3
REFLEKSI Sebelum mendapat tugasan ini, saya beranggapan bahawa tugasan untuk program pyramid aktiviti selama empat minggu ini adalah tugasan yang sama ketika melakukan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). Apabila sahaja mendapat tugasan ini,saya berasa agak terkejut kerana jangkaan saya meleset. Tugasan ini ialah berkenaan dengan Kadar Nadi dimana kami perlu menyatakan kepentingan pengambilan kadar nadi selepas program senaman, prosedur yang digunakan untuk mengambil kadar nadi, membuat aktiviti dan mengambil kadar nadi yang diperlukan dan mengira kadar nadi mengikut maklumat yang diperolehi. Sebelum memulakan tugasan ini, saya sememangnya tidak tahu bagaimana cara untuk menyiapkan tugasan ini disamping kurangnya pengetahuan mengenai kadar nadi. Namun saya akhirnya mendapat sedikit petunjuk apabila diberi tunjuk ajar oleh Pn.Nik Suzanah. Dengan itu, saya amat berterima kasih kepada Pn, Nik Suzanah sebagai pensyarah subjek GKK. Tugasan ini sememangnya memberi banyak input yang berguna kepada saya yang mengambil subjek GKK sebagai subjek elektif sepanjang pengajian saya. Seterusnya, kawan-kawan saya juga telah membantu saya dalam melengkapkan tugasan saya ini. Ahli kumpulan kumpulan saya Kasturi A/P Krishnan dan Mythili A/P Manimaran telah banyak membantu saya dari segi mencari maklumat, memberikan idea dalam membentuk grafik dan banyak lagi. Kami telah menyiapkan tugasan ini dengan berganding bahu bersama-sama. Kami juga bertolak ansur semasa mambahagikan tugasan. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepadanya dalam membantu saya melengkapkan tugasan ini.

REFLEKSI GKK

Embed Size (px)

DESCRIPTION

gkk

Citation preview

REFLEKSI Sebelum mendapat tugasan ini, saya beranggapan bahawa tugasan untuk program pyramid aktiviti selama empat minggu ini adalah tugasan yang sama ketika melakukan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). Apabila sahaja mendapat tugasan ini,saya berasa agak terkejut kerana jangkaan saya meleset. Tugasan ini ialah berkenaan dengan Kadar Nadi dimana kami perlu menyatakan kepentingan pengambilan kadar nadi selepas program senaman, prosedur yang digunakan untuk mengambil kadar nadi, membuat aktiviti dan mengambil kadar nadi yang diperlukan dan mengira kadar nadi mengikut maklumat yang diperolehi. Sebelum memulakan tugasan ini, saya sememangnya tidak tahu bagaimana cara untuk menyiapkan tugasan ini disamping kurangnya pengetahuan mengenai kadar nadi. Namun saya akhirnya mendapat sedikit petunjuk apabila diberi tunjuk ajar oleh Pn.Nik Suzanah. Dengan itu, saya amat berterima kasih kepada Pn, Nik Suzanah sebagai pensyarah subjek GKK. Tugasan ini sememangnya memberi banyak input yang berguna kepada saya yang mengambil subjek GKK sebagai subjek elektif sepanjang pengajian saya. Seterusnya, kawan-kawan saya juga telah membantu saya dalam melengkapkan tugasan saya ini. Ahli kumpulan kumpulan saya Kasturi A/P Krishnan dan Mythili A/P Manimaran telah banyak membantu saya dari segi mencari maklumat, memberikan idea dalam membentuk grafik dan banyak lagi. Kami telah menyiapkan tugasan ini dengan berganding bahu bersama-sama. Kami juga bertolak ansur semasa mambahagikan tugasan. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepadanya dalam membantu saya melengkapkan tugasan ini. Selain itu, Tambahan pula, pengalaman berinteraksi bersama pensyarah dan rakan rakan bagi melaksanakan tugasan ini membolehkan saya memperbaiki dan meningkatkan cara saya berkomunikasi. Hal ini sekaligus dapat melatih saya untuk berkomunikasi dengan baik dan membuat persediaan untuk menjadi seorang guru yang berkualiti. Selain itu, tunjuk ajar yang diberikan oleh para pensyarah dalam proses menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini membolehkan saya memperbaiki kelemahan yang terdapat pada diri saya dan tidak akan mengulanginya lagi pada masa hadapan.

Saya juga dapat dilihat komitmen dan bertanggungjawab saya dengan ahli kumpulan saya sepanjang saya melakukan kerja khusus ini. Secara umumnya, latihan-latihan yang telah melakukan ini bertujuan mengekalkan tahap kecergasan individu dan ia merupakan suatu amalan yang mudah untuk dipraktikkan. Ia tidak memerlukan wang yang banyak hanya sedikit masa dan tenaga. Sepanjang saya melaksanakan dan membina kerja kursus ini, banyak pengalaman dan ilmu serta kemahiran baru yang dapat saya peroleh dan timba. Semasa menjalankan kerja kursus ini, kami diminta menyediakan kerja kursus secara individu. Aspek yang diperhatikan adalah dari segi liputan isi kandungan, konsistensi serta bukti-bukti yang dapat dikemukakan. Pengolahan isi juga perlu asli beserta sokongan ilmiah. Saya juga dapat mengaplikasikan pelbagai pendekatan dalam menyelesaikan masalah kesihatan peribadi yang dikenal pasti semasa penilaian kecergasan.Sebelum melaksanakan projek ini,saya kurang bekerjasama bersama rakan-rakan apabila melakukan sesuatu aktiviti.Tetapi sekarang saya dapat menunjukkan ciri-ciri kebolehan bekerja secara berpasukan semasa melaksanakan aktiviti kecergasan fizikal peribadi yang dirancang. Selain itu, melalui kerja khusus ini, saya dapat mengawal berat dan dan mencegah kegemukan.Saya dapat mengekalkan tubuh badan dan kecerdasan otak.Matlamat seterusnya, kita juga dapat menghilangkan stress.Saya dapat pelbagai faedah dan dapat mencapai matlamat saya dengan melaksanakan kerja kursus ini. Penyediaan folio beserta sokongan ilmiah yang terbukti kesasihannya merupakan pengalaman baru bagi saya. Kerana itu, setiap daripada sokongan ilmiah yang mahu saya letakkan di setiap maklumat kerja kursus saya, saya perlu memastikan dahulu bahawa sokongan ilmiah tersebut mestilah benar-benar tulin dan terbukti ketokohannya. Disamping itu, walaupun tugasan ini nampak mudah tetapi bahan-bahan rujukan tentang pentaksiran adalah terhad. Saya mengambil masa yang lama untuk menyiapkan folio kerana keliru dengan isi kandungan yang perlu dimasukkan dalam folio. Akhir kata, sebagai guru , aktiviti ini amat membantu saya pada masa hadapan iaitu semasa saya berada dalam dunia persekolahan dengan anak murid saya. Dengan ini kita dapat melahirkan individu yang akhlak mulia, bertanggungjawab serta berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri dan memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.