Upload
leedakzaman
View
123
Download
16
Embed Size (px)
Citation preview
PENGENALAN
Malaysia mempunyai pelbagai jenis kain dan pakaian tradisional. Walaubagaimanapun, pakaian kasual
turut diminati oleh kebanyakan masyarakat di Negara ini. Selain mudah dijahit, blaus juga mudah didapati. Blaus
bermaksud baju pendek bagi orang perempuan di mana ukurannya dari leher ke punggung. Blaus boleh
dipadankan dengan skirt, seluar panjang (slack) dan sarung. Pakaian ini mula dipakai pada tahun 1860. Blaus
direka dengan pelbagai stail dan boleh dipakai secara kasual atau formal.
Dalam penyediaan pakaian, terdapat tiga peringkat iaitu perancangan, pelaksanaan dan
penilaian. Perancangan dilakukan dengan menyediakan rekod kerja. Pada peringkat
pelaksanaan melibatkan proses membuat pakaian dan penilaian dilakukan dengan menilai hasil
kerja.
Blaus rekaan saya menampilkan konsep ‘Santai dan Selesa”. Blaus ini menggunakan
fabrik asli iaitu benang kapas. Fabrik kapas ini sesuai dengan iklim panas dan mempunyai ciri-
ciri seperti menyerap kelembapan, teguh,tahan lasak dan harganya juga murah. Pemilihan stail blaus ini
ialah ia mempunyai kolar lurus, lengan padanan rata, belah kelepet sama lebar, jahitan butang dan lisu
pemadan.
REKA CIPTA STAIL PAKAIAN
Pengenalpastian masalah:
a. Faktor iklim : Negara Malaysia beriklim khatulistiwa iaitu panas dan lembab sepanjang
tahun. Ramai penduduk lebih memilih pakaian yang ringkas supaya lebih santai dan
selesa untuk dipakai setiap hari. Pakaian yang selesa dipakai ketika cuaca panas untuk
menyerap peluh dan mudah dikeringkan ketika musim tengkujuh. Stail yang sesuai
adalah blaus yang ringkas dan sesuai dipakai di mana jua.
b. Demografik : Kebanyakan masyarakat di Malaysia kini mempunyai pekerjaan. Mereka
lebih menggemari pakaian yang ringkas serta selesa untuk dipakai ketika bekerja
mahupun di rumah. Blaus ialah stail pakaian yang bertepatan dan sesuai dipakai untuk
pelbagai peringkat umur. Blaus boleh digayakan dengan aksesori tambahan mengikut
kreativiti pemakainya. Jenis fabric yang boleh digunakan untuk menghasilkan blaus
terdapat banyak di pasaran dengan harga yang berpatutan.
c. Psikografik : Blaus juga sesuai dipakai oleh masyarakat Bandar ataupun luar Bandar
kerana rekaannya yang ringkas . Bagi masyarakat Melayu, blaus boleh direka mengikut
adat bagi menjaga kesopanan dan kesusilaan masyarakat Timur. Bagi masyarakat
Bandar yang lebih mementingkan penampilan, blaus sentiasa tampak kasual, selesa
dan bergaya untuk dipadankan pada tubuh pemakainya.
LAKARAN PAKAIAN – BLAUS
HURAIAN STAIL PAKAIAN
Stail blaus yang dihasilkan ini dipengaruhi oleh reka bentuk pakaian seperti warna, corak, tekstur,
garis lengan, kolar dan fungsi blaus tersebut.
Warna pemilihan blaus ini adalah warna lembut iaitu kuning muda. Warna lembut sesuai untuk
orang yang kurus kerana warna ini menampakkan pemakainya kelihatan gempal.
Corak blaus ini berbunga kecil. Corak kecil akan menampakkan seseorang yang gempal itu akan
kelihatan lebih kurus dan langsing.
Tekstur fabrik blaus ini adalah daripada fabrik tenun biasa. Fabrik kapas yang sederhana
halus dan lembut ini sesuai untuk semua bentuk badan.
Garis lengan yang digunakan pada blaus ini adalah lengan padanan rata iaitu garis lengan yang
dicantum. Lengan padanan rata sesuai untuk orang yang rendah dan gempal supaya kelihatan kurus
dan kecil.
Kolar yang dipadankan pada blaus ini adalah kolar lurus. Kolar lurus ini sesuai untuk orang yang
bertubuh gempal dan tinggi agar pemakainya kelihatan kurus.
