Upload
gptd-unisel
View
51
Download
0
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Saat syawal makin dihampiri, Ramadan juga hampir berlalu pergi, GPTD UNISEL sekali lagi mengeluarkan Risalah Madani bagi bacaan umum. Terdapat kupasan menarik tentang isu yang ingin diketengahkan di dalam bulan mulia ini seperti apa yang terjadi di selatan Thailand saat umat islam lain menjalani ibadat puasa dan juga apa antara amalan sunat yang boleh dilakukan di hari raya- Selamat membaca dan Selamat Hari raya dari kami GPTD UNISEL :)
Citation preview
1
2
JULAI 2015 MENJEJAK,MENELADANI,MEMIMPIN
MENARIK BULAN INI
Fokus-Antarabangsa Konflik Selatan Thailand
Fokus-Isu bulanan
Hari Raya Aidilfitri Tips -
Amalan Sunat Aidilfitri Aktiviti GPTD-
- Program SUZORA - Iftar Jamaie Darul Wardah
3
JULAI 2015 MENJEJAK,MENELADANI,MEMIMPIN
E-mel: [email protected]
Penasihat
En. Izwan Suhadak Bin Ishak
Editor
AKMAL ADLI BIN AHMED
Kolumnis Edisi April
MUHAMMAD FAKHRUL AMIRUDDIN BIN HAMDAN
NUR BALQIS HANNAH BT MOHD JAMIL
EKA SRI WAHYU BT IMAN SYAIFFUDIN
MUHAMMAD REDHWAN BIN MOHD DAUD
NUR ATIKA BINTI SAMSANUR
Diterbitkan Oleh: GRUP PENGKAJI TAMADUN DUNIA (GPTD) UNISEL
TEL : 013-3917122
FB : Gptd Unisel
E-mel : [email protected]
4
Assalamualaikum ... Setelah hampir sebulan berpuasa di bulan Rama-
dan, Syawal bakal menjelma . Umat Islam seluruh dunia
akan menyambut Hari Raya Aidilfitri beberapa hari lagi.
Di Malaysia khususnya, suasana raya semakin terasa. Pa-
ra pelajar sudah mula bercuti, ada juga yang sudah pu-
lang ke kampung halaman. Di mana sahaja, masyarakat
sibuk membuat persiapan untuk menyambut hari raya.
Namun, dalam keseronokan ingin menyambut hari raya,
perlu diingat bahwa Ramadan belum berakhir. Rebutlah peluang yang masih berbaki
ini untuk memperbanyakkan amalan dan apabila ia berakhir,teruskan istiqamah da-
lam beribadat. Pabila Syawal tiba, sambutlah hari kemenangan ini dengan meriah.
Berbelanjalah dengan bijak untuk mengelak pembaziran. Bagi yang memandu pu-
lang ke kampung, berhati-hatilah agar kepulangan anda disambut dengan kegembi-
raan. Teruskan amalan bermaaf-maafan serta ziarah-menziarahi untuk mengeratkan
lagi ikatan silaturrahim. Amalan ini juga merupakan ibadat dan InsyaAllah, besar
ganjarannya jika dilakukan dengan ikhlas.
Akhir kata, saya mewakili GPTD Unisel ingin memohon seribu kemaafan atas
segala kesalahan dan kekurangan selama ini. Terima kasih atas teguran kerana ia
mebantu meperbaiki diri. Sekian
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin
JULAI 2015 Tutur Editor
Salam Aidilfitri
Akmal Adli Ahmed
-Editor Risalah Madani -
AIDILFITRI MENJELMA LAGI...
