Upload
phungkhuong
View
293
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
1
RINGKASAN EKSEKUTIF
TAJUK KERTAS : Penetapan Harga Pasaran Bagi Perkhidmatan
Kemudahan Latihan Secara Pakej
TEMPOH
PELAKSANAAN
: Januari 2019
ANGGARAN
KOS
: -Tiada-
SUMBER BAJET
: -Tiada-
BAHAGIAN : UNIT PEROLEHAN (PCT)
IMPAK : i. Proses kajian pasaran bagi perkhidmatan Kemudahan Latihan Secara Pakej dibuat dengan lebih cekap
ii. Pengurusan masa pengurusan perolehan oleh pegawai dapat dikurangkan
iii. Menjimatkan kos wang kerajaan supaya perundingan kadar ‘corporate rate’ diwujudkan antara pembekal dan MPC
iv. Memastikan urus tadbir perolehan dijalankan dengan telus, nilai faedah yang terbaik dan adil serta saksama
v. Memberi panduan had harga program yang dijalankan bagi Kemudahan Latihan Secara Pakej
BAKI
PERUNTUKAN/
T.TANGAN
KETUA
AKAUNTAN
ULASAN PENGURUS PCT
2
PERBADANAN PRODUKTIVITI MALAYSIA
KERTAS CADANGAN UNTUK PERTIMBANGKAN DAN KELULUSAN
LEMBAGA PENGURUSAN (BOM) MPC
TAJUK:
CADANGAN PENETAPAN HARGA PASARAN BAGI PERKHIDMATAN
KEMUDAHAN LATIHAN SECARA PAKEJ
1.0 TUJUAN
1.1 Kertas cadangan ini bertujuan untuk mendapatkan kelulusan BOM
bagi Cadangan Penetapan Harga Pasaran Bagi Perkhidmatan
Kemudahan Latihan Secara Pakej.
2.0 LATAR BELAKANG
2.1 Pada masa kini, MPC menggunapakai 1Pekeliling
Perbendaharaan(1PP) yang dikeluarkan oleh Perbendaharaan di
bawah Seksyen 4 Akta Tatacara Kewangan 1957 (Akta 61) dan
diluluskan penggunaannya oleh Lembaga Pengarah MPC Bil 3/2014
berkuatkuasa 3 Julai 2014. Walaupun begitu, MPC juga sentiasa
merujuk kepada Manual Prosedur Kewangan dan Perakaunan (PKP)
MPC mana-mana perkara yang tidak terkandung di dalam prosedur
tersebut berpandukan seksyen 5 dan 6 (Memperbadankan)
Perbadanan Produktiviti Malaysia 1966 (Pindaan 1991).
2.2 Antara Pekeliling yang dirujuk adalah Perolehan Perkhidmatan
Kemudahan secara pakej telah digariskan pada PK 7.1.
2.3 Di dalam PK 7.1 menjelaskan perkara berikut:
I. Takrifan Latihan: Proses pemindahan ilmu pengetahuan
bertujuan menambah pengetahuan, kemahiran dan sikap yang
bersesuaian untuk memenuhi keperluan dan tuntutan semasa
3
dalam organisasi. Ia meliputi konvensyen, kursus, bengkel/
retreat, makmal (lab), seminar, taklimat, kolokium, forum,
simposium, lawatan rasmi/korporat/sambil belajar, klinik
kaunseling dan lain-lain yang memenuhi definisi latihan.
II. Takrifan Pakej: Perolehan yang dibuat dalam satu Pesanan
Tempatan merangkumi kombinasi daripada mana-mana item
kemudahan latihan seperti penginapan, makanan, dewan, bilik
latihan, peralatan dan bahan yang berkaitan dengan latihan
daripada penyedia kemudahan latihan yang berkeupayaan
dan berkemampuan.
2.4 Selaras dengan 1PP/PK2 yang menyatakan bahawa Jabatan/Agensi
boleh menentukan kaedah kajian pasaran yang bersesuaian
bergantung kepada bekalan/ perkhidmatan yang ingin diperoleh.
Oleh yang demikian unit PCT menggunakan kaedah kajian pasaran
berdasarkan harga pembelian lampau yang mempunyai sumber
dokumen secara fizikal sebagai bukti kajian pasaran telah
dilaksanakan sewajarnya.
