39
KOLEJ MARA BANTING KERJA KURSUS PENDIDIKAN ISLAM SEM 1/2010 Tajuk: Rasuah Menurut Islam PENSYARAH: USTAZ ABD JAMIR B MD SAAD NAMA : Luqman Safwan Bin Che Mohd Fauzi KELAS: M10E

Rasuah Menurut Islam

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Rasuah Menurut Islam

KOLEJ MARA BANTING

KERJA KURSUS PENDIDIKAN ISLAM SEM 1/2010

Tajuk: Rasuah Menurut Islam

PENSYARAH: USTAZ ABD JAMIR B MD SAAD

NAMA : Luqman Safwan Bin Che Mohd Fauzi

KELAS: M10E

I/C NO : 920711-03-5501

Page 2: Rasuah Menurut Islam

TOPIK 1

1.1. PENGENALAN FOLIO

Folio yang bertemakan ‘Rasuah: Menurut Pandanagn Islam' telah dihasilkan melalui pelbagai

bentuk atau cara yang boleh membantu pengarang untuk mendapatkan idea dan

mengolahkannya kembali dalam idea berbentuk akademik, iaitu melalui folio ini. Topik yang

diketengahkan oleh pengarang adalah sejajar seperti yang dikehendaki oleh pihak Unit Agama

Islam Kolej Mara Banting. Dalam risalah ini, topik ini akan diolah dari pelbagai sudut pemikiran

dan telah disusun rapi untuk dimuatkan ke dalam 4 bab-bab yang berbeza. Oleh yang demikian,

adalah baik bagi kita untuk diperkenalkan dengan subtopik-subtopik yang akan diulaskan di

dalam folio ini;

Bab-bab yang dimaksudkan adalah:

Bab 1:

Pengenalan Folio

Pengenalan kepada rasuah

Bab 2:

Peranan ekonomi terhadap masyarakat Islam Malaysia

Kesan rasuah terhadap masyarakat Islam

Punca-punca berlakunya rasuah dalam masyarakat Islam Malaysia

Bab 3:

Langkah-langkah proaktif yang diambil kerajaan untuk mengurangkan kadar rasuah.

Peranan masyarakat Islam hari ini dalam pengukuhan sistem ekonomi tanpa rasuah.

Bab 4:

Kepentingan ekonomi kukuh tanpa rasuah dalam peningkatan mutu dakwah.

Bab 5

Tokoh-tokoh ahli ekonomi Islam yang berjaya yang berjuang berlandaskan Islam.

Page 3: Rasuah Menurut Islam

Bab 6

Konklusi

Penghargaan

Bibliografi

Oleh, yang demikian, melalui penjelasan-penjelasan yang telah dipaparkan di dalam folio ini,

pengarang berharap yang segala bentuk input yang berguna mampu membantu para pembaca

untuk membuka mata dan bertindak secara drastik dalam usaha untuk meningkatkan mutu

perlaksanaan dan keberkesanan program-program ekonomi dan sekaligus, membentuk

masyarakat Islam yang berjaya dan seimbang.

Page 4: Rasuah Menurut Islam

TOPIK 1

1.2. PENGENALAN KEPADA RASUAH

Dalam topik ini, kita terlebih dahulu akan melihat

tentang apakah sebenarnya yang dimaksudkan

dengan terma 'Rasuah' sendiri sebelum kita pergi

dengan lebih mendalam dan terperinci. Terma

rasuah membawa kepada pelbagai jenis maksud

yang berlainan, yang turut bergantung kepada

pihak-pihak yang mentafsirkannya. Namun

begitu, kebanyakan bersetuju bahawa rasuah

merupakan suatu jenayah atau kesalahan

undang-undang dimana seseorang emndapat

kebebasan, kontrak atau keistimewaan dari pihak

berkuasa ayau sesebuah syarikat selepas member wang, hadiah, keraian kepada pihak-pihak

tersebut.

Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda :

"Hadiah yang diberikan kepada para penguasa adalah suht (haram) dan rasuah yang diterima hakim adalah kufur" [Riwayat Ahmad].

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah menggariskan empat kesalahan utama iaitu;

1) Meminta/Menerima Rasuah,2) Menawar/Memberi Rasuah, 3) Membuat Tutntutan Palsu, 4)

Menyalahguna Jawatan/Kedudukan.

Pengharaman rasuah adalah jelas berdasarkan Al-Qur'an dan Hadis. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman,

�ُم�وَن� �ْع�َل َت �ْم� نُت� َو�َأ � �ْم �ْث �اِإل ِب �اِس� الَّن ْم�و�اِل�

� َأ ْم�ْن� َف�ِر�يًق�ا � �وا �َل ُك� �ْأ �ُت ل � �اِم �ُح�َّك ال �ل�ى ِإ �َه�ا ِب � �وا �ْد�ل َو�َت �اِط�ِل� �َب �ال ِب �ْم �َّك �َّن �ْي ِب �ْم �َّك ْم�و�ال

� َأ � �وا �َل �ُك �ْأ َت � َو�َال

Ertinya : " Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui." ( Al-Baqarah : 188 )

Gejala rasuah yang tidak dibendung akan membawa kepada pelbagai bentuk masalah lain. Oleh yang demikian, melalui perlaksanaan folio ini, penulis telah dapat melihat punca dan kesan utama yang akan timbul melalui rasuah. Dalam kajian ini, penulis telah menggunakan pelbagai bentuk sumber-sumber yang sah sebagai penyokong kepada teori yang dikemukakan penuis.

Page 5: Rasuah Menurut Islam

TOPIK 2

2.1. PERANAN EKONOMI TERHADAP MASYARAKAT ISLAM MALAYSIA

Islam bukan merupakan agama yang mementingkan kepada pengkhususan kepada urusan

alam akhirat sahaja. Agama Islam telah menggariskan panduan kepada semua penganutnya

untuk berlaku adil dalam menyelesaikan urusan-urusan di dunia dan tidak melupakan akhirat.

Oleh yang demikian, telah menjadi satu kewajipan bagi setiap umat Islam untuk melipat

gandakan usaha dalam memastikan bahawa msyarakat Islam terus berkembang pesat dan

makmur. Persoalannya di sini, bagaimanakah caranya?

Jawapan yang sering diuar-uarkan adalah melalui pembangunan ekonomi yang mantap dalam

kalangan masyarakat. Ini adalah kerana sistem ekonomi yang kukuh akan memastikan bahawa

masyarakat dapat hidup dalam keadaan yang selesa dan dakwah dapat dijalankan dengan

lebih berkesan.

