27
1 PENGGUNAAN KAEDAH “RUMAH BAHAGI BLOK SIFIR” DALAM MEMBANTU MURID TAHUN 3 MENINGKATKAN PENGUASAAN FAKTA ASAS OPERASI BAHAGI MELIBATKAN NOMBOR OLEH: MOHD AZMIR BIN WANDY PISMP PENGAJIAN MATEMATIK SEKOLAH RENDAH AMBILAN JANUARI 2012 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk melihat sejauh mana penggunaan kaedah “Rumah Bahagi Blok Bahagi” dapat membantu murid tahun 3 dalam menyelesaikan soalan bahagi yang melibatkan dua nombor. Masalah yang didapati oleh pengkaji adalah murid tidak tahu cara untuk membahagi menggunakan kaedah lazim bagi bahagi. Murid tidak tahu di mana untuk meletakkan pekali dan hasil darab dalam bentuk lazim bahagi. Oleh itu, penggunaan A untuk “atas” dan B untuk “bawah” pada Blok Sifir membantu murid u ntuk membahagi dengan cara yang betul. Peserta kajian terdiri daripada 10 orang murid tahun 3 daripada sebuah sekolah dalam daerah Telipok, Tuaran. Reka bentuk kajian adalah kajian tindakan gabungan kaedah kuantitatif dan kualitatif. Instrumen kajian yang digunakan untuk mengutip data kajian ini bagi melihat sejauh mana kaedah ini berkesan adalah ujian pra, ujian pos, pemerhatian dan temu bual. Analisis dapatan kajian yang diperoleh diterjemahkan dalam bentuk jadual dan graf. Melalui dapatan kajian ini, jelas menunjukkan bahawa kaedah “Rumah Bahagi Blok Sifir” dapat membantu murid dalam menyelesaikan soalan bahagi. PENDAHULUAN Bahagi merupakan satu perkataan yang tidak asing bagi kanak-kanak kerana mereka sudah biasa mendengar perkataan tersebut sebelum mereka menerima pembelajaran secara formal di dalam kelas lagi (Maryann wickett, Susan ohanian, Marilyn Burns, 2002). Selain daripada perkataan “bahagi”, perkataan lain yang lebih dekat dengan murid adalah “kongsi” melalui pembelajaran tidak formal dan kehidupan seharian. Menurut Richard Leffingwell (2006), berkongsi benda untuk mendapatkan jumlah yang sama banyak dikenali sebagai bahagi.

Ring Kasan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

ringkasan kajian

Citation preview

Page 1: Ring Kasan

1

PENGGUNAAN KAEDAH “RUMAH BAHAGI BLOK SIFIR” DALAM MEMBANTU

MURID TAHUN 3 MENINGKATKAN PENGUASAAN FAKTA ASAS OPERASI

BAHAGI MELIBATKAN NOMBOR

OLEH:

MOHD AZMIR BIN WANDY

PISMP PENGAJIAN MATEMATIK SEKOLAH RENDAH AMBILAN JANUARI 2012

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk melihat sejauh mana penggunaan kaedah “Rumah Bahagi Blok Bahagi” dapat membantu murid tahun 3 dalam menyelesaikan soalan bahagi yang melibatkan dua nombor. Masalah yang didapati oleh pengkaji adalah murid tidak tahu cara untuk membahagi menggunakan kaedah lazim bagi bahagi. Murid tidak tahu di mana untuk meletakkan pekali dan hasil darab dalam bentuk lazim bahagi. Oleh itu, penggunaan A untuk “atas” dan B untuk “bawah” pada Blok Sifir membantu murid untuk membahagi dengan cara yang betul. Peserta kajian terdiri daripada 10 orang murid tahun 3 daripada sebuah sekolah dalam daerah Telipok, Tuaran. Reka bentuk kajian adalah kajian tindakan gabungan kaedah kuantitatif dan kualitatif. Instrumen kajian yang digunakan untuk mengutip data kajian ini bagi melihat sejauh mana kaedah ini berkesan adalah ujian pra, ujian pos, pemerhatian dan temu bual. Analisis dapatan kajian yang diperoleh diterjemahkan dalam bentuk jadual dan graf. Melalui dapatan kajian ini, jelas menunjukkan bahawa kaedah “Rumah Bahagi Blok Sifir” dapat membantu murid dalam menyelesaikan soalan bahagi.

