6
Refleksi Saya berasa bersyukur kerana mampu menyiapkan kerja kursus ini dalam masa yang ditentukan. Sebelum memulakan kerja kursus ini, saya kurang faham kehendak soalan tugasan ini. Manakala dengan penerangan jelas yang telah disampaikan oleh pensyarah saya, iaitu En. Razak bin Sulong. Dengan kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya atas penjelasan beliau tentang kerja kursus ini. Berdasarkan tugasan ini, saya dikehendaki untuk menjalankan pengajaran mikro di padang berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian yang disediakan oleh saya. Dengan adanya ilmu serta penerangan jelas oleh pensyarah En.Razak bin Sulong dan bimbingan beliau saya dapat membina Rancangan Pengajaran Harian dengan baik. Walaupun mendapat kekangan kefahaman semasa melakukan RPH ini kerana RPH Pendidikan Jasamani tidak sama seperti RPH minor Bahasa Tamil, tetapi setelah perbincangan bersama pensyarah dan guru saya dapat menghasilkan RPH yang baik dan berjaya menjadikan ia sebagai satu amali pengajaran dan pembelajaran yang baik di padang. Pensyarah membantu saya untuk menyiapakan Rancangan Pengajaran Harian dalam kerja kursus ini. Setelah menyiapkan RPH, saya dapat mengetahui bahawa dengan memberikan tumpuan dan komitmen yang terbaik adalah salah satu faktor yang membantu di dalam menghasilkan RPH tersebut. Oleh itu, dengan kekuatan saya ini, saya amat berharap jika saya bekerja bersungguh lagi saya dapat menghasilkan kerja yang terbaik seperti tugasan pada kali ini. Sesuatu program atau aktiviti yang dijalankan mestilah mempunyai kekuatan dan kelemahan. Bagi RPH yang dijalankan ini, saya telah mengesan beberapa faktor positif dan negatif yang telah mempengaruhi keseluruhan aktiviti yang telah dijalankan. 11

Refleksi pedagogi

Embed Size (px)

