Upload
phambao
View
222
Download
4
Embed Size (px)
Citation preview
PEMBANGUNAN BLOG
MENGAPA WORDPRESS?Rosseni Din
PENDAHULUAN
WordPress ialah sejenis “Content Management System” dimana anda boleh
menyenggara dan mentadbir sistem laman web atau blog secara atas talian. Satu masa
dahulu apabila anda ingin mengemaskini laman web atau blog, anda perlu melakukan
pengubahsuaian menggunakan aplikasi penyunting web seperti Microsoft Frontpage
dan Dreamweaver atau menggunakan NotePad dan bahasa pengaturcaraan HTML dan
seterusnya memuatnaik keseluruhan fail ke dalam server atau komputer pelayan, kini
dengan menggunakan WordPress, anda tidak perlu melalui proses seperti itu lagi.
WordPress kini digunakan oleh kebanyakan penulis blog dan laman web terkemuka di
dunia, malah ramai juga rakyat Malaysia senang menggunakan WordPress dalam
membangunkan laman web atau blog mereka.
Sekiranya anda ingin menggunakan WordPress tanpa memasangnya di server
atau komputer pelayan anda sendiri, anda masih boleh menggunakan WordPress
dengan meletakkan blog anda di komputer pelayan WordPress secara percuma dengan
mendapatkan akaun percuma setelah mendaftar di www.wordpress.com. Kebanyakan
penulis blog peribadi atau usahawan yang baru berjinak-jinak dengan teknik pemasaran dan
perniagaan secara atas talian, menggunakan pelantar percuma ini. Walaupun anda tidak
mempunyai kebebasan 100% dalam mengolah antaramuka Theme dan Plugin, apa
yang disediakan adalah memadai bagi beberapa tahun awal anda sebagai blogger atau
e-usahawan. Jika anda mempunyai akaun hosting sendiri, anda dapat mengubahsuai
hampir keseluruhan blog mengikut citarasa anda sendiri.
1
MENGAPA WORDPRESS
Salah satu pelantar penulisan blog yang terkemuka di dunia dan sangat mudah
digunakan ialah Blogger yang juga lebih dikenali laman blognya sebagai Blogspot.
Jadi anda mungkin tertanya-tanya mengapa anda harus belajar dan menggunakan
WordPress sedangkan anda telah pun terbiasa dengan penggunaan Blogspot atau
Blogger. Bagi pemilik laman blog yang menjadikan Internet sebagai lapangan untuk
pemasaran produk syarikatnya, ciri-ciri mesra SEO amat penting untuk meletakkan
laman blognya di tangga-tangga teratas bagi setial hasil carian. Berikut disenaraikan
sebab atau faktor-faktor yang mungkin mendorong anda untuk menggunakan
WordPress:
1. SEO – menurut Matt Cutts, WordPress is “made to do SEO well”, oleh yang
demikian, blog atau laman web kita yang dibina menggunakan WordPress
akan mudah dicari apabila nama laman atau blog kita dimasukkan sebagai kata
kunci dalam mana-mana enjin pencarian.
2. Kandungan – mudah dikemaskini tanpa perlu tahu HTML; kita tidak perlu
“meminta” bantuan webmaster setiap kali kita ingin membuat perubahan kecil
atau ingin membuat pengumuman atau pengenalan produk atau polisi baru.
3. Pengembangan – oleh kerana WordPress merupakan satu sumber terbuka
maka akan sentiasa ada pengaturcara atau pembangun aplikasi yang mencipta
tema dan plug-ins baru di mana kita boleh mendapatkan tema baru, pol
undian, penilaian produk dan sebagainya tanpa perlu membayar khidmat
pembangun web.
4. Sokongan – bagaimana jika kita menghadapi masalah atau ingin menambah
ciri baru? Ada saja forum pengguna WordPress yang membantu atau
penyelesaian boleh dibuat dengan pencarian menggunakan Google search.
5. Installasi Mudah – Installasi WordPress boleh dibuat atas komputer pelayan
atau server sendiri mahupun dengan menggunakan penyedia khidmat hosting
berbayar seperti Bluehost, 1and1, GoDaddy atau boleh juga menggunakan saja
hos percuma yang disediakan di Wordpress.com.
2
MENDAFTAR AKAUN WORDPRESS
1. Masukkan atau taip alamat WordPress iaitu <http://wordpress.com/> pada
ruangan URL.
