27
Udang Masak Lemak Cili Api [email protected] masakan mak yang paling sedap dan x boleh berenti makan.. (gambo ni orang laen punye. keme punye x sempat amek gambo dh berenang dalam perut. hihi..) Created on : 07-12-2012 Print E-mail kepada kawan Tulis Laporan Hubungi nurulhusna_97 Bahan-bahan ( 4 orang ) Udang 1/2 kilo Cili api 4 biji serai 2 batang bawang merah 4 biji kunyit sebesar jari kelingking asam gelugur 2 keping santan secawan Garam setengah sudu teh Cara-cara 1. ketuk serai dgn lesung batu. masukkan dalam periuk. 2. bawang, kunyit, dan cili api dikisar bersama sedikit air. kemudian tuangkan dalam periuk bersama asam gelugur 3. masukkan secawan air ke dalam periuk. masukkan santan dan garam. kacau dengan api sederhana supaya teksturnya halus lebih kurang 10 minit. 4. siap! hidangkan dan hiaskan secantik mungkin buat santapan orang tersayang (V)(^^)(V)

resepi

Embed Size (px)

DESCRIPTION

jom masak2

Citation preview

Udang Masak Lemak Cili Api

[email protected] mak yang paling sedap dan x boleh berenti makan.. (gambo ni orang laen punye. keme punye x sempat amek gambo dh berenang dalam perut. hihi..)

Created on : 07-12-2012

PrintE-mail kepada kawanTulis LaporanHubungi nurulhusna_97

Bahan-bahan ( 4 orang )

Udang 1/2 kilo

Cili api 4 biji

serai 2 batang

bawang merah 4 biji

kunyit sebesar jari kelingking

asam gelugur 2 keping

santan secawan

Garam setengah sudu teh

Cara-cara

1. ketuk serai dgn lesung batu. masukkan dalam periuk.

2. bawang, kunyit, dan cili api dikisar bersama sedikit air. kemudian tuangkan dalam periuk bersama asam gelugur

3. masukkan secawan air ke dalam periuk. masukkan santan dan garam. kacau dengan api sederhana supaya teksturnya halus lebih kurang 10 minit.

4. siap! hidangkan dan hiaskan secantik mungkin buat santapan orang tersayang (V)(^^)(V)

PUDING ROTI MARBLEBahan-bahan : 10 gm serbuk agar-agar

1/2 cawan gula pasir

3 cawan air

4 keping roti* 2 biji telur ayam*(telur ayam tau! bukan telur itik atau lain-lain..hehehe)

1/2 cawan susu pekat manis* 1 tin susu cair (400ml)* 1 sudu teh asen vanilla* 2 sudu besar majerin

2 sudu besar serbuk kokoATAU1/4 cawan serbuk milo

1 atau 2 pewarna kesukaan

Cara-cara :1. Masak serbuk agar-agar dan juga gula bersama air di atas api dapur.

2. Sementara itu, masukkan bahan-bahan bertanda*ke dalam mesin pengisar(blender) dan kisar halus.(Pastikan mesin pengisar anda tak ada rasa cili yer.. Nanti jadi puding cili marble pulak..hihihi)3. Tuang bahan kisar ke dalam larutan agar-agar yang mendidih.

4. Kacau sentiasa hingga larutan agak pekat.

5. Masukkan majerin dan kacau hingga larutan menggelegak. Tutup api dapur.

6. Bahagi larutan puding kepada 3 bahagian. Satu bahagian dicampurkan dengan serbuk koko dan digaul sebati, satu bahangian dicampur dengan pewarna pilihan dan satu bahagian dibiarkan dengan warna asal atau boleh juga kalau nak diwarnakan.

7. Basahkan loyang atau acuan pilihan dan sendukkan larutan puding berselang-seli setiap bahagian.Sendukkan adunan terus menerus, maknanya tak perlu tunggu keras adunan yang dah disendukkan ke dalam loyang tu.Kalau nak dapatkan corak seperti di atas tu, sengetkan loyang dan sendal loyang tu di salah satu hujungnya supaya tak jatuh. Kemudian mulalah menyenduk adunan berselang-seli hingga habis digunakan. Kembalikan loyang pada kedudukan asal dan biar puding keras.

