Refleksi internship

  • View
    581

  • Download
    3

Embed Size (px)

DESCRIPTION

 

Transcript

  • 1. 1.0 Pendahuluan Kursus PPK 290/2 Internship 1 adalah bertujuan memberi pendedahan awal dan pengalaman sebenar kepada pelajar tentang pengendalian program pendidikan khas integrasi di sekolah. Pelajar kursus ini sebagai guru pembantu hanya dikehendaki membuat pemerhatian dan membantu guru serta melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sekolah supaya mereka mendapat pengalaman yang sesuai. Pada akhir internship, pelajar akan mempunyai pemahaman yang jelas tentang peranan guru pendidikan khas di sekolah. Semasa menjalani latihan ini, pelajar tidak akan melakukan tugas-tugas sebenar guru pendidikan khas. Mereka hanya dikehendaki melibatkan diri dalam empat tugas iaitu membuat pemerhatian terhadap tugas-tugas guru pendidikan khas, pengurusan murid- murid keperluan khas, serta pemerhatian terhadap aktiviti pengajaran dalam kelas pendidikan khas. Selain itu, tugas guru pembantu juga meliputi membantu guru pendidikan khas mengurus murid-murid pendidikan khas, mengendali aktivitipengajaran dalam kelas pendidikan khas, mengkaji keperluan murid dan menulis laporan RPI serta menulis jurnal harian dan menyediakan laporan reflektif.