PENDAHULUAN

Bahagi merupakan satu perkataan yang tidak asing bagi kanak-kanak kerana mereka

sudah biasa mendengar perkataan tersebut sebelum mereka menerima pembelajaran

secara formal di dalam kelas lagi (Maryann wickett, Susan ohanian, Marilyn Burns,

2002). Selain daripada perkataan “bahagi”, perkataan lain yang lebih dekat dengan

murid adalah “kongsi” melalui pembelajaran tidak formal dan kehidupan seharian.

Menurut Richard Leffingwell (2006), berkongsi benda untuk mendapatkan jumlah yang

sama banyak dikenali sebagai bahagi.

Page 2: Ring Kasan

2

Bahagi adalah antara empat operasi asas yang terdapat dalam kemahiran

matematik. Ia merupakan satu prosedur yang paling sukar untuk dikuasai oleh semua

murid (Gardella,2009). Ini antara sebab mengapa operasi ini diletakkan sebagai operasi

keempat yang dipelajari oleh murid setelah operasi tambah, tolak dan darab. Menurut

Peh Kheng Sat (2013), bahagi adalah proses pengumpulan sama banyak atau

perkongsian sama rata dan merupakan songsangan bagi proses pendaraban. Hal ini

jelas dibuktikan dalam konsep bahagi yang mewakili tiga perwakilan iaitu perkongsian,

pengumpulan sama banyak dan songsangan darab.

Berdasarkan kepada konsep bahagi tersebut, Troutman & Liehtenberg (2003)

menyatakan ianya menunjukkan bahawa operasi bahagi berkait rapat dengan operasi

darab dan tidak mungkin untuk memisahkan kedua-dua operasi tersebut. Berdasarkan

kepada perkembangan kemahiran murid, pembelajaran mengenai pendaraban dan

pembahagian adalah lebih lambat daripada penambahan dan penolakan (Robinson,

2006). Murid perlu mengambil masa yang lebih lama untuk membina struktur idea yang

baru dalam mengaitkan hubungan antara operasi darab dan bahagi.

Menurut Robinson (2006) dalam penulisannya iaitu A Microgenetic Study of the

Conceptual Development of Inversion on Multiplication/ Division Inversion Problem,

pengajaran bagi topik darab dan bahagi adalah lebih lambat jika dibandingkan dengan

tambah dan tolak (Robinson, 2006).

FOKUS KAJIAN

Kajian ini berfokus kepada bagaimana murid meningkatkan penguasaan fakta asas

operasi Matematik dalam tajuk bahagi menggunakan kaedah rumah bahagi. Melalui

praktikum 3 yang lepas, pengkaji mendapati bahawa murid lemah dalam penguasaan

fakta asas bahagi. Ada dalam kalangan murid yang langsung tidak tahu bagaimana

untuk membahagi menggunakan standard lazim bahagi.

Page 3: Ring Kasan

3

Pengkaji lebih menekankan kepada penguasaan operasi bahagi berbanding

menyelesaikan masalah tidak menguasai sifir dalam kalangan murid kerana pengkaji

merasakan murid cuma perlu mengetahui konsep darab dengan betul iaitu penambahan

berulang.

Rajah 1 merupakan contoh kesilapan yang dilakukan oleh murid ketika

membahagi. Oleh itu, bagi mengatasi masalah ini pengkaji telah merangka satu

intervensi bagi membantu murid meningkatkan lagi penguasaan fakta asas bahagi

OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN

Berikut merupakan objektif kajian umum dan khusus yang hendak dicapai dalam kajian

tindakan ini

Objektif Umum

Membantu murid-murid tahun 3 untuk meningkatkan penguasaan fakta asas bahagi

bagi dua nombor.

Rajah 1: Contoh kesalahan yang murid lakukan ketika membahagi

Page 4: Ring Kasan

4

Objektif Khusus

1) Mengenal pasti pola kesilapan yang murid lakukan semasa melakukan operasi

bahagi

2) Mengenal pasti tahap penguasaan murid terhadap operasi bahagi sebelum dan

selepas pelaksanaan kaedah “Rumah Bahagi Blok Sifir”.

3) Memastikan penguasaan fakta asas bahagi murid dapat ditingkatkan setelah

penggunaan “Rumah Bahagi Blok Sifir”.

Soalan Kajian

1) Apakah pola kesilapan yang murid lakukan ketika melakukan operasi bahagi?

2) Apakah tahap penguasaan murid terhadap operasi bahagi sebelum dan selepas

pelaksanaan “Rumah Bahagi Blok Sifir”?

3) Adakah penggunaan “Rumah Bahagi Blok Sifir” dapat meningkatkan penguasaan

operasi bahagi murid?

