21
DETAILED EIA REPORT FOR THE PROPOSED SANITARY LANDFILL AT RIMBA MAS, MUKIM TITI TINGGI, PERLIS Prepared by: MAB ENVIRONMENTAL CONSULTANTS SDN BHD Ringkasan Eksekutif; Page 1 Kuala Lumpur RINGKASAN EKSEKUTIF PENGENALAN 1. Tajuk laporan ini ialah “Laporan Terperinci Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (DEIA) untuk Projek Yang Dicadangkan Membina Tapak Pelupusan Sampah Sanitari di Rimba Mas, Mukim Titi Tinggi, Perlis. Tajuk ini akan seterusnya dirujuk sebagai Projek yang dicadangkan. 2. Projek ini akan melibatkan kawasan tanah seluas 29.87 hektar, di atas Lot 5149 di Rimba Mas, Mukim Titi Tinggi, Perlis yang merupakan tanah milik Kerajaan. Buat pada masa ini, tapak ini merupakan kawasan tertinggal yang dikelilingi ladang getah Felda dan berdekatan dengan satu kuari batu kapur yang terletak di kawasan timurlaut juga dipunyai oleh Felda. Koordinat tapak adalah 70076 m N, 39915 m E. 3. Projek yang dicadangkan tertakluk di bawah item 18(b) Jadual Aktiviti yang ditetapkan dalam Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 1987 yang menspesifikasikan aktiviti tersebut sebagai: 18. Pengolahan dan Pelepusan Pembuangan (b) Buangan Pepejal Bandaran (iv) Pembinaan kemudahan-kemudahan penimbusan tanah buangan pepejal 4. Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) adalah agensi kerajaan yang bertanggungjawab menjayakan projek ini. Sebarang urusan dan pertanyaan hendaklah diajukan kepada: Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Aras 2 & 4 Blok B Utara Pusat Bandar Damansara Peti Surat 12579 50644 Kuala Lumpur u/p: Dato’ Nadzri Bin Yahaya Ketua Pengarah Tel: 03-2092 4488; Fax: 03-2093 5982 Lamanweb: www.kpkt.gov.my 5. Pihak bertanggungjawab untuk projek ini adalah Majlis Perbandaran Kangar (MPK) seperti di alamat di bawah: Majlis Perbandaran Kangar 192 Persiaran Jubli Emas 01000 Kangar, Perlis Tel: 04 976 2188; 04 976 2688 Fax: 04 976 6052

Ringkasan Eksekutif Sanitary Landfill Rimba Mas 1

Embed Size (px)

Citation preview

DETAILED EIA REPORT FOR THE PROPOSED SANITARY LANDFILL AT RIMBA MAS, MUKIM TITI TINGGI, PERLIS

Prepared by: MAB ENVIRONMENTAL CONSULTANTS SDN BHD Ringkasan Eksekutif; Page 1 Kuala Lumpur

RINGKASAN EKSEKUTIF PENGENALAN 1. Tajuk laporan ini ialah “Laporan Terperinci Penilaian Kesan Kepada Alam

Sekeliling (DEIA) untuk Projek Yang Dicadangkan Membina Tapak Pelupusan Sampah Sanitari di Rimba Mas, Mukim Titi Tinggi, Perlis. Tajuk ini akan seterusnya dirujuk sebagai Projek yang dicadangkan.

2. Projek ini akan melibatkan kawasan tanah seluas 29.87 hektar, di atas Lot

5149 di Rimba Mas, Mukim Titi Tinggi, Perlis yang merupakan tanah milik Kerajaan. Buat pada masa ini, tapak ini merupakan kawasan tertinggal yang dikelilingi ladang getah Felda dan berdekatan dengan satu kuari batu kapur yang terletak di kawasan timurlaut juga dipunyai oleh Felda. Koordinat tapak adalah 70076 m N, 39915 m E.

3. Projek yang dicadangkan tertakluk di bawah item 18(b) Jadual Aktiviti yang

ditetapkan dalam Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 1987 yang menspesifikasikan aktiviti tersebut sebagai:

18. Pengolahan dan Pelepusan Pembuangan (b) Buangan Pepejal Bandaran

(iv) Pembinaan kemudahan-kemudahan penimbusan tanah buangan pepejal

4. Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) di bawah Kementerian

Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) adalah agensi kerajaan yang bertanggungjawab menjayakan projek ini. Sebarang urusan dan pertanyaan hendaklah diajukan kepada:

Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Aras 2 & 4 Blok B Utara Pusat Bandar Damansara Peti Surat 12579 50644 Kuala Lumpur

u/p: Dato’ Nadzri Bin Yahaya Ketua Pengarah Tel: 03-2092 4488; Fax: 03-2093 5982 Lamanweb: www.kpkt.gov.my

5. Pihak bertanggungjawab untuk projek ini adalah Majlis Perbandaran Kangar

(MPK) seperti di alamat di bawah:

Majlis Perbandaran Kangar 192 Persiaran Jubli Emas 01000 Kangar, Perlis

Tel: 04 976 2188; 04 976 2688 Fax: 04 976 6052

DETAILED EIA REPORT FOR THE PROPOSED SANITARY LANDFILL AT RIMBA MAS, MUKIM TITI TINGGI, PERLIS

Prepared by: MAB ENVIRONMENTAL CONSULTANTS SDN BHD Ringkasan Eksekutif; Page 2 Kuala Lumpur

6. MAB Environmental Consultants Sdn. Bhd. (MAB) telah dilantik sebagai Perunding DEIA (Penilaian Kesan Terhadap Alam Sekitar). MAB boleh dihubung di alamat seperti di bawah:

MAB Environmental Consultants Sdn Bhd Suite A1601 & A1602 16

th Floor, Tower A, Menara Atlas

No. 5, Jalan 4/83A, Off Jalan Pantai Baru 59200 Kuala Lumpur. u/p: Dr. M. A. Badri

Prinsipal Tel: (6)03-2287 4688, 2287 8968, 2287 9928 Fax: (6)03-2287 8488, 2287 4868 Email: [email protected]

7. Kerajaan Malaysia telah melantik IK Consult Sdn Bhd sebagai Jururunding

Kejuruteraan dan Rekabentuk. Skop kerja yang diberi adalah dari rekabentuk konsep hingga ke rekabentuk terperinci. Alamat surat menyurat IK Consult adalah seperti tertera di bawah:

IK Consult Sdn Bhd No 7, Jalan Tun Salleh Ismail Taman Pertiwi Seriab 01000 Kangar, Perlis

u/p: Ir. Latifsham bin Ariffin

Tel: 04-977 1754; Fax: 04-977 1754 Email: [email protected] 8. Kerajaan Malaysia juga telah melantik Juruukur Tanah dan urusan surat

menyurat adalah seperti di bawah: Etika Ukur Consultants E5, Kompleks Kangar Persiaran Jublee Emas 01000 Kangar, Perlis

u/p: En. Md Aris bin Ismail Tel: 04 977 2207 Fax: 04 977 2027

E-mail: [email protected] PENYATAAN KEPERLUAN 9. Senario terkini menunjukkan ada keperluan mendesak supaya dilakukan satu

penyelesaian komprehensif tentang pengurusan sisa pepejal di Negeri Perlis. Ini termasuk pembinaan tapak pelupusan (TP) sampah sanitari yang tidak terlalu jauh dari kawasan bandar dan tempat pertumbuhan ekonomi di Perlis. Adalah sangat penting juga di cari tapak baru bagi mengganti tapak pelupusan sampah di Padang Siding. TP di Padang Siding merupakan tapak pelupusan

DETAILED EIA REPORT FOR THE PROPOSED SANITARY LANDFILL AT RIMBA MAS, MUKIM TITI TINGGI, PERLIS

Prepared by: MAB ENVIRONMENTAL CONSULTANTS SDN BHD Ringkasan Eksekutif; Page 3 Kuala Lumpur

sampah secara terbuka yang mana akan dijangka tamat operasi dan akan ditutup pada tahun 2014.

