12

Ringgit Ed3 Draft3 - BNM

  • Upload
    others

  • View
    10

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Ringgit Ed3 Draft3 - BNM
Page 2: Ringgit Ed3 Draft3 - BNM

2 •

SidangRedaksi

Matlamat utama Model Ekonomi Baru(MEB) adalah untuk meningkatkankualiti hidup rakyat. Oleh kerana semuarakyat adalah juga pengguna, makasecara tidak langsung model ekonomibaru bertujuan untuk meningkatkankualiti hidup pengguna Malaysia.

Objektif peningkatan kualiti hidup rakyatakan dicapai melalui pencapaianpendapatan rakyat yang tinggi,memastikan semua komuniti menikmatikekayaan negara sepenuhnya danmemenuhi keperluan semasa tanpamenjejaskan generasi akan datangataupun pembangunan mampan.

Ketiga-tiga objektif tersebut mempunyaikaitan rapat dengan hak-hak penggunatermasuk hak kepada keperluan asas,hak untuk perwakilan dan hak untuk alamsekitar yang sihat.

PenasihatDatuk Marimuthu Nadason

Presiden, FOMCA

Ketua Sidang PengarangDato’ Paul Selva Raj

EditorMohd Yusof bin Abdul Rahman

Sidang PengarangYu Kin Len

Sharala Devi Thayakaran

Ringgit merupakan penerbitanusaha sama di antara Bank Negara

Malaysia dan FOMCA. Iaditerbitkan pada setiap bulan.

Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia

No. 1D-1, Bangunan SKPPKJalan SS9A/17

47300 Petaling JayaSelangor Darul Ehsan

MalaysiaTel : 03-7876 2009

Faks : 03-7877 1076E-mel : [email protected]

Web : www.fomca.org.my

Bank Negara MalaysiaJalan Dato’ Onn

50480 Kuala LumpurTel :03-2698 8044

Faks : 03-2174 1515

Diurus terbit oleh:Pusat Penyelidikan dan

Sumber Pengguna (CRRC)No. 8, Jalan 14/49

46100 Petaling JayaSelangor Darul Ehsan

MalaysiaTel : 03-7875 2392

Faks : 03-7875 5468E-mel : [email protected]

Web : www.crrc.org.my

Dicetak oleh:

Percetakan Asas Jaya(M) Sdn Bhd

No. 5B Tingkat 2Jalan Pipit 2

Bandar Puchong Jaya47100 Puchong Jaya

Selangor Darul EhsanMalaysia

Artikel yang disiarkan dalamRinggit tidak semestinya

mencerminkan pendirian dandasar Bank Negara Malaysiaatau FOMCA. Ia merupakan

pendapat penulis sendiri.

Model Ekonomi BaruModel Ekonomi BaruModel Ekonomi Barudan Penggunadan Penggunadan Pengguna

Seterusnya, beberapa isu yang akandiberi tumpuan dalam MEB adalah isu-isu yang berkaitan rapat dengankepentingan dan kebajikan pengguna.Isu ini termasuk:• Menyediakan pilihan yang lebih

baik untuk pengguna• Menyediakan kuasa beli yang

lebih tinggi untuk pengguna• Mengurangkan jenayah• Meningkatkan kual i t i peng-

angkutan awam• Perlindungan alam sekitar

MEB juga berhasrat untukmenghapuskan atau sekurang-k u r a n g n y a m e n g u r a n g k a nkelemahan-kelemahan dalam sistempenyampaian kerajaan seperti rasuah,sistem perolehan kerajaan yang tidakjelas, kronisme dan kawalan hargabarangan serta subsidi.

Page 3: Ringgit Ed3 Draft3 - BNM

• 3

Untuk menjayakan MEB, satu tindakan kerajaan yangkritikal adalah menyediakan rakyat untuk menghadapiperubahan ini. Seringkali kerajaan tidak berkomunikasidengan berkesan dengan rakyat. Ini menimbulkanpelbagai salah faham sehingga menyebabkan rakyatberasa tidak berpuas hati dengan pelbagai dasar danprogram yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Berdasarkan kajian FOMCA mengenai kefahaman danpersepsi rakyat berkaitan kenaikan harga barangandan minyak, didapati pengguna Malaysia memang tidakberpuas hati sehinggakan mereka marah kepadakerajaan yang dianggap sebagai tidak berfungsi denganberkesan untuk mengawal harga barangan danperkhidmatan. Begitu juga tidak ada usaha untukmenerangkan kepada rakyat tentang sistem ekonomiMalaysia yang berdasarkan ekonomi pasaran. Peranankerajaan dalam ekonomi pasaran adalah terhad.

