22
Rasuah Penghalang Kemajuan Negara Ditulis oleh Muhammad Hisyam Bin Mohamad. Posted in Berita Harian Rasuah adalah penghalang kepada pembangunan negara dan ia sering dikaitkan dengan amalan tadbir urus yang tidak cekap. Masalah ini bukan sahaja wujud di dalam sektor awam malah di dalam sektor swasta juga. Rasuah yang berleluasa merupakan cerminan terhadap mutu pentadbiran negara. Kebanyakan kajian tentang kesan rasuah menunjukkan bahawa ia boleh menyebabkan kadar pertumbuhan ekonomi yang rendah. Ini kerana unsur rasuah menghalang penyertaan pelaburan tempatan dan menyekat kemasukan pelaburan asing ke sesebuah negara. Selain daripada itu, banyak bukti menunjukkan bahawa negara yang dibebani masalah rasuah mempunyai pasaran saham yang tidak menentu, pengawasan sistem perbankan yang tidak cekap dan pasaran modal yang kecil. Dengan kata lain negara yang mengamalkan rasuah membayar pada harga yang mahal untuk program pembangunannya terutamanya dalam pembangunan ekonomi. Justeru itu tidak hairanlah mengapa agenda pembasmian rasuah menjadi salah satu daripada beberapa agenda penting yang diberi perhatian utama oleh kepimpinan Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi. Bukti kesungguhan beliau untuk memerangi masalah ini dapat dilihat melalui penubuhan Institut Integriti Malaysia (IIM) dan pelancaran Pelan Integriti Nasional (PIN) pada April 2004 iaitu selepas hanya beberapa bulan dilantik memegang jawatan Perdana Menteri. Seterusnya agenda ini terus dinyatakan secara berterusan di dalam kebanyakan ucapan-ucapan rasmi beliau. Bagaimanapun Laporan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2006 yang dikeluarkan oleh Transparency International (TI) baru-baru ini telah menimbulkan sedikit tanda tanya di kalangan masyarakat terhadap keberkesanan usaha-usaha yang dijalankan oleh kerajaan Malaysia untuk memerangi gejala tersebut. Secara kasarnya, kajian yang melibatkan tanggapan masyarakat peniaga dan penganalisa negara terhadap suasana rasuah di Malaysia telah menunjukkan bahawa berlaku sedikit kemerosotan berbanding keputusan laporan tahun 2005 dan 2004 mahupun 2003. Berdasarkan kepada CPI 2006, Malaysia menduduki tangga ke-44 dunia berbanding tangga ke 39 untuk tahun 2005 dan 2004; serta tangga ke 37 untuk 2003. Begitu juga dari segi peratusan mata yang dicatatkan iaitu 4.9 peratus, merosot jika dibanding 5.1 peratus untuk 2005; 5.0 peratus (2004) atau 5.2 peratus (2003) Persoalannya di sini ialah mengapa masyarakat peniaga dan para penganalisa menganggap suasana rasuah semakin meningkat di Malaysia? Adakah mereka menganggap tadbir urus di sektor awam dan swasta tidak berada pada tahap yang sewajarnya? Apakah tahap integriti sektor perniagaan dan

Rasuah Penghalang Kemajuan Negara

  • Upload
    lin-lau

  • View
    269

  • Download
    1

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Rasuah Penghalang Kemajuan Negara

7/27/2019 Rasuah Penghalang Kemajuan Negara

http://slidepdf.com/reader/full/rasuah-penghalang-kemajuan-negara 1/22

Rasuah Penghalang Kemajuan NegaraDitulis oleh Muhammad Hisyam Bin Mohamad. Posted in Berita Harian 

Rasuah adalah penghalang kepada pembangunan negara dan ia sering dikaitkan dengan amalan tadbir 

urus yang tidak cekap. Masalah ini bukan sahaja wujud di dalam sektor awam malah di dalam sektor 

swasta juga.

Rasuah yang berleluasa merupakan cerminan terhadap mutu pentadbiran negara. Kebanyakan kajian

tentang kesan rasuah menunjukkan bahawa ia boleh menyebabkan kadar pertumbuhan ekonomi yang

rendah. Ini kerana unsur rasuah menghalang penyertaan pelaburan tempatan dan menyekat kemasukan

pelaburan asing ke sesebuah negara.

Selain daripada itu, banyak bukti menunjukkan bahawa negara yang dibebani masalah rasuah

mempunyai pasaran saham yang tidak menentu, pengawasan sistem perbankan yang tidak cekap dan

pasaran modal yang kecil. Dengan kata lain negara yang mengamalkan rasuah membayar pada hargayang mahal untuk program pembangunannya terutamanya dalam pembangunan ekonomi.

Justeru itu tidak hairanlah mengapa agenda pembasmian rasuah menjadi salah satu daripada beberapa

agenda penting yang diberi perhatian utama oleh kepimpinan Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi.

Bukti kesungguhan beliau untuk memerangi masalah ini dapat dilihat melalui penubuhan Institut Integriti

Malaysia (IIM) dan pelancaran Pelan Integriti Nasional (PIN) pada April 2004 iaitu selepas hanya

beberapa bulan dilantik memegang jawatan Perdana Menteri. Seterusnya agenda ini terus dinyatakan

secara berterusan di dalam kebanyakan ucapan-ucapan rasmi beliau.

Bagaimanapun Laporan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2006 yang dikeluarkan oleh Transparency

International (TI) baru-baru ini telah menimbulkan sedikit tanda tanya di kalangan masyarakat terhadap

keberkesanan usaha-usaha yang dijalankan oleh kerajaan Malaysia untuk memerangi gejala tersebut.

Secara kasarnya, kajian yang melibatkan tanggapan masyarakat peniaga dan penganalisa negara

terhadap suasana rasuah di Malaysia telah menunjukkan bahawa berlaku sedikit kemerosotan

berbanding keputusan laporan tahun 2005 dan 2004 mahupun 2003.

Berdasarkan kepada CPI 2006, Malaysia menduduki tangga ke-44 dunia berbanding tangga ke 39 untuktahun 2005 dan 2004; serta tangga ke 37 untuk 2003. Begitu juga dari segi peratusan mata yang

dicatatkan iaitu 4.9 peratus, merosot jika dibanding 5.1 peratus untuk 2005; 5.0 peratus (2004) atau 5.2

peratus (2003)

Persoalannya di sini ialah mengapa masyarakat peniaga dan para penganalisa menganggap suasana

rasuah semakin meningkat di Malaysia? Adakah mereka menganggap tadbir urus di sektor awam dan

swasta tidak berada pada tahap yang sewajarnya? Apakah tahap integriti sektor perniagaan dan

Page 2: Rasuah Penghalang Kemajuan Negara

7/27/2019 Rasuah Penghalang Kemajuan Negara

http://slidepdf.com/reader/full/rasuah-penghalang-kemajuan-negara 2/22

pentadbiran negara tidak begitu bagus sehingga mereka menganggap rasuah yang juga ada kaitan

dengan masalah tadbir urus ini begitu meruncing di negara kita?

Lebih menarik lagi jika kita dapat kaitkan laporan TI ini dengan satu laporan kajian persepsi yang dibuat

oleh The Business Ethics Of Malaysia (BEIM) dengan kerjasama University of Nottingham Malaysia danKolej Universiti Binary terhadap kepercayaan masyarakat terhadap mereka yang terlibat dalam 15 bidang

kerjaya yang terpilih.

 Antara kerjaya yang dikaji ialah doktor, guru, profesor, menteri, pemimpin perniagaan dan ahli politik.

Keputusannya, tahap kepercayaan responden terhadap ahli politik, pemimpin perniagaan dan menteri

adalah rendah sekali. Masing-masing meraih 11%, 16% dan 20% kepercayaan reponden dan berada di

senarai tiga terbawah berbanding doktor (72%); guru (67%) dan profesor (58%) yang berada pada

senarai tiga teratas.

Kaitan antara kedua-duanya ialah tentang wujudnya persamaan tentang perkara utama yang diukur iaitu

tentang soal integriti terutamanya yang melibatkan soal kepimpinan dan tadbir urus di dalam negara.

Dalam CPI, masyarakat peniaga dan penganalisa merasakan rasuah di Malaysia meningkat.