Antara peranan utama ekonomi terhadap masyarakat Islam adalah seperti yang tertera di

bawah:

KEKUKUHAN PENTADBIRAN ISLAM

Sistem ekonomi yang kuat akan memantulkan keberkesanan golongan pemimpin Islam dalam

menangani sebarang bentuk kemudaratan yang boleh memberi risiko yang besar kepada

pembangunan agama dan ummah. Analogi yang dapat diberikan di sini adalh begitu mudah

sekali. Kegawatan ekonomi pada tahun 1998-2000 telah menyebabkan banyak pihak

mengalami kerugian yang besar, terutamanya syarikat-syarikat milik orang Islam yang baru

membangun. Kegawatan ini juga telah menyebabkan peningkatan inflasi yang begitu tinggi

dalam kalangan negara-negara Islam yang baru membangun seperti di Namibia, Turki dan

Pakistan. Perkara yang sama juga turut berlaku di Malaysia di mana kebanyakan syarikat

perusahaan kecil terpaksa mengambil langkah untuk menggulung tikar. Namun begitu, ekonomi

negara berjaya diselamatkan dengan tindakan pantas Tun Dr. Mahathir bersama penasihat

ekonomi utamanya pada ketika itu. Dengan itu, masyarakat Islam dalam negara sepatutnya

bersyukur kerana dikurniakan dengan pucuk pimpinan yang hebat mengatur strategi untuk

menyelamatkan ekonomi masyarakat Islam.

Page 6: Rasuah Menurut Islam

MEMASTIKAN KEMAKMURAN MASYARAKAT ISLAM

Memang tidak dinafikan bahawa

kemakmuran sesuatu kaum itu terletak

kepada perkembangan sosio-ekonominya.

Sosio-ekonomi ini pula, adalah secara

langsung bergantung sepenuhnya kepada

pembangunan struktur ekonomi kaum itu

pula. Pokoknya, sesebuah masyarakat

Islam akan lebih makmur dan sejahtera jika penduduknya kaya dengan ilmu dan sumber.

Sebagai contoh, ketika di zaman Abbassiyyah, khalifah Harun Ar-Rasyid telah berjaya

mentadbir dan mengembangkan sektor perusahaan dan perniagaan kerajaannya dengan begitu

semerlang sekali sehingga beliau mendapat jolokan Khalifah kelima selepas Khalifah Ali. Pada

ketika itu, dikhabarkan bahawa tiada seorang pun penduduk kerajaannya yang layak menerima

zakat daripada kerajaan.

MEMASTIKAN PENERUSAN DAKWAH

Dakwah merupakan elemen yang begitu penting dalam Islam. Melalui dakwah, ajaran agama

Islam telah berjaya berkembang bermula dari Madinan ke Eropah dan ke Asia Tenggara. Walau

bagaimanapun, setiap daripada kegiatan dakwah yang hendak dianjurkan memerlukan sumber

kewangan yang mencukupi. Hipotesis awal yang boleh dibuat berdasarkan daripada ayat di

atas adalah perkembangan ekonomi akan membawa kepada perlaksanaan kegiatan dakwah

dalam skala yang lebih besar dan teratur. Bagaimana? Ini adalah kerana apabila keadaan

ekonomi Islam mulai kukuh, lebih banyak sumber kewangan atau dana dan geran yang

berunsurkan dakwah dapat diberi kepada pihak-pihak yang berkaitan.

Page 7: Rasuah Menurut Islam

PELUANG PEKERJAAN YANG MENCUKUPI UNTUK MASYARAKAT ISLAM

Perlaksanaan dan pengaturan strategi ekonomi yang berkesan turut mampu untuk menjana

peluang pekerjaan, khususnya untuk masyarakat Islam dalam Malaysia. Dalam konteks ini,

peluang pekerjaan merupakan suatu perkara yang begitu fundamental dalam memastikan

kesejahteraan masyarakat Islam dan survivalnya. Peluang pekerjaan akan wujud Bagai

cendawan yang tumbuh selepas hujan hanya apabila keadaan ekonomi negara berada dalam

keadaan yang baik. Sebagai contoh, melalui observasi penulis, penulis mendapati peluang

pekerjaan dalam negara berada dalam keadaan yang kurang baik apabila lebih ramai pekerja

yang majoritinya beragama Islam hilang peluang pekerjaan apabila keadaan ekonomi

bertambah buruk.

MEMBERIKAN GAMBARAN POSITIF TENTANG ISLAM

Agama Islam bagi masyarakat Barat sering dikaitkan dengan perasaan ekstremis, mampu

bertindak di luar jangkaan, kejam dan kurang membangun. Perasaan itu wujud apabila

wujudnya lebih banyak negara-negara Islam yang mundur dan mempunyai populasi yang

miskin dan tidak terjaga. Sebagai contoh, populasi penduduk Islam di Indonesia adalah yang

terbesar di dunia, namun purata pendapatan sebulan masyarakatnya adalah jauh lebih berbeza

berbanding dengan masyarakatnya yang menganut agama lain. Dengan itu, wujud perpektif

yang menyatakan bahawa masyarakat Islam di Indonesia adalah miskin dan tidak

berpendidikan, secara tidak langsung mewujudkan perpektif negatif tentang agama Islam yang

menyeru penganutnya untuk menjadi lebih kaya dan bersikap rendah diri. Beberapa contoh

negara Islam yang boleh dijadikan sebagai Role-model dalam hal ini adalah Dubai, Emiriyah

Arab Bersatu (UAE) dan Kuala Lumpur, Malaysia. Perkara ini dinyatakan sendiri oleh Presiden

Amerika Syarikat, Barrack Hussein Obama ketika lawatannya ke Universiti Cairo, Mesir.

“The same is true for the astonishing progress within Muslim-majority countries from Kuala Lumpur to

Dubai. In ancient times and in our times, Muslim communities have been at the forefront of innovation

and education.” (Barack Obama, The White House Remarks, 09-04)

Page 8: Rasuah Menurut Islam

PENGUKUHAN INSTITUSI KEWANGAN ISLAM

Tun Dr. Mahathir, pernah menyarankan kepada International Monetary Fund (IMF) dan Wold

Bank untuk menjalankan kajian tentang perlaksanaan nilai mata wang Dinar untuk

menggantikan US Dolar untuk diimplementasikan ke dalam penggunaan mata wang

antarabangsa, namun ditolak masyarakat antarabangsa. Walaupun begitu, penulis melihat akan

kemungkinan akan penerimaan idea tersebut hanya jika ekonomi masyarakat Islam berada

dalam keadaan yang lebih kukuh. Ini yang saya sebut sebagai indirect influence. Sebagai

contoh yang paling mudah, sektor tunggak ekonomi Islam kini (yang dapat saya lihat) adalah

dalam penguasaan sumber petroleum yang rata-rata dimiliki oleh masyarakat Arab Asia

Tengah. Ia turut dikukuhkan lagi dengan penganggotaan negara Islam secara majoriti di dalam

Persidangan Negara-Negara Pengeluar Minyak (OPEC). Pengaruh kuat negara Islam yang

wujud ini telah berjaya membangunkan negeri-negeri yang kurang maju seperti Dubai.

