Upload
arelal
View
3.829
Download
5
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Kertas kerja ini akan melihat perbezaan diantara masyarakat Islam dahulu kala iaitu semenjak zaman Rasulullah saw, zaman kegemilangan Islam hingga kepada keruntuhan tamadun Islam, dan keadaan masyarakatnya sekarang. Analisa ini dijalankan untuk melihat adakah masyarakat Islam kini sama dengan masyarakat Islam dahulu? Jika ya, dari sudut mana? dan jika, tidak dari aspek apa?. Maknanya, analisa ini akan meninjau perubahan – perubahan yang berlaku dalam masyarakat Islam, punca – punca perubahan, kelemahan dan kekuatan Islam dan selanjutnya, perbandingan diantara masyarakat dahulu dan sekarang. Tidak ketinggalan untuk meninjau pandangan Islam Hadhari didalam setiap aspek yang diperbincangkan, untuk panduan dan sokongan. Seterusnya, apakah yang bakal dihadapi oleh ummat dan dunia Islam diakhir zaman ini, serta hala tuju masyarakat Islam dimasa hadapan.
Citation preview
Revolusi Masyarakat Islam Dahulu....Kini : Satu Analisa 1
Intisari KandunganPenghargaan 2Pengenalan 3Sebab Pemilihan Tajuk 3Umat Islam Sekali Imbas.... 4 Politik
1)Pentadbiran(i) Sistem Khilafah Dan Sistem Birokrasi Barat 7(ii) Sistem Ulama’ Dan Umara’
9 2) Perundangan
(i) Hukum Fiqh, Hudud Dan Ta’zir Vs Hukuman Barat 11
(ii) Poligami 13 3) Pertahanan
(i) Taqwa Vs Quwwah 15
(ii) Militan Islam ?
17
Ekonomi 1) Sistem Ekonomi
(i) Sistem Manusia Vs Sistem Wahyu 20
(ii) Peranan Tuhan (Allah) Dalam Ekonomi Islam 26
Revolusi Masyarakat Islam Dahulu....Kini : Satu Analisa 2
Sosial1)Sistem Sosial
(i)Konsep Islam Sebagai Cara Hidup 29
(ii) Hiburan ? Dulu Dan Sekarang.... 332)Pendidikan
(i) Sistem Pendidikan Rasulullah 35
3) Dakwah Islamiyah
(i) Dakwah Moden Vs Dakwah Tradisional 37
Kesimpulan 39
Rujukan 41
Penghargaan
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kami ucapkan buat sidang pembaca,
terutama Cik Norain Binti Ismail, Pensyarah bagi kursus DACW 1312 Tamadun Islam
dan Tamadun Asia Tenggara (TITAS), dan rakan-rakan seperjuangan sekalian.
Alhamdulillah, dengan berkat kerjasama dan usaha kami bersama, akhirnya siaplah kertas
kerja bagi kursus ini yang bertajuk “Revolusi Masyarakat Islam, Dahulu...Kini : Satu
Analisa”, yang mana tajuk ini adalah hasil ilham dan bimbingan Cik Norain sendiri.
Sebenarnya, kami amat merasakan ketidakmampuan kami dalam menyiapkan
kertas kerja ini, apatah lagi berbagai topik yang hangat diperbincangkan, menyebabkan
segalanya tidak boleh dianggap main-main dan diabai, serta tidak dititikberatkan. Oleh
Revolusi Masyarakat Islam Dahulu....Kini : Satu Analisa 3
itu, bersyukur kami ke hadrat Ilahi yang dengan izin dan kurnia-Nya, dapat juga kami
selesaikan dalam tempoh yang ditetapkan. Terima kasih Tuhan( ), atas rahmat dan
bantuan-Mu yang kami sangat-sangat rasakan dalam kami mebuat tugasan ini. Tanpa
pimpinan dan pertolongan-Mu, mustahil kami dapat menyatukan hati, berkasih sayang
dan dapat pula membahagikan masa antara kerja-kerja lain yang ditugaskan. Begitu juga
dengan kasih-sayang-Mu dalam mempermudahkan kami menyusun kata, membahagi
tugas, dan mencari bahan-bahan rujukan. Hakikatnya, Engkaulah pengatur dan pengurus
kehidupan kami semua. Terima kasih sekali lagi pada Tuhan yang Maha Segala-galanya.
Tidak dilupakan kepada para guru, ibubapa dan rakan sekalian yang sentiasa
saling doa-mendoakan. Juga, tinggilah harapan kami agar kertas kerja ini tidak menjadi
omong kosong, sebaliknya, para pembaca dapat merasakan semangat dan kemudiannya
merubah dan membaiki diri, keluaraga, rakan taulan dan masyarakat kearah taqwa
kepada Allah swt ( ). Moga, ada kebaikan dari hasil usaha kami ini. Sekian, wassalam.
Revolusi Masyarakat Islam Dahulu…Kini : Satu Analisa
Pengenalan
Kertas kerja ini akan melihat perbezaan diantara masyarakat Islam dahulu kala
iaitu semenjak zaman Rasulullah saw, zaman kegemilangan Islam hingga kepada
keruntuhan tamadun Islam, dan keadaan masyarakatnya sekarang. Analisa ini dijalankan
untuk melihat adakah masyarakat Islam kini sama dengan masyarakat Islam dahulu? Jika
ya, dari sudut mana? dan jika, tidak dari aspek apa?. Maknanya, analisa ini akan
meninjau perubahan – perubahan yang berlaku dalam masyarakat Islam, punca – punca
perubahan, kelemahan dan kekuatan Islam dan selanjutnya, perbandingan diantara
Revolusi Masyarakat Islam Dahulu....Kini : Satu Analisa 4
masyarakat dahulu dan sekarang. Tidak ketinggalan untuk meninjau pandangan Islam
Hadhari didalam setiap aspek yang diperbincangkan, untuk panduan dan sokongan.
Seterusnya, apakah yang bakal dihadapi oleh ummat dan dunia Islam diakhir zaman ini,
serta hala tuju masyarakat Islam dimasa hadapan.
Sebab Pemilihan Tajuk
Kami memilih tajuk ini iaitu Revolusi Masyarakat Islam Dahulu…Kini : Satu Analisa
Sebagai kertas kerja subjek Tamadun Islam dan Tamadun Asia Tenggara 1 dibawah
kelolaan Cik Norain Binti Ismail, kerana merasakan tanggungjawab untuk
menyelongkar rahsia yang menyebulungi Tamadun Islam, serta tidak ingin melepaskan
peluang keemasan untuk menonjolkan kehebatan dan tamadun, serta agama Islam. Kami
merasakan bahawa umat Islam sebenarnya sudah jauh tersesat dari kehidupan beragama
yang dituntut oleh agama Islam. Ini kerana didalam mengejar duniawi, masyarakat Islam
sudah berubah secara tidak disedari sehingga sanggup meninggalkan cara hidup, cara
pemikiran dan bahkan cara bertindak kepada cara yang dilarang syarak, iaitu cara barat.
Oleh itu, kami akan meneliti nas – nas al-Quran dan Hadis Rasulullah saw mengenai
keadaan umat akhir zaman, serta mengenai golongan Ikhwan diakhir zaman yang sangat
dicintai dan dirindui oleh Baginda, malahan dicemburui oleh para sahabat Baginda.
Umat Islam Sekali Imbas....
Umat Islam pernah berada di era kegemilangan. Ianya telah menjadi bukti sejarah.
Kegemilangan umat ketika itu bukan sahaja berjaya menguasai ¾ dunia, tetapi juga turut
melalui tempoh yang panjang, iaitu 700 tahun atau tujuh abad. Zaman kegemilangan
umat itu adalah di atas kehendak dan pertolongan Allah swt, kerana mereka memiliki
Revolusi Masyarakat Islam Dahulu....Kini : Satu Analisa 5
ciri-ciri peribadi agung. Peribadi-peribadi agung itu sangat dipandang oleh Allah swt(
), hingga layak memperolehi naungan Allah swt, hingga bangsa-bangsa lain seronok
bernaung di bawah mereka. Martabat dan maruah umat itu diangkat oleh Allah swt bukan
tanpa sebab, atau secara tidak sengaja, melainkan kerana mereka amat berpegang dengan
Al Quran dan Sunnah Rasulullah saw. Mereka benar-benar berperanan sebagai hamba.
Sifat dan rasa kehambaan mereka amat kuat, sehingga memusnahkan segala sifat
mazmumah dan sifat keji. Mereka juga benar-benar menghayati rasa berTuhan. Mereka
benar-benar merasai mereka di dalam kekuasaan Allah swt. Taqwa mereka sangat tinggi.
Syariat sangat dijaga dalam semua aspek. Sangat takut dan cemas berhadapan dengan
akhirat, lantaran itu mereka takut untuk berbuat dosa. Mereka juga memiliki sifat-sifat
kekhalifahan yang sangat menonjol. Mereka begitu bersungguh-sungguh melaksanakan
ajaran Islam dalam aspek hablumminnannas atau urusan hidup berpandukan syariat
Islam. Ertinya mereka yang habluminallah dan hablumminnannas sama kuat dan sama
naik. Memimpin dan ibadah berjalan serentak Mereka inilah yang ditujukan oleh
Rasulullah saw daripada sabdanya yang bermaksud :“Sesungguhnya Allah( ), dengan
kitab ini (Al Quran) meninggikan darjat satu kaum dan menjatuhkan kaum-kaum
yang lain”. (Riwayat Muslim). Kini apabila umat Islam melupai Allah swt,
mengabaikan sunnah Rasulullah saw, maka umat Islam menjadi hina dina di mana-mana.