10. Dengan operasi TP di Padang Siding berbaki hanya tiga tahun lagi dan

ketiadaan lokasi yang bersesuaian untuk pembinaan tapak pelupusan sampah sanitari, adalah menjadi satu keperluan mendesak sebuah fasiliti seumpamanya dibina di Rimba Mas. Memandang ketiadaan tapak pelupusan sampah sanitari di Perlis, kawasan tapak baru yang menggantikan Padang Siding perlu dibina dan beroperai sebagai tapak pelupusan sampah sanitari, bersesuaian dengan Pelan Kajian Strategi Kebangsaan terhadap Pengurusan Sampah Pepejal, 2005.

PEMILIHAN TAPAK 11. Tapak cadangan telah dipilih berdasarkan penilaian tapak yang telah

dilakukan oleh pehak Kerajaan terhadap beberapa kemungkinan kawasan. Beberapa factor telah diambilkira:

a. Meluaskan tapak pelupusan di Kuala Perlis

Bekas tapak pelupusan sisa pepejal sebesar 8 ekar di Kuala Perlis merupakan tanah Kerajaan Negeri yang telah ditutup operasinya pada tahun 2007. Penutupan secara selamat telah dilakukan pada 2009 dan selepas itu semua sampah mula dilupuskan di Padang Siding. Pembesaran kawasan ini tidak wajar memandangkan beberapa masalah teknikal dan isu tanah.

b. Meluaskan tapak pelupusan Padang Siding

Kawasan sebesar 21 ekar ini juga merupakan tanah Kerajaan Negeri yang mana beroperasi adalah dijangka sehingga 2014, dan selepas itu penutupan secara selamat akan dilakukan. Kawasan ini sudah menghadapi beberapa isu sosial yang perlu ditangani. Antara masalah sedia ada adalah pengutip sampah (“scavengers”), bau busuk, haiwan perosak dan masalah estetika kerana kawasan ini adalah kawasan pelupusan terbuka. Pembesaran tapak juga tidak disarankan kerana masalah teknikal dan isu tanah yang rumit.

c. Pembelian tanah individu

Pembelian tanah adalah perlu seluas antara 40 hingga 60 ekar dan perlu memenuhi pelbagai criteria penting. Opsyen ini terbatas dengan kos pembelian yang tinggi serta kesukaran mencari kawasan yang bersesuaian.

d. Membawa sisa pepejal keluar( dari Negeri Perlis)

Opsyen ini tidak boleh dilaksanakan atas pelbagai isu politik dan isu sosial yang melibatkan perpindahan sisa pepejal ke negeri lain. Lagi pun opsyen ini tetap akan melibatkan pembelian tanah di negeri jiran dan ini melibatkan kos yang tinggi.

e. Penambakan pulau buatan di perairan Perlis Penambakan pulau buatan boleh dilakukan di perairan Perlis dan direkabina khas untuk keperluan pembinaan tapak pelupusan sisa

DETAILED EIA REPORT FOR THE PROPOSED SANITARY LANDFILL AT RIMBA MAS, MUKIM TITI TINGGI, PERLIS

Prepared by: MAB ENVIRONMENTAL CONSULTANTS SDN BHD Ringkasan Eksekutif; Page 4 Kuala Lumpur

pepejal. Namun demikian, faktor-faktor seperti masa, kos pembinaan dan penambakan, kos pengangkutan serta isu alam sekitar seperti impak terhadap nelayan pantai, laluan kapal serta isu politik menyebabkan opsyen ini tidak menarik.

f. Pembangunan tapak di Rimba Mas

Pembangunan tapak pelupusan di Rimba Mas adalah merupakan opsyen yang paling baik kerana segala opsyen lain tidak memenuhi kriteria yang terpilih serta membabitkan kos yang sangat tinggi. Tapak tanah kepunyaan Kerajaan di Lot 5149 Rimba Mas, Mukim Titi Tinggi, Perlis ini telah dipilih oleh pihak Kerajaan.

12. Tapak yang berpotensi, antara yang lain-lain yang dinilaikan, adalah

berdasarkan kesesuaian teknikal, kemesraan alam sekitar, keadaan fizikal, kebolehan pengambil-alihan tanah, implikasi pengangkutan, implikasi sosial, muatan jangka panjang dan pelan menyeluruh pengurusan sampah kerajaan. Kesimpulan daripada penilaian tersebut itu, adalah dikenal pasti bahawa tapak di Rimba Mas, Mukim Titi Tinggi adalah kawasan yang paling sesuai untuk dijadikan tapak pelupusan sampah sanitari.

13. Tapak yang dipilih seterusnya dinilai mengukit kriteria “ EIA Guidelines for

Municipal Solid Waste and Sewerage Treatment and Disposal Projects, Department of Environment, Ministry of Science, Technology and Environment, Malaysia, December 1995, EG 12/95” yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar.

PEMILIHAN PROJEK 14. Pemilihan sistem pelupusan sampah pepejal adalah spesifik dari segi tapak

dan adalah berdasarkan kepada konsep “Best Available Technology Not Entailing Excessive Cost (BATNEEC)” dan juga “Best Practical Environmental Option (BPEO)”. Sistem yang berkesan hendaklah bersinambungan dari segi alam sekitar dan dari segi ekonomi.

15. Pemilihan tapak pelupusan sampah sanitari di tapak yang dicadangkan ini

merupakan sebahagian daripada saranan pada Pelan Kajian Strategi Kebangsaan Terhadap Pengurusan Sampah Pepejal, 2005. Sistem yang terpilih akan merangkumi pengutipan sisa pepejal di Perlis dan penghantaran ke tapak pelupusan yang dicadangkan di Rimba Mas.

16. Opsyen insinerator tidak dipertimbangkan atas sebab isi padu sisa pepejal

yang rendah dan tidak kos efektif. PENILAIAN TEKNOLOGI TAPAK PELUPUSAN SAMPAH SANITARI 17. Berdasarkan kepada penyelidikan yang dijalankan di Universiti Fukuoka,

Jepun, sistem semi-aerobik mempunyai beberapa kelebihan berbanding sistem aerobik. Ia telah dibuktikan mempunyai kurang masalah dan mudah pula diurus. Tapak pelupusan semi-aerobik menjana kurang gas berbahaya seperti methane dan hidrogen sulfid serta kurang kepekatan BOD.

DETAILED EIA REPORT FOR THE PROPOSED SANITARY LANDFILL AT RIMBA MAS, MUKIM TITI TINGGI, PERLIS

Prepared by: MAB ENVIRONMENTAL CONSULTANTS SDN BHD Ringkasan Eksekutif; Page 5 Kuala Lumpur

18. Semua aspek teknikal lain adalah berkait rapat dengan mematuhi piawaian antarabangsa termasuk sistem perlindungan alam Sekitar.

HURAIAN PROJEK 19. Tapak cadangan akan menerima sampah yang dijana di kawasan Perlis

dengan anggaran 150 mT/hari dan adalah bercirikan jenis semi-aerobik, dengan memenuhi semua keperluan kepentingan alam sekitar. Tiada sisa klinikal dan berbahaya akan diterima.

Ciri-ciri sisa pepejal 20. Kajian terkini tentang cirri-ciri sampah pepejal yang telah dilakukan oleh

JPSPN (2010) adalah yang paling relevan untuk tapak cadangan pelupusan sisa pepejal di Rimba Mas, Perlis (sila lihat Appendix 6.1). Ia menunjukkan bahawa sisa makanan dan bahan organik merupakan komponen sampah utama dari sektor perumahan. Kajian JPSPN tersebut memberikan maklumat menyeluruh dari aspek kandungan terperinci sampah yang terhasil, yang dikitar semula dan yang dilupuskan di TP Padang Siding di Perlis.

