Upload
frans-fanly
View
1.872
Download
71
Embed Size (px)
Citation preview
7/29/2019 Rph Bola Baling New
1/20
7/29/2019 Rph Bola Baling New
2/20
Pendahuluan
Pelbagai latihan yang dilakukan untuk meningkatkan kemahiran dalam
permainan bola baling. Salah satu latihan yang boleh meningkatkan kemahiran dalam
bola baling ialah latihan kemahiran pergerakan kaki. Latihan ini merupakan latihan yang
sering dilakukan dalam mana-mana permainan sukan. Latihan kemahiran pergerakan
kaki merujuk kepada pergerakan yang akan dilakukan secara berulang dan juga
mmelibatkan peralatan sebagai alat bantu dalam latihan tersebut.
Latihan tersebut akan diketuai oleh guru pembimbing dan telah dirancang
berdasarkan kemahiran sedia ada guru tersebut. Latihan yang akan dilakukan
mempunyai unsur yang boleh meningatkan ketangkasan, ketahanan, dan kemahiran.
Setiap yang dilakukan mempunyai matlamat serta tujuan tertentu yang boleh
diaplikasikan dalam mana-mana permainan.
7/29/2019 Rph Bola Baling New
3/20
1.0 Rasional
Dapat melahirkan sifat kepimpinan murid semasa bermain.
Melahirkan murid yang berkemahiran dalam permainan Bola Baling.
Membina kefahaman murid tentang konsep asas kemahiran Bola Baling.
Melahirkan murid yang berdisiplin dan mahir berkomunikasi dengan murid lain.
2.0 Matlamat
Memberikan peluang kepada murid untuk mempelajari teknik-teknik permainan
Bola Baling dengan betul.
Melaksanakan simulasi latihan kemahiran acahan yang berkesan kepada murid.
Membantu murid memperbaiki dan mempertingkatkan mutu pergerakan kaki dan
tangan yang tepat dan betul.
3.0 Objektif
Meningkatkan kemahiran acahan murid dalam sukan Bola Baling.
Melatih murid mahir dalam teknik gerakan kaki.
Memupuk semangat bekerjasama yang tinggi antara murid semasa aktiviti
dijalankan.
Meningkatkan kemahiran kognitif murid.
Melicinkan kemahiran lokomotor murid.
Membolehkan murid membangun dan mengekalkan kekuatan daya
kardiavaskular semasa bermain.
7/29/2019 Rph Bola Baling New
4/20
Refleksi
Oleh: Fanly Soh Swee Fong
Bersyukur kepada Tuhan kerana akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan ini denganbaik dan tepat pada masanya. Sepanjang dua minggu melaksanakan tugasan kerja
kursus pendek ini, banyak ilmu pengetahuan yang amat bermanfaat telah saya perolehi
melalui proses pencarian rancangan aktiviti latihan kemahiran Bola Baling.
Dalam tugasan ini saya telah mempelajari langkah dan cara melaksanakan
pengelolaan program aktiviti dalam Bola Baling. Kumpulan kami telah memilih
kemahiran acahan ini sebagai program latihan yang akan dilaksanakan dikalangan
murid-murid sekolah rendah. Pelbagai rujukan internet dan buku-buku telah saya pilih
untuk mendapatkan maklumat dan bahan mengenai format penulisan Rancangan
Pengajaran Harian. Melalui rujukan ini, saya telah mengetahui bagaimana pelaksanaan
program aktiviti kemahiran acahan dan aktiviti yang sesuai sebagai pengukuhan konsep
murid.
Secara amnya, tugasan ini telah memberikan saya peluang untuk
mengaplikasikan ilmu dan teori-teori hasil pembentangan yang telah dibentangkan oleh
rakan-rakan semasa interaksi dalam kuliah. Ianya banyak membantu saya untuk
menyediakan rancangan pengajaran yang memenuhi matlamat dan objektif P&P.