8. Masukkan ke dalam peti sejuk. Hidangkan sejuk-sejuk memang sedap.

SELAMAT MENCUBA!Bahan-bahan ( Untuk 2 orang )

1 ekor ikan patin@ikan keli

10-15 biji cili api merah

1 cawan tempoyak

1 inci kunyit hidup@serbuk kunyit

2 helai daun kunyit

2 batang serai

Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

1. Basuh ikan dan kelar rapat-rapat.

2. Kisar cili dan kunyit sehingga hancur.

3. Masukkan tempoyak,garam dan gula. Kisar sehingga sebati. Rasakan garam dan gula.

4. Hiris halus serai dan daun kunyit. Masukkan ke dalam tempoyak tadi. Gaul rata.

5. Letak ikan atas daun pisang. Lumur dengan tempoyak tadi. Balut ikan dengan kemas.

6. Bakar@kukus ikan sehingga masak.

7. Sediakan nasi panas...bismillahhirrohmannirrohim...

Resepi Tat Telur yang sedap memang sedap! :)

Resepi crust ni aku guna yang time kerja dulu. Hee. Resepi filling pulak aku banyak google. Aku lupa dah mana aku dapat sebab dulu lupa nak tulis kat buku ambik kat mana. Resepi ni memang sure sedap. :)

Resepi crust

Bahan-bahan:

1 cawan marjerin (aku guna marjerin Pelangi. Sedap! kalau guna Planta pon boleh tapi crust jadi keras sikit la)1/2 cawan gula1 biji telur gred C (gred A & B pon hentam jelah ye)1 sudu kecil esen vanila2 cawan tepung gandum (lebih sebenarnya tapi nanti explain okay)

Cara-cara:

1) Putar marjerin dan gula hingga kembang. Nanti warna jadi macam ala-ala putih gitu.2) Masukkan telur dan esen vanila. Pukul lagi hingga kembang.3) Masukkan 1 cawan tepung dulu pastu putar nagi sebati kejap. Masuk lagi 1 cawan tepung pastu putar lagi sampai sebati aje.4) Time ni adunan still lembik. Lepas tu boleh tambahkan tepung sikit-sikit dan uli sampai doh tak melekat kat tangan. Kalau still melekat kat tangan, tambah tepung lagi okay. Tapi jangan terlebih tepung sebab nanti adunan jadi keras susah pulak nak tekan-tekan dalam acuan ye. Cukup sekadar adunan tu tak melekat kat jari jemari ye.5) Lepas tu boleh ambik sikit adunan dan tekan-tekan dalam acuan. Kalau untuk tat telur ni buat tebal sikit takpe crust tu. Kalau nipis sangat cepat lembut tat telur nanti.6) Bakar suhu 170 darjah selama 15-20 minit atau hingga keperangan. Kalau suka yang rangup boleh tunggu sampai keperangan. Kalau tak suka rangup, dalam 10 minit pon dah boleh kot.7) Sejukkan dulu crust yang dah masak baru simpan dalam bekas kedap udara. Tupperware bagus.

So, sekarang cara-cara nak buat filling pulak. Nak bakar tat telur ni ada dua cara.Satu, bakar asing-asing. Bakar crust dulu, kemudian baru letakfillingdan bakar balik.Dua, lepas dah tekan-tekan adunan dalam acuan tat pon boleh tuangkan filling dan terus bakar sekali.