Pembangunan Kawasan Tapak 21. Kawasan tanah yang dicadangkan untuk tapak pelupusan ini mempunyai

topografi yang rata, terletak di dalam kawasan estet getah sekim peneroka Felda. Kawasan tapak ini di penuhi lalang (Imperata cylindrica) dan jenis rumput-rampai lain yang mudah hidup dan merebak luas. Fasa permulaan kerja kelak akan melibatkan pembuangan rumput-rampai ini dan disusuli dengan penyediaan tapak, dan kemudiannya nanti dituruti dengan fasa pembangunan tanah. Fasa pembinaan yang menyediakan semua fasiliti pelupusan sampah sanitari pula akan dilakukan kemudian.

Komponen Projek 22. Komponen yang akan dibina di tapak Pelupusan Sisa Pepejal Rimba Mas

(RMSL) adalah seperti berikut:

i. Sel 1 ii. Sel 2 iii. Sel 3 iv. Sel 4 v. Sel organik vi. Sel inert vii. Fasiliti kitar semula viii. Tapak rawatan larut lesapan (termasuk kolam larut lesapan) ix. Kolam pemantauan biologi x. Tapak simpanan material untuk “capping” xi. Tapak kompos xii. Tapak bangunan dan fasiliti xiii. Bangunan pentadbiran xiv. Laluan/jalan 5m (internal) xv. Zon pemampan xvi. Kawasan ban (bund)

DETAILED EIA REPORT FOR THE PROPOSED SANITARY LANDFILL AT RIMBA MAS, MUKIM TITI TINGGI, PERLIS

Prepared by: MAB ENVIRONMENTAL CONSULTANTS SDN BHD Ringkasan Eksekutif; Page 6 Kuala Lumpur

Pembangunan Infrastruktur dan Bangunan 23. Untuk fungsi penuh kemudahan tapak pelupusan sampah sanitari ini, operasi

dan pengurusan yang melibatkan pelbagai komponen infrastruktur berkaitan seperti peparitan, kemudahan lampu, pagar, bangunan pejabat, kemudahan membasuh kenderaan serta papan tanda akan didirikan. Meratakan dan menambak tanah perlu dilakuka untuk penyediaan tapak. Jaringan jalan di kawasan tapak projek adalah juga diperlukan untuk memudahkan laluan kenderaan pembinaan. Kemudahan lain seperti bekalan air, elektrik, keselamatan juga akan disediakan.

Spesifikasi Projek dan Huraian Proses 24. Rekabentuk asas disediakan oleh Perunding IK Consult Sdn Bhd dan

dikemukakan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Secara amnya rekabentuk asas telah dipersetujui oleh KPKT (sila lihat Appendix 6.2).

25. Tapak pelupusan direka, dan akan dibina serta akan beroperasi mengikut

prinsip dan polisi berikut:

• Menerima sampah domestik dari Perlis mengikut kawasan jajahan di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kangar,

• Beroperasi sebagai tapak pelupusan sampah sanitari yang boleh mengurangkan pencemaran alam sekitar,

• Mengunakan sistem semi-aerobik,

• Merawat air larut lesapan ke paras yang ditetapkan dan secara upaya mengekalkan pelepasan sifar (zero discharge) terhadap air larut lesapan yang terjana oleh operasi pelupusan. Jika ada pelepasan, effluen hendaklah dirawat hingga piawaian yang ditetapkan sebelum dilepaskan.

• Mengadakan langkah-langkah yang boleh mencegah bahaya dan malapetaka,

• Pembangunan seimbang dengan keadaan dan kawasan sekeliling, dan

• Memberi manfaat kepada kawasan dan keadaan sekitaran selepas penutupan operasi tapak pelupusan.

26. Penjagaan alam sekitar akan merangkumi aspek berikut:

• Zon pemampan di mana loji rawatan larut lesapan akan dibina jauh dari kawasan kediaman,

• Penyediaan sistem rawat larut lesapan yang memenuhi keperluan peraturan alam sekitar

• Penggunaan sistem dua pelapik (“liner”); pelapik pertama adalah pelapik tanah liat, manakala pelapik jenis HDPE yang dipasang menegak untuk mengelak pencemaran air bawah tanah. Pelapik jenis HDPE yang dipasang secara horizontal akan mengikut ketinggian empangan,

• Sistem kawalan air bawah tanah akan dipasang di atas pelapik untuk mengumpul semua air larut lesapan yang terhasil dan dihantar ke kolam rawat larut lesapan,

DETAILED EIA REPORT FOR THE PROPOSED SANITARY LANDFILL AT RIMBA MAS, MUKIM TITI TINGGI, PERLIS

Prepared by: MAB ENVIRONMENTAL CONSULTANTS SDN BHD Ringkasan Eksekutif; Page 7 Kuala Lumpur

• Selepas rawatan, air larut lesapan yang sudah dirawat akan disiram kembali ke sel-sel untuk mengurangkan pelepasan larut lesapan, yang akan dilepaskan melalui sistem paip. Sebelum dilepaskan terus ke Sungai Jerneh, larut lesapan yang telah dirawat perlu melalui kolam pemantauan biologi.

• Penyediaan salur (“vent”) gas pada sel-sel untuk membuang gas-gas yang terjana dari aktiviti penguraian sampah

• Penyediaan kambus bumi selepas longgokan sampah dilakukan untuk mengelak pencemaran bau serta kehadiran haiwan perosak seperti tikus, lalat, anjing liar dan sebagainya.

• Penyediaan sistem pengurusan air hujan (“stormwater”) untuk menyalurkan air hujan,

• Menyediakan kemudahan pemantauan yang mencukupi. Kriteria Penambakan Tanah dan Infrastruktur Pelupusan 27. Operasi pelupusan akan bermula dari bahagian hulu kawasan projek untuk

mengekalkan saliran semulajadi air hujan. Tanah kambus setebal 0.5 m akan dilepas setiap hari sebagai langkah pencegahan untuk masalah pembuangan sampah merata-rata, bau busuk serta resapan air hujan. Tanah kambus setebal 1.5 m akan dilepa di peringkat akhir. Laluan operasi tetap boleh digunakan walaupun pada hari hujan.

28. Kemudahan yang dibina akan mempastikan sampah selamat dikumpul dan

segera distabilkan, impak sekitaran ditebat, dan selepas dikambus, penggunaan tanah yang selamat dipastikan.

Rancangan Pengambilan dan Pelupusan Sampah 29. Tapak pelupusan ini akan mempunyai jangka hayat tidak lebih 25 tahun. Tiada

sisa klinikal dan berbahaya akan diterima di TP ini. Pelan operasi projek, kemudahan pelupusan sampah, penggunaan kenderaan berat serta tenaga manusia akan mengambil kira jumlah sampah yang akan diterima di tapak cadangan serta jumlah ulang-alik lori membawa sampah.

Pelan Umum Susunatur dan Zon Pemampan 30. Dua perkara yang diberi perhatian utama dalam menyediakan pelan susunatur

adalah pintu masuk utama dan ruang zon penampan. Tiga perkara yang menyumbang kepada impak alam sekitar adalah lokasi kerja pelupusan sampah, kemudahan pelupusan dan rawatan dan masalah masuk keluar kenderaan.

Rawatan dan Pelupusan Larut lesapan 31. Sebahagian besar air larut lesapan adalah terhasil dari resapan air hujan

kedalam sampah, dan sampah asal sendiri sudah pun mempunyai kandungan kelembapan yang tinggi berjulat dari 40 hingga 60%.

