36
BMM3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU Rancangan Pengajaran Harian KSSR Hari : Rabu Masa : 8.15 pagi – 9.15 pagi Kelas : 1 Bijak Bilangan Murid : 15 orang Mata Pelajaran : Bahasa Melayu TEMA ALAM SEKITAR DAN TEKNOLOGI HIJAU TAJUK Mengenal bunyi di sekeliling kita 1

rph bm kssr1

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: rph bm kssr1

BMM3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

Rancangan Pengajaran Harian KSSR

Hari : Rabu

Masa : 8.15 pagi – 9.15 pagi

Kelas : 1 Bijak

Bilangan Murid : 15 orang

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu

TEMA ALAM SEKITAR DAN TEKNOLOGI HIJAU

TAJUK Mengenal bunyi di sekeliling kita

FOKUS UTAMA STANDARD 1.1. Asas mendengar dan memberikan respons dengan betul terhadap

1

Page 2: rph bm kssr1

BMM3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

KANDUNGAN pelbagai bunyi dalam persekitaran

1.6. Berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan tepat secara bertatasusila.

STANDARD PEMBELAJARAN

1.1.2. Mengecam dan mengajuk pelbagai bunyi dalam persekitaran yang didengar dengan betul.

1.6.2. Berbicara untuk menyampaikan maklumat dengan tepat daripada pelbagai sumber secara bertatasusila

FOKUS SAMPINGAN

STANDARD KANDUNGAN

2.4 Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan untuk member respon dengan betul.

STANDARD PEMBELAJARAN

2.1 Membaca dan memahami maklumat untuk mengenal pasti idea utama dalam pelbagai bahan dengan tepat.

OBJEKTIF Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat;

2

Page 3: rph bm kssr1

BMM3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

i. Mengecam dan mengajuk pelbagai bunyi dalam sesuatu persekitaran yang

didengar dengan betul.

Ii Menyampaikan maklumat dengan tepat berdasarkan sumber secara

bertatasusila.

iii. Membezakan benda hidup dengan benda bukan hidup.

Iv. Membaca dan memahami maklumat berdasarkan teks yang diberikan.

PENGISIAN KURIKULUM i. Ilmu : Sains

ii. KBT : Kecerdasan Pelbagai; Verbal linguistik, Kinestetik

dan Naturalis

Kemahiran Berfikir ; Menjana idea

iii. Nilai Murni : Keberanian, yakin diri dan bekerjasama.

iv. Kajian Masa Depan

MEDIA Petikan dalam bentuk ICT,laptop, speaker, papan dam ular

LANGKAH ISI PELAJARAN AKTIVITI CATATAN

3

Page 4: rph bm kssr1

BMM3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

Set Induksi

(5 minit)

-Guru memasang lagu “Pak Mamat Ada Kebun”

- Apakah bunyi haiwan yang terdapat di dalam lagu tersebut?

Jawapan: moo...moo

-Guru memainkan lagu “Pak Mamat Ada Kebun”

- Murid menyanyikan lagu bersama-sama guru berdasarkan lirik yang tertera di laptop

-guru bersoal jawab dengan murid berkaitan lagu tersebut

ABM:

i) Speakerii) Laptop

Kecerdasan Pelbagai; Kinestetik dan Visual ruang

Langkah 1

(20 minit)

Guru memasang bunyi-bunyi tertentu dengan menggunakan komputer riba:

-bunyi katak

-bunyi itik

-bunyi monyet

-bunyi kucing

-bunyi lembu

-bunyi angsa

-bunyi di kawasan pembinaan

-bunyi ombak

-Guru meminta murid mendengar bunyi dan mengecam bunyi tersebut

-Guru meminta murid mengajuk semula bunyi dan meneka bunyi tersebut.

- Guru menunjukkan jawapan yang betul bagi bunyi-bunyi itu.

ABM :

i) komputer riba, ii) speaker

ICT

Nilai: Keberanian, Yakin Diri

Kemahiran Berfikir:

i )Menjana idea

ii) Penerapan kosa kata

4

Page 5: rph bm kssr1

BMM3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

-bunyi kereta

-bunyi kuda

-bunyi angin

-bunyi hujan

-bunyi harimau

-bunyi ayam

-bunyi burung

Langkah 2

(20 minit)

-Guru menayangkan slaid persembahan cerita ‘Anak Itik Yang Hodoh’ kepada murid-murid.

- Guru meminta murid membunyikan bunyi yang terdapat dalam cerita tersebut.

-Contoh: perkataan ‘ayam’, jadi murid perlu membunyikan bunyi ‘ayam’.

-Guru memilih murid secara rawak dan meminta murid menyatakan pengajaran yang terdapat dalam cerita tersebut.

ABM:

i) komputer riba,ii) LCD

Nilai:

- Beri perhatian - Berani- Berkeyakinan

Langkah 3

(15 minit)

-Guru membahagi kepada 3 kumpulan.

-Guru menyediakan satu permainan iaitu ‘Dam Ular’ kepada murid.

i) Setiap kumpulan akan menghantar seorang wakil untuk membaling buah dadu.

ii) Wakil kumpulan melambung buah

ABM:

Papan Dam Ular

Laptop

5

Page 6: rph bm kssr1

BMM3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

-Guru menerangkan cara bermain serta peraturan permainan tersebut.

