16
JANUARI 2015 PERCUMA KDN PP11723/12/2012 (032229) EDISI BM DITUBUHKAN PADA 1966 DI KUALA LUMPUR facebook.com/roketkini twitter.com/roketkini [email protected] www.dapmalaysia.org www.roketkini.com UNTUK AHLI SAHAJA J abatan Statistik pada 2011 menunjukkan hampir 50 peratus tenaga kerja di Malaysia adalah wanita, namun malangnya di bawah pemerintahan lebih 50 tahun UMNO- BN, golongan wanita berterusan diperlekehkan dalam segala bidang. Contoh diskriminasi ini dapat dilihat dengan jelas dalam kes seorang Guru Gantian Noorfadilla Ahmad Saikin pada tahun 2011 yang dibatal pelantikan sebagai guru hanya kerana beliau hamil. Pada 10 November lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam mengarahkan kerajaan membayar ganti rugi sebanyak RM300,000 beliau. Namun sehingga kini masih tidak ada jaminan bahawa perlindungan kepada kaum wanita yang bekerja di sektor swasta, manakala masih terlalu banyak penindasan berlaku. Wanita tidak wajar berterusan diketepi dan dihina sedemikian rupa di zaman moden. Harus diingat kita tidak lagi hidup di zaman kuno seperti di jazirah Arab pada era jahiliah yang menindas wanita dengan berjuta halangan, termasuk menjadi diobjekkan selain dianggap punca keaiban keluarga. Atas kesedaran itu, DAP sebagai sebuah parti yang menjunjung tinggi dan hak asasi manusia mengambil langkah ke depan dengan meminda perlembagaan parti bagi menetapkan kuota 30 peratus wanita di Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC). Ia bagi memperkukuhkan peranan wanita dan usul tersebut diluluskan sebulat suara dalam Persidangan DAP 14 Disember lalu. Malaysia pada 2000 menganggotai The Millenium Development Goals (MDGs), inisiatif global bertujuan mempromosikan kesaksamaan gender menjelang 2015, namun usaha itu nampaknya tidak ke mana tanpa langkah progresif dari kerajaan. Kegagalan dan ketidakpedulian ini jika dibiarkan akan lebih mendedahkan wanita kepada manipulasi politik dan eksplotasi ekonomi, sekaligus membelakangkan keadilan. Walhal, keadilan sosial tidak akan wujud tanpa keadilan gender. DAP PEJUANG HAK WANITA Kuota 30 peratus wanita untuk pimpinan parti, bakal diluaskan ke akar umbi > 4 & 5 PROJEK IC: LEBIH 5,000 MUKA SURAT LAPORAN RCI HILANG PERSIDANGAN DAP 2014: TERAJUI POLITIK BARU > 8-11 > 15 SIRI MENGENAL SOSIAL DEMOKRASI Bagaimana Sosial Demokrasi berfungsi dalam sesebuah kerajaan?

Rocket Edisi BM - Januari 2015

Embed Size (px)

DESCRIPTION

 

Citation preview

Page 1: Rocket Edisi BM - Januari 2015

JANUARI 2015

PERCUMAKDN PP11723/12/2012 (032229)

EDISIBM

DITUBUHKAN PADA 1966 DI KUALA LUMPUR

facebook.com/roketkini twitter.com/roketkini [email protected] www.dapmalaysia.org

www.roketkini.com

UNTUK AHLI SAHAJA

Jabatan Statistik pada 2011 menunjukkan hampir 50 peratus

tenaga kerja di Malaysia adalah wanita, namun malangnya di bawah pemerintahan lebih 50 tahun UMNO-BN, golongan wanita berterusan diperlekehkan dalam segala bidang.

Contoh diskriminasi ini dapat dilihat dengan jelas dalam kes seorang Guru Gantian Noorfadilla Ahmad Saikin pada tahun 2011 yang dibatal pelantikan sebagai guru hanya kerana beliau hamil.

Pada 10 November lalu, Mahkamah

Tinggi Shah Alam mengarahkan kerajaan membayar ganti rugi sebanyak RM300,000 beliau. Namun sehingga kini masih tidak ada jaminan bahawa perlindungan kepada kaum wanita yang bekerja di sektor swasta, manakala masih terlalu banyak penindasan berlaku.

Wanita tidak wajar berterusan diketepi dan dihina sedemikian rupa di zaman moden. Harus diingat kita tidak lagi hidup di zaman kuno seperti di jazirah Arab pada era jahiliah yang menindas wanita dengan

berjuta halangan, termasuk menjadi diobjekkan selain dianggap punca keaiban keluarga.

Atas kesedaran itu, DAP sebagai sebuah parti yang menjunjung tinggi dan hak asasi manusia mengambil langkah ke depan dengan meminda perlembagaan parti bagi menetapkan kuota 30 peratus wanita di Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).

Ia bagi memperkukuhkan peranan wanita dan usul tersebut diluluskan sebulat suara dalam Persidangan DAP 14 Disember lalu.

Malaysia pada 2000 menganggotai The Millenium Development Goals (MDGs), inisiatif global bertujuan mempromosikan kesaksamaan gender menjelang 2015, namun usaha itu nampaknya tidak ke mana tanpa langkah progresif dari kerajaan.

Kegagalan dan ketidakpedulian ini jika dibiarkan akan lebih mendedahkan wanita kepada manipulasi politik dan eksplotasi ekonomi, sekaligus membelakangkan keadilan.

Walhal, keadilan sosial tidak akan wujud tanpa keadilan gender.

DAP PEJUANG HAK WANITAKuota 30 peratus wanita untuk pimpinan parti, bakal diluaskan ke akar umbi

> 8,9 > 4 & 5> 8,9PROJEK IC: LEBIH 5,000 MUKA SURAT LAPORAN RCI HILANG

PERSIDANGAN DAP 2014:TERAJUI POLITIK BARU > 8-11 > 15

SIRI MENGENAL SOSIAL DEMOKRASIBagaimana Sosial Demokrasi berfungsi dalam sesebuah kerajaan?

Page 2: Rocket Edisi BM - Januari 2015

2JANUARI 2015

EDISI BAHASA MALAYSIAUTAMA

EDITORIALPEMANGKU EDITOR SIDIQIN OMAR WARTAWAN IZMIL AMRI • ZAHID M NASER • ALIFF FIKRI JURUGAMBAR AHMAD YUSUFIPENYELARAS ROKETKINI EDRY YUSOFGRAFIK & REKALETAK WAHYUDI MOHD YUNUS

facebook/roketkini twitter@[email protected]

2014 adalah tahun gelisah Pakatan Rakyat. Sama ada berpunca dari kerenah di kalan-gan parti rakan Pakatan Rakyat itu sendiri, atau pun dipicu BN yang sentiasa menang-guk di air keruh.

Bermula dari Langkah Kajang, sebuah inisia- tif menukar Menteri Besar Selangor akhir- nya menjadi kemelut, kemudian membong-kar begitu banyak ‘rundingan dalam gelap’ dan cah keting dari bermacam kubu politik.

Isu kalimat ‘Allah’, percanggahan pendi-rian berhubung persempadanan semula kawasan pilihan raya, saman-menyaman di kalangan rakan Pakatan, kegagalan pihak ter-tentu hadir ke mesyuarat pimpinan tertinggi antara isu yang berlaku. Kepada penyokong, sikap ini ibarat mencurah garam ke luka.

Sayang seribu kali sayang. Selepas pulu-han seminar dan konvensyen, ratusan pro-gram bersama, ribuan kenyataan media ber-hubung pelbagai isu - simbol kebersamaan Pakatan Rakyat dalam usaha membela na-sib rakyat terbanyak, terganggu dek agenda politik heroik.

Ia juga berlaku akibat dari kegagalan memahami masyarakat dan konteks per-masalahan. Tak tahu mana satu keutamaan, mana satu yang perlu ditangguhkan. Seba-hagian dari kita meletakkan ideologi sebagai tuan, sebahagiannya taksub kepada kelom-pok. Lain yang luka, lain yang dibebat.

Terakhir adalah isu berkaitan pelaksa- naan undang-undang hudud. Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, ada pihak dari kalangan Pakatan sendiri yang terpukau dengan pelawaan, dibentangkan permaidani merah, dan didorong masuk ke kamar musuh.

Tapi kita perlu ingat. Pelanduk selalu lu-pakan jerat, tapi jerat tak pernah lupakan pelanduk.

Dengan begitu banyak masalah sebe-nar yang menghimpit rakyat, antaranya isu ekonomi dan keselamatan tentunya suasana ini menggelisahkan terutamanya kepada ang- gota parti Pakatan Rakyat dan penyokong-nya.

Dalam perjalanan sejarah, perserikatan pembangkang di Malaysia pernah berdepan dengan situasi sama iaitu pada tahun 60-an. Front Sosialis (SF) yang terdiri dari Parti Bu-ruh dan Parti Rakyat diasak isu bahasa, sama ada bahasa Melayu wajar dijadikan Bahasa Kebangsaan atau dijadikan bahasa bersama (lingua-franca).

Natijah dari pertelingkahan SF itu, masa-lah hubungan dan komunikasi antara rakyat tidak banyak yang selesai, manakala hudud sebagai isu pada hari ini, masalah jenayah masih tidak pernah berkurangan.

Manusia ada tiga jenis. Yang pertama ada-lah mereka yang belajar dari pengalaman sendiri. Yang kedua, adalah mereka yang be-lajar dari pengalaman orang lain. Yang ketiga adalah mereka yang tidak mahu belajar.

Ketika ramai meletakkan harapan tinggi, dengan pelbagai isu ‘dihidangkan’ kepada pimpinan Pakatan Rakyat bukan sekadar menjadi hero melainkan menyelesaikan masalah sebenar, tahun ini detik adalah ket-ika untuk menilai semula hubungan.

Sama ada masing-masing dengan hala tuju sendiri atau berjalan sendirian, tahun 2015 meletakkan kita di persimpangan.

2015: Pakatan Rakyat di persimpangan

NOTA EDITOR

The Rocket Edisi Bahasa Malaysia mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak, termasuk Unit Penerangan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, yang telah memberi sumbangan bahan bertulis dan bergambar.

Oleh EDRY FAIZAL

Makna demokrasi itu seringkali diang-gap mudah, kuasa rakyat. Semudah melaungkannya buat mereka yang

mahu kelihatan berada di pihak yang baik. Namun semakin demokrasi itu membentuk aturan-aturan supaya semangatnya dapat diterjemahkan dalam bentuk tadbir urus yang licin, kita akan berdepan dengan se-makin banyak persoalan tentang demokrasi. Demokrasi itu sendiri akhirnya muncul pel-bagai warnanya.

Atas kesedaran itu tertubuhnya Sekolah Demokrasi, inisiatif Roketkini dan DAP un-tuk berkongsi dengan anak muda pemaha-man tentang demokrasi. Yang lebih penting, memperkenalkan Sosial Demokrasi, salah satu warna dalam wacana demokrasi hari ini.

Sosial Demokrasi merupakan ideologi pe-gangan DAP yang termaktub di dalam per-lembagaan parti. Mendalami apa itu Sosial Demokrasi secara tidak langsung memahami jiwa DAP itu sendiri. Lazimnya dalam lanskap politik Malaysia soal ideologi sering ditolak ketepi. Dipandang enteng dan tidak penting. Kita boleh faham, sememangnya perjuangan kita masih tertumpu dalam hal-hal melawan korupsi dan salahguna kuasa.

Tetapi sekiranya di kalangan ahli atau penyokong parti sendiri tidak jelas dengan ideologi parti. Dengan mudah akan terjele-puk ke dalam perangkap hagemoni Barisan Nasional. Kita akan menari mengikut rentak gendang yang dipalu UMNO sebagai tok da-lang Barisan Nasional.

Sama ada kita sedar atau tidak, meskipun UMNO, MCA dan MIC adalah parti berbeza. Mereka memperjuangkan kaum berbeza. Mereka berkongsi ideologi yang sama. Iaitu perjuangan politik berasaskan kaum ma-sing-masing sahaja. Melayu fikir hal orang Melayu. Orang Cina fikir hal Cina. Orang India fikir hal orang India. Perlahan-lahan mereka turut berevolusi menjadi perjuangan menjaga kepentingan kelas atasan.

Sosial Demokrasi parti DAP menekankan

sebaliknya. Bukan kepentingan kaum ma-sing-masing yang perlu diberikan tum-puan. Sebaliknya kita perlu menjadi suara mewakili setiap kelompok yang terpingir dan tertindas dalam masyarakat tidak kira apa kaumnya. Semangat tu berakar dari se-jarah panjang Sosial Demokrasi.