32. Jumlah larut lesapan yang dihasilkan pada Sel 1 (9.6 ekar) dijangkakan sebanyak 233 m

3/hari. Memandangkan operasi mengumpul larut lesapan

DETAILED EIA REPORT FOR THE PROPOSED SANITARY LANDFILL AT RIMBA MAS, MUKIM TITI TINGGI, PERLIS

Prepared by: MAB ENVIRONMENTAL CONSULTANTS SDN BHD Ringkasan Eksekutif; Page 8 Kuala Lumpur

adalah secara individual sel, maka adalah dijangka Sel 2 (9.3 ekar) akan menghasilkan jumlah larut lesapan sebanyak 216 m

3/hari, Sel 3 (9.1 ekar)

pula sebanyak 211 m3/hari dan Sel 4 (8.0 ekar) dijangkakan sebanyak 186

m3/hari.

Piawaian dan Opsyen Pelupusan 33. Dari kolam pemantauan biological, efluen yang telah dirawat akan dilepaskan

ke Sungai Jerneh untuk memenuhi keperluan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pencemaran Daripada Stesen Pemindahan Sisa Pepejal dan Kambus Tanah) 2009.

Keadaan Geologi / Hidrogeologi dan Sistem Lapik Liner 34. Kawasan tapak adalah rata dengan ketinggian antara RL 43.00m dan RL

39.00m. Kawasan utara agak tinggi sedikit dengan ketinggian RL 42.00 dan terus melandai ke selatan. Kesemua kawasan tapak adalah berada pada Kelas 1 Klassifikasi Cerun. Ciri geologi kawasan Mukim Titi Tinggi merangkumi Rimba Mas adalah terdiri daripada Formasi Chuping di barat manakala di sebelah timur pula terdiri daripada Formasi Kubang Pasu dan Singa. Kedua-dua formasi dikenalpasti dengan kehadiran bukit dan “outcrop” batukapur. Formasi Chuping meliputi dari utara ke selatan termasuk kawasan tadahan Sg Jerneh dan terdiri daripada batu kapur kristal yang besar serta tebal.

35. Terdapat sebatang anak sungai kecil yang mengairi kawasan projek di

bahagian Selatan, yang mengalir ke arah selatan dan akan bertemu dengan beberapa anak sungai lain sebelum bercantum dengan Sungai Jerneh. Sungai Jerneh mengalir ke arah barat daya menuju ke Sungai Chuping, kemudiannya mengalir ke arah selatan ke Sungai Jejawi dan akhirnya ke Sungai Perlis.

Tanah 36. Kajian tanah telah dilakukan oleh Kumpulan Ikram Berhad dengan

mengambilkira skop yang disediakan oleh JPSPN (Rujuk Appendix 7.4) seperti di bawah:

a. “Deep boring” b. “Standard penetration test (SPT)” c. “Diamond core drilling” d. “Prob JKR” e. Auger tangan f. Sampel terganggu / tidak terganggu g. Pengukuran takat air bawah tanah

Log “borehole” menunjukkan kehadiran tanah liat pada lapisan atas kebanyakkan profil tanah yang diambil pada kedalaman 3 m. Di bawah lapisan tanah liat, terdapat lapisan selut dan tanah liat yang agak tebal yang mengandungi sisa pasir dan kerikil. Lapisan pasir boleh didapati pada 3 “borehole”. Batu kapur yang luluhawa serta merekah boleh didapati pada

DETAILED EIA REPORT FOR THE PROPOSED SANITARY LANDFILL AT RIMBA MAS, MUKIM TITI TINGGI, PERLIS

Prepared by: MAB ENVIRONMENTAL CONSULTANTS SDN BHD Ringkasan Eksekutif; Page 9 Kuala Lumpur

kedalaman 2-3 m. Prob Macintosh menunjukkan kedalaman yang boleh dicapai hinggalah 3 m dengan tembakan sehingga 400.

Laluan Jalan 37. Jalan negeri Jalan Ladang Tebu (R16), ialah laluan utama terakhir bagi

kenderaan memindah sampah. Daripada simpang jalan ini, ia akan melalui jalan tanah ke arah kuari Felda yang berada sejauh kira-kira 700 m dari jalan Utama R16. Laluan ke tapak (“Right of Way, ROW”) akan menemui kawasan berpagar tapak projek di mana akan terletak pondok pengawal di sebelah kiri dan substesen TNB di sebelah kanan. Jaraknya kira-kira 90 m dari kawasan kuari, laluan ROW ini ialah khusus menghala ketapak dan adalah untuk kegunaan projek cadangan.

Konsep Rekabentuk Projek 38. Keadaan topografi semulajadi sedia ada yang rata akan digunakan untuk

membangunkan tapak pelupusan ini. Dalam merancang empangan penakung sampah, rekabentuk kemudahan hendaklah memenuhi objektif menghalang pengaliran keluar atau runtuhan lapisan sampah, dan mempastikan penakungan sampah yang selamat serta memintas aliran keluar larut lesapan yang terhasil dari tapak pelupusan melimpah keluar dari kawasan kerja sekiranya berlaku apa-apa kecemasan.

Kolam Kitar dan Rawatan Larut Lesapan 39. Larut lesapan yang mengalir dari tapak pelupusan menerusi lapisan sampah

adalah tercemar oleh bahan pencemar organik. Loji rawatan akan menstabilkan dan menyahtoksikkan bahan-bahan tersebut sebelum larut lesapan dialirkan ke kawasan air awam.

Pengurusan Air Hujan 40. Rekabentuk kejuruteraan untuk kerja-kerja pengurusan air hujan akan

mengikut “Urban Stormwater Management Manual (USWMM)” yang diterbitkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran, Malaysia (2000). Komputasi terperinci hidrologi dan hidrolik untuk rekabentuk kolam takungan air hujan telah dilakukan bagi rekabentuk banjir 10 tahun (Q10) dan 100 tahun (Q100). Didapati bahawa saiz kolam takungan yang dicadangkan adalah mencukupi bagi menakung aliran banjir sekali dalam 10 tahun dan sekali dalam 100 tahun.

Sistem Pelapik (“liners”) 41. Sistem dua pelapik akan digunakan. Pelapik pertama ialah lapisan tanah liat

yang tak telap. Untuk melindungi air bawah tanah dari dicemari oleh resapan larut lesapan ialah dengan pembinaan pelapik menegak HDPE di bawah empangan takungan sampah. Sebagai tambahan dan sebagai penyokong pelapik menegak, pelapik mendatar HDPE akan dihampar di bawah tapak takungan pelupusan sampah sanitari sehingga ke ketinggian empangan

DETAILED EIA REPORT FOR THE PROPOSED SANITARY LANDFILL AT RIMBA MAS, MUKIM TITI TINGGI, PERLIS

Prepared by: MAB ENVIRONMENTAL CONSULTANTS SDN BHD Ringkasan Eksekutif; Page 10 Kuala Lumpur

takungan sampah di mana ada potensi penakungan sementara larut lesapan. (sila Rujuk Bab 6 serta Appendix 6.2 dalam Volume 2).

Sistem Menyalur Gas 42. Sistem menyalur gas yang terdiri daripada paip gas di sepanjang cerun akan

dipasang untuk melepaskan gas tapak pelupusan keudara (sila lihat Appendix 6.2, Volume 2).

Tanah kambus 43. Bahan untuk kambus sampah akan diperolehi dari kawasan tapak sebanyak

yang boleh. Utiliti 44. Keperluan air akan menggunakan bekalan air yang dikhaskan kerana tiada

sistem paip menyalur bekalan air dikawasan ini. Air akan disimpan di dalam tangki yang diletakkan di tempat tinggi secara penggunaan pam. Bekalan elektrik untuk loji rawatan larut lesapan dan pejabat pentadbiran akan dibekalkan dari pencawang awam. Talian telekomunikasi akan disambung ke kawasan pentadbiran. Air kumbahan domestik akan dikumpulkan melalui sistem pembentungan dan akan dirawat terus di tapak projek.