5
JULAI 2015 Nukilan Presiden
Bismillahir rahmanir rahim. Assalamu 'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Syukur ke hadrat ilahi dengan limpah dan kurnia-Nya kita masih dapat merasa nikmat kehidupan serta bernafas di
muka bumi Allah s.w.t yang luas ini. Sahabat yang dihormati sekelian, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu
Akbar, Walillahilhamd. Pada kesempatan ini, kita renungi bersama sepanjang kita berpuasa sebulan di bulan
Ramadan ia merupakan suatu cabaran dan dugaan yang harus kita tempuhi. Mahu tidak mahu kita merasakan
sebulan ini hanyalah suatu jangka masa yang singkat. Tetapi bagi orang yang mempunyai sifat sabar yang tinggi,
mereka yakin bahawa ia mampu menggunakan masa sesingkat ini untuk memaksimakan serta memperbaiki
setiap amalan kerohaniannya.
Kita sedar bahawa pelbagai perkara yang berlaku pada muktahir ini yang memerlukan penelitian secara
mendalam dan khusus mengenai mehnah yang berlaku. Seperti apa yang berlaku di Plaza Low Yat Kuala
Lumpur. Kes pergaduhan antara kaum ini memberi suatu gambaran negatif dan persepsi kepada masyakarat
yang berbilang bangsa dan kaum di negara ini. Pergaduhan bukanlah suatu jalan penyelesian yang baik serta
sifat mengapi-apikan atau melaga-lagakan antara dua pihak juga merupakan tidakan yang tidak bijak. Kita juga
sering kali mendengar bahawa bulan Ramadan ini merupakan madrasah bagi umat Islam melatih diri dalam
mendidik jiwa bersabar dalam segala hal. Seharusnya kita sebagai umat Islam menonjolkan sikap perihatin serta
akhlak budi pekerti yang baik kepada yang bukan Islam. Itulah sebenarnya peranan madrasah Ramadan ini,
apabila masuk sahaja ke dalam madrasah ini bukan hanya tercatat larangan tidak boleh makan dan minum di
siang hari tetapi ia merangkumi keseluruhan cara hidup, akhlak serta tingkah laku.
Kerana itu, hati mesti dipimpin agar ia menjadi bersih dan baik. Kerana membersihkan hati adalah wajib. Bila ia
bersih, akan membersihkan seluruh kehidupan lahirnya. kita mesti melawan dan membuang dengan memaksa
terus-menerus semua kehendak-kehendak nafsu yang rendah (jahat) dan dilarang oleh Allah. Selagi kita tidak
memaksa diri untuk membenci, memusuhi dan membuangnya secara terus-menerus dari diri kita, selagi itulah
nafsu jahat akan sentiasa menguasai dan memperhambakan kita yang disebut sebagai sifat Takhali. Kerana
kejahatannya itu, telah ramai manusia yang ditipu dan diperdayakan untuk tunduk dan bertuhankan hawa nafsu.
Ini ada diceritakan oleh Allah dengan rman-Nya:
Apakah engkau tidak perhatikan orang-orang yang mengambil hawa nafsu menjadi Tuhan, lalu dia dibiarkan
sesat oleh Allah berdasarkan ilmu-Nya. (Al Jasiyah: 23)
PERUTUSAN HARI RAYA AIDILFITRI :
MENDIDIK HATI DALAM BERSABAR
Oleh : MUHAMMAD FAKHRUL AMIRUDDIN BIN HAMDAN Ijazah Sarjana Muda Sains (kepujian) Teknologi Industri, Fakulti Sains & Bioteknologi
6
Sifat Takabur Menguasai Diri
Sifat takabur (sombong) adalah suatu sifat yang wajib dikikis dengan segera. Hampir semua dari kita
mempunyai sifat ego atau sombong ini. Imam Ghazali ada berkata bahawa sifat ego itu hampir-hampir mustahil
dapat dibuang semuanya dari jiwa manusia. Ulama su pernah berkata, setelah melakukan latihan melawan
hawa nafsu, sifat mazmumah yang paling akhir sekali keluar dari dirinya ialah kibir, sombong atau ego.
Bagaimanapun kita perlu berusaha untuk mengurangkan sifat ini dari dibelenggu diri dengan memaksa
hati untuk merasa dan mengakui kelemahan dan kekurangan sebagai manusia (hamba). Dalam perselisihan
pendapat atau pergaduhan kita dengan melibat orang lain misalnya, cuba rasakan kesilapan itu di pihak kita.