Ini jelas apabila umat islam sendiri dilanda berbagai krisis. Dunia Islam porak peranda,
pertelingkahan, permusuhan, malah peperangan berlaku di mana-mana. Saling tindas
menindas, zalim menzalimi, berhasad dengki, jatuh menjatuh, fitnah menfitnah, kutuk
mengutuk, tamak haloba, rakus dan berbagai gejala negatif. Hingga ke peringkat seolah-
olah menjadi juara gejala negatif dalam beberapa aspek tertentu, umpama dadah. Boleh
Revolusi Masyarakat Islam Dahulu....Kini : Satu Analisa 6
juga dianggap seperti haiwan, kerana kehidupan mereka atau kecenderungan mereka
hanya kepada makan minum, hiburan dan seks. Persoalan tuhan dan akhirat sudah padam
dari fikiran dan hati mereka. Bahkan, tidak terfikir pun dikalangan mereka untuk
menegakkan kembali empayar Islamiah Jiwa mereka juga kosong. Hilang kebahagiaan,
putus asa, kecewa, menderita. Tidak boleh disentuh oleh ujian atau musibah, mereka akan
menjadi resah, merana dan rusuh. Sikap membazir, berpoya-poya adalah resam dan
budaya hidup mereka, sedang gejala negatif tidak dibendung, malah turut memberi laluan
dan sumbangan kepada membiak dan merebaknya gejala negatif. Dan tenggelam punca,
serta tidak mampu pula untuk menyelesaikannya. Malahan, agama dan akhlak dianggap
persoalan individu, hingga dianggap penghalang kemajuan. Agama Islam hanya sekadar
upaya sekali sekala. Itupun hanya label dan tempelan yang sangat bersifat kulit. Kadang-
kadang agama bukan untuk penghayatan, tetapi sekadar propaganda untuk meraih
sokongan. Umat Islam akan kembali gemilang, kerana telah disabdakan oleh Rasulullah
saw bahawa Islam akan kembali gemilang di akhir zaman berdasarkan sabdanya yang
popular di seluruh Dunia Islam "Islam akan bangkit dari timur". Timur mana lagi
yang hendak di harapkan? Adakah China, Hong Kong, Jepun dan Vietnam….tidak sama
sekali. Malaysia dan Indonesialah yang menjadi harapan umat Islam seluruh Dunia Islam
untuk menegakkan kembali zaman kegemilangan Islam semula di akhir zaman ini. Telah
terbukti bahawa, selama 450 tahun dijajah oleh bangsa Eropah, impian mereka untuk
menghapuskan Islam dan menyebar Kristian tidak begitu berjaya. Ini adalah tanda dari
Tuhan, bahwa Allahlah yang memelihara bara Islam di Tanah Nusantara ini, untuk
kebangkitan Islam dari timur di akhir zaman seperti pernah disabdakan Rasulullah saw.
Marilah kita berusaha memperbaiki diri dengan muhasabah diri, dan mujahadah ke atas
Revolusi Masyarakat Islam Dahulu....Kini : Satu Analisa 7
nafsu kita yang selama ini meruntuhkan fitrah dan kemanusiaan kita. Berjuanglah
terhadap nafsu dan syaitan, untuk mengelakkan perjuangan kita ditipu nafsu dan
dipermainkan syaitan. Sebenarnya musuh pejuang bukan manusia, tetapi manusia untuk
di Islamkan dan yang Islam untuk ditingkatkan keislaman mereka, agar selamat didunia
dan akhirat Nafsu dan syaitan bekerja untuk menjadikan manusia dan pejuang derhaka
kepada Allah, agar Allah murka dan kita masuk neraka bersama-samanya. Tegakkanlah
Islam secara menyeluruh (syumul) bermula dengan diri sendiri, kemudian
perkembangkanlah keatas keluarga, rakan, seterusnya masyarakat. Moga-moga kita
berpeluang melihat kembali zaman kegemilangan Islam seperti yang telah disabdakan
oleh Sayyidul Mursalin.
Politik
1) Pentadbiran
(i) Sistem Khilafah Dan Sistem Birokrasi Barat
Selepas kejayaan Rasulullah mengasaskan negara @ daulah pertama Islam di
Madinah, kepimpinannya disambung oleh para sahabatnya yang terpilih. Selang 40 tahun
selepas kewafatan Baginda, berlaku perombakan sistem pentadbiran yang dilakukan oleh
Muawiyah Bin Abu Sufyan, dengan menukar sistem pelantikan khalifah dari keputusan
syura kepada sistem warisan. Berlanjutanlah sistem itu terhadap masyarakat Islam,
hingga kejatuhan sistem khalifah terakhir Daulah Islamiah Bani Uthmaniyah ditangan
Mustafa Kamal Atarturk. Dikala itu juga, penjajahan Barat melata banyaknya, hingga
tiada wilayah Islam yang tidak terkesan akan kezalimannya. Ada wilayah Islam yang
Revolusi Masyarakat Islam Dahulu....Kini : Satu Analisa 8
terus dihancurkan sama sekali kepimpinannya seperti Kesultanan Melaka, namun ada
juga yang melalui muslihat dan penipuan seperti Khilafah Uthmaniyah. Semenjak itu,
Barat mengambil alih segala perkara didalam wilayah tersebut, dari aspek pentadbran,
ekonomi dan cukai, bahkan termasuk bab zakat dan agama Islam. Sistem Birokrasi Barat
diperkenalkan dengan Gabenor Jeneral sebagai ketua menggantikan Sultan atau ketua
agama Islam. Demikian ia berlangsung sehinggalah, wujud kesedaran para pejuang tanah
air yang menginginkan kemerdekaan dan kebebasan untuk mentadbir tanah air sendiri.
Para pejuang kemerdekaan itu, akhirnya mendapat kemenangan dan seterusnya
memperjuangkan sistem Birokrasi Barat yang telah terkesan didalam hati mereka,
melalui sistem pendidikan Barat yang menjadi sumber rujukan mereka. Lalu,
berterusanlah sistem ini mewarnai dan mencorak wilayah tersebut, dengan corak
kepimpinan Barat, sebagai idola para pemimpin mereka. Ini berbexa dengan Islam,
kerana sistem pemerintahan Islam sangat jauh berbeza dengan sistem ideologi-ideologi
manusia, hasil terbitan akal manusia itu sendiri. Islam mempunyai tafsiran yang lebih
khusus dan istimewa tentang pemerintahan, bahkan lebih bijak dan adil. Sistem
pemerintahan Islam mengambil al-Quran dan as-Sunnah, sebagai rujukan dan dasar
undang-undangnya. Para pemimpinnya adalah orang-orang baik, bertanggungjawab,
jujur, amanah, adil, faham Islam, berakhlak mulia dan bertaqwa. Dasar pendidikannya
ialah Dasar Pendidikan Rasulullah. Yang dapat melahirkan orang dunia dan akhirat,
berwatak abid dan singa, sekaligus bertugas sebagai hamba dan khalifah Allah.
Perlantikan ketuanya pula ada cara yang tersendiri, cara yang adil dan tepat. Berbeza
dengan cara demokrasi, revolusi dan diktator. Sistem syura juga tersendiri, unik dan
harmoni. Segala-galanya berbeza dengan sistem sekular. Contoh yang dapat dilihat ialah,
Revolusi Masyarakat Islam Dahulu....Kini : Satu Analisa 9
di Pakistan yang digelar sebagai “Islamic Country” yang mengambil al-Quran dan
Sunnnah sebagai dasar perlembagaan, perundangan dan pemerintahan negaranya.
Bukankah negaranya itu merupakan negara yang rendah martabat kedudukannya dimata
dunia? Mengapa? Ini adalah kerana Islam cuma pada nama dan slogan, tetapi tidak dalam
praktisnya. Pendidikannya sekular, politik demokrasi, dan sosialnya ala Barat yang
semuanya dilabel Islam. Hasilnya, yang miskin terlalu miskin, dan yang kaya terlalu
kaya. Jadilah Pakistan negara yang sangat memalukan untuk dikatakan sebagai Negara
Islam. Begitu juga negara Islam lain yang tidak mengisi pemerintahannya dengan
pentadbiran Islam. Hasilnya, bukan sahaja tidak cantik dan indah, tetapi menyedihkan
untuk diakui sebagai Negara al-Quran dan Sunnah serta Negara Allah dan Rasul.
Bukannya mudah untuk membangunkan Negara Islam seperti yang Allah mahu, tidak
semudah yang difikirkan oleh pejuang-pejuang Islam hari ini. Berbezanya sistem politik
Islam dengan yang bukan Islam, ialah ia bertunjang kepada Tauhid. Roh tauhid pada
manusia itu seolah-olah akar tunjang kepada pokok. Segala ranting dan daun bergantung
kepada akar tunjang itu. Bermakna, politik Islam bukan berdiri sendiri, ia berlaku kerana
manusia yang mengamalkan ketauhidan (rasa berTuhan), itu amat menebal. Hancurnya
sistem pemerintahan komunis dan raja-raja yang lain, adalah kerana akar tunjangnya
tidak kuat dan lemah, bahkan tiada. Puak-puak kapitalis dan nasionalis juga sedang
dirundung malang, akibat menolak Tuhan dari sistem politik mereka. Mereka seolah-olah
anak kecil yang tidak mahu terikat dengan ibu bapa mereka didalam urusan hidup mereka
sendiri. Bayangkanlah....
(ii) Sistem Ulama’ Dan Umara’
Perkataan ulama’ adalah satu istilah dalam bahasa arab, iaitu jamak (plural) yang
berasal dari perkataan “alimun”, bermakna seorang alim dan pandai. Bermakna ulama’
Revolusi Masyarakat Islam Dahulu....Kini : Satu Analisa 10
adalah orang yang berilmu, sama ada ilmu akhirat mahupun ilmu duniawi, tetapi al-
Quran dan Sunnah, telah menyimpulkan bahawa ulama’ dalam pandangan Islam, ialah
orang alim yang beriman, yang takutkan Allah dan beramal dengan ilmunya. Instisusi
Ulama’ telah ulama wujud didalam sejarah Islam, bahkan, ketika zaman kegemilangan
Islam, ulama’-ulama’ adalah orang yang paling memainkan peranan didalam masyarakat,
kearah melahirkan masyarakat yang bertaqwa dan berguna kepada agama dan negara.
Sejarah telah menunjukkan betapa berkesannya dan berperanannya ulama’ didalam
mendidik dan memantau, bukan saja pergerakan masyarakat, bahkan dengan umara’ iaitu
golongan pemerintah. Lihat saja bagaimana rapatnya khalifah-khalifah terdahulu dengan
ulama’ seperti khulafa’ ar-Rasyidin, Khalifah Harun ar-Rasyid, Khalifah al-Makmun dan
juga Sultan Muhammad al-Fateh serta Sultan Salahuddin al-Ayubi. Ulama’ dizaman itu,
bukan setakat ulama’ yang bertaraf biasa, tetapi ulama’ yang bertaraf ulama’ akhirat dan
para mujaddid (orang yang membaharui agama Islam). Ini bersandarkan kepada Hadis
Rasulullah saw bersabda bahawa “Allah ( ) akan utus pada umat ini (umat
Muhammad) diawal setiap 100 tahun, seorang yang membaharui urusan
agamanya.” Umat Islam dewasa ini perlu sekali kenal ulama’ supaya mereka mencintai
dan mendapat didikan, serta pimpinan yang wajib mereka perolehi dalam hidup didunia
ini. Di zaman tidak ada nabi dan rasul ini, hanya ulama’ yang boleh mendidik umat
dengan iman dan Islam. Iaitu ulama’ pewaris nabi (warisatul anbiya’), yang dengan
didikannya umat akan bertemu jalan hidup yang sebenarnya seperti yang ditunjuk oleh al-
Quran dan Sunnah, satu-satunya jalan yang menjamin kebahagiaan dunia akhirat.