-Peraturan:

i) pemain perlu melambung buah dadu yang telah dibekalkan dan perlu menggerakkan token kumpulan.

ii) setiap petak mengandungi soalan. Wakli kumpulan perlu membaca soalan manakala ahli kumpulan akan menjawab soalan tersebut

iii) Jika token sampai di petak yang mengandungi tangga,mereka perlu menjawab soalan yang disediakan dengan betul untuk menggerakkan token tersebut ke petak yang telah ditetapkan. Jika gagal, mereka tidak boleh menggerakkan token ke petak tersebut.

iv) Setiap wakil perlu bergilir-gilir melambung dan membaca soalan.

v) Giliran untuk menggerakkan token akan diberikan mengikut urutan kumpulan.

dadu kemudian menggerakkan token mengikut bilangan angka yang diperoleh.

iii) Wakil tersebut akan membaca soalan yang telah disediakan dan ahli kumpulan yang lain menjawab soalan tersebut.

Contoh soalan :

1. Sila bunyikan bunyi kucing

2. Cuba teka bunyi ini – moo moo moo

3. Sila buat gaya berserta bunyi orang utan

iv) Kumpulan yang menang akan diberikan hadiah.

Speaker

Kecedasan Pelbagai; i) Verbal Linguistik ,

6

Page 7: rph bm kssr1

BMM3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

vi) Kumpulan yang cepat sampai ke kotak penamat dikira sebagai pemenang.

Penutup

(5 minit)

Guru membuat bersama murid-murid rumusan tentang :

-bunyi-bunyi di sekeliling kita

- membezakan bunyi benda hidup dengan benda bukan hidup.

Lagu ‘Bapaku Pulang Dari Kota’

Murid-murid berbincang bersama-sama dengan guru tentang rumusan pelajaran pada hari itu.

Murid-murid dan guru menyanyikan lagu `Bapaku Pulang Dari Kota’ berdasarkan lirik bersama-sama sambil membuat gaya masing-masing

ABM:

i) Laptopii) Speaker

ICT

7

Page 8: rph bm kssr1

BMM3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

Analisis tentang kaedah dan teknik pengajaran yang digunakan oleh guru.

Set Induksi

(5 minit)

Kaedah Fonik

-Guru memasang lagu “Pak Mamat Ada Kebun”

- Apakah bunyi haiwan yang terdapat di dalam lagu tersebut?

Jawapan: moo...moo

-Guru memainkan lagu “Pak Mamat Ada Kebun”

- Murid menyanyikan lagu bersama-sama guru berdasarkan lirik yang tertera di laptop

-guru bersoal jawab dengan murid berkaitan lagu tersebut

ABM:

i) Speakerii) komputer

riba

Kaedah Pandang Sebut

Kecerdasan Pelbagai; Kinestetik dan Visual ruang

Rajah 1: Set Induksi

8

Page 9: rph bm kssr1

BMM3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

Berdasarkan rajah satu, guru memulakan sesuatu pengajan dan pembelajaran di

dalam kelas dengan memulakan set induksi. Set induksi bertujuan untuk menarik minat

murid semasa mahu memulakan sesuatu pembelajaran. Pada kali ini, kami memulakan

set induksi dengan meminta murid bernyanyi bersama-sama “Pak Mamat ada Kebun”.

Guru akan memasang lagu “Pak Mamat ada Kebun” melalui laptop dan murid

mendengar serta melihat video klip yang melalui lagu itu.

Guru telah menggunakan kaedah Pandang dan Sebut di dalam sesi induksi ini.

Kaedah ini melibatkan murid untuk memandang sesuatu dan mengajuk serta mengikut

kembali apa yang dilihatnya. Contohnya di dalam klip video “Pak Mamat ada Kebun”,

dipaparkan jenis-jenis bunyi haiwan berserta gambar haiwan tersebut, misalnya gambar

kucing dan bunyinya “meow meow meow”. Apabila murid melihat gambar tersebut serta

mendengar bunyi haiwan tersebut, murid akan mengajuk kembali dan mengealpasti

haiwan yang tertera di dalam klip video “Pak Mamat ada Kebun”. Kaedah ini amat

berguna bagi murid tahun satu di dalam kemahiran mendengar dan bertutur. Mereka

akan menggunakan deria pendengaran serta deria penglihatan bagi mengelpasti imej

yang terpapar di skrin. Interaksi juga berlaku ketika kaedah pandang dan sebut ini

berjalan di dalam kelas. Hal ini disebabkan guru akan bersoal jawab sepanjang set

induksi ini berlangsung. Contoh soalan seperti ; Apa yang kamu nampak di dalam klip

video ini?, Apa yang kamu dengar di dalam klip video ini?. Murid akan menjawab

segala pertanyaan guru.

Guru juga telah menggunakan kaedah fonik. Kaedah fonik ini melibatkan

kemahiran mendengar murid. Kerana di dalam pengajaran dan pembelajaran kali ini,

guru telah memfokuskan kemahiran mendengar dan bertutur sebagai fokus utama di

dalam hasil pembelajaran. Kaedah fonik ini melibatkan bunyi-bunyian. Ia sebenarnya

memfokuskan bunyi huruf, tetapi disebabkan rancangan pengajaran harian ini

merupakan rancangan pengajaran harian untuk murid tahun satu, maka, mereka perlu

mengenal bunyi-bunyi alam dan bunyi-bunyi yang terdapat di persekitaran mereka.