Lisu dijahit pada pakaian untuk mendapatkan bentuk padanan yang elok dengan tubuh
pemakai. Lisu yang digunakan ialah lisu pemadan.
Fungsi blaus ini merupakan pakaian kasual. Blaus ini lasak, selesa dipakai dan
ringkas.Amat sesuai dipakai ketika bersiar-siar atau berehat di rumah.
FABRIK, BAHAN DAN ALATAN
FABRIK
Fabrik juga dikenali sebagai tekstil yang berasal daripada perkataan textilis yang
bermaksud tenunan. Secara amnya, perkataan fabrik bukan hanya untuk fabrik
bertenun tetapi juga untuk fabrik tanpa tenun seperti fabrik berkait dan fabrik yang
dibina khas iaitu fabrik terikat dan fabrik bernet. Fabrik terbahagi kepada dua iaitu fabric
asli dan fabric buatan.
Fabric yang sesuai untuk membuat blaus ialah fabric sederhana tebal bercorak
atau tanpa bercorak. Jenis fabric yang digunakan untuk menghasilkan pakaian
terpulang kepada keselesaan individu. Kebiasaannya fabric yang digunakan ialah fabric
kapas campuran. Corak pada fabric yang dipilih juga perlu menepati citarasa pemakai.
Fabrik yang saya gunakan untuk membuat blaus ini ialah fabric kapas campuran
bercorak bunga-bunga halus. Warna yang dipilih ialah warna kuning lembut. Fabrik
kapas campuran ini merupakan gentian kapas yang dicampur dengan gentian lain
seperti gentian buatan manusia untuk menghasilkan fabric kapas campuran. Kelebihan
menggunakan fabric ini ialah:
tahan lasak.
mudah dikendalikan.
tahan panas dan tidak mudah mengembang.
mudah dijahit.
LANGKAH KERJA
MINGGU PERKARA CATATAN
1 Perbincangan rekacipta stail
pakaian
Dijalankan secara individu
dan bertema
Pakaian mempunyai ciri-ciri
seperti:
i. Kolar lurus
ii. Lisu
iii. Penjuru lipat tindih
iv. Lengan padanan
rata
2 Membuat pakaian
- Mengambil ukuran badan
Menyediakan rekod ukuran
badan
3 Membuat pakaian Melakar pola dengan
menggunakan pola
dagangan
Pola dilakar dengan
merujuk ukuran badan yang
telah diambil
4 Membuat pakaian
- Ubahsuai pola mengikut
pilihan stail yang telah
direka
Hasil
- Pola yang telah
diubahsuai
5 Membuat pakaian
- Membentang dan
menyusun atur pola
- Menggunting pola dan kain
Mengemas bahagian tepi
fabrik dengan jahitan
kemasan tepi
Membuat rujukan mengenai
- Memindah tanda-tanda
pola
proses-proses jahitan
6 Membuat pakaian
- Belah sama rata
7 Membuat pakaian
- Lisu pemadan
8 Membuat pakaian
- Menyediakan lengan
padanan rata
Hasil
- Cantuman lengan
pada bahagian
badan baju.
9 Membuat pakaian
- Menjahit butang dan
lubang butang
Hasil
- Butang dan lubang
butang yang telah
siap
10
Membuat pakaian
- Mengemaskan
penyudah tepi
Hasil
- Penyudah tepi yang
telah siap
dikemaskan
BAHAN DAN ALATAN
Alatan jahitan boleh dikategorikan mengikut kegunaan seperti alatan mengukur, mendraf,
menanda, menggunting, menekan, alatan menjahit dan alatan lain. Jadual di bawah
menunjukkan pemilihan alatan jahitan yang digunakan dalam mereka bentuk projek ini.
1.ALATAN MENGUKUR
Pita ukur dan pembaris ialah alatan mengukur yang digunakan dalam kerja menjahit.
Alatan Mengukur Penggunaan
Pita Ukur
Mengukur dengan tepat pada fabrik dan
bahan lain.
Pembaris lurus Mengukur dan menanda garisan lurus
pada kertas pola
Mengukur fabrik
2. ALATAN MENDRAF
Pembaris sesiku dan pembaris melengkung adalah antara alat yang digunakan untuk mendraf.
Alatan Mendraf Penggunaan
Pembaris sesiku Membuat garisan tepat dan garisan
lurus pada pola atau fabric.