Pengguna harus memahami keadaan pasaran. Dalamekonomi pasaran, harga ditentukan oleh kuasa-kuasaekonomi iaitu penawaran dan permintaan. Pada ketikaini, ramai pengguna yang percaya bahawa hargaditentukan oleh kerajaan. Mereka berasa marah jikaharga barang naik. Sikap ini tidak benar dalam ekonomimoden. Pengguna harus memahami bahawa hargabarangan dan perkhidmatan ditentukan oleh pasarankecuali barang-barang yang dikawal harganya.

Semua pengguna suka harga barang diberikan subsidiagar harga berada pada paras yang rendah dalampasaran. Namun pengguna harus memahami impaksubsidi kepada ekonomi negara khususnya kepadagenerasi akan datang. Subsidi merosakkan pasarandan mengakibatkan amalan penggunaan berlebihanserta penggunaan pendapatan daripada cukai untukmengekalkan harga pada paras yang rendah. Cukaiharus digunakan untuk perkara-perkara yang lainseperti pelajaran, kesihatan dan kebajikan.

Walau bagaimanapun, kerajaan harus menyediakanjaringan sosial bagi rakyat miskin dan terpinggir.Kebajikan golongan ini mesti dijaga dengan pemberian

subsidi yang komprehensif, yang bukan sahaja dalambentuk subsidi makan, tetapi juga sokongan pelajaran,perubatan dan pengangkutan awam untuk memastikanpenarikan subsidi tidak akan menjejaskan kehidupanmereka.

Justeru, dalam keadaan negara kita mengamalkansistem ekonomi pasaran, unsur subsidi adalah perlu.Tetapi ia hanya untuk golongan yang memerlukansahaja. Pengguna lain harus berbelanja mengikut hargapasaran sebenar. Dengan itu, permintaan untukbarangan akan menjadi permintaan sebenar bukanpermintaan yang berlebihan disebabkan oleh hargayang paras yang lebih rendah daripada harga sebenar.

Seterusnya pengguna juga harus sedar bahawa merekatidak perlu bertindak balas secara pasif kepadakenaikan harga. Mereka boleh membuat keputusanbagi mengubah corak penggunaan mereka untukmeminimumkan kesan buruk kenaikan harga. Sebagaicontoh mereka boleh:• Bertukar daripada membeli barangan jenama

kepada barangan jenama “pasar raya” atau jugadikenali sebagai “home brand”

• Menyediakan senarai barang yang ingin dibelisebelum pergi ke pasar

• Membuat perbandingan harga di antara kedai-kedai dan membeli di tempat yang memberikannilai yang terbaik

• Mengurangkan penggunaan air dan tenaga elektrikdi rumah

• Menanam sayur di kawasan sekeliling rumah

Dalam menjayakan model ekonomi baru ini, Kerajaanharus memberi lebih tumpuan kepada kesedaran danpendidikan pengguna bagi membina pengguna yangmatang dan berketahanan diri.

Pengguna pula mesti menyediakan diri untukmemainkan peranan yang proaktif dan berkesan dalamekonomi pasaran moden.

“.... berkaitan kenaikan harga barangan dan minyak,didapati pengguna Malaysia memang tidak berpuas hatisehinggakan mereka marah kepada kerajaan yangdianggap sebagai tidak berfungsi dengan berkesan untukmengawal harga barangan dan perkhidmatan.”

Page 4: Ringgit Ed3 Draft3 - BNM

4 •

Dalam kehidupan seharian, wang menjadi alatpembayaran dalam transaksi membeli barang ataumendapatkan perkhidmatan. Namun begitu, tanpawang seseorang juga masih boleh membeli sesuatubarang atau menggunakan perkhidmatan, iaitu dengancara berhutang.

Hutang diperlukan untuk meneruskan kelangsunganhidup iaitu berhutang untuk mendapatkan keperluanasas seperti rumah, kereta dan barang keperluanrumah. Namun begitu, akibat daripada kegagalanmenguruskan hutang tersebut dengan baik,menyebabkan mereka dibelenggu dengan kemeluthutang yang banyak.

Persoalannya, berapa ramaikah antara anda yang tahumenguruskan hutang anda dengan bijak? Secara am,terdapat enam tip untuk membantu anda mengenaicara menguruskan hutang.

Pertama, meminjam secara berhemat. Apabilaanda ingin meminjam, anda dinasihatkan meminjammengikut kemampuan pendapatan anda untukmembayarnya semula. Elakkan daripada membuatpinjaman melebihi kemampuan anda bagimengelakkan anda dibebankan dengan hutang yangmelebihi pendapatan anda. Contohnya, jika andamembeli sebuah kereta, semasa menentukan bayaranansuran bulanan, anda perlulah mengambil kirasebarang kos tambahan yang akan ditanggung secara

berkala iaitu perbelanjaan untuk minyak, tol,pembaikan dan kos penyelenggaraan.

