8

Click here to load reader

REKA BENTUK KURIKULUM - ipbl.edu.my · PDF file4.1.8 Pengajaran dan pembelajaran merujuk aktiviti penyampaian dan perolehan pengetahuan, kemahiran, dan nilai keguruan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: REKA BENTUK KURIKULUM - ipbl.edu.my · PDF file4.1.8 Pengajaran dan pembelajaran merujuk aktiviti penyampaian dan perolehan pengetahuan, kemahiran, dan nilai keguruan

PROSEDUR KUALITI TERAS

NO.KELUARAN : 05 NO.PINDAAN : 01

REKA BENTUK KURIKULUM TARIKH KUAT KUASA : 15.02.08 MUKA SURAT : 1/8 BPG-PPK-PT-25

Februari 2008

REKA BENTUK KURIKULUM

Disediakan oleh:

………………………………

Diluluskan oleh:

…………….…………………

Nama: Dr. NORIATI BT A RASHID Nama: DATO’ MISRAH BIN HJ. IBRAHIM

Jawatan: KETUA PENOLONG PENGARAH

Jawatan: PENGARAH BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU

Tarikh: 15 FEBRUARI 2008 Tarikh: 15 FEBRUARI 2008

SALINAN TERKAWAL

Dokumen ini ialah salinan digital dan tidak memerlukan tandatangan - Jawatankuasa Dokumentasi Induk

Page 2: REKA BENTUK KURIKULUM - ipbl.edu.my · PDF file4.1.8 Pengajaran dan pembelajaran merujuk aktiviti penyampaian dan perolehan pengetahuan, kemahiran, dan nilai keguruan

PROSEDUR KUALITI TERAS

NO.KELUARAN : 05 NO.PINDAAN : 01

REKA BENTUK KURIKULUM TARIKH KUAT KUASA : 15.02.08 MUKA SURAT : 2/8 BPG-PPK-PT-25

Februari 2008

1.0 OBJEKTIF

Prosedur ini bertujuan menjelaskan proses merancang, menggubal, dan memurni

kurikulum latihan perguruan praperkhidmatan agar dijalankan secara sistematik,

profesional, dan berkesan mengikut keperluan Bahagian Pendidikan Guru.

2.0 SKOP

Prosedur ini digunakan oleh semua ahli panel perancang dan pakar luar yang

terlibat dalam perancangan dan penggubalan kurikulum latihan perguruan

praperkhidmatan.

3.0 DOKUMEN RUJUKAN

3.1 BPG-PPK-MK-01

3.2 Akta Pendidikan 1996

3.3 BPG-PPK-PT-01: Penyediaan Unjuran Keperluan dan Pengambilan Guru

3.4 Senarai Tugas Staf Ikhtisas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di BPG dan

Institut Perguruan Malaysia

3.5 BPG -PPK -PT-09 : Perancangan dan Pelaksanaan Pengajaran dan

Pembelajaran

3.6 Minit Mesyuarat pre-council perancangan reka bentuk kurikulum latihan

perguruan

3.7 Minit Mesyuarat pre-council perancangan kurikulum latihan perguruan

mengikut mata pelajaran atau kursus

3.8 Minit Mesyuarat Majlis Professional, Pengurusan, dan Pentadbiran, BPG

3.9 Minit Mesyuarat Jawatankuasa Penggubalan Kurikulum Pendidikan Guru

(JPKPG)

Page 3: REKA BENTUK KURIKULUM - ipbl.edu.my · PDF file4.1.8 Pengajaran dan pembelajaran merujuk aktiviti penyampaian dan perolehan pengetahuan, kemahiran, dan nilai keguruan

PROSEDUR KUALITI TERAS

NO.KELUARAN : 05 NO.PINDAAN : 01

REKA BENTUK KURIKULUM TARIKH KUAT KUASA : 15.02.08 MUKA SURAT : 3/8 BPG-PPK-PT-25

Februari 2008

4.0 DEFINISI

4.1 Istilah

4.1.1 Jawatankuasa Perancangan Pendidikan ialah jawatankuasa

peringkat tertinggi penggubalan dasar pendidikan di Kementerian

Pelajaran yang dipengerusikan oleh Y.B. Menteri Pelajaran.

4.1.2 Jawatankuasa Penggubalan Kurikulum Pendidikan Guru

(JPKPG) ialah jawatankuasa peringkat tinggi penggubalan dasar

kurikulum latihan perguruan yang dipengerusikan oleh Timbalan

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

4.1.3 Jawatankuasa Kurikulum Pusat (JKP) ialah jawatankuasa

peringkat tertinggi penggubalan dasar kurikulum sekolah rendah

dan sekolah menengah yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah

Pelajaran Malaysia.