Bahagian melengkung digunakan
untuk membentuk garis leher dan
lubang lengan
Pembaris melengkung Membentuk garis melengkung seperti
garis leher, keruk lengan, rusuk blaus,
rusuk skirt dan kaki seluar semasa
mendraf pola.
3. ALATAN MENANDA
Alatan menanda yang asas ialah roda surih yang digunakan bersama karbon tukang jahit.
Kapur tukang jahit boleh juga digunakan untuk memindahkan tanda pola pada fabric.
Alatan Menanda Penggunaan
Roda surih dan karbon tukang jahit Memindahkan tanda dan garisan pola
pada fabrik
Kapur tukang jahit Menandakan garis pemadan dan fabric
Memindahkan garisan tanda pola pada
fabrik
4. ALATAN MENGGUNTING
Gunting dan sniper ialah menggunting yang diperlukan untuk menggunting fabric dan kertas
pola. Sniper digunakan untuk memotong bahagian penjuru fabrik.
Alatan Menggunting Penggunaan
Gunting fabric Menggunting fabric
Sniper Digunakan untuk menggunting benang
jahitan
Penetas Menetas mata jahitan dan
menanggalkan benang jahitan.
5. ALATAN MENEKAN
Alatan menekan digunakan untuk menekan fabric yang cantik semasa proses menjahit. Proses
ini menghasilkan kerja yang cantik dan kemas. Alatan yang biasa digunakan ialah seterika dan
bod seterika.
Alatan Menekan Penggunaan
Seterika Menekan dan menggosok setiap
proses pada semua peringkat jahitan
supaya kemas dan rata.
Bod seterika Memudahkan proses menggosok dan
menekan jahitan.
6. BAHAN UNTUK MEMBUAT PAKAIAN
Bahan Pemilihan
Fabrik Jenis fabric yang digunakan ialah
daripada fabric kapas
Anggaran yang digunakan ialah
sepanjang 2 meter iaitu anggaran bagi
wanita dewasa bersaiz sederhana.
Benang Bahan yang digunakan untuk
mencantum dan menyambungkan
Butang (4 lubang/ 2 lubang) Digunakan sebagai kancing untuk
menutup belahan pada baju.
Interlining
Sejenis kain keras yang berwarna putih
sama ada bergam atau tidak.
Digunakan untuk membentuk bahagian
pinggang, kolar atau mansit.
7. ALATAN MENJAHIT
Mesin jahit dan jarum tangan ialah alat yang digunakan untuk menjahit. Jarum tangan
merupakan alatan asas untuk menjahit.
Alatan Menjahit Penggunaan
Mesin jahit
Menjahit dan mencantumkan fabric.
Menjahit jahitan sulaman
Menjahit lubang butang
Mengemas tepi fabrik
Mesin Jahit Tepi
Menjahit dan mengemas tepi fabrik
Jarum Tangan
Jenis tajam Untuk jahitan biasa seperti menjahit
jelujur dan menyembat kelepet.
Sesuai untuk semua jenis fabrik.
Jenis antara
Digunakan untuk kerja halus seperti
menjahit sembat.
Sesuai untuk fabric tebal.
8. ALATAN LAIN
Alatan Penggunaan
Jarum peniti Digunakan untuk menetapkan pola
pada fabric semasa menggunting atau
menjahit.
Untuk menandakan kedudukan
Pencucuk benang Digunakan untuk membantu
memasukkan benang ke lubang jarum
atau mesin
Jidal Mengelakkan jari daripada tercucuk
ketika menjahit
Digunakan pada jari tengah tangan
kanan.
UKURAN BADAN
Langkah-langkah mengambil ukuran badan adalah seperti berikut :
Ukuran badan diambil dengan bantuan seorang rakan untuk memastikan pitaukur tidak kendur di
bahagian yang sukar dilihat seperti labuh baju.
Gunakan pita ukur yang tegap dan jelas nombornya ntuk mendapatkan ukuran yang
tepat. Mulakan bahagian yang melintang diikuti dengan bahagian menegak.
Ambil ukuran di sebelah kanan, perlu berpakaian ringkas dan memakai pakaian asas yang sama
sendatnya.
Tandakan ukuran pnggang dengan mengikat pita atau tali dan ukuran hendaklah tidak
terlalu ketat atau terlalu longgar.