Peningkatan ini tentu saja berdasarkan pemerhatian mereka kepada dunia politik dan dunia perniagaan

Malaysia. Pada masa yang sama juga responden soal selidik BEIM merasakan mereka tidak boleh

mempercayai ahli politik dan tokoh korporat.

Secara tidak langsung kita boleh katakan di sini, permasalahan utama yang membawa kepada isu

integriti sebenarnya lebih tertumpu kepada soal kepimpinan dan tadbir urus di dalam sektor awam mahu

pun swasta.

Dengan kata lain, jika ahli politik dan tokoh korporat mengamalkan nilai-nilai mulia dalam amalan harian

mereka, sudah tentu CPI Malaysia adalah setaraf dengan beberapa negara Scandinavia yang sering

mencatat 9.6 - 9.7 peratusan mata untuk beberapa tahun kebelakangan ini. Setidak-tidaknya pun kita

dapat menyaingi Singapura yang berjaya mengekalkan kedudukannya di tangga ke-5 senarai negara

yang paling baik keputusan persepsi rasuah dengan purata 9.4 peratusan mata untuk tempoh 2002-

2006.

Walaupun CPI dan kajian BEIM ini merupakan kajian berbentuk tanggapan, ia sebenarnya boleh

dijadikan sebagai petunjuk atau panduan untuk menilai tahap rasuah di Malaysia.

Kita tidak seharusnya melihat hasil kajian ini dari sudut yang negatif kerana kita boleh katakan bahawa

peningkatan persepsi rasuah yang ditunjukkan oleh CPI tadi terutamanya menunjukkan tahap kesedaran

masyarakat tentang bahayanya rasuah dan kepentingan unsur integriti juga meningkat seiring dengan

iltizam kerajaan untuk memerangi masalah ini.

Bagaimanapun, untuk mencapai kejayaan dalam usaha pembasmian rasuah, usaha perlu dilakukan

Page 3: Rasuah Penghalang Kemajuan Negara

7/27/2019 Rasuah Penghalang Kemajuan Negara

http://slidepdf.com/reader/full/rasuah-penghalang-kemajuan-negara 3/22

secara berterusan dan menyeluruh. Walaupun adakalanya kejayaan tidak dapat dicapai sebagaimana

yang diinginkan, ia sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kesan kepada masalah yang dihadapi.

Sehubungan dengan itu usaha-usaha untuk meningkatkan tahap integriti dan memperkukuhkan sistem

tadbir urus mesti dipergiatkan. Begitu juga usaha-usaha memupuk nilai-nilai murni di kalangan anggotamasyarakat, baik yang muda mahupun yang tua. Usaha-usaha sebegini sememangnya memakan masa.

 Akan tetapi, ia perlu dimulakan dari sekarang jika kita mahu melihat Malaysia menjadi negara maju

menjelang 2020 nanti.

http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/berita-harian/7417-rasuah-penghalang-kemajuan-negara 

Penyakit Rasuah yang Kian Membengkak 

Oleh: Mohamad Safwandi Bin Suaidi 

Era digital ini menyaksikan pertumbuhan ekonomi yang begitu rancak. Namun dalamusaha menuju era globalisasi dunia tanpa sempadan, Negara terpaksa bersemukadengan satu penyakit social yang agak kritikal sehingga boleh meranapkan peradaban

bangsa kita. Kita singkap Laporan rasuah oleh Transparency International 2010melaporkan bahawa Malaysia masih lagi berada di tangga 56 pada Indeks Persepsirasuah tetapi mata yang dikutipnya merosot daripada 4.5 kepada 4.4. Kajian

daripada Tranperancy International itu telah membuatkan penulis berasa terpanggilsekali lagi untuk mengarang artikel yang berpaksikan tajuk "Gejala Rasuah yang KianMembengkak". 

Walaupun isu ini hangat diperkatakan, pernahkah terlintas dalam benak fikiran andaapakah maksud "rasuah"? Nah pembaca sekalian, perkataan rasuah berasal daripada

perkataan arab yang berbunyi al-risywah. Dalam Al-Quran juga digolongkan dalam

kata umum batil iaitu meliputi juga perbuatan jenayah yang lain seperti merompak,memeras ugut dan menipu. Juga, terdapat beberapa definisi lain yang diberikan olehbeberapa pihak yang pakar dalam bidang ini. Dalam kamus Concise Law Dictionary.

P.G Osbome memberi definisi bribery and corruption sebagai perbuatan giving or offering any reward to any person to influence his conduct; or receipt of suchreward. Manakala John B. Saunders pula dalam kamus Mozley and Whiteley's Law

memberikan definisi the Taking and Giving money for the performance or non- performance of a public duty. 

Page 4: Rasuah Penghalang Kemajuan Negara

7/27/2019 Rasuah Penghalang Kemajuan Negara

http://slidepdf.com/reader/full/rasuah-penghalang-kemajuan-negara 4/22

 

Dalam ruang lingkup di biosfera ini, rasuah adalah wabak penyakit dan jenayah yangtelah menular dan menjadi darah daging dalam kehidupan masyarakat di semua tempat.Tidak ada negara yang boleh mendakwa dirinya bebas dari rasuah, cuma yang bolehmembezakan pada tempoh satu-satu masa hanyalah dari segi keseriusan jenayahrasuah yang berlaku. Menurut Badan Pemerhati Rasuah Antarabangsa menunjukkanindeks rasuah di negara ini juga membengkak setiap tahun. Barah penyakit sosial inikian parah umpama tumor yang tumbuh tanpa rawatan rapi. Apa yang menakutkan dan

membimbangkan kita ialah jika keadaan amalan jenayah rasuah ini terus meningkat,maka amat dikuahatiri akan mengancam kestabilan politik, ekonomi dan negara kita.  

Menurut statistik yang telah dilaporkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM), sebanyak 500 tangkapan telah dibuat keatas kesalahan jenayah rasuah.

Daripada jumlah ini didapati 191 orang atau sebanyak 38.2 peratus adalah penjawatawam dan seramai 180 orang atau 38 peratus adalah orang awam. Manakalaselebihnya ialah ahli-ahli politik, anggota pentadbiran, kakitangan swasta dan lain-lain.Statistik ini merupakan statistik daripada penangkapan oleh SPRM. Bagaimana puladengan kesalahan yang tidak dapat dikesan oleh SPRM? Semestinya menjangkaulebih jauh daripada statistik yang dilaporkan. Persoalan besar timbul ialah mengapaamalan najis rasuah berlaku? 

Disini penulis ingin meluahkan sedikit luahan pemikiran penulis dari benak minda yangsentiasa meronta-ronta untuk meluahkannya. Berdasarkan pemerhatian dan hematpenulis, faktor yang terbesar menyebabkan berlakunya gelaja ini ialah seseorang itu

Page 5: Rasuah Penghalang Kemajuan Negara

7/27/2019 Rasuah Penghalang Kemajuan Negara

http://slidepdf.com/reader/full/rasuah-penghalang-kemajuan-negara 5/22

bernafsu besar dalam mengejar sesuatu yang diingini tetapi kewangan hanyalah „ciput‟, sikap yang ingin bermewah-mewah, tidak sabar hendak mengalahkan kekayaan RobertKuok (Orang terkaya Malaysia), mereka mempunyai keyakinan melampau batassehingga yakin diri mereka tidak diambil tindakan undang-undang ataupun diketahuioleh pihak berkuasa. 

Gejala rasuah yang kian membengkak ini sebenarnya merugikan banyak dana dulangemas Negara yang kaya ini. Berdasarkan penyataan dariapada Morgan Stanley padatahun 2004, beliau menganggarkan bahawa rasuah dalam tempoh dua dekad daripertengahan tahun 1980-an telah mengakibatkan kerugian kepada Negara melebihi

 AS$100 billion. Analisa di atas tadi menyatakan bahawa rasuah meningkat saban tahun.Bagaimana kalau tempoh rasuah dalam jangka masa dekad tersebut bermula daritahun 1990? Sudah tentu jawapan yang kita dengar agak sumbang namun itulah realitiyang kita harus terima. Malah Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan(PEMUDAH) pada tahun 2008 menganggarkan sebanyak RM10 billion hilang daripadapertumbuhan Negara kasar kerana rasuah. Jelas sekali pembaca sekalian, Perasuahialah pengkhianat Negara. 