Kedua, menguruskan kad kredit anda denganbijak. Pastikan anda membayar semua hutang kadkredit anda pada setiap bulan bagi mengelakkandaripada dikenakan kadar faedah. Kadar faedah yangdikenakan ke atas baki kad kredit terkumpul biasanyalebih tinggi daripada pinjaman. Jika anda tidak mampuuntuk membayar semua baki tersebut, anda bolehmensasarkan untuk membayar lebih daripada bayaranminimum kerana dengan cara ini dapat mengurangkanbaki hutang terkumpul dengan lebih cepat. Namun,jika anda hanya mampu membayar dengan jumlahminimum, pastikan ia hanyalah untuk satu tempohmasa pendek sahaja.

Jika anda membuat pembayaran bagi sesuatubarangan yang mahal, anda boleh memilih untukmembayar melalui skim bayaran mudah yangdisediakan oleh pengeluar kad kredit anda. Skimtersebut membantu anda untuk membahagikan kosbelian dalam satu jangka masa, contohnya 6-12 bulantanpa dikenakan sebarang kos kewangan jika andamembayar mengikut jadual.

Tambahan pula, elakkan daripada mengambil wangtunai pendahuluan melalui kad kredit kecuali jikakeadaan terdesak. Hadkan juga bilangan kad kredityang anda miliki.

Menguruskan Hutang AndaMenguruskan Hutang Anda

Page 5: Ringgit Ed3 Draft3 - BNM

• 5

Ketiga, kurangkan hutang anda . Anda bolehmengurangkan baki pinjaman anda jika andamempunyai wang lebihan, contohnya daripada bayaranbonus. Ini bagi mengurangkan caj kewangan yangdikenakan ke atas baki kad kredit.

Keempat, gunakan kaedah pembayaran bil secaraautomatik. Anda boleh mempertimbangkan kaedahpembayaran secara automatik bagi bil-bil dan ansuranbulanan agar dibayar pada masa yang ditetapkan.Sebagai contoh, anda boleh membuat arahan tetapuntuk pembayaran dengan institusi perbankan andauntuk mendebit dana daripada akaun deposit bagimembayar ansuran bulanan anda (setiap bulan bayaranansuran anda akan ditolak secara automatik). Amalanselalu menangguhkan pembayaran bil bulanan bolehmenyebabkan hutang yang tertunggak. Membayar billewat akan menyebabkan anda dikenakan caj penaltidan sebagainya. Ini akan menambahkan lagi bebankewangan anda.

Kelima, buat belanjawan. Sediakan satu pelanbelanjawan dan berbelanjalah mengikut pelan itu.Dengan cara ini, anda boleh mengetahui perbelanjaananda dan mengelakkan daripada terlebih belanja.Mulakan dengan menyenaraikan pendapatan andadaripada semua sumber. Kemudian, anda senaraikanperbelanjaan tetap, termasuk pembayaran balikpinjaman secara tetap seperti ansuran rumah,kenderaan dan bayaran kad kredit. Seterusnya,senaraikan perbelanjaan berubah seperti bil utiliti danmakanan. Akhirnya, kira kedudukan kewangan anda,

iaitu pendapatan tolak perbelanjaan anda (tetap danberubah).

Tambahan pula, anda hendaklah sent iasamerekodkan perbelanjaan bulanan supaya anda tahuke mana perginya gaj i anda set iap bulan.Merekodkan perbelanjaan boleh mengawalperbelanjaan anda. Kedudukan kewangan anda bolehmenunjukkan lebihan belanjawan (pendapatanmelebihi perbelanjaan) atau defisit belanjawan(perbelanjaan melebihi pendapatan). Jika belanjawananda melebihi defisit, anda perlu mengambil langkahpemulihan segera untuk menangani defisit itu.

Keenam, mulakan simpanan anda. Mulakansimpanan anda dengan mempunyai satu pelansimpanan kerana ini akan mengurangkan keperluanuntuk meminjam bagi pembelian kecil. Anda jugamungkin ingin mengumpul dana kecemasan untukmembiayai perbelanjaan tetap anda (yang biasanyatidak berubah dari sebulan ke sebulan) bagi tempoh 3hingga 6 bulan. Perbelanjaan tetap termasukpembayaran balik pinjaman secara tetap, sepertiansuran rumah, kenderaan bermotor dan juga bayarankad kredit.

Beringatlah sebelum anda terjebak dalam hutang.Berbelanjalah mengikut kemampuan bukan kemahuan.Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidakberguna lagi. Perubahan adalah bermula daripada dirianda semua.

Sediakan satu pelanbelanjawan danberbelanjalahmengikut pelan itu.Dengan cara ini,anda bolehmengetahuiperbelanjaan andadan mengelakkandaripada terlebihbelanja.