Malangnya, kini terdapat golongan ulama’ sendiri yang telah terlibat sama dengan gejala
masyarakat, dengan mengutamakan kepentingan diri sendiri, dengan menyembunyikan
Revolusi Masyarakat Islam Dahulu....Kini : Satu Analisa 11
kebenaran, demi periuk nasi mereka. Mereka bergelanggang didalam pejabat-pejabat
mereka, sedang masyarakat terumbang ambing menahan arus yang amat dahsyat. Mereka
sebagai dahan tempat bertahan pula mematahkan diri, dan membiarkan sahaja diri
mereka turut hanyut bersama-sama manusia lain. Para ulama’ hari ini bukan sahaja tidak
berperanan terhadap umara’, bahkan mereka tidak berpengaruh dikalangan masyarakat.
Mereka adalah golongan yang tewas berdepan dengan sains dan teknologi sekular ini,
kerana takut disisihkan, mereka menjelma dengan wajah yang baru seolah-olah bukan
ulama’ lagi. Ceramah mereka bukan berisi Islam yang sebenar, nak dikata sains pun
tidak. Dengan itu masyarakat berasa selamat, padahal mereka sudah hampir-hampir maut
dikerjakan oleh nafsu, syaitan, Yahudi dan Nasrani. Tak ada sesiapa yang tahan dengan
seksa Neraka Allah, tetapi semuanya berbondong-bondong menuju ke pintu neraka.
Hingga begitu pun, tidak ada lagi orang yang menangis kerana pewaris-pewaris nabi
sudah hampir pupus dari dunia ini. Moga- moga diharapkan ulama’ akan kembali pada
kemuliaan yang sebenar, kemuliaan yang dinikmati oleh salafussoleh dizaman
kegemilangan Islam, ketika umat Islam menjadi tempat rujuk dan sandaran dunia. Hingga
umat Islam dipuja dan digeruni mausia sedunia, bukannya jadi kuli yang murah harganya,
tidak dipeduli, terbuang dan terhina.
2) Perundangan
(i) Hukum Fiqh, Hudud Dan Ta’zir Vs Hukuman Barat
Selepas Islam diterima oleh masyarakat Madinah, Nabi Muhammad saw telah
menjalankan sistem hukuman Islam yang berdasarkan al-Quran dan Sunnah Baginda,
yang lebih popular dengan nama Hukum Hudud. Hukum Hudud adalah sebagai sistem
perundangan Tamadun Islam secara rasmi semenjak zaman Rasulullah saw hinggalah
Revolusi Masyarakat Islam Dahulu....Kini : Satu Analisa 12
zaman khalifah Bani Uthmaniyah. Semua wilayah Islam, termasuk Kesultanan Melaka
juga menggunakannya sebagai cara perlaksanaan hukuman keatas penjenayah atau
penjahat. Contoh Hukum Hudud ialah potong tangan keatas pencuri, hukum pancung
keatas orang yang meninggalkan solat selepas 3 kali berturut-turut selepas dinasihat,
hukuman sebat keatas pembuat fitnah, hukuman 80 kali rotan kerana meminum arak, dan
hukuman rejam keatas penzina yang sudah berkahwin serta 100 kali rotan keatas penzina
yang belum berkahwin. Sementara Hukum Ta’zir adalah seperti diarak keliling bandar
dengan dicontengkan mukanya, dipenjarakan, diikat di tiang dan dipamerkan, serta denda
duit dan disuruh buat kerja berat. Sejarah telah membuktikan bahawa hukum hudud
adalah satu peraturan yang bijaksana, adil, mampu mengawal kejahatan dan memberi
jalan keluar kepada masalah manusia. Dizaman kgemilangan Islam yang lampau, orang
kafir turut menerima dan terasa keadilannya. Tetapi, selepas kejatuhan empayar
Uthmaniyah di Turki, dan kejatuhan wilayah-wilayah Islam yang lain ketangan Barat,
sistem Perlaksanaan Barat dijalankan dengan penjara, dan gantung, serta sebat sebagai
cara perlaksanaan hukuman. Selepas berundurnya Barat dari wilayah-wilayah Islam, kita
dapat pula lihat masyarakat menerimapakai sistem ini tanpa penggubalan langsung
keatasnya, seolah-olah ia amat sesuai dan adil. Hinggalah suatu saat, timbul semangat
untuk memperjuangkan Hukum Allah ditengah masyarakat oleh parti-parti dan jemaah
Islam, sebagai tanda kesyumulan Islam. Tetapi masalah timbul apabila masyarakat
menolak dan mempertikaikan Hukum Hudud dengan mengatakan bahawa ia zalim dan
kejam, bahkan ketinggalan zaman. Soalnya, mengapa Islam menurunkan hukuman
Hudud yang nampaknya begitu memalukan, mengerikan, menakutkan dan menyeksakan?
Padahal telah berulang kali disebut bahawa Islam itu agama keselamatan. Sebenarnya,
Revolusi Masyarakat Islam Dahulu....Kini : Satu Analisa 13
disebalik Hukum Hudud itu ada falsafah dan hikmah yang maha indah dan agung, yang
dapat mempertemukan antara kepahitan dan kemanisan Islam. Terselit pula didalamnya
nilai kebaikan dan kasih sayang yang cukup menginsafkan. Umpama melihat laut yang
bergelora dan sangat menakutkan, tetapi didalamnyalah terdapat rezeki yang
menakjubkan seperti ikan, mutiara, minyak, dan kehidupan yang penting bagi kita.
Sesiapa yang melihat gelombang lautan secara lahiriah saja, nescaya akan benci dengan
laut, tetapi hari ini membuktikan ramai yang mencintainya, kerana diketahui disebalik
gelora itu ada kenikmatan yang menguntungkan. Sebenarnya Hudud ialah langkah yang
paling akhir yang dikenakan keatas penjahat, setelah berbagai cara tidak lagi boleh
mendidiknya, bahkan Hudud ini perlulah dilaksanakan apabila masanya telah cukup, iaitu
semua orang bukan didalam keadaan jahil dan baik, serta faham akan keadilan Hudud itu
sendiri.. Maknanya, Hudud itu ditegakkan dalam masyarakat yang sudah baik-baik, demi
mengawal kebaikan daripada dirosakkan oleh orang jahat yang sudah tidak makan diajar.
(ii) Poligami
Poligami adalah salah satu warisan Tamadun Islam ketika era kegemilangannya,
hampir semua golongan mengamalkannya, sama ada pemimpin, ulama’ dan rakyat biasa
demi menghidupkan dan meninggikan syiar Islam dan sunnah Nabi Muhammad saw.
Tetapi, poligami diakhir zaman ini, walaupun wujud dalam Islam tetapi ia merupakan
satu perkara yang sangat terasing dan terpinggir. Seolah-olah ia tidak wujud dalam ajaran
Islam. Siapa yang mengamalkannya dianggap satu kesalahan yang tidak boleh
dimaafkan, dipandang serong dan dimusuhi. Bahkan dianggap lebih jahat daripada orang
yang berbuat maksiat dengan wanita atau suami yang bukan muhrimnya. Akhirnya , umat
Islam menentang poligami, sama ada secara langsung atau tidak langsung. Bukan saja
dikalangan wanita yang menentang, bahkan sebahagian ulama juga ikut dalam barisan
Revolusi Masyarakat Islam Dahulu....Kini : Satu Analisa 14
penentangan poligami. Ada juga ulama yang membolehkan poligami sebagai jalan keluar
seorang lelaki, tetapi dengan syarat yang sangat berat, seolah-olah poligami hanyalah
diperuntukkan kepada Rasulullah saw dan para Sahabat saja. Kalaulah poligami dalam
Islam tidak dikaji betul-betul kebaikan dan hikmahnya, maka kebanyakan manusia
terutama orientalis dan orang Islam yang tidak faham, akan menganggap bahawa
poligami ini tidak lain tidak bukan, hanya satu cara lelaki memuaskan nafsu terhadap
kaum perempuan. Maka, timbullah berbagai fitnah terhadap orang yang berpoligami.
Poligami jadi bertambah “buruk” kerana orang yang mengamalkannya tidak mengikut
cara yang sepatutnya. Hilanglah cantik dan indahnya amalan Islam ini. Lalu, bagi orang
yang tidak faham dan orientalis, inilah kesempatan mereka untuk menekan, mencemuh
dan menghinanya. Diakhir zaman ini, kita tidak berpeluang untuk bertemu dengan
Rasulullah saw dan tidak pernah hidup bersama Baginda, tetapi kita diberi peluang untuk
mengamalkan Sunnahnya, termasuk poligami. Bahkan, ganjaran bagi mereka yang
menghidupkan satu sunnah yang sudah dilupakan orang, ialah 100 pahala mati syahid.
Malah, Rasulullah pernah menggambarkan di kala kemerosotan iman berlaku di akhir
zaman, wujud sekelompok manusia bergelar Ikhwan. Mereka inilah kumpulan yang
menghidupkan sunnah Rasul walaupun mereka tidak pernah melihat Baginda.
Sebenarnya, amalan poligami adalah salah satu senjata umat Islam yang mampu untuk
melahirkan generasi kegemilangan Islam, seperti yang dicapai oleh umat terdahulu,
kerana di dalamnya terdapat berbagai kaedah yang terbukti berkesan dalam
menyelesaikan permasalahan ummah seperti, gejala sosial dan zina. Islam tidak
memandang poligami hanya sekadar jalan keluar bagi seorang lelaki atau jalan
menyelamatkan wanita, tetapi ia adalah satu cara untuk mendidik para perjuang, para
Revolusi Masyarakat Islam Dahulu....Kini : Satu Analisa 15
pemimpin, para wanita dalam perjalanannya menuju taqwa, sekaligus merupakan asas
untuk membangun empayar Islam. Poligami sebenarnya merupakan satu proses tarbiyah
dan didikan yang cukup hebat. Dari poligamilah, lahir dan timbul kekuatan-kekuatan lain,
tumbuh sifat-sifat baru pada diri kita yang dapat menguatkan kita. Contohnya berani,
iaitu berani berhadapan dengan isteri bila hendak kahwain lagi, berani berhadapan
dengan keluarga dan masyarakat, kerana ramai lelaki yang tidak sanggup berpoligami
kerana takut dengan isteri dan keluarga. Antara sifat lain, poligami menjadi tempat
latihan bersabar menghadapi bermacam-macam perilaku dan perasaan isteri. Suami akan
terlatih bagaimana hendak berpsikologi, berstrategi dan lain-lain. Ini merupakan
pengalaman dan pendidikan yang dapat membantu kita menjadi mantap dari segi mental
dan spiritual. Seolah-olah poligami adalah riadhah (latihan) bagi akal, fizikal, hati, dan
nafsu kita. Poligami juga merupakan gelanggang ujian kepimpinan, kesabaran,
mujahadah, keadilan, serta kejayaannya berteraskan kemantapan keyakinan, minda,
ibadah, dan pinya tujuan yang jelas dan tepat, yang menjurus kepada mendapatkan redha
Tuhan. Ujian kepimpinan sebenarnya bermula dirumah. Seorang suami yang dikira
berjaya, apabila dapat mendidik serta memimpin para isteri dan anak-anaknya dirumah
untuk dibawa menuju Allah. Bukan saja bagi suami, bahkan isteri juga mendapat manfaat
yang banyak dari poligami. Walaupun mereka terpaksa mengurut-urut dada, memujuk-
mujuk hati, terpaksa berkorban perasaan, mereka juga akan mendapat berbagai kekuatan
dalam menempuh ujian hidup berpoligami. Diwaktu mereka tidak bersama suami, itulah
kesempatan bagi mereka untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah, sehingga para isteri
lebih terdidik untuk mencintai Allah lebih dari mencintai suaminya sendiri. Bila kita
mendapat cinta dan kasih sayang Allah, dapatkah kita bandingkannya dengan cinta dan
Revolusi Masyarakat Islam Dahulu....Kini : Satu Analisa 16
kasih sayang suami yang sementara? Tentu saja tidak dapat dibandingkan cinta Khalik
(Tuhan) dengan cinta makhluk. Sedang, sesetengah perkahwinan secara monogami
memperlihatkan nafsu wanita itu dibela, dan sifat nafsu yang mementingkan diri amat
jelas didalam keluarga tersebut. Hasilnya, keluarga berpoligami itu akan melahirkan satu
generasi bertaqwa, yang sentiasa menentang nafsunya dan bermunajat, mengadu dan
berserah hanya kepada Allah, sekali gus menjadikan Allah sebagai Kawan terAgungnya.