Perjuangan awal Sosial Demokrasi ber-mula dengan usaha membela kaum pekerja yang ditekan. Kemudiannya berjuang me-lalui jalan parlimen untuk membentuk kera-jaan bagi menjadi kuasa semak dan imbang kepada sistem kapitalisme.

Melalui semangat itu saya menyimpulkan, dalam kerangka Sosial Demokrasi hanya ada dua kaum yang amat perlu diberi perhatian. Kaum yang tertindas dan kaum yang menin-das. Yang tertindas itu perlu kita bela, yang menindas perlu kita kekang. Sudah tentu tanpa pilih bulu mengikut kaum.

Oleh itu kita hari ini jangan sesekali ter-perangkap menyangka DAP sekadar sebuah parti komponen Pakatan Rakyat yang tu-gasnya melawan MCA dan MIC semata-ma-ta. Kita harus keluar dari kerangka berfikir

sedemikian. Kalau tidak, kita akan terus terperangkap dalam permainan yang dica-turkan UMNO.

Meskipun parti DAP berbilang kaum. Ka-dangkala di kalangan penyokong mahupun sebilangan kecil pemimpin terjerat dengan budaya yang mana hal orang Melayu biar anggota Melayu perjuangkan, hal Orang Cina biar anggota Cina perjuangkan, hal orang India biar anggota India perjuangkan. Hal Sabah dan Sarawak pula biarlah orang Sabah dan Sarawak uruskan. Lebih malang, kita menumpukan hanya kaum tertentu ke-rana seolah-olah kita telah ‘ditugaskan’ un-tuk itu.

Itu silap, kebiasaan merosakkan itu mes-ti kita pecahkan. Perlu insafi dan kembali mengangkat semangat Sosial Demokrasi dalam perjuangan. Saya optimis DAP boleh mencapainya jika kita bersungguh mahukan sebuah Malaysia untuk rakyat Malaysia dan setiap pejuang DAP terdidik dengan ideologi parti. Segalanya mungkin, apabila kerangka fikir kita lebih jelas dan pandangan alam kita terhadap perjuangan parti lebih selaras.

MELAWAN GENDANG POLITIK KAUM

Jangan sesekali terperangkap menyangka DAP sekadar sebuah parti komponen Pakatan Rakyat yang tugasnya melawan MCA dan MIC semata-mata. Kita harus keluar dari kerangka berfikir sedemikian. Kalau tidak, kita akan terus terperangkap dalam permainan yang dicaturkan UMNO”

SETIAUSAHA Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke memakaikan tanda nama kepada Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli pada Persidangan DAP 2014 lalu.

Page 3: Rocket Edisi BM - Januari 2015

3JANUARI 2015

EDISI BAHASA MALAYSIA

Oleh TARMIZI ANUWAR

Bercakap soal kebebasan ia tidak wujud secara vakum atau tiba-tiba. Ia me-lalui satu proses panjang dan penuh

cabaran serta pengorbanan. AC Grayling da-lam bukunya ‘Towards the Light: The Story of the Struggle for Liberty and Rights That Made the Modern West’ mencatatkan bagai-mana proses dilalui masyarakat barat sejak awal abad ke-16 sehingga Deklarasi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu 1948 diwujudkan.

Buku tersebut menceritakan peristiwa yang berlaku dalam tempoh masyarakat barat memperjuangkan kebebasan berfikir, melawan totalitarian, dan menuntut pembe-basan hamba, pekerja dan wanita.

Tidak dinafikan perjuangan ini adalah res-pon terhadap pengalaman hitam masyarakat barat terhadap penguasaan gereja. Grayling menyifatkan kebebasan berfikir merupakan intipati siasatan dan penyiasatan bebas yang menghasilkan konsep alam semesta, sama sekali berbeza dari apa-apa yang di-fikirkan, dunia ini hanya dijadikan sebagai teater untuk takdir moral dan rohani manu-sia oleh tuhan antroposentik.

25 Melayu ternama

Mungkin disebabkan kekhuatiran sejarah, cengkaman institusi keagamaan kepada masyarakat barat berlaku pula di negara ini, 25 Melayu ternama menulis surat kepada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak. Mereka terdiri daripada bekas pen-jawat awam yang pernah menjawat antara jawatan tinggi dalam pentadbiran negara.

Surat itu menerangkan perlunya penyele-saian berkaitan pertikaian yang berteru-san mengenai kedudukan dan pelaksanaan perundangan Islam di negara ini. Mereka menyatakan kerisauan kewujudan ekstre-mis agama yang sekiranya dibiar berlarutan akan menjejaskan komitmen Malaysia ke-pada prinsip demokrasi dan kedaulatan un-dang-undang, sikap tidak bertoleransi kaum dan ketaksuban, dan telah meningkatkan kebimbangan terhadap kedamaian dan kes-tabilan negara.

Kenyataan ini disokong 93 pertubuhan bukan kerajaan, 22 aktivis Muslim muda dan golongan profesional yang percaya bahawa dialog adalah jalan terbaik untuk menyelesaikan permasalahan yang berlaku. Negara demokrasi yang majmuk seperti Ma-laysia perlu mengambil kira suara rakyat daripada pelbagai kaum dan mentafsirkan undang-undang Islam menerusi kaedah ma-qasid syariah dan bukan secara literal atau harfiah.

Berdasarkan kaedah fekah, ‘hukum itu berlegar atas perkara yang diberi nama, bukan pada nama’ sangat penting diberikan perhatian. Kegagalan kita melihat ‘substance over form’ lebih penting daripada ‘form over substance’ menyebabkan masyarakat bukan Islam memandang sinis kepada agama dan akan mewujudkan sekelompok yang melam-pau-lampau dalam kelakuan beragama..

Jasser Auda menyatakan kita (Islam) de- ngan pembezaan jelas antara dosa-dosa antara hamba dengan Tuhannya dan antara jenayah yang berlaku bawah hukuman un-dang-undang.

Persoalan ini perlu difahami masyarakat supaya mampu membezakan kesalahan ber-sifat antara manusia dengan tuhannya yang tidak perlu dijadikan undang-undang dan kesalahan sesama manusia yang boleh dan perlu dijadikan undang-undang.

Bukan tiket untuk memaksa

Walaupun negara ini dari sudut perlembaga-an tercatat bahawa Islam agama rasmi negara, bukanlah tiket untuk segolongan umat Islam memaksa apa yang dipercayainya perlu diteri-ma seluruh umat Islam dan masyarakat negara ini. Tindakan menganggap apa sahaja boleh dilakukan atas nama ‘tuan tanah’ kepada ‘pen-datang’ secara paksa sebenarnya tidak meng-gambarkan langsung tujuan agama itu sendiri. Bahkan, tidak berbeza dengan tindakan gereja di barat pada abad ke-16 dahulu yang memaksa masyarakat menerima apa sahaja tafsiran ten-tang agama Kristian tanpa boleh memperso-alkan apa-apa.

Tindakan Ibrahim Ali mengancam membakar Bible milik agama Kristian hanya kerana terdapat kalimah Allah tidak menunjukkan praktik agama Islam sebenar. Bahkan, respon Jabatan Peguam Negara bahawa ancaman tersebut adalah hasrat Ibrahim Ali mempertahankan kesucian agama Islam adalah hujah tidak logik dan bertentan-gan dengan tujuan Islam yang mengajak kepada keharmonian dan menghormati antara sesama agama.

Surat terbuka 25 Melayu ternama juga meru-pakan respon kepada kenyataan Datuk Seri Najib semasa Perhimpunan Agung Umno 2014 berkai-tan pengekalan Akta Hasutan. Imej Najib yang

dianggap sederhana sebelum ini tercalar kerana tidak menepati janjinya pada tahun 2012 untuk memansuhkan akta drakonian tersebut.

Dengan wujudnya akta ini, kebebasan bersua-ra dijamin Perkara 103 Perlembagaan Malaysia tidak dapat dijalankan dengan baik. Bahkan, ia terus mewujudkan situasi prejudis terhadap kaum dan agama lain apabila akta hasutan ini digunakan hanya untuk pihak yang dianggap ti-dak bersama dengan kerajaan.

Makna kebebasan

Berkaitan isu kebebasan bersuara, Maszlee Malik mendefinisikan suasana yang memun-gkinkan seseorang individu ataupun kumpulan menyuarakan pendapat mereka ataupun tidak menyuarakan pendapat mereka dengan rela tan-pa dipaksa atau tanpa campur tangan dan tanpa sebarang halangan. Kebebasan tersebut pula hendaklah tidak melampaui batas syarak dan ti-dak pula mencabuli hak pihak yang lain.

Tindakan Ibrahim Ali melampaui batas syarak dan mencabuli hak pihak lain, bagaimanapun ti-ada apa-apa tindakan diambil kepadanya.

Bukan bermaksud Ibrahim Ali wajar dike-nakan akta hasutan, secara konsisten kita me-nolak kerana percaya kepada hak kebebasan bersuara walaupun kepada mereka yang tidak sependapat. Dakwaan seperti ini perlu dihen-

tikan segera, digantikan proses dialog yang le-bih terbuka. Perkara yang kononnya sebelum ini dianggap sensitif seperti hak keistimewaan bu-miputera dan agama perlu dibincangkan secara terbuka dan matang di ruang awam tanpa seba-rang prejudis. Perlembagaan dan sosial kontrak bukan sesuatu yang statik sifatnya, tetapi bersi-fat dinamik, boleh diubah atau dipinda mengikut kesesuaian semasa. Orang Melayu sewajarnya tidak perlu takut ancaman bahawa kuasa politik mereka hilang, tetapi bergerak ke arah yang le-bih matang iaitu berkongsi kuasa politik secara saksama. Bukan lagi memandang kaum lain se-bagai pesaing atau musuh politik tetapi sebagai sahabat dan saudara dalam membina sebuah negara yang maju dan harmoni.

Harmoni bukanlah bermaksud tidak lang-sung mempunyai perbezaan pandangan tetapi bagaimana ia mampu diuruskan dengan baik tanpa melahirkan perasaan prejudis dan keben-cian kepada kaum dan agama lain serta situasi ketegangan yang tidak berterusan. Bagaimana-pun apabila kaum dan agama dikaitkan dengan kuasa politik ianya bukan sesuatu yang mudah untuk diuruskan.

Peristiwa perebutan kuasa khalifah oleh Mu-hajirin, Ansar dan Bani Hashim sejurus kewafa-tan Rasulullah di Saqifah Bani Saadah membuk-tikan mereka yang menggunakan alasan kaum dan agama sebagai asas perjuangan tidak lari daripada keinginan untuk berkuasa melebihi orang lain.

Dalam sebuah negara demokrasi, sekira-nya tidak mempunyai apa-apa konflik, maka ia bukanlah demokrasi yang sihat. Demokrasi yang sihat adalah penghuninya berbeza pendapat dan berani memperbaharui pandangan lama yang dianggap tidak bersesuaian dengan keadaan se-masa.

Tidak menjadikan kuasa sebagai senjata un-tuk menutup mulut dan membunuh idea pihak lawan yang berbeza pendapat, sebaliknya men-jadikan dialog sebagai asas perdebatan idea dalam menuju ke arah masyarakat yang lebih bertamadun.

Pergelutan menuntut kebebasan bernegara & menangani ekstremisHarmoni bukanlah bermaksud tidak langsung mempunyai perbezaan pandangan tetapi bagaimana ia mampu diuruskan dengan baik tanpa melahirkan perasaan prejudis dan kebencian kepada kaum dan agama lain serta situasi ketegangan yang tidak berterusan. Bagaimanapun apabila kaum dan agama dikaitkan dengan kuasa politik ianya bukan sesuatu yang mudah untuk diuruskan.

RENCANA

Page 4: Rocket Edisi BM - Januari 2015

4JANUARI 2015

EDISI BAHASA MALAYSIAUTAMA

Oleh IZMIL AMRI

Politik tidak boleh wujud dalam vakum, dan tidak pula terbina tanpa penentu arah jelas yang menjadi suara nurani

dalam menentukan pola fikrah yang men-jadi mekanisme membentuk dasar yang kemudiannya berfungsi dalam bentuk pro-gram-program. Penentu arah ini dipanggil ideologi. Dan ideologi DAP ialah sosial de-mokrasi, pendeknya ‘Sosdem’.

DAP telah secara rasmi didaftarkan pada 18 Mac 1966. Setahun kemudiannya ia ber-gabung dengan 55 parti demokratik sosial, sosialis dan buruh yang berpayung di bawah lambang tangan menggenggam mawar, logo pertubuhan Socialist International.

Sosdem adalah salah satu daripada ranta-ian faham sosialisme yang duduk letaknya di bahagian tengah-kiri spektrum politik. Ia tidak tersangat kiri seperti komunisme, ti-dak terlalu tengah seperti pegangan banyak parti-parti liberal demokrat, dan pastilah tidak masuk ke bahagian kanan yang didu-duki golongan konservatif, termasuk Umno.

