6
Teori dan model yang berkaitan: Kekuatan dan kelemahan Friedrich Froebel dan Reggio Emilia Oleh: Anis Sakinah Binti Ahmad 1.0 Pengenalan Rentetan perkembangan pendidikan awal kanak-kanak semenjak beberapa dekad yang lepas memberi impak positif kepada pembangunan negara era globalisasi. Perkembangan ini dilihat begitu pesat berkembang dengan kelangsungan dan penambahbaikan teori dan pendekatan yang sedia ada bagi meningkatkan kualiti pendidikan awal kanak-kanak dari masa ke semasa. Walaubagaimanapun, setiap teori dan pandangan yang diinspirasikan adalah pandangan setiap orang yang mempunyai visi, misi dan persekitaran yang berbeza. Oleh itu, setiap teori dan pendekatan yang digunakan sudah tentu mempunyai kekuatan dan kelemahan yang tersendiri tidak terkecuali dengan teori Froebel dan Reggio Emilia yang akan dibincangkan di bawah sub topik seterusnya. 2.0 Kekuatan Teori Dan Model Pendidik awal kanak-kanak tidak mempunyai sebab untuk menolak mentah- mentah dari menggunakan teori Froebel dan Reggio Emilia disebabkan beberapa kekuatan masing-masing yang tersendiri. Oleh itu, sub topik ini membincangkan kekuatan pada teori Froebel dan Reggio Emilia (REA) yang dikaji dalam pelbagai dimensi. Secara dasarnya, dapat dilihat Froebel membentuk kurikulum atas kepercayaan bahawa manusia secara semula jadi adalah baik dan kanak-kanak ibarat kain putih yang perlu dicorak dengan baik. REA pula percaya bahawa kanak-kanak perlu meneroka sendiri untuk mendapatkan pemahaman terhadap sesuatu perkara dalam projek yang ditadbir oleh kanak-kanak,(Azizah, 2002) . Dalam hal ini, dapat dilihat teori Froebel lebih berpusatkan guru dan Rea lebih kepada berpusatkan murid. Kedua-duanya mempunyai kekuatan dari segi bagaimana guru mentafsir dan menerima teori untuk diaplikasikan.. Jika diaplikasikan di dalam kelas menggunakan teori Froebel, guru berperanan sebagai pembimbing dan pemberi tunjuk ajar. Kelebihannya, pengurusan bilik darjah (kawalan kelas) ternyata lebih baik daripada pendekatan REA disebabkan oleh peranan guru sebagai pemerhati dan penyelidik yang mana kadang-kadang berlaku masalah pengawalan kelas. (Spielgaben,2013)

Reggio Emilia Dan Froebel

Embed Size (px)

DESCRIPTION

ECE

Citation preview

Page 1: Reggio Emilia Dan Froebel

Teori dan model yang berkaitan: Kekuatan dan kelemahan Friedrich Froebel dan Reggio Emilia

Oleh: Anis Sakinah Binti Ahmad

1.0 Pengenalan

Rentetan perkembangan pendidikan awal kanak-kanak semenjak beberapa dekad yang lepas memberi impak positif kepada pembangunan negara era globalisasi. Perkembangan ini dilihat begitu pesat berkembang dengan kelangsungan dan penambahbaikan teori dan pendekatan yang sedia ada bagi meningkatkan kualiti pendidikan awal kanak-kanak dari masa ke semasa. Walaubagaimanapun, setiap teori dan pandangan yang diinspirasikan adalah pandangan setiap orang yang mempunyai visi, misi dan persekitaran yang berbeza. Oleh itu, setiap teori dan pendekatan yang digunakan sudah tentu mempunyai kekuatan dan kelemahan yang tersendiri tidak terkecuali dengan teori Froebel dan Reggio Emilia yang akan dibincangkan di bawah sub topik seterusnya.

