Upload
che-sharifuddin-ismail
View
213
Download
7
Embed Size (px)
Citation preview
REFLEKSI PENGAJARAN MIKRO: PENGURUSAN OLAHRAGA
Pertama dan selamanya, syukur ke hadrat Ilahi atas kesempatan dan
kekuatan yang telah diberi oleh-Nya untuk saya menyiapkan dan melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran mikro pada semester ini. Tidak dilupa kepada
pensyarah saya iaitu Encik Nordin dan Encik Nazri atas tunjuk ajar dan bimbingan
yangt telah diberikan selama saya menyiapkan tugasan ini bersama dengan ahli
kumpulan lain. Terima kasih juga pada para rakan dan ahli kumpulan.
Sepanjang melaksanakan tugasan ini, saya telah mempelajari pelbagai ilmu
dan teknik dalam mengajar kemahiran bersukan kepada murid. Pelbagai teknik baru
yang tidak pernah saya pelajari selama ini telah saya pelajari dan fahami dengan
baik. Hal ini boleh membantu saya untuk bersedia apabila tiba masanya untuk saya
mengajar di praktikum dan apabila tiba masanya saya bekerja kelak. Teknik-teknik
ini membolehkan saya berusaha untuk melahirkan tunas atlet baru yang boleh
mengharumkan nama sekolah, negeri, dan seterusnya negara ke peringkat
antarabangsa.
Saya juga telah mempelajari teknik untuk mengajar dengan lebih berkesan.
Semasa melaksanakan pengajaran, saya dapat lihat bagaimana semua orang
menggunakan pelbagai cara yang berbeza-beza untuk menyampaikan ilmu.
Walaupun hanya sekadar latihan, saya dan semua yang lain tetap cuba untuk
menjadikan pengajaran ini adalah seperti pengajaran yang sebenar seperti yaang
dilaksanakan bersama murid sekolah yang sebenar.
Saya rasa kurang puas apabila masa yang diperuntukkan bagi setiap
kumpulan untuk melaksanakan pengajaran hanyalah selama 30 minit. Dalam satu
kumpulan, terdapat beberapa orang yang akan mengajar sekali dalam 30 minit
tersebut. Jadi, masa yang diperlukan untu setiap ahli untuk mengajar amatlah terhad
dan saya serta yang lain tidak dapat membuatnya sehabis baik. Aktiviti lain juga
tidak dapat dimasukkan supaya lebih menarik Walau bagaimanapun, semua orang
masih mendapat bahagian masing-masing.
Kesimpulannya, semua orang dalam kelas saya termasuk saya sudah
melakukan yang terbaik dalam tugasan kali ini. Saya harap, pada sesi tugasan yang
akan datang, kami boleh melakukan yang terbaik lagi daripada ini.
Sekian, terima kasih.
CHE SHARIFUDDIN ISMAIL 910313115347 PISMP JAN 2011