Jalan tengah

Jalan tengah yang dipilih DAP adalah jalan ideologi yang tidak menolak sistem ekonomi berasaskan pasaran, namun pada masa yang sama turut memastikan bahawa golongan pekerja dan rakyat tidak ditindas oleh sistem kapitalisme dan golongan pe-modal.

Sosdem menolak faham melampau kiri seperti komunisme yang secara asasnya mengimani bahawa segala hal memerlukan kawalan kerajaan, justeru menafikan banyak kebebasan dan cenderung disalahguna se-hingga kuasa begitu berpusat dan bersifat autokratik.

Sosdem ada juga disebut sebagai jalan ke-tiga atau ‘The Third Way’, jalan yang dirintis demi mewujudkan perdamaian antara kri-tik kapitalisme dan penentangan terhadap komunisme. Jalan tengah dijadikan opsyen

ketiga, dengan menyatakan bahawa kese-jahteraan masyarakat tidak boleh dibentuk menerusi kapitalisme yang memperkaya yang sedia kaya, dan tidak juga dengan cara komunisme yang hampir sahaja memiskin semua kecuali yang hampir ke pusat kuasa.

Kesejahteraan masyarakat di dalam se-buah daulah hanya boleh dicapai dengan usaha memperbaharui sistem berasaskan pasaran supaya lebih manusiawi tanpa menggunakan kekerasan atau paksaan ala komunis.

Faham sosdem dibina atas beberapa te-ras yang sehingga kini pun masih diperde-batkan; yang masyhurnya tiga iaitu kebe-basan, keadilan dan solidariti, atau dalam bahasa Perancisnya ‘Liberté, Egalité, Frater-nité!’

Tiga kalimat ini adalah slogan Revolu-si Perancis; yang terus menjadi nilai-nilai teras sekian banyak parti-parti politik de-mokratik pada hari ini. Formulasi nilai-nilai teras ini bermula pada abad kesembilan-be-las dengan munculnya kaum borjuis, para penghuni kota yang mempunyai kekuatan ekonomi dan sedikit kekayaan. Revolu-si Perancis memerangi golongan ini, yang akhirnya menyusahkan hidup para marhaen yang terpaksa menanggung gaya hidup ber-mewah-mewah mereka.

Dari sudut sejarah, definisi nilai-nilai teras Sosdem serta bagaimana mereka berhubungkait antara satu sama lain telah mengalami perubahan yang berterusan se-jak abad ke-lapan belas. Namun hari ini, secara umum, penceritaan Sosdem dapat di-mulakan daripada tiga nilai teras itu: kebe-basan, kesetaraan, keadilan dan solidariti.

Kita mulakan dari yang terakhir, dalam rangka memahami apa sebenarnya roh per-juangan DAP sebagai sebuah parti politik yang mengambil jalan tengah-kiri.

Solidariti

Solidariti secara mudah kita fahami ber-maksud semangat kekitaan. Ia meletakkan

kanta ‘kemanusiaan’ kepada segala sudut pandang yang membeza-bezakan manusia dari segi warna kulit, keturunan, agama, jantina, usia, daerah dan perbezaan budaya. Semuanya bersatu padu, bekerjasama, sa-ling membantu dan bergotong royong.

Solidariti lahir daripada rasa kebertang-gungjawaban bersama terhadap masyarakat yang lahir daripada kepentingan yang sama melahirkan aktiviti dan program yang mem-beri manfaat kepada masyarakat.

Meski persoalan solidariti adalah persoa-lan yang tidak banyak dibincangkan kerana ia kelihatan mudah dan tidak memerlukan banyak bahas, solidariti adalah nilai teras Sosdem yang wujud bagi memberi nyawa kepada soal keadilan dan kebebasan. Tan-pa semangat saling bergantungan dan rasa keberpunyaan terhadap sesebuah masya-rakat, hampir sahaja mustahil untuk de-mokrasi dijadikan alat bagi mencapai kea-dilan dan kebebasan.

Solidariti menyatakan kesediaan masya-rakat ke arah perubahan; untuk bangkit bersama dan saling membantu, antara yang kuat dan yang lemah, kaya dengan yang miskin, tua dan muda; tanpa mengira per-bezaan kaum, agama mahupun budaya.

Solidariti melahirkan kekuatan. Tidak hairan bagaimana Perancis boleh berevo-lusi berkali-kali, begitu juga revolusi Rusia, apabila masyarakat buruh tani dan yang lainnya dapat bersatu hati dan saling ber-tolong-bantu dalam usaha ke arah melawan

kejahatan yang membobrok kehidupan me-reka. Solidariti adalah semangat yang men-gikat masyarakat supaya saling peduli akan kebajikan yang lainnya.

Keterikatan ini tidak terhad di peringkat lokal, malah menggapai ke batas-batas an-tarabangsa dalam kerangka mencapai keda-maian sejagat. Sekiranya wujud semangat solidariti di kalangan masyarakat dunia, hampir sahaja pasti banyak konflik antra-bangsa dapat dielakkan. Sekiranya golon-gan yang kaya tidak menindas yang miskin, yang berkuasa tidak menindas yang lemah; bukankah aman dunia ini?

Berat sama dipikul

Semangat solidariti yang menjadi teras besar Sosdem ini diabadikan sejarah ketika DAP memilih ‘Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’ sebagai tema persidangan-nya tahun ini. Tidak ada contoh dan bida-lan yang lebih baik untuk memperlihatkan kepentingan semangat kebersamaan dan ‘ukhwah’ sesama manusia yang meski saling berbeza budaya, keturunan dan pegangan agama.

Dan semua ini pula bukan setakat sem-bang kencang. Ideologi ini dizahirkan den-gan gerak kerja, sesuai dengan nama Partai Tindakan Demokratik, ia tidak sekadar ber-buih mulut berucap di pentas-pentas cera-mah; tetapi disusuli dengan kerja berat di pedalaman Sabah dan Sarawak membina jalanraya, empangan-mikro buat mengagih air, malah pernah sekali membina rumah untuk mereka yang memerlukan. Setakat sekarang projek Impian Malaysia di seluruh negara sudah cukup untuk memalukan apa-rat kerajaan yang meski kaya sumber, tetapi gagal bekerja.

Solidariti DAP bersama rakyat, tanpa mengira latar kaum, agama mahupun garis politik adalah tiang teguh yang tidak mun-gkin digoyah. Di belakang DAP ada rakyat, dan di belakang rakyat ada DAP. Saling ber-solidariti.

Apa itu Sosial Demokrasi?Siri 1

Semangat solidariti yang menjadi teras besar Sosdem ini diabadikan sejarah ketika DAP memilih ‘Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’ sebagai tema persidangannya tahun ini.

Page 5: Rocket Edisi BM - Januari 2015

5JANUARI 2015

EDISI BAHASA MALAYSIAUTAMA

“Kesedaran adalah matahari. Kesaba-ran adalah bumi. Keberanian menjadi cakerawala. Dan perjuangan adalah perlaksanaan kata-kata.”

Demikian tulisan penyair Indonesia, WS Rendra dalam puisinya Paman Doblang. Perjuangan adalah pelaksa-naan kata-kata, bukan sekadar ham-

buran tanpa tindakan susulan. Ideologi, sebagai pandu arah poli-

tik, adalah suara nurani yang mem-bentuk dasar yang kemudiannya di-laksanakan sebagai program yang memberi manfaat kepada orang ra-mai. DAP sebagai parti politik yang berpandu arah faham jalan tengah Sosial Demokrasi (Sosdem) telah

menterjemah ideologi tersebut men-jadi program fizikal yang telah mem-beri manfaat kepada sekian banyak warga, terutamanya di Pulau Pinang; di mana Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri.

Walaupun difitnah sepanjang masa kononnya anti-Melayu dan anti-Is-lam, DAP tetap konsisten dengan

usahanya untuk memperbaiki kehidu-pan masyarakat, tanpa mengira latar kaum, agama mahupun pendirian po-litik. Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang hanya anti-rasuah. Dividen anti-rasuah ini dikembalikan kepada rakyat Pulau Pinang dalam bentuk program berasaskan Sosdem seperti berikut:

Bagaimana Sosial Demokrasi berfungsi dalam kerajaan?

Pendapatan negeri Pulau Pinang antara 2011/2006 meningkat 2 kali ganda dengan pertambahan lebih 100%, dengan lebihan belanjawan antara 2011/2006 sebanyak 13 kali lebih besar dan hutang kerajaan yang merudum sehingga 95%.

Urus-tadbir yang baik menghalang kemunculan rasuah dan ketirisan, tidak seperti ketika MPSP hampir bankrap lantaran hutan RM200 jutanya. Dividen anti rasuah ini dikembalikan semula kepada rakyat.

Kerajaan negeri memperuntukkan RM60 juta melalui belanjawan 2013 untuk program-program sosial termasuk bayaran tunai kepada anak mahasiswa yang melanjutkan pelajaran ke

universiti sebanyak RM1000, ibu tunggal dan Orang Kelainan Upaya, RM100, pemandu teksi RM600, dan program ibu emasRM100 sebagai jaminan sosial untuk suri rumah tangga seperti yang dicadangkan dalam Manifesto Pakatan Rakyat dalam PRU ke-13.

Berdasarkan kajian Institute of Malaysian and International Studies IKMAS-UKM, garis kemiskinan seMalaysia adalah RM763. Oleh yang demikian, sejak tahun2009, Kerajaan Negeri melaksanakan program “cash-transfer” RM600, yang telah ditambah kepada RM770 pada tahun 2013 dan kemudian menjadi RM790 pada 2014 bagi mencukupkan pendapatan isi rumah untuk melepasi garis kemiskinan.

Penang CAT (Career Assistance and Talent) Centre ditubuhkan pada 2009 sebagai salah satu usaha kerajaan negeri yang disebut Lim Guan Eng dalam Belanjawan 2009 sebagai “pro-jobs pro-poor pro-growth” yang memberi keutamaan dan sokongan kepada pekerjaan, warga miskin dan pertumbuhan ekonomi.

l 2012, Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) ambil alih 60% kontrak pembersihan swasta dan mewujudkan 1,000 jawatan baru secara dalaman, tanpa

menyumber dari luar.

l 2013, MPSP ambil alih 40% kontrak selebihnya dan mewujudkan 800 jawatan baru. 460 lagi jawatan baru akan diwujudkan menjelang tahun hadapan.

l 1 Mac 2014, projek hab “Information Technology Outsourcing and Business Process Outsourcing” (IT-BPO) dirasmikan oleh Ketua Menteri. Pelaburan kerajaan negeri berjumlah RM3.3 billion dijangka menjana 30,000 pekerjaan bernilai tinggi.

“Kita mahu mencapai pendemokrasian perumahan bagi memenuhi keperluan setiap rakyat negeri ini untuk memiliki rumah yang selesa, terutamanya bagi golongan yang miskin dan berpendapatan rendah”

- Lim Guan Eng

Unjuran 10 tahun akan datang oleh Penang Institute menganggarkan kemampuan rakyat Malaysia memiliki rumah adalah berkadar dengan kenaikan harga rumah setakat 6.0%, berbanding kadar kenaikan pendapatan sebanyak 4.7%.

Maksudnya jika pada tahun pertama harga rumah mampu RM300 ribu, maka pada tahun ke-10, kita hanya mampu membayar 90% daripada kos rumah.

l Di Pulau Pinang, perumahan dijadikan tanggungjawab kerajaan bagi memastikan kelompok berpendapatan terendah turut mampu memiliki rumah dengan

mewujudkan Tabung Perumahan Awam & Mampu Milik berjumlah RM500 juta.

Projek Chelliah Park City, George Town bakal menyediakan 1,900 unit perumahan kos rendah dan sederhana rendah antara RM72,000 dan RM200,000. Projek ini telah bermula tahun ini dan dijangka siap menjelang 2017.

l Perumahan ialah HAK bukan KOMODITIKerajaan Negeri mewujudkan Skim Milikan Bersama contohnya di Taman Sungai Duri di mana rumah bernilai RM42,000 dimiliki secara bersama dengan nisbah 7:3 antara pemilik dan Kerajaan.

Kerajaan Negeri juga mewujudkan Skim Sewa untuk Beli di Taman Seruling Emas di mana sewa bulanan adalah hanya RM100 dengan tambahan RM20 untuk kos baik pulih, bagi jangkamasa 15 tahun. 51 unit perintis telah mengikuti program ini dari golongan peneroka bandar.

l Perlindungan perumahan dari spekulasi pasaran bebas

Kerajaan Negeri menetapkan kos rumah supaya tidak terjejas akibat gelembung hartanah dan memastikan perumahan awam dan perumahan mampu milik yang dibeli oleh pembeli tulen kali pertama yang layak daripada kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana.