Atau paling tidak, akuilah bahawa kita juga turut bersalah. Bukankah ada pepatah mengatakan, Bertepuk
sebelah tangan masakan berbunyi.
Jika kita mampu dan berani mengakui kesalahan, maka mampulah kita merendahkan serta menundukan hawa
nafsu dengan meminta maaf. Hanya dengan meminta maaf sahaja dosa kita sesama manusia akan terhapus.
Janganlah kita berjalan di atas muka bumi ini dengan sombong kerana kekayaan yang kita miliki. Kekuatan kita
tentu tidak dapat membelah bumi dan ketinggian kita tetap tidak dapat menyamai bukit. Imam Syae pernah
berkata, Tidak akan mulia orang yang mengangkat diri dan tidak akan hina orang yang merendah diri. Sifat
berkasih sayang sesama manusia adalah sifat terpuji yang dituntut oleh Allah. Ia adalah lawan pada sifat
sombong, hasad dengki dan berdendam sesama manusia.
Selangkah Demi Selangkah
Madrasah Ramadan ini memberi sebuah pengajaran yang cukup besar buat umat Islam. Seharusnya
kita jugalah yang mengambil intipati serta semangat di dalamnya. Ingatlah sabda Rasulullah SAW pada
Sahabat-Sahabat ketika baginda berangkat pulang dari satu medan peperangan:
Kita baru balik dari satu peperangan yang kecil untuk memasuki peperangan yang besar. Bila para Sahabat
bertanya: Peperangan apakah itu? Baginda berkata: Peperangan melawan nafsu. (Riwayat Al Baihaqi)
Kedatangan bulan Syawal iaitu Hari Raya Aidil Fitri merupakan detik kemenangan bagi seluruh Umat Islam.
Hikmat puasa yang seharusnya membawa perubahan yang besar kepada Umat Islam. Kita seharusnya
bersyukur di atas segala rahmat dan nikmat daripada Allah s.w.t di atas kemenangan kita setelah melalui
Madrasah Ramadan dengan menjadi iktibar dan pengajaran buat diri. Dalam kita menyambut kedatangan
Syawal ini, penghayatan terhadap iktibar di bulan Ramadan seharusnya tidak dilupakan begitu sahaja.
Kegembiraan yang di sambut juga tidak berlebihan dengan lambakan pelbagai pembaziran makanan hingga ke
barang keperluan.
Seterusnya, akhir kata, mewakili seluruh barisan kepimpinan Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD Unisel)
mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf zahir dan batin jika terdapat kekurangan pada diri serta
kekhilafan yang tidak disengajakan. Kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada sekelian umat
Islam.
ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR, WALILLAHILHAMD.
