3
FARAH BINTI JASNI [Type text] PISMP PAI JAN 2011 REFLEKSI BINA INSAN GURU FASA 2 SEMESTER 2 Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan kehadrat ilahi kerana dengan taufik dan izin Allah dapatlah saya menjalani program Bina Insan Guru ( BIG ). Program BIG pada kali ini merupakan program Khidmat Masyarakat yang telah dijalankan di Masjid Kg. Labuan, Kota Belud, Sabah. Program ini telah dijalankan selama sehari iaitu pada 17 September 2011 bersamaan dengan hari Sabtu. Sepanjang menyertai program ini, saya rasa sangat beruntung kerana mendapat pelbagai pengalaman baru sepanjang program ini berlangsung dan menganggap ini merupakan persediaan diri untuk menempuh masa hadapan. Sebelum menjalani program ini, kami terlebih dahulu telah melaksanakan tugas sebagai Ahli Jawatankuasa bagi setiap jawatan. Sepanjang proses persediaan melakukan Progam BIG kali ini, unit kami telah mengadakan mesyuarat yang membantu kami untuk mendapatkan informasi terkini mengenai program BIG dan juga untuk menjalankan tugas AJK masing-masing. Kami telah membuat pelbagai persediaan termasuk alat-alatan serta barang- barang yang perlu untuk digunakan sepanjang program tersebut. Ketika menjalankan persediaan sebelum melaksanakan program ini, saya sedar peranan ketua sangat penting untuk menggerakkan ahli-ahlinya agar program ini dapat berjalan dengan lancar. Saya berharap semoga suatu hari nanti saya juga

REFLEKSI Big Fasa 2 Khidmat Sosial

Embed Size (px)

DESCRIPTION

REFLEKSI BIG IPG

Citation preview

Page 1: REFLEKSI Big Fasa 2 Khidmat Sosial

FARAH BINTI JASNI PISMP PAI JAN 2011

REFLEKSI

BINA INSAN GURU FASA 2

SEMESTER 2

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan kehadrat ilahi

kerana dengan taufik dan izin Allah dapatlah saya menjalani program Bina Insan

Guru ( BIG ). Program BIG pada kali ini merupakan program Khidmat Masyarakat

yang telah dijalankan di Masjid Kg. Labuan, Kota Belud, Sabah. Program ini telah

dijalankan selama sehari iaitu pada 17 September 2011 bersamaan dengan hari

Sabtu. Sepanjang menyertai program ini, saya rasa sangat beruntung kerana

mendapat pelbagai pengalaman baru sepanjang program ini berlangsung dan

menganggap ini merupakan persediaan diri untuk menempuh masa hadapan.

Sebelum menjalani program ini, kami terlebih dahulu telah melaksanakan

tugas sebagai Ahli Jawatankuasa bagi setiap jawatan. Sepanjang proses persediaan

melakukan Progam BIG kali ini, unit kami telah mengadakan mesyuarat yang

membantu kami untuk mendapatkan informasi terkini mengenai program BIG dan

juga untuk menjalankan tugas AJK masing-masing. Kami telah membuat pelbagai

persediaan termasuk alat-alatan serta barang-barang yang perlu untuk digunakan

sepanjang program tersebut. Ketika menjalankan persediaan sebelum

melaksanakan program ini, saya sedar peranan ketua sangat penting untuk

menggerakkan ahli-ahlinya agar program ini dapat berjalan dengan lancar. Saya

berharap semoga suatu hari nanti saya juga boleh menjadi pemimpin yang baik dan

dan mempertingkatkan lagi keyakinan dalam diri saya.

Semasa menjalankan program ini, kami telah dipantau oleh ketu Imam Masjid

dan juga beberapa orang penduduk kampong yang bekerjasama dengan kami

menjalankan aktivit gotong-royong tersebut. . Aktiviti ini di jalankan pada malam

hari terakhir kami di sana. Aktiviti seperti menghias kelas, mencat tiang bendera,

membuat mural pada dinding sekolah dan sebagainya merupakan aktiviti yang

sangat seronok di samping member latihan kepada kami sebagai persediaan untuk

menggalas tugas sebagai seorang guru kelak.

Page 2: REFLEKSI Big Fasa 2 Khidmat Sosial

FARAH BINTI JASNI PISMP PAI JAN 2011

Di samping itu, program ini juga telah memberikan pengalaman baru yang

sangat berharga kepada kami mengenai aktiviti luar khususnya dalam memberi

khidmat kepada masyarakat dimana kami menjalankan aktiviti gotong-royong. Bagi

pendapat saya amalan bergotong royong ini sebenarnya merupakan satu gambaran

sebenar mengenai hidup seorang guru yang berada di sekitar masyarakat. Apabila

sudah mengajar kelak guru haruslah berkejasama dengan masyarakat dalam

apapupun aktiviti dan menjadi role model kepada masyarakat disekeliling.

Bekerjasama dengan masyarakat adalah sikap yang murni dan harus dicontohi oleh

setiap guru pelatih apabila menjadi pendidik kelak

Setelah menjalani program ini, saya telah dapat mengenalpasti kelemahan

dan kelebihan yang ada pada diri saya. Dengan pelbagai aktiviti yang memerlukan

kemahiran dan kekeratifan serta fizikal melalui kekangan masa serta cubaan dan

dugaan, ia mampu memberi saya suatu anjakan paradigma terhadap perubahan

sikap. Saya cuba memperbaiki dari semasa ke semasa dengan harapan saya dapat

pengalaman berguna seterusnya dapat merealisakannya di suatu masa nanti.

Akhir kata, secara keseluruhannya saya amat berpuas hati setelah menjalani

program BIG ini kerana memberikan pelbagai pengalaman bermakna yag

sememangnya perlu ditempuhi oleh setiap guru pelatih. Saya berharap program ini

bukanlah merupakan suatu penamat tetapi permulaan yang baik serta perlu

diteruskan pada masa yang akan datang seterusnya dapat menjadi panduan dan

bekalan kepada diri saya sebagai persediaan untuk menjadi seorang pendidik anak

bangsa kelak.