Tapi setakat aku jual tat telur ni, orang lagi suka yang pertama sebab rangup :)

Filing Telur

4 biji telur (size A @ B)3/4 cawan gula1 cawan susu cair1 cawan air kosong1 sudu esen vanilaSedikit pewarna kuning (tak nak pun takpe)

Cara-cara:

1) Campur semua bahan, kacau sebati dan tapis dulu. Wajib tapis okay.2) Masukkan dalam crust yang tadi. Hati-hati. Jangan terlebih dari crust. Nanti time bakar takut melimpah susah nak tanggal dari loyang. Kalau melekat, guna spatula untuk tolak-tolak tat supaya tak pecah. Jangan paksa tarik sendiri dengan tangan. Nanti sure hancur tat.3) Bakar suhu 170 darjah selama 18-20 minit. Bergantung pada oven.

Bahan-bahan curst :

250 gm tepung gandum ( * 2 cawan + 1/2 cawan 125 gm butter ( * 2 cawan )

55 gm gula icing ( separuh cawan )

1 biji telur, dipukul sikit

Secubit serbuk vanilli atau 1/2 tsp asen vanilla

Bahan-bahan kastad/ filling :3 biji telur

110 gula kastor ( hana buat 1/2 cawan )

225 gm air panas

85 gm susu cair

1/2 tsp asen vanilla

Cara-cara (penyediaan crust) :1 Pukul butter dan gula hingga gebu.

2 masukkan telur dan pukul pada kelajuan perlahan. Tambahkan vanilla dan kacau rata.

3.Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil menguli hingga membentuk doh yang lembut.

4.Ambil sedikit doh dan tekan ke dalam acuan tart hingga kemas. Buang lebihan doh di tepi-tepi acuan tart dengan pisau.

Cara-cara (penyediaan kastad/ filling) :1.Larutkan gula di dalam air panas.2. Pukul telur bersama susu cair . Masukkan larutan gula di atas tadi dan gaul sebati.3.Tapis adunan ke dalam jug kecil untuk buang lendir-lendir telur putih.Cara-cara membakar Tart Telur :Cara Pertama:1.Tuang larutan kastad/ filling ke dalam tart shell yang belum dibakar.2.Bakar di dalam oven pada suhu 180-200 C selama 25 - 35 minit atau hingga kastad masak.** hana bakar pada suhu 220 selama 40 min **

Cara Ke Dua:1.Cucuk dasar tart shell yang belum dibakar dengan garfu. Bakar separuh masak di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180-200 C selama 10 minit.2.Keluarkan tart shell dari oven.3.Tuangkan larutan kastad/ filling ke dalam tart shell dan bakar semula selama 20-25 minit pada suhu 180-200 C atau sehingga kastad masak.

so nie lah hasil nya >>

percubaan pertama ***

percubaan ke dua ***

so mana satu pilihan anda ? terserah .

p/s : ~ ** hana buat cara pertama lebih senang dan cepat

** kalau nak hasil yang lebih baik, panaskan oven dahulu selama 10 min pada suhu 190 C okay :)

** masa panaskan oven, doh boley la letak dalam fridge dulu

** hana letak planta dekat acuan tart tu supaya senang nak keluar . anda juga boley gunakan minyak . letak sedikit sahaja yerk ;)

Bahan2 Roti Jala

3 cawan tepung gandum

3 cawan air

1 biji telur

sedikit pewarna kuning

1 sudu besar marjerin ~ dicairkan

1 sudu kecil rata garam

sedikit minyak (untuk lengser pada kuali)

Cara2nya

Campurkan semua bahan2 di atas menggunakan whisker hingga sebati. Tapiskan.

Panaskan kuali. Lengserkan dgn sedikit minyak pada kuali.

Menggunakan acuan roti jala... ceduk adunan tadi & kirai ke dalam kuali menjadi seperti jala .

Biarkan hingga roti jala masak. Tak perlu dibalikkan. Terus saja angkat & masukkan ke atas pinggan lalu dilipat / digulung mengikut sesukaan anda.

Buat hingga habis. (tak perlu lengser minyak setiap kali nak kirai roti jala.. lengserkan sekali sekala saja kerana dah ada marjerin dlm adunan... jika guna non stick pan lagi senang )

Pastikan setiap kali sebelum menceduk adunan.. mesti sentiasa dikacau2 adunan terlebih dahulu supaya adunan sebati semula daripada proses mendapan.