JULAI 2015 MENJEJAK,MENELADANI,MEMIMPIN
7
JULAI 2015 MENJEJAK,MENELADANI,MEMIMPIN
8
JULAI 2015 FOKUS- TEMA BULAN INI
Amalan - amalan Sunat Aidilfitri
Eka Sri Wahyu binti Iman Syaiffudin
Hampir sebulan umat Islam di dunia ini difardukan keatasnya menahan lapar dan dahaga dalam usaha matlamatnya agar menjadi hamba yang bertaqwa. Walaupun Ramadan 1436 H ba-kal jauh meninggalkan kita, dan tidak mungkin kembali lagi ini biarlah sekadar hari dan masanya, tetapi semangat yang Berjaya di sinergikan ini dapat terus kekal didalam diri kita kerana tarbi-yah yang diperoleh dibulan Ramadan ini, bukan-lah sekadar Touch and Go di lebuhraya, tetapi pendidikan yang diterima diharap mampu mem-bentuk kita menjadi manusia yang lebih baik dari sebelumnya sementara menanti Ramadan yang tiada jaminan akan pertemuaannya lagi pada tahun 1437H. Ketika Rasullulah SAW menaiki tangga mimbar untuk membaca khutbah Jumaat,Rasulluh telah menyebut Amin sebanyak tiga kali. Lantas para sahabat yang melihat merasa pelik akan tindakan Nabi ini, lalu mereka bertanya: Wahai Rasulullah, sesungguhnya ketika engkau menaiki minbar engkau telah berkata amin, amin, amin. Baginda bersabda: Sesungguhnya Jibril telah datang kepadaku lalu dia berkata: Sesiapa yang sempat dengan bulan Ramadan dan tidak diberikan keampunan kepadanya lalu dia ma-suk ke Neraka, maka ALLAH akan menjauhkann-ya (dari rahmatNYA). Katakanlah amin. Lalu aku pun berkata amin. Dan sesiapa yang sempat hidup dengan ibubapa atau salah satu dari mereka berdua dan dia tidak berbuat baik kepada mereka berdua lalu dia mati, lalu masuk ke Neraka, maka ALLAH akan menjauhkannya (dari rahmatNYA). Katalah amin. Lalu aku pun berkata amin. Dan sesiapa yang mendengar namamu disebut di sisinya dan dia tidak bersolawat ke atasmu, lalu dia mati, lalu masuk ke Neraka, maka ALLAH akan men-jauhkannya (dari rahmatNYA). Katalah amin. Lalu aku pun berkata amin. Riwayat Abu Hurairah r.a)
Justeru itu, berbaki beberapa hari lagi ini, marilah kita sama-sama tidak berkira-kira melakukan ke-baikan serta berusaha meningkatkan ketaqwaan kepada Allah, agar matlamat kita untuk mencapai Qalbun Salim iaitu Jiwa sejahtera mampu dihidupkan didalam diri kita. Amin. Kali ini, saya ingin kongsikan beberapa amalan sunat sebelum dan semasa tibanya 1 syawal. Pertama, bertakbir di malam raya. Tidak kiralah, dimana dan dengan siapa, bagaimana keadaan kita, janganlah kita lupa untuk membesarkan dan meraikan kejayaan kita dapat kembali kepada fitrah dengan mengagung-agungkan Allah swt. Kedua, berdoa di malam raya. Ketika sedang sibuk membuat persiapan raya baik lelaki ma-hupun perempuan, ruangkanlah sedikit masa kita di malam raya untuk berqiamullail dan berdoa, memohon diampunkan dosa, diterima taubat kita dan menjadi insan yang lebih baik dari sebe-lumya. Ustaz Hj Zahzan Mohammad pernah me-nyebut dalam kuliah beliau, tanda Allah terima taubat seseorang, apabila si pelakau tawar hati untuk mengulangi kesalahannya. Ketiga, mandi sunat AidilFitri. Mandi yang dil-akukan seperti biasa tetapi bezanya adalah niat. Sahaja aku mandi sunat Aidil Fitri kerana Allah Taala. Keempat memakai baju yang bersih dan kemas. Pakaian yang dipakai tidakkah semestinya baru dan mahal, cukuplah sekadar meraikan keme-nangan kita melawan hawa nafsu dan menan-dakan kesyukuran kepada Allah swt. Pakaian yang keterlaluan juga tidaklah digalakkan kerana dikuathiri menyebabkan perasaan kurang senang dalam kalangan Jemaah di masjid.
9
JULAI 2015 MENJEJAK,MENELADANI,MEMIMPIN
Kelima, adalah sunnah menjamah makan sebelum ke masjid. Paling kurang, kurma atau minum air kosong.
Keenam, apakah ucapan yang diafazkan oleh Khair Qurun atau generasi terbaik ketika za-man Nabi swt, ketika bertemu dengan saudara seislamnya ketika hari raya ini. Mereka akan melafazkan, Takaallah Huminna Waminkun iaitu semoga Allah menerima ama-lanmu dan amalanku, maka sahabat digalakkan menjawab Amin, Selamat Hari Raya.