Page 9: Rasuah Menurut Islam

TOPIK 2

2.2. KESAN RASUAH TERHADAP MASYARAKAT ISLAM

Adalah tidak dapa dinafikan bahawa gejala rasuah dan korupsi akan membawa kepada

pelbagai bentuk masalah dalam kalangan masyarakat. Dan bentuk-bentuk masalah ini boleh

dikategorikan dalam pelbagai cabang lagi. Oleh yang demikian, saya akan menjelaskan dengan

lebih lanjut mengenai kesan terhadap gejala rasuah mengikut sub-sub yang tersenarai di

bawah:-

1. KESAN TERHADAP DIRI

2. KESAN TERHADAP MASYARAKAT

3. KESAN TERHADAP EKONOMI

4. KESAN TERHADAP NEGARA

KESAN TERHADAP DIRI

Gejala rasuah bermula mengikut kehendak diri yang sentiasa menginginkan sesuatu melalui

cara yang singkat dan mudah. Dengan itu, apabila berlakunya kegiatan rasuah dalam diri

seseorang, maka secara semulajadinya sikap tamaknya akan mula bergelora di dalam dirinya.

Ini akan membentuk sikap tamak yang melampau dalam diri seseorang. Analogi lain yang lebih

mudah sememangnya dapat dijelaskan. Sebagai contoh, seseorang yang lapar akan

mempunyai hawa nafsu makan yang tinggi. Apabila dia mula menjamu selera, nafsu makan

akan meningkat dengan lebih mendadak dan menyebabkan seseorang itu mula makan tanpa

henti sehingga dia kenyang. Dalam kes ini, fasa menahan nafsu pada permulaan lebih tepat

dapat dibandingkan dengan fasa menahan nafsu melihat ganjaran apabila melakukan. Apabila

seseorang mula makan, ia dapat membawa kepada suatu simbolik yang nefsu terhadap harta

sudah memakan dirinya dan kegiatan tersebut akan terus dilakukan, sama seperti makan

sehingga kenyang. Namun begitu, kenyang di sini tidak membawa maksud puas memperoleh

harta, namun secara langsung membawa maksud kepada berakhirnya kegiatan korupsi itu

dalam diri seseorang sama ada melalui dirinya ditangkap, mati, atau menyesal.

Disebutkan dalam hadith :-

� �ْم �ُح�َّك ال َفي �ِش�ي� َت �ُم�ِر� َو�ال اِش�ي� الِر� �ِه� الَل رسوِل �ْع�ْن� ل

Ertinya : "Rasulullah s.a.w telah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah dalam penetapan keputusan (pemerintahan, pentadbiran, kehakiman dll)" ( Riwayat   At-Tirmidzi, 3/622 : Imam Tirmidzi berkata : Hadis Hasan Sohih)

Page 10: Rasuah Menurut Islam

Seterusnya, gejala rasuah ini juga akan membentuk individu yang taksub terhadap harta dunia

tanpa memikirkan akan kepentingan modal harta akhirat. Kebanyakan daripada gejala rasuah

yang berlaku pada masa dahulu bukan lagi merupakan tandingan terhadap apa yang berlaku

pada hari ini. Pada hari ini, jumlah yang dilaburkan adalah dalam bentuk jutaan ringgit, bukan

lagi dalam bentuk sen atau kata-kata manis. Persoalannya di sini, sejauh manakah hamba-

hamba Allah pada hari ini yang mampu menahan tawaran tunai dan harta yang begitu

lumayan? Apabila sifat tamak terhadap harta dunia sudah menguasai diri, maka sememangya,

harta yang menjurus kepada penggunaan pada hari akhirat kelak sudah tidap dipandang lagi.

KESAN RASUAH TERHADAP MASYARAKAT

Apabila seseorang individu sudah terjerumus dalam dunia rasuah dan korupsi, maka dia akan

melihat dirinya sebagai suatu bentuk aset yang begitu berharga. Ini adalah kerana, rata-rata

daripada golongan yang menerima rasuah adalah daripada golongan yang bertanggungjawab

terhadap sesuatu yang penting kepada sesebuah organisasi; Jabatan Imigresen, Pasukan

Polis, Juruaudit dan Akauntan dan Pagawai-pegawai Kerajaan. Oleh yang demikian, tanpa

disedari, dalam usaha untuk melipat-gandakan keuntungan yang diperoleh, golongan ini akan

mencuba dengan sedaya upaya mereka untuk mendapat lebih banyak pengaruh (influence)

dan kuasa (jurisdiction) yang lebih besar. Bagaimana? Ini dapat dilakukan melalui kenaikan

pangkat dan peningkatan kenalan yang penting (prominent figures). Ini secara tidak langsung

akan menjejaskan peluang kepada golongan lain yang lebih bertanggungjawab dan lebih

berintegriti dalam tugas mereka untuk memikul tanggungjawab yang lebih penting.

Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud , “ Pemberi dan penerima rasuah kedua-

duanya akan masuk neraka”.

Keruntuhan institusi kekeluargaan turut merupakan antara kesan jangka pangjang yang

biasanya berlaku dalam kalangan perlaksana gejala rasuah ini. Ia akan bermula apabila pihak

keluarga mula berasa sangsi dengan limpahan harta yang melimpah-ruah, serta di luar logik

pendapatan bulanan pihak yang melakukan rasuah. Impaknya, apabila pihak keluarga mula

khuatir akan keadaannya ini, maka asas institusi kekeluargaan iaitu kepercayaan (Trust) akan

mula goyah. Ini akan membawa kepada lebih banyak pendedahan tentang apa sebenarnya

yang berlaku. Apabila wujudnya keadaan sebegini, maka bagaimanakah nilai kasih-sayang dan

hormat-menghormati dapat diterapkan dalam kalangan ahli keluarga?

Page 11: Rasuah Menurut Islam

Seterusnya, apabila masyarakat mulai sedar akan kegiatan sebenar perlaksana gejala rasuah

ini, maka lebih ramai akan mempersoal akan nilai integriti yang wujud dalam dirinya dan sejauh

manakah dia ikhlas dalam bersosial dalam masyarakat. Ini akan mewujudkan pelbagai lagi

pandangan serong dalam kalangan masyarakat. Bukan hanya dirinya, malah keluarganya juga

kan dipandang hina oleh masyarakat dan dengan itu, terputuslah tali persaudaraan yang wujud

di antara dirinya dan masyarakat sekitarnya sebelum ini.

KESAN RASUAH TERHADAP EKONOMI

Rasuah, tanpa ragu-ragu akan membawa kepada berbagai-bagai bentuk kesan buruk terhadap

pembangunan ekonomi. Dengan peratusan penjawat awam sebagai pemegang tertinggi dalam

gejala rasuah sebanyak 83.0%, (http://www.sprm.gov.my/), maka tidak dapat dinafikan bahawa

sektor awam dalam negara sudah terdedah kepada gejala rasuah sejak dahulu lagi. Manakala

sektor swasta negara, pada hari ini mendominasi peratusan gejala rasuah sebanyak 13.0%. Ini

menunjukkan bahawa gejala rasuah ini berlaku di dalam pelbagai sektor sama ada di dalam

kerajaan atau di luar bidang kuasa kerajaan. Kesan langsung yang akan dihadapi oleh

pembangunan ekonomi Malaysia adalah:

Islam melarang perbuatan rasuah kerana akan wujudnya kesan-kesan yang berikut:

1. Wujudnya peningkatan kos dalam operasi.

Apabila wujudnya rasuah sama ada di dalam sektor swasta atau dalam sektor kerajaan,

kesan langsung yang akan dihadapi oelh sesebuah organisasi adalah wujudnya

peningkatan kos dalaman operasi. Ia akan membentuk pelbagai bentuk kesan negatif

terhadap pembangunan ekonomi Islam negara. Sebagain contoh, apabila wujudnya

peningkatan kos, pelbagai lagi projek-projek mega yang berada di bawah rancangan

kerajaan atau syarikat-syarikat terpaksa dibekukan. Ini akan mendorong kepada

peningkatan kadar pengangguran (unemployment), kurang peluang pekerjaan dan

pengurangan pengurusan (efisien). Oleh yang demikian, lebih banyak masyarakat Islam

atau bukan Islam gagal untuk mendapat rezeki yang layak bagi mereka.

