bagi menilai keberkesanan

    alat bantu mengajar yang telah digunakan. Berikut merupakan hasil kerja murid sebelum dan

    selepas alat bantu mengajar ini digunakan.

    SEBELUM INTERVENSI

    Sebelum intervensi dilaksanakan, peserta kajian satu tidak dapat membina rantai makanan

    dengan baik. Peserta kajian 1 tidak dapat menyusun susunan hidupan dengan betul. Ini

    menunjukkan peserta kajian ini tidak faham untuk membina rantai makanan dengan betul.

    Namun, selepas intervensi dijalankan peserta kajian 1 sudah menunjukkan perubahan yang

    positif. Peserta kajian ini telah dapat membina rantai makanan dengan betul. Peserta kajian ini

    sudah dapat melukis anak panah dengan baik.

    SELEPAS INTERVENSI

    PK 1: SUSUNAN HIDUPAN TIDAK BETUL

    PK 1: SUSUNAN HIDUPAN DAN ANAK PANAH BETUL

  • Dalam analisis ujian pra dan pasca juga menunjukkan perubahan yang positif terhadap kesemua

    peserta kajian. Pengkaji telah membuat perbandingan markah ujian pra dan pasca terhadap peserta kajian. Perkara ini dilakukan bagi menentukan keberkesanan alat bantu mengajar yang

    telah digunakan oleh pengkaji terhadap kesemua peserta kajian. Pengkaji telah merekodkan

    markah dan tahap pencapaian peserta kajian seperti dalam jadual 3 di bawah.

    Jadual 3 : Markah Ujian Pra dan Pasca

    PESERTA KAJIAN

    PRA %

    GRED PASCA %

    GRED PENINGKATAN %

    M1 13 E 50 C 37

    M2 40 C 65 B 25 M3 46 C 60 B 14 M4 26 D 65 B 39 M5 33 D 45 C 12

    Dalam ujian pra dan pasca yang telah dilaksanakan, pengkaji mendapati bahawa peserta kajian 1

    telah meningkat markah dalam kedua-dua ujian tersebut. Dalam ujian pra peserta kajian 1 hanya

    mendapat gred E sahaja namun dalam ujian pra peningkatan telah ditunjukkan dengan

    peningkatan kepada gred C. Ini menunjukkan bahawa Ecology Pyramida serta permainan

    Myfood telah membantu meningkatkan prestasi peserta kajian 1 dalam tajuk rantai makanan.

    Peserta kajian 1 juga telah menyatakan bahwa dia lebih faham belajar menggunakan alat

    intervensi yang diperkenalkan oleh pengkaji.

    KESIMPULAN

    Penggunaan alat intervensi Ecology Pyramida serta permainan MyFood telah dapat

    membantu meningkatkan kefahaman peserta kajian dalam tajuk rantai makanan. Ini kerana

    setelah penggunaan intervensi tersebut kepada semua peserta kajian, pengkaji mendapati bahawa

    berlaku perubahan yang positif terhadap peserta kajian. Perkara ini dibuktikan dalam dapatan

    kajian yang telah dinyatakan. Minat peserta kajian juga telah bertambah hasil penggunaan alat

    intervensi ini. Menurut Lim King Hong (2010), mengatakan minat adalah satu yang anda

    lakukan dengan penuh perasaan suka. Hasil daripada pemerhatian yang telah dibuat, pengkaji

    mendapati bahawa peserta kajian amat suka terhadap alat yang digunakan oleh pengkaji semasa

    mengajar tajuk rantai makanan ini. Perkara ini juga ditunjukkan dengan

    Dalam pada itu juga, Ecology Pyramida serta permainan MyFood ini juga amat istemewa

    kerana dilengkapi dengan gambar-gambar yang menarik dan berwarna. Perkara ini dapat

    memudahkan murid untuk membuat perbezaan dan membina sebuah rantai makanan. Selain itu,

    permainan MyFood juga dapat membuatkan murid berasa seronok untuk belajar. Nurul Amirah

    dan Zaidatun (2009), permainan merupakan ekspresi kendiri yang kreatif dan perkembangannya

    paling jelas pada peringkat kanak-kanak. Kanak-kanak akan memperoleh pengetahuan baru

    berdasarkan permainan yang dijalankan. Kanak-kanak sememangnya amat menyukai permainan

    lebih-lebih lagi permainan tersebut dapat mencabar diri mereka untuk menjadi semakin baik.