2.0 Kekuatan Teori Dan Model

Pendidik awal kanak-kanak tidak mempunyai sebab untuk menolak mentah-mentah dari menggunakan teori Froebel dan Reggio Emilia disebabkan beberapa kekuatan masing-masing yang tersendiri. Oleh itu, sub topik ini membincangkan kekuatan pada teori Froebel dan Reggio Emilia (REA) yang dikaji dalam pelbagai dimensi. Secara dasarnya, dapat dilihat Froebel membentuk kurikulum atas kepercayaan bahawa manusia secara semula jadi adalah baik dan kanak-kanak ibarat kain putih yang perlu dicorak dengan baik. REA pula percaya bahawa kanak-kanak perlu meneroka sendiri untuk mendapatkan pemahaman terhadap sesuatu perkara dalam projek yang ditadbir oleh kanak-kanak,(Azizah, 2002) . Dalam hal ini, dapat dilihat teori Froebel lebih berpusatkan guru dan Rea lebih kepada berpusatkan murid. Kedua-duanya mempunyai kekuatan dari segi bagaimana guru mentafsir dan menerima teori untuk diaplikasikan.. Jika diaplikasikan di dalam kelas menggunakan teori Froebel, guru berperanan sebagai pembimbing dan pemberi tunjuk ajar. Kelebihannya, pengurusan bilik darjah (kawalan kelas) ternyata lebih baik daripada pendekatan REA disebabkan oleh peranan guru sebagai pemerhati dan penyelidik yang mana kadang-kadang berlaku masalah pengawalan kelas.(Spielgaben,2013)

Spielgaben (2013) juga berpendapat bahawa menggunakan persekitaran sebagai guru dalam pendekatan REA. Ini juga adalah satu kelebihan kepada kanak-kanak dalam memberi interpretasi dengan lebih berkesan kepada kanak-kanak dalam meneroka dan memahami tentang sesuatu perkara kerana lebih rapat dengan persekitaran tersebut. Mereka juga dapat mengeksplotasi persekitaran sebagai satu kaedah belajar dan lebih memahami sesuatu dengan cara yang menarik. Tidak ketinggalan juga, kedua-dua teori ini mengaplikasikan pendekatan menggunakan deria sensori motor serta psikomotor terutamanya motor halus melalui projek) dan aplikasi set hadiah ’gift’ ,(Azizah,2002) kepada kanak-kanak secara langsung mengembangkan deria kanak-kanak secara holistik.

Pendekatan REA juga dilihat mementingkan perasaan kanak-kanak dengan mengambil kira pendapat dan idea murid untuk dijadikan kurikulum. Namun, dilihat kurikulum REA nampak lebih kompleks dan tidak tersusun berbanding dengan kurikulum teori Froebel yang lebih regik dan tersusun (Spielgaben,2013). Ini menunjukkan bahawa kurikulum yang dibentuk oleh guru memberi lebih manfaat kerana guru akan mempertimbangkan kemahiran yang akan diajar

Page 2: Reggio Emilia Dan Froebel

seterusnya mengikuti perkembangan murid. Berbanding dengan kurikulum yang dibentuk berasaskan idea dan pendapat murid, kebarangkalian terdapat kemahiran dan pengetahuan yang perlu dikuasai murid akan tertinggal lebih tinggi dan tidak mengikut perkembangan yang sejajar dengan pertumbuhan kanak-kanak pada masa itu.

Kedua-dua teori ini juga menggunakan pendekatan membuat aktiviti secara kumpulan. Secara tidak langsung, aktiviti berkumpulan dapat meningkatkan literasi, intelek dan soial kanak-kanak melalui interaksi rakan sebaya. Peneguhan positif dalam cara mendokumentasikan hasil kerja murid juga memberi motivasi instrinsik kepada murid seperti yang diaplikasikan dalam REA. Froebel juga memberi peneguhan positif melalui penghasilan bahan konkrit sebagai medium pengajaran iaitu “Gift” sedikit sebanyak memberi rangsangan kepada kanak-kanak untuk belajar.

3.0 Kelemahan teori dan model

Pandangan teori ini terhadap kanak-kanak ini juga berbeza. Froebel berpendapat persekitaran yang menentukan corak dan perkembangan kanak-kanak namun REA berpendapat konsep berdasarkan pengalaman mereka berinteraksi dengan persekitaran menyatakan bahawa teori Froebel tidak mementingkan keseimbangan emosi murid dalam mengekpresiasikan perasaan mereka dalam proses pembelajaran. Berbeza dengan REA yang meluahkan perasaan, berimaginasi secara bebas dan secara tidak langsung mampu mengembangkan perkembangan kognitif, sosoioemosi, dan jasmani, (Spielgaben,2013).

Jelas dilihat teori Froebel yang dikatakan lebih berstuktur sebenarnya terdapat elemen ‘pengawalan’ . Ini bermaksud, murid terhad kepada kapasiti pengajaran guru berbanding REA yang meminta kanak-kanak membuat penerokaan sendiri bagi menjawab persoalan dan inkuri yang bersarang dalam minda kanak-kanak. Keseimbangan dan kestabilan jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial dilihat lebih menyerlah dalam pendekatan REA.