Kaedah fonik ini bertujuan bagi menguji tahap kemahiran mendengar murid-murid sama

ada mereka dapat mengecam bunyi atau tidak. Akan tetapi, di dalam set induksi ini,

guru memaparkan tayangan klip video dan murid juga perlu memerhati serta

9

Page 10: rph bm kssr1

BMM3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

mendengar lagu serta bunyi yang terdapat di dalam lagu tersebut. untuk menguji sama

ada mereka dapat menggunakan kemahiran mendengar mereka dengan baik atau

mereka mengalami masalah dalam mengecam bunyi tersebut. cara menguji sama ada

mereka mendengar atau tidak ialah dengan menggunakan teknik soal jawab atau

tindakbalas murid-murid tersebut apabila mereka mendengar sesuatu bunyi.

Contohnya, apakah yang mereka akan lakukan setelah mereka mendengar bunyi

ayam. Adakah mereka akan mengajuk kembali atau senyap sahaja? Apabila mereka

mengajuk kembali bunyi ayam tersebut, sahlah mereka mempunyai kemahiran

mendengar yang baik. Begitu juga sebaliknya. Terdapat murid yang memerlukan guru

mengulang kembali bunyi yang didengarinya. Guru perlu banyak mendedahkan bunyi-

bunyian kepada murid. Selain itu, guru juga boleh mengetahui tahap kemahiran

mendengar murid dengan bersoal jawab berkaitan dengan klip video yang dipaparkan

sebagai contoh ; bagaimana murid haiwan sekian…. dan sebagainya. Sebagai seorang

murid yang mempunyai tahap kemahiran mendengar yang baik mereka akan menjawab

soalan dengan betul dan begitu juga sebaliknya.

Teknik yang digunakan di dalam set induksi ini ialah teknik nyanyian dan soal

jawab. Teknik nyanyian ini digunakan bagi menarik minat perhatian dan murid di dalam

proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Hal ini kerana murid-murid sangat

suka muzik dan hal ini juga menyebabkan pembelajaran di dalam kelas tidak bosan.

Teknik ini juga digunakan bagi menarik minat murid-murid yang lemah dan yang pasif si

dalam kelas. Manakala, teknik soal jawab digunakan oleh guru di dalam bilik darjah

bagi melibatkan interaksi antara murid-murid dengan guru, seterusnya ia melibatkan

kemahiran mendengar dan bertutur, iaitu guru bersoal jawab, manakala murid-murid

mendengar soalan guru dan bertindakbalas dengan soalah guru tersebut dengan

menjawab soalan guru tersebut. Teknik ini dapat melibatkan keseluruhan murid di

dalam kelas. Murid-murid juga aktif di dalam kelas apabila terdapat sesi interaksi antara

guru dan murid dengan baik.

10

Page 11: rph bm kssr1

BMM3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

Langkah 1 (20 minit)

Kaedah Fonik

Guru memasang bunyi-bunyi tertentu dengan menggunakan komputer riba :-bunyi katak -bunyi itik -bunyi monyet -bunyi kucing-bunyi lembu -bunyi angsa -bunyi di kawasan pembinaan -bunyi ombak-bunyi kereta -bunyi kuda-bunyi angin -bunyi hujan-bunyi harimau -bunyi ayam-bunyi burung

-Guru meminta murid mendengar bunyi dan mengecam bunyi tersebut -Guru meminta murid mengajuk semula bunyi dan meneka bunyi tersebut.- Guru menunjukkan jawapan yang betul bagi bunyi-bunyian itu. Kaedah Fonik

Kaedah Komunikatif

ABM : i) laptop, ii) speaker

ICT Nilai: Keberanian, Yakin Diri Kemahiran Berfikir: i )Menjana idea ii) Penerapan kosa kata

Rajah 2: Langkah 1

11

Page 12: rph bm kssr1

BMM3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

Berdasarkan Langkah 1, guru menggunakan kaedah fonik. Kaedah fonik

menjurus kepada proses pengeluaran bunyi sama ada bermakna mahupun tidak

bermakna. Kaedah fonik ini dipilih kerana melalui kaedah ini, murid boleh meningkatkan

kemahiran mendengar dan dapat meningkatkan lagi kepekaan mereka terhadap bunyi-

bunyian yang ada di persekitaran mereka. Pertama sekali, murid akan diperdengarkan

dengan bunyi-bunyian daripada persembahan slaid PowerPoint. Murid-murid hendaklah

mendengar dengan teliti setiap bunyi yang dipasang oleh guru lalu mengecam bunyi

tersebut.

Selain itu, guru menggunakan kaedah komunikatif iaitu melibatkan interaksi

antara guru dan murid-murid. Kaedah komunikatif digunakan bagi melatih murid

mengaplikasikan kemahiran bertutur dengan lebih baik. Contohnya, murid yang ingin

memberi jawapan hendaklah mengangkat tangan mereka dan menyebut nama. Selain

dapat mewujudkan disiplin di dalam bilik darjah, hal ini secara tidak langsung dapat

mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra. Selepas guru memasang bunyi-

bunyian tersebut, guru meminta murid-murid mengajuk semula bunyi yang didengarnya.

Dengan kaedah komunikatif ini, murid terlibat dengan lebih aktif di dalam kelas kerana

adanya interaksi dua hala antara guru dan murid.

Teknik yang telah dipilih ialah teknik soal jawab. Teknik ini menekankan tentang

soal jawab antara guru dengan murid-murid. Sebagai contoh, guru menyuruh murid-

murid meneka bunyi yang diperdengarkan melalui slaid Powerpoint yang telah

disediakan. Murid-murid pula akan mengangkat tangan dan memberi jawapan mereka.