  • Kajian ini juga telah meningkatkan tahap profesionalisme keguruan kerana kajian ini melibatkan

    kreadibiliti dan juga kesungguhan guru dalam menyiapkan kajian ini. Guru menunjukkan

    kesungguhan yang tinggi dalam mengumpul data-data yang diperlukan. Guru juga perlu bersabar

    dengan karenah murid-murid serta peserta kajian sepanjang menjalankan kajian ini. Hal ini

    kerana terdapat segelintir murid yang tidak dapat memberikan kerjasama yang baik kepada guru.

    Justeru itu, guru perlu lebih kreatif dalam mengawal dan melayan karenah murid-murid ini.

    Selain itu, kajian ini juga dapat meningkatkan profesionalisme keguruan kerana kajian ini

    dilakukan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid. Pengaji mencuba pelbagai

    kaedah dan juga strategi yang sesuai bagi memastikan masalah pembelajaran murid dapat diatasi

    dengan baik. Oleh itu, pengkaji telah menggunakan pelbagai instrumen bagi meningkatkan

    kesahan dan kebolehpercayaan kajian yang dilakukan. Kajian ini juga boleh dijadikan rujukan

    kepada guru-guru lain jika menghadapi masalah yang sama. Guru dapat merujuk kaedah dan

    strategi yang dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Maka, hal ini akan memudahkan

    kerja guru bagi menyelesaikan masalah pembelajaran murid-murid.

    Dalam kajian ini juga, pengkaji mendapati beberapa kelemahan dan kekurangan yang perlu

    ditampung supaya kajian akan datang menjadi lebih baik. dalam kajian ini pengkaji hanya

    menggunakan Ecology Pyramida serta permainan MyFood dalam topik Rantai Makanan

    sahaja. Maka, pengkaji mencadangkan agar penggunaan intervensi ini digunakan dalam

    pengajaran topik- topik lain. Memandangkan intervensi ini menggunakan pelbagai warna dan

    gambar-gambar yang menarik, maka pengkaji juga mencadangkan supaya intervensi ini

    digunakan kepada murid-murid tahap 1. Hal ini kerana penggunaan gambar dapat menarik minat

    murid-murid untuk belajar.

    Seterusnya, cadangan lain ialah agar penggunaan instrumen diperbanyakkan lagi dalam kajian

    seterusnya. Instrumen yang dapat ditambah lagi seperti temu bual bagi mendapatkan respon

    yang lebih mendalam lagi tentang keberkesanan intervensi yang dijalankan. Akhir sekali,

    pengkaji ingin mencadangkan agar tempoh masa kajian dipanjangkan lagi mendapatkan data-

    data kajian yang lebih tepat dan sesuai.

  • RUJUKAN

    Haliza Hamzah & Samuel J. N (2009). Perkembangan Kanak-kanak. Kuala Lumpur :

    Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

    Lee Kim Hong (2010). Pengajaran dan Pembelajaran Sastera dalam sukatan

    pelajaran pengajiam cina KDPM, Maktab Perguruan Raja Melewar

    Mok S.S (2008). Psikologi pendidikan & pedagogi murid dan alam belajar.

    Selangor Darul Ehsan; Penerbit Multimedia Sdn. Bhd

    Nurul Amirah Razali dan Dr Zaidatun Tasir (2009). Rekabentuk Sistem

    Pembelajaran konsep nombor berasaskan Pendekatan Permainan

    Prosiding seminar pendidikan kanak-kanak. Halaman 106-121

    Rahil Mahiyuddin, Habibah Elias & Kamariah Abu Bakar (2009). Amalan

    Pengajaran Berkesan. Siri Pendidikan Guru. Shah Alam :

    Karisma Publication Sdn. Bhd.

    Shahabudin Hashim, Rohizani Yaakub & Mohd Zohir Ahmad. (2007). Pedagogi :

    Strategi dan Teknik Mengajar Dengan Berkesan. Kuala Lumpur: PTS

    Profesional Publishing Sdn. Bhd

    Sivaraja a/l Subramaniam (2011). Mempertingkatkan kemahiran membuat

    pengelasan menggunakan kit pembelajaran. Tesis Sarjana Muda Tidak

    Diterbitkan. IPG KDRI Kuala Terengganu, Terengganu.

    Shahabudin Hashim, Rohizani Yaakub & Mohd Zohir Ahmad. (2007). Pedagogi :

    Strategi dan Teknik Mengajar Dengan Berkesan. Kuala Lumpur: PTS

    Profesional Publishing Sdn. Bhd.