42
SEJARAH 2 SKEMA JAWAPAN JPN PERAK 2011 1 http://sejarahstpm.blogspot.com/ 1. Huraikan peranan raja di Negeri-negeri Melayu sebelum campur tangan British 1874. Pendahuluan (3/2 markah) Sebelum campur tangan British di Perak pada tahun 1874, Negeri-negeri Melayu diperintah oleh Raja-raja Melayu. Sultan dan raja menduduki heirarki tertinggi dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran negeri masing-masing. Selepas Islam bertapak, gelaran raja bertukar menjadi sultan dan dianggap sebagai ‘Amirul Mukminin’ atau pemimpin bagi orang mukmin. Kerajaan-kerajaan yang menerima warisan Kesultanan Melaka seperti Johor, Pahang, Perak dan Kedah mengekalkan gelaran sultan sehingga abad ke-19. Begitu juga Kelantan dan Terengganu. Negeri Sembilan menggunakan gelaran Yamtuan Besar manakala Perlis mengekalkan gelaran Raja. Namun demikian, semua Raja-raja Melayu ini mempunyai peranan luas dalam bidang politik, ekonomi dan sosial sehingga campur tangan Inggeris pada tahun 1874. Isi (20 markah) i. Politik ( 9 markah ) a. Ketua kerajaan Sultan berada pada kedudukan yang tertinggi dalam struktur pemerintahan dan pentadbiran negeri. Sultan bertindak sebagai ketua kerajaan. Sultan mempunyai kuasa mutlak dan hak sultan tidak boleh dipersoal. Rakyat tidak boleh membantah perintah sultan kerana dianggap mengengkari perintah Tuhan. Perintah sultan menjadi undang- undang. Oleh itu, perintah sultan wajib dipatuhi walaupun bertentangan dengan hukum manusia dan hukum agama. Sultan juga berkuasa menggubal undang-undang, menjatuhkan hukuman termasuk hukuman bunuh serta berhak mengampunkan pesalah. b. Melantik pembesar Sultan berkuasa melantik sesiapa sahaja untuk memegang sebarang jawatan pembesar negeri. Baginda berhak melantik sesiapa sahaja untuk memegang jawatan Bendahara dan pembesar-pembesar yang lain. Baginda juga berhak melantik penggantinya sendiri, iaitu dalam kalangan putera-putera baginda. Sehingga tahun 1874 di Perak, jawatan Bendahara dipegang oleh keluarga diraja. Jawatan Temenggong dijawat oleh pembesar daerah Kota Lama, Kuala Kangsar. Tiada ketetapan dibuat mengenai jawatan Orang Kaya Besar dan jawatan Menteri dipegang pembesar Larut. Pembesar Berlapan yang dilantik sultan ialah Maharaja Lela iaitu pembesar Pasir Salak, Laksamana pembesar Durian Sebatang, Sri Andika Raja pembesar Ulu Perak, Shahbandar pembesar Daerah Bandar di Hilir Perak, Panglima Kinta iaitu pembesar daerah Kinta, Panglima Bukit Gantang, Sri Agar DiRaja pembesar Kampong Gajah dan Imam Paduka Tuan, iaitu satu jawatan dalam pentadbiran agama Islam negeri. Sementara di Selangor pula beberapa jawatan pembesar yang dilantik oleh sultan ialah Penggawa Permatang, Penggawa Tua, Penghulu Aru dan Orang Kaya Kechil. Sultan juga melantik pembesar-pembesar daerah menerusi sepucuk surat dan hadiah sebilah pedang sebagai lambang jawatannya. Di dalam surat tauliah itu dinyatakan nama

Rashman_skema Percubaan Perak Sej 2

Embed Size (px)

DESCRIPTION

skema percubaan sejarah 2

Citation preview

  • SEJARAH 2 SKEMA JAWAPAN JPN PERAK 2011

    1http://sejarahstpm.blogspot.com/

    1. Huraikan peranan raja di Negeri-negeri Melayu sebelum campur tangan British1874.

    Pendahuluan (3/2 markah)

    Sebelum campur tangan British di Perak pada tahun 1874, Negeri-negeri Melayudiperintah oleh Raja-raja Melayu. Sultan dan raja menduduki heirarki tertinggi dalam sistempemerintahan dan pentadbiran negeri masing-masing. Selepas Islam bertapak, gelaran rajabertukar menjadi sultan dan dianggap sebagai Amirul Mukminin atau pemimpin bagi orangmukmin. Kerajaan-kerajaan yang menerima warisan Kesultanan Melaka seperti Johor,Pahang, Perak dan Kedah mengekalkan gelaran sultan sehingga abad ke-19. Begitu jugaKelantan dan Terengganu. Negeri Sembilan menggunakan gelaran Yamtuan Besarmanakala Perlis mengekalkan gelaran Raja. Namun demikian, semua Raja-raja Melayu inimempunyai peranan luas dalam bidang politik, ekonomi dan sosial sehingga campur tanganInggeris pada tahun 1874.

    Isi (20 markah)

    i. Politik ( 9 markah )

    a. Ketua kerajaan

    Sultan berada pada kedudukan yang tertinggi dalam struktur pemerintahan danpentadbiran negeri. Sultan bertindak sebagai ketua kerajaan. Sultan mempunyai kuasamutlak dan hak sultan tidak boleh dipersoal. Rakyat tidak boleh membantah perintahsultan kerana dianggap mengengkari perintah Tuhan. Perintah sultan menjadi undang-undang. Oleh itu, perintah sultan wajib dipatuhi walaupun bertentangan dengan hukummanusia dan hukum agama. Sultan juga berkuasa menggubal undang-undang,menjatuhkan hukuman termasuk hukuman bunuh serta berhak mengampunkan pesalah.

    b. Melantik pembesar

    Sultan berkuasa melantik sesiapa sahaja untuk memegang sebarang jawatan pembesarnegeri. Baginda berhak melantik sesiapa sahaja untuk memegang jawatan Bendaharadan pembesar-pembesar yang lain. Baginda juga berhak melantik penggantinya sendiri,iaitu dalam kalangan putera-putera baginda.

    Sehingga tahun 1874 di Perak, jawatan Bendahara dipegang oleh keluarga diraja.Jawatan Temenggong dijawat oleh pembesar daerah Kota Lama, Kuala Kangsar. Tiadaketetapan dibuat mengenai jawatan Orang Kaya Besar dan jawatan Menteri dipegangpembesar Larut. Pembesar Berlapan yang dilantik sultan ialah Maharaja Lela iaitupembesar Pasir Salak, Laksamana pembesar Durian Sebatang, Sri Andika Rajapembesar Ulu Perak, Shahbandar pembesar Daerah Bandar di Hilir Perak, PanglimaKinta iaitu pembesar daerah Kinta, Panglima Bukit Gantang, Sri Agar DiRaja pembesarKampong Gajah dan Imam Paduka Tuan, iaitu satu jawatan dalam pentadbiran agamaIslam negeri. Sementara di Selangor pula beberapa jawatan pembesar yang dilantik olehsultan ialah Penggawa Permatang, Penggawa Tua, Penghulu Aru dan Orang KayaKechil.

    Sultan juga melantik pembesar-pembesar daerah menerusi sepucuk surat dan hadiahsebilah pedang sebagai lambang jawatannya. Di dalam surat tauliah itu dinyatakan nama

  • SEJARAH 2 SKEMA JAWAPAN JPN PERAK 2011

    2http://sejarahstpm.blogspot.com/

    daerah yang dikurniakan tetapi tidak ditentukan butir-butir sempadannya. Biasanyapembesar dipilih secara turun temurun dalam kalangan keluarga pembesar berkenaan.Sultan hanya akan campur tangan memilih pembesar yang baru dari keturunan lainsekiranya keturunan pembesar tadi ketiadaan waris.

    c. Sultan menentukan hubungan diplomatik

    Sultan lebih aktif dalam menjalin hubungan hal ehwal luar berbanding bertindak sebagaiketua perang. Perjanjian dengan kuasa-kuasa asing tidak sah jika tidak ditandatanganioleh sultan. Selain itu, ia juga memerlukan tandatangan 12 orang pembesar.Kebimbangan campur tangan Inggeris di Tanah Melayu menjadikan hubungan sultandengan para pembesar kian rapat. Kehadiran British di Perak pada tahun 1874membawa kepada perjumpaan-perjumpaan antara sultan dengan para pembesar.

    Namun demikian, ada juga pembesar yang menentang sultan secara halus tidak hadirdalam pertemuan seumpama ini. Misalnya pada tahun 1875 pentadbir British telahbersusah payah untuk mendapatkan tandatangan pembesar-pembesar Perak yang tidakhadir di Pangkor dalam tahun 1874 untuk menandatangani persetiaan Melayu-Inggerisitu.

    d. Sultan berperanan sebagai ketua pertahanan

    Sultan menjadi ketua tentera bagi negeri masing-masing. Sekiranya berlaku peperangan,sultan akan mengetuai angkatan tentera bagi mempertahankan negara daripadaserangan musuh atau menakluk negara lain. Baginda bertanggungjawab menjagakeamanan negara daripada ancaman luar. Sepanjang tempoh tahun 1830 an-1870anNegeri-negeri Melayu tidak terlibat dalam peperangan dengan pihak luar yang seriusatau ancaman perang kecuali di Naning. Kedatangan British juga tidak menggunakantentera yang besar, hanya menggunakan tentera Negeri-Negeri Selat sahaja.

    Oleh yang demikian, peranan sultan sebagai ketua tentera tidak menonjol pada masa ini.Malah perang saudara yang berlaku antara tahun pertengahan abad ke-19 banyakmelibatkan perang saudara antara pembesar-pembesar. Hanya di Pahang berlakupemberontakan seorang pembesar tetapi sultan telah mengarahkan pembesar lain untukmenamatkan pemberontakan tersebut.

    ii. Ekonomi ( 5 markah )

    Sultan berkuasa mutlak ke atas sumber ekonomi. Sultan mengambil bahagian dalamperniagaan dan mendapat keuntungan yang lumayan. Baginda berkuasa dalam soalperburuhan, hasil pertanian, perdagangan dan pemungut cukai. Sultan berperananmenyelaras sistem cukai dalam jajahan takluknya serta mempunyai hak mendapat hasilpungutan cukai negerinya. Contohnya, Sultan Abdul Samad menerima hasil cukai (bijihtimah) daerah Kelang daripada Raja Mahadi. Sultan Pahang memperoleh cukai importyang dikenakan di muara Sungai Pahang berjumlah $50,000 setahun. Dari segi pertaniansultan berhak mengerahkan rakyat bertani. Baginda mewakilkan urusan itu kepada parapembesar negeri.

    Sultan juga berkuasa melaksanakan sistem kerah. Melalui sistem ini rakyat dikerahmelaksanakan sesuatu pekerjaan untuk sultan tanpa dibayar upah dalam tempoh masayang tertentu. Antara pekerjaan yang terlibat ialah membina istana, menjadi

  • SEJARAH 2 SKEMA JAWAPAN JPN PERAK 2011

    3http://sejarahstpm.blogspot.com/

    tentera,membina jalan, membina jambatan, membina benteng pertahanan, membersihsungai dan sebagainya. Golongan bangsawan dikecualikan daripada sistem ini. Orangbiasa yang berstatus tinggi juga dikecualikan dari sistem ini. Contohnya di Kedah merekayang dikecualikan dari sistem ini ialah golongan syed (keturunan nabi), golongan baik-baik seperti haji, lebai, penghulu, kakitangan masjid dan orang suruhan istana. Sistem inimenunjukkan perbezaan status sosial dalam kalangan rakyat.

    iii. Sosial ( 6 markah )

    a) Lambang dan memelihara perpaduan negeri

    Di Negeri-negeri Melayu pada abad ke-19 terdapat beberapa faktor yang membawakepada perselisihan dan perpecahan. Di dalam sesebuah negeri, selain Negeri Sembilanterdapat pelbagai kebudayaan yang diamalkan oleh rakyatnya. Pembesar-pembesardaerah merupakan pusat kuasa tempatan. Tentangan sering berlaku dalam kalanganmereka dan mengganggu pentadbiran pusat. Malah mereka sering juga menentangsultan dan ada kalanya menentang pelaksanaan perintah raja di daerah mereka.

    Namun demikian, untuk menjaga kepentingan perdagangan, pertahanan negeri danketenteraman dalam satu kawasan yang lebih luas dari sebuah daerah memaksa merekatunduk kepada sultan. Mereka tidak bersedia untuk memusnahkan kesultanan itu sendiri,walaupun pertentangan dan perebutan takhta sering berlaku dalam kalangan pembesar.Mereka melihat tidak ada satu sistem lain sebaik sistem beraja yang diamalkan.

    Kedudukan sultan sebagai lambang perpaduan diperkukuhkan dengan baginda diberikekeramatan dan kuasa-kuasa sakti. Antaranya, baginda dikatakan berdarah putih,menggunakan lambang-lambang kebesaran seperti pakaian dan peralatan berwarnakuning, memiliki alat-alat muzik sendiri seperti nobat, nafiri, seruling dan terumpet. Alatanlain seperti kayu gamit, puan naga, taru, kemala, surat chiri, cop halilintar, ubor-ubor danlain-lain.

    Selain itu, terdapat juga senjata-senjata seperti pedang, tombak dan keris panjang sertapenggunaan bahasa dalam atau bahasa istana yang dikhaskan untuk sultan dankerabatnya. Semua hak-hak keistimewaan ini bertujuan untuk mengagung-agungkanseseorang sultan supaya rakyat taat setia kepada baginda. Sesiapa yang melanggarperintah sultan pula dikatakan akan mendapat tulah, seperti kemalangan dankesengsaraan.