Hidangkan samada bersama kuah kari, rendang, serawa durian atau apa2 saja kuah kegemaran anda.

Bahan2 Kari Ayam

1/2 ekor ayam ~ dipotong kecil

3 biji kentang ~ didadu kasar

1 ulas bawang putih*

4 ulas bawang merah*

1 cm halia*

(tumbuk halus bahan2 bertanda*)

4 sudu besar rempah kari ayam#

2 sudu kecil serbuk cili#

sikit saja air asam jawa#

(campurkan bahan2 bertanda# jika pekat tambah sikit air)

1 kotak santan segera/secukupnya santan

air secukupnya utk kuah (nak pekat jgn byk sgt)

sikit minyak

garam & perasa secukupnya

Cara2

Panaskan minyak, tumis bahan2 tumbuk & bahan campuran rempah. Kacau2 & biar hingga wangi.

Masukkan isi ayam dan sedikit air. Biar mendidih & ayam hampir masak. Masukkan bahan2 lain spt ubi kentang, santan, garam & perasa dan masak hingga kentang empuk. Renihkan kuah dengan api yang kecil sehingga terbit minyak.

Biarkan secukup rasa. Sedia dihidangkan bersama roti jala atau apa2 saja kegemaran anda.

Biskut Sarang Semut

Resepi :Kak HanielizaSumber :NoorshaBahan :250 gm butter

100 gm gula halus

350 gm tepung gandum( Mas ikut Noorsha guna 250 gm saja )100 gm tepung kastard( Mas ikut Noorsha tambah )100 gm tepung jagung

1 biji kuning telur

1 sudu kecil esen vanila

Bahan Hiasan :sedikit coklat rice

sedikit manik gula kecil ( warna warni )

secukupnya paper cup kecil

Cara :Pukul kembang butter dan gula.

Masukkan kuning telur dan esen vanila dan gaul rata.

Masukkan tepung dan gaul rata.

Parutkan adunan kedalam mangkuk kecil dan sudukan kedalam paper cup.

Taburkan coklat rice dan manik gula kecil.

Bakar dalam oven dengan suhu 180c sampai masak ( anggaran 15 minit ).

Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

Update :Pemarut Biskut Sarang Semut ...TQ Google

Udang Goreng Butter Yang Paling Sedap

Ini adalah menu semalam, menu hari minggu di manasaya masuk ke dapur tanpa dirancang pun kerana saya baru sahaja sembuh dari demam selsema yang sangat teruk. Bila teringatkan banyak telur kuning lebihan telur semasa menyediakan Rainbow Cake In Jar tempohari, saya menyarankan kepada hubby supaya belikan udang untuk dibuat Udang Goreng Butter. Saya pernah menyediakan Udang Goreng Butter diSINI. Itupun setelah beberapa kali mencuba, akhirnya saya berjaya menyediakan Udang Goreng Butter sendiri.

Saya memang sangat sangat menggemari Udang Goreng Butter. Kalau makan di restoran seafood, memang satu kemestian untuk memesan lauk ini. Harganya pun memang boleh tahan. Tapi itulah, kalau makan di restoran seafood yang diusahakan oleh orang Melayu, memang tak berapa menjadi Udang Goreng Butter. Kadang kadang saya rasa sangat hairan kenapa tukang masak ini tidak betul betul diajar cara menyediakan lauk pauk seafood seperti mana restoran Cina. Bukan sahaja udang, lauk lain pun sama. Sebagai contoh ikan yang digoreng untuk sweet sour, kita boleh tengok isi ikan tu terlalu garing sehingga boleh kelihatan tulangnya. Jadi apa kata kita sediakan sendiri lauk pauk yang disediakan di restoran seafood, bukan sahaja lebih sedap tetapi juga lebih jimat. Betul, tak?