Rumah kos rendah - RM42,000, kKos sederhana rendah - RM72,500 manakala rumah mampu milik ditetapkan pada kadar RM200,000 (bagi Seberang Perai) dan RM400,00 (bagi daerah Pulau)

Hanya pembeli

yang berkelayakan sahaja dibenarkan, dengan syarat moratorium jual-beli di pasaran antara 5 ke 10 tahun. Sub-jualan pula hanya dibenarkan untuk pembeli dalam senarai kerajaan yang diaudit oleh juruaudit bebas.

- PEKERJAAN SEBAGAI HAK SOSIAL

Page 6: Rocket Edisi BM - Januari 2015

6JANUARI 2015

EDISI BAHASA MALAYSIARENCANA

Oleh AL MUSTAQEEM M RADHI

Pada awal minggu kedua Disember ter-bit berita ‘panas’ tentang surat terbuka yang ditulis oleh sekumpulan 25 orang

tokoh Melayu yang sebahagian mereka ada-lah pegawai besar dalam kerajaan.

Penerbitan surat itu sesuatu yang se-memangnya agak mengejutkan kerana ja-rang ada Tan Sri-Tan Sri, Datuk-Datuk, dan Datin-Datin bekas ketua setiausaha kemen-terian, bekas ketua pengarah kementerian, bekas duta, bekas penasihat pertubuhan an-tarabangsa, dan bekas pemangku pelbagai jawatan tinggi mahu bersuara menegur pe-merintah secara terbuka, apatah lagi dalam hal berkaitan kedudukan dan pelaksanaan Syariah di negara ini.

Ia membayangkan bahawa Malaysia telah sampai ke suatu tahap yang mencemaskan.

25 orang tokoh itu ternyata bukan suara terpencil. Setelah surat mereka beredar da-lam media, pelbagai pihak menyambut baik tindakan dan pandangan mereka, antaranya sekumpulan lain Tan Sri dan Datuk dalam bi-dang swasta dan lembaga kemasyarakatan dan diikuti oleh 93 kumpulan NGO dan be-berapa kumpulan lain.

Apa yang mencemaskan?

Bagaimanakah yang dikatakan sebagai ta-hap yang mencemaskan itu?

Persoalan ini boleh dilihat dari dua sudut, iaitu mencemaskan kerana ia berkait den-gan Perlembagaan Persekutuan, sekaligus demokrasi berparlimen, dan mencemaskan dari sudut keagamaan (dalam kes ini, Islam).

Sudut pertama telah dijelaskan banyak pi-hak dan ditegaskan dalam surat terbuka 25 orang tokoh berkenaan, antaranya institusi agama yang telah berkali-kali bertindak di luar bidang kuasa mereka dengan mengelu-arkan pelbagai fatwa yang bercanggah den-gan peruntukan Perlembagaan Persekutuan serta tidak menepati proses demokratik dan proses konsultatif ‘syura’.

Selain itu, turut bertentangan dengan perlembagaan dan amalan demokrasi ia-lah tidakan NGO berhaluan kanan seperti Perkasa dan ISMA yang suka secara melulu menuduh pihak yang berani bersuara mem-bela perlembagaan, hak asasi, dan demokra-si sebagai anti-Islam, anti-institusi Beraja dan anti-Melayu - tindakan yang menurut 25 tokoh Melayu terbabit ’menyukarkan us-aha untuk mengadakan perbincangan dan mencari jalan penyelesaian konflik secara rasional’.

Lebih mencemaskan ialah apabila menteri kerajaan sendiri membuat kenyataan-ken-yataan yang bersifat mengancam dan meng-hasut. Padahal menteri seharusnya memeli-hara hak semua rakyat Malaysia tanpa pilih bulu.

Salah satu contoh nyata ialah kenyataan menteri di Jabatan Perdana Menteri Jamil Khir Baharom terhadap keputusan Mah-kamah Rayuan yang mengiktiraf hak golon-gan transgender untuk berpakaian mengikut identiti mereka. Pada 9 November lalu sep-erti dilaporkan Utusan, beliau menyifatkan tindakan komuniti transgender yang mem-failkan permohonan semakan kehakiman terhadap kesahihan peruntukan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 sebagai ‘gelombang tentangan bentuk baru terhadap Islam’ dan satu cubaan ‘me-mesongkan akidah umat Islam’.

Pada hari yang sama, Jamil Khir menyi- fatkan keputusan Sisters in Islam untuk mencabar fatwa berkenaan pengharaman liberalisme dan pluralisme sebagai ‘tindakan mengheret institusi Islam untuk dibicarakan di mahkamah sivil’.

Keterdesakan kuasa

Semua amaran tentang ‘ancaman’ dan ‘tentangan’ terhadap Islam ini sama sekali tidak susah difahami biang puncanya: keter-desakan golongan tertentu untuk mengeka-lkan kuasa bagi membolehkan mereka terus menguasai dan seterusnya menangguk laba daripada kebimbangan rakyat.

Dunia semakin terbuka, globalisasi pun terhasil. Dan ada sesuatu yang menarik ten-tang globalisasi disebutkan Profesor Ebrahim Moosa, sarjana Islam Afrika Selatan, dalam syarahannya di Pulau Pinang baru-baru ini. Beliau percaya dengan seorang pemikir yang merumuskan bahawa globalisasi kini telah beranjak dari ‘globalisasi vertebral’, iaitu glo-balisasi yang mempunyai tunjang, seperti tu-lang belakang, dan ‘globalisasi selular’ yang mempunyai pusat-pusat isyarat yang jauh lebih kecil tetapi tersebar ke merata alam.

Sangat mungkin globalisasi selular ini masih belum dirasai kehadirannya oleh para pemegang kuasa agama, lalu mereka masih cuba mengawal orang ramai. Pada-hal, pengaliran maklumat yang lebih bebas dengan sekelip mata mampu membuatkan orang sedar bahawa ‘musuh-musuh Islam’ yang mereka maksudkan itu tidak lain han-yalah jembalang yang berada pada khayalan golongan penguasa agama.

Kelemahan sistem

Beralih kepada sudut kedua, iaitu mence-maskan dari sudut keagamaan. Kebebalan golongan pelampau dan pentaksub agama sedang menimbulkan salah faham yang be-sar tentang Islam di kalangan umat Muslim dan bukan-Muslim. Nama baik Islam sendiri turut terpalit.

Segala kelemahan Mahkamah Syariah, misalnya, pasti dilihat sebahagian besar orang sebagai kelemahan Islam. Apabila ada jenazah yang direbut, berapa banyak-kah orang yang masih percaya bahawa Islam adalah agama tolak-ansur, agama kasih-sayang dan agama pembawa sejahtera?

Kru Universiti Terbuka Anak Muda dan Felo Islamic Renaissance Front Hazman Baharom dalam satu kenyataan yang ditandatangan-inya bersama lebih 20 orang aktivis muda Muslim yang lain menyebut bahawa ‘tiada yang menguntungkan jika Islam dilihat se-bagai agama pemaksa yang tidak peduli ter-hadap hak kaum dan penganut agama lain mahu pun terhadap perubahan zaman’ dan lalu menyeru agar maruah Islam dipelihara ‘sebagai agama yang menganjurkan seman-gat syura yang sepatutnya diterjemahkan dalam bahasa kini sebagai ‘deliberative de-mocracy’, iaitu demokrasi yang berasaskan wacana, perbahasan dan dialog’.

Dialog, wacana jalan keluar

Seruan ke arah dialog dan wacana juga turut dilontarkan sekumpulan pelajar da-lam bidang pengajian Islam dan Arab dari pelbagai universiti di Malaysia dan Timur Tengah, iaitu Mesir, Jordan dan Arab Sau-di. Salah satu perkara terpenting yang dibangkitkan kumpulan pelajar itu ialah tentang undang-undang jenayah Syariah yang tidak begitu mempedulikan sema- ngat kebebasan individu dalam Perlem-bagaan Malaysia.

Menurut mereka, hal ini perlu diperhalu-si semula kerana jika diteliti sejarah Islam, perbezaan dibuat antara dosa peribadi dan jenayah. Tidak seharusnya dosa periba-di dikanunkan melalui undang- undang jenayah apabila kita mempunyai jalan lain melalui gerakan sivil dan dakwah untuk ‘amar ma’ruf wa nahy al-munkar’.

Dalam salah satu respon lain terhadap surat terbuka 25 tokoh Melayu, sebuah kumpulan, dianggotai antaranya oleh Mufti Perak Harussani Zakaria, meminta diben-tuk jawatankuasa peringkat tertinggi untuk membuat cadangan pindaan Perlembagaan bagi membolehkan Muslim melaksanakan Syariah. Dakwa mereka, sebahagian besar Muslim mahu undang-undang Islam dilak-sanakan.

Di pihak lain, mereka mendakwa sebaha-gian besar Muslim tidak mahu undang-un-dang Islam dilaksanakan pemerintah, atas pelbagai alasan, tidak semestinya kerana tidak yakin dengan Tuhan. Setiap kita dengan dakwaan masing-masing, maka memang nampak jelas bahawa jalan keluar terbaik ialah dialog dan wacana, sama sekali bukan gertakan, ancaman dan hasutan.

Apabila para Tan Sri dan Datuk menulis surat...

Kitab Al-Ihya’ Imam al-Ghazali memuatkan riwayat tentang Umar r.a. yang telah memanjat rumah seorang lelaki dan mendapatinya dalam keadaan

yang tidak wajar. Lelaki tersebut telah membantah Umar dan berkata: “Jika aku menderhakai Allah pada satu perkara, sesungguhnya engkau telah mend-erhakai-Nya pada tiga perkara.” Umar bertanya: “Apa dia?” Dia berkata: Allah Taala telah berfirman “Jangan kamu mengintip mencari kesalahan orang lain.” Sesungguhnya engkau telah melakukannya. Allah berfirman: “Masukilah rumah melalui pintu-pintunya.” Sesungguhnya engkau telah memanjat dari bumbung. Allah berfirman, “Janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bu-kan rumah kamu, sehingga kamu terlebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya.” Sesungguhnya engkau tidak memberi salam. Maka Umar pun meninggalkannya.

Imam Ghazali menyebut: “Maka ketahuilah bahawa sesiapa yang mengunci pintu rumahnya dan bersembunyi di sebalik dindingnya, maka tidak harus ses-eorang memasuki tanpa izin daripadanya hanya kerana ingin mengetahui per-buatan maksiat. Kecuali jika ia nyata sehingga diketahui oleh sesiapa yang bera-da di luar rumah tersebut.”

Antara dosa peribadi dan jenayah

Semua amaran tentang ‘ancaman’ dan ‘tentangan’ terhadap Islam ini sama sekali tidak susah difahami biang puncanya: keterdesakan golongan tertentu untuk mengekalkan kuasa bagi membolehkan mereka terus menguasai dan seterusnya menangguk laba daripada kebimbangan rakyat.

Page 7: Rocket Edisi BM - Januari 2015

7JANUARI 2015

EDISI BAHASA MALAYSIAUTAMA

Oleh ZAHID M NASER

Persidangan DAP 2014 jika diperhatikan akan menghilangkan kebimbangan- ba-

hawa harapan sudah malap- namun, para pimpinan dan perwakilan menunjukkan hal sebaliknya, bahawa harapan tetap menya-la.

2014 adalah tahun kesedihan DAP men-yaksikan pemergian tokoh-tokohnya, juga ketegangan antara tripartite Pakatan Rak-yat. Sehingga Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menggambarkan tahun ini se-bagai annus horribilis. Justeru, persoalan timbul lagi - apakah benar masih ada hara-pan?

Konsisten mengangkat Perlembagaan Persekutuan 1963 menjadi senjata utama DAP. Kalau dapat disebut dalam Bahasa Arab, ‘Dusturuna Dustur Maliziya’- Perlem-bagaan kami adalah perlembagaan Malay-sia. Semangat itu diterjemahkan dengan iltizam politik di bawah slogan ‘Malaysian Malaysia’.

Pandangan pimpinan muda, misalnya Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong men-cabar ‘fikrah chauvinis UMNO-BN’ apabila menyebut sehari selepas persidangan den-gan frasa besar: ‘Tahun 2025, DAP akan di-anggotai 50 peratus orang Melayu’.

Iltizam politik barisan pimpinan mendo-brak status quo itu menakutkan UMNO-BN. Namun inilah yang dikatakan ‘Malaysian Malaysia’, Malaysia tanpa perkauman, hidup sebagai warganegara.