Sekiranya jawapan yang diberikan salah, guru hendaklah mengelak daripada

mengatakan secara terus bahawa jawapan yang diberikan itu salah, tetapi hendaklah

mengatakan bahawa jawapan yang diberikan adalah kurang tepat ataupun berkata

‘cuba lagi’ kepada mereka. Hal ini kerana murid-murid haruslah diberi galakan untuk

mencuba dan kelazimannya, murid-murid tahun satu akan menjadi takut untuk meneka

jika jawapan yang mereka berikan adalah salah.

12

Page 13: rph bm kssr1

BMM3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

Langkah 2

(20 minit)

Kaedah Pandang Sebut

-Guru menayangkan slaid persembahan cerita ‘Anak Itik Yang Hodoh’ kepada murid-murid.

Kaedah Fonik

- Guru meminta murid membunyikan bunyi yang terdapat dalam cerita tersebut.

-Contoh: perkataan ‘ayam’, jadi murid perlu membunyikan bunyi ‘ayam’.

-Guru memilih murid secara rawak dan meminta murid menyatakan pengajaran yang terdapat dalam cerita tersebut.

Kaedah Komunikatif

ABM:

iii) Laptop,iv)LCD

Nilai:

- Beri perhatian - Berani- Berkeyakinan

Rajah 3: Langkah 2

13

Page 14: rph bm kssr1

BMM3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

Dalam Langkah 2, guru menggunakan kaedah pandang sebut. Kaedah pandang

sebut bermaksud murid-murid akan didedahkan dengan gambar ataupun perkataan,

maka murid-murid akan menyebut semula perkataan ataupun memberitahu di dalam

kelas melalui bahan bantu mengajar yang dipaparkan di dalam kelas. Kaedah pandang

sebut ini bertujuan menajamkan lagi kemahiran membaca murid selain meningkatkan

kemahiran mendengar dan bertutur. Teknik yang digunakan dalam Langkah 2 ini ialah

teknik bercerita. Cerita yang telah dipilih bertajuk ‘Anak Itik Yang Hodoh’. Cerita ini

dipilih kerana terdapat pelbagai watak haiwan yang menuturkan bunyi yang berbeza

serta nilai dan pengajaran yang terkandung di dalam cerita ini.

Pada peringkat awal permulaan langkah pengajaran, guru menayangkan

persembahan slaid PowerPoint cerita yang bertajuk ‘Pengembaraan Cici’ kepada

murid-murid. Murid-murid akan memandang perkataan yang bergaris dan diwarnakan

dengan warna yang lain contohnya perkataan ‘ayam’ dan guru akan meminta murid-

murid membunyikan bunyi haiwan tersebut. Guru juga akan melampirkan bunyi di

dalam slaid supaya murid-murid boleh mendengar semula bunyi-bunyi tersebut.

Kaedah yang digunakan untuk teknik bercerita ini ialah kaedah pandang sebut

serta kaedah fonik. Guru juga menggunakan kaedah komunikatif kerana ia melibatkan

teknik soal jawab antara guru dan murid serta interaksi antara murid dengan murid.

Murid juga dipilih secara rawak dan guru meminta murid menyatakan pengajaran yang

terdapat di dalam cerita tersebut. Oleh itu, guru dapat mengetahui tahap kemahiran

bertutur murid-murid sama ada baik ataupun lemah dalam Langkah 2 ini.

14

Page 15: rph bm kssr1

BMM3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

Langkah 3 (15 minit)

Kaedah Komunikatif

-Guru membahagi kepada 3 kumpulan.-Guru menyediakan satu permainan iaitu ‘Dam Ular’ kepada murid.-Guru menerangkan cara bermain serta peraturan permainan tersebut.-Peraturan:i) pemain perlu melambung buah dadu yang telah dibekalkan dan perlu menggerakkan token kumpulan.ii) setiap petak mengandungi soalan. Wakli kumpulan perlu membaca soalan manakala ahli kumpulan akan menjawab soalan tersebutiii) Jika token sampai di petak yang mengandungi tangga,mereka perlu menjawab soalan yang disediakan dengan betul untuk menggerakkan token tersebut ke petak yang telah ditetapkan. Jika gagal, mereka tidak boleh menggerakkan token ke petak tersebut. iv) Setiap wakil perlu bergilir-gilir melambung dan membaca soalan.v) Giliran untuk menggerakkan token akan diberikan mengikut urutan kumpulan.vi) Kumpulan yang cepat sampai ke kotak penamat dikira sebagai pemenang.

i) Setiap kumpulan akan menghantar seorang wakil untuk membaling buah dadu.ii) Wakil kumpulan melambung buah dadu kemudian menggerakkan token mengikut bilangan angka yang diperoleh.iii) Wakil tersebut akan membaca soalan yang telah disediakan dan ahli kumpulan yang lain menjawab soalan tersebut.Contoh soalan : 1. Sila bunyikan bunyi kucing2. Cuba teka bunyi ini – moo moo moo3. Sila buat gaya berserta bunyi orang utaniv) Kumpulan yang menang akan diberikan hadiah.

Kaedah Komunikatif

ABM:Papan Dam UlarLaptopSpeakerKecedasan Pelbagai; i) Verbal Linguistik ,

Rajah 4: Langkah 3

15

Page 16: rph bm kssr1

BMM3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

Berdasarkan langkah yang ketiga, guru telah menjalankan aktiviti bermain dam

ular kepada murid. Masa yang telah diperuntukkan ialah sebanyak 15 minit. Guru telah

memilih kmahiran membaca ,kaedah komunikatif dan teknik soal jawab pada langkah

kali ini. Guru telah menyediakan papan dam ular, token, dadu, komputer riba dan

pembesar suara bagi menjalankan aktiviti tersebut. Guru juga telah membahagikan

murid-murid kepada tiga kumpulan. Sejurus itu, guru telah meminta bagi setiap

kumpulan untuk menghantar seorang wakil.

