Upload
lydy-limbai
View
126
Download
8
Embed Size (px)
DESCRIPTION
mnm
Citation preview
Ratu Lebah yang Tamak
• Di atas sebatang pokok terdapat satu sarang lebah yang sangat besar.... Di dalamnya, tinggal Ratu Lebah bersama dua ekor pengikutnya iaitu lebah 1 .. & lebah 2 .. . – hi sy ratu lebah
• Berhampiran pokok tersebut terdapat sebuah kebun bunga yang luas. Kebun bunga itu milik seorang penjual madu yang kaya raya. Lebah-lebah itu sangat gembira tinggal di situ. (can mali can )
• Namun, Ratu Lebah sangat tamak, dia mahu lebah-lebah itu membawa pulang madu yang banyak setiap hari. *hoi kamu dua.. Sy nak kamu membawa pulang madu banyak2 hari ni ! Seka..rang !
• Walaupun kepenatan kerana terpaksa membawa pulang madu yang banyak, 2 ekor lebah itu terpaksa juga menurut perintah Ratu Lebah yang tamak itu
• lebah 1 : adoi penatnya .. Tulang aku dah patah2 ni. • Lebah 2 : aku pun.. Ehh kejap kejap..kita ni lebah
kan ? Mana ada tulang laaaa• Lebah 1 : apuuuu… hihihiSedang asyik menghisap madu di kebun bunga itu,seekor lebah itu berkata lagi,
• Lebah 1 : Aku sudah penat menghisap madu di sini. Setiap hari kita perlu membawa pulang madu yang banyak untuk ratu.
• Lebah 2 : Betul kata kau wahai momo, marilah kita pergi ke rumah penjual madu itu, di sana pasti terdapat lebih banyak madu.
• Lebah 1 : Ya, betul tu. Ratu pasti gembira jika kita berjaya membawa pulang madu yang banyak.
• Lebah 2 : saya setuju! Ayuh kita ke sana!
• Tanpa membuang masa, 2 ekor lebah itu segera terbang menuju ke rumah penjual madu. *zssssssssssss
• Setibanya di sana, lebah-lebah itu sungguh teruja kerana terdapat banyak bekas yang berisi madu di situ. *wooooo...banyaknyaaa
• Lebah 1 : Tepat sekali jangkaan aku. Ada 4 bekas berisi madu yang sangat besar di sini.
• Lebah 1 segera terbang menuju ke arah bekas 1 dan Lebah 2 menuju ke arah bekas 2. *zssssssss..masa untuk makan dengan sepuas hatii
• L1 : lulu, kau sudah kenyang ke belum ?• L2 : erkkkk.. Perut aku dah buncit ni..• L1 : kalau macam tu mari kita balik
l2 : jommmm• Setelah puas, 2 ekor lebah itu pulang ke sarang dengan gembira
lalu menceritakan tentang rumah penjual yang penuh dengan madu itu. Ratu Lebah sangat teruja mendengar cerita itu.
• L2: ratu..ratu... Kami jumpa banyak sangat madu..kenyang sangat• L1 : betul betul betul tu ratuuuu• Ratu : betul ke ni ? Kat mana ?Jangan kamu berani menipu beta !!• L2 : sumpah ratu..sumpah tak tipu..• Ratu Lebah : kalau begitu..Mari kita pergi ke sana... Beta mahu
melihat dengan mata kepala sendiri..
• 2 ekor lebah yang kepenatan itu terkejut mendengar kata-kata Ratu Lebah. Namun, mereka tidak berani membantah dan terpaksa membawa Ratu Lebah ke rumah itu semula.
• Setibanya mereka di sana, 3 bekas madu telah pun ditutup oleh penjual madu itu. Hanya tinggal 1 bekas yang masih terbuka.
• Ratu Lebah : Cepat! Cepat ! Beta mahu madu yang banyak lagi.
• 2 ekor Lebah : Baik tuanku! ayuhh
• Lebah-lebah itu termasuk Ratu Lebah segera terbang ke arah bekas ke-4 yang masih terbuka dan segera mengambil madu dengan banyak.
• Ratu Lebah : Beta mahu kamu semua hisap madu-madu ini dengan banyak sehingga perut kamu penuh.
• Lebah 1 : Tapi Ratu, badan kami akan menjadi berat dan kami pasti tidak mampu untuk terbang nanti.
• Lebah 2 : Betul tu Ratu, patik sudah berasa sangat kenyang.
• Ratu Lebah : Jangan melawan perintah beta!
• 2 ekor lebah itu terdiam dan hanya menurut perintah. Tiba-tiba penjual madu datang dan mahu menutup bekas madu itu.
• Lebah 2 : Ratu! Bekas madu ini akan ditutup, kita harus pulang segera.
• Ratu : haaa.. Mari kita keluar dari sini..cepat !!!!
• Ratu Lebah terkejut dan cuba untuk terbang, namun badannya menjadi sangat berat dan Ratu Lebah tidak mampu untuk terbang. Begitu juga dengan 2 ekor lebah yang lain.
• Ratu : adooooii..tolong tolong..beta tidak mampu untuk membangunkan diri..
• L1 : kami punnn..• L2 : mati la kitaaMereka semua tidak dapat keluar kerana
terperangkap di dalam bekas madu itu dan akhirnya mereka mati.