DESCRIPTION

refleksi pedagogi

Citation preview

Refleksi

Saya berasa bersyukur kerana mampu menyiapkan kerja kursus ini dalam masa yang ditentukan. Sebelum memulakan kerja kursus ini, saya kurang faham kehendak soalan tugasan ini. Manakala dengan penerangan jelas yang telah disampaikan oleh pensyarah saya, iaitu En. Razak bin Sulong. Dengan kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya atas penjelasan beliau tentang kerja kursus ini. Berdasarkan tugasan ini, saya dikehendaki untuk menjalankan pengajaran mikro di padang berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian yang disediakan oleh saya. Dengan adanya ilmu serta penerangan jelas oleh pensyarah En.Razak bin Sulong dan bimbingan beliau saya dapat membina Rancangan Pengajaran Harian dengan baik. Walaupun mendapat kekangan kefahaman semasa melakukan RPH ini kerana RPH Pendidikan Jasamani tidak sama seperti RPH minor Bahasa Tamil, tetapi setelah perbincangan bersama pensyarah dan guru saya dapat menghasilkan RPH yang baik dan berjaya menjadikan ia sebagai satu amali pengajaran dan pembelajaran yang baik di padang. Pensyarah membantu saya untuk menyiapakan Rancangan Pengajaran Harian dalam kerja kursus ini. Setelah menyiapkan RPH, saya dapat mengetahui bahawa dengan memberikan tumpuan dan komitmen yang terbaik adalah salah satu faktor yang membantu di dalam menghasilkan RPH tersebut. Oleh itu, dengan kekuatan saya ini, saya amat berharap jika saya bekerja bersungguh lagi saya dapat menghasilkan kerja yang terbaik seperti tugasan pada kali ini. Sesuatu program atau aktiviti yang dijalankan mestilah mempunyai kekuatan dan kelemahan. Bagi RPH yang dijalankan ini, saya telah mengesan beberapa faktor positif dan negatif yang telah mempengaruhi keseluruhan aktiviti yang telah dijalankan. Selain itu ketika melaksanakan pengajaran saya dapat mengetahui bahawa saya dapat mengawal kelas dengan baik walaupun kadangkala terdapat beberapa orang murid yang membuat nakal. Tetapi apabila saya memberikan arahan, mereka dapat mengikuti arahan saya dengan mudah tanpa sebarang masalah. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran mikro ini, saya telah memilih tajuk kemahiran iaitu lompatan. Saya menggunakan pelbagai alatan seperti gelung, kon besar, sederhana dan kecil, tali skipping, dan kayu panjang. Kemahiran ini menyebabkan murid-murid tidak mudah berasa bosan walaupun kemahiran yang sama belajar sebelum ini. Setelah saya mendapat maklum balas daripada pensyarah terhadap pengajaran saya, saya telah mengetahui mengenai kelemahan ataupun kekurangan yang saya perlu atasi. Pensyarah En. Razak menegur mengenai aktiviti perkembangan iaitu langkah 1. Beliau mengatakan bahawa aktiviti perkembangan mengambil masa terlalu lama dan menggunakan alatan yang banyak. Hal ini menyebabkan pengajaran mikro saya mengambil masa selama 45 minit. Saya bersetuju dengan pendapat beliau kerana saya dapat melihat sendiri reaksi murid-murid ketika langkah 1 tersebut dijalankan. Oleh itu pada peringkat ini saya, seharusnya merancang aktiviti perkembangan yang lebih bersesuaian pada tahap murid. Selain daripada itu En. Razak turut menegur bahawa terdapat beberapa arahan yang kurang jelas di RPH saya. Beliau mencadangkan saya menambah lagi arahan-arahan yang perlu di dalam RPH saya supaya RPH saya menjadi lebih baik dan senang difahami apabila guru ataupun pihak lain membaca RPH tersebut. Sekali lagi saya bersetuju dengan pandangan beliau mengenai kelemahan saya ini. Di sepanjang proses saya menyiapakan tugasan ini, saya dapat melihat peluang-peluang yang saya memperbaiki diri dari segi teknik pengajaran, interpersonal dan intrapersonal. Ketika proses pengajaran dilaksanakan saya dapat meningkatkan keyakinan diri saya untuk bercakap di hadapan kelas dan mengajar orang lain. Selain itu, saya turut belajar cara untuk mengawal kelas terutamanya apabila menghadapi dan keadaan kelas yang bising. Saya telah menggunakan peluang ini sepenuhnya untuk saya menyediakan diri saya bagi menjadi seorang pendidik yang cemarlang di masa hadapan kelak. Tanpa cabaran maka kuranglah makna dan nikmat sesuatu perkara atau aktiviti yang dilaksanakan. Bagi saya cabaran yang paling sukar saya hadapi ketika melaksanakan tugasan ini adalah kebimbangan mengenai kerjasama yang diberikan oleh rakan-rakan ketika proses pengajaran dilaksanakan. Tetapi, terima kasih kepada En.Razak banyak membantu dengan memberikan sepenuh kerjasama ketika proses pengajaran. Selain itu cabaran yang saya hadapi adalah mengenai masa. Pengurusan masa yang baik adalah penting dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan. Untuk menghasilkan RPH yang baik, perancangan pengurusan masa adalah perlu. Oleh kerana saya turut mempunyai tugasan-tugasan lain yang perlu disiapkan, saya merancang masa yang perlu menyiapkan untuk RPH. Secara keseluruhannya, tugasan ini memberikan saya suatu pengalaman dan pengetahuan yang bermakna dalam menyedikan RPH. Akhir kata, saya amat berterima kasih kepada semua pihak yang telah banyak membantu saya dalam menyiapakan tugasan ini.

Gambar semasa pelaksanaan pengajaran mikro Memanaskan badan lari dan lompat setempat

Lari sambil sentuh rumput mendengar arahan

Keterangan permainan Kumpulan Manggis

Membahagikan kumpulan lari zig zag

Lompat melepasi skittle lompat sisi melepasi skittle

Berjalan di atas bangku panjang melepasi halangan

Skipping lompat dalam gelung

Cooling down

11