Lain-lain 45. Fasiliti yang berkaitan termasuk laluan dan ROW serta pusat kitar semula.

Landskap yang memisahkan pandangan luar ke kawasan pelupusan sisa pepejal juga akan dilaksanakan.

46. Prosedur pemantauan alam sekitar akan memastikan projek ini akan mematuhi kesemua arahan dan keperluan JAS dan juga syarat kelulusan DEIA serta merencanakan sistem amaran awalan (“early warning”). Program pemantauan yang direncanakan akan dapat memantau perubahan atau kesan alam sekitar akibat daripada aktiviti pembinaan. Air kumbahan domestik akan dikumpul melalui sistem pengairan paip graviti dan akan dirawat di tapak rawatan larut lesapan.

PROGRAM DAN PANDUAN OPERASI 47. Operasi tapak pelupusan sampah sanitari akan bermula sebaik sahaja kerja

pembinaan siap dan dikomisyen dan dijangka akan siap seawal 2014. 48. Sampah yang dibawa masuk harus diperiksa jenis kandungan dan beratnya.

Maklumat mengenai lori sampah juga patut direkodkan. Adalah sangat mustahak operasi harian dikawal rapi bagi memenuhi aspek berikut:

• Kapasiti yang mencukupi di tapak pelupusan,

• Lapisan sampah yang stabil, dan

• Mempunyai langkah pencegahan pencemaran alam sekitar yang sewajarnya.

DETAILED EIA REPORT FOR THE PROPOSED SANITARY LANDFILL AT RIMBA MAS, MUKIM TITI TINGGI, PERLIS

Prepared by: MAB ENVIRONMENTAL CONSULTANTS SDN BHD Ringkasan Eksekutif; Page 11 Kuala Lumpur

49. Kaedah sel akan digunapakai sepanjang kerja harian pelupusan. Selepas akhir waktu kerja, sampah akan ditutup dengan mengkambus tanah setebal 50 cm bagi menghalang kebakaran spontan, mengelak sampah menjadi bertaburan serta mengatasi masalah bau serta haiwan perosak. Implimentasi kambusan dengan lapisan tanah akan dikelaskan kepada harian, perantaraan dan penutupan akhir.

Pemantauan alam sekitar 50. Sebelum perlaksanaan projek ini, satu Laporan EMP berpandukan peraturan

yang ditetapkan oleh JAS akan disediakan. Pelan pemantauan termasuklah :

• Pemantauan air bawah tanah,

• Pemantauan discaj efluen,

• Pemantauan larut lesapan yang telah dirawat,

• Pemantauan gas dari tapak pelupusan dan kualiti ambien udara,

• Kualiti aliran air awam (Sungai Jerneh),

• Pemantauan bau busuk, dan

• Pemantauan bunyi bising. SEKITARAN SEDIA ADA Iklim 51. Berdasarkan kepada data hujan dari Stesen Meterologi Chuping, kawasan

projek ini mengalami tadahan hujan yang sederhana dengan bulan Januari dan Februari sebagai bulan paling kering. Bilangan hari hujan pada bulan Januari adalah 4.8 hari manakala Februari adalah 5.2 hari. Hujan paling maksima turun pada bulan Ogos (16.8 hari) dan September (18.0 hari).

Kualiti Udara 52. Persampelan kualiti udara menunjukkan SO2, N02, H2S, CO dan CH4 tidak

dapat dikesan. Sisa-sisa TSP dan PM10 dapat dikesan di semua stesen. TSP

didapati pada julat 7 - 107 µg/m3

dengan stesen A1 mencatat nilai TSP

tertinggi. Persampelan PM10 pula mempunyai catatan 4 – 101 µg/m3. Namun

demikian, tahap yang dicatat oleh TSP dan PM10 adalah berada di bawah

had yang dibenarkan iaitu 260 µg/m3 dan 150 µg/m

3.

Bungi bising (hingar) 53. Ukuran bunyi bising sepanjang laluan dan di tapak meliputi dari 49.4 – 52.0 dBA

(Lavg). Bunyi bising yang dicatat adalah dari kegiatan manusia serta dari kenderaan yang melalui jalan berdekatan.

Kualiti Air Bawah Tanah 54. Keputusan analisis ke atas sampel air dari 9 perigi menunjukkan kualiti air

bawah tanah yang dianalisis itu berada dalam keadaan baik kecuali pada logam manganam dan besi.

DETAILED EIA REPORT FOR THE PROPOSED SANITARY LANDFILL AT RIMBA MAS, MUKIM TITI TINGGI, PERLIS

Prepared by: MAB ENVIRONMENTAL CONSULTANTS SDN BHD Ringkasan Eksekutif; Page 12 Kuala Lumpur

Flora dan Fauna 55. Komposisi flora di sekitar tapak projek adalah keseluruhannya lalang dan

spesis rumpai rumput yang selalu biasa ditemui. Oleh sebab itu, kerja- menebang pokok dan membersihkan tanah tidak mempunyai impak yang ketara memandangkan ia tidak bernilai konservasi.

56. Kawasan tapak juga bukan satu habitat fauna atau hidupan liar, dan tidak ada

spesis fauna yang terlindung. Terdapat jenis-jenis ular biasa yang selalu dijumpai serta hidupan rantai makanan saperti katak dan serangga yang biasa didapati di kawasan lalang terbuka.

Gunatanah dan Penduduk

57. Tapak cadangan terletak di dalam kawasan ladang getah sekim Felda. Status gunatanah kawasan sekeliling ialah berstatuskan pertanian. Tapak cadangan pula mempunyai status tanah sebagai “tapak pelupusan sampah”.

58. Tiada terdapat perkampungan atau penempatan manusia berhampiran tapak

projek ini kecuali beberapa rumah pondok yang didiami pekerja kontrak dari Thailand (pekerja Siam) yang bekerja di ladang getah ini.

Trafik 59. Di waktu sekarang, semua sisa pepejal yang dikutip oleh pemegang konsesi

meliputi kawasan-kawasan tersebut ini:

• Kawasan perumahan, dibuat tiga kali seminggu

• Kawasan bandar dan pekan (Kangar, Kuala Perlis, Padang Besar, Mata Ayer, Beseri, Bukit Keteri, Kaki Bukit) dibuat setiap hari, termasuk hari ahad

• Sepanjang jalan-jalan yang sudah dikenalpasti, termasuk kawasan-kawasan yang tidak membayar cukai, dibuat setiap hari, termasuk hari ahad

• Kawasan Tok Kandar, iaitu sebuah kampong kecil di dalam kawasan bandar Kangar, dibuat selang sehari

• Kawasan pasar di dalam bandar dan pekan, dibuat setiap hari berdasarkan ro-ro.

60. Pada masa ini lori sampah mengambil sampah dan menggunakan jalan-jalan

sapertimana yang ditunjukkan di dalam Jadual 7.14, menghala kepada TP di Padang Siding. Setiap hari boleh terdapat antara 38- 43 trip ke TP ini, dan sampah diambil dari seluruh negeri Perlis untuk dibuang. Lori-lori sampah berada di Kangar, Kuala Perlis, Padang Besar dan Pauh, dan membuat pengambilan sampah mengikut jadual masing-masing.

Survei sosio-ekonomi 61. Satu kajian sosio-ekonomi telah dilakukan di dua kawasan iaitu Felda Rimba

Mas dan Kg Kubang Tiga yang terletak paling berdekatan mengikut jalan laluan pada perimeter 5 km radius dari tapak projek yang dicadangkan.