3) Pertahanan(i) Taqwa Vs Quwwah
Jika kita lihat di zaman kebangkitan Islam dan ilmu dahulu kala, umat Islam
menjadi juara dalam segala bidang, ilmu, pertanian, perdagangan mahupun pertahanan
dan ketenteraan. Bahkan, umat Islam mampu mencipta senjata-senjata yang baru dan
moden di zaman itu, seperti kaedah manjenik dan berbagai-bagai lagi persenjataan yang
telah ditiru oleh Barat. Namun, hari ini umat Islam lemah-selemahnya kerana di segala
aspek mereka gagal untuk menandingi musuh, bahkan banyak di kalangan negara Islam
hari ini yang mengimport dan menggunapakai sistem dan jentera-jentera ketenteraan
yang di aplikasikan dari Barat. Yang peliknya, dengan senjata dari Barat itulah yang
dikatakan hendak memerangi Barat, sedang penciptanya adalah dari orang Barat yang
sudah pasti amat maklum akan kebolehan dan kekuatan serta kelemahan senjata itu.
Sebenarnya, setelah sekian lama dijajah, umat Islam lupa dan hilang punca dengan
senjata rahsia mereka yang telah diguna pakai oleh salafussoleh dizaman dahulu, yang
terbukti bukan sahaja berkesan, tetapi mampu menerobos sempadan dan wilayah,
malahan hati-hati orang kafir gerun dan cair tatkala diberitakan kedatangan Islam. Senjata
itu ialah taqwa kepada Allah, yang amat ditakuti oleh para kuffar, disebabkan dengan
asbab itu, Bantuan Allah turun tanpa dihijab. Ini terbukti dimana perang salafussoleh
Revolusi Masyarakat Islam Dahulu....Kini : Satu Analisa 17
dahulu seperti Perang Tabuk, yang mana 3000 tentera Islam mengalahkan 200,000 orang
Rom. Mana ada sejarah lain yang menyebutkan sedemikian, ini tidak lain tidak bukan
ialah Bantuan dari Allah. Ini kerana, dengan mendapat taqwa, Allah mejamin
keselamatan kita, seperti didalam ayat “Allah adalah wali (penyelamat) kepada orang
yang bertaqwa” dan "Hendaklah kamu menambah bekalan. Maka sesungguhnya
sebaik-baik bekalan itu adalah sifat taqwa." (Al Baqarah: 197). Sebenarnya dalam
sejarah Islam, tidak pernah umat Islam mendapat kemenangan, mempengaruhi dan
menguasai dunia, kerana jumlah yang banyak, mahupun kelengkapan perang yang hebat,
tetapi mereka mendapat kemenangan kerana Bantuan Tuhan. Walaupun jumlah mereka
tidak banyak, kekuatan fizik dan ekonomi mereka jauh lebih lemah dibanding musuh-
musuh mereka. Ketika penjajah Barat menjajah negara-negara didunia, mereka membawa
kekuatan tentera dan persenjataan. Rakyat jajahan terpaksa taat dengan kehendak
penjajah. Tetapi, untuk menguasai sebuah negara, pemimpin Islam tidak mengirimkan
jumlah tentera yang banyak dan persenjataan lahiriah yang canggih. Umpamanya, Syed
Abdul Aziz yang bertaqwa, dapat mengIslamkan seluruh Melaka selepas bertemu dengan
Parameswara, begitu juga dengan Khalifah Umar al-Khattab yang menghantar wakil-
wakilnya ke Syam, Palestin, Iraq, dan Mesir yang pergi bersendirian, tetapi dengan
ketaqwaan mereka, orang-orang Majusi, Nasrani dan Yahudi dapat menerima mereka dan
belaku taat terhadap mereka. Oleh itu, dapat dilihat kalau mereka tidak Tuhan jaga, sudah
tentu mereka akan ditangkap, dibunuh dan dibuang ke Sungai Melaka. Dalam
keghairahan ingin berjuang, umat Islam perlu beri perhatian kepada soal taqwa, kerana
Tuhan menolong bukan atas dasar jumlah yang ramai, tetapi atas dasar taqwa. Bila umat
Islam sudah menjadi Ahlillah (orang Allah), maka Allah swt pasti akan membela kita.
Revolusi Masyarakat Islam Dahulu....Kini : Satu Analisa 18
Contoh kekuatan taqwa yang lain ialah didalam Perang Badar, musuh punyai 700 ekor
kuda, sedang umat Islam hanya mempunyai 2 ekor kuda, tetapi hasilnya umat Islam yang
menang. Hebatnya Allah. Malangnya, kebanyakan ulama dan pejuang-pejuang Islam
tidak ambil peduli soal taqwa, mereka berjuang, berdemonstrasi dengan bersandarkan
jumlah yang banyak, bukan kualiti taqwa yang tinggi. Hasilnya, umat Islam terus terhina
dan kalah di mana-mana, kerana dari segala segi, batin dan lahiriah mereka lemah.
(ii) Militan Islam ?
Sekarang ini dunia heboh tentang soal militan, terutamanya Amerika Syarikat.
Siapa sahaja yang mengganas atau menggunakan kekerasan terhadap negaranya atau
negara sekutunya, dianggap militan. Agama Islam dan umatnya yang disalahkan, hingga
Islam dan seluruh umatnya dianggap militan. Tetapi kalau Amerika atau sekutunya
menggunakan kekerasan terhadap pihak lain, itu tidak pula dianggap militan. Istilah
militan sepatutnya tidak digunakan terhadap individu, walaupun individu itu bersikap
ganas atau militan. Ia lebih ditujukan kepada kelompok yang bertindak terhadap
musuhnya secara ganas yang boleh menyebabkan kecederaan, kematian dan kemusnahan
harta benda dan yang menimbulkan kebimbangan dan ketakutan di kalangan musuhnya.
Sesuatu kelompok yang dikatakan militan itu ialah, yang membawa sesuatu ajaran, sama
ada yang berdasarkan agama atau ideologi, yang mana pemimpin dan yang dasar
perjuangannya, ialah untuk mengajak atau menyuruh pengikut-pengikutnya bertindak
terhadap musuh-musuh atau lawannya, bila ada peluang sama ada secara fizikal atau
dengan senjata. Biasanya orang atau kelompok yang jadi militan ialah yang ada cita-cita,
yang ada ideologi, yang ada pimpinan, ajaran, keyakinan dan pegangan sama ada ianya
berdasarkan agama, ideologi atau rasa sakit hati kepada sesuatu golongan yang lain.
Revolusi Masyarakat Islam Dahulu....Kini : Satu Analisa 19
Kelompok yang tidak ada pimpinan, yang hanya dididik oleh suasana dan alam sekitar,
biasanya tidak akan menjadi militan. Mereka hanya akan menjadi kasar dan keras hati.
Kalau berlaku pun, bukan secara jemaah atau kelompok tetapi secara individu
Dunia hari ini sibuk memperkatakan tentang militan. Di sesetengah negara, pemimpin-
pemimpin mereka sampai pening-pening kepala memikirkan tentang militan ini. Lebih-
lebih lagi setelah berlakunya peristiwa 11 September yang lalu, soal militan ini tambah
dipandang serius oleh dunia, tidak kira dunia Islam mahupun dunia bukan Islam. Hingga
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pun membincangkannya.
Tambahan pada itu, masalah militan ini membawa satu dimensi baru yang sangat
mencabar para pemimpin dunia. Disamping ianya bahaya dan menakutkan, ianya juga
rumit dan berat untuk diselesaikan. Kerana para militan ini ialah orang-orang yang berani
mati. Orang-orang yang memang hendak mati. Mereka ini rela membunuh diri. Kalau diri
sendiri pun sanggup dibunuh, membunuh orang lain senang sahaja.
Kalau para militan ini tak berani mati, lebih-lebih lagi kalau mereka takut mati, tak apa
juga. Banyak perkara boleh diusahakan untuk mencegah kegiatan mereka, untuk
menghalang, mengancam dan menakutkan mereka. Tapi kalau matipun mereka sudah
tidak takut, apa benda lagi dalam dunia ini yang boleh menakutkan mereka? Bukankah
mati itu perkara yang paling dibenci dan ditakuti oleh manusia. Oleh itu para militan ini
tidak makan saman, tidak takut diugut malahan, tidak takut diancam dan tidak takut
dihukum, serta tidak takut dibunuh dan tidak makan suap. Dalam ertikata yang lain,
mereka ini tidak mudah hendak dibendung. Bagaimana hendak menghadapi manusia
yang berani mati ini? Inilah perkara yang merisaukan dan memeningkan kepala para
pemimpin dunia. Jalan ahli fikir dan ahli filasuf yang digunakan selama ini pula sudah
Revolusi Masyarakat Islam Dahulu....Kini : Satu Analisa 20
menemui jalan buntu. Ia jelas tidak mampu lagi untuk menangani masalah ini. Malahan
bukan sahaja ia tidak mampu, bahkan semakin lama ia semakin memburukkan keadaan
dan membuatkan masalah ini bertambah serius dan rumit. Tidak ada jalan lain, melainkan
kembali kepada jalan dan cara yang telah ditunjukkan oleh para Rasul, iaitu
manusia perlu diajak mengenali Tuhan. Bukan sekadar percaya sahaja tetapi mengenali
Tuhan. Ramai manusia tidak kira apa bangsa, percaya Tuhan itu ada tetapi mereka tidak
merasakan begitu. Mereka tidak rasa dan tidak perasan bahawa Tuhan itu ada. Mereka
tidak merasakan bahawa Tuhan itu ada peranan dalam hidup mereka. Mereka hanya tahu
dan percaya. Manusia sudah tidak pedulikan Tuhan lagi. Mereka rasakan Tuhan sudah
tidak relevan lagi dalam hidup mereka. Mereka sudah lupa Tuhan. Hakikatnya, ada atau
tidak Tuhan itu, sama sahaja kesannya pada mereka. Kalau manusia sudah cinta dan
takutkan Tuhan, manusia tidak akan berani lagi melakukan perkara-perkara yang negatif
dan menyusahkan. Orang yang berani mati yang sudah tidak takut lagi dengan ancaman
dunia pun akan berubah, bila berhadapan dengan rasa takut dengan Tuhan dan ancaman
akhirat. Undang-undang dan peraturan bukan tidak perlu. Itu jalan terakhir yang sesuai
untuk mengawal manusia yang sudah rosak fitrah mereka dan sudah terlalu jahat, hingga
tidak terkesan lagi dengan Tuhan.