4.1.4 Program praperkhidmatan merujuk program yang dikendalikan

untuk mendidik guru pelatih, iaitu Kursus Diploma Perguruan

Malaysia (KDPM), Kursus Persediaan Program Ijazah Sarjana

Muda Perguruan (PPISMP) dan Program Ijazah Sarjana Muda

Perguruan (PISMP) untuk calon bukan sisiwazah dan Kursus

Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) untuk calon siswazah.

4.1.5 Reka bentuk kurikulum merujuk penerangan yang lengkap

tentang prinsip perancangan program dan kandungan program

latihan pendidikan guru.

4.1.6 Struktur kursus merujuk rangka (outline) yang menerangkan

secara lengkap taburan komponen dan kandungan kursus mengikut

semester dan jam kredit.

4.1.7 Perancang kurikulum merujuk pensyarah institut perguruan,

pensyarah universiti, dan pegawai KPM yang menganggotai panel

penggubalan kurikulum.

Page 4: REKA BENTUK KURIKULUM - ipbl.edu.my · PDF file4.1.8 Pengajaran dan pembelajaran merujuk aktiviti penyampaian dan perolehan pengetahuan, kemahiran, dan nilai keguruan

PROSEDUR KUALITI TERAS

NO.KELUARAN : 05 NO.PINDAAN : 01

REKA BENTUK KURIKULUM TARIKH KUAT KUASA : 15.02.08 MUKA SURAT : 4/8 BPG-PPK-PT-25

Februari 2008

4.1.8 Pengajaran dan pembelajaran merujuk aktiviti penyampaian dan

perolehan pengetahuan, kemahiran, dan nilai keguruan.

4.1.9 Sukatan Pelajaran merujuk skop kandungan latihan pendidikan

guru mengikut mata pelajaran masing-masing bagi program

praperkhidmatan bukan ijazah.

4.1.10 Pro forma kursus merujuk skop kandungan latihan pendidikan

guru mengikut kursus-kursus Program Ijazah Sarjana Muda

Perguruan.

Page 5: REKA BENTUK KURIKULUM - ipbl.edu.my · PDF file4.1.8 Pengajaran dan pembelajaran merujuk aktiviti penyampaian dan perolehan pengetahuan, kemahiran, dan nilai keguruan

PROSEDUR KUALITI TERAS

NO.KELUARAN : 05 NO.PINDAAN : 01

REKA BENTUK KURIKULUM TARIKH KUAT KUASA : 15.02.08 MUKA SURAT : 5/8 BPG-PPK-PT-25

Februari 2008

4.2 Singkatan

JPP : Jawatankuasa Perancangan Pendidikan

PPG : Pengarah Pendidikan Guru

JKP : Jawatankuasa Kurikulum Pusat

JPKPG : Jawatankuasa Penggubalan Kurikulum Pendidikan Guru

JPK : Jawatankuasa Pusat Kurikulum

KDPM : Kursus Diploma Perguruan Malaysia

PPISMP : Kursus Persediaan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

PISMP : Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

KPLI : Kursus Perguruan Lepas Ijazah

KPLI SR : Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah

KUR : Unit Kurikulum, Bahagian Pendidikan Guru

DPP : Unit Dasar, Perancangan dan Pembangunan, Bahagian Pendidikan Guru

MPKPM : Mesyuarat Pengurusan, Kementerian Pelajaran Malaysia

KPP : Ketua Penolong Pengarah

PP : Penolong Pengarah

p & p : Pengajaran dan Pembelajaran

PT : Pembantu Tadbir

MPPP Majlis Profesional Pengurusan dan Pentadbiran

Page 6: REKA BENTUK KURIKULUM - ipbl.edu.my · PDF file4.1.8 Pengajaran dan pembelajaran merujuk aktiviti penyampaian dan perolehan pengetahuan, kemahiran, dan nilai keguruan

PROSEDUR KUALITI TERAS

NO.KELUARAN : 05 NO.PINDAAN : 01

REKA BENTUK KURIKULUM TARIKH KUAT KUASA : 15.02.08 MUKA SURAT : 6/8 BPG-PPK-PT-25

Februari 2008

5.0 TANGGUNGJAWAB DAN TINDAKAN

Tanggungjawab Tindakan

PPG 1. Menerima keputusan mesyuarat JPP yang memutuskan penawaran program latihan untuk memenuhi keperluan guru.

2. Menerima laporan unjuran keperluan guru daripada unit DPP.

3. Mencadangkan program latihan untuk memenuhi keperluan guru dan keperluan perkembangan latihan keguruan terkini.

KPP-KUR 4. Mengambil tindakan untuk merancang dan membina reka bentuk kurikulum bagi program praperkhidmatan setelah menerima arahan daripada PPG. Reka bentuk kurikulum yang disediakan selaras dengan perkembangan terkini kurikulum sekolah rendah dan kurikulum sekolah menengah yang diluluskan oleh JKP, Kementerian Pelajaran Malaysia.

