REFLEKSI KARNIVAL

Embed Size (px)

DESCRIPTION

refleksi

Citation preview

SHARMILAA A/P SELVAM

SHARMILAA A/P SELVAM890730-05-51325 PISMP MT/PJ/BI

Refleksi Karnival Permainan Tradisional Anjuran PISMP MT/PJ/SN Semester 5 Tahun 2011Pada 9 Mac 2011bersamaan dengan hari Rabu, kami para guru pelatih PISMP MT,PISMP PJ dan PISMP SN semester lima telah berganding bahu menganjurkan Karnival Permainan Tradisional. Matlamat karnival permainan tradisional ini adalah untuk melahirkan bakal-bakal guru yang memartabatkan warisan budaya, melahirkan bakal-bakal guru yang berjiwa sukan dan berakhlak mulia , menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan Negara serta memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia. Peserta yang mengambil bahagian dalam karnival ini terdiri daripada para pelajar PPISMP semester 2 yang merupakan wakil daripada 14 buah kelas. Kami para guru pelatih PISMP MT semester 5 telah menganjurkan permainan ceper, galah panjang, konda-kondi, ketinting dan lompat getah. Antara kawasan yang telah kami gunakan untuk menjalankan permainan-permainan ini adalah dewan besar, padang hoki dan gelanggang sepak takraw.Saya dan tiga orang rakan saya yang lain bertanggungjawab untuk menganjurkan permainan lompat getah. Terlebih dahulu kami telah menubuhkan organisasi jawatankuasa permainan dan saya merupakan pengerusi bagi permainan lompat getah ini. Kemudian, kami berempat telah mendapatkan maklumat tentang sejarah lompat getah, peraturan serta cara bermain permainan ini daripada sumber sumber seperti internet dan buku dari perpustakaan. Kemudian, setelah memahami cara bermain kami mengubah sedikit peraturan permainan mengikut kesesuaian kami. Berdasarkan maklumat yang kami perolehi, Permainan lompat getah, juga disebut sebagai "lompat tali" dan "zero point"oleh masyarakat segelintir tempat, ialah sejenis permainan tradisional di Malaysia.Kanak-kanak perempuan menggemari permainan ini. Manakala kanak-kanak lelaki tidak meminatinya dan mereka lebih gemar membuat onar. Memerlukan sekurang-kurangnya tiga orang pemain, iaitu seorang yang memegang hujung kanan getah dan seorang di hujung kiri getah, manakala seorang lagi sebagai orang yang akan melompat. Walau bagaimanapun, permainan akan lebih menyeronokkan jika lebih ramai yang bermain. Jika demikian, dua pasukan perlu dibentuk dan tiap-tiap pasukan perlulah dilantik ketua atau "ibu" yang akan memulakan permainan apabila tiba giliran.Peraturan-peraturan am yang telah kami tetapkan bagi permainan ini adalah kesemua ahli pasukan perlu berada didalam kawasan permainan masing-masing ketika pertandingan. Getah gelang dijalin menjadi rantaian getah yang panjang.Kemudian kesemua pemain melakukan undian bagi menentukan giliran untuk tempat pertama, kedua dan seterusnya. Pemain yang kalah di dalam undian ini akan mengambil giliran di tempat yang terakhir.Dua orang pemain ditugaskan memegang kedua belah hujung rantaian getah. Manakala pemain giliran pertama memulakan permainan dengan cara melompat melepasi rantaian getah yang dipegang oleh rakan mereka.Kedudukan getah dinaikkan mengikut tahap permainan yang telah ditetapkan.Jika pemain pertama gagal melepasi tahap permainan tertentu, maka pemain ini dikira mati dan giliran seterusnya diberikan kepada pemain yang berikutnya. Pemenang akan ditentukan mengikut jumlah skor yang paling tinggi antara setiap pasukan berdasarkan peraturan liga.