    (b) Ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu

    Sultan juga bertindak sebagai ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu. Sultandianggap sebagai khalifah Allah di bumi dan menjadi penaung kepada masyarakatMelayu. Sultan juga memainkan peranan penting untuk menyebarkan agama Islam didalam negeri dan seluruh tanah jajahannya. Lantaran itulah istana memainkan perananpenting sebagai tempat penyebaran agama Islam di Tanah Melayu.

    Hanya sedikit sahaja istiadat yang dihadiri oleh sultan sebagai pemimpin rakyat.Peranannya tidak begitu aktif. Upacara-upacara besar dalam masa pemerintahanbaginda ialah hari pertabalan dan pemakaman. Pada masa ini pembesar dan rakyatjelata akan berhimpun. Pada masa perayaan besar tahun Islam seperti Hari Raya Puasa,sultan akan mengadakan majlis jamuan.

  • SEJARAH 2 SKEMA JAWAPAN JPN PERAK 2011

    4http://sejarahstpm.blogspot.com/

    Kesimpulan (2/3 markah)

    Kesimpulannya, sultan memainkan peranan yang cukup besar sama ada dalambidang politik, ekonomi mahupun sosial. Peranan Sultan jelas dominan di Negeri-negeriMelayu sehingga pengenalan sistem Residen pada tahun 1874 di Perak, seterusnyaSelangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Perlaksanaan sistem Residan telah menjejaskankedudukan dan kuasa sultan dari sudut politik, ekonomi dan sosial. Kuasa sultan kini hanyaterhad dalam bidang agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja, sementara semuakuasanya yang lain dibolot oleh Residen Inggeris. Dominasi Inggeris terhadap kuasa Sultankemudiannya telah mencetuskan konflik kuasa diikuti dengan penentangan dalam kalanganpembesar dan orang tempatan di Tanah Melayu.

  • SEJARAH 2 SKEMA JAWAPAN JPN PERAK 2011

    5http://sejarahstpm.blogspot.com/

    2. Bincangkan kegiatan ekonomi di Sarawak dan Sabah hingga tahun 1900.

    Pendahuluan (3/2 markah)

    Kegiatan ekonomi Sarawak dan Sabah sebelum campur tangan British lebih bersifatsara diri berbanding ekonomi komersial. Sara diri adalah untuk keperluan diri dan keluargasahaja. Kegiatan ini menjadi komersial apabila lebihan yang ada dijual atau ditukar denganbarangan lain. Setelah kedatangan Barat, kegiatan ekonomi sara diri masih wujud dankegiatan komersial serta perdagangan semakin berkembang. Di Sarawak aktiviti sara diridijalankan oleh kaum Iban, Bidayuh, Melanau dan Melayu. Di Sabah masyarakat pribumiyang menjalankan kegiatan ekonomi sara diri ialah orang Bajau, Kadazan/Dusun, MelayuBrunei dan Kedayan. Mereka menjalankan kegiatan pertanian seperti menanam padi huma,padi sawah, mencari hasil hutan dan memburu binatang. Sebilangan penduduk ada yangmenjalankan kegiatan perniagaan dan perdagangan.

    A. Kegiatan Ekonomi di Sarawak (10 markah)

    1. Kegiatan Ekonomi Sara diri

    a. Penanaman Padi

    Padi huma diusahakan oleh orang Iban,Bidayuh dan Kenyah. Diusahakan secarabergotong-royong. Padi huma diusahakan oleh masyarakat Kelabit yang tinggal dikawasan bukit Hulu Sg.Baram. Sistem tali air dibina untuk mengairi kawasan sawah.

    b. Perikanan

    Dijalankan oleh orang Melayu yang tinggal di kawasan persisiran pantai Kaum Ibanmenjalankan penangkapan ikan di kawasan sungai terutamanya di Sungai Rejang,Saribas dan Batang Lupar.

    c. Tanaman-tanaman lain

    Antara tanaman lain yang ditanam ialah lada hitam, pokok buah-buahan dan pokokmengkuang. Orang Melanau menjalankan kegiatan memproses sagu di Oya dan Mukah.

    d. Perlombongan

    Antimoni diusahakan oleh orang Bidayuh di Bau

    e. Perdagangan

    Dijalankan oleh orang Melanau dan Brunei di kawasan sempadan. Barang-barang yangdidagangkan ialah sagu.

  • SEJARAH 2 SKEMA JAWAPAN JPN PERAK 2011

    6http://sejarahstpm.blogspot.com/

    2. Kegiatan ekonomi komersial

    a. Lada hitam

    Kawasan penanaman lada hitam banyak terdapat di sekitar Kuching-Serian dan Sarikei-Maradong. Pada tahun 1840, tanaman lada hitam dan gambir mula ditanan untuk tujuaneksport. Tanaman eksport terpenting pada zaman pemerintahan Brooke. Diusahakanoleh peladang Cina terutamanya pengusaha daripada Singapura.

    Brooke memberi tanah kepada saudagar-saudagar Cina untuk membuka kebun ladahitam. Antara tahun 1935-1939 Sarawak merupakan pengeksport lada hitam keduaterpenting selepas Indonesia.

    b. Gambir

    Harga gambir meningkat pada tahun 1890-an. Brooke memberi tanah kepada peladangCina. Gambir ditanam secara meluas di Bau. Pada awal abad ke-20, tanaman gambirmulai merosot kerana harganya tidak stabil.

    c. Sagu

    Sagu ditanam secara meluas di antara tahun 1850-1860. Diusahakan oleh orang Melayudan Inggeris. Inggeris membuka kilang di Mukah dan memberi wang pendahuluankepada pekebun-pekebun kecil. Mulai abad ke-20 orang Cina mula mengambil alihkegiatan ini dan kemudian menguasai perusahaan sagu.

    d. Perlombongan.

    Emas dilombong di Bau oleh orang Cina. Antimoni dilombong di Bahagian PertamaSarawak. Pembesar Melayu menggunakan tenaga buruh Dayak.

    B. Kegiatan ekonomi di Sabah. ( 10 markah )

    1. Kegiatan ekonomi sara diri

    a. Penanaman Padi

    Tanaman makanan utama. Padi sawah diusahakan oleh orang Kadazan dan Dusun.Kawasan penanaman padi yang utama ialah Tuaran, Papar, Penampang dan lembahbukit di Ranau, Keningau dan Tambunan. Padi huma ditanam di lereng-lereng bukitlandai di kawasan pedalaman yang bergunung-ganang. Padi huma diusahakan olehorang Murut dan Bajau.

    b. Tanaman-tanaman lain

    Jagung, ubi kayu, keledek, buah-buahan dan sayur-sayuran merupakan makananselang

  • SEJARAH 2 SKEMA JAWAPAN JPN PERAK 2011

    7http://sejarahstpm.blogspot.com/

    c. Pertukangan

    Dijalankan oleh kaum Bajau. Mereka terkenal dengan kemahiran bertukang besi,menenun kain dan memacu kuda.

    d. Perikanan

    Dijalankan oleh masyarakat Melayu Brunei dan Kedayan. Dijalankan di sepanjang pantaiperairan Sabah dan bersempadan dengan Brunei.

    e. Penternakan

    Binatang yang diternak ialah kerbau, ayam, itik dan khinzir. Dijalankan oleh suku kaumdusun dan Kadazan.

    2. Kegiatan Ekonomi Komersial

    a. Tembakau

    SBUB telah menggalakkan penanaman tembakau. Tembakau mula diusahakan olehorang-orang Cina. Selepas tahun 1884, peladang-peladang Belanda dan Jermanmemainkan peranan penting dalam penanaman tembakau. Kawasan tumpuan ialahPantai Timur Sabah. Pada tahun 1890 terdapat 60 estet tembakau yang kebanyakantertumpu di Bahagian Timur Laut dan Pantai Timur Sabah.

    Peladang menggunakan tenaga buruh dari Singapura dan Hong Kong. Pada penghujungabad ke-19 penanaman tembakau merosot apabila permintaan dari Amerika merosot.

    b. Perlombongan

    Emas diusahakan oleh orang Cina di Sungai Segama. Petroleum diusahakan secarakomersial oleh SBUB.

    Kesimpulan ( 2/3 markah )

    Kegiatan ekonomi di Sarawak dan Sabah sebelum kedatangan Barat bersifat sara diridan komersial. Kegiatan ekonomi yang bersifat sara diri kekal menjadi tulang belakangekonomi masyarakat tempatan walaupun kegiatan ekonomi komersial turut sama diljalankan.Setelah penglibatan Brooke di Sarawak dan Syarikat Berpiagam Borneo Utara di Sabah,sistem ekonomi bersifat komersial mula digiatkan terutamanya dalam tanaman dagangandan perlombongan. Namun begitu kemajuan ekonomi komersil tersebut lebihmenguntungkan pihak barat sedangkan penduduk peribumi Sarawak dan Sabah masihkekal dengan aktiviti sara diri.

  • SEJARAH 2 SKEMA JAWAPAN JPN PERAK 2011

    8http://sejarahstpm.blogspot.com/

    3. Gerakan penentangan terhadap British di Pahang dan di Perak pada abad ke-19menggambarkan rasa tidak puas hati pelbagai golongan masyarakat di negeri-negeri berkenaan. Bincangkan.

    Pendahuluan ( 3/2 markah )

    Pada bulan Oktober 1887, Sultan Ahmad melantik Hugh Clifford sebagai wakil Britishdi Pahang. Beliau kemudian digantikan oleh J.P Rodger pada bulan Oktober 1888 sebagaiResiden British yang pertama di Pahang. Selepas campur tangan di Pahang, British mulamengadakan perubahan dalam pertadbiran negeri dengan memperkenalkan beberapaperaturan baru yang secara tidak langsung telah mengancam kedudukan para pembesardan rakyatnya. Penentangan ini berkesudahan dengan kebangkitan Mat Kilau, Tok Gajahdan Datuk Bahaman. Di Perak, mengikut Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874,meletakkan Perak di bawah naungan British. Residen pertama British di Perak ialah JWWBirch. Beliau memulakan tugas pada bulan November 1874 . Kehadirannya tidak disenangioleh Sultan dan pembesar Melayu. Perasaan ini terus berkembang sehingga menimbulkanpakatan menentangnya. Kemuncak penentangan ialah pembunuhan Birch pada 2 November1875.

    Isi (20 markah)

    A. Pahang (10 markah)

    1. Perasaan tidak puas hati sultan akibat kehilangan kuasa politik.

    Pengenalan Sistem Residen di Pahang menyebabkan sultan dan pembesar-pembesarkehilangan kuasa. Pihak British telah memperkenalkan perubahan politik di Pahangmelalui undang-undang berkaitan dengan undang-undang tanah , sistem kerah danpenghapusan hamba abdi yang diluluskan oleh Majlis Negeri pada 31 Disember 1889.Sultan tidak berpuashati kerana baginda hanya mempunyai nama sahaja dalamMajlis Mesyuarat Negeri. Semua keputusan adalah dibuat oleh Residen JP Rodger.Selain itu, sultan juga murka apabila J.P Rodger memaksa sultan melantik puterasulung baginda Tengku Mahmud sebagai Pemangku Raja, atas alasan sultan tidak taatkepada Inggeris. Oleh sebab ugutan dan tekanan, sultan terpaksa mengisytiharkanperlantikan itu pada Julai 1889.

    Sultan Ahmad mempunyai pengaruh yang besar ke atas pembesar negeri. Jika parapembesar diarah untuk tidak memberi kerjasama sudah tentu ia akan menggagalkanperjalanan Sistem Residen di Pahang. British berjaya memujuk sultan Ahmadmenandatangani satu perisytiharan untuk melantik putera baginda (Tengku Mahmud)atau Tengku Besar sebagai Pemangku Raja. Melalui perisytiharan yang bertarikh 22Julai 1889, baginda memberi kuasa penuh kepada Tengku Mahmud untuk mewakilibaginda dalam urusan pentadbiran negeri serta mengadakan rundingan dengan British.

    Tindakan sultan menyerahkan kuasa kepada Tengku Mahmud merupakan satukesilapan besar. Kuasa baginda telah berpindah kepada Tengku Mahmud yang dilihatmudah diperalat oleh Inggeris. Hubungan Sultan Ahmad menjadi tegang. Bagimeredakan keadaan, pada bulan Disember 1889 Sultan Ahmad membuat keputusanmeninggalkan Pekan dan menetap di Pulau Tawar kerana daerah itu di bawah jagaan

  • SEJARAH 2 SKEMA JAWAPAN JPN PERAK 2011

    9http://sejarahstpm.blogspot.com/

    Tok Gajah, iaitu seorang pembesar negeri yang sangat dipercayai. Sultan berpakatdengan pembesar-pembesar untuk menentang Sistem Residen di Pahang.

    2. Ketidakpuasan hati pembesar-pembesar Pahang

    Antara perubahan yang dilakukan dalam pentadbiran ialah dengan membahagikanPahang kepada 6 buah daerah. Setiap satu diletakkan di bawah pentadbiran Majistretdan Pemungut Hasil. Pekan di bawah F. Belfield, Hulu Pahang (W.C Mitchell), Kuantan( W.H Wall), Temerloh (E.A Wise), Rompin (G.F Owen), Kuala Pahang (W.W Mitchell).Akibat pengenalan beberapa peraturan baru terutama berhubung dengan perlantikanMajistret dan Pemungut Hasil sebagai ketua setiap daerah, para pembesar tidak lagibebas kerana kuasa mereka telah diambil alih khususnya hak memungut cukai.

    Pendapatan pembesar terjejas teruk, misalnya elaun yang dicadangkan pihak Inggerisamat tidak berpatutan. Pembesar-pembesar seperti Tok Gajah, Temenggung, DatoShahbandar, Maharaja Perba Jelai, Orang Kaya Chenor, Tok Gajah, Orang KayaTemerloh, Orang Kaya Semantan dan Abdullah dari Bera hanya dibayar elaun $1200setahun dan Dato Bahaman dibayar $840 setahun. Pembesar-pembesar ini menulissurat enggan bekerjasama dengan Residen dan mengancam tidak akan mematuhisegala keputusan yang dibuat Majlis Mesyuarat Negeri. Malangnya elaun ini tidakmencukupi untuk menanggung pengikut-pengikut mereka.