2. Klik pada <start a blog in seconds> (Rujuk langkah 1 pada Rajah 1).
Rajah 1: Langkah Pertama Membina Blog
3. Klik pada <sign up now!> (Rujuk langkah 3 pada Rajah 2).
4. Isi borang daftar WordPress seperti mana anda pernah mengisi borang daftar
untuk mendapatkan e-mel percuma daripada Yahoo, GMail dan sebagainya.
Mulakan dengan mengisi ruang pertama untuk mendapatkan username atau
nama pengguna pilihan anda (Rujuk langkah 4 pada Rajah 3).
3
Rajah 2: Langkah Kedua Membina Blog
5. Kemudian isi ruang kedua untuk mendapatkan password atau kata laluan
pilihan (Rujuk langkah 5 pada Rajah 3).
6. Seterusnya pada kotak ruang ketiga, anda perlu memasukkan sekali lagi kata
laluan pilihan anda tadi untuk pengesahan bahawa sememangnya itulah nama
katalaluan pilihan anda, dan apa yang telah anda taip itu, bukanlah katalaluan
yang anda tersalah taip atau seumpamanya. Sekiranya katalaluan anda terlalu
mudah diteka, WordPress akan memberi mesej bahawa katalaluan pilihan
tersebut merupakan pilihan yang kurang baik seperti mesej Bad yang
dipaparkan pada langkah 6 dalam Rajah 3.
7. Untuk langkah ke-7, masukkan alamat e-mel anda.
4
3
5
4
6
7
8
9
10
8. Seterusnya, setelah membaca kontrak penggunaan WordPress, klik pada kotak
di sebelah kenyataan kontrak
(Rujuk langkah 8 dalam Rajah 3).
9. Langkah seterusnya iaitu langkah 9 (Rajah 3), klik pada pernyataan <gimme a
blog!>
10. Akhir sekali setelah melengkapi borang daftar atas talian ini, klik pada butang
<Next>.
Rajah 3: Langkah-langkah Mengisi Borang Pendaftaran Akaun WordPress
RALAT NAMA PENGGUNA DAN KATAKUNCI
Kadangkala, setelah mengisi borang dengan username atau nama pengguna pilihan,
anda mendapat ralat username atau password seperti yang ditunjukkan dalam Rajah
4. Apabila mendapat mesej sebegini, anda perlu mengisi semula borang pendaftaran
5
blog dengan menukar pilihan untuk nama pengguna atau username yang lebih unik
dan berkemungkinan besar belum digunakan oleh orang lain.
Begitu juga dengan pilihan katakunci. Anda perlu memasukkan semula
katakunci pilihan yang lebih sukar diteka oleh orang lain. Ini boleh dilakukan dengan
menggabungkan huruf besar dengan huruf kecil atau menambah angka pilihan.
Katakunci yang mengandungi kurang dari 5 aksara atau huruf juga dianggap terlalu
mudah untuk diteka. Dalam hal ini anda boleh menambah 1 atau beberapa aksara lagi
dengan syarat penambahan itu tidak terlalu sukar untuk anda sendiri mengingati
katakunci yang anda tentukan.
Rajah 4: Langkah-langkah Mengisi Semula Borang Pendaftaran Akaun WordPress
6
1
2
MENULIS POSTING DALAM WORDPRESS
Setelah mendapatkan akaun, Login dan klik pada dashboard untuk mula menulis
posting berdasarkan prosedur berikut:
1. Daftar masuk ke laman WordPress anda dengan mengklik klik login setelah
memasukkan nama pengguna dan kata kunci.
2. Anda boleh juga masuk ke laman blog dengan menaip URLyang diakhiri
dengan /login seperti http://your_blog_name.wordpress/login/ untuk daftar
masuk ke blog anda. Wordpress akan menukar URL ini kepada arahan login
yang difahaminya seperti dalam Rajah 5.
Rajah 5: Langkah-langkah Log-Masuk Ke Laman Blog
7
4
5
3
6
7
3. Seterusnya anda akan mendapat paparan yang hampir seperti dalam Rajah 6
berikut.