Kebimbangan tetap ada. Kalau 2013 Pa-katan Rakyat menjadi pilihan 52 peratus rakyat Malaysia, kita tidak pasti apakah pada pilihanraya akan datang jumlah itu masih berpihak kepada Pakatan Rakyat. Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang sendi-ri melahirkan ketidakpastiannya apakah masih wujud Pakatan Rakyat untuk ber-tarung di pilihanraya akan datang.

Padahal, kewujudan Pakatan Rakyatlah yang menjadi faktor terbesar rakyat memi-lih pembangkang. Setelah dua penggal pi-lihanraya, Pakatan Rakyat diuji lagi. Kele-mahan demi kelemahan dikesan. Ia cuba didiamkan. Namun,sekali lagi orang akan bertanya benarkah masih ada lagi harapan?

Sebenarnya jawapannya ada. Kata kunci pertama adalah Perlembagaan Malaysia. Kedua, kembali kepada tugas asal Pakatan Rakyat: Menjadi alternatif terbaik.

Perlembagaan Persekutuan dari sudut pandang parti ini ikhlas tanpa syak wasang-ka. DAP tidak mahu menambah-nambah atau cuba bermain dengan perlembagaan itu. Kerana itu, kemana-mana pun DAP akan mencanangnya dengan lantang. Apa-apa nilai negatif seperti perkauman akan ditentang DAP. Kerana ia berlawanan den-gan semangat perlembagaan yang digagas-kan pendahulu negara ini. Psike ini saya kira perlu terus wujud.

Pakatan Rakyat harus membuang min-da ‘si kecundang’.Namun bukanlah Paka-tan Rakyat boleh berfikir mereka sudah ‘menang mutlak’. Lebih teruk terbuai den-

gan imaginasi ‘kemenangan’ lantas langkah tidak bijak diambil. Baiklah kiranya DAP dengan bijaksana sentiasa mengingatkan hal ‘menang mutlak’ dan ‘si kecundang’ ini kepada rakan-rakannya.

Dalam persidangan kali ini pimpinan DAP sekali lagi berikrar membanteras rasuah. Jika budaya rasuah dapat dibanteras den-gan menjadikannya agenda pertama dalam apa-apa dasar.Ia akan menakutkan UMNO/BN.

Namun, jika sekadar melihatnya di ekor mata. Pakatan akan dilihat longlai tidak bermaya, walaupun bercakap dengan jubah agama dan moraliti.

DAP dengan garis politik moderat adalah

masa depan negara. Hegemoni UMNO-BN dapat dibolosi dengan garis yang merentas kaum, budaya, dan agama.

Kesimpulannya, persidangan kali ini menyaksikan ketekunan untuk sebuah poli-tik masa depan. Bak kata Lim Kit Siang da-lam ucapan penggulungannya.

“Yang membezakan DAP dengan UMNO ialah, UMNO bercakap tentang Mei 13, ataupun kumpulan Islamic State yang ker-janya memenggal kepala.

Tetapi di perhimpunan kita, kita bercakap tentang apa yang dibuat. Tentang masa depan, tentang harapan. Impian Malaysia yang tidak mahukan ekstremisme, tiada toleransi, dan tiada ketaksuban.”

Oleh SIDIQIN OMAR

BERDASARKAN keputusan pilihanraya umum ke-13, BN dikatakan memiliki 44 kerusi ‘kelabu’ dengan majoriti kemenan-gan di antara 0.1 hingga 6 peratus.

Pakatan Rakyat sebagai pembangkang di peringkat Persekutuan hanya perlu mendapatkan sokongan dua peratus undi untuk menjadikan BN hanya menang 103 kerusi, kurang daripada 112 majoriti mu-dah di Parlimen.

Namun, kenyataan bahawa UMNO-BN akan kalah pada pilihanraya umum akan datang hanya dengan peralihan dua per-atus undi tidak boleh dipandang mudah, bahkan Pakatan Rakyat khususnya DAP ha-rus waspada.

Ini juga petanda bahawa UMNO-BN akan melakukan segala usaha untuk mendapat-kan kembali sokongan, meskipun melalui taktik kotor.

Berdasarkan pelbagai tinjauan, wujud se-nario tanding di mana Pakatan akan men-galami kemerosotan sokongan 10 peratus undi bukan Melayu berbanding 1 peratus pertambahan undi Melayu, dengan Pakatan hanya menang di 70 kerusi Parlimen.

Manakala senario kedua di mana sokon-gan bukan Melayu terhadap Pakatan mero-sot 15 peratus dan hanya akan memenangi 57 kerusi parlimen. Malah dalam jangkaan terburuk adalah apabila sokongan orang

bukan Melayu terhadap merosot dan Paka-tan hanya akan memenangi 46 kerusi Par-limen.

Sementara Barisan Nasional akan mendapat semula majoriti dua-pertiga yang membolehkan mereka meneruskan cengkaman tidak demokratik, Pakatan yang tewas perlu melakukan persiapan berde-pan suasana terburuk, walaupun berharap kepada keputusan terbaik.

Perkembangan politik dalam tempoh se-tahun ini memperlihatkan bagaimana ‘kerja perkauman’ diambilalih oleh ‘sub-kontrak-tor’, iaitu NGO ekstrem mesra-BN. Kumpu-lan seperti ini sebenarnya telah dibenihkan lebih awal, iaitu selepas pilihanraya umum ke-13 dengan sasaran mudah yang diran-cang oleh perencana pecah-perintah ditu-jukan kepada DAP.

Ini kerana DAP dilihat ‘mengancam’ pen-guasaan BN, dan sebagai parti paling berpo-tensi di persada politik tanahair sesuai tema persidangannya ‘Berat sama dipikul, ringan

sama dijinjing’, hasrat DAP mencerminkan komitmen terhadap solidariti, perkongsian dan pengorbanan ke arah perpaduan, toler-ansi, keadilan sosial dan peluang saksama.

Persidangan tahunan adalah penanda aras dan timbang-tara kepada gerak ker-ja. Merujuk kepada permasalahan dan cabaran seperti dinyatakan, masih ada yang tertinggal dan perlu digiatkan.

Antaranya, termasuk usaha-usaha pen-gupayaan dan pendidikan yang digerakkan dari peringkat pusat hingga ke akar umbi. Justeru itu, sayap-sayap parti seperti DAP-SY dan Wanita sewajarnya menjadi barisan hadapan menyiapkan anggota dengan lati-han dan ilmu dalam mendepani isu.

DAP juga sering menyeru rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat menumpukan usaha kepada agenda bersama, bukannya agenda persendirian. Lebih-lebih lagi ketika rakyat meletakkan harapan tinggi, ia membuka ruang kepada penggerak akar umbi DAP untuk bertindak menjadi peneraju.

Berdepan isu semasa, aktivis DAP tidak boleh terjerat dengan percaturan politik, sebaliknya menetapkan agenda dengan bu-kan sekadar untuk memenangi pilihanraya, malah mendobrak bingkai lama hubungan antara kaum, usaha mereformasi sistem pentadbiran, membudayakan toleransi se-bagai panduan generasi akan datang.

Lumrah kepada mana-mana organisasi, mahu pun perserikatan pelbagai organisasi seperti Pakatan Rakyat, DAP sebagai salah satu komponennya pasti berdepan dengan isu. Masalah yang timbul jangan dianggap sebagai penghalang, melainkan peluang menduga kebijakan politik dan kepimpinan, dan peluang ini hanya muncul ketika konf-lik.

Halatuju DAP adalah berdasarkan ke-pada dasar parti dan program. Dengan pelbagai produk bermutu, antaranya ‘Se-kolah Demokrasi’, ‘Impian Malaysia’ selain dasar ‘Cekap, Akauntabiliti dan Teus’ yang ditandakan pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang, cerminan manifesto DAP telah dilakarkan melalui pakej yang leng-kap.

Bezanya, bagaimana aktivis akar umbi DAP memasarkan produknya untuk me-menangi citarasa politik. Diatas kertas semuanya nampak molek. Semangat, pan-dangan positif aktivis parti Pakatan Rakyat adalah bonus. Yang perlu dilakukan seka-rang ini adalah tindakan.

DAP, antara harapan dan Impian

Peralihan dua peratus undi tak bermakna Pakatan selesa

Masalah yang timbul jangan dianggap sebagai penghalang, melainkan peluang menduga kebijakan politik dan kepimpinan, dan peluang ini hanya muncul ketika konflik.

Page 8: Rocket Edisi BM - Januari 2015

8JANUARI 2015

EDISI BAHASA MALAYSIAUTAMA

1

3

2

4

5

6

1. Ketua Biro Guaman DAP, Gobind Singh di Persidangan Kebangsaan DAP. Beliau baru-baru ini menang mewakili Lim Kit Siang dalam kes

saman Utusan Malaysia.

2. Alumni Sekolah Demokrasi juga mewarnai Persidangan DAP kali ini.

Tetamu-tetamu khas ini kelihatan tekun mendengar ucapan perbahasan

yang hangat dari perwakilan.

3. Di ruang legar dewan, para perwakilan mengambil kesempatan

untuk melawat pameran. Antara yang menarik ialah pameran arkib akhbar

DAP yang sudah mencecah setengah abad.

4. “Tanah Sabah untuk orang Asal, bukannya syarikat-syarikat besar”

Begitulah suara keramat yang dilontarkan perwakilan Sabah

Libra anak Kidong mengingatkan perwakilan tentang Batu Sumpah Keningau yang tertera di bajunya.

5. Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin bin Ali juga antara tetamu

kehormat yang mencuri perhatian media ketika Persidangan DAP

kali ini. Kelihatan Presiden PKR, Dr Wan Azizah mengukir senyum lebar

menyaksikan dua pemimpin Pakatan Rakyat bersalaman.

6. Siapa kata DAP parti cauvinis Cina? Perwakilan pelbagai kaum mewarnai

persidangan sekaligus mengambil tempat sebagai pengundi terhadap

usul-usul yang dibentangkan.

Page 9: Rocket Edisi BM - Januari 2015

9JANUARI 2015

EDISI BAHASA MALAYSIAUTAMA

“Berat sama dipikul,Ringan sama dijinjing”

Persidangan tahunan adalah acara penting mempertemukan seluruh pimpinan parti dan ahli akar umbi DAP dari seluruh negara.

Selain dapat mempertautkan kembali hubungan sesama mereka, ia juga pertemuan untuk menilai kembali perjuangan parti selama setahun.

Pelbagai gelagat dirakamkan, dari perbualan santai hingga ke perbahasan serius.

Perwakilan membawa hujah dan memperingatkan semula peri pentingnya idea demokrasi yang dikembangkan melalui platform parti

Dengan kekuatan yang diperbaharui, persidangan kali ini petanda positif bahawa DAP adalah parti yang mempunyai dinamika sendiri, inklusif dan sentiasa menyantuni segenap lapisan masyarakat Malaysia.

7

8

9

10

8. Penasihat Seumur Hidup DAP Dr Chen Man Hin meniupkan semangat para perwakilan kerana masih segar menghadiri persidangan walaupun umurnya sudah mencecah 90 tahun!

9. Majoriti perwakilan pada persidangan kali ini mengangkat kad undi untuk usul pindaan perlembagaan yang menginginkan kuota 30 peratus wanita dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat. Pada akhir persidangan, Speaker Persidangan Hannah Yeoh mengumumkan usul pindaan diterima.

7. Memperingati Harimau Jelutong Sdr Karpal Singh. Ngaumannya akan terus diingati. DAP menyaksikan pemergian tokoh-tokohnya pada 2014. Mantan Ahli Parlimen Teluk Intan Sdr Seah Leong Peng dan Pengerusi DAP Sarawak Sdr Wong Ho Leng. “Selamat tinggal komrad!”

10. Seluruh Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat bergandingan tangan di atas pentas melambangkan solidariti mereka. Dewan The Plaza One City Mall mencatat sebuah sejarah besar kepada DAP dengan pindaan perlembagaan yang meraikan golongan wanita dalam parti.

Page 10: Rocket Edisi BM - Januari 2015

10JANUARI 2015

EDISI BAHASA MALAYSIA

MEMBUKA ruang kerjaya kepada wanita tidak bererti menjejaskan peluang atau status kaum lelaki, tetapi memberi manfaat kepada ne-gara terutama dalam pertumbuhan ekonomi, kata Pengarah Pendidikan Politik Wanita DAP Syerleena Abdul Rashid.

“Hak kesaksamaan gender bukan bermakna wanita mengambil tugas lelaki, tapi bermaksud kedua-dua- nya berganding bahu untuk mema-jukan diri, keluarga, masyarakat dan negara.

“Penyertaan wanita akan mem-beri diversiti dalam perspektif dan dinamisma yang diperlukan demi memantapkan persaingan ekonomi di peringkat global,” katanya.

Sehubungan itu, Syerleena yang juga Setiausaha Pemuda DAP (DAP) Bukit Bendera menggesa kerajaan mengambil langkah pro-aktif den-gan untuk menjamin kedudukan wanita dalam negara.