DETAILED EIA REPORT FOR THE PROPOSED SANITARY LANDFILL AT RIMBA MAS, MUKIM TITI TINGGI, PERLIS

Prepared by: MAB ENVIRONMENTAL CONSULTANTS SDN BHD Ringkasan Eksekutif; Page 13 Kuala Lumpur

Penghuni Felda Rimba Mas adalah peserta sekim Felda yang mengerjakan ladang getah Rimba Mas mengikut prinsip dan kaedah peneroka Felda. Para peserta ini tidak mendiami di dalam kawasan ladang getah tersebut, sebaliknya mempunyai rumah masing-masing di kampong Felda Rimba Mas.

62. Kebanyakan responden yang ditemui memberi respons yang agak negatif

apabila memberi pandangan berkaitan projek yang dicadangkan, dan menyebutkan bakal masalah-masalah yang akan timbul saperti kemalangan jalan raya, kesesakan lalu lintas, bau busuk, haiwan perosak yang boleh membawa penyakit, masalah keselamatan dan susut nilai hartanah. Para pekerja asing estet dari Siam pula tidak memberi apa-apa komen apabila disoal, dan menyebutkan bahawa mereka adalah pekerja sahaja di ladang tersebut.

63. Oleh kerana tapak projek ini dikelilingi oleh kawasan pertanian sejauh jarak

hingga 5km radius, iaitu ladang getah, dan ladang tebu di bahagian timur Jalan Ladang Tebu, maka tiada usaha dibuat untuk mendapatkan maklumat mengenai status kesihatan manusia kerana tidak terdapat penduduk yang hidup berdekatan yang bakal boleh menerima kesan atau impak dari projek ini. Di kalangan para pekerja asing dari Siam pula yang diam didalam pondok-pondok kayu di dalam estet ini, tidak siapa yang mempunyai rekod lawatan ke klinik atau hospital, dan mereka juga tidak mempunyai apa-apa sungutan mengenai apa-apa penyakit, dan secara amnya tidak mempunyai apa-apa komen mengenai keadaan kesihatan masing-masing.

POTENSI IMPAK DAN LANGKAH-LANGKAH TEBATAN 64. Ketika waktu pre-pembinaan dan fasa pembinaan, untuk mengelak dari impak

yang buruk berlaku, semua aktiviti dan kerja-kerja pembinaan patut patuhi semua undang-undang kerajaan tempatan, termasuk segala peraturan berkaitan dengan kesihatan dan keselamatan yang dibawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerja (JKKP). Tambahan lagi, pemaju projek perlu pastikan segala pematuhan undang-undang yang berkaitan dibuat sebagai satu syarat di dalam kontrak.

65. Impak buruk yang berkemungkinan berlaku semasa fasa pembinaan adalah

berkisar kepada air larian permukaan yang boleh membawa kesan kepada alor berhampiran. Disebabkan ciri tanah yang rata, hakisan tanah tidak dijangka dan tidak membimbangkan jika semua langkah tebatan diambil. Impak dari laluan trafik pembinaan pula tidak dapat dielakkan, tetapi boleh diminimakan secara kawalan yang baik.

Proses 66. Kebanyakan segala potensi impak, iaitu bau busuk, pengeluaran gas,

penurunan kualiti air permukaan dan sub-permukaan akibat aktiviti operasi tapak pembuangan sanitari, iaitu pemindahan sampah, perataan dan penekanan, tanah kambus, pengeluaran larut lesapan, perparitan air hujan (“stormwater”) dan pengeluaran gas, boleh dilakukan tebatan menerusi langkah-langkah kejuruteraan yang dimasukkan kedalam rekabentuk dan diimplementasi ketika fasa operasi TP.

DETAILED EIA REPORT FOR THE PROPOSED SANITARY LANDFILL AT RIMBA MAS, MUKIM TITI TINGGI, PERLIS

Prepared by: MAB ENVIRONMENTAL CONSULTANTS SDN BHD Ringkasan Eksekutif; Page 14 Kuala Lumpur

Pengeluaran Larut lesapan 67. Larut lesapan adalah hampir keseluruhannya berpuncakan air hujan yang

meresap memasuki sampah di dalam sel, dan oleh itu ia bergantung kepada corak penurunan hujan di kawasan tapak projek. Pada bulan-bulan Disember hingga Februari yang selalu kering tidak akan terdapat banyak larut lesapan atau mungkin tiada langsung. Juga, larut lesapan yang telah di rawat akan disembor semula kepada TP untuk meminimakan jumlah isipadu larut lesapan yang akan didiscaj.

Kualiti Udara 68. Pada masa fasa pembinaan, kepekatan TSP diudara ambien yang diramal

adalah di bawah garispanduan kualiti udara ambien apabila terdapat langkah kawalan untuk mengurangkan pengeluaran habuk debu. Ketika fasa operasi, kandungan utama pengeluaran gas TP adalah methane dan karbon dioksida, dan sedikit pengeluaran hidrogen sulfid dan lain-lain gas bertoksik. Bahan partikulat juga dikeluarkan melalui aktiviti berkaitan iaitu dari pergerakan kenderaan bermotor diatas jalan yang tidak dialas. Langkah-langkah kawalan telah dicadangkan (Lihat Bab 9).

Model Anggaran Pengeluaran Udara Tapak Pelupusan (“Landfill Air Emissions Estimation Model”)

69. Untuk membuat anggaran mengenai jumlah gas tapak pelupusan yang boleh

dikeluarkan, model “US EPA Landfill Air Emission Model (US EPA, 1996)” telah digunakan. Model “Landfill Air Emissions Estimation Model” ini ialah berdasarkan “first order decay equation”, yang memberikan anggaran kadar pengeluaran untuk methane (CH4), karbon dioksida (CO2), dan “non-methane organic compounds atau NMOC”, dan senarai pencemar udara yang boleh dikeluarkan dari tapak pelupusan. Pengeluaran gas dari tapak pelupusan adalah didapati berada pada kepekatan yang rendah bagi apa-apa pencemar udara yang toksik. Juga oleh kerana tapak ini tidak menerima apa-apa buangan merbahaya atau yang bersifat toksik, maka pengeluaran gas toksik adalah tidak mungkin.

Modeling untuk Kualiti Udara Ambien 70. Berdasarkan pengeluaran kemuncak bagi gas methane dari tapak pelupusan,

purata kepekatan methane yang diramalkan di dalam udara ambien ialah antara 10 ug/m

3 dan 6,793 ug/m

3. Walau bagaimana pun, purata pengeluaran

gas methane dari TP, nilai yang di ramal ialah antara 5 ug/m3 dan 1,791 ug/m

3

dikawasan grid reseptor. Apabila pengeluaran dari TP ini ialah ditahap kemuncak, kepekatan NMOC udara ambient di dapati berada di antara 1 ug/m

3 dan 42 ug/m

3, dan antara 1 ug/m

3 dan 10 ug/m

3 , apabila model

tersebut didasarkan kepada pengeluaran TP yang di tahap purata.

Bau Busuk

71. Dengan wujudnya pengurusan TP yang baik dan kawalan tebatan bau busuk yang dicadangkan, maka purata 1-jam bagi bau busuk yang diramal adalah 1

DETAILED EIA REPORT FOR THE PROPOSED SANITARY LANDFILL AT RIMBA MAS, MUKIM TITI TINGGI, PERLIS

Prepared by: MAB ENVIRONMENTAL CONSULTANTS SDN BHD Ringkasan Eksekutif; Page 15 Kuala Lumpur

ou di 500m dari pusat tapak projek. Ini bererti apabila wujudnya kawalan bau busuk yang baik, bau busuk boleh dikesan di dalam kawasan tapak projek hanya pada satu jam se tahun. Bagi kes purata 24-jam, paras bau busuk yang diramal ialah rendah daripada 1.0 ou. Ini bererti bahawa bau busuk tidak akan dapat dikesan sepanjang waktu 24 jam dalam sehari.