KPP dan PP 5. Mengadakan mesyuarat pre-council penggubalan kurikulum latihan guru untuk mendapat pandangan dan panduan profesional daripada pihak universiti / institut perguruan/ bahagian-bahagian Kementerian Pelajaran / badan-badan profesional yang berkaitan.

6. Menyediakan kertas konsep reka bentuk kurikulum selepas menerima input mesyuarat pre-council dan perbandingan dengan program yang serupa di institusi tempatan dan luar negara.

KPP 7. Membentangkan cadangan reka bentuk kurikulum untuk makluman dan pandangan MPPP, Bahagian Pendidikan Guru.

8. Mempengerusikan mesyuarat dengan PP kurikulum yang diberikan tanggungjawab untuk mengurus semua perkara berkaitan dengan penggubalan kurikulum mata pelajaran masing-masing.

PPG 9. Membentangkan kertas konsep reka bentuk kurikulum untuk memberi makluman dan mendapat pandangan MPKPM.

KPP dan PP 10. Mengadakan mesyuarat pre-council penggubalan sukatan pelajaran dan pro forma kursus.

11. Mengadakan mesyuarat penggubalan sukatan pelajaran dan pro forma kursus.

Page 7: REKA BENTUK KURIKULUM - ipbl.edu.my · PDF file4.1.8 Pengajaran dan pembelajaran merujuk aktiviti penyampaian dan perolehan pengetahuan, kemahiran, dan nilai keguruan

PROSEDUR KUALITI TERAS

NO.KELUARAN : 05 NO.PINDAAN : 01

REKA BENTUK KURIKULUM TARIKH KUAT KUASA : 15.02.08 MUKA SURAT : 7/8 BPG-PPK-PT-25

Februari 2008

Tanggungjawab Tindakan

12. Menyediakan draf sukatan pelajaran atau pro forma kursus.

13. Mengadakan mesyuarat pemurnian sukatan pelajaran dan pro forma kursus untuk dibawa ke mesyuarat JPKPG.

14. Membentangkan reka bentuk kurikulum, sukatan pelajaran atau pro forma kursus untuk mendapat validasi JPKPG.

PP 15. Menerima keputusan mesyuarat JPKPG dan mengambil tindakan susulan seperti berikut:

a) membuat pindaan kandungan kurikulum, sukatan pelajaran atau pro forma kursus seperti yang diputuskan dalam mesyuarat JPKPG dengan menggunakan format seperti ditunjukkan dalam LAM-PT25-01”.

b) menyediakan salinan terakhir sukatan pelajaran atau pro forma kursus institut perguruan untuk dicetak.

c) mengurus percetakan sukatan pelajaran mengikut keperluan institut perguruan.

d) menyimpan sukatan pelajaran dan pro forma kursus yang telah mendapat validasi daripada JPKPG.

PP dan PT 16. Mengurus pengedaran sukatan pelajaran seminggu sebelum kursus bermula.

PP 17. Memberi induksi kurikulum praperkhidmatan kepada pensyarah IPG

18. Menjalankan pemantauan untuk mendapat maklum balas pelaksanaan kurikulum mengikut instrumen seperti contoh yang ditunjukkan dalam LAM-PT25-02.

19. Menyemak semula kurikulum praperkhidmatan selaras dengan hasil dapatan pemantauan yang dijalankan.

Page 8: REKA BENTUK KURIKULUM - ipbl.edu.my · PDF file4.1.8 Pengajaran dan pembelajaran merujuk aktiviti penyampaian dan perolehan pengetahuan, kemahiran, dan nilai keguruan

PROSEDUR KUALITI TERAS

NO.KELUARAN : 05 NO.PINDAAN : 01

REKA BENTUK KURIKULUM TARIKH KUAT KUASA : 15.02.08 MUKA SURAT : 8/8 BPG-PPK-PT-25

Februari 2008

6.0 REKOD KUALITI

Bil. Rekod Lokasi Tempoh Disimpan

Lampiran

1. Borang Pengesahan Pindaan Kurikulum

KUR, BPG Selagi digunakan LAM-PT25-01

2. Contoh Instrumen Pemantauan Pelaksanaan Kurikulum

KUR, BPG Selagi kurikulum digunakan

LAM-PT25-02

3. Struktur dan Komponen

KUR, BPG

Selagi kurikulum digunakan

LAM-PT25-03

4. Model Konseptual Pendidikan Guru

KUR, BPG

Selagi kurikulum digunakan

LAM-PT25-04

5. Format Panduan Menulis Kandungan Kurikulum

KUR, BPG

Selagi kurikulum digunakan

LAM-PT25-05

6. Carta Alir Kerja Merancang, Menggubal Dan Menyediakan Kurikulum Kursus Perguruan Praperkhidmatan Rendah Dan Menengah

KUR. BPG Selagi kurikulum digunakan

LAM-PT25-06