Ekonomi
1) Sistem Ekonomi
(i) Sistem Manusia Vs Sistem Wahyu
Kita tinjau pula mengenai perbezaan asas antara sistem ekonomi Islam (wahyu)
dan sistem ekonomi konvensional (ciptaan manusia) terutamanya dari segi sumber,
matlamat dan aktiviti. Perbezaan asas ini telah membawa implikasi yang besar terhadap
Revolusi Masyarakat Islam Dahulu....Kini : Satu Analisa 21
sesebuah masyarakat dan negara. Di dalam sejarah dunia, terdapat beberapa sistem
ekonomi konvensional yang begitu berpengaruh diseluruh dunia, antaranya:
Kapitalisme
Sistem ini dikenali sebagai sistem perusahaan bebas. Di bawah sistem ini
seseorang individu berhak menggunakan dan mengawal barang-barang ekonomi yang
diperolehinya. Mencegah orang lain dari menggunakan barang-barang itu dan
memutuskan bagaimana barang-barang itu diuruskan setelah dia mati. Dalam hal ini
individu bebas berbuat apa sahaja dengan harta kekayaannya asal sahaja kegiatannya
tidak mengganggu hak orang lain Persaingan pula dianggap sebagai daya penggerak
untuk menghasilkan operasi yang cekap. Pada umumnya, persaingan dalam sistem
kapitalis ini merupakan daya yang kuat dan dibenarkan berjalan lebih bebas berbanding
dengan sistem-sistem ekonomi yang lain.
Sifat-sifat istimewa sistem ini ialah:
1.Ia menolak nilai-nilai akidah, syariat dan akhlak yang mulia
2.Pengambilan riba iaitu peminjaman wang melalui institusi kewangan (bank dan industri
kredit) yang mengenakan riba (faedah)
3.Faktor-faktor ekonomi dikuasai oleh individu-individu tertentu secara terus menerus
atau dipunyai oleh sekumpulan manusia yang tidak dikenali melalui sistem saham
Revolusi Masyarakat Islam Dahulu....Kini : Satu Analisa 22
4.Pemodal-pemodal bank yang besar mempunyai kuasa yang berlebihan ke atas aktiviti-
aktiviti ekonomi dan seterusnya politik negara. Kuasa penentu dalam sistem kapitalisme
dan demokrasi barat kebanyakannya mirip kepada pemilik modal
5.Sebahagian besar dari barang-barang dan perkhidmatan yang dihasilkan di bawah
sistem kapitalisme telah dibebankan bukan sahaja dengan faedah-faedah riba, tetapi juga
dengan bayaran-bayaran pengiklanan yang berlebihan
6.Kapitalisme mempunyai unsur-unsur mengasas monopoli, kerana adalah menjadi hasrat
setiap pemodal untuk menguasai segalanya dan menghapuskan semua persaingan
dengannya.
Sosialisme
Perbezaan diantara kapitalisme dan sosialisme dapat dilihat melalui kegelojohan
dan ketamakan kapitalis yang luar biasa itu, menghasilkan kezaliman ke atas masyarakat.
Kezaliman ini melahirkan ketegangan yang meluas di Barat. Kelahiran ekonomi
sosialisme menekan perkara yang di sebut “Prinsip sosialisme” adalah:
1.Mengembalikan kuasa ekonomi daripada golongan Borjuis (kapitalis) kepada golongan
proliter (petani dan buruh)
Revolusi Masyarakat Islam Dahulu....Kini : Satu Analisa 23
2.Menyerahkan semua sumber alam dan sumber ekonomi kepada negara untuk diagihkan
sama rata kepada rakyat
Di bawah sistem sosialisme, hakmilik kerajaan ke atas sumber dihadkan kepada tanah
dan modal yang digunakan secara besar-besaran. Industri-industri besar dimiliki dan
dikawal oleh negara manakala kebanyakan perniagaan kecil dimiliki oelh individu.
Secara umumnya, individu dalam sebuah negara sosialis memiliki dan menguasai lebih
banyak harta berbanding dengan individu di bawah sistem komunisme tetapi sangat
kurang berbanding dengan milik individu di bawah sistem kapitalisme.
Oleh kerana di bawah sistem sosialisme banyak industri dimiliki dan dijalankan oleh
negara, maka kebebasan menjalankan aktiviti hanya terdapat dalam kerja-kerja yang
dijalankan oleh persendirian. Para pekerja masih bebas memiliki pekerjaan, namun begitu
peluang untuk menjadi ahli perniagaan dan mencari keuntungan sangat kecil berbanding
dengan sistem kapitalisme.
Komunisme
Sosialisme pula berjuang untuk mengembalikan kuasa ekonomi kepada golongan
proliter (petani dan buruh) secara demokrasi dan sederhana. Walau bagaimanapun
sehingga menjelang perang Dunia Ke-2 (1940-1945), ia kurang berkesan mencapai
matlamatnya. Pendekatan baharu menggunakan kekerasan dicadangkan iaitu dikenali
sebagai komunisme. Ianya mendapat sambutan di Barat sesudah kegagalan sosialisme
dalam revolusi Perancis. Sistem komunis merupakan satu sistem ekonomi sosialis yang
radikal dan satu doktrin politik yang diasaskan oleh Karl Marx. Menerusi sistem ini,
Revolusi Masyarakat Islam Dahulu....Kini : Satu Analisa 24
semua tanah dan modal sama ada yang asli atau buatan manusia, berada di tangan negara
sepenuhnya. Rakyat akan menerima pendapatan menurut keperluan mereka, bukan
mengikut kebolehan mereka. Sebenarnya tidak ada perbezaan pokok antara fahaman
sosialis dengan komunisme. Guru bagi kedua fahaman tersebut adalah Karl Marx. Tujuan
utama penganjur sosialisme ialah untuk menegakkan kerajaan diktator sosialisiaitu Karl
Marx yang mengarahkan agar semua komunis mestilah bekerja untuk mengasaskan
fahaman sosialisme.
Untuk itu merealisasikan cita-cita tersebut, tiga perkara diperlukan:
1.Menghapuskan semua hak milik persendirian
2.Menghapuskan unit keluarga
3.Menghapuskan segala agama
Hakikat Ekonomi Islam
Dalam Islam hakikat ekonomi adalah untuk dapat kita merasakan bahawa segala harta
benda termasuk segala hal lain yang ada hubungannya dengan ekonomi adalah
kepunyaan Allah semata-mata, bukan kepunyaan kita. Kita hanya diamanahkan oleh
Allah supaya kita dapat mengendalikan dengan sebaik-baiknya. Itulah hakikat ekonomi
Islam yang sebenarnya, menepati fitrah keseluruhan manusia. Dengan demikian ekonomi
yang diwujukan di dunia ini adalah ekonomi akhirat dengan tujuan untuk membina
iman dalam diri kita. Ekonomi untuk menginsafkan kita sebagai hamba Allah.
Revolusi Masyarakat Islam Dahulu....Kini : Satu Analisa 25
Kalau kita berekonomi bukan untuk Allah, bukan untuk Akhirat maka akan terjadilah
krisis, akan terjadilah kekacauan, perpecahan dan permusuhan. Akan berlakulah
berbagai-bagai bencana dalam kehidupan manusia akibat daripada berekonomi sermata-
mata untuk membangunkan dunia. Oleh kerana itu kalau kita beroleh banyak keuntungan
hendaklah banyak pula kita berkorban. Semakin banyak untung semakin banyak pula
pengorbanan maka akan bertambahlah pula pahala dan semakin hampir diri kita dengan
Tuhan yang Maha Pemurah. Kerana Tuhan yang Maha Pemurah itulah sebenarnya yang
memberi kita keuntungan dalam berekonomi. Sekalipun ekonomi kita rugi, yang penting
dapat tingkatkan iman dan semakin hampir dengan Allah kerana hakikatnya yang
mengizinkan kita mengalami kerugian adalah Allah jua. Maka peranan ekonomi
sebenarnya adalah untuk mendekatkan diri dengan Allah. Walaupun rugi, pada
pandangan Allah tidak rugi, sebaliknaya Allah akan memberi pahala yang besar. Itulah
yang dikatakan perniagaan Akhirat.
Tujuan Ekonomi Islam
Tujuan ekonomi Islam sangat jauh berbeza dengan sistem ekonomi lain. Islam
memandang ekonomi sebagai salah satu aspek perjuangan untuk menegakkan agama
Tuhan.
Tujuan-tujuan ekonomi Islam adalah seperti berikut :
1. Melahirkan kehidupan Islam dalam bidang ekonomi.
2. Menjadikan kita memiliki harta yang dengannya dapat menjalankan ibadah
seperti zakat.
3. Memberikan khidmat kepada masyarakat.
Revolusi Masyarakat Islam Dahulu....Kini : Satu Analisa 26
4. Untuk menghindarkan dosa bersama, sebab sebahagian daripada ekonomi itu
adalah fardhu Kifayah. Ekonomi fardhu kifayah kalau tidak dibangunkan maka
semua umat Islam ditempat tersebut akan jatuh berdosa.
5. Untuk dapat berdikari sehingga tidak bergantung kepada pihak lain. Dengan
demikian dapat hidup merdeka dengan tidak diatur oleh pihak lain.
6. Untuk memanafaatkan sumber semulajadi dan hasil bumi supaya tidak membazir
dan berlaku pemborosan.