“Kaum wanita merupakan separuh daripada jumlah penduduk

negara ini, jadi mereka harus diberi-kan kedudukan dan pengiktirafan sewajarnya.

“Jumlah wanita di peringkat pen-gajian tinggi ijazah juga jauh me-lebihi lelaki, malangnya peluang kerjaya masih terbatas dan pada bidang-bidang tertentu hampir di- nafikan,” ujarnya.

UTAMA

Wanita kunci kemenangan PRU ke-I4KESUNGGUHAN DAP mengupaya- kan peranan wanita dalam proses membuat keputusan diperlihatkan melalui pindaan perlembagaan yang memperuntukkan 30 peratus kuota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) diberikan kepada golongan tersebut.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, golongan wanita adalah aset penting parti demi kejayaan lebih besar dalam pilihanraya umum ke-14.

Ujarnya, golongan wanita adalah

rakan kongsi dalam perjuangan dan DAP turut komited memperjuangkan kesetaraan gender selain menyedia-kan platform kepada anak muda.

“Lebih banyak peluang kepada ahli untuk memegang jawatan dalam par-ti. DAP adalah parti untuk anak muda dan wanita,” ujar Lim.

Tegasnya, pindaan besar ini dilihat sebagai petanda bahawa DAP bukan sekadar cakap kosong, tetapi sanggup mengotakan apa yang dikatakan.

DAP usul 30 peratus kepimpinan wanitaNAIB Pengerusi DAP M Kula Sega-ran berkata, usul 30 peratus kuota Ja-watankuasa Eksekutif Parti (CEC) kepa-da wanita harus dilaksanakan hingga ke peringkat akar umbi.

Menyokong penuh usul tersebut Kula menambah, usaha tersebut wajar diperluaskan melangkau jawatankuasa

CEC.Ini termasuk saranan 30 peratus wan-

ita DAP diberikan peluang bertanding dalam pilihanraya.

Dasar itu katanya bakal menjadi lom-patan besar kepada DAP kerana golo- ngan wanita diberi peluang besar untuk aktif dalam proses demokrasi pilihan-

raya.Laporan The Global Gender Gap Re-

port 2014 mendedahkan Malaysia, de- ngan hanya 22 Ahli Parlimen mendudu-ki tangga ke-120 dari 150 buah negara,

Kedudukan ini meletakkan negara lebih buruk dari Rwanda dan Bangla-desh.

1) Partisipasi ekonomi2) Peluang ekonomi3) Pemberdayaan politik4) Pencapaian pendidikan5) Kesihatan dan kesejahteraan

Penyertaan wanita beri manfaat kepada pertumbuhan ekonomi

l DAP mempunyai pemimpin muda teramai di peringkat pusat dan anggota dewan perundangan

l 21 daripada 104 wakil rakyat DAP lahir selepas 1980l Satu-satunya parti di Malaysia dengan 30% jawatankuasa

tertinggi diisi golongan wanita.

Page 11: Rocket Edisi BM - Januari 2015

11JANUARI 2015

EDISI BAHASA MALAYSIA

Negara Kerusi Wanita Peratus

1 Rwanda 80 51 63.8

2 Bolivia 130 69 53.1

3 Andorra 28 14 50.0

4 Cuba 612 229 48.9

118 Armenia 131 14 10.7

119 Congo 498 53 10.6

120 Malaysia 222 23 10.4

UTAMA

*Malaysia di kedudukan antara terburuk, di tangga ke-120 dari 150 negara, lebih rendah berbanding Zambia dan republik Congo.

PINDAAN perlembagaan parti bagi me-netapkan kuota 30 peratus wanita dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) di-luluskan sebulat suara.

Pengerusi Persidangan Kebangsaan DAP 2014, Hannah Yeoh mengumumkan kelulusan pindaan perlembagaan itu selepas pengundian. Usul yang diben-tangkan pada persidangan kali ini me-nyaksikan penglibatan perbahasan dari majoriti perwakilan seluruh negara.m Antara pembahas, Ahli Parlimen Kulai

Teo Nie Ching yang menyatakan bahawa golongan wanita adalah kumpulan pen-gundi paling ramai di Malaysia.

Beliau turut memberikan contoh me-lalui nisbah mahasiswa di universiti Ma-laysia, iaitu enam wanita dari sepuluh mahasiswa

Ujarnya, penglibatan wanita akan membawa parti DAP ke depan, menjadi satu-satunya parti yang progresfi men-gangkat kaum Hawa dalam proses mem-buat keputusan.

Pindaan kuota 30% wanita CEC lulus sebulat suara

DAP junjung tinggi kesaksamaan genderAHLI Parlimen Kulai Teo Nie Ching berkata, DAP menjunjung tinggi kesak-samaan gender terutamanya hak wanita dan ia diperkukuhkan menerusi keteta-pan baru kuota 30 peratus dalam Jawa-tankuasa Eksekutif Pusat (CEC).

“Kita lihat Ketua Wanita UMNO Datuk Shahrizat Jalil, beliau bukan sahaja gagal melaksana dasar berkaitan kesaksama-an gender, malah gagal menyakinkan kepimpinan UMNO tentang kepentin-gannya.

“Berbeza dengan DAP, apabila saya cadang kuota wanita dan kesaksamaan gender dalam CEC, bukan sahaja Ant-hony Loke, Guan Eng dan Ramasamy tapi semua kepimpinan bersetuju.

“Jika kamu mahu bercakap soal kesak-

samaan gender, inilah dia satu-satunya parti yang menjunjung tinggi hak asasi manusia tersebut, tidak ada lainnya,” katanya.

Laporan Jurang Gender Sedunia 2014 oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF) me-nunjukkan Malaysia turun dari tangga 102 pada tahun 2013 kepada 107 tahun ini. Meskipun skor keseluruhan tidak be-rubah, Malaysia mengalami kemeroso-tan berikutan skor pengupayaan politik menurun dari 0.053 kepada 0.052.

Berbeza dengan Indonesia di bawah kepimpinan Joko Widodo menyena-raikan lapan menteri penuh wanita dari 34 kementerian, meningkat 100 peratus berbanding era Susilo Bambang Yud-hoyono.

Negara Mata

1. Iceland 0.85942. Finland 0.84533. Norway 0.8374 4. Sweden 0.8165

105. Maldives 0.6557106. Mauritius 0.6541107. Malaysia 0.6520

Page 12: Rocket Edisi BM - Januari 2015

12JANUARI 2015

EDISI BAHASA MALAYSIA

PUISI

BUDAYA

OLEH ITALO CALVINO

Dahulu, ada sebuah negara yang semua penduduknya berkerja sebagai perompak. Setiap malam semua penduduk akan keluar dari rumah sambil membawa

sebentuk kunci tengkorak, tanglung gelap dan merompak rumah jiran mereka. Mereka semua akan pulang ke rumah masing-masing ketika subuh, dengan barang curi yang ba-nyak dan kemudiannya menyaksikan barang-barang mereka habis dirompak orang lain.

Pekerjaan ini telah menjadikan seluruh penduduk hidup dalam suasana penuh harmoni, tidak ada orang yang miskin melarat kerana setiap orang yang dirompak akan merompak orang lain, yang merompak akan dirompak dan begitulah seterusnya sehingga seluruh penduduk melakukan perkara sama. Di negara ini, perniagaan dan penipuan sudah menja-di perkara biasa, baik penjual atau pembeli, keduanya sama saja. Kerajaan negara ini juga dibentuk oleh organisasi pen-jenayah yang suka mencuri dari rakyatnya dan rakyat pula hanya tertarik untuk menipu kerajaan. Maka hidup mereka saban hari berjalan tanpa masalah, tidak ada orang kaya dan tidak ada orang miskin.

Namun pada suatu hari, entah macam mana, muncul se-orang lelaki jujur di negara itu. Pada waktu malam, di saat orang lain sibuk merompak jiran-jiran, lelaki itu tetap berada di rumahnya sambil membaca novel dan menghisap rokok.

Sekumpulan perompak yang tiba di rumahnya terkejut melihat keadaan rumah yang terang benderang dan akhir-nya memutuskan untuk tidak masuk ke dalam.

Keadaan ini berterusan, sehingga para perompak terpaksa memberi nasihat kepada lelaki itu walaupun dia mahu hi-dup tanpa melakukan apa-apa, tapi tidak ada sebab untuk dirinya menghalang orang lain daripada melakukan sesuatu, sekaligus hilang mata pencarian. Setiap malam dia habiskan waktu di rumah dan tidak keluar merompak, maka akan ada keluarga yang terpaksa kelaparan hari berikutnya.

Lelaki jujur tersebut tidak mampu mempertahankan di-rinya. Dia akhirnya bersetuju untuk keluar dari rumahnya setiap malam dan kembali semula di waktu subuh seperti semua orang, tapi dia tetap tidak mahu merompak. Dia ada-lah seorang yang jujur dan perkara itu tidak boleh diubah. Setiap malam, dia berjalan ke arah jambatan dan meman-dang aliran air di bawahnya. Setelah itu, dia akan pulang dan menemui bahawa rumah sudah dirompak.

Dalam masa kurang seminggu, lelaki jujur itu akhirnnya jatuh miskin, dia tidak punya duit untuk makan dan rumah-nya telah kosong dirompak. Ini semua adalah salah dirinya sendiri. Akibat perilakunya, seluruh sistem turut terganggu. Si lelaki jujur telah membiarkan dirinya dirompak habis-ha-bisan tanpa merompak orang apa-apa pun dari orang lain, jadi situasi ini menjadikan ada keluarga yang pulang ke

rumah di subuh hari mendapati rumah mereka langsung tidak disentuh -yang seharusnya dirompak oleh lelaki jujur malam sebelumnya. Keluarga yang tidak dirompak akhirnya menjadi lebih kaya dari yang lain dan berhenti merompak. Lebih merungsingkan, mereka yang pergi untuk merompak rumah lelaki jujur mendapati rumahnya sering saja kosong dan tidak ada apa yang boleh dirompak. Sebab itu, mereka ikut jatuh miskin.

Sementara itu, mereka yang sudah kaya mengikuti ke-biasaan lelaki jujur untuk berdiri di atas jambatan sambil memandang aliran air sampai subuh tiba. Perkara ini seca-ra serta merta membuatkan suasana semakin kacau kera-na orang kaya semakin banyak dan orang miskin pun turut bertambah.

Sekarang, warga yang sudah kaya mula sedar bahawa jika mereka berterusan menghabiskan waktu di atas jambatan saja setiap malam, lama-kelamaan mereka juga akan ja-tuh miskin. Lantas mereka berfikir ‘macam mana kalau kita bayar orang-orang miskin supaya mencuri untuk kita setiap malam?’. Maka dibuatlah kontrak kerja, lengkap dengan per-setujuan gaji dan bonus (tetap dilakukan dengan penipuan, mereka masih cuba menipu antara satu sama lain). Hingga akhirnya, yang kaya semakin kaya, yang miskin makin papa kedana.

Sesetengah dari orang-orang kaya ni hidup dengan harta yang melimpah ruah hingga tidak perlu lagi merompak atau membayar orang merompak untuk mereka. Tapi jika mereka berhenti merompak, mereka akan jatuh miskin kerana si miskin perlu merompak mereka. Ini tidak dapat dielakkan. Jadi, warga yang sudah kaya raya ini mengupah orang yang paling miskin untuk melindungi harta mereka dari warga miskin lain. Maka dibentuklah pasukan polis dan penjara dibangunkan.

Begitulah - beberapa tahun setelah munculnya lelaki jujur, tidak ada lagi penduduk yang bercakap tentang merompak dan dirompak, semuannya hanya tentang kekayaan dan ke-miskinan tapi mereka semua tetap adalah seorang perom-pak.

Hanya ada seorang lelaki jujur, iaitu diawal cerita ini dan diwaktu yang singkat dia mati kelaparan.

Cerpen satira The Black Sheep merupakan salah satu karya dari buku ‘Numbers in the Dark and Other Stories’ oleh Italo Calvino. Italo Calvino adalah seorang wartawan dan penulis dari Itali. Anak kepada seorang bapa yang berideologi Sosialis-Reformis ini pernah menerima beberapa anugerah antaranya The Austrian State Prize for European Literature dan National Order of the Legion of Honour.

Diterjemah ke Bahasa Melayu oleh ALIFF FIKRI.

TANYA SAMA NUH

Cuba kau tanyakan sama Nuhwarna apakah laut yang;membaham dan membunuh umatnya.sebenarnya laut itu suci dan murni;kemudian ia diwarnakan denganwarna-warna gelap.

kalau Nuh ada.pastilah dia menjadi lebih gila.kerana warna-warna telah cerahtetapi hati-hati manusiaberansur-ansur menjadi hitampekat, likat dan bersyaitan.

kalau atau biar Nuh menjadi gila.aku akan mengikutnya. Membuntutinya.