Sedang memasak, tiba tiba anak lepas seorang seorang masuk ke dapur mengucapkan Selamat Hari Ibu. Ohh baru ingat yang ianya adalah hari ibu. Akhir sekali Nelly masuk ke dapur membawa Kad ucapan yang besar berserta Pop corn Garrett yang merupakan snack kegemaran saya. Hmm sangat sangat terharu dengan ingatan anak anak kepada saya. Walaupun masih tak sihat, tiba tiba jadi tambah bersemangat untuk menyediakan hidangan tengahari untuk mereka. Saya langsung tak menjamahudang ini kerana tahu mereka amat menggemari Udang goreng Butter. Melihat mereka makan pun, hati saya sudah terasa puas...Udang Goreng Butter/Buttered PrawnOleh: Azie Kitchen

Sarang Telur:2 biji kuning telur1 senduk butter/margerin1 cawan minyak masak

Pukul ringan kuning telur.Panaskan butter/margerin bersama minyak masak. Sebaiknya gunakan senduk bulat. Bila minyak dalam kuali sudah betul betul panas, pusing pusingkan minyak dengan senduk tu laju laju membentuk bulatan sehala tanpa henti.

Kemudian tuangkan kuning telur tadi, tuang tinggi sikit supaya telur jatuh ke dalam kuali tu halusss jer. Teruskan pusing minyak tu laju laju dan tuang hingga habis. Pusing terus senduk tu sehingga telur tu masak berwarna keemasan.Setelah masak tuangkan ke dalam tapis seperti tapis santan besi untuk toskan minyaknya. Langkah seterusnya kita siapkan pula udangnya.Udang:12 ekor udangSedikit garamSedikit lada sulahMinyak untuk menggoreng3 ulas bawang putih - dicincang6-8 tangkai cili padi - dihiris5 tangkai daun kari1/4 cawan susu cair/susu segarSedikit butter/margerin untuk menumisSedikit serbuk lada hitam/putih - jika sukaGaram secukup rasa

Mula mula goreng dulu udang yang digaul dengan sedikit garam dan lada sulah sehingga agak berubah warna dan masak. Jangan goreng terlalu lama sangat nanti udang akan mengecut, tak cantik dan agak keras bila dimakan. Angkat dan toskan minyaknya. Keluarkan minyak tu dari kuali, tak nak guna lagi.

Panaskan butter/margerin di dalam kuali dan tumis bawang putih, cili padi dan daun kari hingga garing dan naik bau.

Kemudian masukkan susu cair dan masak sebentar. Masukkan udang yang digoreng tadi, sedikit serbuk lada hitam/putih dan garam secukup rasa. Jangan bubuh banyak sangat garam yer sebab butter atau margarine sudah ada garam.

Setelah semua bahan masak dan mesra, bolehlah dimasukkan ke dalam pinggan hidangan dan taburkan sarang telur/floss yang kita buat tadi. Siapp.. Senang kann

BISKUT LIDAH KUCING PELANGISumber : Resipi CitarasawanOleh : MABahan-bahannya :

250g mentega

175g gula kaster

100ml putih telur(lebih kurang 4 biji telur gred A) 200g tepung gandum(MA guna tepung red rose @ tepung biskut) 50g tepung jagung

1/4 sudu teh emplex(perangup biskut) 1 sudu teh essen vanila(MA tambah) Pewarna ungu, biru, hijau, kuning,orange dan merah

Loyang lidah kucing - digris dengan mentega

Cara-cara :1. Ayak tepung gandum bersama tepung jagung dan emplex. Ketepikan.

2. Pukul mentega dan gula hingga berkrim. Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati. Masukkan juga essen vanila.

3. Masukkan tepung dan kaup balikkan dengan spatula hingga rata.

4. Bahagikan adunan kepada 6 bahagian dan letakkan dengan pewarna berlainan.( Berat satu adunan anggaran 196g )5. Masukkan setiap adunan kedalam pipping bag dengan nozzle bulat dan picit adunan dengan lurus mendatar kedalam acuan lidah kucing mengikut susunan warna pelangi.