3.0 JUSTIFIKASI
3.1 Peningkatan Peruntukan Bajet Pembangunan Diterima MPC
Dalam Rancangan Malaysia ke-10 (2011-2015), MPC telah diberi mandat
oleh Kerajaan bagi memulakan inisiatif Memodenkan Peraturan
Perniagaan (MBR) bertujuan mewujudkan iklim perniagaan yang lebih
kondusif. Seterusnya pada Rancangan Malaysia ke-11 (2016-2020), MPC
terus diberi kepercayaan menjayakan inisiatif Amalan Peraturan Baik
(GRP) melalui Dasar Negara Bagi Perancangan dan Pelaksanaan
Peraturan (NPDIR) dan diluaskan perlaksanaan GRP di peringkat Negeri
4
dan Kerajaan Tempatan. Selain dari itu, kerajaan telah melancarkan Pelan
Produktiviti Malaysia (MPB) dan MPC diberi kepercayaan menjayakan
strategi dan inisiatif digariskan dibawah MPB.
Jadual 1: Peruntukan dan Bilangan Program Bajet Pembangunan
RMK11, 2014 - 2020 (RM Juta)
2014 2015 2016 2017 2018 2019 *2020
Peruntukan
(juta) 3.5 3.5 3.0 9.0 39.0 31.4 33.4
Bil.
Program 1 1 1 3 8 8 8
*Anggaran had siling
Graf 1: Peruntukan dan Bilangan Program Bajet Pembangunan RMK11
Daripada Graf 1, untuk tahun 2018 MPC telah menerima pertambahan bajet
pembangunan sebanyak 4.3 kali ganda berbanding tahun 2017 untuk 8
jenis Projek Pembangunan seperti berikut:
1) Pelaksanaan NPDIR bagi Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan
2) Memodenkan Peraturan Perniagaan;
3) Skim Peningkatan Produktiviti Enterpris Selaras dengan MPB;
5
4) Membentuk Mekanisme Pelaksanaan Yang Padu Selaras Dengan
MPB;
5) Program Transformasi Peraturan Sedia Ada;
6) Memudahkan Peraturan Perniagaan Perdagangan Antarabangsa;
7) Inisiatif Produktiviti Nexus Peringkat Sektor;
8) Peningkatan Kualiti Peraturan.
Jadual 2 pula menunjukkan trend perbelanjaan mengikut kod akaun berkaitan
Kemudahan Latihan Secara Pakej. Secara keseluruhan perbelanjaan
menggunakan kemudahan Latihan Secara Pakej di MPC meningkat dengan
ketara semenjak 2016. Perbelanjaan tahun 2016 direkod sebanyak
RM888,528.94 meningkat kepada RM1,197,703.48 pada tahun 2017.
Walaubagaimanapun trend ini terus meningkat untuk tahun Q1-Q3 2018 kepada
RM2,569,987.31 berbanding tahun 2016 dan 2017. Peningkatan yang dicatatkan
sebanyak 189 % berbanding tahun 2016. Peningkatan perbelanjaan ini
dijangkakan berterusan untuk suku keempat tahun 2018 dengan anggaran
perbelanjaan keseluruhan melebihi RM 3 juta untuk tahun 2018.
Jadual 2: Kod Akaun Berkaitan Kemudahan Perkhidmatan Latihan Secara Pakej
Kod Keterangan 2016 2017 Q1 2018
Q2 2018
Q3 2018
JUMLAH Q1-Q3 2018
(RM) (RM) (RM) (RM) (RM) (RM)
P29402 Penginapan
peserta kursus
461,197.00 329,724.00 55,511.42 18,539.06 105,229.68 179,280.16
P29407
Makan-minum peserta seminar/
kursus dan bengkel
427,331.94 867,979.48 671,828.70 562,425.33 1,156,453.12 2,390,707.15
Jumlah 888,528.94 1,197,703.48 727,340.12 580,964.39 1,261,682.80 2,569,987.31
6
Graf 2: Perbelanjaan Penginapan dan Makan Minum Peserta Berkaitan
Melibatkan Perkhidmatan Kemudahan Latihan Secara Pakej 2016 -2018
3.1 Kajian pasaran ini dijalankan melalui sebutharga yang diperolehi daripada
pihak pembekal mengikut kriteria berikut:
1) Lokasi terpilih sekitar Petaling Jaya & Kuala Lumpur serta
Putra Jaya;
2) Kekerapan penggunaan tempat Kemudahan Latihan Secara Pakej
yang tinggi;
3) Kesesuaian lokasi;
4) Mendapat penilaian (rating) yang tertinggi minima 3.6/4.0 iaitu
