2
REFLEKSI KESELURUHAN Kelebihan Melalui Pengalaman Berasaskan Sekolah ini, saya memperolehi banyak pengetahuan baru tentang pentadbiran bagi sesuatu persatuan. Setiap persatuan pasti akan mempunyai organisasinya, peraturannya, senarai ahlinya dan juga rancangan sepanjang tahun dan juga mingguan. Selain itu, saya juga berpeluang belajar tentang cara menyimpan maklumat dengan disusun dalam portfolio, Portfolio ini akan membantu guru ataupun sesiapa sahaja yang memerlukan maklumat tersebut mencari maklumat dengan lebih cepat dan berkesan. Rancangan tahunan Pengakap Kanak-kanak bagi sekolah ini juga memberi pendedahan kepada saya bahawa rancangan tahunan yang disediakan perlulah berpandukan sesuatu standard yang telah ditentukan iaitu skim latihan dan bukan disediakan dengan sesuka hati Kelemahan Kelemahan saya dalam PBS ini adalah kekurangan peluang untuk berkomunikasi dengan guru penasihat Persatuan Pengakap Kanak-kanak. Hal ini demikian kerana guru tersebut sibuk dengan membuat persiapan untuk Mesyuarat Agong Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Jadi, maklumat yang saya dapatkan daripada guru tersebut adalah terhad. Ancaman

REFLEKSI KESELURUHAN.docx

  • Upload
    ky10na

  • View
    230

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: REFLEKSI KESELURUHAN.docx

REFLEKSI KESELURUHAN

Kelebihan

Melalui Pengalaman Berasaskan Sekolah ini, saya memperolehi banyak pengetahuan

baru tentang pentadbiran bagi sesuatu persatuan. Setiap persatuan pasti akan mempunyai

organisasinya, peraturannya, senarai ahlinya dan juga rancangan sepanjang tahun dan juga

mingguan.

Selain itu, saya juga berpeluang belajar tentang cara menyimpan maklumat dengan

disusun dalam portfolio, Portfolio ini akan membantu guru ataupun sesiapa sahaja yang

memerlukan maklumat tersebut mencari maklumat dengan lebih cepat dan berkesan.

Rancangan tahunan Pengakap Kanak-kanak bagi sekolah ini juga memberi pendedahan

kepada saya bahawa rancangan tahunan yang disediakan perlulah berpandukan sesuatu

standard yang telah ditentukan iaitu skim latihan dan bukan disediakan dengan sesuka hati

Kelemahan

Kelemahan saya dalam PBS ini adalah kekurangan peluang untuk berkomunikasi

dengan guru penasihat Persatuan Pengakap Kanak-kanak. Hal ini demikian kerana guru

tersebut sibuk dengan membuat persiapan untuk Mesyuarat Agong Persatuan Ibu Bapa dan

Guru (PIBG). Jadi, maklumat yang saya dapatkan daripada guru tersebut adalah terhad.

Ancaman

Ancaman semasa melaksanakan Pengalaman Berasaskan Sekolah laporan mingguan

pada tahun ini masih belum disiapkan oleh guru. Jadi, saya tidak berpeluang untuk

memerhatikan cara pelaksanaan aktiviti di sekolah pada tahun ini.

Page 2: REFLEKSI KESELURUHAN.docx

Peluang

Pengalaman Berasaskan Sekolah ini telah memberi peluang kepada saya untuk

berkenalan dengan Persatuan Pengakap Kanak-kanak yang ditubuhkan di sekolah. Saya juga

akan lebih bersedia untuk menghadapi aktiviti di sekolah pada masa akan datang nanti.

Seterusnya, saya juga berpeluang untuk memerhati cara pelaksanaan aktiviti Persatuan

Pengakap Kanak-kanak di sekolah ini dengan berdasarkan portfolio yang disediakan oleh guru.

Maklumat yang teliti tentang Persatuan Pengakap Kanak-kanak telah jelas dinyatakan dalam

portfolio tersebut.

Tambahan pula, saya juga berpeluang untuk berkomunikasi dengan pihak pentadbiran

di sekolah untuk memahami pengurusan di sekolah. Ini merupakan peluang yang amat

berharga kepada saya untuk menyesuaikan diri saya dengan cara pengurusan di sekolah.