7
REFLEKSI KURSUS BINA INSAN GURU DI SEKOLAH KEBANGSAAN TANAH RATA Kursus Bina Insan Guru (BIG) untuk semester dua PISMP 2009 telah berjalan dengan jayanya hasil kerjasama semua guru pelatih kursus Matematik ambilan PISMP 2009 dengan pihak pentadbiran institut dan juga pihak sekolah walaupun terdapat beberapa halangan dan dugaan yang terpaksa diharungi bersama. Kursus ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Tanah Rata di Cameron Highlands pada 1 hingga 3 Oktober 2009. Di sini terbinanya sifat yang baik di kalangan guru pelatih dalam menguruskan sesuatu organisasi atau sebuah badan untuk dijadikan bekalan apabila berkhimat di sekolah suatu hari nanti. Kursus untuk semester ini menfokuskan khidmat masyarakat dan seminar atau bengkel yang meliputi masa selama 10 jam. Ahli komuniti perlu merancang dan berbincang untuk menyusun jadual atau aktiviti yang sepatutnya dijalankan. Pada hari pertama di sekolah tersebut kami semua menghadiri satu seminar yang disampaikan sendiri oleh guru besar sekolah tersebut. Sebelum menghadiri seminar tersebut, kami semua disambut dengan baik walapun tidak semeriah menyambut orang kenamaan oleh wakil pihak sekolah dan menikmati sedikit juadah pagi di kantin sekolah. Lokasi sekolah yang berdekatan dengan Pajabat Pendidikan Daerah Tanah Tinggi memudahkan lagi urusan pentadbiran. Terdapat beberapa buah sekolah lain yang turut terletak berhampiran dengan sekolah tersebut. Selain itu terdapat beberapa bangunan yang masih dalam pembinaan bersebelahan dengan sekolah. Antara isi kandungan yang terdapat dalam seminar yang telah saya ikuti adalah berkenaan dengan teori pembelajaran dan

REFLEKSI KURSUS BINA INSAN GURU DI

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: REFLEKSI KURSUS BINA INSAN GURU DI

REFLEKSI KURSUS BINA INSAN GURU DI

SEKOLAH KEBANGSAAN TANAH RATA

Kursus Bina Insan Guru (BIG) untuk semester dua PISMP 2009 telah berjalan

dengan jayanya hasil kerjasama semua guru pelatih kursus Matematik ambilan PISMP

2009 dengan pihak pentadbiran institut dan juga pihak sekolah walaupun terdapat

beberapa halangan dan dugaan yang terpaksa diharungi bersama. Kursus ini dijalankan

di Sekolah Kebangsaan Tanah Rata di Cameron Highlands pada 1 hingga 3 Oktober

2009. Di sini terbinanya sifat yang baik di kalangan guru pelatih dalam menguruskan

sesuatu organisasi atau sebuah badan untuk dijadikan bekalan apabila berkhimat di

sekolah suatu hari nanti.

Kursus untuk semester ini menfokuskan khidmat masyarakat dan seminar atau

bengkel yang meliputi masa selama 10 jam. Ahli komuniti perlu merancang dan

berbincang untuk menyusun jadual atau aktiviti yang sepatutnya dijalankan. Pada hari

pertama di sekolah tersebut kami semua menghadiri satu seminar yang disampaikan

sendiri oleh guru besar sekolah tersebut.

Sebelum menghadiri seminar tersebut, kami semua disambut dengan baik walapun

tidak semeriah menyambut orang kenamaan oleh wakil pihak sekolah dan menikmati

sedikit juadah pagi di kantin sekolah. Lokasi sekolah yang berdekatan dengan Pajabat

Pendidikan Daerah Tanah Tinggi memudahkan lagi urusan pentadbiran. Terdapat

beberapa buah sekolah lain yang turut terletak berhampiran dengan sekolah tersebut.

Selain itu terdapat beberapa bangunan yang masih dalam pembinaan bersebelahan

dengan sekolah.

Antara isi kandungan yang terdapat dalam seminar yang telah saya ikuti adalah

berkenaan dengan teori pembelajaran dan pengajaran yang amatlah memberi banyak

faedah kepada diri saya sendiri sebagai bekalan ilmu untuk menjadi guru kelak.

Tugas utama sebagai seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan

pembelajaran para pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atau guru bukan sahaja

harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi

mereka juga menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru perlu

mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat meransangkan minat pelajar di samping

sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar.