2. 2.0 Penghargaan Syukur Alhamdulillah, saya berjaya melalui internship atau praktikal selama sebulan di SMK Rosli Dhoby, Sibu, Sarawak. Terima kasih saya ucapkan kepada seluruh warga SMK Rosli Dhoby, terutamanya kepada Tuan Pengetua, Penolong Kanan Pendidikan Khas dan guru-guru pendidikan khas kerana memberi peluang dan kebenaran kepada saya untuk menjalani internship selama sebulan di sekolah ini. Terima kasih juga saya ucapkan kepada guru-guru yang sudi membimbing dan membantu saya selama saya berada di sekolah ini. Saya juga berterima kasih kepada pensyarah-pensyarah saya yang telah banyak membantu. Hasil daripada pembelajaran yang saya ikuti di Universiti Sains Malaysia, telah saya aplikasikan sepanjang saya berada di sekolah ini. Selain itu, saya juga amat berterima kasih kepada pelajar-pelajar pendidikan khas SMK Rosli Dhoby, Sibu, Sarawak kerana telah banyak membantu saya sepanjang saya menjadi guru pembantu di sekolah ini. Kerjasama yang mereka berikan amat bermakna buat saya. Setelah sebulan berada di sekolah ini, banyak pengalaman dan ilmu yang saya perolehi. Saya juga dapat menambah pengetahuan mengenai bahasa-bahasa isyarat yang mereka gunakan di sekolah dan dalam perbualan harian. Akhir kata, sekali lagi saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang membantu saya termasuklah keluarga saya dan seluruh warga SMK Rosli Dhoby, Sibu, Sarawak. 3. 3.0 Objektif Internship Objektif utama Internship 1 adalah untuk memberi pendedahan awal dan pengalaman sebenar (field experience) kepada pelajar. Pelajar akan ditempatkan dalam program-program pendidikan khas yang sesuai dengan bidang tumpuan selama sebulan (4 minggu). Semasa menjalankan internship, pelajar dikehendaki membuat pemerhatian, membantu dan melibatkan diri dalam program-program yang dijalankan supaya mereka akan mendapat pengalaman yang sesuai. Pelajar diberi peluang untuk mengkaji ciri-ciri diagnostik ketidakupayaan murid, dan cara mengurus dan mengajar murid-murid tersebut. Pelajar akan bertugas sebagai guru pembantu (teaching assistant) kepada guru-guru pendidikan khas dalam program-program tersebut. Pada akhir internship, pelajar akan mempunyai kefahaman mengenai peranan guru pendidikan khas dalam program integrasi inklusif atau badan bukan kerajaan. 4. 4.0 Refleksi Internship 4.1 Refleksi Hari Pertama (9 Julai 2012 / Isnin) Hari pertama berada di Sekolah Menengah Kebangsaan Rosli Dhoby, hari pertama sebagai guru pembantu. Sekolah yang merupakan tempat saya praktikal ini mempunyai Program Integrasi Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran. Program ini diwujudkan sejak tahun 2002. Sewaktu itu, program ini masih berada di skala yang kecil. Mereka menggunakan sebuah kelas sahaja. Guru-guru pula menggunakan sedikit ruang di dalam kelas tersebut sebagai tempat rehat guru. Pada permulaan program ini dahulu, hanya terdapat sedikit sahaja pelajar pendidikan khas. Namun sehingga tahun 2012, mereka berkembang daripada 1 kelas kepada 5 kelas. Dahulunya hanya untuk pelajar Tingkatan 1 sehingga 3 sahaja, namun kini sudah mempunyai kelas tingkatan 4 dan 5. Hal ini menunjukkan program ini sudah banyak membangun setelah 11 tahun diwujudkan. Jika dahulu, guru hanya menumpang ruang di dalam kelas pelajar, namun kini mereka sudah mempunyai bilik rehat guru yang tersendiri. Selain itu, mereka juga mempunyai 2 orang pembantu pendidikan khas. Mereka adalah Kak Lily dan Kak Siti Hawa. Tugas mereka adalah untuk membantu guru-guru dan para pelajar di sini. Mereka membantu guru daripada segi menyediakan salinan lampiran mengajar, serta membuat tugas-tugas lain. Bagi pelajar pula, mereka membantu pelajar untuk memesan makanan di kantin dan sekiranya terdapat aktiviti luar bilik darjah, mereka membantu untuk memasak makanan untuk para pelajar. Bagi hari pertama, tidak banyak perkara yang dilakukan. Saya tiba di sekolah pada pukul 6.20 pagi, kerana sudah menjadi kebiasaan semasa bersekolah di sini dahulu. Waktu persekolahan bermula pada pukul 6.50 pagi. Pada kebiasaannya, pelajar-pelajar akan berhimpun di tapak perhimpunan untuk upacara menaikkan bendera. Namun, pada hari ini, cuaca tidak mengizinkan, hujan yang turun menyebabkan pelajar-pelajar hanya menunggu di dalam kelas dan bersedia untuk memulakan proses pengajaran dan pembelajaran. Para pelajar sudah dilatih untuk berdikari dalam menjaga kebersihan kelas masing- masing. Sebelum masuk ke kelas, sudah menjadi rutin harian, mereka akan