Dalam tugasan ini, saya telah menggunakan prinsip-prinsip, teori, konsep dan
prosedur-prosedur yang harus dijalankan sebelum bermulanya pengelolaan aktiviti. Ini
sebagai satu kesedaran kepada saya untuk belajar membuat rancangan pengajaran
7/29/2019 Rph Bola Baling New
5/20
dan cara bagaimana nak mengelolakan sesuatu aktiviti apabila diberikan
tanggungjawab oleh pihak sekolah nanti. Peluang ini memberikan saya manfaat yang
amat berguna apabila saya bergelar guru nanti, di mana saya perlu melaksanakan P&P
berdasarkan rancangan pengajaran yang disediakan. Ini sebagai panduan
melaksanakan sesuatu aktiviti supaya tidak lari daripada skop pembelajaran yang
diingini.
Keseluruhannya, saya ingin berterima kasih kepada Pensyarah Gerko yang telah
banyak memberikan penerangan dan membimbing mengenai kehendak soalan tugasan
kerja kursus ini kepada kami. Selain itu, saya amat menghargai setiap kerjasama dan
bantuan daripada ahli-ahli kumpulan yang sentiasa komited dengan pelaksanaan
tugasan ini. Banyak idea dan pengetahuan yang telah kami kongsikan bersama semasa
membuat perbincangan tugasan dan ini telah banyak membantu menyiapkan tugasan
dengan sempurna.
7/29/2019 Rph Bola Baling New
6/20
PENGENALAN
Sejarah Bola Baling
Permainan seakan-akan bola baling sudah ada sejak dahulu lagi seperti
permainan Urania di zaman Greek kuno, Harpaston di zaman Rom, Fangballspiel pada
abad pertengahan di Jerman dan sebagainya. Terdapat juga rekod tentang permainan
seperti bola baling ini dalam abad pertengahan di Perancis dan juga di Inuit, Greenland
pada zaman pertengahan lagi. Pada sekitar abad ke-19 pula, terdapat permainan yang
agak serupa dengan bola baling dimainkan, iaitu Haandbold di Denmark, Hazena atau
Czeska Hasenka di Bohemia dan Slovakia, serta Gandbol di Ukraine.
Permainan bola baling yang ada sekarang dibentuk pada akhir abad ke-19 di
Eropah Utara, iaitu di Denmark, Jerman, Norway dan Sweden. R.N. Ernst telah
membuat satu peraturan baru bola baling pada tahun 1897. Dane Holger Nielsen juga
membuat perkara yang sama pada tahun 1898 (tetapi hanya diperkenalkan pada tahun
1906). Satu lagi peraturan bola baling telah dibuat pada 29 Oktober 1917 oleh Max
Heiser, Karl Schelenz dan Erich Konigh dari Jerman. Selepas tahun 1919, peraturan
tersebut dipertingkatkan oleh Karl Schelenz. Pada tahun 1925 pula, pertandingan bola
baling antarabangsa yang pertama telah diadakan menggunakan peraturan barutersebut. Pertandingan yang dimaksudkan adalah di antara Jerman dan Belgium pada
tahun 1925 dan seterusnya pertandingan bola baling wanita, iaitu di antara Jerman dan
Austria pada tahun 1930.
7/29/2019 Rph Bola Baling New
7/20
Di Jerman, ia dikenali sebagai Raffbold pada mulanya. Tetapi, semasa Perang
Dunia Kedua, permainan ini dikenali sebagai Torball yang dimainkan seramai tujuh
orang. Pada tahun 1917, bilangan pemain telah ditambah menjadi sebelas orang dan
dimainkan di padang bola sepak. Permainan ini telah diasaskan oleh Heizer di Jerman.
Permainan ini juga sama seperti versi permainan di Ireland dan Uruguay.
Pada tahun 1926, Kesatuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) telah
menubuhkan satu jawatan kuasa khas untuk menyelaraskan permainan ini. Pada tahun
yang sama, Kesatuan Bola Baling Amatur Antarabangsa (IAHF) telah ditubuhkan oleh
Avery Brudge di Amsterdam. Seterusnya pada tahun 1936, bola baling buat pertama
kalinya dipertandingkan dalam Sukan Olimpik yang diadakan di Berlin. Enam buah
negara telah menyertainya dan negara Jerman telah muncul sebagai juara. Pada tahun
1938, sekali lagi Jerman telah menjadi juara dalam Kejohanan Bola Baling Sedunia
yang disertai oleh 10 buah Negara. Pada tahun 1946, (IAHF) telah ditukar kepada
Kesatuan Bola Baling Antarabangsa (IHF). Kesatuan ini menggalakkan permainan
menggunakan tujuh orang dalam satu pasukan. Kejohanan Bola Baling Sedunia sekali
lagi diadakan pada tahun 1956 oleh IHF. Di dalam kejohanan tersebut, Sweden telah
menjadi juara.