Sebelum memulakan permainan, guru telah memberi panduan serta peraturan

permainan. Peraturan yang perlu dipatuhi ialah, sekiranya murid telah berada di petak

yang mempunyai gambar rajah tangga, murid tersebut akan dapat maju ke petak yang

selanjutnya manakala sekiranya tidak berjaya, kedudukan murid tidak akan berganjak

malah akan kehilangan gilirannya. Permainan akan diteruskan oleh wakil bagi

kumpulan lain. Sekiranya wakil kumpulan berada di petak yang terteranya gambar ular,

tidak kira sama ada dapat menjawab soalan atau tidak yang, wakil tersebut perlu turun

ke tempat yang telah ditetapkan dan akan kehilangan giliran.

Pada permulaan permainan,wakil kumpulan diminta untuk membaling dadu ke

lantai bagi mencabut nombor. Sejurus nombor telah diperolehi, token bagi kumpulan

tersebut akan bergerak ke petak seterusnya mengikut jumlah bilangan nomboryang

telah didapati. Wakil bagi setiap kumpulan akan dijalankan mengikut giliran. Keputusan

bagi permainan dam ular akan dapat ditentukan mengikut kumpulan yang berjaya

mendahului permainan berbanding kumpulan yang selebihnya.

Kaedah komunikatif telah dipilih mengikut kesesuaian bagi memastikan murid-

murid dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran yang telah disampaikan. Melalui

kaedah komunikatif, murid-murid dapat berinteraksi antara satu sama lain bukan sahaja

bersama rakan-rakan malah bersama guru. Kaedah ini dapat melatih murid untuk lebih

yakin dan berani semasa menjawab soalan sebagai contoh, guru telah menyoal wakil

kumoulan mengenai soalan yang telah dipaparkan di papan papar mengikut soalan

yang telah ditetapkan seperti namakan haiwan yang berbunyi kuek, kuek. Sejurus itu

murid akan menjawab soalan tersebut dengan mengangkat tangan dan menjawab

soalan

16

Page 17: rph bm kssr1

BMM3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

Selain itu, melalui langkah ini juga, guru telah melatih murid –murid untuk

menguasai kemahiran membaca. Kemahiran membaca dapat melatih murid – murid

untuk fasih bertutur serta meningkatkan kemahiran dari semasa ke semasa. Hal ini

dapat memberikan perkembangan positif kepada murid – murid sebelum melangkah ke

tahap yang lebih tinggi. Kemahiran membaca dapat diaplikasikan di dalam langkah ini

apabila guru meminta murid untuk membaca soalan di hadapan rakan – rakannya. Ia

dapat menguji tahap bagi setiap individu untuk diperbaiki melaui teknik dan pendekatan

yang sewajarnya.

Teknik soal jawab telah digunakan dalam langkah ini bagi menguji tahap

pemahaman dan pengetahuan melalui soalan yang telah diberikan dan membuat

pemerhatian bagi tahap kepekaan pancaindera murid – murid terutama organ mata

dan telinga. Guru turut dapat menguji tahap kognitif dan mencari pelbagai jalan

penyelesaian bagi menyelesaikan permasalahan yang telah dihadapi terutama dari segi

pemahaman soalan. Hal ini dapat dilihat melalui penyoalan guru kepada murid

bagaimana lembu berbunyi sekaligus dapat memupuk sifat yakin diri dan asertif di

dalam diri mereka.

17

Page 18: rph bm kssr1

BMM3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

Penutup

(5 minit)

Kaedah Komunikatif

Guru membuat rumusan bersama murid-murid tentang :

-bunyi-bunyi di sekeliling mereka

- membezakan bunyi benda hidup dengan benda bukan hidup.

Lagu ‘Bapaku Pulang Dari Kota’

Murid-murid berbincang bersama-sama dengan guru tentang rumusan pelajaran pada hari itu.

Murid-murid dan guru menyanyikan lagu `Bapaku Pulang Dari Kota’ berdasarkan lirik bersama-sama sambil membuat gaya masing-masing

Kaedah Pandang Sebut

ABM:

i) Laptopii) Speaker

ICT

Kaedah Komunikatif

Rajah 5: Penutup

18

Page 19: rph bm kssr1

BMM3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

Berdasarkan rajah 5, akhirnya guru membuat penutup dengan membuat

rumusan tentang apa yang dipelajari pada hari itu bersama-sama murid. Guru akan

bersoal jawab dengan murid-murid tentang topik sesi pengajaran dan pembelajaran

pada hari itu. Murid-murid akan memberi pendapat serta rumusan berdasarkan bunyi-

bunyian yang terdapat di sekeliling mereka dan apa yang mereka pelajari pada hari itu.

Selepas guru membuat rumusan secara ringkas, guru juga sekali lagi memasang lagu

yang bertajuk “Bapaku Pulang dari Kota” sebagai penutup pelajaran pada masa itu.

Lagu ini dipilih kerana di dalam lagu ini mempunyai unsur bunyi-bunyian. Oleh itu guru

masih mengaitkan lagu tersebut dengan pembelajaran yang di pelajari pada masa itu.