KUMPULAN SASARAN

Kajian tindakan ini melibatkan sembilan orang murid tahun 3 di sebuah sekolah di

Telipok, Tuaran. Murid terdiri daripada 5 orang murid lelaki dan 4 orang perempuan

telah dipilih untuk mengikuti kajian ini. Murid dipilih berdasarkan markah ujian terdahulu

murid-murid ini dan juga dari temu bual guru kelas tahun 3 ini. Pengkaji bertanyakan

guru mengenai prestasi murid-murid ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut aras

Page 5: Ring Kasan

5

0

1

2

3

4

5

6

Lelaki Perempuan

Lelaki

Perempuan

Bajau

Bugis

Melayu

Lain-lain

kefahaman mereka dalam matematik. Pengkaji telah mengelaskan murid mengikut

Rajah 2 dan 2.1 seperti berikut:

Rajah 2: Bilangan murid lelaki dan perempuan yang menjadi peserta kajian

Rajah 2.1: Kumpulan murid mengikut bangsa

Page 6: Ring Kasan

6

TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Pengkaji menggunakan model kajian yang dibangunkan oleh Kemmis & McTaggart

(1988) seperti yang telah disarankan dalam Bahagian Perancangan dan Tindakan

Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (2008). Model ini menyarankan

empat langkah kajian tindakan berdasarkan gelungan (cycle) seperti berikut,

i. Mereflek (Reflect)

ii. Merancang (Plan)

iii. Bertindak (Action)

iv. Memerhati (Observe)

Rajah 3 : Model Kajian Kemmis & McTaggart (1988)

Page 7: Ring Kasan

7

Rajah 2 menunjukkan model kajian Kemmis & McTaggart yang digunakan pengkaji

dalam menjalankan kajian ini

Jadual 1: Jadual Adaptasi Kajian Tindakan Mengikut Model Tindakan Kemmis & McTaggart (1988)

Reflect/Mereflek Pengkaji mengenal pasti masalah

murid berdasarkan praktikum 1

hingga 3

Plan/Merancang Pengkaji merangka intervensi yang

ingin dijalankan

Act/Bertindak Pengkaji menjalankan intervensi yang

telah dirangka

Observe/Memerhati Pengkaji memerhati dapatan dari

intervensi yang telah dijalankan

Page 8: Ring Kasan

8

Jadual 2 : Jadual pelaksanaan kajian tindakan

Tarikh Perkara Catatan

23 Februari – 1 Mac 2015

Mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid dalam pembelajaran matematik Masalah yang dikesan: Murid sangat lemah dalam penguasaan fakta asas bahagi.

Pengkaji membuat pemerhatian dan menemu bual guru matematik untuk mendapatkan maklumat mengenai tahap penguasaan dan prestasi murid dalam matematik

02 – 29 MAC 2015

Menulis kertas cadangan kajian serta membuat perincian tentang intervensi yang hendak digunakan dalam kajian.

Pengkaji melakukan pembacaan terhadap kajian-kajian bagi mendapatkan idea mengenai intervensi yang hendak dipilih.

30 – 10 APRIL 2015

Melaksanakan perancangan yang telah dibina bagi mendapatkan data-data yang diperlukan untuk menyokong kajian.

Pengkaji mengikuti langkah-langkah yang dibina agar pengurusan masa lebih teratur dan data-data kajian dapat diperoleh dengan baik

13 – 17 APRIL 2015

Membuat kolaborasi bersama dengan penyelia untuk menyemak semula pelaksanaan kajian yang telah dilaksanakan

Memberikan kumpulan bukti-bukti data yang telah diperolehi

17 APRIL – 8 MAY 2015

Mulai untuk membuat analisis dan interpretasi bagi data-data yang telah diperolehi.

Merujuk penyelia dalam menganalisis data-data yang diperlukan

12 – 26 JUN 2015

Mulai menulis laporan sepenuhnya berdasarkan format yang diberikan

12-26 JULAI 2015

Membuat pembetulan semula terhadap laporan draf pertama

Draf 1

19- 20 OGOS 2015

Pembentangan kertas laporan Kajian Penyelidikan

21 OGOS – 18

SEPTEMBER 2015

Membuat pembetulan terhadap kertas laporan Kajian Penyelidikan dan seterusnya beralih kepada proses penjilidan buku.

