REFLEKSI mte 3110

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/22/2019 REFLEKSI mte 3110

    1/3

    REFLEKSI

    Bagi kursus MTE 3110, saya telah diberikan satu tugasan secara individu

    dan berpasangan. Tugasan tersebut terbahagi kepada dua iaitu Tugasan 1 : Peta

    Minda dan Tugasan 2 :Penerokaan petak ajaib. Tugasan 1 iaitu membuatpembacaan mengenai persamaan dan ketaksamaan linear dan tugasan ini

    merupakan tugasan individu. Manakala Tugasan 2 ialah penerokaan petak ajaib

    3x3 dan 4x4 secara manual iaitu menggunakan kaedah penyelesaian linear

    algebra seperti kaedah penghapusan, gantian, Kaedah Gauss Jordon dan juga

    penyelesaian menggunakan perisian Linear Algebra Toolkit yang terdapat di

    internet. Tugasan ini harus dilakukan secara berpasangan dan saya telah

    memilih Siti Fatimah Azzahra binti Azhar sebagai pasangan saya.

    Dalam proses menjalankan tugasan ini, saya telah mencari beberapa

    maklumat berkenaan dengan Linear algebra berkaitan dengan tajuk persamaan

    dan ketaksamaan linear. Di bawah tajuk Sistem Persamaan Linear, terdapat

    beberapa kaedah untuk menyelesaikannya dan saya telah membuat pembacaan

    melalui beberapa sumber seperti buku, melalui laman sesawang internet dan

    modul pembelajaran. Saya dapati kaedah-kaedah ini sangat menarik dan

    berguna bagi saya menyelesaikan sesuatu permasalahan linear algebra.

    Sepanjang menjalankan tugasan ini, saya dapati bahawa banyak buku yang

    dengan linear algebra ini berada pusat sumber IPG. Namun demikian, sumber

    daripada internet pula tidak banyak yang relevan dengan tajuk kerana

    kebanyakan input yang didapati dari internet adalah sangat terhad.

    Sesungguhnya, melalui tugasan 1 ini, saya dapat memahami tajuk persamaan

    dan ketaksamaan linear dengan lebih mendalam kerana saya harus meneroka

    sendiri berkenaan dengan tajuk ini dan membuat peta minda. Bimbingan

    daripada pensyarah pembimbing juga menyebabkan saya berkobar-kobar untuk

    mempelajari ilmu Linear Algebra ini dan saya dapat mengukuhkan lagi

    kefahaman tentang penggunaannya dalam kehidupan seharian.

  • 7/22/2019 REFLEKSI mte 3110

    2/3

    Walaupun saya menghadapi masalah kekangan masa kerana terdapat

    beberapa kerja kursus yang harus diselesaikan bersama-sama dengan tugasan

    ini, namun saya berjaya membahagikan masa dan menyiapkan kesemua

    tugasan dalam tempoh yang diberikan. Bagi tugasan 2 pula, saya dan pasangan

    dikehendaki meneroka petak ajaib dan menyelesaikan petak berkenaan secara

    manual dan menggunakan perisian. Oleh yang demikian, saya dan rakan

    berbincang bersama-sama bagi menyelesaikan tugasan ini. Kami telah mebuat

    beberapa pembacaan mengenai kaedah yang sesuai bagi menyelesaikan petak

    ajaib dan kami juga turut berbincang kepada rakan-rakan yang lain. Namun

    demikian, saya dan pasangan saya tidak dapat berbincang bersama dan

    berkolaborasi dengan pensyarah dengan lebih kerap ini kerana kami banyak

    terlibat dengan pengurusan Kejohanan Olaharga Tahunan di IPG menyebabkan

    kami tidak dapat meluangkan lebih banyak masa untuk melaksanakan tugasan

    ini dengan baik lagi.

    Saya bersyukur kerana sepanjang tugasan ini dijalankan, saya telah dapat

    belajar pelbagai perkara baru yang tidak dapat saya pelajari hanya dari teori

    yang diajar di dalam kuliah. Saya dan pasangan telah belajar bagaimana untuk

    menyelesaikan petak ajaib yang agak sukar dengan menggunakan kaedahGauss Jordan, penggantian, penghapusan dan bermacam lagi. Sesungguhnya,

    ilmu yang kami pelajari ini bukanlah hanya untuk digunakan di dalam

    peperiksaan semata-mata namun kami juga boleh menggunakannya dalam

    kehidupan seharian sebagai seorang guru matematik. Antaranya, kita boleh

    menggunakan petak ajaib sebagai bahan bantu mengajar kita bagi menjadikan

    proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik.

  • 7/22/2019 REFLEKSI mte 3110

    3/3

    Secara keseluruhannya, saya sangat bersyukur kerana telah diberi

    peluang untuk menjalankan tugasan ini dan telah banyak membantu saya dalam

    proses untuk menjadikan diri saya sebagai seorang guru yang berdedikasi dan

    berjaya di masa akan datang. Saya berharap agar segala ilmu yang telah saya

    peroleh melalui tugasan ini akan dapat saya amalkan kelak. Sekian, terima

    kasih.

    NUR ATIQAH BINTI ABDULLAH

    5 PISMP MT2