    Inggeris juga campur tangan dalam soal perhambaan dan kerah yang diluluskan olehmereka. Setiap pemilik hamba diwajibkan mendaftarkan hamba-hambanya kepadaPemungut Cukai Daerah dengan memberi maklumat secara terperinci seperti jumlahhamba dan nama hamba, jenis pekerjaan dan jumlah hutang. Mereka yang gagalmematuhi akan kehilangan hak ke atas hamba tersebut.

    Mengenai undang-undang kerah setiap orang yang dikenakan kerah tidak boleh lebihdaripada dua bulan dalam setahun. Mereka dihadkan kerja secara kerahan kepadakerja-kerja kerajaan sahaja. Antara kerja kerahan yang dilakukan ialah membersihsungai, membuat jalan, menebang kayu, menanam padi, mengangkat barang-barang,dan menemani ketua mereka dalam perjalanan. Setiap orang diwajibkan kecuali sakitatau munasabah. Sekiranya tiada alasan mereka dikenakan bayaran ganti rugisebanyak 25 sen sehari.

    Perlantikan Majistret dan Pemungut Hasil sebagai ketua daerah telah menyebabkanmereka tidak lagi mengadili kes-kes jenayah dan sivil serta memungut cukai dikawasan masing-masing. Dato Bahaman menentang Inggeris kerana beliau tidakdibenarkan memungut cukai dan tidak diberi elaun-elaun yang setanding dengan elaunOrang Berempat, iaitu sebanyak $500. Beliau ditawarkan elaun sebanyak $70.Tindakan ini menyinggung perasaannya. Beliau juga marah apabila Inggeris membinasebuah balai polis di Lubuk Trua di daerah Semantan yang di bawah jagaannya tanpameminta izin terlebih dahulu. Beliau menulis surat kepada Majistret di Temerloh tetapitidak dilayan sebaliknya diberi amaran.

    Seorang lagi pembesar yang hilang hak ke atas cukai ialah Tok Gajah. Beliau adalahseorang pembesar dari Pulau Tawar. Atas jasanya kepada Sultan Ahmad dalamPerang Saudara (1857- 1863) beliau dianugerahkan gelaran Orang Besar Raja. Beliaumarah kepada Inggeris apabila rayuannya untuk menambah elaun ditolak oleh pihakInggeris pada bulan Januari 1890. Permintaannya supaya menangguhkan pembayaran

  • SEJARAH 2 SKEMA JAWAPAN JPN PERAK 2011

    10http://sejarahstpm.blogspot.com/

    cukai tanah juga ditolak oleh Majlis Mesyuarat Negeri pada bulan Disember 1890.Beliau disokong oleh anaknya Mat Kilau dalam penentangannya terhadap Inggeris.

    3. Perasaan tidak puas hati rakyat Pahang

    Pihak Inggeris memperkenalkan undang-undang baru yang menjejaskan penghidupanseharian mereka. Antaranya cukai tanah kampung, paya, dusun dan tanaman nipahpada kadar 40 sen seekar dikenakan ke atas tanah kampung, tanah paya, dusun dantanah nipah. Sistem permit dan lesen digunakan untuk membolehkan rakyat memunguthasil hutan dan pokok nipah untuk mendirikan rumah. Dahulu diperoleh secarapercuma. Rakyat juga dikehendaki bekerja selama dua bulan dalam setahun sebagaiburuh paksa bagi melaksanakan projek-projek awam. Sekatan yang tidakmembenarkan rakyat tempatan membawa senjata seperti keris ke mana sahaja merekapergi. Pihak yang dibenarkan membawa senjata hanyalah pengawal peribadi danpengikut mereka yang terdekat.

    Peraturan yang melarang membawa senjata ternyata bercanggah dengan tradisi orangMelayu yang sangat terikat dengan nilai-nilai feudalisme kerana senjata merupakan alatmutlak yang sangat diperlukan. Keris umpamanya, bukan sahaja sebagai senjata tetapijuga menjadi pakaian dan simbol keberanian seorang lelaki Melayu Pahang.

    Kebencian rakyat juga berpunca daripada kehadiran pasukan polis kaum Sikh danIndia yang jahil tentang budaya Melayu. Penubuhan pasukan polis pada tahun 1888telah menghapuskan kuasa penguatkuasa undang-undang yang dipegang oleh Sultandan pembesar. Pasukan polis ini terdiri daripada 200 anggota, 150 Melayu (Kelantandan Terengganu), 50 Sikh di bawah pimpinan Mr. Syers.

    B. Perak (10 markah )

    1. Ketidakpuasan hati Sultan Abdullah dan kerabat diraja

    Walaupun perjanjian Pangkor ditandatangani pada 20 Januari 1874, tetapi Birch hanyamemulakan tugasnya sebagai Residen British di Perak pada 4 November 1874, iaituhampir 10 bulan kemudian. Kelewatan ini membolehkan pembesar-pembesar yang tidakberpuashati dengan Sistem Residen telah menentang Raja Abdullah. Sepanjangkelewatan Birch hadir memberi peluang kepada Sultan Abdullah memerintah Perakdengan sebebas-bebasnya. Baginda dikatakan banyak menghabiskan masa denganberjudi, menyabung ayam dan menambah hutang. Perjanjian Pangkor membolehkanSultan Abdullah dilantik menjadi sultan. Namun demikian, baginda masih gagalmenyelesaikan masalah tuntutan takhta oleh Raja Ismail dan Raja Yusof. Raja Ismailmasih tidak menyerahkan alat-alat kebesaran negeri yang menjadi syarat kepadapertabalan sultan.

    Birch telah melanggar syarat yang diperuntukkan dalam Perjanjian Pangkor. Mengikutperjanjian tersebut sempadan Dinding dan Pangkor yang diserahkan kepada pihakBritish mengikut Perjanjian Low akan dikembalikan semula. Tindakan yang sama jugadiambil ke atas sempadan di Sungai Kerian. Walaupun begitu, dalam penyelesaiansempadan ini kawasan lebih kurang 200 batu persegi termasuk sebahagian Selama

  • SEJARAH 2 SKEMA JAWAPAN JPN PERAK 2011

    11http://sejarahstpm.blogspot.com/

    yang mempunyai banyak bijih timah dimasukkan ke dalam pentadbiran British. Tindakanini menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pembesar Perak.

    Perlantikan Birch sebagai Residen tidak disenangi oleh Sultan Abdullah dan parapembesar. Birch dianggap tidak sesuai kerana beliau tidak mempunyai pengalamandalam urusan pentadbiran di negeri-negeri Melayu. Beliau tidak boleh bertutur dalamBahasa Melayu serta tidak memahami budaya dan adat resam Melayu. Kekurangan inimenyebabkan beliau sukar untuk menjalin hubungan dengan sultan dan pembesarMelayu. Birch juga dilihat tidak sabar dan enggan bertolak ansur apabila berurusandengan sultan dan pembesar. Ia bertentangan dengan adat Melayu yang menjunjungtinggi sultan dan pembesar sebagai pemimpin yang dihormati.

    Birch juga tidak peka dengan perasaan orang Melayu. Pembaharuan yang dilakukandibuat secara tergesa-gesa tanpa berunding dengan Sultan Abdullah. Sultan Abdullahpernah mengingatkan Birch supaya memberitahu baginda dahulu sebelum pembaharuandibuat. Birch mengarahkan sultan Abdullah berdiam diri dan menurut segala nasihat yangdiberi. Tindakan ini menyebabkan Sultan Abdullah mengutus wakil baginda, Raja Idris,Laksamana dan Muhammad Arshad untuk bertemu Sir Andrew Clarke tetapi tidakdilayan malah Sultan Abdullah diminta mematuhi nasihat Residen. Dalam usahamelaksanakan pembaharuan, Birch telah mengenakan tekanan ke atas Sultan Abdullah.Beliau pernah mengugut akan menyerahkan jawatan sultan kepada Raja Yusof sekiranyasultan enggan menandatangani pengisytiharan tersebut.

    Antara pembaharuan-pembaharuan yang dilakukan oleh Birch seperti pungutan cukai,sistem kewangan dan perlembagaan. Birch telah membatalkan pajakan Kuala SungaiPerak yang dibuat oleh Sultan Abdullah dengan Lee Cheng Tee dengan kadar $26,000setahun, selama 10 tahun. Birch mengarahkan saudagar tersebut memohon semulapajakan berkenaan.

    Birch juga telah membatalkan cukai bijih timah di Batang Padang yang sebelum inidinikmati oleh sultan, dan diganti dengan bayaran royalti $9.00 bagi setiap bahara yangdipungut di Kuala Perak. Bagi mendapatkan wang kerajaan negeri telah memusatkanpungutan cukai dengan meletakkannya di bawah pegawai Eropah. Hanya pegawai-pegawai yang dilantik oleh Residen, sebagai wakil sultan dibenarkan mengutip cukai.Pembesar lain tidak lagi dibenarkan memungut cukai dan mereka yang engkar akandidenda. Arahan ini bercanggah dengan nilai-nilai yang diwarisi sejak turun temurun.Pembesar-pembesar Melayu telah dianugerahkan kawasan oleh sultan dan ini memberikuasa untuk mentadbir dan memungut cukai di kawasan masing-masing. Cukaimerupakan hasil utama pembesar. Misalnya Dato Maharaja Lela dan Dato Sagormendapat hasil daripada setiap perahu yang keluar masuk.

    2. Rasa tidak puas hati pembesar.

    Dalam melaksanakan peraturan cukai baru ini, Birch bertindak keterlaluan denganmembakar rumah Raja Ngah di Bidor kerana memungut cukai daripada pelombong Cinadi situ. Raja Ngah adalah saudara kepada Raja Ismail. Sebelum ini, baginda bersifatberkecuali tetapi tindakan Birch ini telah menimbulkan dendam terhadap beliau.

    Birch juga campur tangan dalam soal perhambaan yang diamalkan di Perak. Sistem inimenjadi kebanggaan para pembesar Perak sejak sekian lama. Kebanyakan hamba yang

  • SEJARAH 2 SKEMA JAWAPAN JPN PERAK 2011

    12http://sejarahstpm.blogspot.com/

    lari adalah wanita yang diberi perlindungan oleh Birch di rumah kediamannya di BandarBahru. Hamba-hamba ini tiada dikembalikan kepada tuan punya sehingga menimbulkansyak wasangka tentang moral Birch. Beliau juga dikatakan menyeludup seorangperempuan Melayu ke Pulau Pangkor. Tuntutan Sultan Abdullah terhadap hamba-hamba ini dikembalikan tidak dilayan oleh Birch.

    3. Rasa tidak puas hati rakyat

    Penubuhan balai-balai polis di Kuala Kurau, Bruas, Kota Setia, Durian Sebatang,Tanjung Piandang, Bidor, Kuala Kangsar, Trong dan Lumut telah menyebabkan pegawaipolis mengambilalih kuasa pentadbiran di peringkat tempatan. Jawatan Penghulu yangdilantik oleh Sultan dan pembesar dengan menggunakan sistem warisan telah terjejas.Penubuhan balai-balai polis ini dilihat oleh penduduk tempatan sebagai mancabarkedaulatan negari mereka tambahan pula anggota polis terdiri daripada orang India dansikh.

    Birch juga telah menyusun semula cukai-cukai pajak candu, arak, judi, permit balak,cukai perahu, senjata, padi dan memotong atap. Cukai-cukai turut dikenakan ke atasperahu dan perahu dagang. Perahu nelayan yang boleh membawa 3 orang di dalamnyadikenakan cukai 50 sen. Perahu dagang dan tongkang dikenakan $1.00. Sesiapa yangmelanggar arahan akan didenda $25.00 dan perahu mereka akan dirampas.

    Peribadi Birch yang tidak mesra rakyat dan bersikap sombong dan angkuh serta tidakmenghormati sensitiviti masyarakat tempatan juga turut menjadi punca kepadapenentangan masyarakat tempatan di Perak. Birch dilihat sebagai pegawai Inggeris yangtidak boleh bertutur bahasa Melayu, sering memperlekehkan budaya dan adat resamMelayu.

    Kesimpulan (2/3 markah)

    Kesimpulannya, pelbagai golongan masyarakat di kedua-dua negeri ini telahmenunjukkan rasa tidak puas hati terhadap dasar Inggeris. Kemuncak kepada perasaantidak puas hati masyarakat tempatan di Perak telah membawa kepada pembunuhan Birch diPasir Salak pada tahun 1875. Sementara di Pahang, penentangan terhadap British olehmasyarakat Pahang berlarutan hingga tahun 1895. Penentangan masyarakat tempatan dikedua-dua negeri ini telah menyedarkan British akan dasar yang perlu dilaksanakan. Hal inidibuktikan apabila British melantik residen yang benar-benar layak seperti Hugh Low diPerak yang nyata telah dapat diterima oleh pembesar tempatan. Di Pahang pula,penentangan masyarakat tempatan telah membawa implikasi buruk terhadap kewanganPahang sehingga mencetuskan idea penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu padatahun 1896.

  • SEJARAH 2 SKEMA JAWAPAN JPN PERAK 2011

    13http://sejarahstpm.blogspot.com/

    4. Bincangkan faktor-faktor perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu danlangkah-langkah mengatasi kejatuhan harga getah hingga tahun 1941.