Page 2: REFLEKSI KURSUS BINA INSAN GURU DI

Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza

dari segi kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan

strategi pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan

pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan

perkembangan dan kebolehan pelajar. Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi

memeransangkan pelajar belajar secara aktif, ia juga harus mampu membantu

menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta dapat

menghasilkan pembelajaran yang bermakna.

Dalam merancang persedia mengajar, aktiviti-aktiviti yang dipilih perlu mempunyai

urutan yang baik. Ia perlu diselaraskan dengan isi kemahiran dan objektif pengajaran.

Lazimnya aktiviti yang dipilih itu adalah gerak kerja yang mampu memberi sepanuh

pengaruh terhadap perhatian, berupaya meningkatkan kesan terhadap intelek, ingatan,

emosi, minat dan kecenderungan serta mampu membantu guru untuk menjelaskan

pengajarannya.

Dalam merancang aktiviti mengajar yang berkesan dan bermakna kepada para

pelajar, guru haruslah memikirkan terlebih dahulu tentang kaedah dan teknik yang akan

digunakan. Pemilihan strategi secara bijaksana mampu menjamin kelicinan serta

keberkesanan penyampaian sesuatu subjek atau modul.

Perlunya guru menarik perhatian pelajar dalam sesuatu pengajaran, aktiviti-aktiviti

yang dipilih hendaklah yang menarik dan mempunyai potensi yang tinggi untuk

membolehkan isi pelajaran dan konsep-konsep yang diterjemahkan secara jelas. Aktiviti

harus boleh mempengaruhi intelek, emosi dan minat pelajar secara berkesan.

Justeru itu, dengan pengisian ilmu sebegini, minda saya terbuka dengan lebih jelas

lagi dan bertambah ilmu di dada. Sebagai seorang guru, saya juga bertanggungjawab ke

atas generasi akan datang perlu mengkhabarkan dan mendidik mereka supaya menjadi

manusia yang bertanggungjawab kepada nusa, bangsa dan agama.

KEKUATAN

Apabila detik pertama saya melangkah masuk ke sekolah ini saya berasa kagum

dengan suasana dan persekitaran sekolah yang ceria dan tenang. Terasa sejuk mata

memandang keindahan landskapnya . Padangannya yang menghijau dengan tumbuhan –

Page 3: REFLEKSI KURSUS BINA INSAN GURU DI

tumbuhan renek menghiasi persekitaran sekolah memikat hati siapa sahaja yang

memandangnya.

Daripada pengamatan yang dibuat , kami dapati sekolah ini sungguh ceria dengan

landskapnya dan amat sesuai sebagai tempat menimba ilmu pengetahuan. Guru yang

dihantar mengajar atau berkhidmat di sana pasti berasa bertuah dan terus jatuh cinta

terhadapnya. Pertama , jika dilihat dari pintu depannya sahaja kita sudah dapat melihat

pemandangan sekolah yang ceria jika dibandingkan dengan sekolah lain. Dengan

pemandangan yang indah dengan lanskap yang dihiasi dengan tumbuhan – tumbuhan

renek di sepanjang laluan masuk yang sudah tentunya memukau sesiapa sahaja melalui

kawasan ini .

Seterusnya, kawasan sekolah yang tidak begitu luas memudahkan pihak

pengurusan sekolah untuk menguruskannya tanpa banyak halangan. Asrama pelajar dan

rumah untuk guru turut disediakan untuk kemudahan pelajar dan guru. Pelajar yang

memohon dan terpilih sahaja yang dapat mendiami asrama yang ditangung sepenuhnya

oleh kerajaan. Setiap dinding sekolah yang dicat dan dilukis dengan lukisan dan lakaran

yang menarik menceriakan lagi suasana sekolah. Terdapat juga satu sudut yang

mempunyai kolam ikan perhiasan yang dibina dengan rekaan seolah-olah berada dalam

hutan hujan tropika. Pelajar boleh meluangkan masa rehat meraka sambil mengulang kaji

pelajaran dan berbincang sesama mereka di atas bangku yang disediakan berhampiran

dengan kolam ikan tersebut.

Ahli komuniti yang bertangunjawab menguruskan kursus ini telah mengaturkan

aktiviti khidmat masyarakat iaitu aktiviti gotong-royong dan kelas tambahan untuk pelajar.