Ketujuh, sunat pulang dari masjid melalui jalan yang berbeza dari perjalanan kita ke mas-jid.
Tips cepumas. Menurut cadangan Ustaz Syaikh Nor Hisyam Tuan Padang, dalam kuliah beliau di radio IKIM F.m, berkenaan dengan pemberian duit raya. Adalah lebih baik jika duit raya yang ganjarannya sama seperti sedekah ini dilakukan di bulan Ramadan. Letak-kan syarat, Nah, ini duit raya tau, nanti masa raya jangan minta tau. Perkara ini jika diamalkan bukan sahaja memberi manfaat kepada kita tetapi juga kepada penerimanaya. Jika pekerja menerima duit raya dibulan Ramadan, maka bertambah baik persiapan per-ayaan mereka dan jika kanak--kanak, tidak mereka beraya hanya sekadar mahu duit raya, kesian mereka. Malah, di Arab dan Amerika, memberi duit raya tidak diamalkan. Justeru itu, mulakanlah dengan keluarga kita untuk beri duit Raya ketika di akhir Ramadan sebe-lum satu syawal.
Semoga dengan ulangkaji amalan sunat hariraya ini, mampu memberi kenang-kenang Ramadan terindah tersemat dalam sanubari kita. Ya Allah, kurnikanlah aku perasaan cinta kepadaMu, mendapat cinta mereka yang mencintaiMu dan mencintai amalan yang mendekatkan cintaku kepada cintaMu.
Selamat Hari Raya aidil Fitri, maaf zahir dan batin. Wassalam.
10
JULAI 2015 FOKUS- TEMA BULAN INI
RAMADAN SAHABAT SEJATIKU Disediakan oleh :
MUHAMMAD REDHUAN B. MOHAMMAD DAUD
Timbalan Presiden,
GPTD Unisel.
BACHELOR OF MATHEMATICS WITH STATISTICS (HONS).
Bulan Ramadan ialah bulan tarbiyyah bagi Ummat ini. Bulan yang khusus bagi Ummat akhir
zaman bagi mentarbiyyah diri kearah yang terbaik yang mencapai tahap ketaqwaan yang diterima oleh
Allah. Penulisan ini bertujuan untuk menjadi tatapan saya dan perkongsian bagi pembaca yang
dikasihi. Dengan semangat malam-malam terakhir di bulan Ramadan yang mulia, marilah kita senanti-
asa muhasabah diri dan menyusun atur setiap amalan seharian kita supaya masa tidak terbuang sia-sia.
Ramadan pada awal kedatangannya, dia tersenyum girang menyapa kita dan menggerakkan
hati kita supaya patuh dan taat kepada perintah Allah dan Rasul. Dapat dibuktikan dengan setiap mas-
jid di seluruh negara penuh dengan Jemaah sehingga tidak cukup ruang lagi. Dia menjadi teman yang
paling arif dengan keberkatannya kita pada awal Ramadan hati kita teguh taat mengerjakan segala
perintah Allah dan Rasul. Malaikat menyebarkan rahmat kepada orang mukmin lelaki dan perempuan
dan lagi membuatkan hati mereka tetap utuh dalam mengerjakan kebaikan. Kesannya, hati mereka su-
ka akan kebaikan dan benci kembali kepada kemaksiatan. Ramadan tersenyum indah kepada sahabat
ini kerana perubahan diri yang berubah atas kesedaran diri sendiri yang dipandu oleh Hidayah Allah.