    Pendahuluan (3/2 markah)

    Getah merupakan tanaman komersial yang diperkenalkan oleh Inggeris akibat kejatuhanharga kopi di pasaran dunia. Menjelang awal abad ke-20, Tanah Melayu merupakan antaranegara pengeluar getah terbesar dunia. Perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayudidorong oleh pelbagai faktor. Namun demikian, harga getah mengalami kejatuhanmendadak pada tahun 1920 akibat kemelesetan ekonomi dunia . Pada tahun 1930-an hargagetah turun lagi dengan mendadak kesan kemelesetan ekonomi dan kesan Perang DuniaPertama. Biarpuan pada awalnya perkembangan perusahaan getah amat menggalakkannamun kejatuhan harga kemudiannya menyebabkan kerajaan telah mengambil pelbagailangkah untuk mengatasinya.

    A. Faktor-faktor perkembangan perusahan getah di Tanah Melayu (12 markah)

    i. Usaha H. N. Ridley

    Beliau merupakan tokoh yang memainkan peranan penting dalam perkembanganperusahaan getah di Tanah Melayu. Beliau telah mengembara ke seluruh TanahMelayu memujuk orang ramai supaya menanam getah. Dengan usahanya jugalahbanyak penyelidikan telah dijalankan tentang cara penanaman getah yang betul,kesesuaian tanah dan pembekuan getah. Hasil penyelidikan telah diedarkan kepadapengusaha getah malalui Straits And FMS Agriculturul Bulletin. Akibat daripada usaha-usahanya itu menyebabkan beliau digelar Ridley Getah atau Ridley Gila.

    Pada tahun 1897 beliau telah memperkenalkan sistem torehan ibedem atau sistemtorehan tulang ikan herring. Sistem torehan ini dapat mengelakkan pokok daripadarosak dan melanjutkan usia pokok. Beliau juga memperkenalkan cara yang lebihselamat untuk mengangkut anak-anak pokok ke tempat yang lebih jauh, iaitu dengancara anak-anak pokok dibalut dengan arang yang lembab bagi mengelak daripada matiakibat kekurangan air. Usaha-usaha Ridley menampakkan hasil apabila pada akhirabad ke-19 dan awal abad ke-20 getah mula ditanam secara meluas. Contohnya padatahun 1896, 16 hektar tanaman getah diusahakan oleh Tan Choy Yan. Menjelang tahun1904, tanaman getah berskala besar mula ditanam di Kedah dan di Johor. Sehinggatahun 1911, terdapat lebih kurang satu juta ekar tanah telah ditanam dengan getah danpada tahun 1930 getah telah menjadi eksport penting Tanah Melayu.

    ii. Kemerosotan harga kopi.

    Antara tahun-tahun 1896-1900, harga kopi telah mengalami kemerosotan di pasarandunia akibat pengeluaran yang berlebihan. Kopi juga mengalami kemerosotan akibatserangan penyakit kupu-kupu Beehawk. Kejatuhan harga kopi menyebabkan peladang-peladang beralih tumpuan kepada tanaman getah. Bagi menggalakkan tanaman getahkerajaan Perak telah menjual 32, 000 biji getah dan 60,000 anak benih getah untukditanam di seluruh ladang di Tanah Melayu.

  • SEJARAH 2 SKEMA JAWAPAN JPN PERAK 2011

    14http://sejarahstpm.blogspot.com/

    iii. Permintaan terhadap getah yang meningkat.

    Pada awal abad ke-20 permintaan terhadap getah meningkat akibat daripada RevolusiPerindustrian yang berkembang di Eropah dan Amerika Syarikat. Pelbagai barangantelah dicipta yang berasaskan getah. Contohnya perkembangan industri keretamenyebabkan permintaan terhadap getah meningkat kerana getah digunakan untukmembuat tayar. Pada tahun 1888, J.B. Dunlop telah mencipta tayar angin. Pada tahun1910, Amerika Syarikat telah menghasilkan 500,000 buah kenderaan. Hal inimenyebabkan permintaan terhadap getah meningkat khususnya dari Amerika Syarikat.Pada tahun 1907, Amerika Syarikat telah membeli 37% daripada getah dunia dan telahmeningkat kepada 77% pada tahun 1917.

    Pada tahun 1839 Goodyear telah menemui kaedah mencampurkan getah denganbelerang supaya keras. Melalui kaedah ini dapat menghalang getah daripada menjadilembut dan meleket apabila panas; menjadi keras dan rapuh apabila sejuk. Kaedah inidkenali Vulcanization. Kejayaan kaedah ini telah menambahkan kepelbagaianpenggunaan getah seperti kasut getah, pakaian kalis air, barangan elektrik, peralatanperubatan, getah pemadam, paip air dan lain-lain.

    Permintaan yang tinggi terhadap getah telah meningkatkan harga getah. Contohnyapada tahun 1890 harga getah $1.30 sepaun telah meningkat kepada $2.50 sepaunpada tahun 1906. Harga getah tertinggi pernah dicapai ialah $ 5.50 sepaun pada tahun1910. Peningkatan terhadap harga getah telah menggalakkan pelabur Eropah dan Cinamenanam getah secara ladang. Antara ladang yang dibuka oleh pelabur Eropah ialahGuthrie, Harrison and Crossfield (Golden Hope), Socfin, Sime Darby dan SyarikatGetah Dunlop. Sementara itu, orang mula menggantikan tanaman kopi dengantanaman getah. Perluasan tanaman getah telah menyebabkan pengeluaran getahTanah Melayu meningkat. Contohnya pada tahun 1905 Tanah Melayu mengeluarkan400 tan getah dan telah meningkat kepada 11,000 tan pada tahun 1911. Pada tahun1922 Tanah Melayu mengeluarkan sebanyak 212,000 tan getah.

    iv. Tenaga buruh yang murah

    British telah membawa masuk secara beramai-ramai orang India ke Tanah Melayupada awal abad ke-20. Kedatangan orang-orang India telah dapat membekalkan buruhyang murah kepada sektor getah. Pada tahun 1883 Kerajaan British telahmenandatangani perjanjian dengan kerajaan India untuk membawa masuk buruh Indiasecara terancang

    Orang India dibawa masuk melalui sistem kontrak dan sistem kangany. Pada tahun1908 sejumlah 43,515 orang buruh India di ladang-ladang getah di Negeri-negeriMelayu Bersekutu. Jumlah ini telah meningkat kepada 139, 480 orang pada tahun1918. Kehadiran buruh dengan jumlah yang besar telah membolehkan pemodal-pemodal Eropah membuka ladang-ladang getah yang lebih besar.

    v. Penyelidikan getah secara saintifik

    Pada tahun 1905, Jabatan Pertanian telah ditubuhkan bagi menjalankan penyelidikanterhadap getah. Pada tahun 1907 Pertubuhan Penanaman Getah ditubuhkan.Pertubuhan ini menjalankan kerjasama dengan kerajaan British bagi menjalankan

  • SEJARAH 2 SKEMA JAWAPAN JPN PERAK 2011

    15http://sejarahstpm.blogspot.com/

    penyelidikan untuk memperbaki hasil dan mutu getah serta menambah keluasankawasan getah. Pada tahun 1926 kerajaan telah menubuhkan Institut PenyelidikanGetah. Institut ini telah menghasilkan cara-cara yang lebih baik bagi penanaman getah,penggunaan baja, kawalan serangga, memproses susu getah, pisau menoreh yangsesuai, cara mengawet dan memekatkan susu getah.

    vi. Galakan daripada Kerajaan

    Kerajaan British memberi galakan kepada perusahaan getah. Pada tahun 1897kerajaan telah mengenakan cukai yang rendah ke atas tanah yang ditanam dengangetah, iaitu sebanyak 10 sen bagi setiap 0.405 hektar bagi sepuluh tahun yang pertamadan selepas 10 tahun cukai dinaikkan kepada 50 sen. Duti ke atas getah hanyalah2.5% bagi setiap lima belas tahun yang pertama dari tarikh kerja-kerja tanamandimulakan.

    Selepas tempoh tersebut duti tersebut tidak akan melebihi 5%. Pada tahun 1899kerajaan telah memperuntukkan sebanyak $ 4000 bagi menjalankan eksperimen getahdan tanaman lain. Pada tahun 1904 syarikat-syarikat Eropah diberi keutamaanmemperoleh pinjaman khas dengan kadar faedah yang rendah. Sebanyak $ 500, 000diperuntukkan bagi menjayakan skim itu. Pada tahun 1908 jumlah itu ditambah tiga kaliganda. Kerajaan British juga memberi hak milik kekal kepada mereka yang membukatanah untuk menanam getah.

    vii. Penglibatan pelabur Eropah

    Penglibatan pelabur Eropah menyumbang kepada perkembangan perusahaan getah.Penglibatan mereka telah menyebabkan tanaman getah secara besar-besaranterlaksana. Antara syarikat Eropah yang melibatkan diri dengan perusahaan getah ialahGuthrie, Dunlop, Sime Darby, Harrison dan Crosfield. Penglibatan syarikat Eropah telahmenyebabkan pengeluaran getah di Tanah Melayu meningkat dengan pesatnya.Cntohnya pada tahun 1914 lebih daripada setengah bekalan getah dunia datangnyadari Tanah Melayu.

    B. Langkah-langkah mengatasi kejatuhan harga getah sehingga tahun 1941( 8 Markah )

    i. Rancangan Sekatan Stevenson 1922 hingga 1928 ( 4 Markah)

    Pada tahun 1921 Jawatankuasa Stevenson telah ditubuhkan untuk mengkaji langkah-langkah bagi mengatasi kemerosotan harga getah, Hasilnya, Rancangan SekatanStevenson ditubuhkan. Antara rancangannya ialah mengawal harga getah danmengehadkan pengeluarannya.

    Kerajaan Tanah Melayu bersetuju mengurangkan pengeluaran getah daripada 50%kepada 35%. Langkah ini berjaya meningkatkan sedikit harga getah kepada $ 2.00sepaun pada tahun 1922.

    Sabah dan Sarawak juga menyertai rancangan ini atas kehendak sendiri. Merekadiberi kuota tertentu untuk mengeluarkan getah. Sabah misalnya diberi kuota

  • SEJARAH 2 SKEMA JAWAPAN JPN PERAK 2011

    16http://sejarahstpm.blogspot.com/

    pengeluaran sebanyak 60% berdasarkan pengeluaran tahun 1920. Kemudiandinaikkan kepada 75% apabila terdapat bantahan.

    Rancangan ini tidak begitu berjaya kerana Belanda di Indonesia engganmenyertainya. Mereka mengambil kesempatan dengan menambah pengeluarannyapada masa ini dari 25% pada tahun 1922 kepada 40% daripada jumlah pengeluarangetah dunia pada tahun 1928.

    Pada tahun 1928 harga getah jatuh lagi kerana lambakan bekalan di pasaranantarabangsa. Harganya jatuh semula kepada 35 sen hingga 40 sen sepaun padatahun 1928.

    ii. Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa tahun 1934-1943 ( 4 Markah )

    Tujuan utama rancangan ini ialah mengurangkan pengeluaran dan mengawal hargagetah. Antara langkah-langkah yang diambil ialah dengan menetapkan kuota eksportbagi setiap negara anggota. Tanah Melayu tidak terkecuali apabila kerajaan Britishtelah mengenakan kuota penanaman kepada pengusaha ladang supayamengeluarkan 60% sementara pekebun kecil mengeluarkan 40%.

    Sabah dan Sarawak pula menyertai rancangan ini secara sukarela. Kuotapengeluaran getah oleh Sarawak ditetapkan kepada 24 000 tan pada tahun 1934 danbertambah pada tahun 1938 kepada 32 000 tan.

    Selain kuota pengeluaran ditentukan, bilangan hari yang dibenarkan untuk menorehgetah juga dihadkan.

    Sistem kupon diperkenalkan bagi mengehadkan jumlah getah yang boleh dijual olehpekebun kecil.

    Kesimpulan ( 2/3 Markah )

    Kemelesetan harga getah telah menimbulkan kesan-kesan sosial dan ekonomi diTanah Melayu. Pengangguran berleluasa kerana ladang-ladang besar ditutup ataumengurangkan bilangan pekerja daripada 258 000 orang pada tahun 1929 menjadi 145 000orang pada tahun 1942. Ramai pekerja dihantar pulang ke negara asal masing-masing.Biarpun kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk mengatasinya namun demikianusaha ini tidak berjaya sepenuhnya kerana perusahaan getah tertakluk kepada sistemekonomi pasaran bebas dalam ekonomi yang bersifat global. Sebagai alternatifnya, pihakInggeris telah memperkenalkan tanaman lain bagi menggantikan tanaman getahterutamanya kelapa sawit. Terdapat 64 000 ekar kelapa sawit ditanam pada tahun 1933.

  • SEJARAH 2 SKEMA JAWAPAN JPN PERAK 2011

    17http://sejarahstpm.blogspot.com/

    5. Sejauhmanakah faktor ancaman komunis telah mempengaruhi pembentukanMalaysia pada tahun 1963?

    Pendahuluan (3/2 markah)Konsep Persekutuan Tanah Melayu pada mulanya dicadangkan oleh Lord Brassey,

    iaitu Pengarah Syarikat Borneo Utara British pada tahun 1887 yang merangkumi penyatuanTanah Melayu, Singapura dan Borneo. Pada tahun 1947 Sir Malcom MacDonald,Pesuruhjaya Tinggi British Asia Tenggara mencadangkan idea yang sama. Konsep negaraberbentuk persekutuan semakin menarik perhatian apabila Tunku mencadangkanpenubuhan Malaysia dalam Perhimpunan Agong UMNO 25 Disember 1955. Setelah TanahMelayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Tunku sekali lagi mencadangkanpenubuhan Malaysia, iaitu pada 27 Mei 1961. Cadangan ini telah disambut baik olehkerajaan British kerana salah satu tujuan penubuhan Gagasan Malaysia adalah untukmengekang ancaman pengaruh komunis. Namun begitu terdapat juga sebab-sebab lainyang membawa kepada pembentukan gagasan ini.