Page 9: Ring Kasan

9

6

2 1 3

3 7 8

6 -

1 3

1 2 -

1 8

1 8

0

-

A= atas A 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9

B=bawah B 0 6 12 18 24 30 36 42 48 54

Rajah 4 : Contoh penggunaan kaedah Rumah Bahagi Blok Darab

Page 10: Ring Kasan

10

Pengkaji menerangkan bahawa murid perlu menulis dalam standard lazim bahagi

iaitu bentuk rumah bahagi. Seterusnya pengkaji menerangkan bahawa murid perlu

membina blok sifir 6 dari sifar sehingga sembilan seperti yang ditunjukkan pada pada

rajah diatas. Pengkaji menerangkan bahawa murid perlu mencari jawapan pada

ruangan kolum A mewakili “atas” dan bahagian B mewakili “bawah” untuk proses

penolakan nombor.

Langkah Penerangan Contoh

1 Pengkaji memberikan contoh bagaimana untuk menyelesaikan soalan bahagi 728 bahagi 6

2 Pengkaji seterusnya meminta murid untuk menulis sifir enam ke dalam “Blok Sifir”

Page 11: Ring Kasan

11

3 Pengkaji meminta murid untuk memindahkan soalan ke dalam bentuk lazim bahagi atau dikenali sebagai “Rumah Bahagi”

4 Penggunaan A untuk “atas” dan B untuk “bawah” membimbing murid dalam menulis jawapan yang betul

5 Seperti yang ditunjukkan disebelah, A adalah untuk nombor di atas bentuk lazim manakala B pula untuk bawah merujuk kepada nombor yang hendak ditolak.

A

B

Page 12: Ring Kasan

12

6 Pengkaji menyelesaikan soalan tersebut seperti yang ditunjukkan pada langkah 4 dan 5

Rajah 4.1: Contoh Penggunaan Kaedah Rumah Bahagi Blok Sifir

Page 13: Ring Kasan

13

KAEDAH PENGUMPULAN DATA DAN ANALISIS DATA

Kajian tindakan ini merangkumi kehendak soalan dan objektif kajian yang telah

disediakan oleh pengkaji. Oleh itu, instrumen yang dipilih adalah seperti berikut:

Ujian Pra dan Ujian Pos

Pengkaji melaksanakan Ujian Pra dan Ujian Pos kepada murid-murid. Ujian Pra ini

dijalankan sebelum “Rumah Bahagi Blok Sifir” diperkenalkan manakala Ujian Pos

diadakan untuk memastikan “Rumah Bahagi Blok Sifir” membantu meningkatkan

penguasaan fakta asas bahagi dalam kalangan murid-murid.

Analisis Dokumen

Pengkaji menggunakan kaedah analisis dokumen Ujian Pra dan Ujian Pos bagi

menjawab persoalan kajian yang telah dikemukakan. Analisis dokumen ini sangat

penting bagi memastikan sama ada intervensi yang telah dijalankan berkesan atau

tidak.

Pemerhatian

Kaedah pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan yang digunakan untuk

mengukur pemboleh ubah penyelidikan. Pemerhatian juga merupakan alternatif yang

ada dalam mengumpul maklumat atau pengumpulan data selain soal selidik dan

temuduga. Melalui pemerhatian yang telah dijalankan, pengkaji melihat perubahan

prestasi murid sebelum dan selepas intervensi dijalankan.

Page 14: Ring Kasan

14

DAPATAN KAJIAN DAN INTERPRETASI

Analisis data yang pertama yang telah dikemukakan oleh pengkaji berfokus kepada

persoalan kajian pertama iaitu “Apakah pola kesilapan yang murid lakukan ketika

melakukan operasi bahagi?”. Bagi menjawab persoalan ini, pengkaji telah

menggunakan kaedah analisis dokumen seperti yang telah dinyatakan.

Jadual 3: Bilangan soalan yang telah dijawab dengan salah oleh murid

Murid

Nombor soalan R1 R2 R3 R4 R5 R6 R7 R8 R9

1 X X X X X X X X X

2 X X X X X X X X X

3 X X X X X X X X X

4 X X X X X X X X X

5 X X X X X X X X X

6 X X X X X X X X X

Bilangan Jawapan Salah

6 6 6 6 6 6 6 6 6

Catatan: / = Jawapan betul, X = Jawapan salah

Berdasarkan jadual 7, dapat dilihat bahawa M1, M2, M3, M4, M5, M6, M7, M8

dan M9 menjawab enam soalan yang diberikan dengan salah. Kesembilan-sembilan

murid yang mengikuti Ujian Pra ini tidak dapat menjawab semua enam soalan dengan

betul.

