Upload
hanhu
View
216
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
REKACIPTA DAN INOVASI 2011
INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA TEMERLOH
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
1.0 PENGENALAN DAN LATARBELAKANG
Pertandingan Rekacipta dan Inovasi Peringkat IKBN 2011, Kementerian Belia dan Sukan
diadakan untuk memupuk daya kreatif, ciptaan dan inovasi di kalangan pelajar bagi
mencapai tahap rekacipta terkini dari segi rekabentuk dan fungsi. Pertandingan Rekacipta
dan Inovasi IKBN 2011 juga telah diadakan pada sambutan Hari Belia Negara yang telah
diadakan pada 28 Mei 2011 di Putrajaya bagi menyokong perhimpunan sejuta belia.
Bagi menyahut cabaran tersebut, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Temerloh telah
menghantar dua projek inovasi dalam pertandingan tersebut bagi kategori Teknologi
Kejuruteraan Mekanikal dan berasaskan kepada tema Teknologi Hijau. Tajuk projek
tersebut ialah Mushroom Media Bagging Machine dan Seed Planter.
2.0 TUJUAN PROJEK INOVASI
Tujuan projek ini diadakan adalah untuk memupuk daya kreatif dan inovasi di kalangan
pelajar IKBN Temerloh disamping memberi pendedahan tentang faedah-faedah hasil dari
projek inovasi.
3.0 PELAKSAAN PROJEK INOVASI
3.1 Mushroom Media Bagging Machine
3.1.1 Sinopsis Projek
3.1.1.1 Perbincangan Masalah :
Mesin yang sedia ada hanya dapat membungkus satu media sahaja
dalam satu operasi.
Membuang masa operator untuk menunggu penghasilan satu media.
Kuantiti habuk kayu yang diisi ke dalam bekas tadahan sedikit dan
menyebabkan operator mesin terpaksa bekerja keras untuk mencapai
target harian.
3.1.1.2 Kaedah Ujikaji :
Kajian dimulakan dengan lawatan di tapak semaian cendawan.
Idea tercetus apabila keadaan operasi mesin yang boleh dimaksimumkan
penggunaannya.
Idea disokong oleh pemilik tapak semaian tersebut.
3.1.1.3 Jangkaan Keputusan :
Mengurangkan kos pembelian mesin.
Menjimatkan masa.
Mengurangkan kos penggunaan elektrik.
Mengurangkan penggunaan kaji pekerja.
Memaksimumkan penggunaan elektrik.
3.1.2 Pengenalan Projek
Mushroom Media Bagging Machine direka untuk memudahkan proses
“bagging”. Pertanian cendawan tiram ini dikomersialkan dalam bentuk yang
lebih maksimum di dalam kawasan semaian yang minimum/kecil. Dengan cara
ini, penghasilan cendawan dapat diperbanyakan jumlahnya tanpa mengubah
bau, warna, rasa dan zatnya. Projek ini berkait rapat dengan tema Pertandingan
Rekacipta dan Inovasi peringkat IKBN 2011. Teknologi hijau yang dimaksudkan
dengan pencemaran, penjimatan tenaga yang digunakan, guna semula dan
mesra pengguna. Projek ini telah merangkumi kesemua elemen-elemen
teknologi hijau dimana pembuatan mesin ini menjimatkan penggunaan elektrik,
masa dan menambah pengeluaran pembungkusan “bagging” dalam satu
operasi. Mesin ini telah ada dipasaran tetapi penggunaan elektriknya tidak dapat
dimaksimumkan.
3.1.3 Objektif Projek
i. Meningkatkan pengeluaran media dalam jangka masa yang amat singkat
dan menjimatkan tenaga pekerja.
ii. Selaras dengan teknologi hijau yang digambar-gambarkan masa kini
dimana penjimatan tenaga yang digunakan, mesra alam, penggunaan
semula dan mesra pengguna.
iii. Memberi peluang kepada pengusaha-pengusaha mengkomersialkan
pertanian mereka.