Kaedah yang digunakan oleh guru langkah penutup ini ialah kaedah komunikatif

iaitu kaedah yang melibatkan komunikasi dan interaksi antara guru dan murid serta

murid dengan murid. Guru akan membuat rumusan secara ringkas tentang bunyi-

bunyian yang terdapat di dalam persekitaran murid-murid. Guru juga meminta murid-

murid memberikan contoh-contoh bunyi yang mereka pelajari. Sebagai contoh guru

meminta murid-murid memberikan contoh bunyi semula jadi dan bunyi ciptaan manusia.

Selain itu, guru juga menguji kognitif mereka dengan bertanyakan soalan yang

berkaitan dengan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Misalnya; apa yang

berlaku apabila dunia sepi tanpa bunyi-bunyian? Di sini, guru akan memanggil segelintir

murid untuk menjawab soalan tersebut. Maka dengan itu, kaedah ini berfungsi murid-

murid melatih kemahiran bertutur mereka denga lebih baik. Guru akan membimbing

murid menjawab soalan dengan betul dan bukan lintang pukang.

Selain kaedah komunikatif, guru juga menggunakan kaedah pandang dan sebut.

Kaedah pandang dan sebut ini juga sama dengan kaedah pandang sebut di dalam set

induksi iaitu melibatkan murid menggunakan deria penglihatan dan menyebut apa yang

mereka nampak di dalam paparan klip video. Guru menayangkan klip video “Bapaku

Pulang Dari Kota” dan murid bersama-sama menyanyikan lagu tersebut sambil

membuat gaya yang terdapat di dalam klip video tersebut sambil mengajuk bunyi yang

terdapat di dalam lagu tersebut. Contohnya gaya bapa sedang memandu kereta sambil

membunyikan ‘pon, pon, pon’. Guru akan menggunakan teknik nyanyian dan

pergerakan di dalam kaedah ini.

19

Page 20: rph bm kssr1

BMM3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

Nota Kaki tentang Pendekatan yang digunakan dalam RPH Tahun1

Kami menggunakan Pendekatan komunikatif di dalam RPH kami. Pendekatan

Komunikatif dibentuk berdasarkan teori fungsi bahasa yang diutarakan oleh M.A.K

Halliday (1970). Berdasarkan eksperimennya dengan kanak-kanak, Halliday telah

membuktikan bahawa bahasa memainkan beberapa peranan penting dalam kehidupan

manusia. Menurut Halliday, peranan bahasa itu ialah seperti yang berikut:

Bahasa digunakan sebagai alat untuk mendapatkan sesuatu.

Bahasa digunakan untuk mengawal tingkah laku orang lain.

Bahasa digunakan untuk berinteraksi dan berhubung dengan orang lain.

Bahasa digunakan untuk menyampaikan maksud.

Bahasa digunakan untuk meluahkan perasaan.

Bahasa digunakan untuk menyampaikan maklumat.

Bahasa digunakan untuk mencipta sesuatu secara kreatif dan imaginatif.

Ciri-ciri penting dalam pendekatan komunikatif yang pertama ialah aspek makna

sangat diutamakan. Kedua, sekiranya dialog digunakan dalam pengajaran, fungsi atau

peranan komunikatif dialog itu hendaklah diutamakan dan bukan dilakukan untuk

dihafaz. Ketiga, konteks dan situasi penggunaan bahasa amat dipentingkan. Keempat,

pembelajaran bahasa merupakan pembelajaran untuk berhubung dan kemahiran

bahasa dianggap sebagai kemahiran sosial. Kelima, bahan-bahan pembelajaran yang

dipilih hendaklah bersesuaian dengan situasia atau simulasi dalam aktiviti pengajaran.

Keenam, stimulus atau aktiviti pembelajaran hendaklah menggalakkan atau

memberangsangkan murid-murid bercakap dan berkomunikasi, ataupun menggunakan

bahasa dalam pelbagai keperluan berkomunikasi. Ketujuh, keupayaan berkomunikasi

dengan menggunakan bahasa secara betul dan berkesan ialah matlamat pendekatan

komunikatif. Menurut ahli-ahli yang telah menyokong pendekatan ini, terdapat beberapa

perkara penting yang perlu dipraktikkan sekiranya kaedah pengajaran hendak dibina

berdasarkan pendekatan komunikatif. Prinsip-prinsip tersebut meliputi tujuh perkara.

Pertama, semua latihan dan aktiviti bahasa hendaklah bersesuaian dengan

umur, pengalaman, latar belakang, minat dan keperluan pelajar. Kedua, semua latihan

20

Page 21: rph bm kssr1

BMM3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

dan aktiviti bahasa hendaklah bercorak realistik dan pragmatik dan menggambarkan

keperluan sebenar penggunaan bahasa untuk berkomunikasi dalam dunia yang

sebenarnya, iaitu sama ada dalam alam persekolahan, pekerjaan atau pergaulan.

Ketiga, kemahiran berkomunikasi yang dimaksudkan ialah penggunaan bahasa

sebagai alat untuk berkomunikasi, sama ada secara lisan atau tulisan. Keempat,

semasa mengajar pula pelajar perlu dilibatkan secara aktif iaitu wujudnya komunikasi

dua hala. Dengan kata lain, ada pihak yang memainkan peranan berbahasa yang

bersifat produktif dan ada pihak yang memainkan peranan berbahasa yang bersifat

reseptif.