Pertandingan lompat getah ini akan dijalankan dalam kategori berpasukan secara liga dan alatan yang kami perlukan adalah rantaian getah yang dijalin, meja urusetia, kerusi urusetia, marker pen,papan putih, wisel dan kad manila.Peserta bagi permainan kami terdiri daripada wakil dari kelas PPISMP MT1, PPISMP MT2 dan PPISMP Bahasa Cina semester dua. Setiap kelas menghantar wakil seramai dua orang. Oleh itu, kami telah menyerahkan info tentang permainan ini, brosure serta borang penyertaan dua minggu sebelum permainan ini dijalankan. Kemudian,sehari sebelum pertandingan kami telah menyediakan kawasan permainan lompat getah dengan menggunakan tali rafia dan tepung.Kami juga telah menyediakan papan pemarkahan (score board), menampal carta liga, menampal info tentang permainan, melekatkan brosure serta carta keputusan pertandingan. Borang pemarkahan bagi setiap pemain juga telah disediakan mengikut kelas yang akan bertanding. Selain itu, kami juga mempunyai pelan B untuk menjalankan permainan ini di bangunan JPP sekiranya hari hujan. Disamping itu, selain bertanggungjawab menguruskan permainan permainan ini, setiap kelas juga mempunyai ahli jawatankuasa tersendiri dalam menganjur karnival permainan tradisional ini dengan jayanya. Saya dan rakan saya Nur Amirah merupakan AJK Urusetia. Selaku AJK urusetia kami telah mengadakan mesyuarat sebanyak 6 kali serta menyediakan minit mesyuarat bagi setiap perjumpaan, menyediakan bidang kuasa AJK Urusetia, mengedarkan memo dan notis permainan serta menyediakan time line. Antara bidang kuasa kami sebagai AJK Urusetia ialah menyenaraikan peralatan yang diperlukan, menyediakan tempat untuk pendaftaran, mengurus pendaftaran, menjadi pengadil dan mengambil markah, membuat postmortem, mengenalpasti kekangan dalam melaksanakan pertandingan tradisional dan mengenalpasti kekuatan AJK. Pada hari pertandingan, saya selaku AJK Urusetia bagi kelas PISMP MT semester 5 telah menguruskan pendaftaran bagi peserta bagi kelima-lima jenis permainan yang kelas kami akan anjurkan.Saya datang pada pukul 7.00 pagi serta menyediakan meja pendaftaran yang dilapik dengan kain batik serta menampal beberapa info pendaftaran. Saya dapati bahawa semua peserta telah mendaftarkan diri mengikut senarai nama bagi setiap permainan. Kemudian, kami juga mengedarkan brosur kepada semua peserta mengikut permainan masing-masing.Saya juga mencatat nama peserta yang sakit serta menggantikan peserta tersebut dengan peserta lain. Mereka juga diberi reben berlainan warna mengikut kelas untuk diikat pada bahagian lengan.Seterusnya, kesemua peserta beratur dan bersedia untuk sesi senam seni. Setelah tamat sesi senam seni, mereka beredar ke kawasan permainan masing-masing. Saya selaku penganjur permainan lompat getah juga bergerak ke padang hoki untuk memulakan permainan. Setelah keenam-enam peserta tiba ke kawasan permainan, saya menyuruh mereka beratur mengikut kelas.Kemudian, saya menyampaikan sedikit taklimat mengenai peraturan dan cara bermain permainan lompat getah. Rakan saya yang lain juga ada menunjukkan demonstrasi permainan ini.Setelah memastikan kesemua peserta faham akan peraturan permainan dan cara bermain, permainan di mulakan antara peserta dari kelas PPISMP MT 1 dan PPISMP MT 2. Terlebih dahulu, kedua-dua kumpulan ini melantik ibu dan membuat ow-som bagi menentukan giliran. Kumpulan MT 2 memulakan bermainan diikuti dengan kumpulan MT1. Saya mencatat skor yang diperolehi oleh setiap peserta sambil memerhatikan permainan tersebut. Kemudian, kumpulan MT 1 berlawan dengan kumpulan Bahasa Cina. Seterusnya, kumpulan MT 2 dan Bahasa Cina. Bagi pusingan terakhir, MT 1 bertemu dengan kumpulan MT 2 dan kumpulan MT 2 telah memenangi permainan ini, diikuti dengan MT 1 tempat kedua serta kumpulan Bahasa Cina memenangi tempat ketiga.Kami menghantar keputusan permainan kepada pihak urusetia. Setelah permainan kami selesai, saya bergerak ke dewan besar semula untuk menyambung tugasan saya sebagai urusetia di mana saya telah mengutip keputusan bagi setiap permainan serta melengkapkan score board bagi semua permainan.Kekuatan yang dapat saya lihat dari segi pengurusan permainan ialah persiapan tempat yang awal dan penyediaan peralatan secara sistematik dapat menjamin kelancaran permainan. Selain itu, perhiasan di kawasan permainan juga dapat menarik minat peserta serta meningkatkan keyakinan diri mereka untuk