BAHASA WANITA

Bila seorang wanita gipsi bicaraAda sebuah bahasa,

- yang mengandungi apa-apa,dari pengalamannya yang penuh dengan kembara. Kisah Brokomir, dan pedagang-pedagang mabuk berkeliaran di dalam malam yang jaga. Benar atau tidak, bukanlah peri pentingnya tetapi kemustahilan dari cerita dan bahasanya. Itulah wanita gipsi.

Bahasaku pula- adalah wanita. Wanita yang bernama: mungkin ia Elissa.

PERKELAHIAN

Perkelahian kita adalah kitaran perjalananwujud antaranya sejarah yang sengaja dituhankanmanakan kita sanggup bersenggang urat-uratanmemuntahkan segala amarah; yang dahsyat sekaliapakah kita akan berterusan menuhankan sejarahyang kita belum pasti; kau dan aku. menjadi hamba sejarahsedang kita senegara, dan kita adalah sahabatnyanyian kita adalah keindahan dan kejelitaanmenyanyi bersama kejora, malam dan kitabserta memori yang masih terbuaidalam dodoian jiwa-jiwa kitatetapi kau tak mahu menyanyi bersamakumenyanyi untuk tanah air, meneruskan arus sungainyadengan magis suaramu,kau biarkan aku seorangdan kau tetap mendakap kejapkelahi kita, meresap ke dalam malapsang suria.kau biarkan aku sesat seorang.bersendirian dalam jalan yang payahmenuju ke kaki syurga, ke kaki tuhan.

Kambing hitam

Oleh ZAHID M NASER

Page 13: Rocket Edisi BM - Januari 2015

Nama: ____________________________________________________Alamat Emel: ____________________________________________________________________________Alamat: _________________________________________________________________________________Perhatian:Semua cek hendaklah dipalang dan dibayar atas nama : Genta Media Sdn BhdAnda juga boleh membayar terus ke dalam akaun kami di Public Bank 3159 1216 32Sila fakskan bank-in-slip kepada kami.Untuk sebarang pertanyaan, Sila hubungi 03-9281 8105

Sila kirim tempahan anda ke:Tingkat 2, Blok A, Wisma Wenworth KL, Jalan Yew, Off Jalan Pudu, 55100, KL.Tel: 03-9281 8105 Faks: 03-9281 8104 Emel: [email protected]

Semak untuk langgani. Sertai senarai mel kami jika

anda ingin menerima maklumat terkini mengenai buku-buku baru kami, dan tawaran istimewa.

No. Telefon: _________________________

02 03 04 05 0607

08 09 10 11

1312

No. Barangan Harga(RM)

KTT Jumlah(RM)

01 Tsunami Cina: retorik atau realiti? / Lim Hong Siang 15.00

02 Kluang mencatat sejarah, mencetus impian (DVD) / Genta Media

15.00

03 Kalender kreatif: komuniti Kluang impian 25.00

04 Jangan kelentong lagi kita semua orang Malaysia / Kee Thuan Chye

39.90

05 Kenangan perjuangan PRU 13 Kluang 15.00

06 Putrajaya milik siapa / Liew Chin Tong 10.00

07 Karpal Singh: pantang undur / Melissa Loovi 20.00

08 Hak untuk berbeza pendapat / Ooi Kee Beng 20.00

09 Malaysia milik kita bersama / Wan Hamidi Hamid 15.00

10 Dari penjara ke tampuk kuasa: Lim Guan Eng / Wan Hamidi Hamid

20.00

11 Yes, Jom Ubah / Wong Ho Leng 8.00

12 Bajet: Bagaimana kerajaan membelanjakan wang kita / Teh Chi Chang

20.00

Kehabisan Stok?

gentamedia.com gentamedia

l Pesan kedai buku untuk mengisi stokl Hubungi kami: 03-9281 8105

Buku juga boleh didapati di:

01

14

Nama (seperti dalam IC) :Jantina : Pekerjaan :No IC :Alamat :

Tel (H/O) : (HP):Emel :

Butir Peribadi

Cek Kiriman Wang Pos No Slip Bank Masuk

Cawangan Bank:

Jumlah Bayaran: RM

Kad Kredit

Nama atas Kad Kredit:

Visa Master Bank Pengeluaran Kad :

Negara Pengeluaran Kad:

Jumlah Bayaran: RM No. Kad Kredit:

Tandatangan Pemegang Kad: _______________________

Saya ingin membuat langganan secara automatik. (Hanya untuk pengguna kad kredit)

Saya sudah baca, faham dan setuju dengan semua Syarat.

Butir Bayaran

Syarat-syarat: * Jangan menghantar tempahan dengan WANG TUNAI. Borang langganan akan diproses dalam tempoh 5 hari bekerja

* Dengan ini, saya membenarkan bank yang dilantik oleh Genta Media untuk mendebitkan akaun kad kredit saya untuk langganan ini.

12 isu (RM12) 24 isu (RM 24) * termasuk bayaran pos

Jenis Langganan Baru Membaharui No Ahli : ____________

Sila bayar atas nama ‘Genta Media Sdn Bhd’ Bank: Public Bank Berhad No. Bank Akaun: 3159 1216 32

BORANG LANGGANAN THE ROCKET (EDISI BM)

Sila hantarkan borang langganan kepada alamat berikut:Genta Media Sdn BhdBlok A, Tingkat 2, Wisma Wenworth KL, Jalan Yew Off Jalan Pudu, 55100, Kuala Lumpur. Tel: 03-9281 8105 Faks: 03-9281 8104 Emel: [email protected]

15 16 17 18 19 20 21 22

13 1 Black Malaysia / DAP 15.00

14 Membongkar Rahsia DAP / Roketkini.com 9.90

15 Berdialog dengan gereja: sebuah travelog kedamaian / Mujahid Yusof Rawa

25.00

16 Mengatasi Korupsi Asas-asas / Bertrand De Speville 30.00

17 Keadilan untuk Beng Hock / DAP 15.00

18 Raja-Raja Melayu: Kemajuan atau Kemunduran? / Syed Husin Ali

RM18

19 Cendekiawan Melayu Penyuluh Emansipasi / Azhar Ibrahim

RM33

20 Gerakan Pendidikan Cina Di Malaysia: Satu Kajian Tentang Perjuangan Dong Jiao Zong (1970-2002) / Cheong Yuen Keong

RM38

21 Asal Usul Sosial Golongan Kiri Melayu: Satu Analis / Rustam A Sani

RM18

22 Gerakan dan Tokoh Kiri: Kamarulzaman Teh Dalam Kancah Perjuangan Kemerdekaan / Mohamed Salleh Lamry

RM25

**BAYARAN POS (RM5 / RM10)Peninsular Malaysia RM8 Sarawak & Sabah RM15

Jumlah

No. Barangan Harga(RM)

KTT Jumlah(RM)

Page 14: Rocket Edisi BM - Januari 2015

14JANUARI 2015

EDISI BAHASA MALAYSIARENCANA

Oleh IZMIL AMRI

Sarawak begitu berbeza. Iklimnya, suasa-nanya, wajah-wajahnya, malah segala hal mencecah deria bau, rasa dan penglihatan.

Pertama kali menjejak kaki di Bumi Kenyalang terasa bagai melangkah keluar dari ibu pertiwi, padahal hanya menyeberang Laut Cina Selatan ke sebuah negeri lagi.

Keterasingan dan ketidakserasian mem-buatkan rasa jauhnya Kuala Lumpur. Begitu juga jauhnya teknologi, dan lebih memeranjatkan lagi ialah kemudahan asas, bekalan air, elektrik dan laluan jalanraya.

Ramai sukarelawan ikut serta dalam ekspedisi Impian Sarawak di Amut, Pakan dalam daerah Sibu Sarawak. Sama seperti saya; langsung tidak tahu dan tidak peduli apa yang bakal dihadapi. Berbekalkan motivasi, beserta yuran dan tiket penerbangan dari poket sendiri, digagahkan diri ke daerah yang tidak diketahui rupabentuknya.

Semua ini dengan nawaitu untuk membantu usaha pembaikan kualiti kehidupan saudara se-negara yang telah dicampak ke tepi oleh aparat pemerintah meski sudah lebih setengah abad ‘Merdeka dalam Malaysia’.

Muncul sahaja di balai ketibaan lapangan terbang antarabangsa Sibu, segala-galanya te-rasa bergerak begitu perlahan. Ini berlanjutan sehingga ke rumah panjang di pedalaman Amut, Pakan; hampir tiga jam dari lapangan terbang, merentas jalan berturap dan laluan lori balak.

Warga pedalaman muncul ke pekan Sibujaya membawa hasil hutan; termasuk petai berikat-ikat, pucuk paku dan satu besen plastik berisi da-ging ular sawa yang belum disiat kulitnya yang kelihatan seperti cantingan batik bermutu tinggi. Satu kilo RM10. Di binaan bersebelahan, sebuah medan selera untuk makanan halal, sementara di sebelah pula pasar basah.

Tidak dapat dipastikan apa sebenarnya pera-saan mereka setiap kali keluar dari pedalaman menuju pekan. Namun terlalu banyak kelainan yang saya temukan saat menjejak kaki ke rumah Awin; rumah panjang 14 pintu yang bakal men-jadi tempat tinggal sukarelawan sehingga sele-sai projek paip air graviti kali ini.

Kami tiba lewat petang, namun hawa masih terasa panas di ruai rumah beratap zink tanpa ki-pas angin. Pintu utama tempat kami berkumpul dan merencana gerak kerja mempunyai sebuah set televisyen. Tapi antenanya tidak kelihatan. Malah tidak pun ada sebarang peranti untuk menerima siaran televisyen. Tidak ada bekalan elektrik, meski kelihatan banyak tiang elektrik sepanjang jalan masuk.

Tiada elektrik

Bekalan elektrik yang ada cuma bersumberkan sebuah penjanakuasa yang dihidupkan sekitar jam 6.30 petang; ketika cahaya matahari hapus di balik bukit yang sarat dengan tanaman lada yang diusahakan penduduk kampung. Ketika itu menyala satu atau dua lampu kalimantang yang menyuluh bahagian tengah rumah panjang. Hu-jung kanan kiri ada pelita dua tiga biji. Berbekal minyak tanah cukup membakar sehingga esok pagi.

Kami sekadar duduk di ruai tanpa berbuat apa-apa. Jurang komunikasi agak luas. Warga tuanya ramai yang lebih fasih berbahasa Iban, hanya satu dua yang boleh berbahasa Malaysia. Tidak susah sebenarnya mahu memahami baha-sa Iban. Makan disebutnya makai, jalan disebut-nya jalai, pulang disebutnya pulai; dan begitulah seterusnya.

Saya tidak pernah mendapat peluang mema-

hami budaya begini asing, walau jaraknya tidak sampai dua jam perjalanan udara. Pulau Pinang tidak lagi terasa begitu plural dan majmuk jika dibanding dengan Sarawak. Untuk itu saya rasa begitu kerdil, meski mematahkan sebatang titi menuju empangan mini di dalam hutan. Tapi itu cerita lain.

Tuai rumah Awin (yang namanya juga pasti-lah Awin) dahulunya pernah bekerja di pelantar minyak dengan bayaran lumayan sejak 1989 sehinggalah 2007 apabila beliau berkeputusan kembali ke kampung halaman dan menyara hi-dup dengan berladang.

’International man’

Beliau kerap mengulang kalimat ‘transparen-cy’ dalam perbualannya. Beliau separa fasih ber-bahasa Inggeris sesudah demikian lama bekerja di pelantar minyak. Setiap kali disebutnya ‘trans-parency’ akan disusuli pula ketegasannya supaya jangan dibikin keliru rakyatnya yang hampir seratus orang. Beliau memanggil dirinya ‘inter-national man’, setelah begitu banyak merantau melihat dunia.

“Saya sudah lihat dunia, semua tempat sudah saya pergi. Mana boleh buat saya keliru,” ujarnya ketika berbual bersama Ahli Parlimen Serdang Dr Ong Kian Ming dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua yang turut hadir menghusa-hakan sistem air gra-viti tersebut.

14 pintu di rumah itu semua ipar duai-nya belaka. Musim cuti sekolah ketika hampir Krismas adalah musim pa-ling meriah apabila anak-anak mereka pulang dari asrama. Namun setakat hari tersebut, hanya se-orang di kalangan anak-anak yang ada telah selesai men-duduki SPM. “Kamu seorang sahaja yang pakai cermin mata,” ujar saya disambut senyum manis anak gadis itu yang kerap membantu menter-jemah bicara ibunya.