kualiti penyampaian perkhidmatan yang cemerlang; dan
5) Memenuhi spesifikasi yang digariskan (rujuk Lampiran 1 dan
FAQ di Lampiran 2)
888,528.94
1,197,703.48
2,569,987.31
0.00
500,000.00
1,000,000.00
1,500,000.00
2,000,000.00
2,500,000.00
3,000,000.00
2016 2017 Q1-Q3 2018
Perbelanjaan Penginapan dan makan minum peserta kursus/bengkel
Penginapan dan makan minumpeserta kursus/bengkel
7
3.2 Kajian pasaran bagi Kemudahan Latihan Secara Pakej adalah seperti berikut:
Jadual 3: Senarai Kemudahan Latihan Secara Pakej di Kawasan Petaling Jaya & Kuala Lumpur
(termasuk kawasan berhampiran) yang digunakan oleh MPC, Jan – Okt. 2018
Bil Nama Hotel
Jan – Okt 2018 Harga Kajian Pasaran (nett price)
Kekerapan Nilai (RM)
½ Day Meeting Package
per pax (RM)
Full Day Meeting Package
per pax (RM)
Residential Meeting Package
per pax/day (RM)
1 Hilton Petaling Jaya 56 353,924.44 170.00 190.00 500.00
2 Dorsett Grand Subang 23 252,714.98 140.00 160.00 390.00
3 Armada Hotel Petaling Jaya 18 359,828.30 132.00 159.00 318.00
4 Sunway Putra Kuala Lumpur 8 130,247.99 150.00 180.00
480.00
5 Sheraton Petaling Jaya 8 39,710.99 190.80 222.60 742.00
6 Awana Genting 5 86,651.87 - - 350.00
7 Crystal Crown Petaling Jaya 3 40,358.18 110.00 - -
8 Pullman Kuala Lumpur 1 4,000.00 160.00 180.00 515.00
9 Blue Wave, Shah Alam 1 3,816.00 - 155.00 -
10 Royal Chulan The Curve 1 16,000.00 - - 275.00
11 Aloft Hotel, KL Sentral - - - 242.74 -
12 The Garden –By St Giles - - - 241.68 -
13 Hilton Kuala Lumpur - - 230.00 -
14 Sunway Resort & SPA - - - 150.00 -
8
Jadual 4: Senarai Kemudahan Latihan Secara Pakej di Sekitar Putra Jaya yang digunakan Oleh MPC,
Jan-Okt.2018
Bil Nama Hotel
Jan – Okt 2018 Harga Kajian Pasaran (nett price)
Kekerapan Nilai (RM)
½ Day Meeting Package
per pax (RM)
Full Day Meeting
Package per pax (RM)
Residential Meeting
Package per pax/day (RM)
1 Dorsett
Putra Jaya 11 89,478.00 140.00 155.00
370.00
2 Pullman Lakeside 7 68,807.00 150.00 190.00
437.00
3 Bangi- Putra Jaya
6
69,444.00 90.00 120.00
405.00
4 Pulse Grande 3 33,347.00 150.00 -
477.00
5 Putrajaya Marriot 2 221,700.00 160.00 180.00
575.00
6 Cyber View
Resort & SPA 2 34,687.00 148.40 164.30 525.00
7 Le Meridien 2 23,110.00 200.00 220.00
660.00
8 Everly Hotel 2 11,600.00 110.00 140.00 -
9
4.0 CADANGAN
Berdasarkan analisa dan maklumat di atas, maka beberapa cadangan perubahan
tatacara perolehan dicadangkan berkaitan dengan perolehan Kemudahan
Perkhidmatan Latihan Secara Pakej seperti berikut:
4.1 Menggunapakai senarai (Jadual 3 & 4) sebagai panduan kajian pasaran
Kemudahan Perkhidmatan Latihan Secara Pakej.
Selari dengan 1PP/PK2 yang menyatakan bahawa Jabatan/Agensi boleh
menentukan kaedah kajian pasaran yang bersesuaian bergantung kepada
bekalan/ perkhidmatan yang ingin diperoleh.
Oleh yang demikian, kajian pasaran yang dijalankan ini (rujuk Jadual 3 dan 4) akan
digunapakai bermula Januari 2019. Pihak PCT akan menjalankan beberapa
perundingan dengan pembekal-pembekal di atas berdasarkan win-win situation
yang membolehkan MPC mendapatkan harga/diskaun terbaik contohnya harga
tetap sepanjang 2019 dan 2020 (subject to review) atau jika bilangan pakej
mesyuarat melebihi 20 pax, pihak hotel memberi complimentary tambahan pax/
bilik atau lain-lain perkara yang boleh dirundingkan.