72. Jika TP diurus dengan baik maka potensi masalah bau busuk daripada

pengeluaran gas di ramal tidak akan berlaku. Walau pun bagitu jika TP ini tidak di urus dengan baik, bau busuk boleh menjadi masalah, dan akan dapat dikesan sehingga 500m dari tapak projek.

Modeling Air Bawah Tanah

73. Satu model asas air bawah tanah bagi Perlis telah dibuat menggunakan model

konseptual batu akuifer yang retak (“fractured”) dengan beberapa lapis, yang adalah bersesuaian dan mengikuti variasi dalam permeabiliti disebabkan luluhawa dan keretakan (“fracturing”). Kod model ini dinamakan “Visual Modflow”. Kalibrasi di peringkat awal keatas model yang “steady state” telah dibuat keatas semua “head” yang di perhatikan. Kalibrasi transient telah dibuat menggunakan data pemonitoran paras air semasa Kajian Tanah (“soil investigation”) (sila lihat Seksyen 9.5, Bab 9). Keputusannya menunjukkan perkara berikut:

a. Rejim air bawah tanah tidak menunjukkan apa-apa pengaruh akibat dari keretakan (“fracture”) dan kaviti. Model tidak menunjukkan bahawa pengaliran air bawah tanah dikawal oleh keretakan tersebut. Ini berkemungkinan kerana keretakan dan kaviti tersebut terisi dengan bahan-bahan, atau pun terlalu kecil untuk memberi apa-apa impak.

b. Model juga menunjukkan bahawa air bawah tanah di dalam kawasan tapak ini tidak dipengaruhi oleh telaga yang dipam secara aktif (“active pumping well”).

c. Model menunjukkan bahawa impak dari operasi TP ini keatas regim air bawah tanah hanyalah pada skala yang setempat (“localised”). Pergerakan pencemar adalah berkemungkinan di halangi, untuk berada di dalam kawasan tapak ini sahaja atau ke arah hilir tapak.

74. Model menunjukkan paras air bawah tanah akan meningkat 1.0 m ke arah

hulu tapak projek, dan berkurangan 0.12 m ke arah hilir tapak projek. Corak pengaliran adalah satu perubahan dikeliling tapak projek. Pengaliran air bawah tanah dari Utara ke Selatan di sekat oleh pembinaan TP ini dan mungkin mengurangkan velositi air bawah tanah. Oleh kerana bahagian timur tapak ini berada di paras yang lebih tinggi dan berkeadaan kering, air bawah tanah akan mencari laluan ke barah barat, dan seterusnya kontour air bawah tanah akan mengikuti laluan di tepi struktur TP. Secara amnya, regim pengaliran adalah masih sama, iaitu pengaliran dari arah Utara ke Selatan di dalam kawasan tapak. Di peringkat regional pula, tidak akan ada apa-apa berlaku perubahan pada regim air bawah.

75. Bagi senario dimana ia terlepas dari sistem pelapik (“liner”) dua lapis ini (iaitu

senario “worst case”), larut lesapan akan mengalir kebawah kawasan TP di dalam zon batu kapur yang telah berluluhawa secara sederhana. Pergerakan pencemar adalah tersekat pada lapisan ini sahaja, iaitu di bawah TP.

DETAILED EIA REPORT FOR THE PROPOSED SANITARY LANDFILL AT RIMBA MAS, MUKIM TITI TINGGI, PERLIS

Prepared by: MAB ENVIRONMENTAL CONSULTANTS SDN BHD Ringkasan Eksekutif; Page 16 Kuala Lumpur

Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan

76. Ramalan dari EHA (“Environmental Health Assessment” atau Penilaian Kesihatan Persekitaran) menunjukkan impak kesihatan yang minima dikalangan pekerja yang sihat. Walau pun bagitu, beberapa kesan kesihatan boleh berlaku di kalangan pekerja yang sensitif, iaitu yang sudah pun mempunyai masalah penyakit pernafasan dan berpenyakit lelah. Walau pun usaha perlu diambil untuk mengurangkan pengeluaran habuk dari TP ini, pekerja yang bermasalah pernafasan dan berpenyakit lelah tidak harus di benarkan bekerja di TP. Pusat-pusat penempatan penduduk pula adalah terlalu jauh dari tapak projek ini dan tidak akan mendapat apa-apa impak kesihatan.

77. “Hazard quotient (HQ)” untuk komuniti yang terdedah sepanjang hidup

(“lifetime community exposure”) sewaktu fasa operasi projek ini boleh dikira untuk hidrogen sulfid dan benzin oleh kerana kedua-duanya mempunyai nilai RfC values dari USEPA. HQ tidak di dapati untuk hidrogen sulfid, dan adalah kurang dari 1 untuk sebatian NMOC saperti benzin. Oleh itu, risiko kronik dan impak kesihatan bukan-barah dari pendedahan hidrogen sulfid dan benzin di dapati boleh diterima.

78. Pelan Kesihatan dan Keselamatan perlu di sediakan dan dikuatkuasa. Perkara

penting yang perlu diambil kira termasuklah estetik, haiwan dan serangga perosak, tikus, burung, kebakaran, bau busuk, pengutip sampah di TP, pengeluaran gas dan larut lesapan. Langkah-langkah kawalan tambahan yang disyorkan adalah pengurangan pengeluaran debu dan butiran, pengurangan pengeluaran H2S, dan mengawal pembiakan haiwan dan serangga perosak serta mengawal penyebaran penyakit bersasaskan haiwan dan serangga perosak.

Penilaian Risiko 79. Tapak pelupusan ini dikelilingi oleh pokok-pokok getah yang dewasa selebar

lebih 1 km yang boleh bertindak sebagai penampan semula jadi. 80. Risiko letupan adalah tipis dan tidak mungkin wujud sebab gas yang

dikeluarkan ke atmosfera melalui “vents” daripada sel-sel mudah tersebar luas ke kawasan sekeliling. Kemungkinan letupan gas di TP yang dicadangkan ini bukanlah sesuatu yang membimbangkan, tetapi kebakaran disebabkan kemalangan perlu dielakkan secara bentuk kawalan yang spesifik. Resapan gas adalah dikawal oleh “vents” untuk membuangkan semua gas TP.

81. Rekabentuk kecurunan tapak pembuangan sampah ini perlu dibuat supaya

cerun yang dibina boleh memuatkan dan menahankan semua sampah yang dibuang di TP ini.

Geoteknikal 82. Di dalam senario “worst case” empangan tanah untuk penyimpanan sampah

boleh dipengaruhi oleh pergerakan tanah, keruntuhan tanah dan walau pun tidak berkemungkinan, juga boleh menyebabkan kegagalan. Impak dari

DETAILED EIA REPORT FOR THE PROPOSED SANITARY LANDFILL AT RIMBA MAS, MUKIM TITI TINGGI, PERLIS

Prepared by: MAB ENVIRONMENTAL CONSULTANTS SDN BHD Ringkasan Eksekutif; Page 17 Kuala Lumpur

keadaan “worst case” ialah kejatuhan bukan sahaja air dan larut lesapan tetapi juga sampah yang reput. Oleh itu satu program pemantauan untuk empangan tanah perlu disediakan dan diikuti semasa fasa salepas pembinaan dan fasa operasi.

Kolam Takungan Air Hujan (“Stormwater”), Loji Larut Lesapan dan Kolam Pengolakan Larut Lesapan 83. Impak yang minima adalah dijangka dari operasi fasiliti-fasiliti tersebut diatas

oleh kerana Kolam Takungan Air Hujan dan Kolam Pengolakan Larut Lesapan terletak di kawasan yang paling rendah di tapak ini. Walau pun bagitu, penjagaan yang kerap dan baik adalah perlu.

