5
REFLEKSI Pada 17 Januari 2015 yang lalu, Persatuan Mahasiswa Anak Johor (PERMAJ) telah menganjurkan sebuah program kembara bakti yang berunsurkan khidmat masyarakat di Kampung Panjang Sari, Pagoh, Johor. Program mega ini merupakan program tahunan PERMAJ dan mensasarkan penduduk negeri Johor sebagai tanda berkhidmat kepada masyarakat di negeri Johor, negeri asal kebanyakan ahli PERMAJ ini. Seperti yang dikatakan oleh YB Datuk Dr. Shahruddin Bin Mad. Salleh selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jorak, Pagoh Johor dalam ucapannya, “Mahasiswa Pemacu Pembangunan Masyarakat” yang membawa maksud bahawa mahasiswa juga adalah masyarakat dan mereka pasti akan kembali ke masyarakatnya iaitu masyarakat di negeri Johor. Tugas kami bukan sahaja membawa kebanggaan kepada ahli keluarga bahkan juga kepada masyarakat negeri Johor. Sebagai mahasiswa yang cemerlang, kami perlu berkhidmat kepada masyarakat kerana masyarakat adalah asal kami dan mereka juga telah bertungkus-lumus bagi memberikan pembelajaran yang selesa buat kami. Sebagai contoh, sepanjang program ini berlangsung, kami telah mengambil penduduk di Kampung Panjang Sari, Kampung Sari Baru, Kampung Seri Menanti dan Kampung Sri Makmor sebagai sasaran kami. Seperti yang telah dimaklumkan, setiap peserta program ini mendapat keluarga angkat

Refleksi

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Refleksi

REFLEKSI

Pada 17 Januari 2015 yang lalu, Persatuan Mahasiswa Anak Johor (PERMAJ) telah menganjurkan

sebuah program kembara bakti yang berunsurkan khidmat masyarakat di Kampung Panjang Sari, Pagoh,

Johor. Program mega ini merupakan program tahunan PERMAJ dan mensasarkan penduduk negeri

Johor sebagai tanda berkhidmat kepada masyarakat di negeri Johor, negeri asal kebanyakan ahli

PERMAJ ini. Seperti yang dikatakan oleh YB Datuk Dr. Shahruddin Bin Mad. Salleh selaku Ahli Dewan

Undangan Negeri (ADUN) Jorak, Pagoh Johor dalam ucapannya, “Mahasiswa Pemacu Pembangunan

Masyarakat” yang membawa maksud bahawa mahasiswa juga adalah masyarakat dan mereka pasti

akan kembali ke masyarakatnya iaitu masyarakat di negeri Johor. Tugas kami bukan sahaja membawa

kebanggaan kepada ahli keluarga bahkan juga kepada masyarakat negeri Johor. Sebagai mahasiswa yang

cemerlang, kami perlu berkhidmat kepada masyarakat kerana masyarakat adalah asal kami dan mereka

juga telah bertungkus-lumus bagi memberikan pembelajaran yang selesa buat kami.

Sebagai contoh, sepanjang program ini berlangsung, kami telah mengambil penduduk di

Kampung Panjang Sari, Kampung Sari Baru, Kampung Seri Menanti dan Kampung Sri Makmor sebagai

sasaran kami. Seperti yang telah dimaklumkan, setiap peserta program ini mendapat keluarga angkat

masing-masing yang merupakan antara penduduk empat kampung terbabit. Antara kebaikan langkah ini

dijalankan adalah kami dapat meluaskan jaringan kenalan kami seterusnya dapat mengeratkan

silaturahim antara kami. Dalam ucapan Tuan Haji On Bin Jaabar selaku Pengurus Besar Yayasan

Pelajaran Johor, beliau berkata bahawa kehadiran kami ke sana merupakan satu rahmat kerana

kehadiran kami telah memeriahkan lagi suasana kampung tersebut. Antara aktiviti yang dijalankan

adalah lawatan industri kecil dan sederhana (iks) dan lawatan ini telah memberi manfaat kepada semua

pihak. Kami dapat mengenali beberapa makanan tradisional serta produk desa yang dihasilkan sendiri

oleh penduduk kampung dan melihat proses pembuatan produk tersebut. Antara perkara yang dapat

Page 2: Refleksi

dipelajari di sini adalah kesungguhan para pengusaha terbabit dalam mengembangkan perniagaan

mereka ke seluruh kawasan kampung seterusnya membawa produk mereka ke luar kampung dengan

jayanya. Biarpun mereka kurang mendapat pelajaran tetapi kesungguhan mereka dalam perniagaan

membuktikan bahawa kejayaan tidak bermakna tanpa usaha yang tidak putus-putus. Secara tidak

langsung, para pengusaha terbabit dapat memajukan perniagaan mereka dengan kehadiran kami ke

sana seterusnya dapat mengembangkannya dengan menjadikan kami sebagai medium perantara

kepada keluarga mahupun saudara-mara masing-masing. Selain itu, aktiviti khidmat masyarakat juga

telah dijalankan dalam program ini. Kami membersihkan surau di setiap kampung serta menziarahi

penduduk yang memerlukan. Antara barang yang disumbangkan kepada mereka termasuklah pakaian,

buku serta keperluan asas, hasil daripada sumbangan ikhlas para peserta dan pihak universiti. Aktiviti ini

perlu kerap dilakukan agar kita sedar bahawa tidak semua orang hidup senang dan mereka sangat

memerlukan bantuan daripada kita. Walau kecil mana pun sumbangan kita tetapi amat besar maknanya

bagi mereka. Aktiviti gotong-royong yang dijalankan telah menjadikan kawasan surau iaitu tempat

ibadah bagi umat islam di kampung terbabit bersih dan selesa untuk beribadah. Kami mengecat,

menanam bunga dan membersihkan kawasan surau di setiap empat kampung terbabit justeru

meningkatkan semangat para penduduk untuk beribadah di surau berkenaan. Seperti yang dijelaskan

dalam al-quran juga, kebersihan merupakan cabang keimanan. Kebersihan juga wajib jika kita hendak

beribadah terutamanya.

Dalam skop tugasan, saya merupakan ahli jawatankuasa post sijil dan cenderamata sepanjang

program ini berlangsung. Antara tugas yang diberikan adalah menguruskan hadiah-hadiah yang akan

diberikan kepada para pemenang serta cenderamata buat para perasmi dan para peniaga iks. Selain itu,

tugas saya juga adalah menyampaikan hadiah tersebut kepada para perasmi bagi diberi kepada para

pemenang. Alhamdulillah sepanjang program tersebut berlangsung, kami tidak menghadapi sebarang

Page 3: Refleksi

masalah kekurangan hadiah mahupun cenderamata. Secara ringkasnya, saya bersyukur kerana dapat

menyumbangkan tenaga dan masa cuti semester saya untuk diluangkan bersama penduduk kampung

serta para peserta yang lain. Saya akan mencari peluang untuk menyertai program seperti ini di masa

akan datang. Sekian dari saya. Terima kasih.

Saya bersama sekretariat sijil dan cenderamata yang lain

Memberi cenderahati kepada setiap keluarga angkat