3.1.4 Metodologi Pembangunan Produk
3.1.4.1 Peralatan
Lathe Machine
Milling machine
Grinder machine
Drilling machine
SMAW welding
MIG welding
Soldering
3.1.4.2 Komponen
BIL ITEM SPESIFIKASI KUANTITI
1 Single V-Pulley Normal 2
2 Roda Diameter 10 4
3 Bearing D25, D20 3
4 Rod D25, D20 3
5 Angle Iron 1”x1”, 2”x2” 2
6 Switch ON/OFF Standard 1
7 Motor DC Standard 1
8 Belting Standard 2
9 Double V-Pulley Normal 1
10 Zinc plate 2m x 1m 1
11 Push button Standard 1
12 Bolt 10mm x 25mm 8
3.1.4.3 Rekabentuk
3.1.4.4 Proses Pembuatan
Bil Gambarajah Penerangan
1
Membina rangka mesin dengan menggunakan proses kimpalan Metal Inert Gas (MIG Weld).
2
Membina tapak untuk meletak motor penghidup dengan menggunakan Vertical Milling Machine.
3
Membuat gerudi dan lorong gerudi dengan menggunakan proses kimpalan Metal Arc Welding (SMAW) dan Lathe Machine.
4
Membina bilah pengacau dengan menggunakan proses kimpalan MIG.
5
Memasang tali sawat pada Single V-Pulley dan Double V-Pulley.
6
Membentuk sistem pengimbang yang merangkumi sistem pengunci pulley di bahagian atas mesin.
7
Proses mengecat mesin.
8
Hasil produk.
3.1.5 Kegunaan Projek
3.1.5.1 Tujuan :-
Membantu pengusaha cendawan dari segi kewangan dan masa.
3.1.5.2 Aplikasi
Memasukkan sebatian habuk kayu ke dalam media.
Memampatkan sebatian habuk kayu dalam media.
3.1.5.3 Kebaikan
Menjimatkan masa.
Tidak menggunakan wang yang banyak.
Membolehkan penghasilan produk dengan banyak.
Dapat menghasilkan produk dengan berkualiti.
3.1.5.4 Kesan ke atas persekitaran
Tidak menghasilkan pencemaran udara, bunyi dan air.
Tidak menjejaskan kesihatan pengguna semasa mengendalikannya.
3.1.6 Elemen Inovatif / Kreatif
3.1.6.1 Produk
Penggunaan motor ditukar.
Gerudi pengisi habuk kayu ditambah.
Mudah dialih.
3.1.6.2 Proses
Menghasilkan 2 media dalam 1 proses berbanding mesin yang sedia
ada yang menghasilkan 1 media dalam 1 proses.
Menjimatkan masa.
Meningkatkan pengeluaran media.
3.1.7 Implikasi Kewangan
3.1.8 Kesimpulan
Mesin ini direka khas untuk pengusaha cendawan. Mesin ini menampung 2kg
sebatian habuk kayu. Selain itu, rekabentuk pada tali sawat digunakan boleh
dilaras sama ada kendur atau tegang. Terdapat ruang yang disediakan untuk
memasukkan sebatian habuk kayu. Sebatian habuk kayu yang dimampatkan ke
dalam media tidak menjejaskan persekitaran tempat kerja. Sebatian habuk kayu
ini masih boleh digunakan setelah 5 kali tuaian cendawan. Sebatian habuk kayu
ITEM KUANTITI HARGA
(RM)
Bolt 8 Push button 1 Zinc plate 1 Double V-Pulley 1 Belting 2 Motor DC 1 Switch ON/OFF 1 Angle Iron 2 Rod 3 Bearing 3 Roda 4 Single V-Pulley 2
JUMLAH 500
yang telah luput penggunaannya, ianya boleh dijadikan sebagai baja kepada
tanaman seperti anak-anak pokok. Oleh itu, mesin ini telah mengaplikasikan salah
satu aspek teknologi hijau dengan menggunakan semula sebatian habuk kayu.