Page 15: Ring Kasan

15

Jadual 4: Analisis Kesilapan Murid M4

Kesilapan Murid M4 Catatan

PK1:Tidak mengetahui cara untuk membahagi Bilangan PK1= 2

PK 1

Page 16: Ring Kasan

16

PK 2: Tidak menjawab

soalan

Bilangan PK2: 4

PK 2

Page 17: Ring Kasan

17

Jadual 5 : Analisis Kesilapan Murid M6

Kesilapan Murid M6 Catatan

PK3 : Meletakkan

nombor rawak pada

ruangan jawapan

Bilangan PK 3 = 6

Jadual 4 dan 5 menunjukkan pola-pola kesilapan yang telah dilakukan oleh murid. Pola

kesilapan ini telah dikodkan oleh pengkaji sebagai PK yang bermaksud pola kesilapan.

Setelah pengkaji menganalisis pola kesilapan yang dilakukan oleh murid dalam Ujian

PK 3

Page 18: Ring Kasan

18

Pra yang telah dijalankan, pengkaji mendapati bahawa murid melakukan tiga pola

kesilapan iaitu:

1) Tidak mengetahui cara untuk membahagi

2) Tidak menjawab soalan

3) Meletakkan nombor rawak pada ruangan jawapan

Hasil Analisis Data Bagi persoalan Kajian Kedua

Bagi persoalan kajian kedua iaitu “Apakah tahap penguasaan murid terhadap dalam

menyelesaikan operasi bahagi sebelum dan selepas pelaksanaan „Rumah Bahagi Blok

Sifir‟?” pula, pengkaji telah menggunakan kaedah pemerhatian untuk menjawab

persoalan ini. Borang pemerhatian secara berstruktur ini dibina oleh pengkaji bagi

melihat penguasaan murid dalam menyelesaikan operasi bahagi sebelum dan selepas

pelaksanaa “Rumah Bahagi Blok Sifir” ketika menjalankan Ujian Pra dan Ujian Pos.

Pengkaji menetapkan sebanyak empat item dalam borang pemerhatian untuk

melihat perubahan murid sebelum dan selepas kaedah “Rumah Bahagi Blok Sifir”

diperkenalkan. Jadual 6 merupakan hasil pemerhatian pengkaji sebelum intervensi

dijalankan.

Jadual 6: Analisis Item Borang Pemerhatian Sebelum

Item

Murid 1 2 3

M1

M2

M3

M4

M5

X

X

/

/

/

/

/

/

/

X

X

X

X

X

X

Page 19: Ring Kasan

19

Catatan: / = Ya, X = Tidak

Jadual 6 merupakan analisis pemerhatian sebelum intervensi dijalankan.

Jadual 7: Analisis Item Borang Pemerhatian Selepas

Catatan: / = Ya, X = Tidak

Analisis perbandingan mengikut item sebelum dan selepas juga ditunjukkan seperti

jadual 8 berikut:

M6

M7

M8

M9

/

/

/

/

/

X

/

/

/

X

X

/

Item

Murid 1 2 3

M1

M2

M3

M4

M5

M6

M7

M8

M9

/

/

/

/

/

/

/

/

/

/

/

/

/

/

/

/

/

/

/

/

/

/

/

/

/

/

/

Page 20: Ring Kasan

20

Jadual 8: Analisis perbandingan mengikut item sebelum dan selepas

Item Sebelum Selepas

1 7 9

2 7 9

3 2 9

Berdasarkan jadual 8 ini, rata-rata murid menunjukkan peningkatan prestasi yang positif

selepas intervensi dijalankan. Peningkatan item yang paling ketara adalah pada item 3

apabila tujuh orang murid menunjukkan peningkatan yang positif.

Hasil Analisis Data Bagi persoalan Kajian Ketiga

Bagi menjawab persoalan kajian ketiga iaitu “Adakah penggunaan „Rumah Bahagi Blok

Sifir‟ dapat meningkatkan penguasaan operasi bahagi murid ini, pengkaji telah membuat

perbandingan keputusan bagi kedua-dua Ujian Pra dan Ujian Pos.

Jadual 9: Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pos

Peserta Kajian Markah Ujian (%) Peratus

Peningkatan

(%) Ujian Pra Ujian Pos

M1

M2

M3

M4

M5

M6

M7

M8

M9

0

0

0

0

0

0

0

0

0

94

33

100

89

78

78

61

67

61

94

33

100

89

78

78

61

67

61

Page 21: Ring Kasan

21

0

20

40

60

80

100

120

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Ujian Pra

Ujian Pos

Rajah 5: Graf Perbandingan Markah Ujian Pos dan Ujian Pra

RUMUSAN KAJIAN

Dalam rumusan dan refleksi ini, pengkaji akan menjawab tiga persoalan kajian iaitu

apakah pola kesilapan yang murid lakukan ketika melakukan operasi bahagi?, apakah

tahap penguasaan murid terhadap operasi bahagi sebelum dan selepas pelaksanaan

“Rumah Bahagi Blok Sifir”? dan Adakah penggunaan “Rumah Bahagi Blok Sifir” dapat

meningkatkan penguasaan operasi bahagi murid?