    Isi (20 markah)

    Faktor-faktor Pembentukan Gagasan Malaysia

    1. Mengekang pengaruh komunis

    A. Perkembangan politik di Singapura.

    Ancaman komunis merupakan masalah serius kepada negara. Masalah yang samaturut berlaku di Singapura. Pengaruh komunis meluas di Singapura pada tahun-tahun1950-an. Fahaman komunis telah merebak ke sekolah-sekolah Cina dan kesatuan-kesatuan sekerja. Fahaman komunis telah menyerap masuk ke dalam Parti TindakanRakyat (PAP) yang memerintah pada masa itu. Keadaan ini memberi tekanan politikyang kuat ke atas Lee Kuan Yew. Tunku bimbang sekiranya pengaruh komunis diSingapura tidak dibendung kemungkinan besar fahaman komunis akan merebak keTanah Melayu. Kejayaan golongan komunis menguasai sebahagian ahli PAP telahmembawa kepada penubuhan Parti Sosialis yang dipimpin oleh Lim Chin Siong. PAPakhirnya mengalami perpecahan sehingga mengalami kekalahan kepada PartiSosialis dalam pilihan raya 1961 di kawasan Hong Lim dan Anson. Keadaan inimenguatkan alasan Singapura untuk menyertai Gagasan Malaysia.

    Lee Kuan Yew cuba menghapuskan golongan kiri dalam PAP dengan menyingkirkangolongan tersebut dari PAP, namun pengaruh golongan kiri semakin berkembang.Keadaan ini membimbangkan Tunku Abdul Rahman kemungkinan fahaman komunisakan merebak ke Tanah Melayu. Ketidakmampuan Lee Kuan Yew membendungpengaruh komunis bukan sahaja membimbangkan Tunku tetapi jugamembimbangkan Britain dan Amerika Syarikat. Oleh itu, kedua-dua negara itumenyokong gagasan Malaysia yang dikemukakan oleh Tunku.

  • SEJARAH 2 SKEMA JAWAPAN JPN PERAK 2011

    18http://sejarahstpm.blogspot.com/

    C. Perkembangan politik di Sarawak.

    Pengaruh komunis turut berkembang di Sarawak sejak zaman pendudukan Jepunlagi. Pihak komunis telah menubuhkan Liga Belia Demokratik Cina Seberang Lautpada tahun 1947. Namun, pertubuhan itu diharamkan setahun kemudian apabiladarurat diisytiharkan. Bagi menggantikannya sebuah pertubuhan sulit ditubuhkan iaituPersatuan Belia Maju Sarawak (SAYA). Pertubuhan ini telah menghasut orang-orangCina terutamanya dalam kalangan pelajar dan petani. Kesatuan sekerja dan sekolah-sekolah Cina di luar bandar telah digunakan untuk menentang Inggeris. Antarapropaganda yang dimainkan oleh pihak komunis ialah sistem pendidikan Inggerisdikatakan mengancam pendidikan Cina.

    Pengaruh komunis semakin kuat apabila mereka berjaya menembusi Parti BersatuRakyat Sarawak (SUPP). Kerajan British telah melancarkan operasi pisang bagimembanteras komunis dalam SUPP tetapi gagal. Semua ini telah mendorong kepadapergabungan dalam Malaysia. Selain itu, pihak British bimbang dengan ancamankomunis dari Indonesia. Parti Komunis Indonesia (PKI) telah merebak ke wilayah-wilayah Borneo dan ini telah mengancam kepentingan dan kedudukan British diSarawak. Kebimbangan semakin memuncak apabila pengaruh PKI mula merebak keBrunei.

    2. Mempercepatkan proses kemerdekaan

    Penubuhan Malaysia telah mendorong mempercepatkan proses kemerdekaanSabah, Sarawak dan Singapura. Ini disebabkan negeri-negeri tersebut berada dalamsatu sistem pentadbiran yang sama, iaitu British. Malahan negeri-negeri inimempunyai hubungan politik dan ekonomi dengan Tanah Melayu semasapentadbiran British. Oleh itu, Tanah Melayu, Singapura dan negeri-negeri Borneoakan mendapat faedah keseluruhnnya semasa pemerintahan British. Jika Sabah,Sarawak, Brunei dan Singapura memperoleh kemerdekaan secara berasingansebelum tahun 1963, Tunku berpendapat negeri-negeri tersebut belum bersedia darisegi politik dan sebagainya.

    Pada masa itu Sabah dan Sarawak mempunyai Majlis Eksekutif dan legislatif yangsemuanya dilantik oleh gabenor. Brunei pula diperintah oleh seorang sultan. Walaubagaimanapun, tiada perbezaan ketara antara pentadbiran negeri itu dengan negeriyang wujud di tanah jajahan British yang berjiran dengannya. Di Sarawak pilihan rayakerajaan tempatan telah diadakan pada tahun 1959 dan 1963, manakala di BorneoUtara pilihanraya pertama Lembaga Bandaran dan Majlis Daerah diadakan padaDisember 1962. Di Brunei pula pilihanraya Majlis Penasihat Negeri diadakan padaOgos 1962.

    Kerajaan British telah mencadangkan pemerintahan sendiri bagi wilayah-wilayahBorneo atau bercantum dengan Tanah Melayu. Tunku berpendapat melaluipercantuman dengan Tanah Melayu rancangan komunis akan dapat digagalkan dankemerdekaan negeri-negeri Borneo dapat dipercepatkan. Kerajaan British telahberjanji untuk memberi kemerdekaan dalam tempoh yang terdekat sekiranya Sabah,Sarawak, Brunei dan Singapura bersedia menyertai Persekutuan Malaysia.

  • SEJARAH 2 SKEMA JAWAPAN JPN PERAK 2011

    19http://sejarahstpm.blogspot.com/

    3. Keseimbangan Kaum

    Kemasukan negeri-negeri Borneo dalam Malaysia juga untuk mewujudkankeseimbangan komposisi kaum. Tunku sedar bahawa kemasukan Singapura akanmenimbulkan keadaan tidak seimbang dari segi pecahan kaum di Malaysia. Inidisebabkan lebih 75% penduduk Singapura adalah kaum Cina, sedangkan di TanahMelayu, orang Melayu hanya 49% dan selebihnya orang Cina dan India. Keadaan iniakan menggugat kedudukan orang Melayu dalam jangka panjang. Orang Melayuberkemungkinan akan hilang kedudukan istimewa dan hak mereka akan dicabar olehkaum Cina. Tunku berpendapat adalah perlu Sabah, Sarawak dan Bruneidimasukkan ke dalam penubuhan Malaysia.

    4. Kerjasama Ekonomi antara wilayah

    Sebelum penubuhan Malaysia kemajuan ekonomi antara Tanah Melayu, Sabah,Sarawak, Brunei dan Singapura adalah tidak seimbang. Tanah Melayu, Singapuradan Brunei lebih berkembang pesat akibat ramai pelabur Eropah telah melabur dinegeri-negeri berkenaan sedangkan ekonomi di Sabah dan Sarawak masih mundur.Contohnya hasil ekspot bijih timah dan getah telah menyumbang sumberpendapatan terbesar Tanah Melayu. Singapura telah berkembang pesat dalamkegiatan perdagangan. Brunei pula kaya dengan hasil minyak. Oleh itu, penubuhanPersekutuan Malaysia dijangka akan mewujudkan kerjasama dan kesimbanganekonomi yang menguntungkan kepada negeri-negeri berkenaan.

    Kesimpulan (2/3 markah)

    Kesimpulannya, pembentukan Gagasan Malaysia telah dapat menyekat perkembanganpengaruh komunis di Tanah Melayu, Singapura , Sabah dan Sarawak. Selain itu,pembentukan Gagasan Malaysia juga mempercepatkan kemerdekaan Sabah dan Sarawak.Di samping itu, penubuhan Malaysia dapat membantu perkembangan ekonomi di Sabah danSarawak. Namun begitu pembentukan Malaysia turut memberi kesan kepada hubunganserantau di Asia Tenggara terutamanya daripada Indonesia dan Filipina. Singapurakemudiannya telah menarik diri dan keluar daripada Gagasan pada tahun 1965.

  • SEJARAH 2 SKEMA JAWAPAN JPN PERAK 2011

    20http://sejarahstpm.blogspot.com/

    6. Huraikan sistem pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu dari tahun 1957hingga 1963.

    Pendahuluan (3/2 markah)

    Pada 31 Ogos 1957 dengan rasminya Persekutuan Tanah Melayu mencapaikemerdekaan setelah dijajah selama hampir 450 tahun oleh penjajah Barat dan Jepun.Selepas mencapai kemerdekaan, Persekutuan Tanah Melayu mengamalkan sistempemerintahan demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan. Demokrasi berparlimenialah satu sistem kerajaan yang dipilih secara bebas oleh rakyat melalui pilihan raya danbertanggungjawab kepada rakyat. Secara amnya, sistem pemerintahan Persekutuan TanahMelayu ditentukan menerusi Perlembagaan Persekutuan dengan mengasingkan tiga badanyang terlibat ,iaitu badan perundangan (legislative), badan eksekutif (executive) dan badankehakiman (judicial). Pengasingan ketiga-tiga badan dalam pemerintahan PersekutuanTanah Melayu disebut sebagai doktrin pengasingan kuasa.

    Isi (20 markah)

    A. Sistem pemerintahan demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan

    1. Badan Perundangan atau Parlimen

    i) Yang Di Pertuan Agong

    Raja Berpelembagaan merupakan Ketua Negara. Mereka dipilih secara bergilir-gilirpada setiap lima tahun sekali oleh Majlis Raja-raja dalam kalangan 9 orang Sultanatau Raja Melayu. Dalam melaksanakan kuasa pemerintahan, Yang Di PertuanAgong bertindak mengikut nasihat Perdana Menteri dan Jemaah Menteri.

    Kuasa Yang Di Pertuan Agong : Melantik Perdana Menteri Mengisytiharkan pembubaran parlimen atau tidak memperkenankan pembubaran

    parlimen Berkuasa memanggil parlimen supaya bersidang Mengisytiharkan undang-undang tentera atau darurat dengan persetujuan Jemaah

    Menteri Bertanggungjawab melindungi dan memelihara kedudukan istimewa orang Melayu

    dan kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak Mengadakan mesyuarat Majlis Raja-raja untuk membincangkan perkara yang

    berkaitan dengan keistimewaan, kehormatan, kedudukan dan kemuliaan Raja-rajaMelayu.

    Mempunyai kuasa mengampunkan kesalahan-kesalahan lain dalam WilayahPersekutuan Kuala Lumpur dan segala hukuman yang dijatuhkan dalam MahkamahSyariah di Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan.

    Pemerintah tertinggi angkatan tentera dan ketua agama Islam bagi Pulau Pinang,Melaka, Wilayah Persekutuan, Sabah dan Sarawak.

    Memperkenankan rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Negara danDewan Rakyat.

  • SEJARAH 2 SKEMA JAWAPAN JPN PERAK 2011

    21http://sejarahstpm.blogspot.com/

    ii) Dewan Negara

    Pada prinsipnya ia merupakan majlis tertinggi parlimen, iaitu lebih tinggitarafnya daripada Dewan Rakyat. Tugas utamanya ialah membahas rang undang-undang yang dikemukakan oleh Dewan Rakyat. Keahlian Dewan Negara terdiridaripada pelbagai golongan, iaitu mewakili semua negeri dalam persekutuan sertadilantik daripada kalangan pihak-pihak tertentu yang berkepentingan.

    Anggota Dewan Negara dikenali sebagai Senator dan berkhidmat sebagaianggota dewan selama 3 tahun dan boleh dilantik semula untuk 3 tahun lagi. Samataraf dengan ahli Dewan Rakyat dan boleh dilantik sebagai Menteri.

    Dewan Negara tidak mempunyai kuasa menolak sesuatu rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat. Dewan Negara hanya berkuasamenangguhkan sesuatu rang undang-undang yang telah diluluskan itu daripadadikemukakan kepada Yang Di Pertuan Agong untuk mendapatkan perkenan baginda.Rang undang-undang kewangan hanya boleh ditangguhkan selama satu bulan,manakala rang undang-undang lain selama satu tahun.

    iii) Dewan Rakyat

    Anggota Dewan Rakyat dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya umum. Dewan Rakyatpertama kali ditubuhkan selepas pilihan raya 1959. Dewan Rakyat terdiri daripada193 orang ahli yang mewakili semua kawasan pilihan raya di seluruh Malaysia.

    Tugas utama Dewan Rakyat ialah menggubal undang-undang dan meluluskanundang-undang. Tempoh jawatan seseorang ahli Dewan Rakyat ialah lima tahun dantamat apabila parlimen dibubarkan oleh Yang Di Pertuan Agong. Seseorang ahliboleh berhenti bila-bila masa daripada menjadi ahli Dewan Rakyat denganmengemukakan surat perletakan jawatan kepada Yang Di Pertua Dewan Rakyat.

    Seseorang dianggap hilang kelayakan menjadi ahli Dewan Rakyat jika diisytiharkansebagai seorang yang tidak sempurna akal, diisytiharkan muflis yang belum lagidibebaskan, memegang jawatan bergaji, disabitkan dengan sesuatu kesalahanjenayah oleh mana-mana mahkamah, gagal menghantar penyata perbelanjaanpilihan raya dalam tempoh yang ditetapkan dan memperoleh kewarganegaraan asingsecara sukarela dan membuat pengakuan taat setia kepada negara asing itu.

    Jika berlaku sebarang kekosongan dalam Dewan Rakyat yang disebabkan olehperletakan jawatan, kematian atau hilang kelayakan, maka kekosongan tersebuthendaklah diisi dalam tempoh 60 hari mulai tarikh berlaku kekosongan itu diSemenanjung Malaysia atau 90 hari di Sabah dan Sarawak. Satu pilihan raya kecilakan diadakan bagi mengisi kekosongan tersebut. Setiap ahli Dewan Rakyatdikehendaki mengangkat sumpah taat setia kepada negara dan perlembagaansebelum mengambil tempat dalam dewan.