Pengamal, penyalahguna dan mereka yang bersubahat dengan rasuah adalahpengkhianat Negara. Pembahagian hasil Negara hanya tertumpu kepada orang yangtertentu sahaja dan menaikkan inflasi Negara sekali gus menyebabkan ekonomi

Negara pumping . Dengan demikian, golongan yang paling malang dan rugi ialahgolongan petani, penoreh getah, penarik beca dan kumpulan yang dhaif yang lain yangtidak mengerti apa-apa tentang pengurusan harta Negara dan berasa tertekan akibatkenaikan harga barangan disebabkan oleh ekonomi Negara yang tidak menentu. Apayang nyata, kadar celik huruf dan celik akal dalam kalangan rakyat Negara ini semakintinggi tetapi mereka yang terlibat gagal membuat penilaian dengan waras tentang isu-isu rasuah di Negara ini. Oleh itu, kita semua hendaklah berusaha memerangi jenayahrasuah Negara kita ini secara serius demi melahirkan urus tadbir yang baik dalamperkhidmatan kerajaan mahupun swasta. 

Bertitik tolak dari situ, Kita tidak dapat menafikan usaha pihak kerajaan dalampembasmian rasuah. Dalam pelan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)mempunyai enam NKRA yang telah diputuskan oleh kabinet dan salah satu daripadaenam NKRA tersebut ialah membenteras jenayah. Apa yang penulis ingin persoalkanialah adakah pihak tersebut serius dalam menangani gejala rasuah tersebutberdasarkan kelemahan yang banyak dalam pelaksanaan pembasmian rasuah tersebut.

Page 6: Rasuah Penghalang Kemajuan Negara

7/27/2019 Rasuah Penghalang Kemajuan Negara

http://slidepdf.com/reader/full/rasuah-penghalang-kemajuan-negara 6/22

Persepsi mengenai amalan rasuah di Malaysia telah meningkat dan menyebabkan

kedudukan Malaysia dalam Persepsi Rasuah (CPI) di bawah Transparency International telah menurun daripada tempat 23 tahun 1995 kepada 56 pada tahun2010. Pada tahun ini Negara Malaysia hanya tersangkut di tangga ke 56 berbandingtahun lalu namun CPI berkurangan daripada 4.5 kepada 4.4 sedangkan sasaran di

peringkat NKRA adalah untuk meningkatkan skor CPI daripada 4.5 kepada 4.9. 

Secara tuntasnya, langkah untuk mengatasi endemik ini harus diteliti dan pantau olehsemua pihak dengan efektif. Perubahan paradigm masyarakat terhadap rasuah perluberlaku terlebih dahulu jika masalah ini hendak diatasi ke akar umbinya. Sikap tidak

endah dalam mengatasi masalah ini menyebabkan Negara kita lagging kebelakangNegara maju yang lain. Mungkin konsep mencegah lebih baik daripada mengubati amat

berkesan bagi memastikan rasuah terus dikuburkan dan ditalqinkan ditempat yangsepatutnya. Penulis mengajak dan merayu kepada pembaca sekalian agar memerangigejala yang menjadi barah dalam daging ini kerana kita tidak dapat memberikantanggungjawab sepenuhnya kepada pihak kerajaan secara total. Ianya bermula

daripada individu itu sendiri. Akhir kalam, semoga penulisan secara tidak lansung

memberikan sedikit suntikan baru buat kita untuk mengelak diri dari gejalatidak sihat rasuah ini dan berusaha membenterasnya. Jika kita lihat dari segistatistik rasuah, jelas terpapar menunjukkan bahawa kadar rasuah di negara-negara maju adalah rendah. Kita perlu renung dan berfikir dari pelbagai sudut.Jika ingin menjadi sebuah negara yang maju, rasuah perlu dihapuskan. http://wandy-infinity.blogspot.com/2010/10/gejala-rasuah-yang-kian-membengkak.html 

Rang Undang Undang Suruhanjaya

Pencegahan Rasuah(SPRM)2008Posted on December 19, 2008 | 1 Comment 

Langkah memperluaskan undang undang pencegahan rasuah Malaysia merangkumi beberapa pihak 

 baru termasuk abang/ adik ipar, ayah/ ibu mertua, menantu, sepupu, emak saudara dan bapa saudara

merupakan suatu langkahextreme tetapi mungkin perlu dalam perang mencegah rasuah yang sedang

 berleluasa sekarang. Dengan lulusnya rang undang undang SPRM 2008 ini, lebih ramai lagi mereka

yang tidak sabit kesalahan dahulunya, kini boleh didakwa dibawah peruntukan baru ini.

Page 7: Rasuah Penghalang Kemajuan Negara

7/27/2019 Rasuah Penghalang Kemajuan Negara

http://slidepdf.com/reader/full/rasuah-penghalang-kemajuan-negara 7/22

Saya kurang pasti sama ada undang undang serupa wujud di negara lain, jika adapun mungkin tidak 

 banyak negeri mengambil langkah sedrastik yang dibuat di Malaysia.

Keadaan ini mencerminkan betapa seriusnya masalah rasuah di Malaysia pada hari ini. Jika dahulu

masalah rasuah biasa kita dengar di Indonesia, Nigeria dan beberapa buah negara lagi, kini rasuah

lazim berlaku disini, malah mungkin lebih hebat dari setengah setengah negara itu.

Berikut ialah statistik rasmi dari Badan Pencegah Rasuah Malaysia:

Tahun Jumlah Tangkapan

2003 339

2004 497

2005 485

2006 557

2007 590

Data di atas menunjukkan jumlah tangkapan rasuah meningkat dari 339 kes dalam tahun 2003

kepada 590 pada tahun 2007, iaitu kadar kenaikan 18.5% setahun. Data di atas hanya menunjukkan

 jumlah tangkapan, jadi kes sebenar sudah pasti lebih tinggi setelah dikira kes kes yang tidak di

ketahui umum.

Dari perspektif yang positif, boleh diandaikan, Badan Pencegah Rasuah kini semakin berkesan

kerana mampu menaikkan jumlah tangkapan tahun demi tahun. Sebaliknya angka ini boleh juga

diinterpretasi sebagai tanda meningkatnya gejala rasuah di Malaysia.

Persepsi Antarabangsa tentang masalah rasuah di Malaysia tidak banyak berubah sejak tahun 2001.

Indek Persepsi Rasuah(IPR) Malaysia yang di keluarkan oleh Transparensi International kita

 perturunkan di bawah:

Page 8: Rasuah Penghalang Kemajuan Negara

7/27/2019 Rasuah Penghalang Kemajuan Negara

http://slidepdf.com/reader/full/rasuah-penghalang-kemajuan-negara 8/22

Tahun IPR Malaysia Ranking dalam Dunia

2001 36

2002 4.9

2005 5.1

2006

2007 5.1 43

2008 5.1 47

Jadual di atas menunjukkan IPR Malaysia pada tahun 2008 kekal pada angka 5.1 walupun ranking

Malaysia telah merosot kepada tempat ke 47 berbanding 180 negara, berbanding dengan tempat ke

43 pada tahun 2007. Ini menunjukkan persepsi rasuah di Malaysia tidak berubah, tetapi persepsi

 bertambah baik dalam kira kira empat buah negara lain. Berbanding negara ASEAN yang lain,

Malaysia menduduki tempat kedua terbaik selepas Singapura dengan angka IPR 9.1.

Gejala rasuah berlaku kerana wujudnya suasana atau peluang untuk memberi dan menerimanya.

Biasanya si penerima rasuah bersifat materialistik atau tamakkan harta. Beliau lebih mengutamakan

kepentingan individu keatas tugas dan tanggungjawabnya. Sungguhpun sifat ini di cegah dan dikutuk 

oleh agama, tetapi ia berleluasa dikalangan kakitangan kerajaan Melayu yang beragama Islam.

Si pemberi rasuah pula biasanya terdiri daripada golongan swasta yang berkepentingan yang mahu

mendapat sesuatu kontrak atau habuan kerajaan dengan jalan mudah. Terdapat juga golongan

 perasuah dari kalangan pesalah trafik, kastam, imigresyen dll. yang mahu mengelak daripada

tindakan undang undang.