Apakah pola kesilapan yang murid lakukan ketika melakukan operasi bahagi?

Ujian Pra yang dijalankan oleh pengkaji bertujuan untuk melihat sejauh mana

penguasaan murid terhadap fakta asas operasi bahagi. Ujian yang dibina ini melibatkan

soalan bahagi yang tidak mempunyai baki bagi melihat bagaimana murid

menyelesaikan operasi bahagi yang mudah. Pola-pola kesilapan ini juga membantu

pengkaji untuk merangka intervensi yang sesuai dalam membantu murid untuk

menyelesaikan masalah bahagi.

Setelah menjalankan Ujian Pra, pengkaji dapat mengesan tiga kesilapan yang

sering dilakukan oleh murid. Kesilapan ini adalah kesilapan asas dan menunjukkan

Page 22: Ring Kasan

22

bahawa murid sangat lemah dalam kemahiran asas bahagi. Pengkaji mengkodkan pola

kesilapan dengan PK1, PK2 dan PK3.

PK1 merupakan pola kesilapan pertama iaitu tidak mengetahui cara untuk

membahagi. Operasi bahagi adalah operasi yang unik berbanding operasi darab,

tambah dan tolak. Operasi bahagi tidak mempunyai bentuk lazim yang sama seperti tiga

operasi ini. Nombor yang hendak dibahagi mesti dimulakan dari rumah digit yang paling

besar dahulu berbanding operasi darab, tambah dan tolak yang dimulakan dari rumah

sa. Sebanyak 23 kekerapan kesilapan telah dikesan dilakukan oleh murid ketika

melakukan operasi bahagi ini. Ada antara murid yang menggunakan bentuk lazim

darab, tambah dan tolak dalam menyelesaikan masalah bahagi ini, apabila mereka

menggunakan bentuk lazim yang salah, secara tidak langsung murid tidak dapat

menjawab soalan bahagi dengan betul. Kesalahan lain yang dilakukan dibawah PK1 ini

adalah murid tahu menulis bentuk lazim bahagi tetapi tidak tahu cara untuk

menyelesaikannya. Pola kesilapan PK 1 ini adalah kesilapan yang tertinggi dilakukan

oleh murid dan jelas menunjukkan penguasaan murid dalam konsep asas bahagi

adalah sangat lemah.

PK2 merujuk kepada pola kesilapan kedua iaitu tidak menjawab soalan Ujian Pra

yang diberikan. Murid hanya menulis dalam bentuk lazim bahagi tetapi tidak

menyelesaikan masalah tersebut dan membiarkannya. Terdapat juga murid yang

langsung tidak menulis apa-apa pada ruangan jawapan dan langsung tidak menjawab

soalan Ujian Pra yang telah diberikan.

Manakala bagi PK3 pula adalah pola kesilapan meletakkan nombor rawak pada

ruangan jawapan. Murid dapat menulis bentuk lazim bagi bahagi tetapi menjawab

dengan meletakkan nombor-nombor rawak sebagai jawapan. Jalan pengiraan yang

sepatutnya ditunjukkan juga tidak ditunjukkan oleh murid. Pengkaji melihat murid-murid

ini tidak ada idea tentang bagaimana operasi bahagi ini diselesaikan. Terdapat murid

yang mengeluh seperti “ala.. tidak tahu, cikgu”, “susahnya” dan “hantam sajalah”. Boleh

dikatakan kesembilan-sembilan murid yang mengambil bahagian dalam kajian ini

mempunyai penguasaan konsep bahagi yang sangat lemah.

Page 23: Ring Kasan

23

Apakah tahap penguasaan murid terhadap operasi bahagi sebelum dan selepas

pelaksanaan “Rumah Bahagi Blok Sifir”?

Bagi menjawab persoalan kajian ini, pengkaji telah menggunakan kaedah pemerhatian

berstruktur bagi mengesan tahap penguasaan murid terhadap operasi bahagi sebelum

dan selepas pelaksanaan “Rumah Bahagi Blok Sifir”.