  • SEJARAH 2 SKEMA JAWAPAN JPN PERAK 2011

    22http://sejarahstpm.blogspot.com/

    2. Badan Eksekutif

    i) Jemaah Menteri atau kabinet

    Badan pembuat dasar tertinggi negara yang menjalankan kuasa eksekutif. Tugasutama ialah menggubal dasar-dasar kerajaan dalam semua perkara dan memberiarahan kepada jentera kerajaan di peringkat persekutuan melaksanakan dasar-dasartersebut.

    Diketuai oleh seorang Perdana Menteri iaitu seorang ahli Dewan Rakyat yangmendapat kepercayaan daripada sebahagian besar ahli-ahli dewan. Tugas utamaPerdana Menteri ialah mengetuai kabinet, memimpin kerajaan, menjalankanpentadbiran dan menggubal dasar-dasar kerajaan.

    Perdana Menteri boleh melantik Timbalan Perdana Menteri, menteri-menteri,timbalan-timbalan menteri dan setiausaha-setiausaha parlimen untuk membantubeliau dalam melicinkan urusan pentadbiran kerajaan. Tugas Timbalan PerdanaMenteri ialah membantu Perdana Menteri dan menjalankan tugas-tugas itu semasaPerdana Menteri bercuti atau berada di luar negara.

    Kementerian diketuai oleh seorang Menteri yang akan dibantu oleh Timbalan Menteri,Setiausaha Parlimen, Setiausaha Politik, Ketua Setiausaha Kementerian, pegawaikementerian dan kakitangannya yang dikenali sebagai pegawai kerajaan.Kementerian lazimnya mempunyai bahagian pusat, negeri dan daerah. Selain itu,terdapat juga kementerian yang mempunyai badan tertentu misalnya Arkib NegaraMalaysia dan Muzium.

    Perlantikan pegawai dan menjaga disiplin pegawai beberapa Suruhanjaya dilantik.Misalnya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan,Suruhanjaya Undang-undang dan Kehakiman.

    3. Badan Kehakiman

    i) Mahkamah Agong/Persekutuan

    Mahkamah Agong merupakan mahkamah yang tertinggi di Malaysia. MengandungiKetua Hakim Negara, kedua-dua Hakim Besar Malaya dan Borneo serta tujuh oranghakim Mahkamah Agong. Biasanya Mahkamah Agong bersidang di dalam panelmengandungi tiga orang hakim yang dipilih oleh Ketua Hakim Negara.

    Antara bidang kuasa Mahkamah Agong ialah mendengar dan menentukan rayuan-rayuan kes jenayah dan sivil terhadap keputusan Mahkamah Tinggi, menentukan sahundang-undang yang digubal oleh Parlimen dan Dewan Undangan Negeri,memutuskan pertikaian di antara kerajaan Kerajaan Negeri dan KerajaanPersekutuan atau di antara negeri-negeri dan menasihati Yang Di Pertuan Agongdalam soal menguatkuasa mana-mana peruntukan dalam PerlembagaanPersekutuan.

  • SEJARAH 2 SKEMA JAWAPAN JPN PERAK 2011

    23http://sejarahstpm.blogspot.com/

    ii) Mahkamah Tinggi

    Terdiri daripada Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Borneo.Mempunyai kuasa pengadilan asal, rayuan dan pengawasan. Mempunyai kuasa yangtidak terhad dalam menjalankan pengadilan ke atas kes jenayah asal. Biasanya kes-kes jenayah yang terletak di luar bidang kuasa pengadilan Mahkamah Rendah sahajadibawa kepada Mahkamah Tinggi untuk pengadilan.

    Mahkamah Tinggi mendengar rayuan bagi kes-kes sivil dan jenayah dari MahkamahMajistret dan Mahkamah Sesyen. Mempunyai kuasa pengawasan dan penyemakanke atas keputusan semua kes sivil dan jenayah yang diputuskan oleh MahkamahRendah. Keputusan sivil dan jenayah Mahkamah Tinggi boleh dikemukakan untukrayuan kepada Mahkamah Agong.

    iii) Mahkamah Rendah

    Terdiri daripada Mahkamah Sesyen, Mahkamah Majistret dan Mahkamah Penghulu.Mahkamah Sesyen dipengerusikan oleh seorang pegawai yang digelar hakim. Beliaumempunyai kuasa pengadilan jenayah bagi semua kesalahan kecuali kesalahan yangmembawa hukuman mati dan penjara seumur hidup.

    Mahkamah ini mempunyai kuasa membicarakan kes-kes sivil yang melibatkan jumlahwang yang tidak dituntut tidak melebihi seratus ribu ringgit. Mahkamah Majistret puladitugaskan untuk mengendalikan kes-kes jenayah dan sivil. Dipengerusikan olehseorang majistret yang dilantik oleh Raja atau Yang Di Pertua Negeri bagi negeritempat majistret itu berkhidmat.

    Mahkamah Majistret terbahagi kepada dua peringkat iaitu Mahkamah Majistret KelasSatu dan Mahkamah Majistret Kelas Dua. Mahkamah Majistret Kelas Satu bolehmembicarakan kes sivil yang nilai harta dalam perbicaraan tidak lebih daripadaRM25,000. Dalam kes jenayah, mempunyai kuasa untuk membicarakan semua kesyang hukuman maksimum bagi kesalahan itu tidak melebihi 10 tahun penjara ataudihukum denda sahaja.

    Majistret Kelas Dua menjalankan tugas-tugas kecil seperti menyebut kes-kes danmembenarkan jaminan. Boleh mengadili kes-kes jenayah yang hukuman bagikesalahan itu tidak lebih daripada 12 bulan penjara atau dengan denda sahaja.Kuasa untuk menjatuhkan hukuman juga terhad iaitu tidak lebih daripada enam bulanatau denda tidak lebih daripada RM1000 atau kedua-dua sekali.

    Kesimpulan (2/3 markah)

    Sebagai kesimpulannya, sistem pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu dari tahun1957 hingga 1963 adalah melalui proses demokrasi. Perlembagaan digubal untuk menjagakepentingan dan keistimewaan semua kaum yang ada. Prinsip-prinsip yang menentukanbentuk kerajaan yang boleh didirikan dan kuasa yang boleh digunakan oleh kerajaansemuanya ditentukan oleh perlembagaan. Jelasnya, doktrin pengagihan kuasa tiga badanyang telah ditentukan seharusnya dipatuhi dan tidak berlakunya penyalahgunaan kuasa olehmana-mana badan tersebut.

  • SEJARAH 2 SKEMA JAWAPAN JPN PERAK 2011

    24http://sejarahstpm.blogspot.com/

    7. Bincangkan hukum adat yang diamalkan di India dan Thailand sebelumperluasan kuasa Barat.

    Pengenalan (3/2 m)

    Adat bermaksud peraturan yang diamalkan secara turun-temurun dalamsesuatu masyarakat sehingga dianggap hukum yang harus dipatuhi. Hukum adatdiwujudkan untuk mengekalkan keharmonian dan menjamin keamanan semua ahlidalam sesebuah wilayah atau negara. Hukum adat meliputi segala aspek sepertiperlakuan, upacara, tatacara kehidupan dan larangan-larangan tertentu. Terdapatpelbagai adat yang diamalkan oleh masyarakat di India dan di Thailand sebelumperluasan pengaruh Barat.

    Isi (20 m)

    A. Adat yang diamalkan oleh masyarakat India ( 10markah )

    Pelaksanaan Hukum Adat di India adalah berkaitan dengan pengaruh agama Hinduyang begitu kuat dan menjadi pegangan utama masyarakatnya. Menurut sistem kastadi India, masyarakat dibahagikan mengikut golongan tertentu bertujuan untukmenjaga keturunan yang dianggap mulia dan dihormati. Terdapat empat jenis kastayang utama iaitu Brahmin (sami), Kysatria (perwira, aristokrat), Vaisya pedagang) danSudra (rakyat biasa). Golongan Brahmin dianggap sebagai golongan paling muliamanakala golongan Sudra adalah golongan yang dipandang rendah oleh masyarakat.

    Amalan Suttee merupakan pengorbanan diri oleh wanita-wanita atau balu yangkematian suami. Menurut amalan ini balu-balu Hindu dikehendaki membakar dirisendiri bersama-sama mayat suami semasa upacara pengkebumian dijalankan.Tindakan ini dilakukan sebagai bukti kesetiaan seorang isteri terhadap suamisehingga sanggup sehidup semati.

    Amalan Thuggee pula merupakan satu aktiviti rompakan dan pembunuhan jalananyang menjadi amalan tradisi kumpulan-kumpulan agama yang bersenjata. Merekabertindak ganas dengan mencekik mati pengembara atas nama Dewi Kali.

    Amalan membunuh bayi perempuan juga merupakan amalan tradisi masyarakatIndia. Perbuatan ini dilakukan untuk mengelakkan ibu-bapa menanggung penderitaanseperti pemberian dowri iaitu mahar atau mas kahwin yang akan dibayar oleh pihakpengantin perempuan kepada pihak pengantin lelaki.

    Amalan melarang balu-balu yang kematian suami berkahwin dengan lelaki lainsebagai tanda kesetiaan kepada suaminya. Lazimnya mereka dikehendaki memakaisari yang berwarna putih supaya dapat dikenali sebagai wanita yang telah kematiansuami atau balu.

    Adat masyarakat India juga dikaitkan dengan dengan unsur-unsur ketuhanan yangmana lembu sangat dimuliakan. Sebagai haiwan suci, wujud larangan terhadapmasyarakat India daripada makan daging lembu.

  • SEJARAH 2 SKEMA JAWAPAN JPN PERAK 2011

    25http://sejarahstpm.blogspot.com/

    Penganut agama Hindu juga menganggap Sungai Ganges sebagai sungai yang suci.Justeru, menjadi amalan masyarakat Hindu di India membersihkan diri di SungaiGanges bagi menghapuskan dosa yang pernah dilakukan oleh mereka.

    B. Adat yang diamalkan oleh masyarakat Thailand ( 10 markah )

    Unsur ketuhanan yang dimiliki oleh pemerintah mendorong terbentuknya adat yangmelarang rakyat jelata menatap muka raja. Hal ini menjadi tanda bahawa RajaThailand mempunyai kedudukan yang paling mulia dan dianggap suci. Seseorangyang memandang wajah raja akan dijatuhkan hukuman dengan membutakanmatanya.

    Amalan menyembah raja secara bersujud sebagai tanda penghormatan dan taatsetia sepenuhnya kepada raja yang memerintah. Amalan ini juga akan dilakukanoleh orang asing yang mengadap Raja Siam.

    Terdapat amalan menjual isteri dan anak untuk dijadikan hamba dalam adatmasyarakat di Thailand. Menurut adat ini suami atau bapa mempunyai hak mutlak keatas isteri dan anak-anaknya dan dilihat sebagai simbol kekayaan miliknya.

    Mengikut adat, isteri-isteri Raja Thailand tidak dibenarkan keluar atau meninggalkanistana dan mereka juga tidak dibenarkan berkahwin dengan lelaki lain meskipun tidaklagi menjadi isteri raja.

    Di Thailand juga Raja tidak dibenarkan keluar di khalayak ramai kecuali jika adaperarakan di raja untuk menjaga kemuliaan baginda sebagai pemerintah yangdihormati dan dimuliakan oleh rakyat.

    Terdapat juga adat yang mana golongan Khunnang tidak dibenarkan memakai bajusemasa mengadap raja.

    Kesimpulan (2/3 markah)

    Kesimpulannya, masyarakat India dan Thailand telah mengamalkan hukum adat yangmenjadi sebahagian daripada kepelbagaian diri masyarakatnya. Namun setelah kedatangankuasa-kuasa Barat,beberapa amalan dan adat yang sekian lama menjadi amalanmasyarakat di India dan di Thailand telah berubah. Terdapat adat yang disesuaikan denganunsur-unsur moden yang diperkenalkan oleh Barat khususnya di Thailand semasapemerintahan Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn. Sebaliknya, di India penghapusanadat yang menjadi amalan masyarakat telah mencetuskan penentangan terhadap Inggerisyang dikenali sebagai Dahagi India pada tahun 1857.

  • SEJARAH 2 SKEMA JAWAPAN JPN PERAK 2011

    26http://sejarahstpm.blogspot.com/

    8. Bincangkan sistem ekonomi tradisional di India dan China sebelum perluasankuasa barat.

    Pendahuluan (3/2 markah)

    Sektor ekonomi merupakan salah satu faktor penting yang harus diberikan perhatiandalam melihat struktur masyarakat di Asia Selatan dan Asia Timur. Secara umumnya,masyarakat tempatan di India dan di China mengamalkan sistem ekonomi sara diri sebelumkedatangan kuasa Barat. Sistem ini merujuk kepada kegitan ekonomi bagi memenuhikeperluan kehidupan keluarga seharian. Ekonomi sara diri ini melibatkan kegiatan pertaniansebagai asas ekonomi di samping kegiatan-kegiatan lain seperti penangkapan ikan,pemungutan hasil-hasil hutan dan kegiatan perlombongan serta perdagangan secara kecil-kecilan.

    Isi (20 markah)

    A. Sistem ekonomi tradisional di India (10markah)

    Pertanian sara diri merupakan aktiviti utama dalam sistem ekonomi sara diri di Indiasebelum kedatangan kuasa Barat. Aktiviti pertanian sara diri di India bersifat milikkomunal atau bersama yang dilaksanakan oleh ahli keluarga. Tanah menjadi milikkerajaan tetapi rakyat dibenarkan untuk menjalankan aktiviti mereka dan bersediauntuk berkhidmat kepada pemerintah atau membayar cukai jika diperlukan.