Pada pertengahan Ramadan pula, hawa nafsu mula bergelora bagaikan kuda liar yang ingin
melepaskan diri dari tali ikatan yang kukuh dengan amokan yang dasyat. Hati kita mula merasakan
amalan yang telah sahabat Ramadan khususkan untuk kita membebankan kita. Kita mula meringan-
ringankan Haq sahabat Ramadan. Pada zahirnya, kita sudah tidak solat terawih lagi walaupun di mas-
jid atau rumah sendiri. Ada diantara kita sudah niat mahu solat terawih di rumah tapi sayangnya dia
tewas dengan hawa nafsu dan tidak dapat mengerjakannya seperti yang telah diniatkan. Niat baik akan
dicatat oleh malaikat, tapi adakah dengan niat saja tanpa amalan dan penghayatan yang mendalam
dapat menjadi kesaksian di depan Allah?. Pada batinnya pula, sudah lupa bermuhasabah diri dan terla-
lu asyik melihat kesalahan orang lain. Selain itu, amalan zikir dan fikirkan kebesaran Allah semakin
terhakis dalam amalan seharian. Hati berat kearah kebaikan dan cenderung kearah kemaksiatan dan
keburukan. Itulah tanda hati sudah sakit. Semoga Allah senantiasa memberi hidayah pada saya dan
pembaca supaya kita dapat menjaga haq-haq sahabat Ramadan seperti solat diawal waktu dan bagi
lelaki berjemaah di masjid, membaca Al-Quran dengan bertadabbur maknanya. Sahabat Ramadan mu-
la menunjukkan reaksi yang kurang senang melihat kita terhuyung hayang dibelenggu hati kita oleh
hawa nafsu yang bersifat kebinatangan yang buas.
11
JULAI 2015 MENJEJAK,MENELADANI,MEMIMPIN
Sahabat Ramadan terus berusaha mengajak
kita kearah kebaikan dengan bersungguh-sungguh
dalam pertukaran siang dan malam kerana semangat
cinta dan sayangnya akan kita yang tidak ada nok-
tahnya. Sahabat Ramadan membisikkan 10 malam
terakhir kepada kita dengan keagongan Fadhilatnya
serta amalan-amalan orang-orang soleh terdahulu
agar kita mencontohi mereka dari segi amali dan
ilmiahnya. Antaranya, menyuruh kita senantiasa
beristighfar memohon taubat sungguh-sungguh kita
takkan kembali kepada kemaksiatan. Hukama ber-
kata,maksiat itu lebih bahaya daripada Tsunami,
maksiat dalam diri kita mesti kita ambil tahu awal
dan buang daripada diri kita. Maksiat yang berlaku
di depan mata mesti kita cegah dan berikan nasihat
dengan penuh hikmah terhadap sasaran golongon
tersebut. Sentiasa memberikan penjelasan yang ter-
baik dan penyelesaian yang bagus dan mengikut
syariat. Tambahan lagi, sahabat Ramadan membi-
sikkan kepada kita cuba buka buku-buku agama
yang muktabar.Kesannya, Hati kita ringan membu-
ka kitab-kitab agama dan datang usrah setiap
minggu.
Sekadar perkongsian dari saya yang hina ini,
saya syorkan kalian membedah buku kitab Fad-
hilat Amal, karangan Shaikhul Hadith Hazrat Mau-
lana Muhammad Zakariya Rahmatullahialaih.
Sepanjang pembacaan, ia banyak membantu saya
memahami kemurnian Islam dengan susunan topik
yang teratur dan bermanfaat seperti Kisah Para Sa-
habat, Fadhilat Quran, Fadhilat Solah, Fadhilat
Zikir, Fadhilat Tabligh, Kemunduran Umat dan
Penyelesaiannya, Fadhilat Ramadan. Anggaplah ini
perkongsian ilmu yang bermanfaat bagi sesiapa
yang mahu manfaat. Sahabat Ramadan girang kem-
bali melihat kita kembali kepada jalan yang benar.
Sekarang, bukannya nafsu yang mengawal akal tapi
akallah yang mengawal dengan hidayah daripada
Allah. Islam pula tidak menyuruh nafsu dihapuskan
tetapi perlu dikawal. Sahabat Ramadan kembali me-
mandu kita dalam mengejar amalan 10 malam tera-
khir.