Pemerhatian ini dibina berdasarkan keupayaan murid dalam menguasai fakta

asas bahagi. Pemerhatian ini dijalankan sebelum dan selepas pelaksanaan “Rumah

Bahagi Blok Sifir” bagi mengetahui tahap penguasaan murid terhadap operasi bahagi

yang melibatkan fakta asas khususnya.

Secara keseluruhannya, pemerhatian yang dilakukan oleh pengkaji selepas

kaedah “Rumah Bahagi Blok Sifir” diperkenalkan menunjukkan perubahan positif dalam

kalangan murid. Melalui pemerhatian dari dokumen buku latihan dan ujian-ujian yang

diberikan oleh guru, murid menggunakan kaedah yang diperkenalkan oleh pengkaji dan

seterusnya dapat menjawab soalan melibatkan operasi bahagi serta dapat

meminimumkan kesalahan seperti yang dilakukan sebelum kaedah ini diperkenalkan.

Adakah penggunaan “Rumah Bahagi Blok Sifir” dapat meningkatkan penguasaan

operasi bahagi murid?

Bagi menjawab persoalan kajian ketiga ini, pengkaji telah membandingkan keputusan

Ujian Pra dan Ujian Pos bagi melihat keberkesanan kaedah “Rumah Bahagi Blok Sifir”.

Pengkaji telah menunjukkan peningkatan markah Ujian Pra dan Ujian Pos

dimana semua murid mendapat sifar ketika Ujian Pra. Peningkatan yang paling tinggi

pada Ujian Pos ini adalah sebanyak 100% oleh M3 manakala peningkatan paling sedikit

pula sebanyak 33% oleh M2.

Pengkaji telah membandingkan nilai min bagi kedua markah Ujian Pra dan Ujian

Pos. Nilai min bagi Ujian Pra adalah sebanyak 0 manakala 73.44 merupakan nilai min

Page 24: Ring Kasan

24

bagi Ujian Pos. Melalui nilai min markah kedua ujian ini, dapat dilihat bahawa

pencapaian murid meningkat dengan mendadak setelah diperkenalkan dengan kaedah

“Rumah Bahagi Blok Sifir” ini.

Refleksi

Sepanjang menjalankan kajian ini, pengkaji banyak belajar mengenai Kajian Tindakan

ini. Pemilihan operasi bahagi sebagai subjek kajian adalah disebabkan operasi bahagi

merupakan operasi yang unik berbanding operasi darab, tambah dan tolak, ketiga

operasi ini mempunyai bentuk lazim yang sama walaupun berlainan teknik untuk

menjawabnya.

Operasi bahagi menggunakan kaedah bentuk lazim yang berbeza dimana

seseorang itu perlu melukis sebuah bentuk seakan-akan rumah. Oleh itu juga pengkaji

menamakan tajuk kajian sebagai “Rumah Bahagi” kerana perlu dilukis bentuk seakan-

akan rumah. Melalui ini, murid akan dapat mengingati bentuk lazim bagi bahagi dan

tidak terkeliru dengan bentuk lazim darab, tambah dan tolak.

Pengkaji membuat keputusan untuk membantu murid yang lemah dalam fakta

asas bahagi. Terdapat murid yang langsung tidak tahu bagaimana untuk membahagi

dengan betul. Murid ini menggunakan kaedah bentuk lazim seperti darab untuk

menyelesaikan soalan bahagi dan ini merupakan langkah yang salah dalam

menyelesaikan masalah bahagi.

Penggunaan kaedah “Rumah Bahagi Blok Sifir” ini adalah sangat membantu

murid yang lemah dalam fakta asas bahagi. Setelah diperkenalkan dengan kaedah ini,

murid tidak keliru dengan bentuk lazim bahagi dan bentuk lazim darab, tambah dan

tolak. Murid juga tahu cara untuk menyelesaikan soalan bahagi dengan betul melalui

penggunaan kata kunci „atas‟ dan „bawah‟.

Kesimpulannya, setelah melaksanakan kajian ini pengkaji mendapati perkara

seperti fakta asas bahagi ini walaupun kelihatan mudah perlu dipandang serius oleh

golongan guru khususnya. Guru perlu berfikir pada aras fikiran murid untuk mengetahui

Page 25: Ring Kasan

25

dengan lebih mendalam tentang permasalahan yang dialami oleh murid bukan sahaja

dalam operasi bahagi malah dalam topik-topik yang lain juga. Walaupun terdapat

kelemahan dalam menjalankan kajian ini, pengkaji berharap agar jika pada masa akan

datang ada kesinambungan untuk kajian ini, kajian ini dapat mengatasi masalah-

masalah yang sering dihadapi oleh murid dalam menyelesaikan soalan bahagi ini.

