15
PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN DISEDIAKAN OLEH: NURUL HANA BT MOHD ROSELE 5 PISMP PM/PJ/RBT PENSYARAH: ENCIK ROSLEE BIN OSMAN

RBT ASGMNT.pptx

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: RBT ASGMNT.pptx

PERNIAGAAN DAN

KEUSAHAWANAN

DISEDIAKAN OLEH:NURUL HANA BT MOHD ROSELE

5 PISMP PM/PJ/RBTPENSYARAH: ENCIK ROSLEE BIN

OSMAN

Page 2: RBT ASGMNT.pptx

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Umum :• Untuk mengenalpasti usahawan yang

berjaya dalam perniagaan.• Untuk mengenalpasti ciri-ciri yang

diperlukan untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.

• Menyenaraikan dan menghuraikan manfaat hubungan antara usahawan dengan komuniti.

• Menjelaskan kandungan ilmu yang berkaitan dengan bidang perniagaan dan keusahawanan.

• Menghuraikan konsep dan dimensi jaringan usahawan.

 

Page 3: RBT ASGMNT.pptx

Objektif Khusus :• Untuk mengenal pasti latar belakang perniagaan,

kewangan perniagaan, pemasaran dan perakuanan perniagaan.

• Untuk mengetahui situasi sebenar dan pengalaman seseorang usahawan yang berjaya melalui temu bual.

• Untuk menghasilkan laporan yang lengkap yang merangkumi latar belakang perniagaan, kewangan perniagaan, pemasaran dan perakaunan perniagaan.

• Menghasilkan satu penulisan refleksi berkaitan dengan tugasan.

Page 4: RBT ASGMNT.pptx

TUJUAN KAJIAN• Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk

menambahkan ilmu pengetahuan guru pelatih mengenai ilmu perniagaan dan keusahawanan.

• Kehendak tugasan ini memerlukan guru pelatih menemubual seorang usahawan yang berjaya bagi menilai dan meneliti bagaimana seorang usahawan menjalankan perniagaannya serta hubungannya dengan komuniti.

Page 5: RBT ASGMNT.pptx

KAEDAH KAJIANKaedah yang perlu diaplikasikan untuk tugasan ini ialah kaedah temubual. Kaedah temubual yang saya gunakan ialah temubual secara bersemuka. Kaedah ini memerlukan saya sebagai guru pelatih bertentang mata dengan usahawan yang menjadi pilihan. Usahawan yang menjadi pilihan saya ialah Encik Marwan Bin Mokhtar.

Page 6: RBT ASGMNT.pptx
Page 7: RBT ASGMNT.pptx

Nama Syarikat

Alamat Syarikat

 

No. Telefon

Email

Tahun ditubuhkan

Jenis Perniagaan

Bilangan Pekerja

: Rizwan Bridal Gallery

: No. 143 & 144b, Persiaran Kota 5/5 Kota Baling Jaya

09100 Baling, Kedah.

: 019-4419462/ 019-4419518

: [email protected]

: 2010

: Butik pengantin, solekan dan andaman, pakej

perkahwinan

: 5 orang (2 orang tukang jahit, 2 orang jurusolek,

seorang jurugambar)

LATAR BELAKANG KAJIANProfil Syarikat

Page 8: RBT ASGMNT.pptx

Profil Usahawan

PROFIL USAHAWAN

Nama

Tarikh Lahir

Umur

Alamat

Status Perkahwinan

Nama Isteri

Bilangan Anak

Kelulusan Akademik

Pengalaman

 

 

: Marwan Bin Mokhtar

: 15 Oktober 1980

: 35 tahun

: Kampung Setol Pulai,

09100 Baling, Kedah

: Berkahwin

: Noor Siahrizah Binti

Norizan

: 3 orang

: Pre-Science Uitm

: Bekerja di Bank

 

 

Page 9: RBT ASGMNT.pptx

ASPEK LATAR BELAKANG PERNIAGAAN

Rizwan Bridal Gallery telah ditubuhkan pada tahun 2010. Nama “Rizwan” merupakan gabungan nama beliau dan isterinya. Jenis perniagaan yang dijalankan syarikat ini ialah butik pengantin. Terdapat juga perkhidmatan solekan dan andaman serta pakej perkahwinan. Sebelum ini, En. Marwan bekerja sebagai pegawai bank. Pengalaman beliau dalam bidang perniagaan sangat cetek sekali. Isteri beliau yang mempunyai banyak pengalaman. Hal ini kerana, isterinya pernah bekerja selama hampir lima tahun di butik pengantin bapa saudaranya. Syarikat ini merupakan milikan tunggal dan syarikat persendirian. Perniagaan ini tidak merupakan perniagaan warisan keluarga.