Page 9: Rasuah Penghalang Kemajuan Negara

7/27/2019 Rasuah Penghalang Kemajuan Negara

http://slidepdf.com/reader/full/rasuah-penghalang-kemajuan-negara 9/22

Memandangkan pegawai kerajaan adalah orang Mealayu, jadi ramai daripada penerima rasuah

adalah orang Melayu. Begitu juga kerana ramai peniaga peniaga adalah orang Cina, jadi ramai yang

memberi rasuah adalah dari kaum Cina.

Dengan demikian gejala rasuah ini merupakan ancaman besar kepada negara, terutama kepada kaum

Melayu. Nampak nya bangsa Melayu bersifat lemah sekali ketika berdepan dengan masalah ini. Nilai

murni Islam yang sepatutnya menjadi benteng utama kaum Melayu nampaknya tidak berkesan dalam

hal ini. Dimanakah letaknya kesilapan kita sebagai bangsa Melayu dan penganut agama Islam?

Jika di pandang dari segi pendedahan kepada agama dan nilai murni, bangsa Melayulah yang paling

 banyak di beri ceramah agama, samaada melalui radio, televisyen, di masjid masjid, disekolah

sekolah, di foram foram dsb. Tetapi mengapa tiada kesannya, sehinggga kita memerlukan undang

undang yang begitu ketat sebagai pencegahan.

Adakah ini kerana penceramah agama Islam terlalu sebok berceramah politik? Mereka lebih gemar 

membincangkan sama ada Allah itu takbur atau tidak, sumpah Saiful itu betul ikut Islam atau Ikut

kaedah Ugama Kristen, ada empat saksi lelaki atau tidak, atau Islam Hadari itu Islam asal atau tidak.

Jika di teliti, perbalahan ini tidak perlu dan tidak memberi faedah kepada pembangunan ummah. Ini

semua memesongkan perhatian masyarakat kita kepada perkara yang tidak pokok dan lari daripada

 perkara yang perlu dalam membentuk peribadi Melayu.

Adakah ini kerana sikap jumud golongan Agama yang terlalu mengongkong umat Melayu, sehingga

ramai kini tidak menghiraukan langsung kata kata nasihat mereka?

Adakah ini berpunca daripada kelemahan sistem pendidikan kita yang kurang menitikberatkan soal

nilai murni, seperti integriti, kejujuran dan keikhlasan, serta kegagalannya menghindar nafsu tamak 

manusia?

Oleh kerana kelemahan Bangsa Melayu dalam hal ini, kerajaan mendapati perlu mengetatkan undang

undang pencegahan. Kita akui penyakit yang sudah mudarat, sukar di ubati. Sama ada langkah ini

akan berjaya hanya kita ketahui dalam jangka masa beberapa tahun yang akan datang.

Page 10: Rasuah Penghalang Kemajuan Negara

7/27/2019 Rasuah Penghalang Kemajuan Negara

http://slidepdf.com/reader/full/rasuah-penghalang-kemajuan-negara 10/22

Jika ditinjau suasana di Singapura, negara itu hampir bebas dari gejala rasuah, sungguhpun ia

memiliki sejarah pentadbiran serupa Malaysia. Tetapi Kerajaan Singapura sedar masalah ini sejak 

awal awal lagi dan mengabil tindakan dengan menaikkan gaji pegawai awam serta

memperhebatkan langkah pencegahan sebelum gejala rasuah bertapak di sana.

Di bawah aya perturunkan petikan akhbar South China Morning Post bertarikh August, 1973 yang

menyentuh perkara ini:

“Singapore’s approach to the problem of corruption is, we are told, simply one of efficiency in

administration. The theory is that there is no room for corruption which thrives much better in an

inefficient administration in which there are plenty of loopholes for it to flourish unnoticed and 

unchecked, where there is scope of hoodwinking and beating the system. An efficient administration

can only be run by people who are turned on by and, good at, efficiency; people who are thereby

content rather than discontent, fulfilled rather than frustrated, dedicated rather than disloyal,

 satisfied rather than dissatisfied, uncorrupt rather than corrupt. By giving people their self-respect 

and enough money in their pockets – by restoring to them, if you like, their dignity and its

corresponding integrity of purpose – they are more likely to regard corruption as beneath them and 

less likely to abandon their public and private consciences; less likely to sell their soul to the devil.” 

 Bob Crew in “On Corruption”, South China Morning Post August 1973 

Pendekatan secara undang undang ada baiknya, tetapi ada pula hadnya. Ini kerana ia berasaskanandaian pihak penguatkuasa dan pengamal undang undang itu sendiri cekap, tegas dan bebas

daripada rasuah. Perlu diingatkan penguatkuasaan undang undang dalam hal hal lain di Malaysia

 pada amnya adalah kurang berkesan.

Pendekatan undang undang juga kurang berkesan sebab pengamal rasuah seperti penjenayah lain

 pasti akan menemui loopholes dalam perundangan untuk meneruskan amalan buruk mereka.

Suatu kes yang berkaitan baru baru ini, tentang usaha Kementerian Pengangkutan mengurangkan

kemalangan dengan mensyaratkan teksi, lori, van penumpang dan bas perlu diperiksa tiap tiap tahununtuk membaharui lesen. Sepintas lalu tujuannaya baik, tetapi dalam suasana sekarang, ini akan

memberi peluang baru untuk pengamal rasuah dalam kerajaan.

Page 11: Rasuah Penghalang Kemajuan Negara

7/27/2019 Rasuah Penghalang Kemajuan Negara

http://slidepdf.com/reader/full/rasuah-penghalang-kemajuan-negara 11/22

Usaha memerangi rasuah kini adalah suatu langkah yang kritikal dan amat penting. Kejayaan atau

kegagalannya akan menentukan samaada negara kita akan terus menjadi negara maju menjelang

tahun 2020 atau sebaliknya menjadi kucar kacir dan menemui kegagalan.

Ini kerana, dengan wujudnya fenomena rasuah , budaya mementingkan diri sendiri dikalangan

 pegawai kerajaan, orang politik, dan penjawat lain berleluasa. Dengan suasana demikian setiap dasar 

dan program kerajaan tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan. Misalnya, ketika kerajaan

menetapkan dasar menghadkan pengambilan pekerja asing dalam sesuatu sektor, ini tidak 

diendahkan oleh pegawai pegawai yang berkenaan, pasti disebabkan rasuah. Ini berlaku walaupun

tindakan demikian membahayakan negara. Jikalah ramai anggota polis juga cuai dalam mengambil

tindakan keatas penjenayah atas sebab rasuah, pasti keselamatan negara akan terancam.

Jika keadaan begini berterusan pasti ia merosakkan budaya masyarakat, terutama dikalangan orang

melayu, mereka jadi hilang pedoman, negara menjadi kucar kacir dan ekonomi akan merudum.

Wabak rasuah di Malaysia merebah di semua lapisan masyarakat, dari pada orang politik atasan

hingga kakitangan bawahan, daripada yang bergaji lumayan hinggalah kepada yang bergaji kecil.

Maka usaha membenteras rasuah hanya dapat dijayakan melalui teladan. Ini bererti ia perlu bermula

daripada orang politik atasan supaya dapat diteladani kakitangan bawahan.

Oleh itu kerajaan dan semua masyarakat di negara ini perlu mengambil langkah yang perlu dan

tepat bagi menghindarkan amalan rasuah.

Update 2.11.11 

Kaji selidik Transparency International ke atas 28 buah negara mendapati bahawa Malaysia

mencatatkan 7.6 mata, iaitu di bawah mata purata sebanyak 7.8 daripada 10 mata penuh (tidak 

kemungkinan langsung memberi rasuah).

Keputusan terbaru itu adalah yang terbaik sejak indeks itu mula-mula diperkenalkan pada tahun 1999.

http://dahalmi.wordpress.com/2008/12/19/rang-undang-undang-suruhanjaya-pencegahan-

rasuahsprm2008/ 

Dari sudut undang-undang, perbuatan rasuah mencakupi:

Page 12: Rasuah Penghalang Kemajuan Negara

7/27/2019 Rasuah Penghalang Kemajuan Negara

http://slidepdf.com/reader/full/rasuah-penghalang-kemajuan-negara 12/22

  melanggar undang-undang yang dikuatkuasakan.

  penyalahgunaan harta negara.

  merugikan negara

  memperkaya diri sendiri dan kerabat.