Rekodkan ukuran yang diambil
MENGAMBIL UKURAN BADAN
BIL BAHAGIAN BADAN CARA MENGUKUR
1 Lebar bahu Ukur dari hujung tulang bahu kiri hingga ke hujung
tulang bahu kanan.
2 Dada Ukur dada dengan meletakkan pita ukur longgar
sedikit di kelilingnya dengan menyelitkan dua jari
pada pita itu supaya tidak diukur terlalu ketat.
3 Pinggang Jangan ditarik pita ukur ketat benar di keliling
pinggang tetapi biarkan secukup sendat supaya
pakaian selesa dipakai.
4 Punggung Ukur dengan meletakkan pita ukur longgar sedikit di
keliling punggung dengan menyelitkan dua jari pada
pita itu. (ukur kira-kira 20.3cm di bawah daripada
pinggang)
5 Bahagian hadapan badan Ukur dari tengah bahu ke pinggang melalui
bahagian dada yang terpenuh sekali.
6 Bahagian belakang badan Ukur daripada pangkal tengkuk menyusur tulang
belakang terus ke pinggang.
7 Bidang dada Ukur bidang belakang setengah antara bahu dan
ketiak.
8 Bidang belakang aras Ukur bidang belakang setengah antara bahu dan
ketiak.
9 Lengan i)Dari bahu hingga ke panjang yang dikehendaki.
ii)Ukur keliling pangkal lengan
SENARAI UKURAN BADAN
BIL BAHAGIAN BADAN UKURAN (cm)
1 Leher 38 cm
2 Bahu 38 cm
3 Labuh baju 70 cm
4 Dada 88 cm
5 Pinggang 63 cm
6 Punggung 93 cm
7 Labuh tangan 48 cm
8 Keliling lengan 13 cm
9 Ketiak 43 cm
MENDRAF DAN MENGUBAHSUAI POLA
SUSUN ATUR POLA
LANGKAH-LANGKAH MENJAHIT
1. Mendraf dan Mengubahsuai Pola Blaus.
Pola yang diperlukan adalah pola bahagian badan hadapan, pola bahagian badan belakang, pola lengan
padanan rata dan pola kolar lurus. Draf pola tersebut pada kertas pola dan semua pola perlu
ditambah basi kelim sebanyak 1.5cm.
2. Memilih Bahan Jahitan Dan Hiasan
Bahan jahitan yang digunakanuntuk membuat blaus ini adalah fabrik kapas corak bunga sebanyak 1.5
meter,benang jelujur, benang jahit dan 5 biji butang.
3. Menyediakan Fabrik
Kenalpasti sebelah luar dan sebelah dalam fabrik, Melipat dua fabrik ikut ira lurus, Menekan
fabrik dengan seterika untuk mendapatkan permukaan yang licin dan rata. Kemudian fabrik
dibentangkan di atas permukaan meja yang besar dan luas.
4. Menyusun Atur Pola Di Atas Fabrik
Patuhi arahan tanda pola yang ada pada pola. Tanda ira pada pola hendaklah selari dengan ira fabrik.
Manakala pola yang mempunyai tanda lipatan diletakkan pada lipatan fabrik.Susun dan atur
kepingan pola yang besar dahulu kemudian yang kecil. Sematkan pola pada fabrik dengan jarum peniti.
5. Memindahkan Tanda Pola ke Fabrik
Dengan menggunakan roda surih dan kertas karbon kain, pindahkan tanda pola ke fabrik mengikut
garisan pemadan yang dilakar.
6.Menggunting Fabrik
Gunakan gunting fabrik yang tajam. Gunting kepingan yang besar dahulu,diikuti dengan kepingan
yang kecil. Letakkan tangan di atas pola apabilamenggunting fabrik. Gunting fabrik mengikut garisan
gunting. Gunting dengan gerakan sekata. Elakkan mengangkat fabrik ketika menggunting
fabrik.Selepas menggunting, jangan tanggalkan pola.
7. Jahit Kemas Tepi
Semua kepingan fabrik dijahit kemas tepi.
8. Menjahit Blaus
a) Mencantum kelim bahu menggunakan kelim belah kangkung
Temukan sebelah luar badan hadapan dengan garis bahu badan belakang.
Semat, jelujur dan jahit mesin di garisan pemadan bahu.
Tekan dan buka kelim.