bermain dengan sebaik mungkin. Pemakaian pihak penganjur dan peserta yang kemas dan seragam juga melambangkan penerapan nilai-nilai etika pemakaian dalam permainan. Di samping itu, saya juga sedar bahawa pembahagian tugas yang sistematik antara ajk seperti pengadil, pencatat skor dan penjaga masa dapat memastikan permainan dijalankan secara sistematik tanpa sebarang kekeliruan. Kemudian, setiap ajk yang menganjurkan sesuatu permainan haruslah betul-betul faham peraturan permainan dan mampu memberi penjelasan kepada pemain serta mengelakkan kesangsian dikalangan mereka. Pengadil juga haruslah adil dalam memberi skor kepada pemain bagi melahirkan suatu permainan yang bermutu. Panganjur juga haruslah sentiasa bersedia dengan pelan alternatif untuk menjalankan sesuatu permainan sebagai tanda persediaan untuk menghadapi sebarang kekangan atau halangan. Contohnya, hujan, kawasan permainan basah dan sebagainya. Bagi permainan lompat getah tadi kami bercadang untuk bermain di bangunan JPP sekiranya hari hujan. Kami juga telah menyediakan dua utas tali getah supaya permainan masih dapat diteruskan walaupun salah satu daripada tali getah putus.Kelemahan utama yang dapat saya lihat dari segi pengurusan permainan ini ialah permainan lompat getah yang kami anjurkan tamat awal iaitu lebih kurang dalam masa setengah jam permainan di mulakan. Pemain dapat merasa kemenangan dengan cepat tanpa persaingan yang sengit. Selain itu, bilangan peserta yang kurang iaitu dua orang peserta daripada setiap kelas mengurangkan kerancakkan permainan. Kami dapati bahawa cara beberapa peserta memegang tali getah tidak betul ataupun tidak sama. Ada beberapa peserta yang memegang tali dengan kendur dan ada yang memegang tali getah dengan tegang. Bagi fasa ombak pula, ada yang menggoncang tali dengan terlalu laju dan ada yang menggoncang tali dengan perlahan. Ini menjadi faktor yang mempengaruhi kemenangan dan kegagalan seseorang peserta melepasi paras tali yang ditetapkan.Antara langkah-langkah penambahbaikan yang boleh diambil untuk menangani kelemahan ini ialah meningkatkan jumlah peserta yang mengambil bahagian, memberi peluang kepada peserta untuk berehat lebih kurang selama 10 minit setelah tamat setiap pusingan, memastikan peserta memegang tali getah dengan tegang dan menggoncang dengan kelajuan yang sama supaya permainan lebih adil. Pihak penganjur permainan ini juga bolehlah menunjukkan atau mendemonstrasi cara memegang dan menggoncang tali getah yang betul sebelum permainan dimulakan. Suatu sesi percubaan juga boleh dijalankan untuk memastikan pemain menguasai dan memahami cara bermain yang betul.Kekuatan yang saya dapati melalui peranan saya sebagai ajk urusetia bagi kelas PISMP MT semester 5 dalam karnival permainan tradisional ini ialah dari segi pengurusan pendaftaran. Saya dapat belajar cara mendaftar peserta mengikut permainan secara sistematik dan mengatur peserta mengikut kelas. Selain itu, dengan mengedar brosure saya dapati bahawa peserta dapat membuat serba sedikit persepsi awal tentang latarbelakang permainan, peraturan dan cara bermain. Ini dapat meningkatkan lagi motivasi peserta. Pendaftaran pelajar yang awal dan sistematik dapat memastikan kelancaran permainan di kawasan permainan. Selain itu, kehadiran peserta juga dapat dikenalpasti melalui sesi pendaftaran. Kemudian, saya juga belajar menganalisis dan menginterpretasi keputusan permainan yang diperoleh serta menentukan johan keseluruhan permainan, naib johan dan pemenang tempat ketiga.Kelemahan yang saya dapati melalui peranan saya sebagai ajk urusetia bagi kelas PISMP MT semester 5 ialah ada beberapa peserta yang tidak beratur ketika mendaftar serta menyebabkan kekeliruan sama ada mereka sudah mendaftar atau belum. Maka, arahan yang tegas dan jelas adalah amat penting ketika mengurus pendaftaran bagi mengelakkan kecelaruan. Seterusnya, saya juga sedar bahawa kesabaran adalah penting dalam mengumpul keputusan permainan kerana tempoh masa bagi setiap permainan tamat adalah berbeza.Antara langkah-langkah penambahbaikan yang boleh dilakukan ialah pihak urusetia haruslah memberi arahan yang jelas dan tegas supaya para peserta sentiasa berdisiplin dan beratur ketika mendaftar diri. Pihak urusetia juga harus sabar dalam menanti keputusan permainan dan mentafsir keputusan yan diperolehi dengan baik supaya tidak berlaku kesilapan ketika mengumum keputusan.1