4. Klik Write.
5. Kemudian klik Write Posts untuk mula menulis posting anda.
Rajah 6: Menulis Posting
6. Setelah selesai menulis pada kanvas posting di blog anda, klik butang Publish.
7. Kemudian klik view site untuk melihat hasil penulisan anda.
MENYISIP GAMBAR DALAM POSTING DI WORDPRESS
Kadangkala setelah menulis posting dan membacanya di laman blog, anda terfikir
untuk memasukkan pula gambar dalam posting tersebut agar penulisan anda lebih
8
12
4
3a3b
5
6
menarik. Sekiranya anda ingin memasukkan gambar pada blog karangan anda, sila
ikuti langkah-langkah seperti berikut:
1. klik edit post dan luncurkan tetikus ke bawah sehingga ke ruangan untuk
memuat naik gambar.
2. Klik browse untuk memuatnaik gambar yang telah anda pilih.
3. Anda diberi pilihan jika ingin memasukkan tajuk serta penerangan berkaitan
gambar yang akan dimuatnaik. Jika ingin masukkan maklumat, taip maklumat
tentang gambar dan tajuk pada ruangan title dan description.
Rajah 7: Menyisip Gambar dalam Posting
4. Klik upload, kemudian cari semula gambar tersebut dan ubah saiz gambar
sebaik mungkin.
5. Save untuk simpan.
9
6. View untuk melihat hasilnya.
Untuk peterangan lanjut sila klik pautan WordPress Tutorial dalam blog Pendidikan
Komputer di http://rosseni.wordpress.com.
MEMBINA HALAMAN TETAP ATAU PAGES
Kegunaan pages adalah hampir serupa dengan post, namun pages lebih bersifat kekal.
Membina pages juga sama seperti menulis post. Daftar masuk ke dashboard anda
kemudian klik butang Write. Seterusnya ikut langkah berikut:
1. Klik pada butang Pages.
Rajah 8: Membina Halaman Tetap atau Pages
2. Anda kini telah bersedia untuk menulis. Mencipta halaman tetap atau pages di
WordPress adalah hampir serupa sepertimana proses menulis post. Untuk
10
1
mula menulis pada laman tetap, anda hanya perlu memilih Add New di menu
Pages.
Rajah 9: Membuka Halaman Tetap atau Pages Yang Baru
3. Setelah berpuas hati dengan pages baru anda, klik Publish untuk
menyimpannya.
11
2
Rajah 10: Menaip Kandungan Halaman Tetap atau PagesKOMEN-KOMEN
Komen memberi kemudahan kepada orang ramai untuk berkongsi pendapat mereka.
Kadangkala, mereka mempunyai banyak idea bernas yang boleh dibincangkan
bersama di ruangan komen. Kadangkala komen-komen tidak mendatangkan hasil
yang setimpal dengan masa yang diperuntukan. Sungguhpun demikian, kemudahan
ini mencipta dan membina satu pelantar interaksi yang dinamik untuk blog anda.
Dalam blog peribadi, pemilik dan pembaca blog berkongsi pengalaman hidup.
Dalam blog pembelajaran guru dan pelajar saling berinteraksi dalam proses
pembelajaran, dalam blog perniagaan pula peniaga atau usahawan prihatin boleh
membina rangkaian social dengan memberi maklumbalas berguna kepada pelanggan
mahupun bakal pelanggan.
Untuk membolehkan komen dibaca terus oleh anda dan pembaca lain, anda
perlulah membuka kemudahan ini dengan menggunakan butang tetapan atau setting
pada blog anda dimana orang lain boleh meninggalkan komen mereka tanpa
mendaftar masuk ke blog anda. Kemudahan ini membolehkan pengguna
memasukkan komen dengan melampirkan bersama e-mel dan mungkin juga URL
12
3
blog mereka untuk kemudahan anda merujuk informasi atau maklumat dari sumber
komen jika perlu. Untuk menentukan tetapan ini, ikuti langkah-langkah berikut
dengan merujuk Rajah 11:
1. Login dan masuk ke dashboard . 2. Klik setting.
3. Klik discussion.4. Tandakan pilihan untuk membolehkan pengguna lain memberi komen serta
membenarkan komen-komen memasuki discussion.
5. Tandakan pilihan bagi membolehkan pengguna yang memberikan komen,
memasukkan e-mel mereka. Untuk maklumat lanjut dan demonstrasi visual,
kembali ke pautan WordPress Tutorial link FAQ atau WordPress manual juga
di sediakan di sebelah kanan panel blog Computer Education di
http://rosseni.wordpress.com.
Rajah 11: Menentukan Setting atau Tetapan Komen
6. Tanda juga kotak yang membolehkan anda menerima e-mel dari WordPress
apabila seseorang menghantar komen.