2. Merosakkan keadilan sosial dalam masyarakat.

Apabila gejala rasuah semakin berleluasa, golongan masyarakat akan menerima

kesannya. Sebagai contoh, apabila wujudnya rasuah dalam sektor kerajaan, maka

pelbagai projek-projek yang berteraskan kepada pembangunan ekonomi masyarakat

sekitar tidak dapat diteruskan kerana kadar perbelanjaan yang terlalu tinggi. Ini akan

Page 12: Rasuah Menurut Islam

melemahkan pembangunan sesio-ekonomi di dalam masyarakat. Pokoknya, akan wujud

ketidakadilan dalam pembangunan ekonomi masyarakat apabila hanya segolongan

masyarakat sahaja yang mempu untuk menerima nikamat pembanguna. Manakala bagi

pihak yang lain, dengan sumber kewangan yang tidak memadai akibat daripada gejala

rasuah, projek-projek yang akan membantu mereka untuk mendapatkan peluang

pekerjaan dan memperolehi rezeki.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda : " Barangsiapa yang telah kami ambil untuk

melakukan sesuatu kerja, dan telah ditetapkan baginya sesuatu rezeki (gaji atau

upah), maka apa yang diambilnya selepas itu adalah ghulul (pengkhianatan) "

( Riwayat Abu Daud, no 2943, Albani : Hadith Sohih ; Ma'alim as-Sunan, Al-Khattabi, 3/8

cet Dar Kutub Ilmiah)

3. Kekurangan kualiti pembangunan

Apabila wujunya rasuah, kontraktor-kontraktor akan menghasilkan produk yang kurang berkauliti. Ini adalah kerana bahan-bahan mentah yang digunakan adalah yang berkualiti rendah untuk melindungi beban kos yang tinggi akibat daripada ‘perbelanjaan luar’ yang melampau. Ini akan menyebabkan hasil-hasil produk yang dikeluarkan seperti bangunan binaan dan sebagainya tidak berkualiti seperti yang sepatutnya. Sebagai contoh, bangunan stadium Tuanku Mizan di Terengganu yang runtuh tidak sampai 4 bulan pembinaannya telah menjelaskan akan kesan yang akan dihadapi apabila kontraktor yang berkenaan terlibat di dalam gejala rasuah. Kesannya, fasiliti berkenaan tidak dapat digunakan oleh orang ramai, dan akan wujudnya kos bebanan kepada kerajaan yang perlu memperbaiki fasiliti berkenaan. Ia juga akan mencalarkan imej kerajaan yang sentiasa menginginkan perkhidmatan bebas rasuah. Disebutkan dalam hadith :-

Ertinya : "Rasulullah s.a.w telah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah

dalam penetapan keputusan (pemerintahan, pentadbiran, kehakiman dll)"

( Riwayat At-Tirmidzi, 3/622 : Imam Tirmidzi berkata : Hadis Hasan Sohih)

4. Melemahkan system pentadbiran Negara.

Jika pada zaman Bani Abbasiyyah atau pada zaman Bani Umaiyah, gejala rasuah

tidaklah begitu berkembang kerana rata-rata daripda pemimpin mereka sedar akan

kepentingan untuk tidak terlibat dalan gejala rasuah sesuai dengan ajaran Islam. Oleh

yang demikian, mereka akan lebih focus terhadap apa yang perlu dilakukan iaitu untuk

merancang akan pembangunan sebuah institusi pentadbiran Islam yang kukuh. Tidak

pada hari ini. Ini adalah kerana, apabila gejala rasuah telah mula menular dengan

Page 13: Rasuah Menurut Islam

rancak, dapat disimpulakn bahawa pemimpin-pemimpin sesebuah Negara itu juga tidak

memandang serius tentang hal ini. Ini akan menyebabkan gejala ini berkembang

dengan lebih pantas dan mampu menular sehingga ke peringkat akar umbi, iaitu

masyarakat. Oleh yang demikian, pemimpin haruslah sedar akan kepentingan untuk

mengekang gejala ini daripada terus menular dan mengukuhkan akan penerapan nilai

murni Islam di dalam pentadbiran mereka. Maka mereka yang sememangnya jahat akan

menjadi lebih jahat, sesuai dengan sabda Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t :-

� ضا ْم�ِر� 7ِه� الَل اَد�ُه�ْم� َف�َز� ْم�ِر�ٌض; �َه�ْم �وِب ُق�َل َف�ي

Ertinya : Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya " ( Al-Baqarah : 10 )

Page 14: Rasuah Menurut Islam

TOPIK 2

2.3. PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA RASUAH DALAM MASYARAKAT ISLAM MALAYSIA

Penulis berasa yang isu ini merupakan isu yang sering hangat diperkatakan dalam kalangan

masyarakat hari ini. Ini adalah kerana, kadar perusahaan dan pemilikan sektor ekonomi di

Malaysia adalah lebih terdorong untuk dimiliki oleh masyarakat yang bukan beragama Islam.

Ini jelas menunjukkan kelemahan akan kelemahan masyarakat Islam di Malaysia dalam

mempratikkan dalil atau iktibar yang boleh diambil daripada perjalanan hidup Rasulullah S.A.W.

Pernah disebut bahawa majoriti rezeki yang dikurniakan oleh Allah s.w.t adalah melalui

perniagaan namun umat Islam dalam negara kini masih lagi lupa untuk memperaktikkan

idealogi tersebut malah mengambil jalan mudah dengan menyalahgunakan kuasa dengan

terlibat dalam gejala rasuah.

Dengan itu, penulis telah menggariskan bebrapa faktor yang boleh dikaitkan apabila isu

peningkatan rasuah dalam masyarakat Islam dibincangkan. Ianya adalah seperti yang tertera di

bawah:

1. UMAT ISLAM MALAYSIA TAKUT MENGAMBIL RISIKO UNTUK MEMULAKAN

PERNIAGAAN.