Proses menjahit kelim belah kangkung
b) Penyediaan dan mencantum kolar
I. Menyedia dan meratakan kolar dan kaf:
- Temukan sebelah luar fabrik dan semat di garisan pemadan
- Jahit di kedua-dua tepi kolar dan kaf di garis pemadan
- Trim basi jahitan hingga 0.6cm
- Snip penjuru kolar dan kaf.
- Terbalikkan kolar serta kaf ke sebelah luar dan tekan dengan
seterika
- Jelujur pada tepi kolar dan kaf
- Jelujur tegak pada tengah kolar dan kaf.
II. Mencantum kolar dan kaf ke badan serta lengan:
- Letakkan kolar dan kaf atas pada sebelah dalam pakaian di garisan
pemadan. Tentukan hujung kolar dan kaf terletak di garis tengah
hadapan dan garis tengah belakang kolar serta kaf bertemu dengan
garis tengah belakang badan serta lengan
- Jelujur kolar atas pakaian di sepanjang garis leher dan jahit mesin
- Trim dan snip basi jahitan hingga 0.2cm
III. Mengemas kolar dan kaf :
- Masukkan basi kelim ke dalam kolar dan kaf. Letak bahagian bawah
0.2cm di bawah jahitan mesin
- Semat serta jelujur kolar dan kaf bawah ke garis leher di sebelah
luar
- Jahit mesin dari sebelah dalam pakaian di garis pemadan
- Tekan dengan seterika supaya kolar serta kaf kemas dan rata
c) Menyedia dan mencantum lengan padanan rata
I. Menyediakan dan menjahit kelim lengan:
- Jelujur dua barisan di atas dan di bawah garisan pemadan dengan
jarak 0.3cm
- Temukan sebelah luar garisan pemadan dan jelujur kasar
- Tekan garisan dengan jahitan mesin
II. Mencantum lengan:
- Masukkan lengan ke dalam lubang lengan dengan sebelah luar
bertemu
- Temukan garis tengah lengan dengan kelim bahu dan kelim rusuk
dengan kelim lengan
- Semat dan jelujur di garis pemadan bahagian lengan
- Jahit mesin di garis pemadan dan tindihkan mata jahitan yang akhir
di atas mata jahitan yang awal 3cm hingga 4cm untuk mengukuhkan
kelim
- Kemudian, kemaskan bahagian hujung lengan dan badan dengan
kelepet.
d) Menjahit butang dan lubang butang
I. Menjahit butang:
Jahit dua lapis pada kedudukan butang
Masukkan jarum melalui satu lubang ke lubang yang lain
Letakkan 1 peniti pada atas butang dan jahit berulang 3 atau 4 kali
Tanggalkan peniti dan tarik butang ke atas
Lilit benang pada tangkai butang hingga ketat
Cucuk jarum dan tarik keluar ke sebelah dalam fabrik
Pada sebelah dalam, jahit insang pari pada jahitan melintang.
II. Menjahit lubang butang:
Jelujur halus atau jahit mesin pada garisan lubang butang
kemudian, lipat fabrik hingga bertemu dan snip di antara garisan
lubang
Mulakan jahitan dari hujung garisan dengan jahitan lubang butang
hingga ke hujung semula.
9. Selepas Menjahit
I) Mencuci kemeja
Kemeja yang telah siap dijahit perlu dicuci supaya bersih
Rendam fabrik dengan sabun kemudian gosok dengan perlahan agar
fabrik tidak rosak.