Ekonomi[sunting] Rasuah mempersulit kemajuan ekonomi apabila kecekapan menurun selain mengubahsuaikan

sistem yang selama ini diterima pakai dan efektif. Dalam sektor swasta, perbelanjaan akan

meningkat kerana wujudnya perbelanjaan "di luar akaun", belanja perundingan dengan

pejabat/jabatan yang korup (duit kopi?), dan serta risiko pembatalan projek/konsesi. Walaupun

ada yang menyatakan bahawa rasuah mengurangkan kos kerana birokrasi berjaya "dicairkan",

penyelidikan terbaru mendapati hal demikian tidak berlaku, sebaliknya lebih tinggi lagi kosnya

kerana pejabat/jabatan korup tersebut akan membuat lebih banyak peraturan dan hambatan

yang baru. Rasuah juga menjejaskan persaingan dalam perniagaan dan pasaran seluruhnya

apabila syarikat tertentu yang mempunyai "hubungan" dilindungi daripada persaingan, lantasmelahirkan syarikat/industri yang tidak berdaya maju.

Rasuah menimbulkan kekacauan dalam sektor awam apabila perbelanjaan awam untuk projek-

projek kemasyarakatan yang sememangnya banyak, naik mendadak kosnya, sehingga

melepasi peruntukan awal. Pejabat/jabatan awam (mungkin juga kontraktor) mungkin

"mengubahsuai" projek tersebut (selepas menerima peruntukan daripada peringkat kerajaan

yang lebih tinggi, misalnya), walaupun sebenarnya tidak diperlukan, sebagai usaha

menyorokkan rasuah yang berlaku. Kemudiannya, keselamatan, keselesaan, dan kesan alam

sekitar projek tersebut menjadi pertaruhan . Rasuah juga menjejaskan kualiti perkhidmatan

sektor awam dan infrastruktur yang dirancangkannya, sekali gus mengenakan tekanan yang

hebat kepada belanjawan/bajet kerajaan.

Para pakar ekonomi berpendapat, antara punca ekonomi beberapa buah negara Asia dan

 Afrika berkembang lemah, terutama di Afrika, ialah rasuah yang berbentuk "penagihan sewa"

yang menyebabkan perpindahan penanaman modal ke luar negara, bukannya dilaburkan di

dalam negara (yang sering kali disebut orang betapa ramai diktator Afrika mempunyai akaun

bank di Swiss). Berbeza pula dengan diktator di Asia, seperti Suharto yang sering meminta

sogokan (daripada setiap biaya atau keuntungan projek), namun lebih memberikan perhatian

dalam pelaburan dalaman, seperti dalam projek prasarana, kewangan, perbankan, dan lain-lain

(yang bermanfaat kepada rakyat jelata Indonesia). Pakar daripada Universiti Massachussetts

memperkirakan, dari tahun 1970 hingga 1996, "perlarian" modal 30 buah negara Sub-Sahara

berjumlah sekitar US $187 bilion (RM710.6 bilion); melebihi jumlah hutang luar negara-negara

tersebut! (Hasilnya, Mancur Olson mengutarakan model ekonomi tentang pembantutan

pembangunan). Dalam kes Afrika lagi, antara punca lain termasuklah ketidakstabilan politik;

dan kerap kali kerajaan baru yang berjaya menggulingkan pemerintah lama, merampas segala

harta kerajaan terdahulu yang diperoleh daripada rasuah. Mereka kemudiannya akan

Page 13: Rasuah Penghalang Kemajuan Negara

7/27/2019 Rasuah Penghalang Kemajuan Negara

http://slidepdf.com/reader/full/rasuah-penghalang-kemajuan-negara 13/22

melakukan perkara yang sama, tanpa henti, dan menyimpan hasilnya di seberang laut untuk

persiapan "masa-masa sukar"

http://ms.wikipedia.org/wiki/Rasuah 

2.0. Ciri-ciri Masalah Etika 

Kebanyakan keputusan yang dibuat selalunya memberi kesan yang berlarutan sama ada

kepada pihak yang membuat keputusan atau pihak yang menerima sesuatu keputusan tersebut.

Ini kerana keputusan dan tindakan yang diambil oleh pihak pengurusan ataupun individu

tersebut tidak hanya memberi kesan kepada satu pihak ataupun pada satu tahap sahaja.

Kesan-kesan ini juga boleh memberi kesan ke atas sesebuah masyarakat setempat sekiranya

keputusan yang diambil melibatkan sesuatu tindakan untuk masyarakat itu sendiri. Sebagai

contoh melalui pemberian rasuah, sesetengah pihak merasakan bahawa dengan memberi

rasuah proses kerja yang dilakukan dapat dipercepatkan. Ini secara tidak langsung memberi

kesan kepada organisasi tersebut dan juga masyarakat kerana percaya hanya dengan memberi

rasuah sesuatu pekerjaan itu dapat dilaksanakan atau diproses dengan cepat. Ini juga akan

menyebabkan amalan rasuah menular di kalangan masyarakat tersebut dan tiada ketelusan di

dalam sesebuah organisasi. 

2.1 Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Kesan Yang Berlarutan. 

Seperti masalah yang saya hadapi di universiti saya ini, saya rasakan bahawa tindakan tersebut

telah memberi kesan yang berpanjangan kepada masyarakat. Ini kerana dengan tindakan

beliau yang lebih mengutamakan pemohon yang mempunyai hubung kait dengan beliau sendirisecara tidak langsung menafikan pemohon yang benar-benar layak untuk belajar di universiti.

Keputusan untuk tidak bersikap adil ini juga boleh menyumbang kepada masalah

pengganguran kepada negara. Ia juga boleh menyebabkan pemohon yang tidak berjaya ini

merasa kurang bermotivasi untuk melanjutkan pelajaran mereka dan setersunya ini boleh

merugikan negara. 

2.2 Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Kepelbagaian Alternatif  

Banyak keputusan yang dibuat dilihat sebagai keputusan yang dibuat tanpa melihat segala

alternatif yang ada. Keputusan yang baik hendaklah dibuat dengan menilai segala alternatif 

yang ada. Masalah yang dihadapi hendaklah dikaji dengan teliti terlebih dahulu. Setelah punca

masalah dikenalpasti, segala alternatif bagi menangani masalah tersebut hendaklah

dikenalpasti. Penilaian terhadap setiap alternatif tersebut hendaklah dinilai dan alternatif yang

terbaik hendaklah diambil sebagai keputusan yang dibuat. 

Page 14: Rasuah Penghalang Kemajuan Negara

7/27/2019 Rasuah Penghalang Kemajuan Negara

http://slidepdf.com/reader/full/rasuah-penghalang-kemajuan-negara 14/22

Pegawai kami hendaklah terlebih dahulu melihat segala alternatif yang ada sebelum membuat

keputusan untuk menyenaraipendekkan 10 nama saudara-mara beliau. Keputusan yang dibuat

oleh beliau dilihat sebagai satu keputusan yang tidak mempunyai alternatif lain terutamanya

ketika keputusan yang dibuat melibatkan saudara-mara beliau. Disebabkan kegagalan beliau

untuk melihat segala alternatif yang yang ada bagi menyelesaikan masalah kemasukan pelajar ke universiti terutamanya yang melibatkan saudara-mara beliau, keputusan yang diambil

didapati tidak beretika. 

2.3 Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Hasil Yang Pelbagai 

Banyak keputusan yang dibuat pada hari ini akan memberi hasil yang berbeza pada masa

hadapan. Kebanyakan keputusan yang dibuat tidak memberikan hasil seperti yang diharapkan

oleh sesetengah pihak dan ini secara tidak langsung memberi kesan yang negatif terhadap

organisasi itu sendiri. Sebagai contoh bangunan kompleks mahkamah baru yang bocor ini

adalah akibat dari sikap pemaju yang hanya memikirkan keuntungan sahaja. Sikap tamak

pemaju yang ingin memaksimakan keuntungan dengan menggunakan bahan binaan yang tidak

berkualiti ini telah menjejaskan imej syarikat itu sendiri. Walaupun pada hakikatnya syarikat

berkenaan untung daripada projek pembinaan komplek mahkamah itu, tetapi hasil yang

berbeza didapati oleh syarikat berkenaan dari segi imejnya akibat dari kebocoran yang sering

dihadapi oleh bangunan mahkamah berkenaan. 