Bulan pun ingin beransur samalah seperti
kejadian malam dan siang, Sahabat Ramadan ingin
meninggalkan kita dalam keadaan hati kita patuh
kepada seluruh ajaran Islam dengan kefahaman
yang jelas. Sekali lagi, sahabat Ramadan menyuruh
kita menjaga haq-haq Solat. Dia juga menyuruh kita
berusaha besungguh-sungguh mencari ilmu supaya
kita lebih jelas Islam itu meliputi seluruh Ilmu. Is-
lam, Rahmatan lil Alamin. Setiap penuntut ilmu
mesti sadar bahawa Islam merangkumi Sains, Ma-
tematik, Bahasa, Politik, Ekonomi,Sosial atau ke-
masyarakatan, dan Pengurusan. Dengan niat benar-
benar ingin menuntut Ilmu pasti dengan mudahnya
Allah memberikan kita Ilmu hikmah kepada kita.
Dan itulah pengharapan terbesar sahabat Ramadan
supaya kita mendapat ilmu hikmah daripada Allah
dan senantiasa istiqamah dalam amal kebaikan dan
meninggalkan maksiat dan berada dalam limbayung
hidayah-Nya. Dengan segala yang telah disam-
paikan, maka sahabat Ramadan bergerak mening-
galkan kita dalam keadaan gembira yang tidak ter-
gambar kegembiraannya.
12
JULAI 2015 FOKUS ! - ANTARABANGSA
Ramadan Berdarah Selatan Thailand penulis: Amaisidious
Pada 11 Julai 2015 bersamaan 24
ramadan 1436 hiijrah, telah berlaku
beberapa siri letupan bom di Wilayah
selatan Thailand. Tujuh orang terkorban,
manakala 13 lagi cedera dalam empat siri
letupan bom di wilayah Songkhla dan
Narathiwat.
Serangan di Songkhla berlaku
apabila sebuah motosikal yang
mengandungi bahan peledak meletup di
Padang besar, dalam daerah Sadao kira-
kira pukul 8.45 waktu tempatan. Kejadian
itu mengakibatkan tiga orang terkorban
manakala lima lagi cedera.
Motosikal berkenaan dilaporkan
diletakkan bersebelahan sebuah bank
berhampiran sebuah pondok polis.
Sementara itu di Narathiwat, lapan orang
cedera selepas berlaku letupan di pusat
karaoke sebelum berlaku dua lagi letupan
bom yang menjadikan restoran sebagai
sasaran.
Semua insiden letupan di
Narathiwat berlaku di daerah Sungai
Golok. Menurut saksi, letupan yang
menyasarkan restoran terbabit berlaku
menggunakan bom paip buatan sendiri
yang dilemparkan oleh penunggang
motosikal yang tidak dikenali kira-kira
pukul 6.50 petang waktu tempatan.
Dalam perkembangan sama, pihak
polis Selatan Thailand turut membuat
satu kenyataan bahawa terdapat sebuah
kedai yang dibakar di Narathiwat pada
lewat malam sehngga mengakibatkan
tiga orang terkorban.
Jelas kenyataan itu lagi,
berhampiran lokasi kebakaran turut
berlaku kejadian tembakan yang
menyebabkan seorang lelaki Islam
berusia 35 tahun terbunuh. Tembakan itu
dilepaskan oleh seorang lelaki yang tidak
dikenali.
Begitulah realiti kehidupan di Wilayah
Melayu Islam di Selatan Thailand. Sejak
konflik pembunuhan beramai-ramai umat
Islam pada tahun 2004, bumi Melayu
selatan Thailand tidak aman lagi. Secara
purata, tiga orang dilaporkan mati setiap
hari akibat letupan bom atau kejadian
tembakan. Walaupun pihak berkuasa
menempatkan pasukan keselamatan di
seluruh kawasan namun konflik ini dilihat
seperti tiada penghujungnya.