Bilas dengan air bersih dan jemur hingga kering
II) Menggosok dan mengemaskan kemeja
Kemeja yang telah kering boleh dikemaskan dengan menyeterika kemeja
Laraskan kepanasan haba seterika dengan jenis fabrik kemeja
Kemudian, gosokkan pada seluruh kawasan fabrik
Utamakan pada bahagian kelim supaya ia terbuka dan kemas
PANDANGAN HADAPAN DAN BELAKANG PAKAIAN YANG SIAP
PENGEKOSAN
KOS BAHAN UNTUK MEMBUAT BLAUS
BIL BAHAN HARGA SEUNIT (RM)
KUANTITI HARGA (RM)
1 Kain cotton 4.00 semeter 2 meter 8.00
3 Butang 0.40 sebiji 8 3.20
4 Benang 0.80 segelung 1 0.80
5 Kain gam 3.00 semeter ½ meter 1.50
JUMLAH 13.50
KOS PERALATAN MENJAHIT BLAUS
BIL PERALATAN HARGA SEUNIT (RM)
KUANTITI HARGA (RM)
1 Pembaris sesiku 2.90 1 2.90
2 Pembaris lurus 2.90 1 2.90
3 Gunting fabrik 9.00 1 9.00
4 Jarum peniti 0.80 1 0.80
5 Kapur jahitan 0.60 1 0.60
6 Pensel jahitan 2.50 1 2.50
7 Penetas benang 1.00 1 1.00
8 Pedeti/set gelendung/ sekoci 5.00 1 5.00
9 Jarum mesin 1.20 1 1.20
JUMLAH 25.90
REFLEKSI
Ketika menerima tugasan ini, saya berasa ia adalah satu tugasan yangmencabar kerana saya
kurang mahir menjahit blaus. Saya hanya mempunyai sedikit kemahiran menjahit asas tangan
dan mesin sahaja. Walaubagaimana pun,untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang
jahit menjahit ini , saya banyakmendapat tunjukajar dan membuat perbincangan bersama
pensyarah, dan rakan dari kelas BMM2. Selain itu saya juga merujuk sumber daripada internet dan
bahan-bahan bacaan yang berkaitan untuk melakukan tugasan ini dengan sebaik mungkin.
Penerangan ringkas daripada pensyarah pada interaksi 1 dan 3 juga saya aplikasikan dalam
tugasan ini. Jika terdapat masalah ketika menjalankan tugasan ini, saya juga tidak malu
untuk bertanya rakan-rakan guru Kemahiran Hidup yang lain di sekolah. Saya menjahit
jenis-jenis jahitan dahulu sebelum menjahit blaus.
Banyak kelemahan yang saya dapat perbaiki ketika menyiapkan tugasan sebenar menjahit
blaus ini. Sepanjang melaksanakan tugasan ini, saya telah mendapat pelbagai kemahiran menjahit
dan maklumat yang sangat berguna. Daripada pengalaman menjahit blaus dan pelbagai maklumat
yang telah saya kumpulkan dalam portfolio, akhirnya saya berjaya melaksanakan tugasan ini dalam
masa yang ditetapkan. Pengetahuan ilmu berkaitan Reka Bentuk Pakaian yang saya peroleh
pada semester ini, akan saya gunakan apabila ditugaskan untuk mengajar murid-murid
dalam bidang jahitan di sekolah.
Akhir kata,pengetahuan dan kaedah baru dan lama yang digabungjalinkan ini akan saya
aplikasikan sepanjang perkhidmatan saya dalam dunia pendidikan yang semakin
mencabar.
BIBLIOGRAFI
Sarimah binti Abd Razak, Zahrah binti Isa. Ekonomi Rumahtangga Tingkatan 5.KBSM. Blue T
Communication Sdn Bhd.Selangor.
Mohamed Jalal Ahmad.Asas Merangka Pola Pakaian. (1987). Dewan BahasaDan Pustaka, Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Roba’ayah Hj Abd Wahab, Susan Manikam.(1978).Panduan Sains Rumahtangga.Modul Reka Bentuk Dan
Teknologi. PPG,Bahagian Pendidikan Guru.
Edisi Percubaan Modul Pembelajaran Rekaan Dan Jahitan Pakaian. PusatPerkembangan Kurikulum
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Asra Shamsudin, Betty Lim, Foziah Buang (1999).Ekonomi Rumahtangga Fokus JinggaSPM.
Pelangi. Kuala Lumpur.
Azmawati binti abdul Aziz, Zaitun Zakian binti Mohd Noor dan Lamah binti Abdul Ghani(2002).
Pengurusan Pakaian Tingkatan 4, Bahan Sumber Pengajaran: Edu SysremSdn Bhd.
Kuala Lumpur
Noor Habibah Hassan bt Othman, Faudziah binti Md Din dan Zahrah binti Esa(2002).Pengajian
Pakaian Tingkatan 5. Edu System Sdn Bhd . Kuala Lumpur.
Mariam Abu Bakar (2004) Panduan Membuat Pakaian, Panduan Lengkap Langkah Demi
Langkah Teknik menjahit. Kuala Lumpur.
Zaitun Zakiah binti Noor, Norzaini binti Abdul Ghani dan Nawawi bin Mohd Jan (2006).KBSM
Membuat Pakaian Tingkatan 4 dan 5. Dewan Bahasa dan Pustaka