Hasil yang sama juga berlaku terhadap keputusan yang dibuat oleh pegawai di universiti

yang menyenaraipendekkan nama saudara-mara beliau pada sesi pengambilan kedua

universiti. Walaupun pada pandangan di pihak saudara-mara beliau yang meyifatkan beliau

sebagai seorang yang mengutamakan semangat kekeluargaan, akan tetapi dengan tindakan

beliau itu sekiranya diketahui umum akan menyebabkan integriti universiti khususnya jabatan

saya iaitu jabatan yang bertanggungjawab mengenai kemasukan pelajar akan tercalar. Ini

secara tidak langsung akan menyebabkan nama elit universiti akan tercemar disebabkan

dengan tindakan beliau yang menafikan hak awam untuk masuk ke universiti. 

2.4 Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Akibat Yang Tidak Menentu 

Kebanyakan keputusan yang diambil dilihat sebagai keputusan yang mempunyai risiko yangminima. Ini kerana keputusan diambil setelah segala alternatif yang ada telah dinilai sesebelum

sesuatu keputusan itu dibuat. Sebagai contoh tindakan untuk sebuah kilang yang telah

memasang alat penapis asap untuk mengurangkan pencemaran udara, tindakan ini diambil

atas dasar untuk mengurangkan kadar pencemaran udara akibat dari penggunaan mesin di

Page 15: Rasuah Penghalang Kemajuan Negara

7/27/2019 Rasuah Penghalang Kemajuan Negara

http://slidepdf.com/reader/full/rasuah-penghalang-kemajuan-negara 15/22

dalam kilang. Walaubagaimanapun, dengan kegunaan alat penapisan asap ini kadar 

pencemaran udara tidak berkurangan kerana alat yang digunakan berkualiti rendah. 

Sama seperti dengan tindakan pegawai saya yang telah memasukkan 10 nama saudara beliau

di dalam senarai pendek pemohon bagi pengambilan kedua universiti. Walaupun nama-nama

saudara beliau telah disenaraipendekkan, ini tidak bermakna nama-nama tersebut akan terus

dapat diterima untuk melanjutkan di universiti ini. Nama-nama ini akan melalui pelbagai tapisan

yang akan dilakukan oleh fakulti-fakulti yang terlibat dengan sesi pengambilan pelajar kali ini. 

2.5 Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Implikasi Peribadi 

Pendapat yang mengatakan kebanyakan keputusan korporat adalah dibuat tanpa

mengambilkira kepentingan peribadi adalah tidak benar. Ini kerana kebanyakan keputusan yang

dibuat sebenarnya sedikit sebanyak mengira kepentingan peribadi terutamanya pihak atasan.

Sebagai contoh walaupun keuntungan sesebuah syarikat itu adalah rendah disebabkan kos

 jualan yang meningkat, ini tidak mempengaruhi keputusan syarikat yang ingin bayaran bonus

sebanyak 2 bulan kepada kakitangan dibuat. Keputusan yang diambil akan menjejaskan

kedudukan kewangan syarikat. Walaubagaimanapun, demi untuk menjaga kepentingan

peribadi kepentingan pihak atasan keputusan untuk membayar bonus ini tetap dibuat. 

Keputusan pegawai saya untuk memasukkan nama saudara beliau di 10 tempat terakhir 

senarai pendek calon tersebut adalah bersifat peribadi. Beliau langsung tidak mengambilkira

kelayakan yang ada pada pemohon yang lain. Tindakan ini secara tidak langsung akan

menyebabkan tahap intergriti beliau berkurangan terutama di kalangan kakitangan bawahanbeliau. 

3.0 Teori Etika 

Etika bermaksud prinsip -prinsip dan peraturan moral yang dapat di terima umum sebagai cara

untuk mengawal seseorang individu supaya berkelakuakn baik. Faktor-faktor yang

mempengaruhi eitika seseorang individu ialah pengaruh keluarga, pengaruh rakan sebaya,

pengalaman seseorang, nilai moral diri seseorang individu, dan faktor-faktor situasi (kerana

tiada pilihan lain). 

3.1 Ciri Taakulan Etika 

Secara universal, semua masyarakat di dunia perlu suatu cara analitikal yang konsistan untuk

mengklasifikasikan sesuatu perbuatan yang di lakukan salah atau tidak. Namun ada perkara

Page 16: Rasuah Penghalang Kemajuan Negara

7/27/2019 Rasuah Penghalang Kemajuan Negara

http://slidepdf.com/reader/full/rasuah-penghalang-kemajuan-negara 16/22

yang menjadi satu kesalahan pada sesuatu masyarakat tidak menjadi kesalahan pada

masyarakat yang lain. Sebagai contoh, agama Islam melarang umatnya untuk minum minuman

keras, namun ada agama yang tidak menghalang pengikutnya dari mengambil minuman

berkenaan. Ini bermakna, tidak ada satu pun cara pun yang sempurna untuk di jadikan

piawaian peraturan etika. Walaubagaimana pun terdapat 5 cara atau teori yang boleh di jadikan sebagai panduan dalam membuat keputusan beretika. Teori berkenaan adalah teori

hukum alam, teori etika teleologikal klasik (Utilitarianism), Teori etika Deontologikal

klasik(Universalism), Teori pengagihah keadilan dan teori kebebasan diri sendiri. 

3.2 Teori Hukum Alam 

Hukum alam ialah hukum atau etika yang berkait rapat dengan agama dan

kepercayaan. Apa yang betul dan salah dalam teori ini adalah bergantung kepada pegangan

agama dan kepercayaan sesebuah masyarakat atau kaum . Setiap satu agama telah

menetapkan hukum untuk kaumnya dan mereka harus mematuhi hukum itu . Kelebihan yang

ada pada teori hukum ini ialah , ia di terima oleh semua golongan yang berpegang pada agama

dan ia di terima sepanjang zaman. Namun apa yang menjadikan teori ini tidak sempurna ialah,

ia tidak universal kerana setiap agama mempunyai pegangan, pemahaman dan

kepercayaan masing-masing, jadi mereka mempunyai moral,etika dan nilai murni yang berbeza. 

Sebagai seorang yang beragama Islam, saya percaya bahawa pegawai saya telah berlaku tidak

adil pada pelajar tersebut. (tidak adil dalam konteks Islam ialah tidak meletakkan sesuatu pada

haknya). Dengan menidakkan hak pelajar-pelajar itu, jelas menunjukkan pegawai itu melakukan

perbuatan yang haram di sisi Islam dengan . “Islam memerintahkan kepada kita agar kita

berlaku adil kepada semua manusia. iaitu keadilan seorang Muslim terhadap orang yang

dicintai, dan keadilan seorang Muslim terhadap orang yang dibenci. Sehingga perasaan cinta

itu tidak bersekongkol dengan kebathilan, dan perasaan benci itu tidak mencegah dia dari

berbuat adil dan memberikan kebenaran kepada yang berhak. “ (Dr. Yusuf Qardhawi : 24 Jun

2007)http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/Masyarakat/Adil.html 

 Allah SWT berfirman: 

“Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar menegakkan keadilan,

menjadi saksi kerana Allah biarpun terhadap dirimu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabatmu .” (Al Quran , surah An-Nisa‟: ayat 135)”. (Dr. Yusuf Qardhawi : 24 Jun 2007). 