Aktiviti pertama iaitu gotong-roying terpaksa ditukar kepada aktiviti melukis dan mengecat

mural dinding kantin sekolah terbabit kerana hujan turun dengan lebat. Keputusan ini

diambil sebulat suara dengan kerjasama pihak pengurusan sekolah. Aktiviti ini dilakukan

pada waktu petang di hari pertama saya berada di sekolah itu. Terdapat kumpulan pelajar

yang membersihkan kawasan kantin dan membuat lukisan pada dinding. Ini menimbulkan

kerjasama antara ahli komuniti. Aktiviti ini terpaksa disambung pada hari kedua kerana

kesuntukan masa.

Aktiviti lain yang turut diatur adalah mengadakan kelas tambahan untuk pelajar

tahun lima dan empat yang memfokuskan subjek Matematik dan Bahasa Inggeris. Aktiviti

ini dijalankan pada hari kedua saya berada di sana.Kumpulan guru pelatih dibahagikan

kepada dua kumpulan iaitu kumpulan yang mengajar subjek Matematik dan kumpulan

Page 4: REFLEKSI KURSUS BINA INSAN GURU DI

yang mengajar subjek Bahasa Inggeris. Masa yang dihadkan selama sejam setiap sesi

dan akan bertukar secara selang seli.

Selain daripada itu, kami juga mengambil kesempatan semasa berada di sana

dengan melawat tempat-tempat yang menarik seperti ladang teh, ladang strawberi dan

pasar malam. Cameron Highlands sememangnya terkenal dengan penghasilan sayuran

yang segar dan bunga-bungaan yang cantik dan menarik. Harga yang ditawarkan murah

dan boleh tawar-menawar.

Dari segi penginapan pula boleh dikatakan selesa dan menyenangkan. Kami

tinggal di apartment yang terletak di atas bukit yang indah. Kelengkapan yang terdapat

dalam bilik mencukupi seperti dapur gas, peti ais, tandas, dan katil. Cuaca di sana

amatlah sejuk dan memerlukan selimut yang tebal untuk menahan kesejukan lebih-lebih

lagi apabila cuaca hujan. Sejuk boleh sampai mengigil satu badan. Ini adalah pertama kali

di Cameron Highland.

Makanan yang disediakan selama berada di sana saya rasa amat puas hati dan

mencukupi. Menu yang disediakan memenuhi selera dan lazat sekali. Tidak pula timbul

makanan tidak mencukupi dan komen-komen daripada guru pelatih yang lain. Tetapi

makanan hanya disediakan untuk sehari sahaja manakala selebihnya perlu mengeluarkan

duit poket sendiri.

KELEMAHAN

Kelemahan yang dapat saya nyatakan semasa BIG ini adalah masalah disiplin

antara kalangan guru-guru pelatih yang masih mengambil ringan dan sambil lewa. Masih

lagi terdapat guru pelatih yang tidak memberi perhatian sepenuhnya ketika sesi

penerangan yang disampaikan oelh ketua rombongan.

Selain itu terdapat juga guru pelatih tidak menepati masa yang ditetapkan dan ini

menyebabkan banyak masa terbuang dengan begitu sahaja. Hendak dimarah nanti terasa

hati dan merajuk. Mengalahkan budak-budak walaupun pada hakikatnya dapat

membezakan yang mana baik dan buruk. Terdapat juga segelintir guru pelatih yang tidak

berpakaian sebagaimana yang ditetapkan semasa taklimat dan menunjukkan imej yang

tidak baik dalam profesyen perguruan.

Pergaulan yang boleh dikatakan bebas juga tanpa kawalan merupakan salah satu

kelemahan dan ini boleh dibaiki. Bergantung kepada individu untuk mengubahkannya dan

menjauhinya walaupun berjuta nasihat diberi ibarat mencurah air ke atas daun keladi

Page 5: REFLEKSI KURSUS BINA INSAN GURU DI

PENUTUP

Sesungguhnya, melalui program Bina Insan Guru ( penanda arasan ) yang

dijalankan pada kali ini terdapat begitu banyak ilmu pengetahuan dan pengalaman yang

berjaya kami perolehi dan ianya amat berguna untuk kami pada masa hadapan kelak.

Sesungguhnya pengalaman yang diperolehi dapat dimanfaatkan untuk program

seterusnya dan menjadikannya lebih baik dan mantap dari pelbagai aspek.

NIK MUHAMMAD AIMAN BIN NIK ASBULLAH

PISMP-2MTED2

20 OKTOBER 2009