Kajian harga pasaran ini akan disemak setiap 6 bulan bagi memastikan maklumat
dikemaskini dari masa ke semasa.
4.2 Penyelarasan harga bagi pakej Perkhidmatan Kemudahan Latihan
Amalan sebelum ini, tiada penyelarasan paras harga tertentu bagi program-
program melibatkan pihak pembekal perkhidmatan kemudahan latihan. Kelulusan
diberikan berdasarkan anggaran kos yang diberikan oleh pemohon melalui
kelulusan kertas BOM dan tiada panduan khas limitasi harga pakej yang
dibenarkan dan item kos yang dimohon adalah berbeza-beza untuk pakej
mesyuarat separuh hari/ sehari atau pakej residensi.
Oleh yang demikian, berdasarkan maklumat kajian pasaran di atas dan
memastikan warga lebih berhemah membuat perbelanjaan, penyelarasan
harga maksima (contohnya tidak melebihi RM500) untuk pakej residensi adalah
perlu sebagai panduan. Cadangan harga RM500 ini berdasarkan seperti berikut:
10
Jadual 5: Justifikasi penetapan harga pakej residensi
Bil Item Anggaran Harga
1. Kelayakan pegawai (gred 41) mengikut pekeliling WP 1.4/2013
RM220 + 6% SST =RM 233.2
2. Pakej makan minum full day meeting dan sewaan bilik mesyuarat
RM200
3. Pakej makan malam termasuk supper
RM85
Jumlah RM518.20
Sehubungan dengan itu, cadangan penyelarasan harga adalah seperti berikut:
Jadual 6: Cadangan Penyelarasan Harga Mengikut Jenis Pakej
Bil *Item Harga Maksima (nett)
1. Pakej separuh hari RM 180/pax
2. Pakej Sehari RM 200/pax
3. Pakej Residensi RM 500/pax/day
4 Pakej Residensi Sehari Setengah
RM 680/pax
i. Walaubagaimanapun jika berlaku situasi atau keadaan tertentu menyebabkan harga melebihi daripada panduan yang diberikan di atas, perlulah memohon kelulusan dahulu secara bertulis daripada Ketua Pengarah MPC
*Harga bersih termasuk SST
Harga di atas akan disemak oleh pengurusan dari masa ke semasa
Maksud pakej meliputi konvensyen, kursus, bengkel/retreat, makmal (lab), seminar/taklimat, kolokium, forum, symposium, klinik kaunseling dan lain-lain program yang memenuhi definisi latihan.
11
4.3 Cadangan Perubahan Prosedur Bagi Perolehan Kemudahan
Perkhidmatan Latihan Secara Pakej di MPC
Jadual 7: Perbandingan Tatacara Perolehan Perkhidmatan Bagi Kemudahan
Latihan Secara Pakej, MPC
LANGKAH SEBELUM SELEPAS
PERKARA CATATAN PERKARA CATATAN
1
Mohon kelulusan bajet dari Lembaga
Pengurusan MPC
Minit kelulusan menjalankan program
dan bajet
Mohon kelulusan bajet dari Lembaga
Pengurusan MPC
Minit kelulusan menjalankan program dan bajet
2
Lantikan terus jika
di bawah RM20,000
i. Menghubungi dan
menunggu pembekal mendapatkan 3 sebutharga
ii. Mengisi RO dan disertakan dokumen sokongan
i. Mengisi RO
i. Lampirkan satu sebut harga pembekal yang dipilih
ii. 2 lagi sebutharga menggunakan harga pasaran yang disediakan (rujuk lampiran 3)
iii. Tidak melebihi harga pakej yang ditetapkan
3
Nilai Perolehan antara RM20k – RM50k (Bajet
(Pembangunan sahaja)
i. Kertas
Jawatankuasa Penilaian Harga (JPH) disediakan dan keputusan melalui mesyuarat sebut harga B / sebut harga A
ii. Perlu menghubungi 3 pembekal untuk perbandingan harga
Kertas Jawatankuasa Penilaian Harga (JPH) disediakan dan keputusan melalui mesyuarat sebut harga B/ sebut harga A
i. Cadangkan satu pembekal untuk kelulusan Mesyuarat Sebut Harga
ii. 2 lagi sebutharga menggunakan harga pasaran yang disediakan*
iii. Memenuhi spesifikasi iv. Tidak melebihi harga
pakej yang ditetapkan
Nilai perolehan melebihi RM50k
dan di bawah RM500k
5
Maklum pembekal
dan membuat penempahan
Mengisi RO selepas
keputusan mesyuarat sama sama
7
PCT proses dan
keluarkan LO
Borang RO mestilah dihantar sekurang-kurangnya 7 hari sebelum program
PCT proses dan keluarkan LO
Borang RO mestilah dihantar sekurang-kurangnya 7 hari
sebelum program
*Rujuk jadual 3 & 4
5.0 SYOR
Unit PCT memohon kelulusan BOM untuk meluluskan Cadangan Penetapan Harga
Pasaran Bagi Perkhidmatan Kemudahan Latihan Secara Pakej digunapakai di MPC.