Bunyi Bising (Hingar) 84. Apabila TP yang dicadangkan ini beroperasi sepenuhnya, punca bunyi bising

ialah daripada kenderaan lori, dan “bulldozer” yang beroperasi di kawasan TP ini. Paras hingar tidaklah dijangka bagitu tinggi dan tambahan lagi kawasan ini di kelilingi oleh pokok-pokok getah, dan kawasan tapak ini juga jauh dari kawasan perumahan. Kontour bunyi bising menunjukkan paras hangar yang dibenarkan oleh garispanduan JAS, iaitu 65 dB di waktu siang, di kira pada perimeter sempadan.

Analisis Kos-benefit Persekitaran 85. Penilaian ekonomik yang dilakukan ialah bertujuan untuk membuat penilaian

impak projek yang dicadangkan ini daripada segala perkhidmatan yang boleh wujud. Ini memerlukan penilaian ekonomik pada perubahan (negatif dan positif) dari segala perkhidmatan berpuncakan pergerakan projek. Strim kos “discounted” (streams of discounted costs) untuk jangka waktu 25 tahun boleh dikaitkan dengan projek yang dicadangkan ini. Kadar 8% telah dipilih untuk mewakili kadar faedah pasaran yang sering digunakan untuk penilaian projek , sementara kadar 4% pula ialah kadar yang lebih bersesuaian untuk penilaian sosial.

86. Satelah didiskaunkan pada kadar 8%, jumlah nilai semasa (total present

value) pada strim kehilangan tahunan akan berjumlah -RM32,366,937 pada sepanjang jangkamasa 25 tahun. Jika kadar diskaun 4% diguna, nilai yang diperolehi ialah bersamaan -RM46,500,893. Angka-angka ini mewakili nilai semasa kos ekonomik persekitaran yang boleh dikaitkan dengan projek tersebut.

Sosio-ekonomi

87. Pembangunan TP secara pelupusan sampah sanitari di Rimba Mas ini akan

membawa lebih banyak impak positif dari negatif kepada semua penduduk oleh kerana akan wujudnya satu sistem pengurusan dan pelupusan sampah yang sistematik berdasarkan teknologi modern semasa dan yang terkini. Ia memuatkan berbagai sistem modern pengawalam persekitaran dari segi kawalan discaj effluen, kawalan pengeluaran gas, kawalan kualiti air bawah tanah, kawalan bau busuk, kawalan haiwan peracun perosak, kawalan

DETAILED EIA REPORT FOR THE PROPOSED SANITARY LANDFILL AT RIMBA MAS, MUKIM TITI TINGGI, PERLIS

Prepared by: MAB ENVIRONMENTAL CONSULTANTS SDN BHD Ringkasan Eksekutif; Page 18 Kuala Lumpur

penyakit, kitar semula dan guna semula bahan buangan dan pengurusan yang sistematik. Impak yang positif ialah keatas kebaikan bagi semua penduduk Negeri Perlis.

88. Untuk meyakinkan dan mendapat kepercayaan orang awam, adalah disyorkan

agar pehak berkuasa membuat penyebaran maklumat dan memberi penjelasan melalui media cetak dan media visual. Brocur dan papan tanda yang besar dan jelas adalah perlu. Contoh-contoh tapak pelupusan sampah sanitari dari luar negara harus di tonjolkan juga.

Perancangan 89. Pelan Tempatan Kangar yang baru perlu memuatkan komponen tapak

pelupusan sampah sanitari di Rimba Mas.

Trafik 90. Laluan baru yang satu sahaja, iaitu Jalan Ladang Tebu (R16) akan dilalui oleh

lori untuk menghala ke Rimba Mas, dan sepanjang jalan ini tidak ada apa-apa kawasan perumahan atau perkampungan, kecuali ladang-ladang pertanian (getah dan ladang tebu). Semua laluan lori sampah yang sekarang ini diguna akan diguna juga apabila TP di Rimba Mas beroperasi, dan oleh itu tidak ada apa-apa impak tambahan kepada keadaan sekarang.

91. Jalan akses yang ada sekarang ini, iaitu jalan tanah di dalam ladang getah ini

yang menghala ke tapak kuari akan digunakan dan akan dinaik taraf untuk memuatkan bilangan trip lori sampah sekitar 38 trip setiap. Oleh itu ini ialah satu usaha yang baik. Ia tidak melalui atau merentasi mana-mana perumahan, dan sekarang ini jalan tanah tersebut diguna oleh laluan bagi lori-lori kuari.

SARANAN

92. Perunding telah membuat saranan tertentu untuk program pemantauan,

langkah tebatan, penilaian tapak dan beberapa saranan umum di dalam Bab 15. Beberapa saranan utama disenaraikan di bawah:

(a) Penggerak Projek adalah dikehendaki memasukkan ke dalam Dokumen Kontrak dengan kontraktor semua langkah-langkah tebatan dan keperluan lain daripada JAS. Satu salinan Laporan DEIA yang telah diluluskan hendaklah diberikan kepada kontraktor dan penjelasan yang mencukupi diberikan untuk mempastikan pemahaman menyeluruh dan pematuhan penuh syarat-syarat kelulusan DEIA.

(b) Bagi mempromosi amalan kitar semula, disarankan supaya penggerak projek memasukkan kemudahan mengumpul bahan bahan boleh dikitar semula ke dalam pelan tapak pelupusan.

(c) Sangat perlu bagi pengoperasi TP ini nanti mengendalikan satu sistem berkesan pengurusan kawalan haiwan perosak. Ini memerlukan semua sampah yang diterima segera dikendalikan sebaik saja tiba di tapak. Misalnya ialah dikambus setiap hari dengan tanah; langkah kawalan

DETAILED EIA REPORT FOR THE PROPOSED SANITARY LANDFILL AT RIMBA MAS, MUKIM TITI TINGGI, PERLIS

Prepared by: MAB ENVIRONMENTAL CONSULTANTS SDN BHD Ringkasan Eksekutif; Page 19 Kuala Lumpur

haiwan perosak di dalam dan di luar kawasan projek, dan kebersihan maksimum dikekalkan dalam kawasan tapak pelupusan.

(d) Pemantauan dan kawalan pencemaran alam sekitar perlu dilakukan berterusan.

93. Kerangka Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) yang akan dikeluarkan oleh

penggerak projek hendaklah menangani semua isu yang telah dikenalpasti, termasuk kualiti air permukaan dan air bawah tanah, pencemaran tanah, bau busuk, kualiti udara, bunyi bising dan lalulintas, kesan kepada kesihatan, risiko yang berkaitan, gunatanah dan isu sosial. EMP hendaklah juga mengandungi pelan pemantauan selepas penutupan tapak pelupusan.

94. Semua pembangunan yang diluluskan hendaklah mematuhi syarat-syarat JAS

untuk EMP, yang mungkin memasukkan penyediaan pelan dan laporan saperti berikut:

(a) Pelan Pemantauan Kualiti Udara, Bau Busuk, Efluen dan Kualiti Air, (b) Pelan Pemantauan Bunyi (c) Pelan Pemantauan Kerja Tanah (d) Pelan Saliran (perlu dirujuk kepada JPS), (e) Laporan Pemantauan Hakisan Tanah dan Pergerakan Tanah, dan (f) Laporan Pematuhan.

95. Komitmen yang kuat dari kontraktor, perekabentuk dan pengoperasi projek adalah diperlukan untuk mengawal pencemaran, memastikan keselamatan dan juga bagi strategi pemantauan. Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) hendaklah dengan jelasnya menunjukkan langkah-langkah berjaga-jaga untuk kawalan keselamatan, dan langkah-langkah keselamatan operasi loji, dan juga mempunyai langkah berkesan bagi ketika operasi luarbiasa, kegagalan pelapik dan kegagalan operasi.