7. Menghidarkan supaya bahan-bahan mentah tidak terjatuh ketangan orang yang
derhaka kepada Tuhan yang pada akhirnya akan menyalahgunakan nikmat-nikmat
itu.
8. Membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat dan mengatasi masalah
pengganguran.
9. Untuk mensyukuri nikmat Tuhan.
10. Untuk membuat kebaikan sebanyak-banyaknya kepada manusia melalui ekonomi.
Inilah tujuan ekonomi Islam. Kesepuluh perkara ini hendaklah ditanam betul-betul
dalam dalam fikiran dan hati barulah boleh ekonomi Islam dilaksanakan. Tanpa
kesepuluh tujuan ini maka kita akan berhadapan dengan satu perkara yang amat
merbahaya. Kita akan berhadapan dengan jurang kehancuran dan jurang api neraka.
Tetapi kalau kesepuluh perkara ini benar-benar kita hayati dapatlah kita terus melangkah
membina perjungan Islam melalui ekonomi. Allah akan pimpin kita sampai kepada
tujuan murni kita dan mendapat keredhoan Tuhan.
(ii) Peranan Tuhan ( )Dalam Ekonomi Islam
Revolusi Masyarakat Islam Dahulu....Kini : Satu Analisa 27
Sistem ekonomi Islam tidak sama dengan sistem-sistem ekonomi yang lain. Ia
berbeza dengan sistem ekonomi yang lain. Ia bukan dari hasil ciptaan akal manusia
seperti sistem kapitalis dan komunis. Ia adalah berpandukan wahyu dari Allah SWT.
Sistem ciptaan akal manusia ini hanya mengambil kira perkara-perkara lahiriah semata-
mata, tanpa menitikberatkan soal hati, roh dan jiwa manusia. Hasilnya, matlamat lahiriah
itu sendiri tidak tercapai dan manusia menderita dan tersiksa kerananya. Berlaku
penindasan, tekanan dan ketidakadilan. Yang kaya bertambah kaya dan yang miskin
bertambah miskin. Ekonomi Islam pula.sangat berbeza.
Di antara ciri-ciri ekonomi Islam ialah:
1. Ekonomi Islam Melibatkan Tuhan ( )
Orang Islam berekonomi dengan niat kerana Allah dan mengikut peraturan dan
hukum-hakam Allah Taala. Matlamatnya ialah untuk mendapat redha dan kasih sayang
Allah. Syariat lahir dan batin ditegakkan dan hati tidak lalai dari mengingati Tuhan.
Aktiviti berniaga dianggap zikir dan ibadah kepada Allah SWT. Ia adalah jihad
fisabilillah dan menjadi satu perjuangan untuk menegakkan Islam dan mengajak manusia
kepada Tuhan. Sesibuk manapun berniaga, Allah SWT tidak dilupakan. Berekonomi dan
berniaga secara Islam adalah di antara jalan untuk menambah bekalan taqwa.
2. Ekonomi Islam Berlandaskan Taqwa
Kegiatan ekonomi dalam Islam merupakan jalan untuk mencapai taqwa dan
melahirkan akhlak yang mulia. Ini adalah tuntutan Tuhan. Kalau dalam sistem ekonomi
kapitalis, modalnya duit untuk mendapatkan duit, tetapi dalam ekonomi Islam modalnya
taqwa untuk mendapatkan taqwa. Dalam Islam, berekonomi adalah untuk memperbesar,
memperpanjang dan memperluaskan syariat Tuhan. Ekonomi itu jihad dan ibadah. Oleh
Revolusi Masyarakat Islam Dahulu....Kini : Satu Analisa 28
itu tidak boleh terkeluar dari konsep dan syarat-syarat ibadah. Niatnya, perlaksanaannya
dan natijahnya kena betul. Kegiatan ekonomi atau perniagaan yang dibuat itu tidak haram
dan tidak melibatkan perkara-perkara yang haram. Ibadah asas seperti solat, puasa dan
sebagainya tidak boleh ditinggalkan. Kalau solat ditinggalkan, ibadah berekonomi
sepertimana juga ibadah-ibadah yang lain akan dengan sendirinya tertolak. Hasil dari
ekonomi yang berlandaskan taqwa, akan lahir ukhuwah dan kasih sayang, kemesraan,
bertolong bantu, bersopan santun, mendahulukan kepentingan orang lain dan berbagai-
bagai lagi sifat-sifat yang luhur. Premis perniagaan berasaskan taqwa adalah pusat bina
insan yang cukup praktikal dan menguntungkan. Ekonomi Islam lebih mementingkan
sifat taqwa daripada modal kewangan yang besar. Ilmu, pengalaman, kemahiran,
kekayaan alam semulajadi dan sebagainya. Orang bertaqwa itu dibantu Tuhan seperti
dalam firman-Nya maksudnya:“Allah ( ) itu pembela bagi orang-orang
bertaqwa”(Al Jasiyah: 19).
Orang yang bertaqwa itu, usahanya sedikit tetapi hasilnya banyak. Apatah lagi kalau
usahanya banyak. Kalau orang yang bertaqwa menghadapi masalah, Allah akan
mengadakan baginya jalan keluar dan dia diberi rezeki oleh Allah dari sumber-sumber
yang tidak disangka-sangka.
3. Ekonomi Islam – penuh suasana kekeluargaan
Dalam premis perniagaan Islam di mana ada tuan punya atau pengurus dan
pekerja, terjalin kemesraan dan kasih sayang seperti dalam satu keluarga. Pengurus
seperti ayah. Penyelia-penyelia seperti kakak dan abang. Para pekerja seperti anak. Ayah
menjaga keperluan lahir batin anak-anak. Ini termasuk didikan agama, makan minum,
keselamatan, kesihatan, pakaian, tempat tinggal, kebajikan dan sebagainya.
Revolusi Masyarakat Islam Dahulu....Kini : Satu Analisa 29
4. Ekonomi Islam penuh kasih sayang
Islam menganggap berekonomi itu ibadah. Iaitu ibadah menerusi khidmat kita
kepada sesama manusia. Manusialah yang Tuhan tuntut supaya kita berkasih sayang
dengan mereka. Justeru itu, pelanggan dan ahli-ahli masyarakat tidak dilihat seperti orang
lain bahkan saudara-mara. Pelanggan yang datang kepada premis perniagaan dilayan
sebaik mungkin seperti tetamu. Mereka datang membawa rahmat dan kembalinya
menghapuskan dosa. Pelangganlah tempat mereka mencurah bakti dan khidmat.
Pelanggan jugalah orang yang membantu mereka memperbaiki dan mendidik hati. Oleh
itu, pelanggan sungguh mahal dan sungguh istimewa.. Inilah ekonomi taqwa dan kasih
sayang. Dalam ekonomi kapitalis, tidak ada kasih sayang. Mereka hanya mahukan duit
para pelanggan. Jangankan hendak membantu manusia, bahkan mereka sanggup
menyusahkan, menindas dan menipu manusia demi untuk mengejar keuntungan.
5. Ekonomi Islam – Keuntungan Perniagaan Untuk Masyarakat
Dalam ekonomi Islam, keuntungan ada dua bentuk. Satu adalah keuntungan
maknawi dan satu lagi keuntungan maddi (material). Islam mengajar ahli ekonomi dan
peniaganya untuk mengutamakan untung maknawi daripada untung material. Kalaupun
ada keuntungan material, ia perlu dihalakan semula dan diperguna untuk kepentingan
masyarakat. Islam tidak menganjurkan keuntungan material ditumpu kepada diri sendiri,
keluarga, kelompok atau golongan. Keuntungan boleh diambil sekadar perlu tetapi
selebihnya mesti dikembalikan kepada Tuhan melalui bantuan kepada fakir miskin dan
masyarakat. Inilah apa yang dikatakan bersyukur. Ekonomi Islam lebih mementingkan
khidmat kepada masyarakat daripada mengumpulkan keuntungan material yang besar.
Keuntungan material kalaupun ada, perlu disalurkan semula kepada
Revolusi Masyarakat Islam Dahulu....Kini : Satu Analisa 30
masyarakat. Begitulah pula selanjutnya, Islam adalah agama yang tidak terpisah dengan
kehidupan penganutnya yang benar-benar dan bersungguh melaksanakan fardhu kifayah
di tengah-tengah masyarakat, jauh berbeza dengan sistem kuffar yang menolak dan
mengenepikan Tuhan, menyebabkan berbagai kerosakan dan penyakit mazmumah subur
di dalam jiwa manusia..
Sosial
3) Sistem Sosial
(i) Konsep Islam Sebagai Cara Hidup
Islam menekankan tentang konsep Islam sebagai cara hidup dan ad-Deen yang
berfungsi di dalam setiap tingkah laku dan peribadi masyarakatnya. Islam itu adalah
berlainan sekali dan tidak akan sama, walaupun ada keserasian antara Islam dan agama-
agama lain di dunia, ia tidak sama kerana Islam berkait dengan penganutnya dalam
berbagai aspek kehidupan disebabkan Islam itu syumul, maka segalanya lengkap, sama
ada dari sudut lahiriah seperti, politik, ekonomi, dan sosial masyarakat, mahupun dari
asperk kerohanian seperti iman, taqwa dan perkara-perkara ghaib. Ini menjadikan ada
satu kekuatan yang tersembunyi apabila mengamalkan Islam secara keseluruhannya,
bukan menerima yang separuh, yang difikirkan elok untuk dirinya, sedang dibuang lagi
separuh yang dirasakannya membebankannya. Sikap ini dilarang keras Allah swt. Ummat
Islam 700 tahun selepas Rasulullah adalah umat Islam yang terbaik, kerana mereka
disamping dapat menguasai dunia, ilmu dan hikmah serta Bantuan Allah dapat dilahirkan
secara fizikal. Ini kerana mereka mengamalkan Islam sebagai cara hidup, bukan sekadar
slogan dan cakap-cakap di warung. Semangat Jihad mereka begitu tinggi, begitu juga
kecintaan mereka kepada Allah dan Rasul-Nya. Perbualan mereka adalah tentang
Revolusi Masyarakat Islam Dahulu....Kini : Satu Analisa 31
kebesaran, keagungan dan kemuliaan Allah, dan Allah benar-benar dijadikan sandaran
hidup mereka. Pergantungan dan harap mereka sangat tinggi, hingga Allah sangat
memberi perhatian terhadap mereka, lalu dibela-Nya dengan pembelaan yang sebenar-
benarnya. Amalan Islam mereka meriah, pakaian dan peribadi mereka dapat membezakan
antara yang Islam dan kafir, sunnah Rasulullah saw diterima walaupun orang Islam Ajam
(bukan Arab), tanpa sebarang penolakan. Masjid-masjid dihidupkan dengan berbagai
amalan yang memberi kesan terhadap orang luar, amalan tasawuf diamalkan dengan
pimpinan orang-orang soleh dengan pegangan yang kukuh, melahirkan satu masyarakat
yang amat bertaqwa dan sangat berkasih sayang diantara mereka, serta keras terhadap
kuffar, malahan di pandang tinggi oleh Allah swt. Tetapi, masyarakat dunia Islam hari ini
sudah hilang segala taring mereka, yang sebenarnya banyak perkara-perkara yang telah
hilang daripada umat Islam. Sebahagian daripadanya wajib kita mendapatkannya semula.