Oleh itu, sebagai umat Islam marilah kita
sama-sama berdoa untuk keselamatn dan
kesejahteraan masayakat Melayu Islam
di sana kerana mereka adlah saudara-
saudara seagama. Mudah-mudahan
Ramadan serta Syawal yang bakal tiba
dapat disambut dengan meriah tanpa
pertumpahan darah.
13
JULAI 2015 GPTD SANA SINI
Assalammualaikum dan selamat menyambut Ramadan kareem 1436 Hi-
jrah. Alhamdulillah Ramadan kali ini GPTD Unisel telah melaksanakan Pro-
gram SUZORA (Sukarelawan zoo Negara) dengan jayanya. Program ini telah
melibatkan 42 orang mahasiswa Universiti Selangor Kampus Bestari Jaya. Ob-
jektif program ini adalah untuk menanam semangat kesukarelawan dalam diri
mahasiswa agar dapat menyemai bakti kepada masyarakat disamping menerap-
kan sifat kasih dan sayang terhadap haiwan.
Akhir kalam, dengan adanya program sebegini, Semoga Sukarelawan zoo
Negara yang terlibat tidak berhenti setakat ini sahaja untuk menimba seberapa
banyak ilmu pengetahuan melalui pen-
galaman tetapi juga sentiasa mengaplikasi-
kan ilmu yang telah diperoleh dalam
Program SUZORA
untuk pada masa
akan datang
justeru sepanjang
kehidupan mereka.
Program SUZORA Nur Atika Binti Samsanur
Exco Sukarelawan, GPTD Unisel
14
JULAI 2015 MENJEJAK,MENELADANI,MEMIMPIN
15
JULAI 2015 MENJEJAK,MENELADANI,MEMIMPIN
16
JULAI 2015 MENJEJAK,MENELADANI,MEMIMPIN
IFTAR JAMAIE DARUL WARDAH
17
JULAI 2015 GPTD SANA SINI
Pada 26/6/15 bersamaan 9 Ramadhan yang lalu. GPTD unisel sekali lagi
berjaya mengadakan program berbuka puasa bersama warga Darul Wardah dan
mualaf. Kehadiran relawan ke sana sangat dialu-alukan oleh pihak pengurus Da-
rul Wardah. Daripada taklimat yang
diberikan oleh Ustaz Zawawi dan
Ustazah Hazlina (Penaung Darul
Wardah) pentingnya untuk mahasiswa
cakna akan isu-isu sosial melibatkan
wanita muslim dan keseriusan maha-
siswa itu sendiri dalam memberi
kesedaran kesan pergaulan bebas
terutamanya dari peringkat sekolah
lagi.
Seterusnya program diteruskan
dengan penyampaian barang sumbangan beras dan keperluan dapur kepada 15
keluarga mualaf. Acara diteruskan lagi dengan majlis berbuka puasa. Pihak Da-
rul Wardah telah berbesar hati untuk menyediaan sedikit jamuan berbuka puasa
bagi meraikan keluarga mualaf yang hadir, warga darul wardah sendiri dan juga
para relawan yang datang dari Unisel.
Majlis juga diselangi oleh penyampain
tazkirah daripada setiap wakil yang hadir. Bagi
relawan GPTD Unisel, tazkirah kami telah di-
wakili oleh saudara Redhuan Daud dengan
tazkirahnya yang bertajuk barakah bulan Rama-
dhan. Pada sesi malam, kami turut sembahyang
maghrib, isyak dan terawikh berjemaah bersa-
ma-sama wakil yang hadir pada pada malam
itu.
Acara ditutupi dengan penyerahan bahan
bacaan sumbangan GPTD Unisel kepada pihak Darul Wardah.
18
JULAI 2015 MENJEJAK,MENELADANI,MEMIMPIN
19
GPTD UNISEL membuka keahlian kepada mana-mana individu
yang berminat menjadi sukarelawan GPTD. Sesiapa yang
berminat boleh emailkan (nama, no matrix, nombor telefon
dan email) anda ke [email protected] ataupun sms ke
nombor:
013-3917122