Kelima, guru haruslah kreatif dan hendaklah sentiasa mencuba menghidupkan

situasi pembelajaran di bilik darjah agar dapat menarik minat dan menyeronokkan

murid-murid. Keenam, aspek tatabahasa sangat penting dan tidak boleh diabaikan.

Kseilapan perlu dibetulkan serta-merta apabila berlaku dan tidak boleh dibiarkan

berterusan.

Ketujuh, dalam sesuatu aktiviti bahasa yang diadakan di dalam bilik darjah, guru

seharusnya bertindak sebagai pengawas, penasihat atau pemerhati sahaja di mana

penglibatan guru amat minimum iaitu masa yang diambil olehnya untuk menerangkan

sesuatu aktiviti yang dijalankan itu haruslah seringkas mungkin.

Kesimpulannya dengan menggunakan pendekatan ini, dapat dikatakan bahawa

pelajar menulis adalah untuk dibaca oleh orang lain atau masyarakat.Justeru,guru perlu

memastikan dan menggalakkan pelajar menulis, sama seperti menyatakan kepada

pelajar bahawa penulisan yang dihasilkan adalah untuk dinikmati oleh pembaca

termasuk penulisan pelajar lain di dalam bilik darjah.

21

Page 22: rph bm kssr1

BMM3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

Nota Kaki Kaedah yang digunakan dalam RPH Tahun 1.

Kami telah menggunakan 3 kaedah dalam Rancangan Pengajaran Harian Tahun

1 iaitu Kaedah Fonik, Kaedah Pandang dan Sebut dan Kaedah Komunikatif. Berikut

adalah penerangan setiap kaedah yang kami gunakan :

1.1 Kaedah Fonik

Kaedah ini adalah untuk mengajar murid-murid melihat hubungan di antara

simbol (huruf) dan ‘bunyi’(grapheme phoneme relationship) supaya mereka

dapat membaca (membunyikan) perkataan-perkataan baru yang mereka

hadapi.

Murid-murid tidak diajar nama-nama huruf, tetapi diajar bunyi-bunyi· huruf.

Oleh itu, lambang huruf terus dikaitkan dengan bunyinya

Misalnya ‘a’· dibunyikan ‘aa’·, ‘t’· ² tah·, ‘s’· ‘ss’·. ‘u’· ² ‘uu’«·, ‘z’· ² ‘zz’« dan

sebagainya.

Setelah mereka tahu hubungan tiap-tiap huruf dengan bunyinya, suku kata

pula dibina. Misalnya, ‘ba’·, ‘da’·, ‘tu’·, ‘ka’·, ‘lu’·, ‘mi’ dan sebagainya.

Kemudian baru digabungkan suku-suku kata ini menjadi perkataan-

perkataan ² ‘dada’·, ‘batu’, ‘kata’, ‘lalu’, dan sebagainya.

Sistem ejaan bahasa Melayu kita adalah fonemik, (iaitu ada hubungan yang

agak teratur di antara ‘huruf’ dan ‘bunyinya’. Dan juga suku kata perkataan

Melayu agak jelas, maka kaedah fonik ini sesuai sekali digunakan untuk

mengajar permulaan membaca perkataan- perkataan Melayu. Sekurang-

kurangnya kaedah ini adalah lebih munasabah dan mungkin lebih berkesan

dibandingkan dengan Kaedah Abjad dan Kaedah Pandang dan Sebut.

22

Page 23: rph bm kssr1

BMM3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

Cara penyampaian

Murid menghafaz bunyi huruf (bukan nama huruf) sebagai contoh murid

melihat lambang dan menghafaz bunyinya, Huruf a dibunyikan aa dan z

dibunyikan zi.Kemudian, murid diajar suku kata setelah tahu hubungan huruf

dengan bunyinya :

ba tanpa membunyikan be dan aa

Penggabungan suku kata bagi membentuk perkataan

bu + ta = buta

bu + ka = buka

Pembacaan ayat-ayat mudah :

Ibu beli buku.

Ibu buka buku.

Ibu baca buku.

Oleh sebab bahasa itu daripada bunyi-bunyi, huruf hanyalah simbol belaka.

Menurut Palmer, huruf secara tersendiri bukanlah bahasa. Huruf hanyalah

simbol yang dibunyikan bagi menuturkan dan menuliskan bahasa. Dengan

bunyi yang ditetapkan, huruf akan menjadi satu unsur bahasa.

Oleh itu, proses pengajaran bacaan asas hendaklah ditumpukan kepada

bunyi-bunyi yang diwakili huruf-huruf abjad kerana bunyi-bunyi tersebut

membawa makna, bukan hurufnya. Mohd Hilmi Haji Ismail menyatakan

bahawa sistem ejaan BM ialah fonemik dan oleh sebab suku katanya jelas,

maka kaedah suku kata sesuai sekali digunakan untuk mengajar peringkat

prabacaan.

Namun begitu, kami bersepakat untuk menggunakan kaedah fonik ini untuk

meningkatkan tahap kemahiran pendengaran murid-murid. Jadi, kami

memperdengarkan kepada murid-murid tentang bunyi-bunyian yang telah

biasa mereka perdengarkan. Contohnya bunyi-bunyi haiwan, bunyi hujan,

23

Page 24: rph bm kssr1

BMM3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

bunyi kereta dan sebagainya. Kami lebih mengutamakan kemahiran

mendengar dan bertutur berdasarkan objektif dan fokus utama hasil

pembelajaran kami iaitu berfokus dalam kemahiran mendengar dan bertutur.