Kerana ia perkara yang amat berharga. Demi keselamatan kita di dunia, lebih-lebih lagi
di Akhirat, apa-apa yang telah hilang daripada umat Islam itu, ia boleh dibahagi kepada
dua kategori:
Pertama:Kehilangan secara khusus
Kedua: Kehilangan secara umum
PERTAMA:
Perkara-perkara yang hilang dari kaum muslimin atau umat Islam secara
khusus
Di antaranya ialah:
Revolusi Masyarakat Islam Dahulu....Kini : Satu Analisa 32
1. Hilangnya keadilan dari pemimpin atau pemerintah dan juga kasih sayangnya.
2. Hilangnya sifat berani daripada para alim ulama juga kasih sayang dan nasihat-
nasihatnya serta sifat zuhudnya.
3. Hilangnya sifat malu daripada kaum wanita.
4. Hilangnya sifat sabar daripada fakir miskin.
5. Hilangnya sifat pemurah daripada orang kaya.
6. Hilangnya sifat tawadhuk daripada golongan atasan.
7. Hilangnya ilmu pengetahuan daripada ahli ibadah.
8. Hilangnya sifat lemah lembut dan kebijaksanaan daripada para pejuang Islam.
9. Hilangnya sifat bijaksana dan lemah lembut daripada para pendakwah.
10. Hilangnya rasa khusyuk daripada orang yang bersembahyang.
11. Hilangnya sifat amanah daripada orang yang diberi tanggungjawab.
KEDUA:
Perkara-perkara yang hilang daripada kaum muslimin atau umat Islam
secara umum.
Di antaranya ialah:
1. Hilangnya ilmu pengetahuan.
2. Hilangnya kepimpinan bertaraf empayar atau sejagat.
3. Hilangnya akhlak dan budi pekerti yang mulia.
4. Hilangnya ukhuwah dan kasih sayang
5. Hilangnya rasa sifat cemburu terhadap agama dan terhadap kaum wanitanya.
6. Hilangnya perpaduan dan kesatuan umat Islam.
Revolusi Masyarakat Islam Dahulu....Kini : Satu Analisa 33
7. Hilangnya rasa bertuhan atau rasa tauhid.
8. Hilangnya rasa cinta kepada Akhirat.
9. Hilangnya rasa takut dengan Tuhan atau dengan dosa.
10. Hilangnya rasa tawakal.
11. Hilangnya rasa qanaah.
12. Hilangnya sifat redha.
13. Hilangnya sifat sabar.
14. Hilangnya sifat bertolak ansur.
15. Hilangnya persahabatan di kalangan kaum muslimin.
16. Hilangnya sifat taat dan setia daripada pengikut terhadap pemimpin.
17. Kehilangan tamadun Islam.
18. Kehilangan undang-undang dan perlembagaan Islam.
Inilah dia secara rambang apa yang telah hilang daripada umat Islam sama ada
yang bersifat khusus mahupun bersifat umum. Kalau begitu keadaannya, ertinya umat
Islam itu secara umum telah menjadi miskin di dalam semua hal. Miskin di segi material,
miskin dari segi moral, miskin bersifat dunia mahupun miskin bersifat akhirat. Miskin
yang bersifat maddi mahupun yang bersifat maknawi dan rohani. Kalau begitu, cuba
gambarkan betapa sulitnya kita hendak mengembalikan sesuatu yang hilang selain
daripada ilmu pengetahuan. Kerana umat Islam memandang kehilangan itu semua tidak
merugikan. Kalau dapat pun mereka menganggap tidak menguntungkan apa-apa.
Begitulah rosaknya jiwa dan cara berfikir umat Islam pada hari ini. Pada hal kekuatan
umat Islam, keselamatannya, kemerdekaannya, kedaulatannya, kemajuannya,
kejayaannya, kebahagiaannya, dan keharmoniannya, bukan ditentukan oleh faktor ilmu
Revolusi Masyarakat Islam Dahulu....Kini : Satu Analisa 34
semata-mata. Tapi ditentukan oleh semua faktor tadi. Oleh yang demikian, kita umat
Islam wajib berusaha dan berjuang untuk mengembalikan semua yang hilang itu agar
menjadi milik kita semula. Di sanalah semuanya kemuliaan kita.
(ii) Hiburan ? Dulu Dan Sekarang....
Hiburan adalah sesuatu yang fitrah bagi seorang manusia, semua manusia
memerlukan satu mekanisme yang dianggap sebagai hiburan untuk menghiburkan hati
dan perasaan kita.Jika sejarah dahulu menyatakan, khalifah berhibur dengan pujian dari
syair-syair legenda seperti nukilan Farazdaq, serta hiburan istana. Sedang, rakyat biasa
seperti al-Farabi yang pandai memainkan gambus sehingga boleh menjadikan seseorang
yang mendengar itu tertawa atau menangis. Tetapi, hari ini berbagai bentuk hiburan
disajikan kepada kita, sama ada yang melalaikan, mahupun yang mengingatkan kita
kepada Allah. Terpulanglah pada kita sama ada mahu memilih, ada berbagai genre lagu
sekarang seperti rock, balada, jiwang, bahkan pengaruh black metal dan JIT (Jangan Ikut
Tuhan) juga berkembang melalui muzik-muzik yang diperjuangkannya, seperti memuja
syaitan dan menghina Tuhan. Bagaimana manusia yang waras dan berkeyakinan kepada
Tuhan, sanggup meluahkan dan menyanyikan lagu sedemikian. Ini tidak lain tidak bukan
adalah kerana, Tuhan sudah tidak lagi dikenali, malahan peranan Tuhan dalam kehidupan
sudah tidak lagi dirasakan. Perumpamaan yang dapat dibuat bagi menggambarkan
keadaan muzik semasa sekarang ialah dengan menganggap segala bentuk hiburan yang
melalai dan merosakkan, nampak sangat sedap dan menarik tetapi, tidak mengandungi
zat dan vitamin yang diperlukan, malah dipenuhi racun berbisa yang menular dan
membunuh secara senyap tanpa disedari. Pada masa yang sama ia juga merupakan pil
Revolusi Masyarakat Islam Dahulu....Kini : Satu Analisa 35
penyubur kepada nafsu yang tidak pernah rehat merosakkan manusia. Tidak membawa
manusia kepada fitrah kemanusiaan dan kasih sayang sesama insan. Malah Tuhan
langsung diketepikan. Tidak ada unsur didikan dan panduan. Hasilnya manusia makin
liar lalu terbentuklah peribadi yang rosak lagi merosakkan. Ia hanya memberi kelegaan
dan kepuasan yang bersifat sementara. Tidak kekal dan tidak selamat, malah ramai yang
tertipu dengan hiburan sementara ini. Mereka akhirnya terperangkap dan menjerat diri,
hingga menyebabkan sukar untuk melepaskan diri dari cengkamannya. Contoh yang jelas
dan nyata ialah banyak yang mula mencuba rokok, dadah, arak, seks dengan alasan
sekadar untuk 'release tension' tapi akhirnya apabila sudah terjebak, ia mula memakan
diri dan mengakibat kerosakan yang cukup besar dan kronik. Hiburan sebenar adalah
hiburan yang mendidik manusia dan membawa kepada cinta dan takutkan Tuhan. Ianya
selamat lagi menyelamatkan, serta kesannya berkekalan. Merupakan makanan yang
berkhasiat dan berzat, cukup dengan segala vitamin untuk keperluan pembentukan dan
pembangunan jiwa, mental dan fizikal manusia, juga berupaya menjadi racun membunuh
nafsu yang merosakkan. Hasilnya akan terbinalah peribadi agung yang kuat jiwanya,
tinggi akhlaknya, tajam mindanya, menjadikan tamadun ilmu sebagai budaya, serta
mampu mencorak dan melahirkan bangsa baru yang gemilang, cemerlang dan terbilang.
Ini kerana, keindahan yang hakiki berada didalam hati dan jiwa manusia yang berTuhan,
kalau kita lihat dari pengalaman kita sendiri, kita hanya berasa tenang apabila kita dalam
keadaan tidak berdosa, dan hubungan habluminallah yang sangat kuat antara kita dengan
Allah. Sebab itu, hiburan orang beragama terlalu sedikit dari diluar dirinya. InsyaAllah..
4) Pendidikan
Revolusi Masyarakat Islam Dahulu....Kini : Satu Analisa 36
(i) Sistem Pendidikan Rasulullah
Kadang kala kita berasa pelik, kenapa sistem pendidikan kita hanya mampu
melahirkan orang-orang yang gila kuasa, hasad dengki, gila dunia, dan orang yang
menggunakan apa sahaja demi untuk mencapai matlamat dan tujuannya, tanpa mengira
panduan yang telah disediakan syarak dan perikemanusiaannya. Seolah-olah sistem
pendidikan kita telah menghaiwan manusia, bukannya mengembalikan manusia kepada
fitrahnya sendiri. Lihatlah hari ini, dunia hari ini yang pesat membangun, tetapi dipenuhi
dengan huru-hara dan kacau-bilau, disebabkan manusia, apatah lagi jika dia seorang
pemimpin. Dunia hilang kasih sayang, keharmonian, negara dipenuhi cerita yang
menakutkan seperti pembunuhan, rogol, sumbang mahram dan sebagainya, menyebabkan
kita sesat, malahan jauh sekali dari keampunan Tuhan. Peliknya, semakin kita mahu
membaiki masyarakat pula, semakin teruk gejala masyarakat seperti arak, dadah dan zina
berleluasa. Dasar pendidikan kita juga sudah berubah, penekanan bukan pada perubahan
insan, tetapi pada perpidahan ilmu dan kepakaran yang dibuktikan dengan sekeping
ijazah atau diploma yang begitu diagung-agungkan dan dijadikan sandaran sebagai
jawatan dan gaji seseorang. Sebenarnya, Tuhanlah yang mendidik manusia, kerana
Tuhanlah yang mencipta manusia, jadi Dia yang mengetahui bagaimana hendak
menguruskan akal, hati dan nafsu manusia, jadi untuk itu, diutuskan-Nya para Nabi dan
Rasul sebagai perantaraan. Tetapi, kita hari ini sudah mengambil alih kuasa Tuhan
dengan menggunakan akal dan kaedah ciptaan mereka untuk mendidik manusia. Maka,
datanglah kemurkaan Allah, lalu Tuhan berlepas diri dan tidak membantu mereka dalam
mendidik manusia. Sebab itu, semakin banyak sekolah dan universiti dibina, semakin
ramai manusia yang memasuki dan terlibat dalam sistem tersebut, semakin banyak
Revolusi Masyarakat Islam Dahulu....Kini : Satu Analisa 37
kejhatan dan masalah dalam masyarakat. Oleh itu, marilah kita lihat bagaimana sistem
pendidikan Rasulullah saw dalam mendidik dan membina masyarakat yang terbaik dalam
seluruh sejarah dan kehidupan manusia. Ini kerana Rasulullah mendidik manusia bukan
dengan ilmunya, sebaliknya dengan wahyu dari Allah. Sebab itu, dalam masa 23 tahun
sahaja, pendidikan Rasulullah saw mampu mengubah manusia–manusia gurun liar,
menjadi malaikat-malaikat berupa manusia, yang mampu menguasai ¾ dunia denagn
iman dan kasih sayang. Al-Quran dan Sunnah membahagi pendidikan dua tahap, tahap
Makkah dan Madinah. Di Makkah, Rasulullah saw membangunkan insan, sedang di
Madinah membangunkan fizikal, akal dan mental. Maksud sistem Pendidikan Rasulullah
saw ini kelihatan hendak melahirkan manusia yang mengamalkan ilmunya, tidak kira
banyak atau sikit, tetapi pengamalannya. Hasil daripada sistem pendidikan rasulullah
akan lahirlah manusia-manusia yang berakhlak dan bersikap sebagai seorang hamba yang
benar-benar rasa hina dan tidak memiliki apa-apa..Disamping itu, lahir juga sifat
keKhalifahan pada masyarakat tersebut, yang pandai mentadbir serta dapat dizahirkan
secara praktikal, meraka jugalah yang melaksanakan peranan mentadbir dunia, mengatur
dunia, mengimarahkan dunia, memajukan dunia dan menyelamatkan dunia dengan
bersandarkan cinta dan takutkan Tuhan yang Maha Agung..