Ini adalah benar! Melalui observasi penulis, lebih ramai umat Islam dalam

negara hari ini yang lebih menjurus kepada bidang-bidang yang tidak

kritikal terutamanya dalam kalangan remaja. Ini adalah kerana, seperti

yang tertera di atas, ketakutan untuk bermula dan ketakutan terhadap

kegagalan dalam perniagaan sering menjadi dinding penghalang (The

Wall) kepada kerjaya ini. Namun begitu, sebaliknya pula berlaku kepada masyarakat lain yang

bukan beragama Islam yang berlumba-lumba untuk menjadi seorang ahli perniagaan yang

berjaya. Permulaan kepada perniagaan di sini bukanlah dimaksudkan dengan mewujudkan

sebuah kedai atau yang seerti dengannya, tetapi lebih terjurus kepada mempratikkan peluang

perniagaan dalam ruang lingkup kerjaya masing-masing. Oleh itu, untuk mencari rezeki yang

melimpah ruah, mereka terlibat dalam gejala rasuah dan korupsi.

Ramai yang berpendapat bahawa apabila anda terlibat dalam sesuatu bidang

professional,maka hasrat untuk memulakan perniagaan adalah jauh daripada capaian. Jadi

Page 15: Rasuah Menurut Islam

ramai yang sering kali mengambil jalan mudah dengan hidup dengan korupsi. Fakta di bawah

mampu membuktikan kesan daripada gejala rasuah.

Menurut kajian Transparency International Global Corruption Barometer 2006, mendapati kesan rasauh menurut sector di Malaysia seperti berikut :-

Sektor Tahap ( 1 = terbersih , 5 = paling kotor) Parti Politik 3.5 Parlimen dan Pentadbiran Kerajaan 3.0 Bisnes & Syarikat Swasta 3.3 Polis 3.8 Kehakiman 2.8 Media 2.4 Badan Cukai 2.5

2. UMAT ISLAM MALAYSIA TIDAK MEMPUNYAI ILMU YANG MENCUKUPI DALAM

PERNIAGAAN MEREKA.

Jangan jadi seperti tikus membaiki labu! Perkara yang sama turut

boleh diterapkan apabila kita bercakap mengenai pembangunan

ekonomi. Benar, ilmu pengetahuan adalah amat penting apabila

kita hendak melaksanakan sesuatu tugas penting. Sebagai

contoh, bagaimanakah seorang peniaga kedai runcit Islam ingin

menukarkan perniagaan beliau kepada sebuah syarikat

konglomerat yang berteraskan kepada pembangun kimia? Sudah

tentu sedikit sukar baginya. Perkara yang sama turut boleh diaplikasikan di sini. Oleh yang

demikian, ramai daripada umat Islam hari ini yang lebih menjurus kepada korupsi apabila

berhadapan dengan sesuatu situasi sukar. Sebagai contoh, penggunaa ‘sub-sub kontraktor’

yang tidak didaftarkan. Ini akan melipat gandakan kos dan hasilnya adalah produk pembinaan

yang lemah dan kurang berkualiti. Ini semua berlaku kerana umat Islam hari ini tidak

mempunyai ilmu yang cukup untuk berhadapan dengan satu-satu tugas sukar. Dengan itu,

umat Islam hari ini perlulah melengkapkan diri mereka dengan ilmu yang cukup untuk

menceburi sesuatu bidang perniagaan supaya progres yang telah dicapai akan sentiasa

berkembang dengan pesat.

Page 16: Rasuah Menurut Islam

3. PERSAINGAN YANG KUAT DENGAN SYARIKAT-SYARIKAT EKONOMI LAIN

Persaingan merupakan sesuatu perkara yang cukup sinonim

apabila wujudnya beberapa buah syarikat yang bersaing untuk

mendapatkan sesuatu yang sama. Namun begitu, antara sebab

mengapa kebanyakan masyarakat Islam yang baru membina

asas dalam bidang perniagaan adalah kerana mereka tidak

kreatif dalam pemasaran dan sentiasa mengikut rentak syarikat-

syarikat lain. Oleh yang demikian, ia seakan-seakan menjadi

satu keperluan untuk mewujudkan korupsi dan budaya member

dan menerima rasuah di dalam dunia perniagaan masyarakat Islam dalam usaha untuk

survivalnya. Ini akan mewujudkan rentak-rentak kekal perniagaan yang negatif. Namun

begitu,Perbuatan rasuah juga dikutuk dengan kerasnya oleh Allah SWT sebagaimana

dinyatakan dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Ahmad yang bermaksud :

“Allah SWT melaknat orang yang memberi rasuah dan penerima rasuah serta orang

yang memberikan jalan terhadap kedua-duanya”.

4. TERLALU FOKUS KEPADA ILMU DUNIA SEHINGGA MENGABAIKAN AKHIRAT

Islam merupakan sebuah agama yang seimbang dalam konteks pembangunan sahsiah dan

rohani. Iaang juga turut menggariskan keseimbang di dalam pembahagian aktiviti berteraskan

dunia dan akhirat. Namun begitu, terdapat juga segolongan daripada masyarakat Islam hari ini

yang leka dan mengabaikan kepentingan untuk berkembang dalam ilmu pengajian Islam

sehingga lupa untuk mengalikasikan apa yang telah dipelajarinya ke dalam dunia perniagaan.

Kesannya, masyarakat yang mempunyai pemikiran secular akan melihat bahawa gejala rasuah

dan korupsi merupakan satu asas penting untuk kekal di dalam bidang perniagaan.

5. AMALAN RIBA, PEMILIHAN KRONI DAN RASUAH DI DALAM KALANGAN

SESETENGAH MASYARAKAT ISLAM.

Amalan riba merupakan satu kegiatan haram yang turut berkembang dalam kalangan umat

Islam. Amalan riba ini berlaku apabila sati pihak yang menjalankan perniagaan mengenakan

Page 17: Rasuah Menurut Islam

bayaran lebih (Interest) kepada orang lain yang terlibat dalam kegiatan ekonomi tersebut.

Amalan riba ini semestinya akan merugikan pihak yang kedua kerana mereka perlu membayar

lebih ke atas satu barangan atau servis yang digunakan. Selain itu, amalan pemilihan kroni juga

turut berkembang dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia. Amalan ini sudah menjadi

suatu kebiasaan terutamanya apabila sesebuah kontrak baru kerajaan diumumkan. Oleh yang

demikian, pihak yang mempunyai hubungan dengan orang-orang tertentu akan mempunyai

peluang yang lebih cerah untuk memenangi kontrak tersebut berbanding dengan pihak yang

tidak mempunyai hubungan dengan pihak yang menawarkan kontrak. Mereka yang mempunyai

hubungan ini biasanya adalah dari kalangan ahli keluarga sendiri, rakan taulan mahupun pihak

ketiga yang mempunyai autoriti ke atas sesuatu perkara. Amalan ini akan bukan sahaja

menjejaskan ekonomi masyarakat Islam malahan akan menjejasan kualiti perlaksanaan projek.

Ini adalah kerana tidak semua pihak yang memenangi kontrak tersebut adalah merupakan yang

terbaik dari kalangan yang terbaik.

Seterusnya adalah amalan yang cukup sinonim dengan masyarakat Islam di Malaysia. Rasuah.