Page 6: Ringgit Ed3 Draft3 - BNM

6 •

Antara hak-hak pengguna ialah hak untuk bersuaradan hak mendapat ganti rugi. Apabila seseorangpengguna tidak berpuas hati dengan pembeliansesuatu barang atau perkhidmatan, beliau berhak untukmenyuarakan aduan secara peribadi atau melaluiperantara sebagai wakil seperti persatuan penggunaataupun pusat aduan pengguna. Salah satu cara untukpengguna menyuarakan rasa tidak puas hati ialahdengan tampil membuat aduan apabila menyedaridirinya telah diperdaya atau produk yang dibeli kurangberkualiti.

Cara membuat aduan

1. Tindakan anda sendiriAnda boleh berhenti daripada menggunakanbarang yang berkenaan. Kemudian bersemukadengan penjual secara peribadi untukmendapatkan penyelesaian. Bawa sekali barangtersebut, resit dan bukti pembelian bersama-samaanda.

2. Aduan melalui telefonAduan juga boleh dibuat melalui telefon. Penggunaboleh menelefon penjual untuk menyuarakan rasatidak puas hati terhadap barangan yangmenimbulkan masalah. Kebiasaannya, penggunaakan diminta untuk datang semula ke kedai ataupasar raya yang berkenaan dengan membawabarangan yang terlibat serta sebarang dokumenyang boleh menjadi bukti pembelian. Catatkannama orang yang telah bercakap dengan andamengenai aduan itu, tarikh, masa, nombor aduanserta apa yang telah diperkatakan.

3. Aduan secara bertulisPengguna juga boleh membuat aduan secarabertulis. Ini merujuk kepada surat aduan yangmengandungi butir-butir yang berkaitan denganaduan kepada penjual. Pastikan anda tidakmenghantar resit, kad jaminan dan buktipembelian asal. Sebaik-baiknya, salinan surattersebut turut dihantar kepada pihak-pihak lainyang boleh membantu mendapatkanpenyelesaian, seperti agensi kerajaan yangberkenaan, persatuan pengguna yangberhampiran, persatuan penduduk atau akhbar-akhbar yang mempunyai ruangan khas aduanpengguna. Sekiranya anda mempunyai suratjaminan atau waranti, sertakan salinannyabersama-sama surat aduan.

4. Tindakan secara kolektifPengguna boleh mengambil tindakan secarakolektif dengan mengumpulkan mereka yangmenghadapi masalah yang sama untuk membuataduan kepada pihak yang berkuasa.

Tip-tip membuat aduan yangberkesan

1. Maklumat yang penting disimpandalam failSegala maklumat yang penting dan berkaitandengan sesuatu pembelian hendaklah disimpanagar dapat membantu anda semasa membuataduan. Ini perlu dilakukan untuk mengelakkandaripada berlakunya sesuatu masalah berkaitandengan pembelian. Antara dokumen tersebut ialahresit, surat jaminan, tarikh, nama penjual dan

Panduanuntukmembuataduan

Page 7: Ringgit Ed3 Draft3 - BNM

• 7

surat-surat yang berkaitan. Semua dokumen iniamat berguna apabila anda ingin membuat aduan.

2. Dapatkan buktiApabila anda menyedari berlakunya sesuatumasalah, cuba dapatkan maklumat lanjut yangboleh membantu dalam membuat aduan,contohnya mengambil gambar barangan yangrosak untuk dijadikan bukti. Lihat sama adapengguna lain turut menghadapi masalah yangsama untuk mengambil tindakan secara kolektif.

3. Kawal emosiCuba kawal emosi anda ketika membuat aduan.Sekiranya anda tidak dapat mengawal perasaan,anda tidak akan dapat mengemukakan aduansecara berkesan. Bertenang dan susun strategiyang berkesan ketika membuat aduan.

4. Kumpulkan fakta dan statistikAnda boleh mengumpul data dan statistikberkaitan dengan perkara yang diadu untukmembuktikan kesahihan aduan anda.

5. Menulis suratBuat aduan secara bertulis. Pastikan perkarayang diadu dinyatakan dengan jelas. Surattersebut hendaklah ditulis dengan ringkas danpadat. Sekiranya perlu, lampirkan salinandokumen asal.

6. Ketahui undang-undangRujuk kepada undang-undang yang berkaitandengan perkara yang diadu. Nyatakan peruntukanundang-undang yang berkaitan dengan masalahanda di dalam surat.

7. Ikuti perkembangan aduanSentiasa ikuti dan catatkan perkembangan aduanmengikut kronologi termasuk panggilan telefon dantemu janji.

8. Gunakan media massaAnda juga boleh menggunakan media massasebagai saluran untuk membuat aduan.

Jika anda telah membuat aduan seperti cara-cara yangdinyatakan di atas tetapi masih gagal untukmendapatkan penyelesaian dan memerlukan bantuan,anda boleh menghubungi pejabat cawangan BahagianPenguatkuasa Kementerian Perdagangan DalamNegeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) ataupersatuan-persatuan pengguna tempatan. Anda jugaboleh menghubungi Pusat Khidmat Aduan PenggunaNasional (NCCC) untuk membuat aduan.

Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional(NCCC)No. 1D, Jalan SS9A/17, Sungai Way47300 Petaling Jaya, SelangorTel: 03-7877 9000Faks : 03-7874 8097SMS : 013-myaduan (6923826)E-mel : [email protected] : www.nccc.org.my

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)Laman sesawang: http://eaduan.kpdnkk.gov.myE-mel : [email protected] : 1-800-886-800

Untuk urusan bank dan insurans:Biro Pengantaraan KewanganTingkat 25, Blok UtamaDataran Kewangan Darul Takaful4, Jalan Sultan Sulaiman50000 Kuala LumpurTel : 03-2272 2811Faks : 03-2274 5752E-mel : [email protected] sesawang: www.fmb.org.my

Segala maklumat yang penting dan berkaitan dengansesuatu pembelian anda hendaklah disimpan agar dapatmembantu anda semasa membuat aduan.

Page 8: Ringgit Ed3 Draft3 - BNM

8 •

Menurut statistik ISM Insurance Services MalaysiaBerhad, nilai pasaran kereta terpakai di Malaysiamerosot antara 8% - 20% selepas setahun dan 20% -25% selepas tiga tahun digunakan, berbanding denganharga belian. Nilai pasaran kereta yang melebihi 5 tahunbiasanya lebih stabil. Anda boleh melayari lamansesawang www.carprices.com.my untukmendapatkan harga pasaran bagi kenderaan baru danterpakai yang dijual di Malaysia.

Namun, kereta terpakai secara umumnya mempunyaikelebihan dan kekurangan tersendiri. Hanya penggunayang bijak membuat penilaian dan pemilihan harusmembeli kereta terpakai untuk mengelakkan risikokerugian.

Pembiayaan

Pengguna kerap menggunakan pembiayaan sewa beliyang disediakan oleh institusi kewangan berlesen untukmembiayai pembelian kenderaan terpakai. Sebelumbersetuju untuk mengambil sebarang skimpembiayaan, anda dinasihatkan supaya membaca

perjanjian sewa beli bagi memastikan butirankenderaan di dalam perjanjian adalah sama dengankenderaan yang anda beli, bagi mengelakkan kes-kespenipuan.

Institusi kewangan mungkin mengenakan syarat-syaratlain, seperti kenderaan terbabit dikehendaki menjalanipemeriksaan PUSPAKOM. Pemeriksaan inidisyaratkan bagi memastikan kenderaan selamatdigunakan (contohnya, bukan kereta potong).Kenderaan yang tidak selamat digunakan bolehmembahayakan anda, keluarga anda dan penggunajalan raya yang lain, selain boleh disita oleh pihakberkuasa. Ada juga peminjam yang diminta untukmenyediakan penjamin ataupun membeli polisiinsurans gadai janji, bagi melindungi kepentingan pihakinstitusi perbankan.

Institusi kewangan akan mengenakan kadar faedahterhadap pembiayaan yang diberikan. Kadar yangditawarkan adalah berbeza-beza, berdasarkan model,umur dan kenderaan, serta polisi dalaman institusikewangan terbabit. Anda seharusnya membandingkankadar yang ditawarkan oleh pelbagai institusi kewangan

Kereta terpakai merujuk kepada kereta yang dijual olehpemilik kenderaan selepas menggunakannya untuk satujangka masa.

PembiayaanMembeliKeretaTTTerpakaierpakaierpakai

PembiayaanMembeliKeretaTerpakai

Page 9: Ringgit Ed3 Draft3 - BNM

• 9

bagi mendapatkan kadar terendah. Satu cara mudahuntuk membuat perbandingan kadar yangditawarkan oleh semua institusi perbankan adalahdengan menyemak jadual perbandingan sewa beliyang d ised iakan d i laman sesawangwww.bankinginfo.com.my.

Anda juga mungkin akan menjual kenderaan lama andaketika membeli kenderaan baru. Pastikan pembiayaanbagi kenderaan lama dan hak milik kenderaan telahditukar nama bagi mengelakkan masalah di kemudianhari. Sekiranya insurans kenderaan lama masih belumtamat tempoh, anda boleh menghubungi syarikatinsurans anda untuk membatalkan polisi insuranskenderaan lama dan menuntut kembali baki premiumpolisi lama.

Apabila anda membeli kereta (baru atau terpakai), andadiwajibkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan untukmembeli insurans bagi kereta tersebut, sekurang-kurangnya polisi yang melindungi pihak ketiga yangmungkin tercedera akibat kemalangan dengan keretaanda. Walau bagaimanapun, sekiranya kereta andadibiayai oleh institusi kewangan, anda digalakkan untukmengambil perlindungan komprehensif. Polisi inimemberi perlindungan terhadap pihak ketiga (pihak lain

yang terlibat dalam kemalangan) dan juga kepadakenderaan anda sendiri (kos pembaikan ataupenggantian). Oleh itu, sekiranya kereta anda hilangatau terlibat dalam kemalangan, anda boleh mendapatganti rugi untuk membayar hutang anda. Sekiranyatidak, anda masih perlu membayar hutang kenderaananda, walaupun telah hilang ataupun tidak bolehdigunakan lagi akibat kemalangan.