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Antara beberapa cadangan kajian adalah seperti berikut:

1. Bagi kajian yang akan datang, pengkaji perlu mempelbagaikan instrumen

kajian seperti menggunakan kaedah temu bual, borang soal selidik dan

sebagainya. Kepelbagaian instrumen ini dapat membantu pengkaji untuk

mendapatkan data yang lebih tepat dan seterusnya dapat memberi banyak

idea kepada pengkaji dalam menambahbaik amalan pengajaran dan juga

meningkatkan lagi kualiti kajian.

2. Pengkaji berharap demi mendapatkan kajian yang berkualiti, kajian yang

dijalankan perlu diasingkan dari program praktikum dan diberi tempoh khas

untuk melaksanakan kajian penyelidikan. Ini amat penting kerana jika kajian

ini dijalankan dimana pengkaji perlu membuat banyak perkara dalam satu

masa seperti kerja kursus, mengajar dan sebagainya dikhuatiri perkara ini

akan menjejaskan fokus pengkaji dalam menghasilkan sebuah kajian yang

berkualiti. Bagi kajian seperti ini, pengkaji perlu diberi ruang agar dapat

menjana idea yang lebih bernas dan berkualiti tinggi jika pengkaji fokus

kepada satu perkara sahaja.

3. Untuk kajian ini, diharapkan pengkaji dapat menambahbaik kajian ini dan

tidak tertumpu kepada fakta asas bahagi sahaja. Kajian ini hanya gelungan

pertama sahaja dan banyak lagi pola kesilapan yang dapat dikesan oleh

pengkaji jika diberi peluang dan kesempatan untuk meneruskan kajian ini.

4. Untuk masa akan datang, diharapkan pengkaji dapat mencipta bahan

maujud dalam menyelesaikan masalah berkaitan soalan bahagi ini.

Page 26: Ring Kasan

26

Penggunaan bahan dapat memudahkan murid selain menjimatkan masa

murid ketika menjawab soalan berkaitan bahagi. Penggunaan bahan maujud

juga mampu menarik minat murid untuk lebih semangat mempelajari

matapelajaran matematik.

Page 27: Ring Kasan

27

RUJUKAN

Christina Lau Yuan Yuan. (2012). Refleksi Pembelajaran Teknik Menganalisis Data Tentang Penggunaan Teknik CRA Dalam Membantu Murid Tahun 5 Menguasai Pembahagian Fakta Asas. Jurnal Penyelidikan Tindakan Tahun 2012, Jilid 6, 1-8.

Farah Liyana Bt Ramli. (2010). Double division method: An alternative method to help

year five pupils to solve division by two digits. Jurnal penyelidikan muallim, 84- 103. Gardella, F.J. (2009). Introducing Difficult Matehematics Topics in the Elementary

Classroom : A Teacher’s Guide to Initial Lessons. New York : Routledge. Hayazi Bin Mohd Yasin (2008). Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) Di Kalangan

Guru-guru Teknikal Di Sekolah Menengah Teknik Daerah Johor Bahru, Johor. Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, 1-94.

Issic L., Regina W., Pang W. S. (2006). Departing from Traditional Algorithm: An

Experimental Study. Hong Kong: Hong Kong Institution of Education. John Back. (2007, Mac 6). Difficulties with Division. Diakses dari

http://nrich.maths.org/5450 Leffingwell, R. (2006). Sharing and dividing. Chicago: Heinemann Library. Lim Chong Hin. (2007). Penyelidikan Pendidikan – Pendekatan Kuantitatif dan Kualitatif.

Selangor: Mc Graw Hill Education. Maryann wickett, Susan ohanian, Marilyn Burns. (2002). Lessons for introducing division.

Sausalito, CA 94965: Math Solutions Publications. Parkes A. (2008). A Concise Introduction to Language and Machines. London: British

Library Catalouguing in Publication Data.

Peh Kheng Suat. (2013). Express Revision Mathematics UPSR (Year 4.5.6). Penerbit Ilmu

Bakti Sdn. Bhd.Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Robinson, K. M. (2006). Multiplication/ Devision Inversion Problem. Diakses dari A

Microgenetic Study of the Conceptual Development of Inversion http://csjararchive.cogsci.rpi.edu/proceedings/2006/docs/p2032.pdf

Troutman, A.P., & Litchtenberg, B.K. (2003). Mathematics A Good Beginning, Sixth Edition.

United States : Thomson/Wadswortf Publishing.