mengambil kunci kelas masing-masing untuk membuka bilik darjah. Kelas pendidikan khas di sini 5. adalah sebanyak 5 buah, iaitu daripada Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 5. Setiap wakil daripada kelas masing-masing akan mengambil kunci kelas yang terletak di bilik guru. Selepas kelas dibuka, murid-murid akan membuat pembersihan di kelas masing-masing. Guru kelas setiap tingkatan sudah menyediakan jadual bertugas untuk memudahkan pelajar mengetahui tugas masing-masing. Tidak banyak pemerhatian dilakukan pada hari ini. Saya melakukan pemerhatian di seluruh kelas pendidikan khas daripada Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 5. Para pelajar kelihatan ramah apabila saya memasuki kelas mereka, walaupun mereka berasa hairan dengan kehadiran saya. Pada hari pertama, interaksi antara saya dan pelajar-pelajar di sini tidak begitu berkembang. Mereka masih kekok untuk menegur. Interaksi antara guru pula baik, mungkin disebabkan saya sudah mengenali mereka semasa zaman persekolahan dahulu. Kelas pertama yang saya masuk adalah kelas Tingkatan 1. Dalam kelas ini, ada 4 orang pelajar. Namun seorang pelajar tidak hadir ke sekolah. Apabila saya masuk untuk pemerhatian, pelajar-pelajar tersebut kelihatan rajin untuk membuat kerja. 3 orang pelajar ini dikenali dengan nama Tan Wui Chen, Saadiah bt Yusuf dan Eileen Kung. Ketiga-tiga mereka mengalami masalah pendengaran. Di dalam kelas ini, mereka menggunakan papan putih untuk menggantikan papan hitam. Penggunaan papan putih ini, pada pendapat saya amat sesuai untuk pelajar pendidikan khas. Tulisan yang ditulis di papan putih kelihatan lebih jelas berbanding di papan hitam. Kebanyakan sekolah di Sarawak masih lagi menggunakan papan hitam di dalam kelas. Jadi, menjadi satu kelainan di dalam kelas-kelas pendidikan khas ini apabila mereka menggunakan papan putih. Di dalam kelas ini juga terdapat rak penyimpanan buku pelajar, mesin jahit, rak simpanan kasut, kipas dan peralatan sukan. Susun atur tempat duduk pelajar adalah berhadapan dengan guru (Lihat Lampiran A). Kelas kedua yang saya masuki adalah kelas Tingkatan 2. Kelas ini mempunyai 5 orang pelajar yang kesemuanya lelaki. Mereka adalah Alexander, Mohd Fikri, Micheal, Ting dan Nicholas. Menurut guru yang mengajar, pelajar yang bernama Nicholas, baru memasuki sekolah pada tahun 2011 iaitu semasa dia berada di Tingkatan 1. Pelajar tersebut tidak pernah menerima sebarang pendidikan semenjak daripada kecil. Oleh itu, apabila pelajar tersebut memasuki sekolah pada tahun 2011, pelajar tersebut tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenai bahasa isyarat dan pelajaran yang diajar. 6. Hal ini merupakan satu cabaran bagi guru-guru untuk mengajar pelajar tersebut daripada pengajaran yang paling asas. Pelajar-pelajar lain kesemuanya bekas murid daripada sekolah rendah pendengaran. Di dalam kelas ini, terdapat papan putih, rak simpanan buku pelajar, alat pemancar (LCD), televisyen dan kipas. Kelas seterusnya adalah kelas tingkatan 3. Kelas ini terdapat hanya 2 orang pelajar sahaja. Mereka adalah David dan Mohd Rizal. Di dalam kelas ini terdapat papan putih, rak simpanan buku pelajar, rak simpanan kasut, televisyen, kipas dan tempat simpanan alat pemancar. Pelajar yang bernama Rizal mempunyai sering sakit menyebabkan badannya yang kurus semakin kurus. Jika diperhatikan, pelajar tersebut kelihatan mempunyai penyakit lain yang menyebabkan badannya sangat kurus. Rizal tidak mempunyai masalah pendengaran yang serius. Hal ini kerana dia mampu mendengar percakapan guru. Dia akan menjawab semula dalam bahasa isyarat. Dalam kelas Tingkatan 4 pula, terdapat 4 orang pelajar iaitu Albert, Afiq, Monica dan Teng. Pelajar yang bernama Teng, merupakan pelajar perempuan yang berbangsa Cina. Pelajar tersebut lewat memasuki kelas pendidikan khas. Hal tersebut kerana menurut guru yang mengajar, pelajar tersebut lewat dikenalpasti sebagai mempunyai masalah pendengaran. Menurut pemerhatian saya, pelajar tersebut kelihatan tidak dapat menyesuaikan diri lagi berada dalam kelas pendidikan khas tersebut. Seperti yang kita tahu, apabila seseorang tidak menggemari akan sesuatu, dia akan berperlakuan agresif seperti suka marah dan sukar untuk mendengar arahan guru. Pelajar tersebut mempunyai perlakuan tersebut yang menyebabkan guru-guru sukar untuk memberi arahan kepadanya. Selain itu, walaupun pelajar tersebut tidak mempunyai masalah pendengaran yang serius, guru-guru