4.0 Cadangan Penambaikan

Teori Froebel dan REA sebenarnya mempunyai kelebihan dan kelemahan tersendiri. Namun begitu, jika digabung jalin kekuatan dan atasi kelemahan yang ada, kedua-dua teori ini sangat baik untuk diaplikasikan dalam dunia pendidikan awal kanak-kanak. Contohnya, kurikulum berstruktur oleh Froebel digabung jalin dengan kurikulum REA yang mementingkan idea dan pendapat kanak-kanak memberi impak positif kepada perkembangan kanak-kanak itu sendiri. Hal ini disebabkan oleh kerana kanak-kanak mampu bebas mengeksperesi idea mereka di samping dibimbing oleh guru secara terancang. Kawalan kelas juga lebih baik dengan pengintergrasian ini selain kurikulum lebih fleksibel dan boleh dipinda berdasarkan minat, kecenderungan serta perkembangan murid.

5.0 Rumusan

Persamaan yang dapat dilihat ialah kedua-dua teori ini berpaksikan matlamat yang sama iaitu mengajak kanak-kanak supaya belajar. Justeru, kedua-dua teori ini perlu dintergarasikan sekali bagi mendapatkan hasil yang hebat dan dapat diimplematasikan oleh pendidik awal kanak-kanak dalam memperkembangkan kanak-kanak ini sebagai asset negara sekaligus memanfaatkan sehabis baik ‘golden time’ kanak-kanak,(Zailani Zakaria&Asiah Munajam, 2013)

Page 3: Reggio Emilia Dan Froebel

6.0 Rujukan

Nordin, A. L. (2002). Pendidikan Awal Kanak-kanak Teori Dan Amali. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Spielgaben. (2013). Camporison among Froebel, Montessori, Reggio Emilia and Waldorf-Steiner Methods-Part 1Camporison among Froebel, Montessori, Reggio Emilia and Waldorf-Steiner Methods-Part 1 : Spielgaben. 1-8.

Zailani Zakaria & Asiah Munajam. (2013). Pendekatan Reggio Emilia: Provokasi dan Kerjasama Dengan Pendidikan Kanak-kanak Di Amerika Syarikat. 1.

Page 4: Reggio Emilia Dan Froebel

7.0

Lampiran

6.1 Perbandingan Friedrich Froebel dan Reggio Emilia

Perbezaan Friedrich Froebel Reggio EmiliaPandangan terhadap kanak-kanak

Kain suci dan perlu dicorak Kanak-kanak perlu diberi kebebasan untuk berimaginasi dan berinovasi.

Peranan guru Pendidik (guru yang mengajar)

Penyelidik / pembimbing (membimbing dan pemerhati)

Pendekatan Berpusatkan guru Berpusatkan muridkurikulum Berasaskan BBM Berasaskan projekmodel Mementingkan Mementingkan minat dan

kecenderungan kanak-kanakPendekatan teori Teori behavioris

(persekitaran yang menentukan corak dan perkembangan kanak-kanak – ibarat kain putih yang tidak mempunyai corak)

Teori konstruktivisme (membina kosep berdasarkan pengalaman mereka berinteraksi dengan persekitaran)

Struktur KurikulumTidak mementingkan perasaan kanak-kanak ( tingkah laku yang diperhatikan menjadi keutamaan)

Mementingkan perasaan dan idea murid (beri peluang murid berimaginasi, berinovasi dan meneroka sendiri dalam menjawab persoalan inkuiri kanak-kanak

Matlamat pendidikan Kembangkan aspek fizikal, spiritual, kognitif dan sosial kanak-kanak

Kembangkan aspek fizikal, kognitif dan sosial kanak-kanak

Hubungan dengan persekitaran

Menekankan bahawa penglibatan secara langsung, interaksi dan bergaul dengan rakan sebaya dapat membentuk tingkah laku yang baik (yang diharapkan)

Kanak-kanak diberi peluang untuk berkolaborasi dengan orang sekeliling, bekerja bersama-sama.

Proses pembelajaran Tidak dapat mengaspresiasikan serta

Dapat meluahkan perasaan, berimaginasi secara bebas

Page 5: Reggio Emilia Dan Froebel

mengembangkan idea, perasaan dan fizikal secara holistik

dan mampu mengembangkan perkembangan kognitif, sosoioemosi, dan jasmani.