3.2 Seed Planter
3.2.1 Pengenalan Projek
Teknologi hijau adalah aplikasi sains alam sekitar untuk memelihara sumber dan
alam semulajadi bagi menangani impak negatif akitiviti manusia. Penciptaan
mesin yang dinamakan SEED PLANTER tidak langsung akan mencemarkan alam
sekitar kerana tiada penggunaan bahan bakar. Ia selamat digunakan dan
menyediakan persekitaran yang sihat dan lebih baik untuk semua kehidupan.
3.2.2 Objektif Projek
i. Mengurangkan kadar penggunaan tenaga dalam masa yang sama
meningkatkan pembangunan ekonomi.
ii. Direka untuk menjimatkan kos petani kecil dan memberi pulangan yang
lumayan.
iii. Dari segi masa pula ia dapat memperbanyakan penanaman dalam
sesuatu tempoh masa.
iv. Yang paling utama mesin ini dicipta adalah untuk mengawal pencemaran
alam sekitar daripada terus tercemar.
3.2.3 Methodologi Pembangunan Projek
3.2.3.1 Peralatan
PERALATAN KEGUNAAN
MESIN MILLING Buat lubang,bore dan tap
MESIN LATHE Silinder
MIG Penyambungan
3.2.3.2 Komponen
BIL BAHAN SPESIFIKASI KUANTITI
1 Hollow square 20mm×20mm 2
2 Roda Φ30cm 4
3 Round square 6m 2
4 corong Biasa 1
5 Paip getah 10 cm 1
3.2.3.3 Proses Pembuatan
Rangka projek
Prose membuat rangka
Membuat kon
Proses membuat kon dan corong
penyalur
Proses menyecat
Proses mengecat dilakukan
3.2.4 Kegunaan Projek
3.2.4.1 Tujuan :-
Produk ini digunakan untuk membantu petani-petani kecil dalam
menghasilkan tanaman yang lebih cepat.
3.2.4.2 Aplikasi:-
Berguna untuk memelihara alam sekitar daripada terus tercemar.
Menjimatkan masa petani dalam proses penanaman biji benih.
Memberi pulangan yang memuaskan petani yang mengusahakan
tanaman kecil-kecilan.
3.2.5 Elemen Inovatif / Kreatif
Pengubahan telah di buat dari segi penggunaan motor kepada
pegerakan mekanikal sahaja.
Pengubahan dari segi reka bentuk produk iaitu produk direka dengan
lebih efisyen lagi bagi memudahkan petani.
3.2.6 Implikasi Kewangan
BIL ITEM KUANTITI HARGA
1 Roda 4 RM 100
2 Hollow square 1 RM 25
3 Round square 1 RM 30
4 corong 1 RM20
5 Paip getah 1 RM10
JUMLAH RM 185
3.2.7 Kesimpulan
Sebagai kesimpulanya,produk yang dihasilkan ini sedikit sebanyak membantu
mengurangkan pencemaran alam sekitar. Pemanasan global yang berlaku pada
masa kini adalah disebabkan oleh ketidaksedaran masyarakat kita tentang
penjagaan alam sekitar yang membimbangkan. Sebagai masyarakat yang
perihatin dalam memelihara alam sekitar dan menyahut seruan kerajaan, mesin
SEED PLANTER ini dicipta.
4.0 PENUTUP
Kedua-dua projek tersebut telah mewakili IKBN Temerloh ke Pertandingan Rekacipta dan
Inovasi IKBN 2011. Kedua-duanya Berjaya mendapat tempat yang baik walaupun tidak
memenangi sebagai juara. Walaubagaimanapun, pengalaman yang diperolehi daripada
penghasilan projek telah berjaya membuka mata pelajar tentang pentingnya idea inovatif
dan kreatif dalam pembangunan sesuatu projek bermula dari pemilihan projek. Salah satu
projek iaitu Mushroom Media Bagging Machine akan dihantar sekali lagi meakili IKBN
Temerloh di dalam pertandingan Anugerah Inovasi Negara 2011 di amping beberapa projek
baru yang lain.