Pihak yang menawarkan mahupun pihak yang menerima rasuah adalah salah di sisi agama

Islam. Apabila kita bercakap dalam konteks ekonomi, perlaksanaan budaya rasuah ini akan

menyebabkan banyak pihak lain yang akan terjejas secara langsung mahupun secara tidak

langsung. Sebagai contoh, perlaksanaan projek stadium di Kuala Terengganu yang runtuh

bumbungnya baru-baru ini mengejutkan semua pihak. Ini adalah kerana stadium tersebut belum

Page 18: Rasuah Menurut Islam

lagi mencapai umur 2 tahun selepas perasmiannya oleh Yang Dipertuan Agong. Selepas dikaji

semula, hanya 4 daripada 6 tiang utama yang menyokong bumbung tersebut yang dipasang

atas alasan untuk menjimatkan kos. Walaupun begitu, masih terdapat kemungkinan yang

budaya rasuah mungkin juga terlibat dalam hal ini.

6. PEMIKIRAN UMAT YANG MASIH BELUM KREATIF DALAM MECARI SOLUSI DEMI

DALAM PERMASALAHAN PERNIAGAAN.

Kreativiti merupakan satu asas penting dalam melaksanakan sistem perniagaan yang berkesan.

Ini adalah kerana suasana yang kreatif dapat membentuk pelbagai bentuk produk yang baru

dapat juga membentuk contoh-contoh pemasaran yang berkesan. Perkembangan kreativiti

dalam kalangan ahli perniagaan Islam pada hari ini memang tidak dapat dinafikan, sedikit

sebanyak meningkat berbanding dengan yang terdahulu. Perkara ini dapat dilihat melalui

perlaksanaan pemasaran melalui internet dan sebagainya.

Selain daripada pemasaran yang efektif melalui internet, perkembangan kreativiti juga mampu

membentuk sebuah resolusi kepada permasalahan rasuah dan sebagainya yang sedang

melanda masyarakat Islam. Sebagai contoh, peningkatan dalam penggunaan teknologi

maklumat seperti E-Filling, Pembayaran melalui internet dan sebagainya akan mengurangkan

kebergantungan kepada pekerja-pekerja yang lebih terdedah kepada gejala rasuah. Ini

sekaligus akan menjimatkan perbelanjaan dan mampu meningkatkan tahap pentadbiran

(Efficiency).

Page 19: Rasuah Menurut Islam

TOPIK 3

3.1 LANGKAH-LANGKAH PROAKTIF YANG DIAMBIL KERAJAAN DALAM

MENGURANGKAN GEJALA RASUAH DALAM MASYARAKAT ISLAM

Dalam usaha untuk meningkatkan hasil pendapatan sesebuah negara, perkembangan dalam

bidang ekonomi hendakah diletakkan sebagai satu daripada keutamaan-keutamaan utama

yang perlu diambil pehatian. Oleh yang demikian, penulis telah mengkaji dan menelaah tentang

langkah-langkah konkrit yang telah diambil oleh kerajaan Malaysia untuk mengurangkan kadar

rasuah dalam Negara.

Berikut adalah antara langkah-langkah yang telah diteliti dan dilaksana oleh kerajaan:

1. PERLAKSANAAN DASAR-DASAR BARU

Perubahan dalam struktur undang-undang Negara terhadap mereka

yang terlibat di dalam dunia rasuah dan korupsi di lihat mampu

untuk menangani masalah ini yang kian meningkat dari hari ke hari.

Sebagai contoh, Badan Pencegah Rasuah yang sebelum ini hanya

merupakan sebuah organisasi kecil yang beroperasi di bawah

Jabatan Perdana Menteri telah ditugaskan dan ditukarkan kepada

Biro Siasatan Negara dan ditukarkan lagi kepada Sururhanjaya

Pencegahan Rasuah Melaysia. Selain itu juga, terdapat juga akta-

akta berkaitan dengan rasuah yang telah dipinda dalam usaha

untuk mengukuhkan dan memperkasakan undang-undang berkaitan rasuah di Malaysia.

Pertukaran Badan Pencegahan Rasuah kepada sebuah Suruhanjaya mampu untuk memberi

kesan yang lebih efektif dalam perlaksanaan undang-undang di Malaysia. Selain itu juga,

pindaan AktaBadan Pencegah Rasuah 1973 kepada Akta Badan Pencegah Rasuah 1982 juga

dilihat sebagai salah satu langkah untuk memperkasakan kuasa Suruhanjaya yang berkenaan.

2. PEMBERIAN INSENTIF UNTUK SYARIKAT-SYARIKAT ISLAM YANG CEMERLANG

Page 20: Rasuah Menurut Islam

Pemberian insentif, sama ada dalam bentuk bantuan kewanagan atau bantuan perkhidmatan

kepada syarikat-syarikat Islam yang tidak terlibat di dalam gejala rasuah dan korupsi sudah

tentu mampu mengangkat nama baik dan secara tidak langsung menjadi satu promosi kepada

rakyat Malaysia. Ini sememangnya akan menjadi sebuah platform yang cukuo kukuh untuk

membantu pengusaha syarikat untuk mengembangkan potensi dan turut mampu menarik

pelabur luar untuk melabur ke dalam syarikat tersebut melalui rekod jenayah yang minimum.

3. PENGHAPUSAN BUDAYA KRONI DAN AMALAN PEMBERIAN RASUAH

Ekonomi sesebuah syarikat -syarikat yang baru bertapak dalam bidang industri atau mana-

mana bentuk bidang mampu berkembang hanya jika kerajaan mengambil langkah-langkah

yang konkrit dalam menangani masalah pemberian rasuah dan salah laku yang semakin timbul

dalam kalanagan ahli perniagaan hari ini. Sebagai contoh, sejarah PerwajaSteel telah cukup

untuk memberikan iktibar kepada kita untuk sentiasa berwaspada yang berlaku bijak. Selain itu,

amalan kroni juga seharusnya dihapuskan. Melalui kaedah ini sahajalah, syarikat-syarikat kecil

Islam turut mampu merasai nikmat pemberian kontrak oleh kerajaan.

4. PENERBITAN LEBIH BANYAK KARYA-KARYA YANG BERTERASKAN KEBURUKAN

RASAUH.

Dalam usaha untuk mengembangkan ilmu mengenai keburukan amalan rasuah, kerajaan telah

mengambil langkah-langkah yang drastik melalui pemberian bantuan kewangan dan geran

kepada para cendekiawan-cendekiawan untuk mengolah dan mengajar para penduduk

Malaysia mengenai keburukan akan penerimaan budaya rasuah. Oleh yang demikian, buku-

buku, risalah dan majalah yang berkaitan dengan perkembangan ekonomi dan isu-isu

berkenaan rasuah semakin meningkat dari segi bilangan.

TOPIK 3

Page 21: Rasuah Menurut Islam

3.2 PERANAN MASYARAKAT ISLAM HARI INI DALAM MENGUKUHKAN SISTEM

EKONOMI UMMAH

Adalah merupakan satu tanggungjawab yang besar bagi ummat Islam dan pemimpinnya untuk

terus menerajui kegemilangan Islam dalam segala bentuk bidang dan cabang ilmu. Oleh kerana

ilmu ekonomi Islam merupakan antara ilmu yang terpenting dalam pembangunan modal insan

dan aset negara Malaysia, masyarakat Islam hari ini perlu lebih peka dan berusaha dalam apa

jua cara sekalipun untuk membantu kerajaan dalam mengembangkan ekonomi negara demi

kebaikan ummah.