Menurut agama Islam, apabila seseorang itu telah melakukan kesalahan, orang lain

yang menyedari kesalahannya itu wajib memberitahu atau membetulkan kesalahannya, dan di

dalam Islam ada beberapa tahap yang boleh di ikuti. Langkah yang pertama, kita seharusnya

menasihatinya secara berhikmah, dimana orang yang melakukan kesalahan tadi akan dapat

berfikir tentang kesalahan dan dosanya dan pada masa yang sama dia tidak akan berasa hati

Page 17: Rasuah Penghalang Kemajuan Negara

7/27/2019 Rasuah Penghalang Kemajuan Negara

http://slidepdf.com/reader/full/rasuah-penghalang-kemajuan-negara 17/22

dengan orang yang menegur. Jika ia tidak berkesan,terdapat cara yang kedua iaitu dengan

menggunakan orang yang di hormati oleh si pembuat salah untuk menegurnya dan jika cara ini

 juga tidak berhasil barulah cara lebih keras boleh di lakukan, iaitu dengan cara membawa

perkara ini ke muka pengadilan. Sesuai dengan hadis Rasulullah S.A.W dari riwayat Muslim

dan Ibn Majah:- 

“Barang siapa diantara kamu melihat suatu kemungkaran maka hendaklah ia merubahnya

dengan tangannya, dan jika ia tak mampu maka dengan lisannya, dan jika ia tak mampu juga

maka dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman”  (http://www.mail-archive.com/mencintai-

[email protected]/msg00322.html  : 24 June 2007) 

Jadi dengan menggunakan teori hukum alam ini, saya seharusnya menasihati pegawai atasan

saya dan jika tidak berjaya barulah saya boleh melakukan cara yang lain seperti yang telah di

bincangkan. 

3.3 Teori Etika teologikal Klasik (Utilitarianism) 

Teologikal adalah terma yang wujud dalam bahasa Greek yang bermaksud hasil keputusan

atau kesan. Sistem teologi etika ini memberi fokus kepada kesan sekarang berbanding niat

seseorang individu. Terma inilah yang dikatakan Utilitarianism. Teori ini bergantung kepada

kesan hasil daripada tindakan seseorang. Jika tindakan seseorang atau sesebuah masyarakat

itu betul, maka ia akan membawa faedah dan jika tidak ia membawa kepada keburukan kepada

ramai orang. Pengagihan kesaksamaan dalam teori ini menggunakan suara majoriti. Namun

teori ini masih kurang sempurna kerana ia hanya mengutamakan suara majoriti, danmengabaikan serta mengekploitasi suara minoriti . Tidak ada keseimbangan faedah yang

terima oleh minoriti berbanding majoriti. 

Berdasarkan kepaada teori ini, pegawai pemilihan itu tidak harus mengambil saudara maranya

menjadii calon yang layak mendapat tempat di universiti ini kerana ia tidak membawa apa-apa

faedah kepada masyarakat tetapi faedah hanya pada dirinya sendiri. Jika saudara maranya di

pilih, pegawai itu akan di senangi oleh kaum keluarganya sahaja, dan dia telah menyekat

peluang orang lain untuk menimba ilmu. Tetapi jika pegawai itu memberikan peluang kepada

orang lain, dia telah membantu masyarakat dengan menaikkan taraf sosio ekonomi keluargaorang lain dengan peluangnya memberikan pelajar itu tempat dalam universiti. Dengan

penggunaan teori ini , jelas keputusan yang patut di ambil ialah memberikan tempat dalam

universiti kepada orang yang memang berkelayakan tanpa mengira status perhubungan yang

terjalin antara pegawai pemilihan. 

Page 18: Rasuah Penghalang Kemajuan Negara

7/27/2019 Rasuah Penghalang Kemajuan Negara

http://slidepdf.com/reader/full/rasuah-penghalang-kemajuan-negara 18/22

 

3.4 Teori Etika Deontologi Klasik (Universalism) 

Pendekatan deontologi adalah membawa maksud tugas dan komitmen terhadapseseorang individu di dalam bahasa Greek. Teori ini berdasarkan kepada niat seseorang itu

dan bukannya bergantung kepada hasil dari tindakan. Dalam teori ini, jika niat seseorang itu

baik, maka kesan hasil dari tindakannya itu akan menjadi baik, dan begitu juga

sebaliknya. Teori ini juga menganggap bahawa semua manusia tidak terpengaruh antara satu

sama lain dan tidak kelam  – kabut serta dengan menggunakan teori ini semua orang akan di

beri layanan yang sama rata. Oleh yang demikian teori ini menganggap bahawa jika seseorang

itu berniat baik selalunya akan membawa kepada hasil yang baik dan jika seseorang itu berniat

baik, maka ia semestinya untuk kebaikan semua pihak. Namun ada kekurangan terhadap teori

ini kerana kita sebagai manusia tidak tahu menilai sejauh manakah niat baik seseorang, dan

bagimana mahu menginterprestasinya. Selain itu, adalah mustahil untuk memberikan layanan

yang sama rata kerana setiap orang mempunyai perasaan, nilai, moral dan pemikiran yang

berbeza. 

Berdasarkan kepada teori ini, pegawai tersebut tidak patut mengambil calon-calon

pilihannya kerana masih lagi terdapat calon yang layak untuk mendapatkan tempat di universiti

ini. Ini kerana menurut teori ini semua manusia harus menerima layanan yang sama.

Jadi semua pelajar yang merayu akan mendapat pertimbangan yang sama dan ini akan

menyebabkan calon persendirian yang di pilih tersingkir dari senarai penganbilan pelajar rayuan. 

3.5 Teori Pengagihan Keadilan 

Teori ini menekankan kepada pengagihan yang adil kepada semua manusia 

dan ia berdasarkan kepada keadilan dan nilai murni sesebuah masyarakat. Ia mementingkan

kerjasama antara satu institusi atau masyarakat, Pengagihan keadilan ini adalah berdasarkan

kepada kesamarataan, keperluan, kebolehan dan sumbangan seseorang. Namun teori ini

masih kurang berkesan kerana teori ini menidakkan kelebihan seseorang individu. Sebagai

contoh walaupun seseorang itu tidak banyak menyumbang untuk sesuatu perkara itu, tetapi diamempunyai kebolehan dan kemahiran yang tinggi, berbanding pada seseorang yang banyak

menyumbang tetapi tidak mempunyai kemahiran dan kebolehan. Jadi pengagihan yang adil

tidak dapat di lakukan. 

Seperti juga masalah dilema yang saya hadapi ini, pegawai atasan saya tidak mengagihkan

kesamarataan, dan tidak melihat kebolehan calon sebelum membuat keputusan. Jadi,

Page 19: Rasuah Penghalang Kemajuan Negara

7/27/2019 Rasuah Penghalang Kemajuan Negara

http://slidepdf.com/reader/full/rasuah-penghalang-kemajuan-negara 19/22

berdasarkan teori ini jelas menunjukkan bahawa pegawai saya itu tidak membuat keputusan

yang tepat. 

3.6 Teori Kebebasan Diri 

Menurut teori yang di cadangkan oleh Robert Norzick ini, ia adalah berdasarkan 

kepada kebebasan atau hak seseorang individu. Menurut Norzick undang-undang  –undang

atau nilai sesebuah masyarakat yang menyekat kebebasan individu patut di tolak. Menurutnya

lagi seseorang itu mempunyai hak untuk memegang kekayaan atau pun apa sahaja yang di

miliki tanpa berkongsi dengan orang lain tetapi mereka juga mempunyai hak untuk

memberikannya kepada sesiapa sahaja yang di sukainya. Seseorang individu di benarkan

untuk memilih salah satu alternatif pilihannya sendiri mengikut kehendaknya. Teori ini juga

mempunyai kelemahan iatu ia mempunyai definisi yang sempit tentang kebebasan yang mana

akan memberikan impak yang negatif kepada orang lain. 

Mengikut teori ini, pegawai pemilih patut di beri hak untuk memilih calon yang di kehendaki,

yang mana cara yang di lakukan oleh pegawai pemilihan ini tidak bertentangan dengan etika

dalam teori ini. walaupun impak negatifnya sanagt besar, iaitu dengan memperdagangkan

masa depan orang lain. 

4.0 Masalah menurut undang-undang 

Sebelum penyelesaian masalah menurut undang-undang di huraikan, eloklah di nyatakan

definisi tentang undang-undang. Undang-undang bermaksud satu set dokumen bertulis yang

mengandungi peraturan dan telah di di wartakan di dalam sesebuah masyarakat. Tujuannya

adalah untuk mengawal tingkah laku seseorang individu di dalam sesebuah masyarakat. 