Pastikan juga nilai diinsuranskan berdasarkan nilaipasaran kenderaan tersebut, kerana pihak insuransakan hanya membayar ganti rugi berdasarkan nilaipasaran. Sekiranya anda menginsuranskan kenderaanmelebihi nilai pasarannya, anda akan membayarpremium insurans yang lebih dan tidak mendapat apa-apa manfaat tambahan daripadanya. Anda juga bolehmemindahkan Diskaun-Tanpa-Tuntutan (No-Claim-Discount, NCD) daripada kereta lama kepada keretabaru. Ini dapat menjimatkan kos premium insuranssehingga 55%. Anggaran premium yang perlu dibayarserta NCD boleh didapati di laman sesawangwww.insuranceinfo.com.my .

Pastikan pembiayaan bagikenderaan lama dan hakmilik kenderaan telahditukar nama bagimengelakkan masalah dikemudian hari.

Pastikan juga nilaidiinsuranskan berdasarkannilai pasaran kenderaantersebut, kerana pihakinsurans akan hanyamembayar ganti rugiberdasarkan nilai pasaran.

Page 10: Ringgit Ed3 Draft3 - BNM

10 •

Budaya berbelanja mewah semakin menjadisebahagian daripada masyarakat pada hari ini. Ia telahmenjadi satu budaya yang mempengaruhi gaya hidupmasyarakat secara langsung dan tidak langsung. Iabukan sahaja berlaku kepada golongan yangberpendapatan tinggi, tetapi juga golongan yangberpendapatan rendah sehingga mereka berbelanjasecara berlebih-lebihan di luar kemampuan mereka.Ini semata-mata disebabkan oleh sikap mereka yangsuka meniru gaya hidup mewah yang dianggap sebagaisuatu kemestian dan lambang kebanggaan. Merekasanggup berbelanja besar semata-mata untukmengadakan acara-acara tertentu secara besar-besaran dengan melakukan pembaziran wang,sehingga terpaksa menanggung hutang yang banyak.

Mendisiplinkan diri untuk menyimpan wang setiapbulan bukanlah suatu perkara yang mudah bagi merekayang boros, yang gemar berbelanja apa sahaja.Namun, sebenarnya sikap ini harus diubah sebelumterlambat. Anda perlu sedar bahawa menabung amatpenting untuk bekalan masa hadapan terutama ketikaberlakunya kecemasan.

Konsep berjimat cermat yang asas adalah 'berbelanjakurang daripada apa yang anda perolehi'. Jadi, wanglebihan itu bolehlah disimpan sebagai tabungan masahadapan. Di sini terdapat beberapa panduan yang bolehanda amalkan bagi mencapai matlamat untukmenyimpan:-

1) Sediakan bajet kewangan keluargaUkurlah baju di badan sendiri. Elakkan berbelanjadi luar kemampuan. Melalui bajet kewangan,perbelanjaan dapat dikawal. Dahulukan yangutama bagi keperluan keluarga.

2) Merancang kewangan untuk masa depanSediakan payung sebelum hujan. Wujudkansimpanan tetap atau tabungan untuk masa depanatau kecemasan. Anda boleh membuat simpanandalam skim takaful yang memberikan manfaatperlindungan yang tidak diperolehi melaluisimpanan biasa. Bagi mereka yang berminatdengan amanah saham, pilihlah yang terbaik untukmembuat pelaburan.

3) Bawa bekal ke pejabat atau sekolahJangan malu untuk membawa bekal ke pejabat.Malahan anak-anak juga perlu diajar supayamembawa bekal ke sekolah. Dengan cara ini, kitadapat berjimat paling kurang RM3 sehari. Wangyang dijimatkan ini boleh dijadikan simpanan untukmasa hadapan dan kecemasan.

4) Gunakan kenderaan awam atau berkongsikeretaWalaupun harga minyak masih pada paras yangrendah, namun amalan berjimat akan sentiasamenguntungkan kita. Gunakan kenderaan awamseperti bas, komuter atau LRT sebagai alternatif.Atau boleh juga berkongsi kereta dengan rakansepejabat.

5) Beli secara pukalMembeli secara pukal jauh lebih murahberbanding jika kita membeli secara sedikit demisedikit. Begitu juga dengan saiznya. Beli barang-barang sama ada untuk stok seminggu atausebulan. Ini akan menjimatkan wang dan masa.

6) Buat perbandingan harga terlebih dahuluAmalan ini adalah penting kerana kadang-kalaterdapat perbezaan harga di antara kedai,walaupun barang yang dijual adalah sama dari segijenis dan kualitinya. Amalan ini juga membantuuntuk berjimat.