Pada tahun 1956, undang-undang permainan ini telah diubahsuai dan diguna
pakai sehinggalah ke hari ini. IHF juga telah mengadakan Kejohanan Wanita Dunia
semenjak tahun 1957, dan Kejohanan Wanita dan Lelaki Remaja Dunia selepas itu.
Jerman, Yugoslavia, Rusia, Romania, Czechoslovakia, Hungury dan Poland merupakan
pasukan yang hebat ketika itu. Manakala di Asia pula, Jepun, China dan Korea adalah
di antara negara yang terkuat di mana pasukan wanita Korea Selatan telah memenangi
pingat emas dalam Sukan Olimpik tahun 1988 manakala pasukan lelakinya telah
memenangi pingat perak. Pada hari ini, sebanyak 68 buah negara telah mendaftar
dengan IMF.
Sementara itu, Kesatuan Bola Baling Asia pula ditubuhkan pada tahun 1974
semasa Sukan Asia di Teheran sedang berlangsung. Ibu pejabat kesatuan ini berada di
Kuwait. Di Malaysia, permainan bola baling diperkenalkan oleh Lim Hock Han pada
tahun 1976. Dan pada bulan Disember 2006, laporan IHF menyatakan bahawa ia
7/29/2019 Rph Bola Baling New
8/20
sudah mempunyai 159 keahlian yang terdiri daripada 1,130,000 kumpulan yang
berjumlah 31 juta orang termasuk pemain, jurulatih, pegawai dan pengadil.
Sejarah Bola Baling di Malaysia
Permainan bola baling di Malaysia dianggap satu permainan yang baru. Ia mula
diperkenalkan pada tahun 1976 oleh Lim Hock Han. Persatuan Bola Baling Olimpik
Selangor dan Wilayah Persekutuan secara rasminya telah didaftarkan pada 11 Sep.
1985. Cheah Hai Su telah dilantik sebagai presiden dan Lian Chin Nam sebagai Naib
Presiden. Pada tahun 1986 persekutuan ini telah menjadi ahli gabungan Kesatuan Bola
Baling Asia. Kejohanan Bola Baling Terbuka Selangor dan Wilayah Persekutuan yangpertama telah diadakan pada 2 Jun 1982. Kejohanan Bola Baling Kebangsaan pula
telah diadakan pada 7 Dis. 1985 dimana 11 pasukan telah mengambil bahagian.
Mulai tahun 1987, permainan bola baling telah diterima sebagai satu permainan
yang dipertandingkan di peringkat kebangsaan di bawah kelolaan Majlis Sukan
Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM). Di peringkat sekolah, MSSM telah menganjurkan
dua kursus iaitu di Kompleks TUDM, Lumut tahun 1985 dan di Sekolah Menengah
Sains Selangor pada tahun 1986 untuk melatih guru dari semua negeri dalam aspekkejurulatihan dan pengadilan. Di maktab perguruan pula, permainan ini telah
disenaraikan dalam kegiatan kokurikulum pelajarnya dan menjadi salah satu permainan
yang dipertandingkan antara maktab-maktab perguruan dalam Pestarama Maktab
mulai tahun 1985.
Di Malaysia, permainan bola baling mula diperkenalkan pada tahun 1976 kepada
sekumpulan guru dan pelajar di Selangor oleh Encik Lim Hock Han. Ketika itu, beliau
bertugas sebagai pengarah Bahagian Sukan di Pejabat Pendidikan Selangor dankemudian di Universiti Malaya. Seterusnya satu jawatankuasa kerja bola baling yang
dipengerusikan oleh Encik Cheah Hai Su dari Unit Pendidikan Jasmani Dan Sukan,
kementerian Pendidikan telah ditubuhkan pada tahun 1978. sejak itu, kursus-kursus
7/29/2019 Rph Bola Baling New
9/20
bola baling untuk gurur-guru telah dijalankan untuk mempopularkan permainan ini di
kalangan pelajar sekolah.