Page 10: RBT ASGMNT.pptx

• Faktor yang mendorong beliau memilih lokasi Baling untuk menubuhkan syarikat beliau. Antaranya ialah kedai ini amat berdekatan dengan rumah beliau. Masa perjalanan dengan kereta dari rumah ke syarikat beliau hanya 10 minit sahaja.

• Selain itu, beliau juga mengambil kira dan mengaplikasikan segmentasi menggunakan asas geografi dan demografi.

• Kedai ini beroperasi selama 12 jam sehari iaitu dari pukul 9:00 pagi hingga 9:00 malam.

Page 11: RBT ASGMNT.pptx

ASPEK KEWANGAN PERNIAGAAN

• Pada permulaan perniagaan, beliau telah menyumbangkan wang lebih kurang RM20,000 sebagai modal permulaan perniagaan. Modal tersebut merupakan wang simpanannya dengan isteri. Modal tersebut digunakan untuk membeli aset seperti mesin jahit, kain dan aksesori, iklan dan promosi dan sebagainya. Selain itu, beliau membuat pinjaman daripada Amanah Ikhtiar untuk pembelian kedai.

• Dari aspek penyediaan gaji pekerja , beliau sendiri yang akan menyediakan gaji pekerja. Gaji pekerja dibayar mengikut tarikh mula masuk kerja. Gaji untuk setiap pekerja akan dimasukkan ke dalam akaun bank masing-masing. Kenaikan gaji akan dibuat setiap tiga bulan.

Page 12: RBT ASGMNT.pptx

ASPEK PERAKAUNAN PERNIAGAAN

• Dari segi keuntungan, setiap bulan berbeza keuntungannya. Bulan yang paling banyak menerima keuntungan ialah pada bulan Mac, Mei, September, November dan Disember. Bulan-bulan tersebut merupakan musim cuti persekolahan. Pada waktu itu, ramai pelanggan memerlukan perkhidmatan perniagaannya.

• Beliau ada menyatakan bahawa pada tahun lepas pelanggannya seramai 90 orang berbanding pertengahan tahun ini pelanggannya sudah melebihi 150 orang.

• Butik beliau telah mendapat keuntungan setahun lebih kurang RM 150,000 setahun. Keuntungan tersebut disimpan dalam akaun syarikat. Setiap 30% dari keuntungan itu, beliau agihkan untuk kegunaan sendiri serta keraian pekerjanya.

Page 13: RBT ASGMNT.pptx

ASPEK PEMASARAN PERNIAGAAN

• Dari segi pemasaran, beliau mengiklankan pakej perkahwinan dalam media massa seperti majalah. Beliau menawarkan pelbagai pakej seperti pakej bajet dan eksklusif.

• Selain itu, pihak syarikat juga mempromosikan perkhidmatannya dengan menggunakan ‘banner’. Banner tersebut diletakkan di tempat-tempat tertentu seperti di kawasan jalan utama dan kawasan yang sering dikunjungi orang ramai.

Page 14: RBT ASGMNT.pptx

• Kaedah yang sering digunakan oleh syarikat beliau ialah kaedah “door to door”. Melalui kaedah ini, perniagaannya bertambah maju. Hal ini disebabkan kaedah ini membolehkan lebih banyak pelanggan mengenali perkhidmatan yang dikeluarkan oleh syarikatnya.

• Disamping itu, beliau juga mengaplikasikan laman web untuk memasarkan perkhidmatan syarikatnya. Dengan ini, pelanggan yang melanggani laman web tersebut akan mengetahui harga perkhidmatan yang ditawarkan dari semasa ke semasa.

• Selain daripada perkhidmatan pakej perkahwinan, beliau juga ada menawarkan perkhidmatan untuk majlis-majlis tertentu seperti jamuan hari raya, perasmian hiasan meja untuk VVIP dan sebagainya.

Page 15: RBT ASGMNT.pptx