6. Bakar didalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 150'C selama 15 minit. Jangan biarkan permukaan atas keperangan, kerana akan menenggelamkan warna pelangi.(MA bakar api atas dengan suhu 160'c dan api bawah dengan suhu 170'C selama 20 minit)- Jadi kenali oven anda.7. Biarkan sejuk terlebih dahulu dan simpan dalam bekas kedap udara.

RESEPI AYAM PERCIK KELANTAN(4-5 Orang)Bahan-bahan: 1 ekor ayam berat 1kg

3 ulas bawang putih

20 gram halia (1 inci)

1 sudu kecil garam

1/2 sudu kecil serbuk kunyit

Cara-cara:1. Ayam di belah 2 dan di bersihkan.

2. Tumbuk halia dan bawang putih sehingga hancur dan satukan dengan garam dan serbuk kunyit.

3. Lumur bahan tadi pada ayam dan perap sekejap dalam 30 minit. (nak perap lama pun boleh, lagi sedap)

4. Sambil menunggu ayam di perap sediakan kuah percik seperti dibawah.

Bahan-bahan Untuk Kuah Percik: 200 ml santan pekat dalam tin

400 ml air (agak2 ni)

7 biji cili kering 3 batang serai

20 gram halia / 1 inci

70 gram bawang merah / 5 biji 2 ulas bawang putih

1 keping asam gelugor / asam keping

1 sudu kecil gula (ikut citarasa anda)

1 sudu kecil garam (ikut citarasa anda)

perasa jika suka

Cara-cara:1. Cili kering dibuang biji dan di rebus sekejap sampai lembut.

2. Buang air rebusan cili dan bilas dengan air paip sehingga air jernih.

3. 2 batang serai dihiris nipis.

4. Kisar cili kering, serai, halia, bawang putih dan bawang merah dengan sedikit air sehingga hancur.

5. Panaskan 2 sudu besar minyak masak.

6. Tumis bahan kisar sehingga wangi / agak garing bawangnya.

7. Masukkan santan dan air.

8. Kemudian ketuk 1 batang serai dan masukkan ke dalam kuah bersama asam keping.

9. Kacau sentiasa sehingga naik minyak dan kuah pekat.

10. Masukkan gula, garam dan perasa.

11. Seimbangkan rasa pedas, masin dan masam. Keluarkan asam keping jika kuah sudah cukup rasa masam.12. Bila kuah dah cantik naik minyak boleh tutup api.

13. Kemudian boleh bakar ayam. Alas aluminium foil di atas tray oven. Lipat keliling aluminium foil setinggi 2cm sebanyak 2 kali lipat. Ini untuk mengelakkan air ayam mengalir di atas tray.

14. Sapu rata minyak masak di atas permukaan aluminium foil.

15. Letak ayam di atas aluminium foil dan titikkan minyak di atas ayam supaya tidak kering.

16. Bakar dengan suhu 220 degree selama 15-20 minit. Kemudian terbalikkan ayam dan bakar lagi selama 10 minit.

17. Kemudian lumurkan / curah kuah percik di atas ayam dan bakar lagi dengan suhu 230 degree selama 10 minit.

18. Terbalikkan ayam dan lumurkan kuah percik pada bahagian satu lagi. Bakar selama 10 minit supaya kuah meresap ke dalam ayam.

19. Semasa menghidang curahkan lebihan kuah ke atas ayam. Sedia di makan bersama nasi putih, nasi minyak, nasi beriyani atau apa sahaja nasi pun boleh. Selamat mencuba dari E-na Lovely Kitchen.

Note: Asalnya yang mak E-na ajar tak perlu ditumis kuah percik, terus je masuk masuk sekali arung semua bahan dalam kuali dan kacau sampai pecah minyak dan pekat. Tapi sebab E-na guna santan tin, kalau tak tumis baunya macam tak wangi dan tak pecah minyak la kuah percik E-na....kurang seri...he he

Suhu bakar ayam juga bergantung pada oven masing2...

Kalau dah cuba resepi ini boleh tinggalkan message untuk E-na backlink blog anda....