    Daya pengeluaran pertanian sara diri di India adalah rendah kerana penggunaansistem tradisional dan kebergantungan petani kepada hujan turut menjejaskanhasilnya. Selain itu, masyarakat petani yang miskin turut mengalami penindasandaripada tuan-tuan tanah (zamindar) yang sering sahaja menekan para petanidengan kadar cukai yang sentiasa berubah. Di samping itu, institusi kasta yangmenjadi teras dalam masyarakat India turut dilihat mengikat masyarakat yangmenjalankan sistem ekonomi sara diri di India kerana mereka tetap hidup sebagaipetani buat selama-lamanya.

    Secara umumnya, dalam sistem ekonomi sara diri di India terdapat beberapa ciriyang nyata iaitu :

    - Sistem ekonomi sara diri adalah berteraskan sektor pertanian. Malah melaluibancian pekerjaan pada tahun 1872, didapati bahawa 68.5% orang lelakidewasa bekerja sebagai petani. Hal ini bermakna masyarakat petanimerupakan kumpulan yang terbanyak dalam masyarakat di India.

    - Perkampungan merupakan unit asas ekonomi dan sosial India, iaitu hampir90% penduduk India tinggal di kawasan ini. Aktiviti pertanian masih lagibersifat milik bersama sementara hak individu masih lagi asing kepadamasyarakat luar bandar.

    - Bidang pembuatan di kawasan kampung juga berkembang perlahan dansetiap kampung mempunyai kelas pertukangan mereka sendiri yang

  • SEJARAH 2 SKEMA JAWAPAN JPN PERAK 2011

    27http://sejarahstpm.blogspot.com/

    bertanggungjawab membuat peralatan pertukangan yang hanya digunakan dikampung tersebut sahaja.

    Tumpuan utama aktiviti pertanian di India ialah kegiatan penanaman padi yangdijalankan secara meluas. Padi ditanam di kawasan lembah-lembah sungai sepertilembah Sungai Ganges, Sungai Indus dan Sungai Mahanadi. Selain itu, aktiviti inijuga bergantung sepenuhnya kepada hujan. Wilayah Bengal atau Benggala di timurIndia merupakan kawasan penanaman padi utama. Di samping penanaman padi,penanaman kapas juga merupakan aktiviti penting yang dijalankan oleh petani-petani di India. Kapas menjadi sumber asas terpenting untuk pembuatan kain-kainkapas di India sejak beberapa abad yang lalu. Pedagang India telah menjadikankain kapas sebagai hasil dagangan mereka dan diperdagangkan hingga ke AsiaTenggara.

    Terdapat dua jenis kain kapas yang penting di bahagian utara India, iaitu kain calicodan muslin yang dihasilkan di Dacca, Lucknow, Patna dan Mitnapore. Di bahagianbarat laut India terdapat kain kapas jenis bafta, muslin, dhoti dan chintz yangdikeluarkan di Surat, Cambay, Ahmadebad dan Poona.

    Aktiviti penternakan terutama penternakan lembu turut menjadi aktiviti sampingankepada petani. Binatang ternakan selalunya dibiarkan berkeliaran untuk meragutrumput di sekeliling perkampungan mereka.

    B. Sistem ekonomi tradisional di China (10 markah)

    Di China aktiviti sara diri turut menjadi sektor ekonomi yang penting sebelumkedatangan kuasa Barat terutama di kawasan yang mempunyai tahap kesuburantanah yang tinggi seperti di lembah-lembah sungai.

    Kekerapan berlakunya banjir bukan sahaja membawa kemusnahan kepadamasyarakat China malah sebenarnya turut membawa faedah yang besar. Tanahlumpur tinggalan banjir yang telah surut sebenarnya menjadi kawasan lembahsungai sebagai kawasan yang sangat subur. Kesuburan ini membolehkan pelbagaijenis tanaman dapat ditanam dan menjadi sumber utama kepada petani-petaniChina.

    Secara umumnya, pada abad ke-19, 80% penduduk Negara China merupakanpetani dan sebahagian daripada mereka menjalankan aktiviti pertanian yang bersifatsara diri. Hal ini bermakna bahawa hasil daripada aktiviti pertanian sebenarnyahanyalah sekadar cukup hidup sahaja. Bencana alam seperti banjir dan kemaraumenjadi musuh utama kepada petani di China kerana akan memusnahkan tanamanmereka.

    Padi merupakan tanaman sara diri utama di China di sekitar lembah Sungai Yang-tze dan Sungai Hwang-ho terutama di selatan dan tenggara China. Di kawasanSzechwan terdapat tanaman padi yang dijalankan pada musim sejuk dan juga padihuma di bahagian utara China. Selain daripada tanaman padi penanaman sekoi dankacang soya yang disifatkan sebagai tanaman kering turut dijalankan di bahagian

  • SEJARAH 2 SKEMA JAWAPAN JPN PERAK 2011

    28http://sejarahstpm.blogspot.com/

    utara dan timur laut China. Seterusnya tanaman gandum dan millet juga diusahakanoleh petani-petani di bahagian tengah Negara China manakala tanaman rumputdijalankan di bahagian sempadan Mongolia yang dikenali sebagai padang rumputMongolia.

    Selain itu, masyarakat China juga banyak menanam sayur hingga melahirkan ideavegetable civilization, iaitu semua tanah kosong termasuklah di halaman atau dibelakang rumah dijadikan kawasan menanam sayur seperti kailan, sawi dan kacangpanjang. Di samping kegiatan pertanian, kegiatan penternakan juga dijalankan diChina. Antara binatang ternakan yang penting termasuklah ayam, itik dan khinziryang menjadi makanan penting masyarakat di China.

    Kesimpulan (2/3 markah)

    Ekonomi tradisional menjadi teras kepada kehidupan masyarakat di China dan Indiasehingga sebelum campurtangan kuasa Barat. Kedatangan kuasa Barat ke Asia Selatan danke Asia Timur telah membawa perubahan yang besar dalam sistem ekonomi di India dan diChina terutama pada abad ke-20. Sistem ekonomi tradisional yang menjadi amalanmasyarakat sebelum ini telah bertukar kepada sistem ekonomi komersial yang telahdiperkenalkan oleh kuasa-kuasa Barat yang bertapak di India dan di China. Meskipun sektorpertanian tradisional masih dijalankan, tetapi sistem ekonominya telah berubah kepadasistem ekonomi pertanian secara komersial. Pengenalan sistem ekonomi komersial olehkuasa Barat ini telah memberi kesan kepada struktur sosio-ekonomi masyarakat di kedua-dua negara.

  • SEJARAH 2 SKEMA JAWAPAN JPN PERAK 2011

    29http://sejarahstpm.blogspot.com/

    9. Bandingkan peranan Mahatma Gandhi di India dan Soekarno di Indonesiadalam perjuangan nasionalisme di negara masing-masing.

    Pendahuluan (3/2 markah)

    Mahatma Gandhi dilahirkan pada 2 Oktober 1869 dan dibesarkan dalam keluargaortodoks India. Menjadi peguam ketika berusia 19 tahun. Berkhidmat di Afrika Selatanselama 20 tahun. Melihat pengalaman masyarakat yang didiskriminasikan dalam dasarapartied di Afrika Selatan dan pengalaman ini telah mempengaruhi pergerakannasionalismenya di India. Mengambil pendekatan tidak bekerjasama dengan penjajah padaawal pergerakannya. Soekarno pula dilahirkan pada 1901 di Blitar, Jawa Timur. SeorangJurutera. Pemimpin gerakan radikal di Indonesia. Mengambil pendekatan bekerjasamadengan penjajah Jepun untuk menarik sokongan rakyat bagi menentang penjajah. Pernahdipenjara semasa pemerintahan Belanda tetapi dibebaskan ketika zaman pemerintahanJepun. Berkolaborasi dengan gerakan bawah tanah bagi tujuan menaman semangatnasionalisme di Indonesia.

    Isi ( 20 markah )

    Mahatma Gandhi ( 10 markah )

    A. Gerakan Tidak Bekerjasama

    Pada tahun 1919 memasuki Kongres Kebangsaan India dan menentang Akta Rowlattyang memberi kuasa kepada kerajaan untuk membuang individu, menubuhkanmahkamah khas, mengawal akhbar dan kuasa untuk mengawal kekerasan.

    Melancarkan gerakan untuk menentang akta tersebut dengan menyeru rakyat agartidak mematuhi akta yang diluluskan.

    Melancarkan protes secara lebih besar dengan penglibatan massa yang lebihmenyeluruh melalui Gerakan Satyagraha.

    Gerakan bersifat sederhana melalui kempen boikot barangan barat dan memulaukanpilihanraya India 1920, mogok pekerja dan tunjuk perasaan.

    Berjalan kaki sejauh 200 km dari Sabarmati ke Dandi dalam tunjuk perasaan antimonopoli industri garam oleh Inggeris.

    Bekerjasama dengan pemimpin-pemimpin Islam bertujuan memulaukanperundangan, mahkamah, sekolah dan kolej.

    B. Gerakan Bekerjasama / Rundingan

    1931 Gandhi mengambil pendekatan rundingan dengan pihak Inggeris.

    Menyertai pakatan Gandhi-Irwin yang menyebabkan Gandhi bersetuju membatalkangerakan boikot barangan Inggeris. Sebagai balasan Inggeris memberi jaminan untuk

  • SEJARAH 2 SKEMA JAWAPAN JPN PERAK 2011

    30http://sejarahstpm.blogspot.com/

    membebaskan nasionalis India dan memperkenalkan dasar yang lebih lembutkepada rakyat India.

    Pakatan ini gagal kerana perubahan pucuk pimpinan di Britain menyebabkan Gandhikembali kepada dasar perjuangan yang asal menyebabkan Gandhi dipenjarakan.

    Mengadakan mogok lapar ketika di penjara kerana pengenalan dasar yang lebihkeras dan diskriminasi terhadap rakyat India.

    Rundingan kembali diteruskan dan terbentuk Pakatan Poona 1932 dan Inggerisbersetuju memberikan 148 kerusi kepada kelas bawahan dengan pengenalan dasarpersamaan dan bukan berlandaskan kaum

    Pakatan ini juga gagal dan Gandhi meneruskan semula dasar penentangan denganmemperkenalkan Pengerakan Penderhakaan Awam pada tahun 1940

    Soekarno ( 10 markah )

    A. Tidak Bekerjasama dan Anti-penjajah

    Pemimpin Parti Nasional Indonesia semasa pemerintahan Belanda.Memperjuangkan kemerdekaan penuh Indonesia daripada Belanda. Dasar tidakbekerjasama dengan Belanda.

    Gerakan ini bebas daripada pengaruh komunis. Keahlian PNI meliputi semua kaum diIndonesia yang kebanyakannya adalah bekas anggota Sarekat Islam

    Berusaha menyatukan seluruh pertubuhan politik di Indonesia bagi memantapkan lagigerakan penentangan di Indonesia. Di bawah inisiatif Soekarno, tertubuhlahPermuafakakatan Parti Politik Kebangsaan Indonesia pada 1927.

    Akibat pengaruh PNI yang semakin kuat, Soekarno telah dipenjarakan oleh Belandapada tahun 1928.

    B. Bekerjasama dan Pro Penjajah

    Pemimpin pro penjajah dengan bekerjasama dengan Jepun semasa pendudukanJepun di Indonesia.

    Menjadi pengerusi Pusat Tenaga Rakyat ( PUTERA ) pada tahun 1943.

    Jepun ingin menjadikan PUTERA sebagai alat propaganda tetapi Soekarnomemanipulasikan gerakan ini untuk menanamkan perasaan anti penjajah dalamkalangan rakyat Indonesia.

  • SEJARAH 2 SKEMA JAWAPAN JPN PERAK 2011

    31http://sejarahstpm.blogspot.com/

    Soekarno mempunyai kebolehan berpidato yang mengagumkan rakyat Indonesia.Perhimpunan yang diadakannya sering mendapat sokongan yang besar daripadarakyat.

    Cawangan PUTERA telah ditubuhkan di sebahagian besar bandar-bandar utamaIndonesia.

    PUTERA mendapat sokongan dan dokongan yang kuat daripada masyarakat.

    Berkolaborasi dengan gerakan bawah tanah yang dipimpin oleh Sultan Sjahrir danAmir Syarifuddin untuk menyemai semangat kesedaran dalam kalangan rakyat.

    Menjelang penghujung tahun 1943, Jepun mula menyedari bahawa PUTERA dibawah pimpinan Soekarno telah menyelewang daripada hasrat propagandasebaliknya digunakan Soekarno untuk menentang Jepun.

    PUTERA dibatalkan pada penghujung tahun 1943

    Jepun kemudian menubuhkan Djawa Hokakai ( Gerakan Kebangsaan Jawa ) danmelantik sekali lagi Soekarno sebagai pemimpin. Namun sekali lagi Soekarnomenggunakan kesempatan ini untuk memupuk kesedaran kebangsaan dan antipenjajah.

    D. Tahap Radikal

    Setelah gerakan kesedaran semakin mendapat tentangan dan sekatan daripadapihak Jepun, Soekarno mula melancaran gerakan yang bersifat radikal.

    Jun 1945, Soekarno telah melancarkan 5 prinsip perjuangan kebangsaan Indonesiayang dikenali sebagai Pancasila iaitu nasionalisme, internasionalisme, demokrasi,keadilan sosial dan kepercayaan kepada Tuhan.

    Pada bulan yang sama Piagam Jakarta diperkenalkan sebagai asas kepadapembentukan sebuah negara merdeka bagi Indonesia.