Berdasarkan kepada masalah tentang ketidakadilan pemilihan pelajar rayuan, mengikut

undang-undang., selagi tiada bukti yang konkrit yang menyatakan pegawai itu bersalah , maka

beliau tidak akan bersalah. Ini kerana undang-undang tidak dapat membuktikan seseorang itu

 jujur atau tidak. Jadi , secara keseimpulannya apa yang di lakuakan oleh pegawai itu adalah

tidak salah dari segi undang-undang. Namun, dari segi etika, 4 daripada 5 etika yang di

bincangkan menyatakan bahawa perbuatan pegawaiitu adalah salah. Jadi terdapat

percanggahan antara undang-undang dan etika. 

Page 20: Rasuah Penghalang Kemajuan Negara

7/27/2019 Rasuah Penghalang Kemajuan Negara

http://slidepdf.com/reader/full/rasuah-penghalang-kemajuan-negara 20/22

 

5.0 Penyelesaian masalah 

Kesimpulan yang dapat di buat setelah meneliti kelima-lima teori etika dan 

hukum mengikut undang-undang dapatlah disimpulkan bahawa apa yang dilakukan oleh

pegawai itu adalah suatu perbuatan yang salah, tidak beretika dan bermoral kerana teori hukum

alam, teori universalism, teori utilitarians dan teori pengagihan keadilan jelas menunjukkan apa

yang dilakukan itu bertentangan dengan teori tersebut walaupun teori hak kebebasan diri dan

undang-undang menyatakan ia tidak salah. 

Oleh itu saya membuat keputusan untuk memberitahu pihak atasan walaupun saya tahu saya

akan merosak serta menjejas laluan kerjaya saya . Saya berbuat demikian kerana saya

merasakan tidak ada keadilan kepada pelajar yang layak dan saya harus menegakkan keadilan

bagi mereka. Saya juga percaya kepada konsep teori pengagihan keadilan. Selain itu saya

berpegang kepada teori utilitarian yang mana jika saya tidak menyekat kegiatan pegawai saya

itu, ia akan menjadikan ramai golongan yang keciciran dari arus pendidikan dan ini seterusnya

akan menyebabkan kerugian yang besar kepada negara kerana kehilangan banyak cerdik

pandai di negara ini. Justeru walaupun saya terpaksa menghadapi risiko pada kerjaya, saya

tetap megambil keputusan itu kerana saya mengetahui apa yang saya lakukan adalah suatu

keputusan yang terbaik. 

http://myoum.wordpress.com/2008/05/02/oumm-3203-%E2%80%93-etika-profesional/ 

8/20/2010 

RASUAH

Seterusnya, rasuah juga mewujudkan ketidakstabilan sosial. Rasuah amat bertentangan

dengan alam. Misalnya, hanya mereka yang sanggup melakukan rasuah sahaja akan

mendapatkan projek yang ditawarkan walaupun mereka tidak berkelayakan menjalankan

sesuatu kerja dengan baik. Ini bermakna, hasil daripada perbuatan rasuah, golongan yang

kaya aka terus kaya manakala golongan miskin akan terus tertindas. Umpamanya, banyakprojek kerajaan di negara ini dimonopoli oleh golongan tertentu yang mempunyai kaitan

persaudaraan atau hubungan intim dengan pihak tertentu, walhal kerja yang dihasilkan

tidak berkualiti atau mengikut piawai yang ditetapkan. Masalah jenayah juga kian meningkat

ekoran amalan rasuah. Hal ini demikian kerana penjenayah boleh melepaskan diri daripada

tindakan undang-undang dengan mudah melalui rasuah. Masalah rasuah juga boleh

menyebabkan keselamatan negara terjejas. Misalnya, kemasukan pendatang tanpa izin ke

Page 21: Rasuah Penghalang Kemajuan Negara

7/27/2019 Rasuah Penghalang Kemajuan Negara

http://slidepdf.com/reader/full/rasuah-penghalang-kemajuan-negara 21/22

negara ini ada kaitan dengan unsur rasuah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Sebagai akibatnya, kes jenayah, rompakan dan pembunuhan yang dilakukan oleh

pendatang semakin meningkat, sekali gus menggugat keamanan negara.

Rasuah juga menyebabkan ekonomi negara terjejas. Kekacauan politik berlaku keranaamalan rasuah yang boleh menjejaskan keputusan pilihan raya negara kita. Institusi

kerajaan yang ampuh dan mapan ini akan menjadi porak-peranda dan huru-hara, akhirnya

rakyat akan menderita. Kesannya, pelabur asing akan menghentikan keinginan mereka

untuk melabur di negara kita. Kekurangan modal seterusnya boleh membantutkan

perkembangan ekonomi negara. Lantaran ini, perjalanan projek-projek mega akan

tergendala dan syarikat-syarikat akan muflis jika kita tidak mengatasi kemelut sosial ini

dengan cepat. Rasuah menjadi musuh utama negara kerana boleh menghilangkan

semangat kerja seseorang dan menindas mereka yang bekerja dengan jujur dan penuhtanggungjawab. Produktiviti pekerja yang rendah akan memburukkan ekonomi negara.

http://starflower-gejalasosial.blogspot.com/2010/08/rasuah_27.html 

http://www.2dayblogger.com/malaysia-di-ranking-ke-54-dalam-indeks-persepsi-rasuahcpi/ 

Malaysia Di Ranking Ke-54 Dalam IndeksPersepsi Rasuah(CPI)Posted by: Faisal

Malaysia meningkat ke tangga 54 dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) tahun ini berbanding

tangga ke-60 tahun lalu

PETALING JAYA  – Malaysia meningkat ke tangga 54 dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI)tahun ini berbanding tangga ke-60 tahun lalu, menurut Presiden Transparensi AntarabangsaMalaysia (Ti-M), Datuk Paul Low.Beliau berkata, Malaysia mendapat 49 dari 100 mata padasurvei yang menilai tahap penerimaan rasuah sektor awam di kalangan 176 negara.“Penambahbaikan ini dijangka. Semua usaha dan langkah yang diambil kerajaan, SuruhanjayaPencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelasanaan(Pemandu) telah membuahkan hasil dan kita berharap Malaysia berupaya memecah rekod,”  katanya pada sidang media mengenai keputusan CPI Malaysia untuk 2012, yang dikeluarkanTransparensi Antarabangsa seluruh dunia di sini.“Terdapat penambahbaikan pada ranking, tetapi kedudukan Malaysia terus berada purata julattengah dan kita berharap untuk melihat dalam tempoh dua tiga tahun lagi, meningkat luar biasakepada poin 60,” katanya.Beliau memuji komitmen kerajaan dalam memerangi rasuah di manaMalaysia merupakan satu-satu negara di dunia yang berani memasukkan CPI sebagaisebahagian Indeks Prestasi Utama (KPI) bagi memerangi rasuah.

Page 22: Rasuah Penghalang Kemajuan Negara

7/27/2019 Rasuah Penghalang Kemajuan Negara

http://slidepdf.com/reader/full/rasuah-penghalang-kemajuan-negara 22/22

 

Low berkata, Malaysia beranking ketiga di kalangan negara Asean di belakang Singapura yangmemperoleh 87 mata diikuti Brunei Darussalam di tempat kedua dengan 55 mata.Thailand (37mata), Filipina (34), Indonesia (32), Vietnam (31), Kembodia (22), Laos (21) dan Myanmar (15).Tiga tempat teratas ialah Denmark, Finland dan New Zealand masing-masing memperoleh 90mata diikuti Sweden (88), Singapura (87), Switzerland (86), Australia dan Norway masing-masing mendapat 85 mata diikuti Kanada dan Belanda dengan masing-masing mengumpul 84mata.Dalam respons segera, Pengarah NKRA dan NKEA Pemandu, D. Ravindran berkata, merekaakan menggandakan usaha memerangi rasuah termasuk memperkenalkan kursus untukpembuat undang-undang yang akan dilakukan SPRM dan Jabatan Peguam Negara.Beliau berkata, Pemandu turut gembira untuk bekerjsama dengan Ti-M dan Institut IntegritiMalaysia dan SPRM dalam menangani isu rasuah secara lebih serius. – Bernama

13/7/2013