Kejohanan Bola Baling Terbuka Selangor dan Wilayah Persekutuan bagi lelaki
dan wanita buat kali pertama telah diadakan pada 2 jun 1982. kejohanan ini telahdisertai 12 buah pasukan dari Selangor, Wilayah Persekutuan, Melaka, Pahang dan
Universiti Malaya. Persatuan Bola Baling Olimpik Selangor dan Wilayah Persekutuan
telah didaftarkan secara rasmi pada 11 september 1982. persekutuan Bola Baling
Malaysia pula telah didafarkan secara rasmi pada 11 september 1982. Persekutuan
Bola Baling Malaysia pula telah didaftarkan secara rasmi pada tahun 1985. di peringlat
sekolah, MSSM telah menganjurkan dua kursus bola baling bagi melatih guru dalam
aspek pengadilan dan kejurulatihan.
Peraturan dan Undang-Undang
Bola
7/29/2019 Rph Bola Baling New
10/20
Sesetengah versi bola baling Amerika menggunakan bola yang digunakan dalam
permainan bola tampar.
Bersaiz lebih kecil berbanding bola sepak bagi memudahkan pemain memegang
dan mengawalnya dengan sebelah tangan (walaupun kedua-dua tangan
dibenarkan).
Gelanggang
Berukuran 40 m panjang x 20 m lebar.
Terdapat garisan pembahagi di tengah gelanggang dan satu gol di tengah salah
satu penghujung.
Gol dikelilingi garisan separa bulatan yang jarak umumnya berukuran 6 m dari
gol.
Satu lagi garisan separa bulatan pula adalah pada jarak 9 m dari gol.
Pengadil
Ketua pengadil.
Pembantu pengadil.
o Setiap pengadil akan menjaga kawasan masing-masing.
Pemain
Dua pasukan berlawan dalam satu sama.
Terdiri daripada 6 orang pemain dalam satu pasukan termasuk 1 penjaga gol.
Pertukaran pemain boleh dilakukan secara bebas.
Tempoh Permainan
Tempoh permainan bola baling ialah selama 30 minit dalam dua sesi.
10 minit masa tambahan diberikan jika kedudukan seri.
5 minit lagi akan diberikan sekiranya kedudukan pungutan gol masih
sama.
Jika kedudukan masih seri selepas masa tambahan, pemenang akan
ditentukan dengan setiap pasukan akan diberikan 5 balingan bagi
7/29/2019 Rph Bola Baling New
11/20
setiap pemain kecuali penjaga gol. Balinga dilakukan pada jarak 7
meter dari gol.
Formasi Permainan
Formasi yang sering digunakan:
o Formasi 6-0 (Formasi yang digunakan oleh pasukan Scandinavian
dari Eropah)
o Formasi 5-1
o Formasi 4-2
o Formasi 3-3 (Formasi yang digunakan oleh pasukan HC Motor
Zaporyshe dari Ukraine. Ia juga sering digunakan oleh pasukan dari
Eropah Timur.
Cara Permainan
Pemain mesti menggunakan tangan untuk membaling bola.
Pemain tidak boleh memegang bola lebih daripada 3 saat.
Bola dibaling dari luar kawasan D (kawasan gol) dan pemain tidak
dibenarkan masuk ke kawasan D.
Para pemain berada di garisan tengah gelanggang sebelum permainan
dimulakan.
Pergerakan dribbledilakukan dengan sebelah tangan, tetapi apabila
kedua-dua tangan memegang bola selepas membuat dribble, maka
pemain lain pula akan membuat dribbleseterusnya. Satu balingan
percuma akan diberikan kepada pemain yang membuatsatu double
dribble.
7/29/2019 Rph Bola Baling New
12/20
Pemain akan kehilangan bola sekiranya melangkah lebih dari tiga langkah
tanpa melakukan dribbleatau selepas memberhentikan dribblemereka.
Pemain akan mengambil tiga langkah dan bola mesti dipukul ke bawah
seperti dalam permainan bola keranjang.
Selepas kehilangan bola semasa menyerang, bola perlu diletakkan ke
bawah.