Selain musim pe-rayaan dan Hari Ku-dus (hari Ahad), anak-anak akan berada di asrama sekolah, ma-nakala yang masih kuat bekerja tinggal di rumah kebun yang lebih hampir ke ladang masing-ma-sing, jauh dari rumah panjang. Ramai daripada-nya mengusahakan tanaman lada, kelapa sawit dan pelbagai sayur-sayuran.

Pakan, seperti bunyi namanya adalah sebuah pekan kecil dengan dua baris rumah kedai. Dari situ merangkai laluan-laluan yang hanya mam-pu digagahi kenderaan pacuan empat roda; wa-laupun ada juga kelihatan kereta-kereta kecil yang telah berparut teruk dilenjan permukaan jalan lori balak yang berbukit dan berlopak.

Perjalanan dari rumah panjang yang satu lagi; Rumah Abi, menuju tapak empangan mini me-makan masa hampir satu jam, meredah denai hutan sejauh 4.4 kilometer, menyeberangi enam batang sungai; yang tiga darinya mempunyai titi. Bila saya sebut titi, saya maksudkan papan yang disambung-sambung, atau dua batang balak

kecil merentas jurang sedalam tiga ke enam kaki.

Setelah berat anak bandar yang satu ini mematahkan titi ke-tiga, saya tidak lagi memberanikan diri melakukan percuba-an kedua menuju kawasan empangan. Pada hari kerja, saya sekadar menggagahkan diri membuka beberapa gulung paip dua inci sepan-jang seratus meter, sebelum ditarik menuju hulu sungai dan ditakung di enam buah tangki yang akan mengagih air tersebut ke 35 buah pintu di dua rumah panjang.

Projek yang memberi manfaat kepada sekian banyak rakyat di pedalaman Sibu ini memakan masa tidak sampai satu minggu. Projek anjuran BN yang sudah menaikkan papan tanda sebulan

sebelum kami sampai baru sahaja mengatur paip di sepanjang jalan utama menuju Pakan.

Demikian saktinya semangat bekerjasama dan gotong royong sesama jiran yang berjaya melakukan sesuatu yang gagal diusahakan se-buah kerajaan dengan segala kekayaan sumber yang ada.

Bagi sang pemerintah, orang kampung di Amut pastinya akan bertanya, ‘bagaimana mun-gkin kesaktian rakyat ini mahu ditewaskan?’

Amut, Pakan: Kesaktian rakyat yang tak terungkapDemikian saktinya semangat bekerjasama dan gotong royong sesama jiran yang berjaya melakukan sesuatu yang gagal diusahakan sebuah kerajaan dengan segala kekayaan sumber yang ada.

Page 15: Rocket Edisi BM - Januari 2015

15JANUARI 2015

EDISI BAHASA MALAYSIAUTAMA

Lebih 5,000 muka surat Laporan RCI Projek IC Sabah ‘hilang’

LEBIH 5,000 muka surat hilang da-ripada Laporan Suruhanjaya Sia-satan Diraja RCI mengenai Penda-tang Tanpa Izin di Sabah.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Si-ang berkata, RCI Sabah yang dike-luarkan pada 3 Disember lalu itu sepatutnya menjadi laporan paling tebal dan paling banyak jilid ber-banding laporan RCI lain, malang-nya hanya mempunyai 368 muka surat.

“Dimana semua memorandum, nota-nota keterangan, akuan-akuan bersumpah dan eksibit dike-mukakan kepada RCI?

“Saya difahamkan ia melebihi 5,000 mukasurat bahagian penting laporan,” kata Kit Siang.

Beliau membandingkan Laporan RCI video skandal peguam Lingam yang mempunyai empat jilid de- ngan yang pertama berjumlah 191 mukasurat, nota keterangan ber-jumlah 1,187 muka surat (Jilid 2), 513 mukasurat Akuan Bersumpah (Jilid 3) dan 474 mukasurat eksibit (Jilid 4) dengan jumlah keseluru-han 2,365 mukasurat.

Manakala RCI Sabah menerima 361 memorandum dan 177 eksi-bit, dengan 211 saksi pendengaran

awam yang bermula 14 Januari se-hingga September 2013 .

Guna terjemahan Google

Dalam pada itu katanya, kera-jaan gagal mendaulatkan Bahasa Kebangsaan apabila terjemahan laporan RCI bertaraf ‘Diraja’ dibuat sambil lewa menggunakan Google Translate.

“Jika dicermati kita akan men-dapati terjemahan dibuat secara langsung (direct translation) dari-pada teks asal dan kedengaran se-perti ditulis murid sekolah rendah.

MENTERI Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi harus berhenti dari terus ‘mengaburkan’ Laporan RCI Sabah yang sudah sedia kabur.

Kata Kit Siang, penafian Zahid ti-dak membawa sebarang makna ke-rana Laporan RCI Sabah itu sendiri menyebut kewujudan Projek IC.

“Penafian sama sekali menolak laporan itu yang menyatakan ba-hawa kemungkinan wujudnya Pro-jek IC,” ujar Kit Siang

Tegasnya kesimpulan dan jawapan sama ada wujud atau tidak Projek IC, tertera di halaman 300 la-poran tersebut.

“Secara ringkas, terdapat keba-rangkalian wujudnya projek itu se-tiap masa,” kenyataan Laporan RCI Sabah pada halaman 300 dipetik.

Zahid nafi, RCI Sabah kemuka bukti

KETUA Pembangkang DUN Sabah Datuk Lajim Ukin berkata, sin-diket didalangi individu tertentu mendaftarkan warga asing sebagai pengundi dengan menggunakan kad pengenalan haram.

Malangnya kata Lajim, Laporan RCI tidak mencatatkan jumlah sebenar kad pengenalan yang dikeluarkan.

“Kami tahu nama-nama mereka ada dalam daftar pemilih,” kata Lajim yang juga ADUN PKR Klias.

Ujar Lajim lagi , Akta Pilihanraya membenarkan parti politik men-cabar daftar pemilih yang telah digazetkan.

“Perlembagaan jelas memberi-

tahu hanya warganegara yang layak didaftarkan sebagai pengun-di,” ujar Lajim.

Justeru itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa menghentikan persempadanan semula kawasan pilihanraya sehingga senarai daf-tar pemilih dibersihkan sepenuh-nya.

Dibawah proses persempada-nan semula, difahamkan wujud-nya tujuh kawasan baru untuk pi-lihanraya negeri akan datang.

Antara kawasan itu adalah Da-rau dan Mengkabong di Tuaran, Limbahau (Papar), Pandasan (Kota Belud), Sepagaya (Lahad Datu) dan Bukit Garam (Kinabatangan).

Bukti sindiket haram beri kad pengenalan

PAKATAN Rakyat Sabah membuat laporan polis berhubung penglibatan kerajaan dalam Projek IC kepada Pendatang Tanpa Izin (PATI) di negeri ini.

Laporan polis dibuat pada 11 Disember lalu oleh Pengerusi DAP Sabah Jimmy Wong, Ketua Pembangkang DUN negeri Datuk Seri Lajim Ukin dan Pesuruhjaya PAS negeri Mohd Ami-nuddin Aling di Ibu Pejabat Polis Karamungsing, Kota Kinabalu

Mereka mendesak siasatan terhadap pendeda-han lima bekas kakitangan kerajaan yang men-gakui bahawa kerajaan telah memberikan IC ke-pada PATI di Sabah.

Jimmy yang juga Ahli Parlimen Kota Kinabalu berkata rakyat Sabah tidak pernah percaya den-gan penemuan kononnya kerajaan tidak terlibat dalam Projek IC.

“Kesaksian bekas pegawai-pegawai JPN adalah mencukupi untuk mengaitkan pihak kerajaan.

“Kita masih ingat tiga bekas pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang memberi kete-rangan kepada panel RCI dan kemudian ditahan di bawah ISA kerana memberi kad pengenalan kepada warga asing.

“UMNO terlibat. Ramai (dari kalangan warga asing yang mendapat kad pengenalan) turut di-daftarkan sebagai pengundi,” katanya.

Pakatan Rakyat Sabah lapor polis penglibatan kerajaan

Ketua Pembangkang DUN Sabah Datuk Lajim Ukin menunjukkan Laporan Siasatan Diraja tentang Pendatang Tanpa Izin di Sabah dalam sidang media bersama wakil Pakatan Rakyat.

Pemimpin Pakatan Rakyat Sabah membuat laporan polis di Balai Polis Karamunsing baru-baru ini.

Page 16: Rocket Edisi BM - Januari 2015

16JANUARI 2015

EDISI BAHASA MALAYSIAUTAMA

DAP menyelar tuduhan jahat dan tidak ma-suk akal bekas Perdana Menteri Tun Dr Ma-hathir Mohamad yang mendakwa masya-rakat Melayu sudah hilang dominasi dan menjadi pengemis kepada kaum Cina.

Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari berkata, Dr Mahathir menipu orang Melayu serta merendahkan martabat sen-diri sehingga menggambarkan senario yang bukan sahaja mustahil, malah tipu mus-lihat politik purba.

Hujah Dr Mahathir hanya muslihat po-litik kerana kuasa Melayu dalam setiap as-pek masyarakat Malaysia di kemuncaknya pada masa ini, termasuk menguasai setiap jawatan penting kerajaan, daripada Perda-na Menteri kepada 12 daripada 13 menteri besar negeri.

Orang Melayu juga menguasai institusi negara seperti badan kehakiman, pasukan polis, perkhidmatan awam dan tentera.

Malah orang Melayu membentuk majoriti penduduk Malaysia, selain mencatat kadar kesuburan satu setengah kali lebih daripa-da orang Cina, yang bermakna kaum-kaum lain semakin mengecil dari segi populasi.

“Dari segi ekonomi, meskipun pemi-likan ekuiti Melayu pada tahun awal Dasar Ekonomi Baru mungkin dalam digit tung-gal, pemilikan ini berkembang pesat sejak beberapa dekad lalu,” kata Zairil.

Dr Mahathir dilaporkan media berka-ta bahawa parti dominasi Melayu seperti

UMNO, PKR dan PAS terpaksa mengemis sokongan DAP untuk memenangi PRU.

Sementara itu, Bank Pembangunan Asia melaporkan ekuiti dimiliki syarikat berkai-tan kerajaan (GLC) daripada permodalan pasaran Bursa Malaysia dan penanda aras pasaran Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) masing-masing berada pada kadar 36 peratus dan 54 peratus.

“Sebahagian besar ekonomi negara dikuasai GLC yang umumnya dikuasai orang Melayu,” tambahnya.

Justeru itu, Dr Mahathir dilihat cuba

menjadi wira menyelamatkan UMNO ke-rana beliau sedar parti itu berisiko kehilan-gan kuasa kerana ditolak rakyat, termasuk orang Melayu sendiri.

Zairil turut mempersoalkan hujah ko-nonnya orang Melayu akan hilang kuasa, sedangkan kedudukan istimewa orang Me-layu termaktub dalam Perlembagaan.

“Sebarang pindaan Perlembagaan me-libatkan kedudukan Melayu memerlukan majoriti dua pertiga Parlimen dan kelulu-san Raja-raja Melayu. Jaminan ini bermak-na tidak akan ada sebarang ancaman terha-

dap orang Melayu di negara ini.“Berikutan prestasi sangat menge-

cewakan, UMNO sebenarnya yang melutut dan menjadi ‘pak turut’ kepada sayap ka-nan perkauman seperti Perkasa dan ISMA.

“Bukti jelas adalah pusingan-U Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terhadap janjinya untuk memansuhkan Akta Hasu-tan,” katanya.

Selain menjadi ‘pengemis’ kepada Perka-sa dan ISMA, ketakutan UMNO semakin membuak akibat ketidakmampuan mereka merencana agenda ekonomi.

Kerana takut hilang kuasa, UMNO ‘mengemis’ pada Perkasa, ISMA

HUDUDAPA PENDIRIAN DAP?

UMNO dan Barisan Nasional menolak hudud tetapi DAP pula yang diserang media. DAP berpendirian bahawa pelaksanaan hudud adalah:

l Bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan l Bukan asas kontrak sosial l Bukan dasar bersama Pakatan Rakyat

Bagi DAP, pelaksanaan hudud tidak sesuai untuk sebuah negara serta masyarakat yang berbilang kaum dan agama.

DAP sebagai parti yang menjunjung Perlembagaan Persekutuan tetap menghormati agama Islam dan agama-agama lain.

SIRI SOAL JAWAB DAP

Berikutan prestasi sangat mengecewakan, UMNO sebenarnya yang melutut dan menjadi ‘pak turut’ kepada sayap kanan perkauman seperti Perkasa dan ISMA”

- ZAIRIL KHIR JOHARIAhli Parlimen Bukit Bendera