13
2
4
1
Rajah 12: Menentukan Setting atau Tetapan Komen
Menunggu Pengesahan atau Awaiting Moderation
Jika setting atau tetapan seperti yang dijelaskan dalam bahagian sebelum ini tidak
dibuat, anda mungkin akan mendapat mesej yang banyak setiap hari mengatakan
terdapat sebilangan komen di blog anda yang menunggu untuk disahkan. Komen-
komen yang belum mendapat kelulusan dari anda akan dipaparkan apabila anda
mengklik pada pautan komen yang menunggu pengesahan atau awaiting moderation.
Jika blog anda mempunyai lebih dari seorang penulis, maka artikel-artikel yang ditulis
oleh penulis lain juga mungkin memerlukan kelulusan anda terlebih dahulu sebelum
boleh dipaparkan di blog. Jika anda tidak mahu ini berlaku, buat langkah-langkah
seperti yang dinyatakan sebelum ini bagi membolehkan komen-komen terus masuk
tanpa perlu mendapat pengesahan dari anda. Ini amat penting terutamanya bagi blog
perniagaan atau pemasaran. Pelanggan akan bosan menunggu komennya mendapat
maklumbalas apalagi jika perlu menunggu komennya disahkan duhulu sebelum
terpapar di ruangan komen blog anda.
MEMASUKKAN PAUTAN BARU ATAU NEW LINK
14
3
5
6
Untuk blog peribadi, anda tentu ingin memautkan blog ahli keluarga dan sahabat
handai yang rapat dengan anda serta blog-blog yang sering anda kunjungi. Ini
memudahkan anda melawat blog-blog berkenaan dan menjalin siraturrahim. Begitu
juga dengan blog perniagaan atau blog pemasaran. Anda mungkin ingin meletakkan
pautan yang berkenaan dengan produk anda. Misalnya jika anda memasarkan
barangan kesihatan seperti Jus Noni atau Jus Delima dan seumpamanya, tentu anda
ingin memautkan dengan blog-blog kesihatan yang memberi keterangan tentang
penyakit-penyakit tertentu yang boleh diubati dengan jus-jus yang anda pasarkan.
Ikuti langkah-langkah memasukkan pautan seperti berikut:
1. Masuk ke dashboard dan pilih Links (Rajah 12).
15
Rajah 12: Memilih Butang Links
2. Klik pada new link (Rajah 13).
3. Masukkan maklumat untuk nama pautan pada ruangan Name seperti dalam
Rajah 14.
4. Masukkan pula maklumat bagi alamat URL pautan pada ruangan Web
Address seperti dalam Rajah 14.
5. Ada juga boleh memilih untuk memasukkan penerangan mengenai pautan ini
supaya pengguna dapat maklumat mengenainya apabila tetikus dilalukan pada
pautan tersebut.
16
1
Rajah 13: Memilih Butang NEW LINK
Rajah 14: Memasukkan Nama dan Alamat Pautan
17
2
1
3
4
5
KATEGORI
Selain mencipta pautan-pautan ke pelbagai blog dan laman web yang berkaitan
dengan anda, blog anda dan perniagaan anda, blog yang menggunakan pelantar
WordPress ini boleh juga membantu anda mengurus posting anda secara teratur agar
pelanggan atau pengunjung blog boleh terus mengklik ke pautan posting di bawah
kategori tertentu untuk menjimatkan masanya mencari maklumat pada blog anda
berdasarkan apa yang dihajatinya. Untuk mengikuti topik-topik lanjutan seperti ini
anda boleh melayari pautan WordPress Tutorial yang terdapat dalam laman blog
Computer Education di http://rosseni.wordpress.com.
PENUTUP
Bab ini telah menerangkan secara ringkas perihal blog menggunakan pelantar
WordPress. Pembinaan laman blog peringkat asas juga telah ditunjukkan langkah
demi langkah daripada mendaftar, mengurus komen, menulis posting dan menyisip
gambar termasuk langkah-langkah menulis halaman tetap atau pages. Bahagian-
bahagian dalam pembinaan laman web peringkat lanjutan seperti membina pautan
atau links serta sedikit penerangan berkaitan pembinaan kategori turut dimasukkan.
Untuk topik-topik lanjutan seperti membina dan mengurus kategori, menukar tema
blog serta menyisip widget, sila layari Wordpress Tutorial yang pautannya ada di
pautkan dalam laman blog Computer Education di http://rosseni.wordpress.com.
18