Berikut adalah antara cara-cara yang telah digariskan oleh penulis kepada masyarakat Islam

untuk mengembangkan ekonomi masyarakat Islam:

1. MASYARAKAT ISLAM HARI INI PERLU MENDALAMI ILMU-ILMU ISLAM DENGAN

LEBIH MENDALAM.

Pernahkah anda terfikir bagaimana ciptaan manusia kini boleh menjadi begitu hebat dan

kompleks? Ini adalah kerana manusia merupakan suatu hidupan yang sentiasa berkembang

dalam pencarian dan pengolahan ilmu. Perkara yang sama boleh diaplikasikan ke dalam sektor

ekonomi masyarakat Islam. Masyarakat Islam Malaysia hari ini hendaklah sentiasa berkembang

dan berusaha untuk mencari ilmu yang berkaitan dengan ekonomi dan memperkasakan

ekonomi yang bebas daripada budaya rasuah. Ini adalah kerana melalui ilmu yang cukup di

dada, umat Islam Malaysia akan lebih maju dari sudut Human Capital dan mempu membentuk

idea-idea baru. Bagaimana? Ini boleh dicapai malalui info-info terkini daripada majalah, internet

dan sebagainya yang mempunyai info mengenai rasuah.

4 MASYARAKAT ISLAM HARI INI HENDAKLAH MENJAUHI SEBARANG BENTUK AMALAN

YANG BERTENTANGAN DENGAN SYARIAH APABILA BERNIAGA.

Page 22: Rasuah Menurut Islam

Amalan pemberian rasuah sememangnya akan menjejaskan sumber pendapatan orang lain.

Perkara ini hendaklah dijauhi oleh masyarakat Islam. Ini adalah kerana amalan-amalan yang

negatif ini akan berterusan jika diamalkan dan apabila hanya satu pihak sahaja yang

mendapatkan keuntungan, syarikat-syarikat lain mungkin mempunyai risiko untuk menggulung

tikar. Secara literal, apabila syarikat-syarikat lain mula kecundang, kestabilan ekonomi tidak lagi

dapat dikawal dan ini akan menjejaskan pelbagai pihak terutamanya negara yang akan

mengalami kekurangan dalam bentuk Kadar Pengeluaran Kasar (Gross National Product,

GNP). Selain itu, penguatkuasaan undang-undang juga hendaklah diperkasakan melalui

hukuman yang berat dan setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda :

" Sesungguhnya kebinasaan umat-umat sebelum kalian adalah jika orang yang terhormat dari

mereka mencuri, mereka membiarkannya, tetapi jika orang

bawahan mereka mencuri, mereka potong tangannya. Demi Zat yang jiwaku ada di

tanganNya, seandainya Fatimah binti Muhammad mencuri, nescaya akan aku

potong tangannya!"

5 IBU BAPA MEMPUNYAI TANGGUNGJWAB UNTUK MENDIDIK ANAK-ANAK TENTANG

KEBURUKAN RASUAH DAN KORUPSI

Ibu bapa turut mempunyai tanggungjawab untuk menerapkan ilmu ekonomi asas di dalam diri

anak-anak mereka. Ini adalah penting sebagai satu asas utama yang mampu untuk membuka

mata anak-anak mereka akan keadaan sebenar yang akan dihadapi oleh mereka apabila

mereka dewasa kelak. Sebagai contoh, ibu bapa boleh menerangkan sedikit sebanyak akan

kepentingan untuk mengenali Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia dan fungsinya.

TOPIK 4

Page 23: Rasuah Menurut Islam

4.1 KEPENTINGAN EKONOMI YANG BEBAS DARIPADA RASUAH DAN KORUPSI

TEARHADAP DAKWAH ISLAM

Ekonomi yang kukuh akan menjamin penguasaan ilmu ekonomi yang lebih kukuh dalam

kalangan masyarakat Islam. Namun begitu, ekonomi yang kukuh turut akan membawa kesan-

kesan secara tidak langsung kepada peningkatan mutu dakwah dalam kalangan pendakwah.

Bagaimana?

1. EKONOMI ISLAM YANG KUKUH AKAN MENJAMIN

KEMASUKAN ALIRAN BANTUAN KEWANGAN UNTUK

KEGIATAN DAKWAH.

Sering kali kita melihat yang kebanyakan daripada kegiatan

dakwah hanya tertumpu di dalam kalangan kawasan kampung

namun tidak di bandar dan di kawasan pedalaman. Ini boleh

dijelaskan apabila kebanyakan daripada pendakwah hari ini

tidak mempunyai sumber atau bantuan kewangan yang mencukupi untuk meneruskan tugas-

tugas mereka. Kekangan-kekangan seperti inilah yang telah menyebab kebanyakan daripada

dakwah-dakwah tidak mampu untuk sampai secara terus kepada kawasan-kawasan pedalaman

terutamanya di Sabah dan Sarawak. Sebagai contoh, kos pengakutan untuk mengangkut ahli-

ahli dakwah ini sering kali menjadi antara masalah utama yang dihadapi mereka. Melalui

ekonomi yang semakin kukuh, lebih banyak bantuan kewangan mampu diberikan oleh kerajaan

Malaysia kepada pendakwah-pendakwah ini.

2. MEMBERI IMPAK TERHADAP KEYAKINAN ORANG RAMAI MENGENAI ISLAM

Islam sering kali menyebut tentang kepentingan kemantapan ekonomi penganutnya, namun

sering kali kit diaitkan dengan kegagalan untuk berlaku demikian. Oleh yang demikian,

kekukuhan ekonomi masyarakat Islam sememangnya akan memberi impak yang besar

terhadap keyakianan orang ramai terhadap dakwah Islam yang sentiasa mementingkan

pengaplikasian. Islam merupakan agama yang tidak sekali-kali mengabaikan akan kepentingan

untuk berjaya di dunia dalam apa jua bidang yang diceburi. Oleh yang demikian, melalui

penurunan angka di dalam Indeks Pencegahan Rasuah, masyarakat bukan Islam mampu untuk

melihat Islam sebagai sebuah agama yang adil dan saksama serta dilengkapi dengan nilai-nilai

Page 24: Rasuah Menurut Islam

murni dalam apa jua pekerjaan yang penganutnya lakukan. Ini mampu menarik mereka untuk

mendalami Islam dengan lebih lanjut.

TOPIK 5

Page 25: Rasuah Menurut Islam

5.1.TOKOH-TOKOH UTAMA DALAM PERKEMBANGAN EKONOMI ISLAM

1. IBNU KHALDUN

Ibn Khaldun dilahirkan di Tunis pada 1 Ramadhan 732H. Keluarganya pada masa tersebut

berasal daripada keturunan Arab yang pernah menetap di Serville, Italy dan Sepanyol.