12
Lampiran 1
Spesifikasi Am Perkhidmatan Kemudahan Latihan Secara Pakej
Bil Pakej ½ day Pakej Full Day
Pakej Residensi
1 Welcoming Drinks Welcoming Drinks Penginapan termasuk
sarapan pagi
2 Minum pagi
(AM Break)
Minum pagi
(AM Break) Minum pagi
3 Makan Tengahari
(Lunch)
Makan Tengahari
(Lunch) Makan Tengahari
4 - Minum petang (PM Break)
Minum petang
5 - - Makan malam
6 - - Minum malam (supper)
7 Sewaan dan
kemudahan bilik
mesyuarat
termasuk Flipchart,
Mic dan Rostrum
Meeting amenities
(notepad & pencil)
and drinking water
Sewaan dan
kemudahan bilik
mesyuarat
termasuk
Flipchart, Mic dan
Rostrum
Meeting amenities
(notepad & pencil)
and drinking
water
Sewaan dan
kemudahan bilik
mesyuarat
termasuk
Flipchart, Mic dan
Rostrum
Meeting amenities
(notepad & pencil)
and drinking
water
8 Susunan bilik (seating
arrangement)
mengikut keperluan
program
Susunan bilik (seating
arrangement) mengikut keperluan
program
Susunan bilik (seating
arrangement) mengikut
keperluan program
9 Parking - Flat Rate Parking - Flat Rate -Percuma-
13
Lampiran 2
FAQ
Penetapan Harga Pasaran Bagi Perkhidmatan Kemudahan
Latihan Secara Pakej
Bil Pertanyaan Penjelasan
1 Boleh jelaskan bagaimana
prosedur ini dapat membantu
pegawai menguruskan
perolehan berkaitan
perkhidmatan Kemudahan
Latihan Secara Pakej?
Secara prinsipnya kajian pasaran (3
sebutharga) perlu dibuat bagi
memastikan kerajaan memperoleh
perkhidmatan/bekalan yang
menguntungkan pihak pihak kerajaan
atau ‘value for money’.
Atas dasar ini, pihak PCT menjalankan
kajian pasaran bagi perkhidmatan
Kemudahan Latihan Secara Pakej
sebagai panduan bagi membuat
perbandingan harga
Oleh itu, bagi kajian pasaran, pegawai
hanya perlu memperoleh satu sahaja
sebutharga (bagi pembekal yang dipilih)
dan perbandingan dibuat dengan mana-
mana pembekal seperti di jadual 3&4.
Sila gunakan borang dilampiran 3 bagi
perolehan terus (bawah RM 20,000)
bagi Bajet Pembangunan. Bagi
menggunakan Bajet Operasi borang
lampiran 3 boleh digunakan bagi
perolehan sehingga RM 50,000.
14
2 Kenapa Perkhidmatan Latihan
Secara Pakej ini berbeza iaitu
tidak perlu pelawan sebut
harga selama 7 hari untuk nilai
melebihi RM 50 ribu (Sebut
Harga A) sebagaimana
bekalan/perkhidmatan-
perkhidmatan lain?
Untuk makluman, terdapat pekeliling
khusus (PK 7.1) pengecualian daripada
tatacara perolehan kerajaan meliputi
perkhidmatan latihan secara pakej,
perolehan kenderaan, bekalan surat
khabar, peralatan penyelidikan, ubat-
ubatan, diesel dan perisian.