    Menjelang kekalahan Jepun, Soekarno berjaya mengisytiharkan kemerdekaan bagiIndonesia pada 17 Ogos 1945

    Namun setelah kemasukan semula Belanda ke Indonesia, mereka tidak mengiktirafkemerdekaan ini

    Tercetus revolusi di Indonesia yang menyebabkan Soekarno ditangkap dan memaksaPBB campurtangan untuk menyelesaikan masalah.

  • SEJARAH 2 SKEMA JAWAPAN JPN PERAK 2011

    32http://sejarahstpm.blogspot.com/

    Indonesia akhirnya kekal dengan kemerdekaan pada tahun 1947 dengan perlantikanSoekarno sebagai Presiden Republik Indonesia yang pertama.

    Kesimpulan ( 2/3 markah )

    Berdasarkan perbincangan di atas, jelas membuktikan bahawa Gandhi dan Soekarno

    merupakan pencetus dan penggerak semangat kesedaran kebangsaan yang penting di India

    dan Indonesia. Terdapat persamaan dan perbezaan dalam perjuangan mereka namun apa

    yang jelas perjuangan mereka berjaya mempengaruhi gerakan massa yang hebat di negara

    masing-masing. Perjuangan mereka kemudiannya berjaya menjadi ikon dan lagenda yang

    mencetus kebanggaan bagi rakyat di kedua-dua negara. Bahkan ketokohan dan karisme

    mereka bukan sahaja dikenang dalam negara masing-masing sebaliknya turut dikagumi oleh

    masyarakat di rantau Asia umumnya.

  • SEJARAH 2 SKEMA JAWAPAN JPN PERAK 2011

    33http://sejarahstpm.blogspot.com/

    10. Jelaskan peristiwa-peristiwa penentangan setempat yang berlaku di Indonesiadan Filipina antara tahun 1800 hingga 1850.

    Pendahuluan ( 3/2 markah )

    Filipina telah dikuasai oleh dua kuasa Barat iaitu Sepanyol dan Amerika Syarikatmanakala Indonesia pula dikuasai oleh Belanda. Penguasaan Barat di Filipina dan Indonesiadisebabkan oleh dasar penaklukan yang dilaksanakan negara-negara Barat ke atas negara-negara di Asia. Kehadiran kuasa-kuasa Barat di Filipina dan Indonesia telah menyebabkanpenduduk tempatan bangkit menentang. Penduduk tempatan menentang penjajah keranaperubahan yang dilakukan terhadap dasar pentadbiran, ekonomi dan sosial. Perubahanyang diperkenalkan seringkali melibatkan campur tangan dalam adat resam tempatan. Hal inimembawa kepada kemunculan gerakan penentangan sebagai membalas tindakan Barat.

    Isi-isi Penting ( 20 markah )

    1. Filipina ( 8 markah )

    a) Pemberontakan Casi 1807

    Tindak balas masyarakat tempatan terhadap pemerintahan Sepanyol bermula padatahun 1807 menerusi Pemberontakan Casi.

    Rakyat Filipina telah melancarkan pemberontakan Casi akibat pengharaman industrimembuat arak tempatan Ilocos.

    Tindakan mengharamkan pembuatan dan penjualan arak ini telah menutup sumberpendapatan para pengusaha arak tempatan yang menjadi amalan tradisi rakyat.

    b) Pemberontakan Novales 1823.

    Pemberontakan Novales berlaku di bandar Manila. Tentera Filipina telah melakukanpemberontakan dengan menentang tentera Sepanyol disebabkan oleh amalandiskriminasi dalam pasukan tentera. Tentera Filipina hampir berjaya menawan bandarManila.

    Mereka didiskriminasikan dari segi gaji, taraf jawatan, pekerjaan, layanan dan peluangkenaikan pangkat. Hal yang berlaku ialah jawatan-jawatan penting, gaji yang tinggi sertalayanan istimewa dalam pasukan tentera hanya diberikan kepada tentera-tenteraSepanyol sahaja.

    c) Pemberontakan Tayabas 1840-1841

    Pemberontakan Tayabas ini dilancarkan oleh golongan paderi Kristian berbangsa Filipinakerana terdapat amalan diskriminasi antara paderi tempatan dengan paderi-paderiSepanyol.

    Pemberontakan ini telah dipimpin oleh paderi Apolinario De La Cruz. Beliau cubamenuntut persamaan hak dan penghapusan pelbagai keistimewaan yang dibolot olehpaderi-paderi Sepanyol.

  • SEJARAH 2 SKEMA JAWAPAN JPN PERAK 2011

    34http://sejarahstpm.blogspot.com/

    2. Indonesia ( 12 markah )

    a. Penentangan di Palembang 1811

    Hubungan Palembang dengan Belanda telah tegang sejak 1641 dan terpaksamenghadapi cabaran pelbagai cabaran kuasa Belanda.

    Pemerintah Palembang, Sultan Badaruddin II telah menyerang markas Belanda pada 14September 1811.

    Pada 1819, Belanda menggempur Palembang tetapi dapat dipatahkan oleh SultanBadaruddin II. Belanda kemudiannya menghantar angkatan yang lebih besar untukmenyerang Palembang, walaupun berjaya memberi tentangan Sultan Badaruddin II telahditangkap dan dibuang ke Ternate.

    Pada 1823 peperangan telah meletus dan Palembang terpaksa menyerah kalah malahterpaksa menyerahkan semua kuasa kepada Belanda dan Palembang diletakkan dibawah pentadbiran Residen Belanda.

    b. Penentangan di Minangkabau 1819

    Penentangan di Minangkabau telah tercetus pada tahun 1819 dan berakhir pada 1832.Perang ini dipelopori oleh Haji Sumanik, Haji Piobang dan Haji Miskin yang berfahamanWahabi dan menentang fahaman Syiah.

    Golongan Wahabi berjaya menguasai Minangkabau dan telah ditentang oleh kerabatdiraja dan Penghulu Adat Minangkabau. Kerabat diraja dan Penghulu Adat Minangkabautelah memeterai perjanjian dengan pihak Belanda pada 1821 dan telah menyerahkankuasa kepada pihak Belanda bagi menentang fahaman Wahabi.

    Imam Bonjol yang mengetuai fahaman Wahabi telah melancarkan gerakan agama untukmenentang Belanda. Imam Bonjol kemudiannya mengadakan perjanjian denganBelanda untuk menamatkan permusuhan dan telah mengakui kekuasaan Belanda.Walau bagaimanapun serangan terhadap Belanda masih berterusan.

    Belanda bertindak balas terhadap Imam Bonjol hingga terpaksa melarikan diri.Penentangan tamat pada 1832 apabila Tunku Nan Alahan menyerah kalah.

    c. Penentangan di Sulawesi 1811

    Penentangan terhadap pendudukan Belanda di Sulawesi pada abad ke-19 dilakukanBone. Ketika Belanda berkuasa semula di Sulawesi pada tahun 1816, pembesarSulawesi berpendapat hubungan Sulawesi dengan Belanda melalui Perjanjian Bungaya1667 telah terputus.

    Van der Capellan cuba memperbaharui Perjanjian Bungaya tetapi ditolak oleh Bone.Pemerintah Sulawesi itu kemudiannya menyerang wilayah Belanda tetapi dapatdipatahkan oleh Belanda pada 1825.

  • SEJARAH 2 SKEMA JAWAPAN JPN PERAK 2011

    35http://sejarahstpm.blogspot.com/

    Pada 1838 Bone telah memperbaharui Perjanjian Bungaya tetapi masih terus menyerangwilayah yang diduduki Belanda. Belanda telah bertindak balas dengan melancarkanserangan balas dan pada 1905-1906 Belanda berjaya menakluki negeri Bugis danMakasar.

    d. Penentangan di Maluku 1817

    Penentangan tehadap Belanda di Maluku tercetus pada 1817 berpunca daripadakedatangan semula Belanda ke Maluku. Kebangkitan ini dikenali sebagai PenentanganSaparua dan diketuai oleh Thomas Matulesia.

    Kumpulan penentang tidak berpuas hati dengan pentadbiran Belanda dan merekabertekad untuk menyerang dan menghancurkan kubu pertahanan Residen Van der Bergdi Sapurua serta membunuh semua penghuninya.

    Pada 1 Mei 1817, seluruh penduduk bersumpah dan seterusnya memulakanpenentangan terhadap Belanda dan dalam serangan terhadap kubu Sapurua pada 15Mei 1817, Van der Berg dan keluarganya telah terbunuh kecuali seorang anak lelakinya.

    Belanda berjaya menawan semua kubu di Sapurua pada 3 Ogos 1817 dan pada 10November 1817, kumpulan penentang telah meletak senjata. Thomas Matulesia telahditangkap oleh Liman Pietersen dan setelah dibicarakan beliau dijatuhi hukuman mati.

    e. Perang Jawa 1825

    Penentangan terhadap Belanda di Puau Jawa dikenali sebagai Perang Jawa yangmeletus pada tahun 1825-1830. Perang ini dipimpin oleh Pengeran Diponegoro.

    Penentangan di Pulau Jawa disebabkan oleh beberapa faktor termasuklah yangberkaitan dengan Pengeran Diponegoro sendiri. Penentangan di Jawa berkaitan dengankerugian yang terpaksa ditanggung oleh Diponegoro, pembesar dan penduduk Jawaakibat pembatalan kontrak sewa tanah dan penindasan ekonomi oleh pedagang-pedagang Cina.

    Penentangan juga disebabkan rasa tidak puas hati Pengeran Diponegoro yang tidakdilantik sebagai pemerintah Jogjakarta. Diponegoro juga tidak berpuas hati keranaBelanda tidak mengiktiraf beliau sebagai pemimpin agama Islam. Tindakan Belandamembina jalan raya melalui kawasan perkuburan moyangnya telah mencetuskan perangjihad.

    Perang ini berterusan selama lima tahun sehingga 1830. Diponegoro tidak dapatbertahan dan telah ditangkap oleh Belanda. Diponegoro telah dibuang ke utaraSulawesi dan kamudiannya ke Makasar dan meninggal dunia pada 1885.

    Perang ini berakhir apabila pemerintah baru, Pakubuwono VII menandatangani perjanjiandamai dengan pihak Belanda.

  • SEJARAH 2 SKEMA JAWAPAN JPN PERAK 2011

    36http://sejarahstpm.blogspot.com/

    Kesimpulan (2/3 markah)

    Tindak balas penduduk Filipina dan Indonesia terhadap kuasa-kuasa Barat adalahdisebabkan oleh pelbagai faktor penindasan. Tindakan yang diambil oleh penduduktempatan gagal mengusir penjajah dari negara mereka, sebaliknya penentangan-penentangan tersebut dapat dipatahkan oleh kuasa Barat. Hal ini berlaku keranapenentangan yang berlaku di kedua-dua negara bersifat tempatan dan tidak melibatkangerakan massa yang menyeluruh dan serentak di seluruh negara. Namun begitu tindak balasmasyarakat tempatan berjaya membangkitkan semangat nasionalisme di Filipina danIndonesia pada abad ke-20.

  • SEJARAH 2 SKEMA JAWAPAN JPN PERAK 2011

    37http://sejarahstpm.blogspot.com/

    11. Huraikan kesan-kesan Perjanjian Kanagawa 1854 di Jepun dan PerjanjianBowring 1855 di Siam.

    Pendahuluan (3/2 markah)

    Kedatangan Barat ke Asia adalah untuk meluaskan pengaruh mereka terhadap negara-negara Asia. Kuasa Barat telah melakukan campur tangan ke atas negara-negara di Asiamelalui perjanjian, peperangan dan pengilhakan. Kedatangan Barat ke Siam dan Jepuntelah mengancam kedaulatan kedua-dua buah negara tersebut. Bagi mengekalkankedaulatan dan mengelakkan campur tangan Barat ke atas negara tersebut ,kedua-duapemerintahan iaitu Raja Mongkut dan Shogun telah menandatangani perjanjian dengankuasa Barat. Raja Mongkut telah menandatangani Perjanjian Bowring pada tahun 1855dengan British. Jepun pula telah menandatangani Perjanjian Kanagawa pada tahun 1854.Kedua-dua perjanjian ini sangat penting kerana perjanjian ini merupakan langkah pertamakepada perubahan dasar pintu tertutup kepada dasar pintu terbuka Siam dan Jepun bagimengelakkan campur tangan kuasa Barat.

    ISI

    A. Jepun ( 10 markah )

    Kesan-kesan Perjanjian Kanagawa 1854.

    1. Kesan Politik

    Perjanjian Kanagawa telah menamatkan dasar pintu tertutup kepada dasar pintu terbukayang telah diamalkan oleh Shogun Tokugawa. Selepas perjanjian ini pada tahun 1854,Laksamana Sir James Stirling yang mewakili British telah menandatangani PerjanjianNagasaki. Melalui perjanjian ini British mendapat kemudahan perdagangan di Hakodatedan Shimoda. Pada tahun 1855 Russia melalui Laksamana Putyyatin telahmenandatangani Perjanjian Shimoda dengan Jepun. Antara isi penjanjian ini ialah :

    a. Pulau-pulau Kuril termasuk Etorufu diserah kepada Russia.b. Pelabuhan Nagasaki, Shimoda dan Hokadate dibuka kepada Russia.c. Pulau Sakhalin tetap menjadi milik bersama antara Russia dengan Jepun.

    Pada tahun 1856, Belanda telah menandatangi perjanjian dengan Jepun di Nagasaki.Belanda juga diberi kebenaran berdagang di pelabuhan-pelabuhan Jepun

    Pada tahun 1858, Amerika Syarikat telah berjaya mengadakan perjanjian Jepun.Townsend Harris telah menjadi wakil kerajaan Amerika Syarikat telah menandatanganiPerjanjian Edo. Melalui perjanjian ini lima buah lagi pelabuhan Jepun dibuka kepadaAmerika Syarikat iaitu Hyogo, Hakodate, Kanagawa, Nagasaki dan Nugata. Hak asas