1.2 Kaedah Pandang Sebut

Cara penyampaian

Murid terus diperkenalkan kepada perkataan. Selalunya perkataan tersebut

ditulis pada kad imbasan bergambar. Kemudian, murid-murid diperkenalkan

kepada ayat-ayat mudah setelah beberapa perkataan dikuasainya:

Saya ada buku.

Buku saya baru.

Saya suka baca buku.

Oleh sebab, murid-murid telah menguasai sejumlah kosa kata, maka

pengajaran prabacaan hendaklah bermula dengan pengalaman tersebut.

Pengajaran tidak akan seronok sekiranya tidak menghubungkan dengan

pengalaman murid.

Proses mengecam huruf dan menghafaz bunyi akan berkesan sekiranya

murid-murid telah menguasai sejumlah perkataan. Menurut Goodman,

pengalaman pembacaan murid akan lebih bermakna jika yang dibacanya

merupakan sesuatu yang telah dikenali atau diketahui mereka.

Kami telah memilih murid darjah satu. Kemungkinan besar mereka hanya

boleh membaca kuat, bukan juga membaca pantas. Oleh itu, kami memilih

kaedah pandang sebut ini pada sett induksi dan langkah terakhir selain

permainan. Peringkat bacaan yang kami ketengahkan juga merupakan

peringkat bacaan mudah sahaja seperti contoh menyanyikan lagu dengan

membaca lirik lagu tersebut serta membaca soalan teka teki.

24

Page 25: rph bm kssr1

BMM3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

1.3 Kaedah Komunikatif

Kaedah ini berasaskan teori interaksi. Kaedah ini juga disebut sebagai

audiolingual. Penganjur kaedah ini berpegang kepada beberapa prinsip

penajaran bahasa pertama, pengajaran bahasa mestilah berpandukan

proses perolehan bahasa kanak-kanak. Oleh sebab proses pemerolehan

bahasa kanak-kanak melibatkan proses kognitif dan proses interaksi

bahasa, maka pengajaran bahasa mestilah merangkumi kecekapan bahasa

(tatabahasa) serta kecekapan komunikatif (ketepatan penggunaan bahasa

mengikut konteks penggunaan)

Struktur bahasa dapat dikuasai oleh pelajar-pelajar dengan cara yang lebih

berkesan sekiranya mereka memberi perhatian terhadap makna. Andaian ini

juga berasaskan proses pemerolehan bahasa kanak-kanak, kanak-kanak

menguasai makna terlebih dahulu dan kemudian baharulah mereka dapat

menggambarkan makna tersebut dalam struktur ayat yang tertentu. Oleh itu

pengajaran bahasa pelajar mestilah menglibatkan aktiviti penyelesaian

masalah, perbincangan, dialog, sumbang saran, wawancara dan lain-lain

supaya mereka dapat berlatih menggunakan struktur bahasa yang diajar.

Pengajaran bahasa melalui kaedah ini mementingkan huraian unsur-unsur

bahasa dalam teks dan wacana. Pengajaran bahasa tidak boleh tertumpu

semata-mata kepada aktiviti latih amal atau latih tubi unsure-unsur bahasa

tetapi pengajaran perlu memasukkkan aktiviti-aktiviti penggunaan unsur-

unsur tatabahasa yang dilatih tubi.

Kesilapan bahasa selalunya bukanlah kesalahan bahasa, dalam proses

pemerolehan bahasa kanak-kanak, kesilapan merupakan satu ciri yang

lumrah. Keadaan ini berlaku dalam proses pengajaran dan pembelajaran

yang memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk cuba menggunakan

bahasa dalam situasi-situasi tertentu. Tegasnya kaedah ini bukan sahaja

25

Page 26: rph bm kssr1

BMM3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

bertujuan untuk membolehkan pelajar menguasai kecekapan bahasa, tetapi

kaedah ini juga bertujuan untuk membolehkan pelajar menguasai kecekapan

menggunakan unsur-unsur yang dipelajari dalam berbagai konteks.

Aktiviti komunikasi merupakan teras kaedah ini, dalam aktiviti ini, pelajar

diberi peluang untuk melibatkan diri secara aktif dalam melaksanakan tugas

yang dirancangkan oleh guru. Tiap-tiap tugas yang dirancangkan ini

memerlukan pelajar-pelajar memilih dan menggunakan unsur-unsur bahasa

yang telah dilatih dalam praaktiviti untuk berinteraksi dalam konteks sosial

yang diberi.

Beberapa teknik pengajaran perlu digunakan untuk memastikan yang pelajar-

pelajar dapat menguasai struktur tersebut dan konteks pewujudannya.Teknik-

teknik soal jawab dan latih tubi digunakan bagi melatih pelajar-pelajar

menguasai unsur-unsur bahasa dalam pra-akktiviti.

Kaedah ini didapati mempunyai beberapa kejayaan dan kelemahan bagi

Bahasa Melayu di sekolah menengah. Antara kejayaannya ialah bahasa

(tatabahasa) tidak dipelajari secara abstrak tetapi sebagai alat

berkomunikasi. Guru dapat menggabungjalinkan pelbagai kemahiran bahasa

dalam satu aktiviti pengajaran. Pengajaran bahasa lebih berpusatkan murid

daripada guru. Murid yang diajar mellalui kaedah ini berminat untuk

belajar.Walau bagaimanapun, guru yang menggunakan kaedah ini

berpendapat bahawa kaedah ini tidak bergantung semata-mata kepada buku

teks sebagai bahan pengajaran.

26