Walaupun tidak dibuka untuk pelawaan
sebut harga, kajian pasaran masih perlu
dibuat dan dinilai oleh Jawatankuasa
Penilaian atau di MPC dipanggil
Jawatankuasa Penilaian Harga (JPH)
serta diputuskan pada mesyuarat Sebut
Harga B atau A.
3 Kajian pasaran yang dibuat
sekitar PJ & KL serta
Putrajaya. Bagaimana pula di
tempat atau venue negeri-
negeri lain contohnya Melaka,
N.Sembilan atau P.Pinang?
Untuk fasa pertama ini, kajian pasaran
yang dibuat hanya meliputi sekitar
Petaling Jaya dan Putrajaya sahaja.
Kajian pasaran fasa kedua akan
diluaskan kepada negeri-negeri di zon
selatan, utara dan pantai timur.
Oleh yang demikian, pemilihan
pembekal bagi perkhidmatan
kemudahan latihan secara pakej di
negeri/zon lain masih kekal seperti
sebelum ini iaitu perlu 3 sebutharga
sebagai kajian pasaran.
15
4 Masih perlu lagikah minit
Jawatankuasa Penilaian Harga
(JPH) dan Kertas Penilaian
Sebut Harga untuk
dibentangkan ke dalam
Mesyuarat Sebut Harga A atau
B?
Prosedur ini masih lagi berkuatkuasa
bagi memastikan pelantikan pembekal
dilaksanakan dengan telus
dan menguntungkan termasuk
mengambil kira aspek kualiti
dan harga.
Harga pakej boleh dibandingkan
dengan harga pasaran di Jadual 3 dan
4.
Sebagai perbandingan, spesifikasi
perlulah sama bagi ketiga-tiga
pembekal (Rujuk lampiran 1, Spesifikasi
Am)
Kertas Sebut Harga B (RM20k –
RM50k) perlu dibentangkan ke dalam
mesyuarat jika menggunakan Bajet
Pembangunan. Bagi bajet operasi nilai
perolehan terus adalah sehingga
RM 50k.
5 Adakah ini bermaksud, venue
kursus,
bengkel/retreat/makmal (lab)
atau forum boleh dipilih di
mana-mana asalkan mematuhi
Jadual Penyelarasan Harga
Mengikut Jenis Pakej?
Ya. Walaubagaimanapun pemilihan
venue bergantung kepada kemampuan
penyedia kemudahan latihan dengan
mengambil kira faktor-faktor seperti
kesesuaian lokasi, kadar pembayaran,
kualiti perkhidmatan, diskaun, harga
pasaran terbuka dan lain-lain kriteria yang
ditetapkan.
Perbandingan antara satu tawaran
penyedia kemudahan latihan dengan
tawaran penyedia kemudahan latihan
yang lain hendaklah dibuat berasaskan
16
kepada faktor atau unsur yang sama
(equal footing) atau spesifikasi yang
sama. (Rujuk lampiran 1: Spesifikasi Am)
Tujuan jadual penyelarasan harga
(Jadual 6) mengikut pakej adalah
sebagai panduan bagi memastikan
kawalan perbelanjaan dibuat secara
berhemah. Untuk makluman,
penyelarasan harga ini akan disemak
(review) dari masa ke semasa dan perlu
kelulusan pihak pengurusan MPC.
17
Lampiran 3
PERBANDINGAN HARGA PAKEJ MENGIKUT
KAJIAN PASARAN
JENIS PAKEJ
Half day √ Full day
Residential package
NAMA PROGRAM : SESI ENGAGEMENT BERSAMA STAKEHOLDERS TARIKH : 28 MAC 2019 MASA : 8.30 PAGI – 1.00 TENGAHARI
BIL NAMA PEMBEKAL HARGA PAKEJ SPESIFIKASI
1 PEMBEKAL A RM 180 nett/pax RM 180 X 40 PAX = RM 7,200
i. Welcoming drinks ii. AM break
iii. Lunch iv. Backdrop provided v. Complimentary use of
meeting room with wired mic, flipchart and rostrum
vi. Meeting amenities (notepad & pencil) including drinking water
2 PEMBEKAL B RM 160 nett/pax RM 160 X 40 PAX = RM 6,400
3 PEMBEKAL C RM 140 nett/pax RM 140 X 40 PAX = RM 5,600
Nota:
*Rujuk jadual 3 (kajian pasaran) untuk pembekal A dan B
*Lampiran satu sahaja sebutharga bagi pembekal yang dipilih (pembekal C)
*Lampirkan jadual program
CONTOH