3
REFLEKSI Lawatan Penanda Aras ke SK Sungai Dua Kuala Pilah Pertama sekali saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat illahi kerana dengan limpah dan kurniaNya,akhirnya saya dapat menyiapkan Program Bina Insan Guru iaitu mengadakan lawatan penanda aras ke Sk Sungai Dua Kuala Pilah ini dengan jayanya mengikut masa yang telah ditetapkan. Tarikh lawatan tersebut pada 22 April 2015 iaitu hari Rabu. Tidak dilupakan kepada mentor kami iaitu Encik Jalil bin Osman yang banyak membantu kami menyiapkan rangka program ini serta rakan sekelas. Pada semester kali ini iaitu semester lapan, kami telah diwajibkan menjalankan program BIG iaitu lawatan penanda aras ini. Sebelum itu, seluruh ahli kelas telah beberapa kali bermesyuarat untuk menentukan organisasi untuk menguruskan aktiviti di dalam program BIG ini. Sebelum program itu, pelbagai persiapan telah dilakukan. Antaranya ialah pemilihan tempat, kertas kerja, bajet dan lain-lain yang dirasakan perlu. Setelah perbincangan dibuat, kami telah bersetuju untuk memilih Sk Sungai Dua iaitu salah sebuah sekolah berprestasi tinggi untuk dijadikan tempat program BIG dilaksanakan. Ahli Jawatankuasa bagi lawatan penanda aras ini telah berbincang serta memohon kebenaran bagi mengadakan lawatan penanda aras ke sekolah tersebut. Pihak Sk Sungai Dua telah memberi maklum balas yang positif untuk kedatangan kami ke sana. Kami berasa bangga dan terharu dengan penerimaan itu.

Refleksi Lawatan Sem 8

Embed Size (px)

DESCRIPTION

free

Citation preview

Page 1: Refleksi Lawatan Sem 8

REFLEKSI

Lawatan Penanda Aras ke SK Sungai Dua Kuala Pilah

Pertama sekali saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat illahi kerana

dengan limpah dan kurniaNya,akhirnya saya dapat menyiapkan Program Bina Insan

Guru iaitu mengadakan lawatan penanda aras ke Sk Sungai Dua Kuala Pilah ini

dengan jayanya mengikut masa yang telah ditetapkan. Tarikh lawatan tersebut pada

22 April 2015 iaitu hari Rabu. Tidak dilupakan kepada mentor kami iaitu Encik Jalil

bin Osman yang banyak membantu kami menyiapkan rangka program ini serta

rakan sekelas. Pada semester kali ini iaitu semester lapan, kami telah diwajibkan

menjalankan program BIG iaitu lawatan penanda aras ini.

Sebelum itu, seluruh ahli kelas telah beberapa kali bermesyuarat untuk

menentukan organisasi untuk menguruskan aktiviti di dalam program BIG ini.

Sebelum program itu, pelbagai persiapan telah dilakukan. Antaranya ialah pemilihan

tempat, kertas kerja, bajet dan lain-lain yang dirasakan perlu. Setelah perbincangan

dibuat, kami telah bersetuju untuk memilih Sk Sungai Dua iaitu salah sebuah

sekolah berprestasi tinggi untuk dijadikan tempat program BIG dilaksanakan. Ahli

Jawatankuasa bagi lawatan penanda aras ini telah berbincang serta memohon

kebenaran bagi mengadakan lawatan penanda aras ke sekolah tersebut. Pihak Sk

Sungai Dua telah memberi maklum balas yang positif untuk kedatangan kami ke

sana. Kami berasa bangga dan terharu dengan penerimaan itu.

Sekolah Kebangsaan Sungai Dua Kuala Pilah merupakan sebuah sekolah

berprestasi tinggi. Untuk makluman, sekolah ini telah mendapat pengiktirafan

sebagai sekolah kluster kecemerlangan dalam bidang sukan hoki dan mata

pelajaran Bahasa Melayu pada pada tahun 2013.

Apabila sampai di SK Sungai Dua, kami telah disambut dengan penuh mesra

oleh warga sekolah. Seterusnya, kami dibawa ke padang sekolah yang begitu

selesa untuk mendengar taklimat daripada Puan Razanah Mohamad Penolong

Kanan Kurikulum dan Cikgu Hanafiah b. Ishak Sebelum majlis ramah mesra

dijalankan kami telah disediakan sedikit santapan dari pihak sekolah untuk dijamu

kepada kami. Selepas itu, beliau telah menerangkan tentang sejarah sekolah,

Page 2: Refleksi Lawatan Sem 8

kemudahan yang ada di sekolah, dan pencapaian sekolahdalam bidang sukan hoki

dan akademik .

Terdapat beberapa kekuatan yang boleh saya dapati sepanjang

melaksanakan program ini iaitu mempunyai semangat kerjasama dan bersungguh-

dalam melaksanakan program ini. Kami telah berganding bahu dalam

menyumbangkan idea, fikiran dan tenaga supaya program dapat berjalan dengan

lancar tanpa sebarang kekangan. Selain itu, dengan adanya program sebegini

secara tidak langsung saya dapat menambah dan mendalami dengan lebih

mendalam mengenai bagaimana untuk berurusan dengan pihak luar . Dalam

perjalanan menjadi seorang guru yang cemerlang, pengalaman memainkan peranan

yang sangat penting. Ia bermula dari dalam diri guru itu sendiri dan dipersekitaran

dirinya. Jika ia mampu melakukan pada masa sekarang iaitu mampu mengendalikan

dan menguruskan sesuatu perkara bermakna pada masa akan datang tidak mustahil

akan dapat melakukan kerja tersebut dengan lebih baik dan cemerlang.

Di samping itu, kelemahan yang boleh dikenalpasti sepanjang melakukan

tugasan ini ialah kekangan yang saya maksudkan adalah dari segi masa,tenaga dan

komitmen sesama pelajar. Ini telah menyukarkan kami untuk menjayakan program

tersebut. Selain itu, kelemahan yang lain boleh dilihat ialah bagi sekolah tersebut

ialah ketiadaan kemudahan padang hoki yang standard untuk kegunaan murid.

Alhamdullilah, tugasan yang diberikan dapat dijalankan dengan jayanya tanpa

ada yang tertinggal dan dapat diserahkan mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

Terima kasih saya ucapkan pada semua pihak terutama yang telah membantu

secara langsung dan tidak langsung. Secara keseluruhannya, saya berpendapat

bahawa objektif BIG ini telah berjaya dicapai. Saya berharap program seperti ini

akan dapat diteruskan pada masaakan datang.