7) Kurangkan pembelian barangan berjenamaDalam situasi ekonomi yang merosot kini, kitatidak perlu terlalu berkira tentang jenama baranganyang ingin dibeli. Jika barangan tersebutmempunyai kualiti yang baik setanding denganbarangan berjenama, kita sebagai pengguna harusbijak memilihnya.

8) Kurangkan membeli barangan dalam tin dansejuk bekuIa perlu dikurangkan kerana barangan inidibungkus secara berlebih-lebihan untuk menjagakeadaan barangan tersebut. Ia juga mengandungibahan perisa tambahan seperti garam, gula,

Pupuk SikapPupuk SikapPupuk SikapBerjimat-Berjimat-CermatCermat

Page 11: Ringgit Ed3 Draft3 - BNM

• 11

pewarna dan perasa tiruan. Pada masa yangsama, barangan segar jauh lebih murah.

9) Beli barangan yang bekasnya boleh diisisemulaSebagai contoh, apabila produk dalam tin yangsebelum ini dibeli sudah habis, lebih baik andabeli produk tersebut yang diisi di dalam bekas isisemula. Jadi anda cuma perlu isi semula produkitu ke dalam tin yang telah kosong di rumah. Caraini lebih menjimatkan.

10) Elakkan berhutang dengan membayar secaratunaiBiasakan membuat bayaran secara tunai untuksetiap transaksi atau pembelian. Janganterpedaya dengan skim-skim belian ansuran,walau bagaimanapun menarik tawarannya. Jikaanda tidak mampu membelinya, maka jangan belidan teruslah pulang ke rumah agar anda tidakterpengaruh dengan tawaran tersebut. Sekiranyamenggunakan kad kredit, pastikan andamempunyai wang untuk membayar sepenuhnyadengan segera. Kad kredit harus digunakansebagai alat pembayaran, bukannya sumberuntuk berhutang.

11) Lakukannya SendiriBersenam di rumah dapat mengelak perbelanjaanuntuk latihan senam di gimnasium. Mengemopdan menyapu sekeliling rumah, vakum danmenyental lantai serta dinding bilik air dapatmengeluarkan peluh yang banyak sambilmembantu anda mengecapi tahap kesihatan yangoptimum. Lakukan sendiri kerja-kerja baik pulihyang mudah seperti membetulkan paip yangrosak, engsel dan pemegang pintu yang rosak/longgar, mengecat semula rumah dan mengilatlantai jubin. Sekurang-kurangnya aktiviti-aktiviti inidapat mengeratkan hubungan kekeluargaan jikadibuat bersama-sama dengan ahli keluarga dansekali gus dapat menjimatkan perbelanjaan anda.

12) Tanam Sendiri Sayur-SayuranSerai, kunyit, daun pandan dan daun kari mudahditanam. Bagi yang tidak mempunyai kawasanbertanah, maka mereka masih bolehmenanamnya di dalam pasu. Begitu juga sayur-sayuran seperti sawi, kangkung, cili, malahanpisang juga tidak susah untuk ditanam.Mengamalkan cara ini akan dapat menjimatkanperbelanjaan keluarga di samping dapat mengisimasa lapang bersama keluarga.

13) Memaksimumkan PenggunaanSebenarnya banyak barang keperluan yang bolehdimaksimumkan kegunaannya sebaik mungkin.Gunakan minyak masak, kicap dan gula dengan

jimat sehingga ke titisan yang terakhir. Ubat gigimisalnya, gunakan hingga habis sehingga tidakboleh dipicit lagi.

14) Kitar SemulaBeg plastik yang digunakan untuk mengisi barangketika membeli di pasar raya boleh digunakanuntuk mengisi sampah. Kotak-kotak juga bolehdigunakan untuk menyimpan barang-barang yangtidak mudah rosak.

15) Jual SemulaAnda juga boleh menjual semula barang-barangdan kelengkapan rumah yang tidak diperlukan.Anda boleh menjualnya barang-barang yang masihbaik di jualan boot kereta. Di samping dapatmembersihkan dan menambah ruang di dalamrumah, aktiviti menjual semula barangan lama inidapat menambah tabungan anda.

16) Menabung atau menyimpan• Seseorang perlu menabung supaya mereka

dapat mencapai kebebasan kewangan.Kebebasan kewangan merupakan alasanutama untuk menabung atau menyimpankerana wang tabungan tersebut bolehdigunakan sebarang keperluan yang dihajatipada bila-bila masa. Selain itu, menabungjuga penting sebagai persediaan menghadapisituasi tidak terduga.

• Tabungan ataupun simpanan bermaksudmenyimpan sejumlah wang daripadapendapatan yang diperoleh untuk kegunaanpada masa hadapan ataupun bakipendapatan selepas ditolak denganperbelanjaan.