Cubaan untuk menjaringkan gol pula perlu dilakukan di luar kawasan D.
Hanya penjaga gol dibenarkan berada di kawasan D.
Selepas jaringan berjaya dibuat, para pemain bergerak ke garisan tengah
gelanggang semula dan perlu berdiri sambil dapat mengawal bola,
pengadil akan meniup wisel sebagai tanda permainan diteruskan.
Sekiranya pemenang tidak dapat ditentukan pada 10 jaringan pertama,
pasukan akan diberikan balingan penalti sehingga terdapat pasukan yang
gagal menjaringkannya. Pasukan yang memperoleh jaringan penalti yang
terbanyak dikira sebagai pemenang.
Balingan penalti mesti dibuat pada kawasan perimeter yang ke-7 selepas
wisel dibunyikan. Balingan penalti tu juga diberikan jika di dalam kawasan
D, pemain pertahanan menghalang pergerakan pemain lawan yang ingin
membuat jaringan.
Penalti akan diberikan kepada pemain jika terdapat perlakuan kasar di
antara mereka. Pengadil mungkin memberikan balingan 9 meter percuma
kepada pasukan yang menyerang, atau jika or if the infraction was during
a clear scoring opportunity, balingan penalti pada jarak 7 meter dari gol
diberikan. Dalam kes yang lebih ekstrem, pemain tersebut akan diberikan
kad kuning (tanda amaran), 2 minit penalti, atau kad merah (disingkir dari
permainan). Terdapat juga pemain yang terus diberikan kad merah kerana
melakukan kekasaran terhadap pemain lain tanpa diberikan amaran (kad
kuning).
Jika pemain mencela atau memprotes keputusan pengadil, sama ada
menyentuh dengan tujuan menolak atau dengan bahasa kasar, atau
7/29/2019 Rph Bola Baling New
13/20
sekiranya pemain menendang atau memukul pemain lawan, pengadil
boleh mengarahkannya keluar dari gelanggang.
KEMAHIRAN
AKTIVITI-AKTIVITI DALAM BOLA BALING
(i) Kemahiran:
Hantaran
Menangkap/ menyambut
Menggelecek
Melantun
Mengacah
Menghadang
Menjaring
Menjaga gol
http://bolabaling.blogspot.com/2007/03/kemahiran.htmlhttp://bolabaling.blogspot.com/2007/03/kemahiran.html7/29/2019 Rph Bola Baling New
14/20
PENGENALAN RPH
Kumpulan kami telah sebulat suara untuk memilih jenis kemahiran iaitu
kemahiran mengacah. Kami telah memilih tajuk ini dan merangka satu rancangan
pengajaran harian yang akan digunakan di sekolah kelak. Kumpulan kami telah
mencipta 3 jenis aktiviti untuk meningkatkan kemahiran mengelecek iaitu secara
individu, berpasangan dan berkumpulan. Dalam aktiviti tersebut, pelajar akan belajar
untuk mengawal diri bagaimana untuk melakukan acahan.
7/29/2019 Rph Bola Baling New
15/20
PERALATAN
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)
Mata Pelajaran : Pendidikan Jasmani
Masa : 8.00- 9.00 Pagi (1 Jam)
Kelas : 4 Bestari
Bil Murid : 21 Orang (lelaki:13 perempuan: 8 )
Tunjang : Kemahiran dalam bola baling
Tajuk/Kemahiran : Mengacah
Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat,:
7/29/2019 Rph Bola Baling New
16/20
I. Psikomotor: murid dapat melakukan kemahiran asas
pergerakan kaki dalam bola baling dengan teknik
yang betul 5 kali dari 10 percubaan
II. Kognitif : murid dapat menyatakan kesalahan dalam
kemahiran pergerakan kaki dan
kedudukan anggota badan yang baik
semasa melakukan aktiviti pergerakan kaki
bola baling.
III. Afektif : memupuk semangat bekerjasama yang
tinggi antara murid semasa aktiviti dijalankan.
Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah bermain bola baling di waktu
pendidikan jasmani sebelum ini.
Penggabungjalinan : Pendidikan Sivik dan Matematik
KESEPADUAN : Koordinasasi
Penerapan Nilai Murni : Bekerjasama, dedikasi.