(iii) Dakwah Islamiyah
(i) Dakwah Moden Vs Dakwah Tradisional
Dakwah adalah salah satu daripada cabang dari perkara penting dalam Islam.
Dakwh adalah mengajak manusia sama ada yang kafir kepada Islam, atau orang Islam
agar lebih Islam dan bertaqwa. Dakwah adalah kerja yang dikhususkan kepada Para
Revolusi Masyarakat Islam Dahulu....Kini : Satu Analisa 38
Rasul, tetapi selepas zaman Nabi Muhammad, kerja dakwah telah di”umum”kan keatas
bahu umat-umat Muhammad, sebagai tanda kehebatan dan keagungan Rasulullah dan
keistimewaan umatnya. Dakwah telah berkembang pesat dengan sepesat-pesatnya ketika
zaman Rasulullah, dan para Khalifah yang empat serta Tamadun Islam yang bersifat
empayar seperti Umayyah, Abbasiah dan Othmaniyah. Kesinambungan politik antara
empayar-empayar ini mempengaruhi organisasi dan method (cara) berdakwah, ini kerana
kerajaan yang memainkan peranan penting dalam merealisasikan tugas dakwah, seperti
menghantar mubaligh dan pendakwah ke negara bukan Islam, melancarkan jihad dalam
bentuk peperangan terhadap negara kafir Harbi (yang menentang Islam secara lahir dan
batin), serta melaksanakan perkahwinan politik atau siasah, bagi menjamin kedamaian
dan tanda penyatuan antara kerajaan dan rakyat. Namun begitu, rakyat juga tidak
terhalang atau disekat untuk berdakwah kepada masyarakat, ini kerana semangat mencari
ilmu dan berjihad dalam setiap bidang amat membara, dan meluap di dalam diri setiap
orang Islam yang komited terhadap tuntutan agamanya. Ini kerana, walaupun Rasulullah
saw dan para sahabat r.a telah wafat, tetapi tabi’in dan tabi’ut tabi’in sangat
bertanggungjawab dalam menjalankan peranan mereka sebagai khalifah terhadap agama,
bangsa dan negara, sekalipun mereka hanya rakyat biasa. Ini bertepatan dengan sebuah
hadis Rasulullah saw, bahawa “ Sebaik-baik kurun adalah kurunku, kemudian
selepasnya, kemudian selepasnya” yang menyatakan dan membuktikan, 3 kurun selepas
zaman Rasulullah saw adalah umat yang terbaik, sama ada diukur secara lahiriah, apatah
lagi secara rohaniah dan kemantapan iman serta ketinggian akhlak dan peribadi mereka.
Walaupun terdapat para pemimpin yang sudah jauh menyimpang dan lari dari tuntutan
syarak, tetapi secara umumnya, rakyatnya masih baik dan soleh-soleh belaka. Maknanya,
Revolusi Masyarakat Islam Dahulu....Kini : Satu Analisa 39
kita yang sudah jauh dari Rasulullah saw iaitu 1427 tahun, bertambah buruk dan teruklah
kita daripada pedoman, seperti yang dikehendaki oleh Baginda. Oleh itu, jika kita lihat
perkembangan dakwah Islamiyah di seluruh dunia hari ini, berbagai teknologi dan
kepakaran sudah diaplikasikan dalam pembangunan dakwah, sama ada di peringkat
negara, mahupun negeri. Tetapi, sering kali kita mendengar tentang kes-kes murtad yang
dilaporkan begitu banyak dan ketara, terutama pada golongan belia dibandar-bandar. Ini
satu alamat yang menakutkan, pewaris dan tonggak negara kita telah terpengaruh dan
meresap dalam pergerakan agama kaum kuffar yang sangat memusuhi dan membenci
dengan Islam. Badan-badan agama juga dilihat tidak berkemampuan dalam
mengendalikan dan menyelesaikan masaalah gejala sosial, bahkan kadang-kadang
bertindak melebihi dari orang yang tidak pernah belajar agama, seperti menubuhkan
skuad skodeng untuk membasmi maksiat, serta memutuskan ikatan perkahwinan (fasakh)
pasangan yang telah sah berkahwin di persempadan Thailand. Sepatutnya, tidaklah perlu
di”fasakh”kan, kerana perkahwinan itu sudah sah disaksikan oleh wali di sana,
bermacam-macam perkara telah menjatuh dan merendahkan martabat jabatan-jabatn
agama, tidak dikira lagi kes logo halal keatas barang yang syubhat dan haram. Begitulah
kita dizaman ini, segala segi sudah rosak,. Bahkan sistem yang kita perjuangkan ini pun
sudah nampak kecacatan dan ketidakadilannya (demokrasi dan ekonomi berasakan riba),
sedang ia juga merosakkan kita secara tersirat yang sudah sedia rosak, natijah pendidikan
yang diterima, hasil terjemahan dan pertimbangan akal manusia yang terbatas. Hasilnya,
wujudlah kita di satu zaman yang saling rosak dan merosakkan antara satu sama lain.
Mudah-mudahan Allah melindungi dan memberi kita peluang untuk menebus kembali
kejatuhan Tamadun Islamiyah dan rohaniah kita, yang telah dirobek oleh hawa nafsu kita.
Revolusi Masyarakat Islam Dahulu....Kini : Satu Analisa 40
Kesimpulan
Kesimpulannya, daripada perkara-perkara yang telah dibentang dan
dihuraikan tadi, dapatlah kita muhasabah dan mengenal pasti betapa jauhnya perbezaan
kita antara umat terdahulu, yang berjaya meletakkan Islam sebagai agama teragung
dengan menguasai dunia melalui kasih sayang dan ketaqwaan yang sangat tinggi. Natijah
dari sifat mereka yang sangat cintakan dan takutkan Tuhan, serta solat mereka yang
khusyuk menjadikan mereka mampu menzahirkan peribadi agung sebagai budaya
mereka. Begitu juga dengan hati mereka yang suci dan bersih, hasil mujahadah mereka
keatas nafsu dan tuntutan syaitan lahir dan batin. Sekarang, di bahu kitalah terletak
kembali satu tugas untuk kembali membawa Islam ke pundak kecemerlangan, sebagai
mana yang pernah dikecapi suatu masa dahulu. Ambillah kesempatan disaat dunia sedang
dilanda krisis politik, krisis ekonomi, krisis budaya, krisis agama bahkan krisis moral dan
krisis jati diri. Marilah kita kembali kepada Tuhan dengan harapan yang menggunung.
Tuhan telah menunjukkan di dalam al-Quran cara penyelesaian krisis disaat manusia
sudah tidak mampu berbuat apa-apa. Kembalilah kepada-Nya, Rujuklah Dia, kebanyakan
manusia sudah lupa bahawa Tuhanlah penyelesai segala masalah, kerana Dialah pengatur
dan pengurus kehidupan kita dunia dan akhirat. Janganlah kita alpa dan lalai dengan
mengatakan semua masalah ini mampu diselesaikan dengan akal sahaja, yang
menyedihkan lagi umat Islam sendiri tidak menyedari bahawa sebenarnya semua masalah
ini bersumberkan kerana manusia telah meninggalkan Tuhan. Tuhan seolah-olah tidak
berperanan didalam kehidupan mereka., padahal Dialah pengurus dan pemberi rezeki
kepada kita. Maha suci Allah dari tidak berperanan kepada kita. Marilah kita kembali
Revolusi Masyarakat Islam Dahulu....Kini : Satu Analisa 41
muhasabah diri, rasakanlah kembali keAgungan, keHebatan dan peranan-Nya sebagai
pemberi segala-galanya kepada kita.
Rujukan
Kitab
Al-Quran Kitabullah
As-Sunnah dan Hadis Rasulullah saw
Buku
1. Abdul Rahman Haji Abdullah.1998.”Pemikiran Islam Di Malaysia” : Dewan Bahasa Dan Pustaka & Pusat PJJ USM
2. Dr. Ing Abdurrahman R Effendi & Dr. Ing. Gina Puspita.2003.”Ilmu Dan Hikmah, Jilid 2” : Penerbitan Minda Ikhwan
3. Dr. Said bin Musfir Al-Qahthani.2003.”Buku Putih Syaikh Abdul Qadir Al-Jailani”: Darul Falah, Indonesia
Revolusi Masyarakat Islam Dahulu....Kini : Satu Analisa 42
4. Mejar (B) Abu Dzar & Ustaz Mohd.Rasidi .2004.“Ekonomi Islam Menurut Kehendak Tuhan” : Penerbitan Minda Ikhwan
5. Murshidah Mustaffa & Maryam Shafie.2004. “Menangani Gejala Sosial Menurut Islam” : Penerbitan Minda Ikhwan
Internet
1. http://id.wikipedia.org
2. http://www.dikti.net
3. http://www.ekonomirakyat.org
4. http://www.uitmppl.edu.my
5. http://www.familyplace.com.my