• Kadar yang hendak ditabung mungkin sekitar5% - 10% daripada jumlah pendapatan.Mengasingkan lebih awal jumlah wang yanghendak ditabung adalah lebih digalakkankerana ia lebih terjamin daripada menungguuntuk menyimpannya apabila terdapat bakipendapatan pada hujung bulan. Dalamtempoh tersebut, kemungkinan wang yangada dibelanjakan adalah besar. Untuk lebihmudah dan lebih terjamin, cara pemotongangaji bulanan secara automatik jugamerupakan kaedah berkesan.

• Amalan menabung berkait rapat denganamalan berjimat cermat. Wang yang berjayadisimpan hasil daripada perbelanjaan berjimatinilah yang selalunya dijadikan tabungan.Oleh itu, seseorang haruslah berbelanjadengan berhemat supaya mereka dapatmembuat simpanan untuk kepentingan masahadapan.

Page 12: Ringgit Ed3 Draft3 - BNM

12 •

Bank Negara MalaysiaTalian Tol : 1-300-88-5465E-mel : [email protected] web : www.bnm.gov.my

Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM Connect)Talian Tol : 1-300-88-9980E-mel : [email protected] web : www.abm.org.my

Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK)Talian Tol : 1-800-88-2575E-mel : [email protected] web : www.akpk.org.my

Biro Pengantaraan Kewangan (BPK)Talian am : 03-2272 2811E-mel : [email protected] web : www.fmb.org.my

Sebarang maklum balas sila e-melkan kepada [email protected]

Adakah anda tahu aliran kewangan anda? Adakah andamengawalnya dengan baik? Adakah perbelanjaan andakini mengikut perancangan yang telah anda tentukan?

Jika anda menjawab tidak bagi semua soalan di atas,anda boleh dikategorikan sebagai “buta wang”. Olehitu, anda perlu berhati-hati dengan wang anda.Belajarlah untuk menjadi “celik wang”.

Adakah anda tahu bahawa “buta wang” bolehmembuatkan anda terjerumus dengan masalah-masalah seperti bebanan hutang yang berlebihan,dikenakan bunga hutang yang banyak, berbelanjasecara berlebih-lebihan dan di luar kawalan,menangguh tabungan untuk persaraan, menjadimangsa penipuan pelaburan, membeli insurans nyawayang salah, dan akhirnya anda tidak dapat berbelanjasepertimana yang anda telah rancangkan. Kehidupanmenjadi tidak tenteram jika terus dibebani denganmasalah kewangan.

Apakah itu “celik wang”?Celik kewangan adalah kemampuan untuk memahamikewangan. Lebih khusus lagi, ia merujuk padakemampuan individu untuk membuat penilaian dankeputusan yang berkesan mengenai penggunaan danpengurusan kewangan mereka.

Apakah halangan-halangan untukmenjadi “celik wang”?• Kurang pengetahuan tentang kewangan peribadi.• Kerumitan dalam membuat keputusan kewangan.• Kekangan/kekurangan masa untuk belajar tentang

kewangan peribadi.• Kurangnya kefahaman mengenai asas pendidikan

kewangan.

Apakah tanda yang menunjukkan andamenghadapi masalah kewangan?• Jika anda tidak dapat mengawal perbelanjaan –

iaitu perbelanjaan melebihi pendapatan.

• Jika hutang melebihi daripada apa yang boleh andauruskan.

• Anda hanya mampu membayar 5% setiap bulanbagi bil kad kredit.

• Anda tiada tabungan untuk menghadapikecemasan peribadi atau keluarga.

• Anda sering menerima panggilan daripada pemintahutang.

• Anda dihadapkan dengan surat saman.

Sekiranya anda menghadapi masalah seperti di atas,segeralah mendapatkan pertolongan dannasihat kewangan daripada kaunselor kewangan yangprofesional. Mula bertindak dan jadilah “celik wang”.

Komponen-komponen “celik wang”1. Perancangan kewangan2. Memahami nilai wang3. Menetapkan matlamat kewangan anda4. Bajet5. Hidup mengikut kemampuan6. Perbankan7. Tabiat menabung8. Menambahkan nilai harta bersih9. Pelaburan10. Penyelewengan kewangan11. Insurans12. Pengurusan hutang dan pinjaman13. Menjalani kehidupan secara “celik wang”14. Membebaskan diri daripada kemelut kewangan

Untuk mendapatkan informasi yang lebih terperinci danmendapatkan khidmat sokongan dan kaunseling, andaboleh merujuk kepada:• Bank Negara Melaysia (http://www.bnm.gov.my)• Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit

(AKPK) (http://www.akpk.org.my)• Bahan bacaan dari http://

www.bankinginfo.com.my• Majalah bulanan RINGGIT keluaran Gabungan

Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia(FOMCA) dan Bank Negara Malaysia

Bagaimana Untuk Menjadi “Celik Wang”?