Alatan : Bola baling (21) , kon(8) wisel (2), kayu( 3).
KOMPONEN ISI PELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Set Induksi
Masa :10 minit.
Langkah 1
Masa : 15 minit
Doa Belajar
Membuat
regangan
Pengenalan
Kemahiran
Aktiviti secara
individu
Murid membaca doa belajar secara beramai-ramai
Murid diminta untuk membuat dua barisan secara mengadap dan
berpasangan.
Regangan dimulakan dengan kepala hingga hujung kaki dalam kiraan
Guru menunjukkan dan menerangkan tentang kemahiran gerak kaki d
1. Murid dipecahkan kepada empat kumpulan iaitu lima orang satu kump
2. Dalam barisan, murid dikehendaki berlari sambil membawa bola
tangan.
3. Semasa berlari sambil membawa bola, murid dikehendaki mengelak
kon sehingga melepasi semua kon tersebut.
4. Aktiviti diteruskan dengan berpatah balik mengikut giliran murid.
5. Setiap aktiviti dibuat dalam lima kali ulangan dalam 10 set.
7/29/2019 Rph Bola Baling New
17/20
Langkah 2
Masa : 15 minit
Aktiviti
berpasangan
6. Berseorangan bergerak ke kiri,kanan, depan dan belakang
7. Mula tanpa bola kemudian dengan menggunakan bola.
8. Ikut arah
1. Guru mendemonstrasi kemahiran gerakan kaki iaitu lay up. Pergerak
berturut-turut dan dihalang oleh rakan.
2. Mula tanpa menggunaka bola dan kemudian dengan bola dan dihalang
3. Aktiviti ini diulang sebanyak 5 kali dan ulangan sebanyak 3 set.
4. Seterusnya murid diminta untuk membuat barisan dimana 2 orang mu
satu sama lain.
5. Seorang murid akan membaling bola ke arah kiri dan kanan tanpa berg
asalnya.
6. Manakala, rakan di hadapannya akan menangkap bola tersebut.
7. Murid yang membaling bola bebas untuk menghantar bola tanpa mem
kepada rakannya itu.
A
7/29/2019 Rph Bola Baling New
18/20
Langkah 3
Masa : 10 minit
Aktiviti
berkumpulan
secara bertiga
Kemuncak:
1) Aktiviti secara bertiga. Dua orang dari pasukan yang sam
seorang bertindak sebagai pihak lawan atau pengha
menjaringkan gol. A dan B satu pasukan,manakala C pasukan
menghalang.
2) A akan menghantar bola dari luar kawasan D ke dalam
Seterusnya, C akan cuba menghalang B dari mendapatkan
menjaring, dan B perlu mencari ruang untuk mengamb
menjaringkan bola.
3) Seterusnya, kemahiran menjaring secara melompat diprakti
bertukar peranan pula dengan B. A akan menghantar bola kepa
akan mendapatkan bola untuk menjaring sambil melomp
berperanan sebagai penghalang untuk B menjaring.
4) Aktiviti ini berulang sehingga murid-murid dapat mengusa
mengelecek, menjaring dan menghadang.
A
= A, B
= C
1) Bahagikan murid kepada dua kumpulan iaitu A dan B. Setia
terdiri daripada lima orang.
B
C
7/29/2019 Rph Bola Baling New
19/20
Permainan kecil
Masa: 15 minit
2) Setiap kumpulan dikehendaki menjaringkan gol di kawasan l
melakukan gelecek untk mengelakkan pihak lawan membu
Semua harus menggunakan teknik lay up dan terus meng
menjaringkan bola ke kawasan lawan.
3) Kumpulan yang dapat menjaringkan paling banyak gol dalam
permainan dikira menang.
4) Setiap kumpulan harus mengatur strategi masing-masing.
Gol A
Gol B
Penutup
Masa : 10 minit
Aktiviti menyejukkan
badan
Refleksi
Murid dalam satu bulatan dan duduk.
Guru membuat aktiviti menyejukkan badan salam keadaan
diikuti oleh murid.
Guru memberikan ruang refleksi kepada murid tentang aktivi
merka lakukan.
7/29/2019 Rph Bola Baling New
20/20