Seterusnya, beliau beliau berpindah dan menetap di Afrika. Berikut antara sumbangan-

sumbangan utama Ibn Khaldun:

2. Beliau merupakan cendekiawan ulung yang disanjung oleh barat kerana hasil karya

agungnya, Al-Muqaddimah.

3. Teori ekonomi yang dikemukakan olehnya masih lagi relevan dengan keadaaan

ekonomi semasa.

4. Menimbukan perbincangan mengenai falsafah dan prinsip ekonomi seperti keadilan,

kerjasama,kesederhanaan dan keadilan.

5. Beliau menekankan akan keperluan manusia untuk menjauhi perbuatan jahat dan

yang boleh melalaikan daripada melakukan misi utamanya.

6. Mengemukakan bahawa kehidupan perekonomian sentiasa menekankan kepada

penawaran perseimbangan (Supply and Demand) di antara penawaran dan

permintaan yang kini menjadi di antara prinsip ekonomi yang paling penting di dalam

dunia.

7. Mengemukakan teori di antara nilai mata wang.

8. SYED MOKHTAR AL-BUKHARI

Tan Sri Syed Mokhtar Bukhari sentiasa menjadi kebanggaan saya sehinggan kini. Beliau

merupakan seorang yang merendah diri dan sentiasa suka membantu orang lain untuk

berkembang. Sehingga kini, kekayaan yang dimiliki oleh beliau telah mencecah 4.16 Bilion dan

sudah tergolong di dalam kalangan ahli billionaire di dalam majalah Forbes. Sehingga ini, beliau

merupakan orang yang ke-7 terkaya di Malaysia.

Page 26: Rasuah Menurut Islam

Antara sumbangan-sumbanagan utama Tan Sri adalah seperti berikut:

9. Mewujudkan Yayasan Al-Bukhari untuk memajukan rakyat Islam yang tidak

berkemampuan.

10. Memberikan kelas tuisyen kepada pelajar Islam cemerlang yang miskin.

11. Melaksanakan program Biasiswa Khas di bawah naungan Yayasan Al-Bukhari.

12. Mendermakan sebahagian besar daripada hasil kutipan perniagaannya kepada

masyarakat.

13. Menubuhkan Universiti Antarabangsa Al-Bukhari.

14. Memberi bantuan dari sudut pembangunan fizikal kepada masyarakat Islam,

antarabangsa seperti sekolah-sekolah di Indonesia, Iraq dan Uganda.

15. Penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah.

Page 27: Rasuah Menurut Islam

TOPIK 6

6.1 KONKLUSI

Sebagai konklusi, dapat disimpulkan bahawa gejala rasuah bukan lagi merupakan

sesuatu yang baru di dalam Negara kita ini. Oleh yang demikian, masyarakat hari ini hendaklah

sentiasa peka tentang gejala ini yang semakin menular di dalam benak pemikiran masyarakat

Islam yang semakin alpa dengan godaan syaitan.

Gejala ini telah membawa kepada pelbagai bentuk kesan negative sama ada secara

langsung atau secara tidak langsung kepada Negara kita. Ekonomi masyarakat Islam di

Malaysia semakin mundur dan gagal untuk berkembang selaras dengan kehendak syariah.

Kesannya adalah kepada masyrakat jua yang turut memangdang remeh terhadap gejala ini.

Oleh yang demikian, penulis berharap bahawa masyarakat Islam hari ini hendaklah menjadi

semakin peka dan sensitive terhadap perkara-perkara yang melibatkan rasuah dan korupsi

sama ada di dalam apa jua arena, di dalam kerajaan ataupun swasta.

Penulis juga telah menggariskan beberapa punca utama mengapa kegiatan ini semakin

menjadi-jadi. Pembaca hendaklah peka terhadap punca-punca ini supaya dapat menjadi lebih-

lebih berhati-hati terhadap kemungkinan untuk terjerumus sama ke dalam kegiatan yang

menjijikkan ini.

Islam telah menggariskan akan kepentingan untuk berniaga ataupun menjalankan tugas

sebagai pemimpin dengan amanah supaya rezeki yang diterima menjadi halal dan berkat. Oleh

itu, penulis juga telah menggariskan beberapa solusi yang mampu dilaksana dalam usaha

untuk mengurangkan beban ini.

Sekian,terima kasih.

Page 28: Rasuah Menurut Islam

6.2. PENGHARGAAN

Pertama-tamanya, syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya, dapat juga penulis

menyiapkan folio Pendidikan Agama Islam yang bertajukkan 'Rasuah menurut perspektif Islam’.

Penulis ingin mengucapkan syukur ke hadrat ilahi kerana telah mengurniakan penulis sebuah

tajuk yang dirasakan saya amat sesuai untuk dibincangkan bersama.

Penulis juga ingin mengucapakan penghargaan kepada ayah penulis kerana telah banyak

berkongsi maklumat-maklumat penting dalam penulisan karya ini. Selain itu, para guru di

Maktab Rendah Sains Mara Muadzam Shah juga sememangnya layak mendapat pujian kerana

telah banyak berkongsi cerita dan maklumat tambahan untuk diletakkan bersama-sama dengan

folio ini.

Penulis juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada unit Agama Islam Kolej Mara

Banting kerana telah memberi peluang kepada penulis untuk meluahkan segala-bentuk ilmu

pengetahuan yang berada di dalam minda penulis. Untuk makluman, penulis tidak pernah dapat

meluahkan perasan dan idea-idea penulis mengenai rasuah dalam Islam pada masa-masa

terdahulu, sehinggan diberi peluang untuk berbuat demikian pada hari ini.

Penulis telah menghabiskan masa selama satu minggu untuk menyiapkan folio ini penulis

berasa amat berbesar hati kerana rakan-rakan penulis turut memberi bantuan dan input

tambahan dalam penghasilan folio ini.

Oleh itu, penulis mengaharapkan yang folio ini akan menjadi suatu bentuk manfaat yang boleh

dikongsi bersama.

Sekian, terima kasih.

Page 29: Rasuah Menurut Islam

6.3. BIBLIOGRAFI

1. http://www.whitehouse.gov/the_press_office/Remarks-by-the-President-at-Cairo-

University-6-04-09/.

2. http://www.islam.gov.my/e-rujukan/lihat.php?jakim=2088

3. http://ms.wikipedia.org/wiki/Rasuah

4. Akhbar Berita Harian, (Jumaat, 17/09/2010)

5. En. Che Mohd Fauzi, Pengetua Maktab Rendah Sains Mara Muadzam Shah, Majlis

Amanah Rakyat.

6. Pengarah, Bahagian Sumber Manusia, Majlis Amanah Rakyat.

7. http://en.wikipedia.org/wiki/Economy

8. Dewan Ekonomi, Edisi Oktober 2008.

9. Dewan Siswa, Edisi September 2009

10. Dewan Masyarakat, Edisi September 2009.

11. News Straits Times, Friday, 17/09/2010

12. http://ms.wikipedia.org/wiki/Transparency_International

13. http://ms.wikipedia.org/wiki/Indeks_Persepsi_Rasuah

14. http://www.ikim.gov.my/

15. http://hazimazim5020ad.multiply.com/journal/item/21